Wednesday, April 13, 2011

Mengawal Kemarahan..

Assalamualaikum...

Kaifahalukum???? harap semua sht disamping teman2 yg jauh dimata namun dekat dihati hehe.. yes asyi ade satu benda nk kongsi bersama...

Semua orang pernah ade perasan time rasa nk marah org?? rasa cam nk make jah ore tuh?? atau pun rasa berbulu dihati perghh ayat suspen betoi lar yer la sbb nk marah kan? satu contoh, guru2 kt skolah klo dlm bahasa arab muallim, mudaris or muallimah wahahaha, mmg normal la guru marah kt ank murid zaman skg kot... mane guru xmarah?? pelaja xde adab dan sopan??? wahh ade pengalaman hehehe.. xkira laa sama ada sekadar sakit hati atau benar2 marah.. sepanjang asyi jadi muallimah nie.. alhamdulliah dpt lagi mengawal kemarahan hehe xmo citer panjang sal nie.. klo nk tau tanya wadud la.. hahahahhaha.. okeh! semua murid bagi perhatian, erm tajuk pengajian kita hari nie ialah jeng2!!! baca betol2.. pasni nie ade soklan nk tanya wahahah...

Adalah normal untuk berasa marah, malah kemarahan adalah emosi manusia yang sihat. Bagaimanapun sekiranya dibiarkan di luar kawalan, marah boleh memusnahkan serta menimbulkan pelbagai masalah, sama ada ditempat kerja, hubungan peribadi, mahupun kualiti hidup kesluruhan.

Pelbagai faktor luaran dan dalaman boleh membangkitkan kemarahan seseorang. Anda mungkin marah kepada individu atau keadaan tertentu, atau kemarahan itu disebabkan anda risaukan masalah-masalah peribadi yang sedang dihadapi.

Dalam mengendalikan perasaan marah, manusia lazimnya menggunakan tiga kaedah; meluahkan, menahan dan mententeram. Cara yang paling sihat mengendalikan perasaan marah ialah meluahkannya. Untuk melakukannya, anda perlu belajar menjelaskan keperluan diri dan bagaimana mendapatkannya tanpa menyakiti sesiapa.

Kemarahan boleh ditahan kemudian dialih atau diarahkan. Ini berlaku apabila anda menahan perasaan marah dan berhenti berfikir mengenainya dan memberi tumpuan kepada sesuatu yang positif. Matlamatnya ialah untuk menghalang atau menahan perasaan marah dan mengalihkannya. Bahaya tindakan ini ialah tidak membenarkan kemarahan diluahkan. Kemarahan yang disimpan boleh menyebabkan hipertensi, darah tinggi atau kemurungan.

Akhir sekali, anda boleh mententeramkan diri. Ini bemakna anda bukan saja mengawal kelakuan anda terhadap orang lain tetapi juga mengawal respons-respons lain seperti memperlahankan degupan jantung, mententeramkan diri dan meredakan perasaan.

Terdapat beberapa strategi untuk mengawal kemarahan seperti :

a) Cuba relaks dengan menarik nafas panjang. Ambil nafas, ulangi perkataan-perkataan yang menyenangkan seperti berzikir

b) Anda boleh mengubah cara anda berfikir.Orang marah perlu sedar mengenai sikap sendiri yang suka mendesak dan menterjemahkan harapan-harapan mereka kepada keinginan. Apabila tidak dapat mendapat apa yang anda mahukan, anda akan kecewa, terguris tetapi bukan marah.

c) Buatlah rancangan dan semak perkembangannya. Bertekadlah untuk melakukan yang terbaik tetapi janganlah menghukum diri sendiri sekiranya tidak mendapat apa yang dikehendaki.

d) 'Lawak bodoh' juga boleh membantu meredakan kemarahan.Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi masalah.

e) Luangkan masa untuk diri sendiri. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri pada waktu-waktu anda sering berasa tertekan.

f) Anda juga boleh meminta bantuan daripada seorang kaunselor. Seorang pakar psikologi boleh membantu anda mendapatkan teknik mengubah cara berfikir dan perilaku anda.

Ingatlah, anda tidak boleh menghapuskan perasaan marah. Banyak perkara akan terus berlaku dan membangkitkan kemarahan, malah kadang-kadang ia memang wajar. Hidup memang penuh dengan keekcewaan, kehilangan, kesedihan dan tindakan-tindakan lain yang tidak diduga. Kita tidak mampu mengubah semua ini tetapi kita mampu mengubah cara kita membiarkan perkara-perkara itu memberi kesan ke atas kita.
Share:

0 comments: