Showing posts with label Solusi Isu. Show all posts
Showing posts with label Solusi Isu. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempatkerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam tadi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya.

- Bernama

Sumber :

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Beberapa feedback oleh pembaca dari artikel yang ditulis

Kadang-kadang ku rase memang perlu ada satu tindakan khas dalam menyelesaikan masalah gelendangan / peminta sedekah ini dari terus menerus "menipu" orang lain dengan kesayuan dan "kezuhudan" yang dipamerkan.

Di dalam Islam kita juga  dilarang untuk meminta-minta (peminta sedekah) melainkan punya beberapa alasan. Itupun tidak sepatutnya kita merendahkan martabat sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah semulia-mulia makhluk, dengan meminta-minta.

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Bagaimana tidak, beberapa hasil carian ku berkaitan gelendangan / peminta sedekah ini majoriti sempurna sifat, mereka sendiri yang "tidak menyempurnakan" sifat mereka sehingga orang lain terpedaya dengan helah mereka.

Ku dulu pernah belajar di Aceh Indonesia, ringkasnye di Aceh, tersangat banyaklah gelandangan datang meminta-minta setiap orang dicelah sudut menagih simpati orang ramai. Apabila ingin kita belanja makan, tak mahu pula, konon perlu pakai duit dan sebagainya.

Begitu juga di Malaysia, cari duit dengan mudah sebagai pengemis menjadi tren untuk sesiapa saja. Tanpa modal, penat lelah ilmu yang cukup. Hanya berbekalkan kasut, baju dan mimik muka yang sayu.. orang ramai akan terpedaya untuk "memberi".

Alhasil Malaysia menjadi tumpuan untuk mengemis sekaligus merosakkan suasana aman kerana diganggu dek pengemis sempurna sifat meminta-minta. Bukan mengejek mengutuk, tapi hakikatnya mereka tidak mahu cari jalan untuk mendapatkan rezeki dengan cara terhormat.

Banyak kisah peminta sedekah ni ku dengar di Aceh, sampai diri ini tidak lagi mahu menghulurkan walau 1rp (30sen) kerana terasa ditipu. Ku harap apa yang dirancangkan pihak kerajaan menjalankan Ops Qaseh dapat mengurangkan masalah peminta sedekah ini di Malaysia.

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'
Share:

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat  (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). – 30 Jun, 2014.

Sumber :

Share:

Sunday, June 15, 2014

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.



Amacam kawan? ade bran lagi nak telan Cadbury ke? ritu bukan bagai ke JAKIM kate nak demo makan Cadbury depan khalayak ramai? apekah kegilaan ini? yang jadi mangsa adalah macai-macai yang sanggup melakukan ape saje.. maybe drang sorok kot was-was tu.. kire Allah tak tahu la.. Ok la, paling-paling pun makan babi jer.. ala sikit je dalam Cadbury tuh. Rujuk SINI.

Tapi takper.. macai-macai ini sanggup lakukan ape saje.. so JAKIM hanya mengatakan mereka sakit gigi atau sakit perut yang amat sangat agar dapat melepaskan diri dan selamat kerane was-was dalam diri mengatakan Cadbury ada DNA porcine.. so? ape hal nak pakse-pakse aku makan Cadbury? begitulah jawapan orang-orang berkepentingan untuk diri sendiri.
Share:

Saturday, June 14, 2014

Kod E300 terdapat pada minuman Yeo's Lychee Drink

Pernah dengar air minuman Yeo's Lychee Drink? terdetik nak check kandungan bahan yang terkandung dalam minuman tersebut, terkejut jugak bile tersenarai kod E300, ingat lagi beberapa kod yang tersenarai sebagai kod lemak babi? boleh rujuk sini : http://www.duadz.com/2014/05/makanan-yang-mengandungi-lemak-babi.html.

Setelah beberapa pencarian dibuat berkaitan kod-kod lemak babi, aku sendiri jadi keliru dengan statement-statement dibuat JAKIM terhadap beberapa kod yang menjadi kekeliruan pengguna Islam di Malaysia, dari yang difahami, semua kod E bukanlah dilabelkan sebagai kod lemak babi, contoh kod E300, E471 dll pun tidak dilabelkan sebagai kod lemak babi, malah selamat untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam suatu makanan.



Anda boleh rujuk beberapa kod yang menjadi kekhuatiran pengguna di atas. Aku jugak cube untuk cari dari mana kod tersebut diambil, tidak ade pun dalam web JAKIM, kebanyakkan yang share kod ni adalah dalam web peribadi, bukan bermaksud tidak percaya, tapi hal penting seperti ni wajib diberi penerangan khas pada pengguna oleh pihak JAKIM sendiri, bukan dengan membuktikan mereka berani makan secara terang-terangan.

Ape pun, hati-hati dengan makanan yang anda makan.. aku dah bedal air tak terkire dah, patut rase bebal jer diri nih.. hehehe.. bukan ape, zaman di kehidupan sekarang ni tak boleh guna dah istilah mengharapkan orang lain.. diri kita sendiri kene alert terhadap semua hal, barulah berjaya dunia akhirat.


Fatwa Qardhawi DNA Babi Halal Dimakan (SUMBER)


DNA Babi Halal Dimakan – Dr Asri (SUMBER)

Jadi keputusan di tangan anda.. kalau rase yakin, makan, ade was-was lebih baik dan selamat untuk ditinggalkan. Aku bukan alim yang banyak ilmu untuk bahas mengeluarkan bermacam hadis dan sumber yang lain, tapi kerane aku diberi Allah hal sebagai manusia untuk bersuare selagi aku berhak keatasnye. Ade otak bukan untuk berbuat kejahatan melainkan kebajikan agar diredhai Allah, tapi malah Malaysia sekarang bermacam isu dan masalah yang timbul yang mane menurut aku, tidak diselesaikan dengan sempurna.

Kemana MH370? ape penjelasan tentang isu Panda? isu kg. Chubadak? isu GST? rakyat Malaysia perlu penjelasan dari PM sendiri, tak perlu turun padang pun takper.. tak hengen pun aku nak jumpe hg, paling tidak adakan forum-forum khas berkaitan isu-isu semasa di Malaysia.

Lebih gentle kalau ajak parti lain berforum, baru lah nampak kebenaran kat situ.. ade la jugak keikhlasan nye.. kalau forum dengan ahli yang dah confirm akan sokong setiap pembahasan buat ape.. baik tak payah, baru berkembang sikit otak tu.. ni tak, takat tu jela.. aman ke Malaysia? aman la sangat.. pasal tinted pun tak boleh nak tangani.. MH370 apetah lagi, berbulan dah ~

Kod E300 terdapat pada minuman Yeo's Lychee Drink :


Share:

Thursday, June 12, 2014

Panas ! DBKL Kene Sound Penduduk Kg. Chubadak (Video)


Apabila salah dalam memilih pemimpin, jika si Pemimpin adalah seorang yang memimpin ke arah kebenaran dan ketulusan.. maka masalah seperti ini paling tidak dapat diurus dengan lebih baik dan sempurna tanpa ada ketidakpuasan dari mana-mana pihak.

Sebaliknya jika si Pemimpin memimpin kearah ketidakadilan dalam mengurus rakyatnya.. rakyat akan mula bertindak untuk berdemontrasi, menyuarakan hak mereka sebagai rakyat, melaungkan kata-kata semangat dengan harapan si Pemimpin tadi mendengar keluhan dan rintihan mereka. 

Panas ! DBKL Kene Sound Penduduk Kg. Chubadak (Video)

Apakan daya sebagai seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan pada Raja dan Negara, bertungkus lumus mempertahankan nama baik Negara demi kebajikan cucu cicit mereka? balasan yang setimpal seharusnya mereka terima, bukan dengan menghancurkan tempat teduhan mereka !

Akhirnya rakyat terpaksa akur dengan segala aturan dan arahan yang diberikan demi menjaga periuk nasi sendiri, mungkin bagi "mereka" kami bukanlah makhluk yang selayaknya diberi peluang untuk mempertahankan maruah diri, melainkan hanya melayan lagu "angguk2 geleng2".


Panas ! DBKL Kene Sound Penduduk Kg. Chubadak (Video)

Bukanlah satu hal yang perlu diutarakan sekiranya tidak pernah kami melihat usaha serta hasil dari setiap kata-kata yang keluar dari seorang pemimpin pilihan kami, melainkan perlu bukti kukuh dan penerangan kepada rakyat, agar tidak lagi kami mengatakan Ini Semua Poyo !

Satu soalan, adakah duit Negara adalah milik Pemimpin? ataukah milik individu VVIP? ataukah milik kerabat diRaja? ataukah milik Rakyat? terkadang kesengajaan dalam membuat keputusan itu perlu, tetapi yang melibatkan hak rakyat perlulah dilurus dan diurus dengan seadilnya. Maka.. itulah yang dinamakan Negara Membangun Maju Menuju Wawasan Akhirat.

Sumber : 
Share:

Wednesday, June 4, 2014

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury
 
Para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halal produk berkenaan.

Laporan laman Astro Awani menyebut, pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata ia bagi menunjukkan bahawa jabatan itu berpegang kepada keputusan yang dikeluarkan semalam.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan hasil ujian Jabatan Kimia yang tidak menemui sebarang DNA babi dalam dua jenis produk terbabit.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak Jakim hanya menggunakan makmal Jabatan Kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang Jakim gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/264587

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury

Amacam? ada bran ke nak makan? walau demo macam mane sekalipun.. terbukti jelas lagi nyata adanya DNA porcine dalam Cadbury tuh, confirm2 aku tak makan... apetah lagi nak was-was.. BABI kot ~
Share:

Tuesday, June 3, 2014

Yakinkah anda dengan sijil dan logo halal JAKIM?

Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 03, 2014 11:10 MYT)

KUALA LUMPUR: Perkembangan isu DNA babi yang ditemui dalam dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang berlaku dengan pantas menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna.

KKM pada 24 Mei lalu mengesahkan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

JAKIM pula pada 26 Mei berkata, keputusan rasmi berhubung status halal coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 29 Mei mengesahkan bahawa hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan'.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.



Mula-mula KKM mengesahkan adanya DNA babi dalam kandungan Cadbury..


Pastu JAKIM pulak nak bersoal siasat dari keputusan KKM yang mengatakan Cadbury terdapat DNA babi...


Alih-alih Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan Hukum sekaligus fatwa mengatakan Cadbury yang telah dikaji selidik oleh KKM Halal.. apekah kegilaan ini?


Terang lagi bersuluh terbukti adanya DNA babi dalam ramuan coklat Cadbury ni.. tibe buleh kate Halal? bukannye ni makanan asasi rakyat Malaysia.. tapi tetap jugak nak pertahankan keHalalan coklat tersebut.. serius kalau bagi offer/free sekalipun.. confirm aku tak makan ~


Semua ni menimbulkan keraguan sekaligus memberi persepsi buruk Malaysia terhadap negara Islam yang lain.. kalau dah babi tu haram dan jelas-jelas terbukti adanya campuran DNA babi dalam coklat tersebut, kenapa susah sangat nak tolak dan katakan Haram untuk mengomsumsi coklat nih?


So nak makan ke tak? nak ke tak? tak makan tak mati pun.. makan kang was-was.. tapi ni offer baik punye Rm1, tapi banyak ceklat lain yang murah dan best.. nape mesti amik yang was-was? so jawapannye.. 

Memang dulu aku pun bedal jer.. almaklum full chocolate plus nut, pergh memang menjilat jari.. ingat lagi abg aku makan Cadbury, nampak aku sorok terus.. padahal bukan tak nampak mulut penuh coklat? nak kate feeling kesedapan Cadbury tuh.. dari kesedapan tu sebenarnye tersimpan seribu rahsia.. hahahaha ~ 

Ada babi rupanya, patut bebal pun aku (^_^) ape-ape pun.. Islam itu mudah, Allah takkan menganiaya hambanya jika hambanya tidak tahu dan tidak sengaja dalam menjalani kehidupan.. Allah Maha Tahu, jadi tak perlu lah nak cuak2 kate seluruh badan ni wajib disamak dan sebagainye.

Ingatlah.. walaupun bermacam cara puak kafir cuba untuk menjatuhkan Islam.. satu hari Islam akan bangun dengan sendirinya menghalangi setiap seluk beluk kejahatan dan menjadikan Islam adalah agama resmi dunia. Insya Allah, Amin.
Share:

Sunday, June 1, 2014

Bile Malaysia Naik Gile ~

Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~
Siap ada Perkhidmatan Bayar Saman lagik, berdiskaun2 lagi.. hahaha.. abg2 polis traffic hebat dalam menjalankan tugas bagi pengguna kenderaan yang melanggar peraturan, contoh paling best.. penggunaan tinted dan memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan.

Sebagai rakyat, biasalah.. akan mengeluarkan bermacam cadangan nasihat yang bagi mereka ianya "logik" dan buleh diterima pakai.. walaupun "kerajaan" merasa bahwa kelogikan tersebut tidaklah logik. 

Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~

Belumpun  habis isu MH370 dipersoalkan isu lain pula yang hangat dibualkan.. mana tidaknya, semua isu yang bangkit adalah suatu yang tidak boleh diterima akal sihat manusia.. akhirnye Malaysia menjadi Negara yang dipandang remeh Negara lain, Negara yang tidak mahu bertanggungjawap dan selalu buat keputusan yang.. OMG ~


Tak dan-dan.. timbul pula isu tarif letrik naik, itu naik ini naik, GST lagik, padahal hakikatnye TNB tak mengalami kerugian malah keuntungan berjuta ringgit.. itu lagi mau naik ka?  lagipun takde pulak penerangan rinci berkaitan naiknye tarif elektrik pada rakyat, tau2 buat announce dah akan @ dah naik ~

 Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~ 

Belum jugak sempat nak relax.. datang pulak isu Panda ntah ape name Panda tu Fengyi dan Fuwa ke ~ ? dengan menghabiskan berjuta ringgit semata untuk beruang tersebut? dengan kemelut yang melanda Malaysia, dengan katenye TNB rugi bagai, tibe2 buleh habiskan berjuta RM untuk dua ekot Panda yang asalnye dari China tuh?

Kalau betul kenape tak dijelaskan pada rakyat? kenape mesti habiskan berjuta RM dengan keadaan Negara sekarang? aku sendiri takmo la nak tengok Panda tu, lebih baik RM yang berjuta tu bagi pada rakyat yang miskin atau digunakan pada sesuatu yang berfaedah?

Dan pulak, berjuta Rm tu bukan beli.. pinjam 10 tahun je kot ~ apekah kegilaan ini? tu belum cite kos pembiayaan yang lain-lain.. kome buleh baca kat sini http://www.bharian.com.my/articles/TNBcatatuntungbersihRM4_61bilionbagitahunkewangan2013/Article/. Idak ke gile namenye? ini lagi nak pulun duit rakyat?

Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~

Panda oh Panda ~
Share:

Sunday, November 17, 2013

Penyebar Fitnah Tampil Mohon Maaf -Isu Restoran Nasi Kandar Vanggey-

Sebar fitnah? Mohon maaf? kenape takde ulasan dari pihak berkuasa JKN (Jabatan Kesihatan Negeri setelah serbuan dibuat?

Yang ada, orang minta maaf sebab sebar fitnah..

Aku tahu port Restoran Nasi Vanggey nih, bapak aku suke beli nasi kandar kat sini.. first jer aku join, terus tak makan sebab tak kene dengan selera aku..

So.. bab2 ni aku no komen.. lagipun aku tak layan mamak.. muehehehe.. dulu layan la kot sebab ikut ayah (^_^)

Aku jadi fobia mamak pun sebab membe aku.. kabonye die, mamak-mamak yang keje buat roti canai dan sebagainye tu, pengotor.. basuh berak tangan kiri yang bercincin, lepas tu terus buat kerja "menebar" roti canai.. esh3..

Tu membe aku la yang gebang.. aku hanya mendengar, kang aku pulak jadi macam Ze Aida..

Penyebar Fitnah Tampil Mohon Maaf -Isu Restoran Nasi Kandar Vanggey-

Penyebar Fitnah Tampil Mohon Maaf -Isu Restoran Nasi Kandar Vanggey-

Penyebar Fitnah Tampil Mohon Maaf -Isu Restoran Nasi Kandar Vanggey-

Penyebar Fitnah Tampil Mohon Maaf -Isu Restoran Nasi Kandar Vanggey-

Kome mesti nak tengok muke Ze Aida tanpa sensor kan? tahu sangat la mengkome nih.. tapi betul ke dia yang fitnah? muehehehe....

Penyebar Fitnah Tampil Mohon Maaf -Isu Restoran Nasi Kandar Vanggey-

Sumber : Di Merata-Rata Tempat (^_^)
Share:

Saturday, June 15, 2013

Tambang Bas Naik ??!!!

Daus : Tambang bah naik ! bangang btolll !

Aku : Betoi dah kite (Megat) tengok TV3 tadi.. bodo la, menyusahkan rakyat betoiiii...

Megat : Bagus larh tu..

Daus : Dah setanding dengan naik kete dah.. pahni naik kete senang..

Ape cer kawan tambang bas naik? ape ke mane peginye Manifesto Kerajaan Kementerian Baru Menanganni Cabaran Social dan Ekonomi Bandar? Harge kete pon turun macam takmboh turun jer.. baru cadang nak pakai Honda, huhuhuhuhu... kebulok la dud wehhh Proton jela jawapnyeee..

Tambang Bas Naik ??!!!

SERI KEMBANGAN - Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Tambang Bas Naik ??!!!
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
Share:

Thursday, May 16, 2013

Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya

Lahir sudah anak hasil hubungan penyanyi terkenal Ning Baizura dengan pasangannye Omar Dalton setelah berape lame mereka bergelar suami isteri (aku pon tak ingat). Kemudian anak tersebut diberi nama dengan Ryan Sky Dalton, Dalton adalah nama ayahnya A.K.A suami Ning Baizura.

Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya

Tu kat atas Gambar Anak Ning Baizura Ryn Sky Dalton bersama suaminya Omar Dalton -pergh nama! =)

Youtube : Kontroversi baju Linda Onn dijawab 2:10

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Setelah sekian lama menanti, hari ini penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton telah menunjukan bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind, di sini sebentar tadi.

Dengan rasa syukur, Ning Baizura berterima kasih kepada pihak media yang sabar menanti detik istimewa itu sejak dia melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya.

Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura tampil menyerlah dengan persalinan rekaan Datuk Farah Khan dan sedang aktif melangsingkan tubuhnya sebelum kembali menyemarakan dunia seni tanah air.

Turut diadakan pada majlis berkenaan iaitu pelancaran video lagu terbarunya, Pelangi Untukmu yang dicipta dan ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu.

Penyanyi hitam manis itu juga turut berkongsi kepada pihak media tentang agendanya sepanjang tahun 2013 serta projeknya bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Nak buat macam mane kalau sudah artis masalah yang mesti timbul adalah mulut-mulut dan "penjagaan kain orang lain" selalu terjadi.. haha gelak lah sikit, kontroversi yang timbul baru-baru ini berkaitan artis terkenal Ning Baizura adalah nama yang diberi kepada anaknya sekaligus menjadi pilihan pasangan suami isteri ini adalah Syan Sky.

Tapi kengkadang, kesian pulak den tengok Ning Baizura ni, bukan takde Ust. atau Ustzh. kat dunia nih? atau tak terfikir nak bertanya pada kawan-kawan? ataupun takde masa untuk online? kontroversi berkaitan pilihan nama anaknya dijawap oleh Ning dalam fanpage nya.


Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya 
Please Click For Full Image

Boleh tahan lah Ning ni.. haha sikit, mak saye pon kate "dah takde name Islam ke?" kadang betul jugak kan.. awak tu orang Islam dan awak bakal bergelar ibu pasti tahu kebaikan dari nama anak yang akan digunakan selama hidupnya. 

Ape lah salahnye combine kan Omputeh dengan Islamic name kan lebih lembut + modern lah katekan, banyak nama Islam yang modern, yang nak ke arah Omputeh la ke ape ke, tapi full 100% u choose tu use Barat name, hehe.. suke hati engkau la Ning..

Share:

Tuesday, April 9, 2013

Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan

Hah aku rase aku patut share satu artikel yang rasenye best untuk dibace dan diketahui semue.. keh3.. gajah depan mata pon boleh tak nampak, dah cari semut. Huish aku pon tak paham.. yelah, gajah depan mate, tapi tetap jugak nak carik semut.. dan.. nape bile tanye "Weh.. ade nampak tak gajah?" boleh slmber je mereka menjawap "Aik tak nampak pon?" padahal gajah depan mate (^_^)

Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan

Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan

Kelantan sering dituduh melalui mendia arus perdana sebagai negeri yang gagal mengurus air bersih kepada rakyatnya sampaikan Najib Razak berjanji akan menyelesaikannya jika rakyat Kelantan menyerahkan amanah dan mandat kepada UMNO untuk memerintah Kelantan pada PRU 13 nanti..

Bila UMNO perintah Kelantan, semuanya akan menjadi beres dan tiada lagi timbul sebarang masalah.

Tapi Najib ni jenis tak tengok gajah depan mata sebab dok asyik mengintai kuman di seberang laut.

Dia lupa bahawa Kuantan sudah lebih 3 minggu dilanda gangguan air yang kritikal.

Rakyat Kuantan kini terpaksa beratur untuk dapat bekalan air bersih.

Kini sudah sampai buat demo dan hantar memo kepejabat Pengurusan Air Pahang Berhad semalam.

Kepada Najib, sebelum menuduh dan buka mulut kena tengok dulu negeri sendiri punya keadaan.

Share:

Saturday, April 6, 2013

PRU-13 Dan Buku Jingga

PRU-13 Dan Buku Jingga

Insyaallah PRU-13 terlaksana pada hujung bulan 4 nih.. hmm, hg vote ape dud? of kos lah PAS. Kenape mesti PAS? nape tak PAKATAN ke? UMNO ke? saye sokong mane-mane parti yang sebenarnye mengikut aturan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau UMNO mengikut sepertimane yang diajarkan Islam, maka secara automatiknye saye akan vote @ mengundi UMNO, dan begitu sebaliknye dengan PAS. Saye nampak PAS mengikut seperti mana yang Islam mahukan, jadi secara tertulisnye, saye akan mengikut PAS dan PAKATAN.

Saye ada sembang dengan may fater (Ayh i) tentang PRU-13 ni, so macam-macam lah hal bangkit, semua naik termasuklah bab Buku Jingga. Di bab Buku Jingga ni lah membuatkan saye rase nak carik tahu, sebab sebelum ni pernah jugak denga isu Buku Jingga nih, tapi rase sangat malas untuk amik tahu mengenainye (dah macam orang cine). Cari punye cari, lastly terjumpe jugak sorang blogger baik hati ni share Buku Jingga ni dalam 4 bahasa, tapi yang valid di Mediafire cume 2 je.

Mediafire memang problem dah macam UMMO.. upss! silap.. Mediafire memang macam ituh, nak menjaga lah konon nyer.. hik3.. sebenarnye itu lah yang terbaik. Berbalik pada Buku Jingga tadi, anda semua dah baca belum isi dalam Buku Jingga tu? kalau anda belum baca, saya sarankan anda download link yang saye sediakan kat bawah dan bace ape yang tertera dalam tuh. Jangan banyak komen kalau belum baca ye, baca dulu baru komen yerk!

Pilihan ada di tangan anda semua dan anda tahu ape yang anda buat dan ape yang dah terjadi di Malaysia sekarang ni, jangan tipu saye, walaupun saye di Aceh (dah balik pon), tapi insyaallah saye tahu isu semasa yang berlaku di Malaysia, jangan hanya kerana rm500 anda membuat keputusan yang tidak benar, dan pulak.. rm500 tu pon dapat masa PRU je, masa lain kalau apply mesti susah nak alert @ "nampak" keperluan kite tuh. Padahal dah berterabur dokumen atas meja, boleh buat derk lagi? masalah tu masalah.. satu lagik, sekali buat silap, mesti penyesalan yang akan kite dapat.. undian kome berharga weh!~

Owh lupe pulak nak kasi Buku Jingga.. kat saye ada dua versi, satu Buku Jingga bahasa Melayu, satu lagik Buku Jingga bahasa Tamil, yang Buku Jingga Bahasa Inggeris dengan bahasa Buku Jingga Cina takde kat saye.. link download kat bawah yep :

Share:

Tuesday, December 25, 2012

Taksub Dengan Artis? Yeke Tak? Bace Nih

Tergerak hati aku untuk tulis pasal ni bile dah sampai saat tangan aku gatal nak menulis, padahal aku tengah picit2 otak bahagian dalam ni nak memahami istilah "Tangan Allah Di Atas Tangan Mereka".. sebenar ade kaitan dengan ape yang aku nak tulis skang, tentang pengaruh Artis masa kini, perubahan yang "drang" ni bawak pada umat manusia masa kini. Waww.. takpe, ni takde kaitan dengan sape2 yang berkaitan, aku cume cakap "artis" dan tidak pulak cakap name dia ke, asal muasal dia ke.. so?

Kadang.. bile aku pikir, membe2 aku sorak gile2 bile pemain bola jaringkan gol, tambah kelab favourite dan pemain terhangat dalam kelab tu jaringkan gol. Sampai sanggup bakar rokok samsu untuk kali yang ke 4. Wah hebat.. lepas tu pulak, aku dengo ada carutan yang agak tak berape nak baik kalo mak ayah drang dengo, sebab? pemain tersebut injury ditackle oleh pihak lawan. Gilerrrr.. pemain bola tu pon relax je tak marah, penonton pulak yang kecoh? tu belom si penonton tu yang main, tak tahu la ae jadik dengan orang yang tackel @ wasit @ reff yang berkenaan.. kesian..

Bile pulak dah habis tengok bola.. tido, yelah sebab letih jerit sane sini, padahal pemain tu takde lah letih mana sebab dia tahu kalau jerit2 ni boleh meletihkan badan, apetah lagi tengah control ball.. lagi la kene focus. Penyudahnye, shalat tinggal, asingment untuk besok tak siap, datang keje lambat (solat subuh apetah lagi).. then, ape yang dapat? dapat puas jerit jelah.. heheh!

Artis? pemain bola pon artis jugak ape.. maksuh aku artis penyanyi, pelakon, dan pe2 lain lagi. Pengaruh "mereka" nih sangat kuat, ape je yang drang pakai, akan jadik trend, ape je yang drang buat akan jadik sesuatu yang first, ape je cara drang akan jadik trademark.. last sekali, kalau "mereka" ni ajak buat maksiat, koran nak ikut ke? alhamdulillah korang semua bagus2, ni untuk yang kurang bagus lah.. bukan ape, kadang kite, aku sendiri pon terkesima dengan artis2 ni, tambah2 yang famous.. pergh..

Itulah masalahnye, manusia mudah leka, mudah lupe, mudah terikut, eksterm. Sume mende tu bagus, yelah ape yang Allah cipta untuk manusia, tak bagus? semua bagus.. cumenye, manusia salah guna kebagusan tu kepada hal yang tidak bagus, so jadinye.. confirm la tak bagus. Sebab ape ea? dari pikiran aku, selame Allah biarkan aku hidup dengan otak yang sedikit pandai ni, menurut pandangan aku, boleh je kalau manusia tu nak taksub atau apelah pada artis2 tertentu, tapi kene ingat, "mereka" tu sape? ape kaitan dengan kite? ape matlamat drang? dan yang paling penting, "mereka" tu manusia macam kite jugak.. heheh!

Jadiknye.. untuk apelah kite nak taksub2 sangat dengan "mereka" nih, mereka dunia mereka, paham tak istilah mengharapakn? sebenarnye, artis2 nilah yang mengharapkan setiap dari manusia untuk keberhasilan drang, hahahahah! jahatnye aku.. maksud aku macam ni, tanpa adanye kite, adanya voting dari kite, tak kemanenye drang, macam tu jugak dengan mende kat dunia ni.. 

Nampak tak rolling dia? mane2 pon sebenarnye, balik pada manusia jugak, balik pada Allah jugak.. tulah pentingnye belajar ilmu sosial, insyaallah paham ape yang aku nak sampaikan nih.. manusia ni hidup dengan berkonsepkan saling bergantung, saling "mahu" satu same lain, saling memahami.. saling memahami? tak paham? insyaallah paham, sebab diri manusia ni memang dah terbentuk dengan kefahaman tu sendiri, takde sifat faham, bukan manusia la jawapnye.. tak best artikel ni? sory la kawan.. =)
Share:

Friday, February 24, 2012

Info Tentang Lynas

Info Tentang Lynas

Ape tu Lynas? yang orang rami dok buat demo baru2 ni mengenai ketidak setujuan tentang Lynas.. aku malas nak syarah panjang pasal Lynas ni, tapi nak paste satu artikel berkaitan dengan Lynas.. rasanya baik untuk korang amik tahu lebih mendalam ape sebenar Lynas tu.

Paste dari link : http://pemudatua.blogspot.com/2011/05/ringkasan-berkenaan-isu-lynas.htm


(Versi 6.0 - 03/06/11)

LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui

1.      Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
2.      100% milik Lynas Australia.
3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.
6.      2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.
7.      Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.
8.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
9.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
10. Bebas Cukai selama 12 tahun.
11. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
12. Harga satu tan pada RM364, 800.
13. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
14. Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’. Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.
15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.
16. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.
17. Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.
18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.
19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.
20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a.     ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.
b.     Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan kuantan.
c.     Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.
d.     ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.
e.      Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
21. Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan. Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik.  Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng. ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser. penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.
22. ‘Rare earth ore’ atau bijih nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Kebanyakan pengeluaran elemen nadir bumi atau rare earth adalah dari mineral monazite dan bastnasite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Terdapat cadangan untuk menggunakan Thorium sebagai sumber tenaga untuk menjana 2 reaktor nuklear baru yang dicadangkan akan dibuka di Malaysia dan salah satunya di Temerloh Pahang.
23. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia (2500KM) untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan.
24. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun (Fasa 2) manakala 11 ribu tan setahun (Fasa 1) ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan radioaktif Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
25. Bijih Timah juga mengandungi Monazite. Thorium dari Bijih Timah adalah di sekitar 6% lebih tinggi berbanding 0.16% dari Mount Weld Australia. Walaubagaimanapun, jumlah metrik tan perlombongan monazite dari perlombongan bijih timah telah berkurangan dari 2920 metrik tan pada tahun 1988 ke 1147 metrik tan setahun pada tahun 1999. Dari perkiraan sisa Thorium dari monazite perlombongan bijih timah hanya di sekitar 68.82 metrik tan setahun berbanding 121 metrik tan sisa buangan radioaktif Thorium dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng iaitu 2 kali ganda setahun. Thorium adalah ‘by-product’ atau bahan sampingan dari pemprosesan ‘rare earth concentrate’ ke ‘rare earth oxide’ di Kilang LAMP kepunyaan LYNAS di Gebeng Kuantan. ‘By-product’ inilah sisa bahan radioaktif yang digeruni. Persoalannya berapa banyakkah ‘by-product’ Thorium yang akan dihasilkan setahun dan bagaimanakah ianya disimpan dan dilupuskan. Apakah impak kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat khususnya di Balok (3KM) jika kebocoran simpanan sisa radioaktif ini berlaku dan tersebar melalui udara, air dan tanah.
26. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
a.     Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
b.     Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
c.     Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d.     Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e.     Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f.        Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g.     Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
27. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Masih terdapat 80,000 tong drum atau ‘steel barrels’ sisa radioaktif di sana. Jelas, pemprosesan nadir bumi atau ‘rare earth’ akan menghasilkan beribu-ribu tan sisa radioaktif seperti dalam kes Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Sisa yang masih tinggal akan disimpan 3 batu jauh ke dalam hutan simpan di mana bahagian atas bukit akan dipotong dan sisa akan ditanam lebih 20 kaki ke dalam tanah dan ditutup dengan simen dan gypsum.
28. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
29. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
30. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
31. Kes 5: Jelas, kegagalan di dalam menguruskan sisa radioaktif akan memberi kesan kepada persekitaran dalam kes Kilang Molycorp di Death Valley California Amerika Syarikat.
32. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a.     Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b.     Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c.     Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d.     Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e.     Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f.        Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
33. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a.     ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
b.     Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif (2 muka Surat) yang dipaparkan di halaman web.
c.     Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d.     Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e.     Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f.        Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik. Tahap radiasi dari sisa buangan Thorium dikatakan rendah sehingga ia boleh dianggap sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif berdasarkan standard antarabangsa? – Kenyataan Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Bijih nadir bumi di Mount Weld dikatakan mengandungi radioaktif sederhana Thorium dan Uranium berdasarkan laporan EPA Australia dan bukannya rendah!. Kenyataan tersebut juga tidak dikaitkan dengan kenyataan ‘ratio’ sisa 55:10000 oleh CEO Lynas sendiri yang akan dihasilkan dari pemprosesan ‘rare-earth concentrate’ di Gebeng Kuantan. Malah sisa-sisa buangan lain juga tidak dimaklumkan sebagai contoh Gas Radon yang dihasilkan (juga adalah radioaktif) dan mungkin akan terlepas ke udara ketika pemprosesan ‘rare earth concentrate ke rare earth oxide’ kerana menggunakan jumlah besar bahan asid bertoksik tinggi seperti Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik pada suhu yang amat tinggi. Isu sebenarnya bukan berkenaan sisa buangan radioaktif sahaja, tetapi berkenaan semua sisa buangan yang terhasil dalam pelbagai bentuk (gas, cecair/‘liquid’ dan ‘solid’/pepejal) dan bagaimana pengurusan sisa itu dibuat oleh Lynas. Lynas pula telah menggunakan piawaian negara China (<74 bq/gm ) untuk mengklasifikasikan sisa buangan radioaktif itu yang dikatakan disekitar 61 bq/gm dan 65 bq/gm oleh EIA Malaysia sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif sedangkan EPA (Environmental Protection Agency) di Australia telah menetapkan 1.0bq/gm ke atas sebagai bahan radioaktif.
g.     Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
h.     Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
i.         Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini. Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).
j.         Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
k.      Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa. Terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld Australia. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?. Penilaian keselamatan takungan sisa buangan cecair di Mount Weld Australia menunjukkan bahawa potensi pencemaran atau ‘contamination’ tetap ada. Lynas dikehendaki mempunyai sistem pengawasan dan pengurusan air bawah tanah atau ‘groundwater’.
l.         ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m.   Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
n.     Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
o.     Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthanide’. Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan  berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7). Bagi projek sebegitu rumit yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera dari JAS dan Kerajaan Negeri Pahang(2-3 Minggu, normally 6 month) tersebut menimbulkan persoalan yang serius.
p.     Apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Ini tidak seharusnya berlaku seolah-olah RIA tidak penting sebagai syarat kelulusan PEIA.
q.     Cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi:
                                                   i.      Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;
                                                 ii.      Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;
                                                iii.      Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;
                                              iv.      Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).
r.        Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.  Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya?
s.       Proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?
t.       Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. Salinan pembentangan Lynas di persidangan nadir bumi atau ‘rare earth’di Hong Kong jelas menyatakan insentif FDA (Foreign Direct Investment Malaysia) iaitu pengecualian cukai 12 tahun diberikan kepada Lynas. Mungkin hanya tertumpu kepada hasil cukai pada akhir Tahun ke-13 Lynas beroperasi di Gebeng dan pelaburan infrastruktur RM700 juta yang jelas memberikan sebahagian peluang perniagaan kepada pihak tertentu. Peluang pekerjaan jelas hanya untuk 350 orang.
u.     Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);
v.     Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;
w.   DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;
x.      Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;
y.      Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.
z.       Lynas berhasrat untuk menyimpan sisa buangan radioaktif itu di lokasi simpanan Kilang LAMP di Gebeng Kuantan secara kekal ketika memohon lesen dan bercanggah dengan kenyataan Raja Aziz dari AELB bahawa simpanan itu adalah sementara. Jika sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa berjadual atau ‘schedule waste’, maka lesen sisa berjadual itu perlulah dipohon dari Jabatan Alam Sekitar (DOE). Malah jumlah sisa haruslah dikenalpasti dan berapa lama bahan sisa berjadual itu boleh disimpan akan ditetapkan oleh DOE sendiri. Selalunya di sekitar 3-6 bulan sahaja. Dalam kes Huntsman Thioxide (HT) di Kemaman, sisa berjadual mereka dikatakan telah disimpan tanpa dilupuskan semenjak tahun 1992 sehingga kini secara   ‘landfill’ di kawasan dengan keluasan 500 hektar dan kini semakin penuh. Huntsman Thioxide (HT) Kemaman menghasilkan Titanium Dioxide. Titanium dioxide banyak digunakan di dalam makanan, kosmetik, bahan perlindungan cahaya UV, ceramic dan bahan getah.  Proses menghasilkan ‘pigment’ Titanium Dioxide itu juga banyak menggunakan sama ada asid sulfurik atau gas klorin. Sisa yang terhasil atau ‘by-product’ daripada proses itu adalah sisa pepejal, sisa asid yang kuat dan lemah, sisa ‘neutralised’, sisa dirawat dan habuk atau ‘dust’. Pendedahan secara berterusan bahan sisa itu di dalam kuantiti yang tertentu mampu memberi kesan kepada paru-paru, kulit dan kerosakan organ. Isu sebenarnya adalah berkenaan polisi dan mekanisme perundangan yang tidak mencukupi dari agensi kerajaan tertentu di dalam mengawal selia atau menguruskan sisa buangan atau ‘by-product’ yang dihasilkan dari setiap pemprosesan khususnya dari aspek ‘Schedule Waste Management’ di Malaysia. Bagaimanakah upayanya agensi kerajaan ini di dalam menguruskan semua sisa buangan radioaktif itu dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng Kuantan pula?
aa.           Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada AELB sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.
bb.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB, dan bekas Pengarah Perlesenan AELB bahawa Ceramic mengandungi Thorium adalah tidak berasas kerana Ceramic tidak mempunyai bahan ‘metalic’ di dalamnya. Thorium dan Uranium adalah bahan ‘metalic’ dan kedua-duanya adalah bahan radioaktif.
cc.Thorium yang dikatakan digunakan kepada Ceramic hanyalah untuk ‘ceramic glaze’ atau bahan lapisan di atas ceramic untuk lukisan, warna, dan tahan air sahaja dan dikenalpasti oleh Suruhanjaya Perundangan Nuklear Amerika Syarikat(NRC) sebagai “kuantiti yang tidak penting” atau "unimportant quantities". Di mana, hanya 50mg Thorium sahaja yang terdapat di dalam rod ‘welding’, kurang 2gm di dalam lampu dan kurang dari 20% di dalam ‘ceramic glazes’ itu. Kenyataan bahawa kenapa rakyat tidak membantah Thorium di dalam Ceramic dan hanya kepada sisa Thorium dari Lynas adalah tidak berasas dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Jawapan yang sama kepada marble dan tile.
dd.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB itu berkenaan sisa radioaktif Thorium itu yang boleh dipegang kerana pancaran radiasi yang lemah dan tidak bahaya juga disanggah. Terdapat 3 jenis pancaran radiasi nuklear iaitu ‘alpha particles’, pancaran beta dan pancaran gamma. ‘Alpha particles’ hanya begerak dalam jarak yang amat dekat di udara malah boleh dihentikan dengan sekeping kertas, udara dan lapisan kulit yang mati. Sinar beta pula bergerak dalam keadaan yang laju tetapi hanya boleh melepasi elemen atau bahan yang tipis. Sinar gamma pula adalah gelombang elektomagnetic berkuasa tinggi yang boleh melepasi beberapa inci besi seperti X-Ray.  Kenyataan beliau bahawa pancaran dari Thorium adalah sinar alpha atau ‘alpha particles’ dan boleh dihalang oleh lapisan luar kulit jika dipegang, walaubagaimanapun, jika ‘alpha particles’ itu masuk ke dalam badan, ia tetap akan menyerang tisu dan organ dalaman kerana tiada perlindungan seperti yang sedia ada pada kulit luar manusia tadi. Ancaman lain adalah ‘radioactive dust’ atau habuk radioaktif kepada manusia dan juga Gas Radon. Pencemaran alam dari industri nadir bumi adalah ‘significant’. Industri nadir bumi negara China menghasilkan 13 Billion m3 gas dan 25 juta tan air sisa sehingga memaksa pengurangan kuota export nadir bumi mereka dari 72% ke 35% di suku pertama 2011.
ee.Penggunaan Thorium pada filem X-Ray di hospital juga sudah tidak digunakan lagi.
ff.     Lawatan ke Mount Weld oleh MOSTI, wakil AELB, dan wakil  Kerajaan Negeri Pahang tidak melibatkan panel bebas yang lain termasuk wakil kepada rakyat khususnya dari pihak Pakatan Rakyat malah NGO’s. Ketelusan kajian amat diragui.
gg.           Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?

Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.

Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut.

Katakan Tidak Pada LYNAS!!!


Share: