Tuesday, July 1, 2014

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempatkerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam tadi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya.

- Bernama

Sumber :

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Beberapa feedback oleh pembaca dari artikel yang ditulis

Kadang-kadang ku rase memang perlu ada satu tindakan khas dalam menyelesaikan masalah gelendangan / peminta sedekah ini dari terus menerus "menipu" orang lain dengan kesayuan dan "kezuhudan" yang dipamerkan.

Di dalam Islam kita juga  dilarang untuk meminta-minta (peminta sedekah) melainkan punya beberapa alasan. Itupun tidak sepatutnya kita merendahkan martabat sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah semulia-mulia makhluk, dengan meminta-minta.

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Bagaimana tidak, beberapa hasil carian ku berkaitan gelendangan / peminta sedekah ini majoriti sempurna sifat, mereka sendiri yang "tidak menyempurnakan" sifat mereka sehingga orang lain terpedaya dengan helah mereka.

Ku dulu pernah belajar di Aceh Indonesia, ringkasnye di Aceh, tersangat banyaklah gelandangan datang meminta-minta setiap orang dicelah sudut menagih simpati orang ramai. Apabila ingin kita belanja makan, tak mahu pula, konon perlu pakai duit dan sebagainya.

Begitu juga di Malaysia, cari duit dengan mudah sebagai pengemis menjadi tren untuk sesiapa saja. Tanpa modal, penat lelah ilmu yang cukup. Hanya berbekalkan kasut, baju dan mimik muka yang sayu.. orang ramai akan terpedaya untuk "memberi".

Alhasil Malaysia menjadi tumpuan untuk mengemis sekaligus merosakkan suasana aman kerana diganggu dek pengemis sempurna sifat meminta-minta. Bukan mengejek mengutuk, tapi hakikatnya mereka tidak mahu cari jalan untuk mendapatkan rezeki dengan cara terhormat.

Banyak kisah peminta sedekah ni ku dengar di Aceh, sampai diri ini tidak lagi mahu menghulurkan walau 1rp (30sen) kerana terasa ditipu. Ku harap apa yang dirancangkan pihak kerajaan menjalankan Ops Qaseh dapat mengurangkan masalah peminta sedekah ini di Malaysia.

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'
Share:

0 comments: