Tuesday, June 17, 2014

Belajar Tajwid Hukum Bacaan Waqaf "BALA"

Moh belajar tajwid pada hukum waqaf "BALA" terdapat sebanyak 22 tempat dalam 16 surah, hukum bacaannya pula terbahagi kepada 3 bahagian :

Belajar Tajwid Hukum Bacaan Waqaf "BALA"
Baqarah 80 - 81

Bahagian Satu. Selepas bacaan "MALA TA'LAMUN" berhenti bacaan, kemudian berhenti di kalimah "BALA". 

  • Baqarah 80 - 81.
  • Baqarah 111 - 112.
  • Ali Imran 75 - 76.
  • Ali Imran 124 - 125.
  • Al-A'raf 172
  • An-Nahl 28.
  • Yasin 81.
  • Qhafir 50.
  • Al-Ahqaf 33.
  • Al-Insiqoq : 14-15.


Diwaqafkan atau diberhentikan bacaan pada kalimah "BALA" adalah kerana menjawap pertanyaan dari ayat yang sebelumnnya.

Jika diperhatikan dengan saksama, waqaf pada kalimah "BALA" ini hanya setelah waqaf bernombor. Cuba perhati di kalimah "MALA TA'LAMUN" kemudian ada waqaf bernombor, setelah itu barulah kalimah "BALA"

Belajar Tajwid Hukum Bacaan Waqaf "BALA"
Al-An'am 30

Bahagian Dua. Tidak harus diwaqafkan bacaan padanya. Hanya terdapat pada tujuh tempat :

  • Al-An'am 30.
  • An-Nahl 38.
  • Saba' 3.
  • Az-Zumar 59.
  • Al-Ahkhaf 34.
  • At-Taghabun 7.
  • Al-Qiamah 4.


Kalimah "BALA" tersebut ada hubungan dengan kalimah yang sebelumnya, maka tidak harus berhenti padanya. Dalam erti kata lain, kalimah "BALA" tersebut termasuk dalam satu ayat yang sama. Tidak terpisah seperti pada bahagian 1.

Belajar Tajwid Hukum Bacaan Waqaf "BALA"
Al-Baqarah 260

Bahagian Tiga. Boleh berhenti atau waqaf pada kalimah "BALA" tetapi lebih aula / utama diwashalkan pada kalimah yang seterusnya. Hanya terdapat pada lima tempat :

  • Al-Baqarah 260.
  • Az-Zhumar 71.
  • Hadid 14.
  • Al-Mulk 9.
  • Az-Zuhruf 80.


Di bahagian tiga terdapat 2 point untuk memudahkan kita membezakan dengan bahagian waqaf "BALA" yang lain, pertama terjadi dalam satu kalimah yang sama, kedua pada kalimah "BALA" terdapat tanda / simbol "LAM ALIF" (kecil). Lam alif (kecil) bermaksud wajib diteruskan bacaan tanpa wagaf bacaan padanya.

Selamat membaca al-Quran dengan bertajwid. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Untuk rujukan kitab tajwid, boleh merujuk pada kitab tajwid karangan Haji Abdul Qadir Leong dan Haji Nik' Ja'far. Insyaallah.
Share:

0 comments: