Thursday, May 31, 2018

Raj's Banana Leaf Mohon Maaf Secara Terbuka

Isu basuh pinggan guna air kotor / lopak jalan.
Pihak restoran telah memohon maaf atas isu terbabit.

Gilo punya kerja sampai basuh pinggan pun dalam lopak jalan beb.. walaupun air tu mengalir, tapi tetap kotor dan kita tak tahu najis apa yang bersamaan dengannya dalam takungan air tersebut. Dengar cerita ni bukan mamak muslim, tapi india non muslim.. tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Ape2 pun.. memang pengotor!!!


PETALING JAYA: Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf tampil memberikan kenyataan maaf berhubung penularan satu video yang menunjukkan pekerja restoran berkenaan membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Menerusi hantaran di akaun Facebook restoran berkenaan, pemiliknya memohon maaf kepada pelanggan dan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh beberapa pekerja baharu di cawangan Bangsar milik restoran itu.

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar. Kami ingin memaklumkan kepada semua perkara sebegini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kami juga ingin menegaskan Raj’s Banana Leaf secara konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan restoran kami yang dilakasanakan secara berterusan.

“Kami berharap pelanggan akan memberikan peluang kedua kepada kami dan kami ingin menegaskan faktor kebersihan dapur restoran kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Menerusi kenyataan berkenan juga, pemilik restoran mengatakan akan membuat majlis berbuka puasa secara percuma pada 31 Mei nanti bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di Raj’s Banana Leaf Bangsar sebagai tanda permohonan maaf berhubung kejadian itu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat yang tular pada Selasa menunjukkan beberapa pekerja sedang membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air. Sumber.



KUALA LUMPUR – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf, bagi menjalankan pemeriksaan susulan viral video pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis itu di Bangsar, di sini, sebentar tadi.
Seramai kira-kira 10 pegawai tiba dengan menaiki dua buah van pada jam 9.20 minit pagi.

Sepuluh minit kemudian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba, difahamkan bagi menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Bagaimanapun, restoran itu tidak beroperasi pada hari ini dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Sementara itu, sebuah portal tempatan, TwentyTwo13, melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata restoran itu akan ditutup bermula esok (hari ini).

“Saya akan mengarahkan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar menyita premis itu esok.

“Ia akan ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,” katanya dipetik oleh laporan itu. – BH ONLINE.
Share:

0 comments: