Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Sunday, August 19, 2018

|Video| 7 kereta dirempuh bas, 4 cedera

|Video| 7 kereta dirempuh bas, 4 cedera
KIRA-KIRA empat individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke MRR2.
KUALA LUMPUR: Kira-kira empat individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke MRR2, sebentar tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lapan kenderaan membabitkan sebuah bas dan tujuh kereta terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam tadi.

Menurutnya, kemalangan itu bermula di hadapan bangunan Perusahaan Getah (RISDA) Jalan Ampang, di sini dan berakhir di simpang Jalan Ampang atau MRR2.

Katanya, semua mangsa dalam proses membuat laporan polis dan pemandu bas berkenaan berada di Hospital Ampang bagi rawatan lanjut.

“Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu (tangkapan),” katanya.


Share:

Monday, June 4, 2018

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Share:

Semakan Duit Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN Masuk Secara Online 2018

Semakan Duit Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN Masuk Secara Online

BERMULA 1 Jun 2018, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula melaksanakan tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) menggunakan kaedah atas talian berbanding secara pos yang dilaksanakan sebelum ini.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, kaedah ini bagi memastikan pemberian surat tawaran WPP kepada pelajar dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
“Oleh yang demikian, para pelajar bagi kemasukan sesi Jun 2018, boleh membuat semakan dan mencetak surat tawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my mulai 1 Jun 2018 sehingga tamat tempoh sah laku pada 31 Julai 2018,” kata PTPTN.
Selain itu, surat tawaran WPP yang telah dicetak perlu dibawa dan ditunaikan di mana-mana 149 cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berhampiran.

“Penunaian WPP hanya boleh dilakukan di kaunter BIMB dan tidak boleh dimasukkan melalui mesin deposit cek atau di lain-lain bank selain BIMB sebelum tamat tempoh sah laku. Tawaran ini akan terbatal sekiranya ia tidak ditunaikan dalam tempoh berkenaan.

“Para pelajar yang layak menerima WPP juga akan dimaklumkan oleh PTPTN melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel berdasarkan nombor telefon bimbit dan alamat emel yang dikemas kini semasa permohonan kemasukan ke IPT,” katanya PTPTN.

Maklumat lanjut mengenai WPP boleh diperoleh di www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Careline PTPTN di 03–2193 3000.

Setiap tahun PTPTN menyediakan kemudahan WPP sebanyak RM1,500 kepada pelajar baharu sebagai persediaan sebelum mereka mendaftar masuk ke universiti awam dan politeknik.

Sumber
Share:

|Video| Kisah Dan Pesanan Akhir Ali Banat

|Video| Kisah Dan Pesanan Akhir Ali Banat

Ali Banat, lahir dan membesar di Sydney, Australia. Diusia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.

Ali Banat recorded this final mesage to be shared after his death

Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya didiagnosa kanser, dan peluang untuk terus hidup dijangka tinggal beberapa bulan sahaja. Walau air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang ditimpakan ke atasnya.

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang perlu dibantu.

Share:

Sunday, June 3, 2018

|Video| Harga Lesen Terkini 2018


Bagi mengatasi isu ketirisan dan penyalahgunaan mendapatkan lesen memandu, hala tuju JPJ kini adalah untuk mengambil pendekatan pengaplikasian automasi dalam semua peringkat proses ujian memandu. Ini termasuk cadangan pemasangan ‘dashboard camera’ di dalam kereta-kereta ujian bagi memastikan ketelusan ujian tersebut. Dalam pada itu, saya juga telah meminta supaya semua Institut dan Sekolah Memandu untuk mempamerkan perincian setiap caj ujian yang dikenakan di dalam resit bagi mengelakkan kebarangkalian sebarang caj tersembunyi. Buat masa ini, harga siling yang ditetapkan oleh JPJ adalah RM350 bagi lesen B2 (Motosikal), RM1,150 bagi lesen D (Motokar – Manual) dan RM1,250 bagi lesen DA (Motokar –Auto).

|Video| Harga Lesen Terkini 2018

YB LOKE SIEW FOOK MENTERI PENGANGKUTAN.

KENYATAAN MEDIA
YB LOKE SIEW FOOK
MENTERI PENGANGKUTAN (Download PDF)
Share:

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah nampak ayam goreng mamak begitu menggoda warna dia. Ni rupanya.

Dua hari operasi kedai mkn bersama Kementerian Kesihatan... Rata² kedai mamak menggunakan 'pewarna bukan untuk makanan' atau untuk ayam goreng... Yang digunakan supaya ayam goreng kelihatan menarik & boleh menyebabkan kanser...

Viral Muafakat Johor
Share:

Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?

Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?

Inilah lelaki soleh.
Inilah wanita solehah.
Di saat kita masih entah apa-apa, sibuk kejar kepentingan diri sendiri.
Mereka mengejar keredaan Ilahi.
Kita sibuk mengejar populariti di bumi.
Mereka mengejar tempat yang tertinggi di sisi Allah Yang Maha Suci.
Kredit penulis : Muhammad Mustaqimi Bin Rusydee

Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?
Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?

Razan’s last moment before she was sniped down, as she was approaching an injured person to to save his live. She scared them(snipers) with her humanity and white uniform.
01-June-2018
Share:

Rahsia Fail Merah Terbongkar - Menteri Kewangan

Rahsia Fail Merah Terbongkar - Menteri Kewangan

PUTRAJAYA: Rahsia 'fail merah' yang sebelum ini hanya boleh diakses pihak tertentu terbongkar apabila mengandungi penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1MDB.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu wawancara berkata, beliau sangat terkejut apabila mengetahui kandungan fail merah itu yang sebelum ini cuba disorok oleh kerajaan BN.

Beliau berkata, sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti.

“Fail-fail merah yang sebelum ini begitu sulit telahpun dibuka. Saya sangat terkejut kerana fail tersebut mengandungi banyak skandal termasuk pembayaran hutang untuk 1MDB.

"Rupa-rupanya hutang-hutang 1MDB sebelum ini dibayar oleh kerajaan. Padahal sebelum ini 1MDB beritahu mereka bayar sendiri. Mereka tak bayar satu sen pun hutang-hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada hari pertama di kementerian itu, Guan Eng berkata beliau diberitahu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mod Desa dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mengenai kedudukan semasa kewangan negara, dan pendedahan yang mengejutkan bahawa mereka tidak dapat mengakses akaun dan laporan tertentu.

Menyifatkannya sebagai skandal paling besar di dunia, Guan Eng berkata, sebanyak RM7 bilion telah dibayar dan lebih menyedihkan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039.

Katanya, jumlah tersebut juga belum dikira faedah, jadi boleh dinilai betapa besar kerugian dan kehilangan sumber pendapatan rakyat untuk membayar hutang 1MDB sahaja.

“Bayangkan sekiranya wang ini boleh dilaburkan digunakan untuk rakyat. Bukankah kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita, tapi ternyata skandal 1MDB ini telah memberi impak negatif ke atas keadaan ekonomi kita.

“Saya berterus terang soal ini. Sebab itu kita terpaksa ambil langkah-langkah bagi mengurangkan mengurangkan impak negatif tersebut,” tegas beliau.

Guan Eng turut mendedahkan hasil siasatan mendapati bahawa 1MDB sebagai syarikat pelaburan strategik hanyalah rekaan semata-mata.

“Satu rekaan yang betul-betul jahat... tak ada langsung. Kita akan siasat dengan lebih teliti supaya rakyat tahu penyelewengan melalui 1MDB ini.

"Kita akan cuba atasi kerana 1MDB ini adalah sejarah hitam yang kita akan ingat buat selama-lamanya," katanya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, fail-fail merah itu turut mengandungi kontrak-kontrak yang mempunyai syarat-syarat yang agak luar biasa yang merugikan kerajaan.

“Ada beberapa kontrak di mana pembayaran dibuat walaupun kemajuan kerja hanya 10 hingga 15 peratus. Lebih dua pertiga nilai kontrak ataupun jumlah kontrak telah pun dibayar.

“Kita sedang siasat perjanjian-perjanjian yang agak luar biasa ini. Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan.

"Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa? Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja,” katanya.

Walaupun begitu katanya, pihaknya tidak boleh mengatakan perbuatan itu salah kerana telah termaktub dalam kontrak.

“Kita akan siasat dan tanya mengapa mereka buat kontrak macam ini yang tidak memihak kepada kepentingan negara. Itulah yang kita kena siasat," katanya. 

Share:

Thursday, May 31, 2018

|Video| Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul

"Tak salah nak tegur.. tapi kalau teguran kau tu sengaja nak memalukan dia tu sepatutnye makan penampau. Kalau pun kau dah nampak, diam2 sudah la, ni pi direct macam tu live pulak tu. Bulan Ramadhan ni la kau mintak dikecam. Eshhh.." 


KUALA LUMPUR - Walaupun rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perkembangan terkini dengan pembentukan kerajaan baharu, namun ada juga pihak yang sibuk mengecam penampilan ahli politik wanita.

Menerusi satu program Facebook Live, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.

Lelaki tersebut menghubungi rancangan berkenaan semata-mata untuk menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk badannya.

Oleh itu, lelaki tersebut meminta wakil rakyat itu untuk lebih berhati-hati dengan pemakaiannya.

"Lepas ni YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau. Dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah," tegur Azrul.

Tidak terhenti disitu, Azrul sempat menambah lagi teguran yang berbaur sensitif itu sebelum menamatkan panggilan.

"Pasal hari itu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada," kata Azrul lagi.

Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.- Astro Awani

|Video| Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul
Share:

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 12 tengah malam ini.

LLM dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

"Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," kata kenyataan berkenaan.

Katanya, Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.

"LLM mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama pengguna lebuhraya," katanya.

Share:

Raj's Banana Leaf Mohon Maaf Secara Terbuka

Isu basuh pinggan guna air kotor / lopak jalan.
Pihak restoran telah memohon maaf atas isu terbabit.

Gilo punya kerja sampai basuh pinggan pun dalam lopak jalan beb.. walaupun air tu mengalir, tapi tetap kotor dan kita tak tahu najis apa yang bersamaan dengannya dalam takungan air tersebut. Dengar cerita ni bukan mamak muslim, tapi india non muslim.. tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Ape2 pun.. memang pengotor!!!


PETALING JAYA: Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf tampil memberikan kenyataan maaf berhubung penularan satu video yang menunjukkan pekerja restoran berkenaan membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Menerusi hantaran di akaun Facebook restoran berkenaan, pemiliknya memohon maaf kepada pelanggan dan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh beberapa pekerja baharu di cawangan Bangsar milik restoran itu.

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar. Kami ingin memaklumkan kepada semua perkara sebegini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kami juga ingin menegaskan Raj’s Banana Leaf secara konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan restoran kami yang dilakasanakan secara berterusan.

“Kami berharap pelanggan akan memberikan peluang kedua kepada kami dan kami ingin menegaskan faktor kebersihan dapur restoran kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Menerusi kenyataan berkenan juga, pemilik restoran mengatakan akan membuat majlis berbuka puasa secara percuma pada 31 Mei nanti bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di Raj’s Banana Leaf Bangsar sebagai tanda permohonan maaf berhubung kejadian itu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat yang tular pada Selasa menunjukkan beberapa pekerja sedang membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air. Sumber.



KUALA LUMPUR – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf, bagi menjalankan pemeriksaan susulan viral video pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis itu di Bangsar, di sini, sebentar tadi.
Seramai kira-kira 10 pegawai tiba dengan menaiki dua buah van pada jam 9.20 minit pagi.

Sepuluh minit kemudian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba, difahamkan bagi menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Bagaimanapun, restoran itu tidak beroperasi pada hari ini dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Sementara itu, sebuah portal tempatan, TwentyTwo13, melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata restoran itu akan ditutup bermula esok (hari ini).

“Saya akan mengarahkan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar menyita premis itu esok.

“Ia akan ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,” katanya dipetik oleh laporan itu. – BH ONLINE.
Share:

Friday, May 12, 2017

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)
Proton Iswara Hatchback 1.3 Manual 2001

Oleh sebab besok cuti dan sempena birthday roommate aku sambil dok makan2 kek ni.. aku nak share lah sedikit sebanyak pengalaman aku berurusan dengan used car. Yups! kereta second hand. Ape yang cube aku kongsikan di sini tidaklah 100% menjawab persoalan korang, tapi insyaAllah membantu walaupun sedikit. 2-3 bulan ni aku busy mengurus menjual dan mencari kereta. Kereta lama kesayangan aku Proton Iswara Hatchback 1.3 Manual 2001 selamat dengan izin Allah terjual dengan harga RM3500. 

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)
Honda City Idsi 1.5 Auto 2005

Target aku pulak cari kereta Honda City Idsi 1.5 Auto 2005 keatas, dengan budget RM15000? Susah bang nak cari tahun 2005 keatas dengan harga tuh.. 15k boleh dapat kalau tahun 2004 kebawah, itupun kalau pandai cari. So dalam masa 2-3 bulan aku gigh mencari secara online, aku target online sebab nak cari direct seller, bukan dealer atau company. 

Kenapa direct seller?
  1. Kereta terjaga. Bagi aku, direct seller ni memang agak payah dari segi urusan tukar nama puspakom dsb walaupun sebenarnye sangatlah mudah.
  2. Condition lebih selamat dari used car. Cari la seller yang beriman, tengok cara dia bercakap, tengok keadaan kereta, enjin kereta dan test drive.
  3. Kawtim harga. Berbanding direct seller dengan company, markup company lagi tinggi. Iswara hatchback RM7500 beb! 
  4. Jujur dan tak reti menipu. Yelah, sape yang tak reti menipu kan.. tapi berapa ramai dah orang kena game dengan company, tengok luaran polish bagai, sekali guna baru 2 bulan dah leaking sana sini. Atleast masalah kereta boleh rujuk dengan ex owner directly.
Cari kereta secara online.
  1. Mudah.my
  2. Carlist.my
  3. Google.com
Tak kisah samada nak beli dengan direct seller atau used car, kat bawah point aku share antara yang perlu diberi perhatian sebelum korang buat keputusan membeli. Penting! sebab bila dah bertukar tangan, nak buat ape pun tak boleh, jadi sebelum bertukar tangan, prepare yourself dengan ape yang patut.. paling tidak ada basic pasal kereta yang korang nak beli tuh. Sebenarnye bukan je penjual yang reti bercakap tu tahu belaka, jadi gunakan kuasa psychology. Dengan sedikit basic yang korang ada, plus confident, sedikit sebanyak die akan berfikir kau bukan kosong.

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)

Tips ni berguna samada nak membeli dengan direct seller atau used car, ape yang perlu korang prepare?
  1. Berdoa minta Allah permudahkan urusan.
  2. Study pasal kereta yang korang idamkan. Kelebihan dan kekurangan.
  3. Belajar procedure jual beli (puspakom, tukar nama JPJ, insuran dan roadtax).
  4. Amik tahu market kereta yang anda mahu.
  5. Bawak foreman. Ni penting, bayar la sikit pomen tu untuk susah payah dia check. Sebelum bawak pomen, survey dan mark dulu kereta. 
  6. 1st day datang tu (sebelum bawak foreman), pegi dulu test kereta. Ape yang perlu korang tengok? antaranya: (a) Body cat kereta (b) bunga tayar (c) level minyak engine (d) level coolant (e) keadaan engine, pastikan tiada leaking (f) tengok bawak kereta pastikan tiada minyak/leaking (g) start engine, datang pagi2 sebelum kedai buka. Dengar bunyi engine. Cuba tekan pedal minyak dari separuh kepada penuh. Pastikan tiada asap hitam. (h) Pastikan dalaman kereta bersih. (i) Pastikan semua berfunsi, lampu, signal, aircond, hazard, hon, wiper dan mirror. (j) Check bonet, pastikan tersedia spare tyre dan alatan. (k) Buka dan tutup semua pintu, pastikan tiada bunyi yg pelik. (l) Test drive. Test gearbox. Test jalan tak rata. Test langgar bonggol. Test belokan steering dan dengar bunyi pada bahagian tayar. Pastikan alignment tak lari. (m) Test brake. Penting!
  7. 2nd day datang, bawak foreman. Sebaiknya jangan tunggu lama2. Kalau dah puas hati dengan keadaan kereta, lebih baik cepat2 sebelum disambar orang.
  8. Minta freegift: tinted, payung, minyak full tank, wiper baru dsb.
  9. Dan puas hati, deal dengan seller untuk book@lock kereta. Tujuannya supaya kalau ada buyer lain, kereta sudah booked. Kalau korang tibe2 tak jadi, kira burn duit book tadi. Biasanya, kalau harga kereta 20k, boleh book dengan harga 5-6k. Bayar penuh sekiranya nama korang sah tertulis diatas geran kereta. Untuk langkah berjaga-jaga, snap IC dan lesen penjual (direct seller), kalau berurusan dengan used car, minta keluarkan resit booking. INI UNTUK CASH MONEY.
Mudah jer nak uruskan puspakom dan tukar nama di JPJ.. tak payah korang pening2 nak bayar beratus2 kat runner. Sebab kos buat semua tu tak sampai RM150 pon! Klik pada link untuk maklumat berkaitan URUSAN PUSPAKOM dan TUKAR NAMA JPJ

Honda City aku beli cash dengan harga RM19000 otr. Kenapa tak loan? sakit kepala bang nak bayar tiap bulan fikir berhutang lagi. Walaupun tak dinafikan beli baru tak berisiko, tapi kereta secondhand ni kalau pandai cari semolek kereta baru jugak. Itulah pasal kene usaha, bukan main redah je nak beli. Kereta baru pun, belum tentu menjamin selamat tiada kerosakan, cuma tiada risiko berbanding used car. Fikirlah, keputusan di tangan anda! So far, aku dah uruskan 3 buah kereta secondhand. 1st iswara, 2nd kancil dan 3rd honda. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. 

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua 😊 😊 😊
Share:

Sunday, May 7, 2017

Panduan Mudah Urusan JPJ Pertukaran Nama Pemilik Kenderaan

Dah settle PUSPAKOM (baca sini), next step urusan tukar nama di JPJ. Syukur alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, tak sampai 15 minit dah siap tukar nama. Ade beberapa tips yang aku nak kongsikan berkenaan tukar nama pemilik kenderaan ni.

Lepas dah deal dengan buyer dan kedua-dua pihak setuju mengikut terma dan syarat (aku akan buat satu entry pasal ni), last step adalah pindah nama. Aku malas nak taip panjang2, just bagi point supaya lebih mudah difahami.

Panduan Mudah Urusan JPJ Pertukaran Nama Pemilik Kenderaan

Perkara penting yang perlu dilakukan sebelum berurusan di JPJ.

1. Datang awal pagi (7.30am). JPJ bukak 8.00am.
2. Sebaiknya, ambil borang tukar nama pemilik di JPJ dahulu sebelum berurusan di kaunter.
3. Bawak IC, LESEN (in case), GERAN ASAL dan PUSPAKOM.
4. Sebaiknya, kedua-dua pihak ada bersama di lokasi.

Untuk pengetahuan korang, tak semestinya perlu ada kedua-dua pihak bersama. Takde masalah kalau seller yang uruskan dahulu kemudian minta buyer uruskan di cawangan JPJ berdekatan (dalam tempoh 2 bulan kalau tak salah). Sila rujuk website JPJ.

Bagi aku la, elakkan la berurusan macam tu.. bukan ape, macam-macam boleh jadi di luar dugaan. Tapi kalau dah buyer pun jauh 100km, its ok.. tapi pastikan segala-galanya clear. Maksud aku preparation korang incase ape2 terjadi. Nampak menyusahkan diri sendiri kan?

Ok then, ape je yang terjadi semasa proses tukar milik ni?

1. Beratur, amik no dan bagitahu nak tukar nama pemilik kenderaan.
2. Akan dapat borang, kalau dah isi sila abaikan. Borang tersebut perlukan detail kedua2 pihak. Antaranya; (a) alamat (b) no ic (c) no tel (d) no plate kenderaan.
3. Sediakan duit RM100, IC kedua pihak dan pegawai akan uruskan cop dan sebagainya.
4. Penjual akan diminta untuk thumb print, kemudian barulah pembeli.
5. Tunggu dalam 5 minit, pegawai akan print geran baru atas nama pembeli.

Untuk pengetahuan korang, geran asal yg besar panjang tuh (ada nama pemilik2 dan dibatalkan) dah tak diguna pakai lagi, geran asal yang lama akan ditukar kepada geran baru original. Size kecik je.. separuh kertas A4 dan hanya tertera nama pemilik sahaja. So jangan terkejut hehehe. 

Sekian serba sedikit perkongsian berkenaan cara mudah tukar milik kenderaan. Semoga bermanfaat !!!
Share:

Friday, April 21, 2017

Panduan Mudah (Basic) Urusan PUSPAKOM

Sebelum cuci darah my redbaby (1,500km) jap lagi, aku nak share something kt korang pasal PUSPAKOM nih. Semua org Malaysia dah sedia maklum pasal PUSPAKOM ni sebenarnye, apabila berurusan jual beli kereta, PUSPAKOM menjadi perkara utama yang perlu diambil kira. Nih aku CNP je dari web PUSPAKOM :

Ditubuhkan pada tahun 1994, PUSPAKOM merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, sebuah konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Kami adalah satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, serta kenderaan persendirian untuk tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

Semalam aku ke PUSPAKOM nak uruskan proses tukar milik kenderaan, penting tak penting PUSPAKOM nih, drang akan check mende2 basic sebelum buat kelulusan tukar milik. Drang akan check antanya (tertakluk kepada jenis kereta dan tujuan pemeriksaan) :

Panduan Mudah (Basic) Urusan PUSPAKOM

1. No engine
2. No casis
3. Kenderaan potong (body potong)
4. Ketelusan cermin (tinted)

Sebenarnye, kebanyakkan orang fikir lebih baik bagi runner je yang settlekan PUSPAKOM dan tukar nama (JPJ) dengan kos yang tinggi RM300? beb! korang buat sendiri tak sampai RM40 pun! ok kat sini aku nak share perkara2 yg perlu dilakukan sebelum ke PUSPAKOM :

1. Basuh kereta, pastikan no casis dan engine jelas (kalau boleh)
2. Deal hari dan tarikh yg sesuai, tak perlu ke sana, call je:

Address & Contact : No. 17, Jalan P10/18, Taman Industri Selaman, Seksyen 10, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-8922 1325  Fax: 03-8922 3706
Inspection by Appointment Tel : 03-51017000

3. Bawa geran asal (original).
4. Sampai di PUSPAKOM, bagitahu nak tukar nama pemilik dan Isi borang yang diberi.
5. Queue kereta mengikut arahan yg diberi, Tak tahu kat mana nak queue, biasanya ada polis yg jaga bahagian tu, tanya dia.
6. Sampai turn korang, bayar RM40 di kaunter yg disediakan.
7. Tunggu keputusan samada lulus atau gagal.

Semudah ABC kan? tak perlu pening2 fikir nak bayar runner bagai.. baik korang bagi aku lagi bagus haha! ohh.. semasa pemeriksaan, korang boleh je nak tengok2.. takde masalah pun. Aku buat di cawangan Bangi, not bad, kereta tak banyak.. paling best tinted aku lepas Alhamdulillah. Tengok kadar ketelusan dari web JPJ (http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap) tak lepas beb! Rezeki Allah nak tolong. Kalau tak lepas, samada korang kawtim dan koyakkan depan tu jugak, atau buat sekali lagi dengan bayaran yg sama RM40.

InsyaAllah dalam masa terdekat aku ke JPJ untuk proses pertukaran nama, BTW.. tiap pemeriksaan tukar milik (PUSPAKOM) ni valid lebih kurang 3 minggu. So dalam masa tiga minggu tu lah korang perlu uruskan di JPJ dsb. Kalau diberi kekuatan, aku share kat sini.. kau ingat senang ke nak menulis? hahaha.. 
Share:

Wednesday, September 23, 2015

(Video) Trik Mudah Diterima Google Adsense

Aku apply Adsense sejak tahun 2009 lagi tahun dimana perkenalan duniaku dengan blog. Mula-mula buat blog ni suka-suka je, tak serius pun.. lepas dah banyak contact dengan blogger lain, sharing2 maklumat lalu terbongkar ramai orang dah berjaya buat duit dengan blog. Sejak tu lah aku mule mencari maklumat berkaitan buat duit dengan blog ni, rasenye  dah banyak aku join dengan syarikat pengiklanan dalam menceburi dunia buat duit dari blog, rasanya sejak Advertlets sampai lah sekarang Nuffnang menjadi pilihan dalam blog aku sekarang ni.


Dari banyak2 syarikat pengiklanan, 1 syarikat je yang puas jugak la kutip hasil sebagai publisher ialah Nuffnang. Tapi takde la sampai berriban-riban hasil yg aku dapat.. ramai lagi blogger popular setiap bulan mesti ada payment, aku ni cikai2 saja.. haha. Cikai tak cikai, beratus jugak la Nuffnang dah bayar kat aku.

Pengharapan aku pada Nuffnang takde la tinggi nak setiap bulan ada income.. tapi ok la murah hati jugak Nuffnang buat amal jariah. Boleh jugak buat bayar domain www.duadz.com ni. 

Sebenarnye aku bukan nak cerita pasal Nuffnang... aku nak share sedikit tips trik macam mana permohonan aku untuk dapatkan akaun google adsense diterima. Memang teruja la, sejak 2008 kut sampailah tahun 2015 baru merasa google adsense. Hehe.. ape2 pun syukur impian aku untuk cube rezeki income dari adsense pulak lepas ni. Memang baru2 ni aku ada apply mengunakan email yg berbeza pada akaun email Youtube yang lama dan telah di ban oleh adsense.


Ntah macam mana rezeki, permohonan aku diterima.. pergh memang senyum je aku sehari tu, hehe.. tapi data semua kosong, zero. Lepas 2 bulan macam tu, ayah call bagitahu ada surat dari USA berkaitan adsense. Aku malas fikir ape masatu, maybe adsense nak promote atau ape2 lah. Bila dah sampai rumah, aku terfikir ada surat yang ayah bagitahu... memang rezeki, Nuffnang bagi cek Rm132 ++ dan adsense bagi surat cinta siap dengan PIN bagai.. aku dah mula semangat. Hehe..


So bile bukak adsense, buat seperti yang diatas masukkan no PIN bagi membolehkan pihak adsense transfer dan mengemaskini kaedah bayaran yang disediakan. Ade 3 kaedah dan pilihan aku confirm2 la wire transfer sebab mudah trus dibayar pada akaun maybank aku tak payah nak fikir tunai cek dan sebagainye. Oh lupe nak cakap, dalam akaun aku tertera sebanyak $201.90! bukan nak menunjuk, tapi terpelik terpinga jugak dibuatnye.. aku baru je daftar adsense atas akaun lama Youtube. Aku tak faham dan malas nak fahamkan, yang penting ni rezeki.. hehe alhamdulillah. 


So wire transfer mengambil masa 3 hari waktu bekerja.. maybe paling cepat jumaat ni akan selamat dimasukkan duit tersebut kedalam akaun aku, atau paling lewat isnin atau selasa depan. Sekian. Sebarang pertanyaan.. bolehlah kite bincang2 ape yang patut.
Share:

Friday, July 31, 2015

Ulasan - Video - Berita: KPDNKK, PDRM dan Imigresen Serbu Plaza Low Yat


Noh semalam Plaza Lowyat diserbu oleh KPDNKK kerjasama dengan PDRM dan Jabatan Imigresen kononnye dengan alasan banyak aduan dibuat pengguna mengatakan barangan yang dijual tidak asli sepeti yang dikatakan penjual adalah sebaliknye. Ingat lagi tak kes 13 Mei 2013 seorang pemuda yang serang sebuah kedai jualan barangan handphone di Lowyat, konon penjual hp Oppo tu kata hp ni ori la… so lepas check dan dapat pengesahan hp tu tak seperti yang dikatakan. Naik hangin kerana ditipu, mamat tu terus serang kedai Oppo tu dengan beberapa kawannye. Habis semua barang dipecahkan, hingga kos kerosakan dianggarkan kire-kire Rm70k, bak kate bapak aku… tu say hai je, macam nak cover konon drang dah banyak rugi padahal nak tutup kesalahan drang. Ntah la.. banyak spekulasi timbul lepas kes tu.

Aku malas nak sembang sangat pasal kononnye nak timbulkan balik peristiwa 13 Mei 1969 tu bile dikaitkan dengan isu Boikot Lowyat tersebut. Buang masa… kadang nampak ade kepentingan politik, ade jugak nak sengaja nak keruhkan lagi keadaan yang sebelum ni terbina baik hubungan antara Cina Melayu. Ade jugak dengar-dengar isu, rusuhan ni sengaja dibuat kononnye atas protes kepincangan pemerintahan pemimpin Negara, sebab yang otai Lowyat tu Najib ke? Ntah la… betul jugak cakap pakcik aku, Lowyat tu kubu Cina kot… setakat mamat (aku rasa macam mat rempit) tu, apelah sangat… siap datang lagi otai Lowyat buat ucapan, haha itu lawak… maksud aku, berani nye mamat tu? Atau dah backup? Alih-alih yang terpedaya orang Melayu sendiri… padahal ada kepentingan politik, ceh!


Memang tak dapat dinafikan, boleh dikatekan 80% usahawan niaga ni dari kalangan kaum Cina. Dah tu Melayu nak senang saja? Goyang kaki duk dalam ofis? Suh belaja pun taknak, tapi nak kerja duduk dalam aircond? Suruh niaga pulak, katenye susah nak fikir rolling duit, taknak susah pastu letak harga melebihi harga pasaran? Sape nak datang macam tu. Aku pun orang Melayu, tapi ape nak buat… cume sesetengah yang ada kesedaran drang akan didik anak kepada yang lebih baik… buang segala unsur malas dan taknak berusaha tu! Korang tengok video kat atas macam mane staff cina tu layan pelanggan? Kurang hajar kan? Tak pernah terfikir ke kenape orang Melayu tak cube untuk jadi bos kepada syarikat Digi contohnye? Kenape mesti Cine. Video tu menunjukkan layanan staff pada pelanggan yang datang nak amik resit, tapi dinafikan. “Aku ni smlm bayo bil...pastu kalut nk g ambik anak lupa ambik resit. Balik check payment xmasuk. Td g balik...diorang kata xde rekod aku bayar smlm. Bila request tgk cctv...mcm2 alasan”.

KPDNKK baru nak bertindak ke? Hehe… bile dah kecoh baru nak amik tindakan, dah pecah kereta, orang cina kene belasah baru kau nak bukak mata? Habis sebelum ni, habis kedai Melayu kau orang serang, rampas itu ini… tempat Cina? Adekah sebab terlampau buncit sampai tak larat nak belajan? Maaf sekadar bergurau. Najib mudah je kalau nak settle masalah Negara ni, buat ape? Sign jela TPPA tuuu (Tans-Pasific Partnership Agreement):

KPDNKK, PDRM dan Imigresen Serbu Plaza Low Yat

11,174 aksesori tiruan dirampas di Low Yat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990 dalam pemeriksaan mengejut yang diadakan di Plaza Low Yat pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

Menurut beliau, kakitangan Jabatan Imigresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan di situ selepas menerima banyak aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi berkenaan disertai sebanyak 110 anggota penguat kuasa termasuk wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Tambahnya, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan terdapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain mendidik penjual supaya mematuhi undang-undang.

“Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300886800 untuk menyampaikan aduan atau melalui laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat kami,” katanya.

Share:

Thursday, July 30, 2015

Ulasan - Video - Berita: Muhyiddin Bongkar Rahsia Najib Isu 1MDB


Kali ini Muhyiddin bersuara bongkar rahsia Najib Razak yang sebelum ni ure-ure mengatakan sejumlah wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun Najib Razak. Tonton video pendek di atas, anda ada hak membuat penilaian sama ada benar atau tidak seperti yang dikatakan oleh bekas timbalan presiden itu terhadap penyaluran wang 1MDB ke dalam akaun Najib Razak. Tertanya pulak aku… berani betul TSMY ni cakap begitu siap secara live lagi oleh individu tertentu, kalau lah perkara ni tidak benar… sanggup ke TSMY tanggung risiko atas setiap kenyataan beliau berkaitan penyaluran sejumlah wang ke dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara menteri yang digugurkan ketika rombakan kabinet 2015 oleh DS Najib Razak, jawatan yang disandang beliau adalah timbalan perdana menteri sejak 2009 hingga sekarang dan digantikan dengan Zahid Hamidi. Dengar-dengar kononnye ada usaha gabungan antara Tun Mahathir dengan TSMY menentang gabungan DS Najib Razak bersama TPM Zahid Hamidi… ntahla.. nantikan je ape cerite seterusnye. Cume kite sebagai rakyat perlu tahu menilai mana baik dan buruk, benar dan salah supaye setiap keputusan dan suara kite membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan selamat.

Lepas je pendedahan oleh TSMY berkaitan isu 1MDB nih… kau kenal Ahmad Maslan? Kalau tak kenal mohon google first, orang Malaysia kalau tak kenal Ahmad Maslan memang bukan orang Malaysia laaa… beliau lah Menteri pertama kee yang menafikan keyataan dibuat TSMY terhadap DS Najib Razak:

Ahmad Maslan Nafi Dakwaan Muhyiddin Wang 1MDB Dimasukkan Ke Akaun Najib

Ulasan - Video - Berita: Muhyiddin Bongkar Rahsia Najib Isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno, Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan satu rakaman video yang dirakam di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan aliran tunai RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sebagaimana memetik Astro Awani.

Tambah Ahmad, Najib sendiri telah tampil menafikan dakwaan berkenaan bahawa beliau ada menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Terdahulu, portal Malaysiakini memuatnaik satu rakaman video berdurasi 57 saat yang menunjukkan Muhyiddin sedang mengadakan perbualan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh fadzir di kediamannya pada Selasa.

Muhyiddin dikatakan sebagai menyebut Najib mengakui sejumlah besar tunai dipindahkan ke dalam akaun peribadinya. -Sumber
Share:

Tuesday, July 28, 2015

Baca! Penyebab Muhyiddin Yassin Disingkirkan

Antara sebab penyingkiran oleh DS Najib Razak terhadap TS Muhyiddin Yassin dalam rombakan kabinet 2015 baru-baru ini. Bace ape yang dikatakan oleh Nazri Aziz:

Baca! Penyebab Muhyiddin Yassin Disingkirkan

Muhyiddin Memang Cari Nahas – Nazri Aziz

Kuala Lumpur – Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jemaah menteri tidak mengejutkan kerana beliau memang terang-terangan melanggar keputusan Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, ucapan Muhyiddin pada mesyuarat Umno bahagian Cheras Ahad lalu keterlaluan hingga tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan tindakan tersebut diambil.

“Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya,” katanya merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Tetapi beliau (Muhyiddin) tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu,” katanya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider dari Milan, Italy, Nazri berkata pelantikan menteri Kabinet merupakan prerogatif perdana menteri dan Datuk Seri Najib Razak hanya melantik mereka yang setia kepadanya.

“Pertamanya, Kabinet memang prerogatif perdana menteri, dan sudah tentu beliau perlu melantik mereka yang setia kepadanya dan mereka yang beliau selesa dengannya.

“Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jelas sekali, beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya daripada Umno, tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB, atau memang masa mereka sudah tiba,” katanya.

Najib juga menggugurkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.

Shafie sebelum ini turut dilihat kritikal mengenai cara Najib menangani 1MDB dan secara terbuka mengkritik perdana menteri manakala Hassan secara amnya dilihat tidak berkesan dalam mengendalikan kementeriannya.

“Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul,” kata Nazri.

Mengenai dakwaan Najib memusnahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan melemahkan penyiasatan atas 1MDB dengan menaikkan pangkat 4 ahlinya – Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau – menjadi timbalan menteri, Nazri berkata, rakyat tidak perlu terlalu cuba mentafsirkan maksud sesuatu yang tersirat.

“Saya rasa kita tidak perlu terlalu cuba membaca apa yang tersirat di sebaliknya. Mereka ini memang sewajarnya menerima kenaikan pangkat. Nur Jazlan sudah lama layak. Beliau diletakkan di Kementerian Dalam Negeri, kementerian yang berkuasa dan penting. Reezal memang mahir dalam hal ehwal antarabangsa,” katanya.

Ahad lepas, pada mesyuarat Umno bahagian Cheras, Muhyiddin mempersoalkan skandal sekitar hutang RM42 bilion 1MDB, dan pendedahan The Wall Street Journal mengenai wang daripada dana pelaburan negara yang didakwa disalurkan ke dalam akaun perdana menteri.

Pejabat Perdana Menteri semalam menjawab, meminta semua orang bersabar dan menunggu keputusan akhir siasatan. – The Malaysian Insider

Share:

Pandangan - Video - Berita: Rombakan Kabinet DS Najib Razak 2015

Baru-baru ni DS Najib Razak membuat rombakan kabinet yang mane melibatkan beberapa jawatan menteri-menteri dan timbalan perdana menteri digugurkan. Seperti sedia maklum TPM Malaysia sebelum rombakan kabinet dibuat adalah TS Muhyiddin Yassin yang sudah beberapa tahun sejak 2009 berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Namun keputusan menggantikan tempat TPM oleh DS Najib Razak tidak boleh dibantah berikutan keputusan yang dibuat dan pengumuman oleh DS Najib Razak di media sosial.


Dari pelbagai sumber yang aku baca berkaitan pelantikan baru TPM oleh DS Najib Razak adalah berpunca dari kenyataan oleh TS Muhyiddin Yassin yang menimbulkan kontroversi dan seolah tidak setuju dengan pencapaian pemerintahan di bawah DS Najib Razak ekoran pelbagai isu yang timbul tidak sudah-sudah seperti yang terakhir adalah isu 1MDB.


Pulak tu… pemahaman aku berdasarkan video di atas, sekilas bile dengar kenyataan ikhlas Muhyiddin seolah bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dengan menyatakan sekiranya dalam pimpinan ada tersalah langkah perlu kita betulkan dan kembali pada pangkal jalan. Aku faham je ape yang cube disampaikan Muhyiddin, cume bile dikaitkan dengan Tun, bende tu menimbulkan kontroversi ditambah pulak baru-baru ni serangan Tun terhadap kepimpinan DS Najib Razak.

Patutnye kan… Muhyiddin kene stay cool, jangan marakkan api yang sedang marak… sebelum ni pun banyak yang beliau kritik terhadap kempimpinan Najib Razak walaupun cube untuk betulkan mana yang salah, cube cari kebenaran dari kekeliruan dan sebagainye. Kau macam tak kenal Najib? Sebagai menteri di Malaysia, die ade kuasa penuh untuk control Malaysia ditambah pulak beliau kawal kewangan negara… inikan kau nak dia buang? Ramai lagi yang sanggup menjadi boneka disuruh patuh tanpa melawan.

Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi TPM yang baharu - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009. Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).

Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan Menteri: 1. Datuk Ahmad Maslan

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:
Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri: 1. P.Kamalanathan 2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri: 1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: 1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 1. Datuk Alexander Nanta Linggi 2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri 1. Datuk Azizah Mohd Dun 2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri 1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri 1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 2. Nancy Shukri 3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 4. Datuk Wee Ka Siong 5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 6. Senator Datuk Seri Idris Jala 7. Tan Sri Joseph Kurup 8. Datuk Joseph Entulu Belaun 9. Datuk Seri Shahidan Kassim 10. Senator Paul Low Seng Kuan 11. Datuk Mah Siew Keong

Share:

Saturday, July 25, 2015

Cara Mudah Buka Website yang Disekat/Blocked

Kadang-kadang ade beberape website yang telah disekat oleh SKMM atas sebab-sebab tertentu atau mungkin telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah ditetapkan kerajaan. Kandungan website seperti pornografi, pishing dan hasutan termasuk dalam Akta Komunikasi dan Multimedia atau laman web yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah; Akta Rahsia Rasmi (dua); Kanun Keseksaan (dua); Akta Hasutan (satu); dan lain-lain (sembilan) (sumber).

Kan susah tu kalaulah mana-mana website yang mungkin menjadi antara rujukan yang penting dalam sebuah penelitian.. atau mungkin sebuah website yang mengupas isu-isu kekinian, politik semasa, konspirasi dunia dan sebagainya. Bagi aku semua itu sangat perlu untuk diketahui, dibaca, dianalisis dan dibuat kesimpulan supaye manusia sentiasa berfikir untuk menjadi yang lebih baik dan tahu menilai baik buruk sesuatu perkara.

Kalaulah hanya laman sosial penyumbang kejatuhan moral insan sahaja yang dibiarkan tanpa tapisan, hanya segelintir manusia saja yang menggunakan facebook misalnye untuk tujuan yang baik, tapi boleh ke nak pantau setiap gerak geri anak waktu mereka ni ber facebook? Ape yang mereka buat, sape yang mereka berkawan, link ape yang mereka buka dan baca? Saya terfikir... kenapa tidak facebook dipantau dengan lebih rapi dan ketat sedangkan semua bacaan boleh boleh ditemukan dan dikongsi di facebook termasuklah gambar-gambar porno lucah dan sebagainye.

Jadi di bawah aku kongsikan bagaimana cara buka website yang disekat/blocked. 

PERINGATAN: KBM tidak bertanggungjawab terhadap komen mahupun tindakan yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan ... Segala risiko akibat komen dan tindakan yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Cara Mudah Buka Website yang Disekat/Blocked:

1. Disconneted wi-fi anda.
2. Open network and sharing center – Change adapter setting – right click Wireless network connection – click 2x IPT version4 (TCP/Ipv4).
3. Pilih Use The Following DNS Server Addresses.
4. Preferred DNS server: 8.8.8.8
5. Alternated DNS server: 8.8.4.4
6. Click OK, connect your wi-fi.

Tutorial bergambar Cara Mudah Buka Website yang Disekat/Blocked:

Share: