Friday, April 1, 2011

Metodologi Etnografi. Part 3.



Sebelum ni, wadud ada post pasal Metodologi Etnografi kan? rasa2 semua dah faham kot secara dasar ape kebendenyer ME tu.. tapi kalau bagi yang nak tengok balik post pasal ME ni, boleh klik sini. So.. untuk tak buang masa gitu2 jer dengar wadud cakap sorang2.. kita sambung balik pasal ME dari ape yang dah wadud dapatkan time dalam kelas semalam.


Hari tu, wadud ada kata pasal Grauded Research, Observasi Partisipan dan lain2. Berpandukan pada silabus yang telah diberikan, kali ini lec akan memberi penerangan mengenai Ciri Khas dalam Metodologi Etnografi. Ciri khas ME terbahagi kepada 3 bahagian yang mana menjadi perbezaan pada penelitian2 yang lain seperti Metodologi Penelitian. Hanya menjadi perbezaan antara keduanya adalah MP menyelidiki secara umum manakala ME terkhusus pada Etnis atau budaya suatu masyarakat yang dikaji.


Ciri khas ME ada 3 :

1.) Holistik-Intergrited.

2.) Diskripsi yang mendalam.

3.) Dianalisis Kualitatif.


Penjelasan bagi Holistik-Intergrited, adalah sebuah teknik atau ciri yang menyeluruh terhadap suatu penkajian. Ianya bersifat merangkumi pada ketujuh2 unsur kebudayaan yang mana sangat terkait antara satu dengan yang lain dari ketujuh unsur tadi. Tujuh unsur itu adalah 1. Bahasa, 2. Sistem ekonomi, 3. Sistem sosial, 4. Sistem teknologi, 5. Sistem pengetahuan, 6. Sistem kepercayaan, 7. Kesenian. Seperti yang dikatakan di atas, sifat bagi HI ini adalah menyeluruh dan kajian yang dilakukan sangat utuh sehingga ianya memerlukan masa yang sangat lama bagi mendapat keyakinan masyarakat itu dan hasil yang sempurna.


Diskripsi yang mendalam, adalah kajian yang dilakukan secara detail sedetailnya. Seperti pada judul saja menggunakan perkataan mendalam jadi ianya bersifat pengkajian yang sangat detail dan mendalam.


Dianalisis Kualitatif, adalah bersifat berubah2. Analisi yang digunakan adalah kualitatif yaitu melihat pada kualiti atau kualitas dari kajian yang dilakukan. Sifat dari kualitatif adalah sesuatu yang tidak tetap, mempunyai perbezaan. Dalam Me kualitatif digunakan untuk mengetahui kualitas atau kualiti sesuatu yang dikaji. Perbezaan antara kuantitatif pula adalah bersifat tetap, ianya juga bisa dikatakan angka yang pasti, tidak mempunyai perbezaan. Dalam ME menggunakan kuantitatif sebagai jumlah shalat yang dilakukan. Bearti jumlah shalat bagi ummat Islam itu sama sehari 5 waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya ada 18 rakaat kesemuanya. Jadi ianya pasti dan tidak berubah. Maka sifatnya adalah kuantitatif.


Pada perkataan Metodologi dengan Metode itu mempunyai perbezaan walaupun masing2 darinya adalah proses pengkajian terhadap sesuatu. Perbezaan keduanya adalah :


Metodologi Etnografi >> Pelajaran yang diajar adalah khusus di dalam kelas jadi menggunakan Metodologi.

Metode Etnografi >> Pelajaran yang didapatkan adalah dari Observasi partisipan atau Grauded research yaitu kajian secara langsung ke lapangan. Jadi menggunakan Metode. Cuba diperhatikan pada perkataan antara Metode dengan Metodologi maka pasti konklusi yang dapat kita buat adalah seperti yang telah dikatakan diatas. Jadi alasan mengapa di silibus ME ditulis dengan METODOLOGI bukan METODE kerana ianya dipelajari di dalam kelas.
Share:

0 comments: