Followers

Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Diary UKM : Easy Trick Ink Out Error Message Solved! Canon Pixma e400

Diary UKM : Easy Trick Ink Out Error Message Solved! Canon Pixma e400
Contoh masalah yang sama dari Printer yg berbeza - Google

Pernah jadi tengah syok2 print nih! Pop! keluaq Ink Out Error dan terhenti sudah proses printing. Masa ni korang akan nampak simpton lampu oren black ink dan warning secara bersamaan. Perghh sakit hati beb.. memula gelabah jugak sebab separuh jalan print dia stop, padahal aku dah refill ink cartridge (black) dua hari lepas. Keluarkan cartridge rasa berat lagik.. tak mungkin dalam masa 2 hari dah habis. Tengok pada info ink level, memang dia tulih dah habis. Ha sudah.. penyudahnye, aku buat cara gini..


Masa print tengah stuck tuh, HOLD STOP BUTTON 7-10 saat then lepaskan. Biarkan sekejap dan automatik printer korang akan run seperti biasa. Jangan pulak masa stuck tu korang cancel. Okeh? Gudluck. Opss.. lupe, trik ni aku guna untuk printer Canon Pixma e400. Untuk printer lain aku tak pasti boleh guna cara yang sama atau tak. 

Next aku akan share cara untuk refil cartridge canon pixma e400.


Thursday, January 19, 2017

Cara Pasang Ekzos Nob1 Titan FZ150i 2008

Cara Pasang Ekzos Nob1 Titan FZ150i 2008
Saje bosan sebelum tidoq nak post amende aku pun tak tahu.. teringat my red baby baru pasang ejos haritu... Nob1 titan FZ 2008. SO kat sini aku nak share pengalaman aku pasang ejos nobi titan 2014 masuk fz08. Ade lah sikit problem tak berapa ngam sebenarnye.. piping manifold tu rapat dengan casing engine, memang rapat habis. Kalau tak alter, memang akan bengkok manifold tuh. Jadi secara kesimpulan, kene tambah bracket sikit kat bahagian belakang. Bahagian pemegang ejos untuk bagi kurangkan tekanan dar manifold pada casing engine tuh. Entah casing ke ape namanya nye hahaha.. 


Bunyik bagi aku memang cun, kalau nak perang cabut silencer, kalau nak ala2 bass gitu pasang silencer. Pickup and top OK lah nak compare dengan yang standard. Tujuan aku pasang pun untuk dpt perhatian orang je, bukan show off! haha.. mksdnye slow sangat bunyi ejos std disamping nak try bunyi yg mengancam kih3... BTW, aku nak pasang balik yang std sebab keje tiap hari 30km, better pakai yg standard. Lain lah dulu dalam UKM saja OK la pkai yang racing. 

Jadi sape2 yang berkenan dengan nob1 titan seperti dalam video di atas, boleh PM tepi,, kite kawtim harga kasi jadih okeh. Selamat menonton.


Tuesday, January 3, 2017

Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Setiap mahasiswa (UKM) diwajibkan untuk menilai prestasi dan kualiti pengajaran kursus sebagai maklum balas pelajar kepada program pengajian yang diikuti. Untuk mudah faham nye, korang buat ni sebagai feedback la selama proses belajar mengajar, kualiti pensyarah dan sebagainye. Selagi mana korang bergelar pelajar di UKM, wajib buat penilaian nih.. tak kisah la yang masih ikut kursus atau yang sedang menulis. Mengenai masa, aku dah lupa haha tapi lebih kurang sebelum final exam kalau tak salah aku.. untuk kepastian boleh rujuk jabatan masing2. Sekarang ni nak dapat info bukan payah.. takkan takde langsung group wasap kau join??

Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Untuk lebih mudah, masuk link Penilaian Penyeliaan dan rujuk pada gambar diatas. Dah masuk nanti mesti boleh faham punye hehe.. andai kata lah tak faham jugak, roger jer.. ada masa aku balas. Alert bro.. member aku penah kene banned dengan penyelia dia sebab tak buat penilaian ni la haha.. 

Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Next.. aku kene settlekan Permohonan Tambah Semester. Masuk tahun 2017 ni dah dua kali aku tambah sem der.. nampak tak kemalasan disitu? Abaikan kemalasan aku, ni nak cite cara untuk kau orang nak mohon tambah semester. Semua ni berdasarkan pengalaman aku di FPI.. fakulti lain tak pasti sama atau tak. Member aku FSSK, GOT beb.. Graduate On Time siap dekan lagi disertasi dia. Tapi memang layak la dengan kerajinan dia kan? BTW.. student FSSK memang tak dibenarkan tambah sem melainkan yang fully research sahaja. Fulltime hanya 2 tahun sahaja, lebih dari itu memang OUT la.

Ringkasnye.. naik ATMA (tingkat 5), bagitahu kerani tu nak tambah sem, die akan tanya la kau dah berapa sem bla bla bla. Then die akan bagi kau orang warna pink seperti diatas. Isi lah mana-mana part yang rasa perlu. Yang depan sekali je bahagian pelajar, yang belakang:

1. Tanda tangan/pengesahan penyelia. 
2. Tanda tangan/pengesahan ketua jabatan.
3. Tanda tangan/pengesahan dekan.

No 1 je korang kene hadap penyelia.. masa ni la penting hubungan korang dengan penyelia. Jadi macam kawan aku, nak jumpe penyelia pun cuak sebab tesis tak jalan hehe.. no 2 dan 3 hantar pada jabatan, diorang yang akan settlekan.


Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Diary UKM : Panduan Ringkas Penilaian Penyeliaan, Permohonan Tambah Sem, Penginapan Luar Sem

Akhir sekali, Permohonan Penginapan Luar Semester. BTW aku kolej KKM. Mudah dan ringkasnya, naik pejabat KKM, snap segala info berkaitan yang diorang tepek kat dinding tu, dan ikut segala arahan yang diberikan. Lebih kurang macam gambar diatas. Untuk kepastian, tanya jer kerani KKM tu.. kau cari sis yang freehair chubby2 skit.. die tu sporting dan mesra alam. Aku memang baik dengan orang2 penting dibahagian2 tertentu keh3.. bukan ape, mudah urusan beb. 

Untuk permohonan penginapan luar sem nih, korang perlu login → SMPWEB/UPP → Pelajar → Permohonan → Borang Permohonan. Perbezaan mungkin terjadi, so pandai2 lah korang ye. Isi mana yang penting, buat permohonan, print dan hantar di pejabat KKM. Dah siap.

Nasihat aku, berbaik lah dengan mereka-mereka ini.. sangat penting. Gunakan segala aura yang ada hahaha yelah niat kau baik la bukan nak ngorat bagai derrrrrr.........


Saturday, November 21, 2015

Diary UKM : Cara setting auto check kesalahan ejaan word 2010

Microsoft office adalah software @ perisian penting yang perlu ada (selain dari beberapa aplikasi penting yg lain) dalam pc @ laptop terutama untuk student. Kat sini aku fokus student la, yelah.... tak lepas dari kertas kerja yang bertimbun, nak edit itu ini dan sebagainye. Bile dah banyak sangat asingment yang nak disiapkan, ditambah pulak dengan bebanan tesis... mesti banyak terjadi kesalahan tulisan semasa menulis.

Menulis tesis bukan macam buat asingment yang biasa? format penulisan termasuklah titik koma ect akan diteliti oleh penasihat @ penyelia tesis. Mungkin korang sangat hebat dalam mengolah menganalisis pelbagai perkataan dalam kertas keja korang, tapi aku boleh yakin korang takkan terlepas dari buat salah semasa menulis, fokus aku kat sini adalah salah ejaan. Contoh, sepatutnya "oleh itu" tapi korang tersalah tulis "olih itu" dan sebagainye.

Bila aku search kat internet berkaitan masalah di atas, memang banyak yang tertanya2 tercari2 cara untuk selesaikan masalah ni (salah ejaan). Kalau korang kaya, banyak software korang boleh beli dan boleh cuba untuk selesaikan masalah ni, tapi bagi aku yang tak berapa kaya ni hehehehe setiap sen sangat lah berguna.

Jadi antara solusi terbaik, termudah dan mampu milik... adalah dengan menggunakan aplikasi percuma microsoft word (MO). E-kamus professional pun ok, aku pernah pakai yang pirate punya, lebih kurang macam MO je fungsi dia, mungkin lebih banyak suggestion word jela kut... tak explore sebab asyik kantoi/detect virus je, haha.

MO yang aku guna sekarang MO 2010, jadi tak pasti samada valid untuk older@newer MO. Boleh jer search guna keyword version MO korang, rasanya tak jauh beza cara untuk setting dia, cume yang beza dari segi penambahan pada function2 MO, yang upgrade mesti la lebih banyak penambahan function. Untuk pengatahuan korang, tutorial (Cara setting auto check kesalahan ejaan word 2010) yang aku buat ni simple, tak detail. Jadi, kalau rasa pening, boleh seacrh cara yang sebenar, atau boleh jer tanya di bahagian komen.


Windows - Control Panel - Change keyboard or input other methods - Keyboard and languange - Change keyboards - General - Add - 1. Arabic 2. English 3. Malay - Ok.


Semasa menulis, tukar bahasa kepada EN (United State) di bahagian languange bar (kanan bawah). Untuk shorcut Alt + Shift. Cara untuk tahu korang berjaya ke tidak, cube tulis perkataan salah dalam MO2010 korang, sekiranya bawah tulisan berwarna merah, tu bermaksud korang berjaya. Kalau takde ape2 tu, tandanya ade yang tak kene. So untuk solve masalah tu, korang boleh tengok video tutorial Cara setting auto check kesalahan ejaan word 2010. 

Semoga berjaya!!


Wednesday, October 14, 2015

How to Solve "Limited Access " 100% Working!

How to Solve "Limited Access " 100% Working!
Kau tengok capaian blog aku, bulan september hanya 1 entri jer berjaya aku publish… nampak tak kemalasan dan kesibukan tu? Kemalasan tu memang diakui la, tapi kesibukan tu agak 80-20 haha… sibuk tak sibuk hari-hari aku ngadap blog ni, banyak nak update tapi malas nak menaip.. itulah pasal kemalasan itu diakui.

So harini sengaja nak buat havoc sikit hahah! Aku ada buat video tutorial cara untuk selesaikan masalah limited access pada komputer korang dan sebelum ni ada jugak buat tutorial bertulis (Diary UKM: Access Denied UKM wifi Solved!).. cume tak detail dan mungkin ade kaitan cikit jep! So yang ni bukan la kata detail tutorial.. malas nak snap pic dan up banyak, nnti nak loading blog jadi lambat bandwith pulak habis, kene pulak pakai quota 200mb.. hehe… alasan saja itu.

Jadi lebih mudah dan praktis kalau belajar dari menonton video tutorial ni. Kalau rasa tak faham boley pause, play again, pause paly pause play sukahati korang. Mungkin kalau tutorial betulis lebih memudahkan untuk difahami dan tak perlu play video, tapi bagi aku, apelah sangat dengan video pendek ni dari sakit mata korang membaca dengan masa loading blog yang lambat.

Sop! any problem, suggestion, request please put your comment below. Thanks!


How to Solve "Limited Access " 100% Working!


Tuesday, July 28, 2015

Pandangan - Video - Berita: Rombakan Kabinet DS Najib Razak 2015

Baru-baru ni DS Najib Razak membuat rombakan kabinet yang mane melibatkan beberapa jawatan menteri-menteri dan timbalan perdana menteri digugurkan. Seperti sedia maklum TPM Malaysia sebelum rombakan kabinet dibuat adalah TS Muhyiddin Yassin yang sudah beberapa tahun sejak 2009 berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Namun keputusan menggantikan tempat TPM oleh DS Najib Razak tidak boleh dibantah berikutan keputusan yang dibuat dan pengumuman oleh DS Najib Razak di media sosial.


Dari pelbagai sumber yang aku baca berkaitan pelantikan baru TPM oleh DS Najib Razak adalah berpunca dari kenyataan oleh TS Muhyiddin Yassin yang menimbulkan kontroversi dan seolah tidak setuju dengan pencapaian pemerintahan di bawah DS Najib Razak ekoran pelbagai isu yang timbul tidak sudah-sudah seperti yang terakhir adalah isu 1MDB.


Pulak tu… pemahaman aku berdasarkan video di atas, sekilas bile dengar kenyataan ikhlas Muhyiddin seolah bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dengan menyatakan sekiranya dalam pimpinan ada tersalah langkah perlu kita betulkan dan kembali pada pangkal jalan. Aku faham je ape yang cube disampaikan Muhyiddin, cume bile dikaitkan dengan Tun, bende tu menimbulkan kontroversi ditambah pulak baru-baru ni serangan Tun terhadap kepimpinan DS Najib Razak.

Patutnye kan… Muhyiddin kene stay cool, jangan marakkan api yang sedang marak… sebelum ni pun banyak yang beliau kritik terhadap kempimpinan Najib Razak walaupun cube untuk betulkan mana yang salah, cube cari kebenaran dari kekeliruan dan sebagainye. Kau macam tak kenal Najib? Sebagai menteri di Malaysia, die ade kuasa penuh untuk control Malaysia ditambah pulak beliau kawal kewangan negara… inikan kau nak dia buang? Ramai lagi yang sanggup menjadi boneka disuruh patuh tanpa melawan.

Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi TPM yang baharu - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009. Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).

Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan Menteri: 1. Datuk Ahmad Maslan

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:
Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri: 1. P.Kamalanathan 2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri: 1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: 1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 1. Datuk Alexander Nanta Linggi 2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri 1. Datuk Azizah Mohd Dun 2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri 1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri 1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 2. Nancy Shukri 3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 4. Datuk Wee Ka Siong 5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 6. Senator Datuk Seri Idris Jala 7. Tan Sri Joseph Kurup 8. Datuk Joseph Entulu Belaun 9. Datuk Seri Shahidan Kassim 10. Senator Paul Low Seng Kuan 11. Datuk Mah Siew Keong



Monday, July 27, 2015

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Sebelum ni jawapan yang aku dapat lepas googling cara cuci ekzos menunjuk cara ekzos perlu dipotong, dibakar dan disambungkan balik dengan alat welding. Nampak macam susah dan renyah je… cost jugak mesti mahal dan makan masa yang lama motor tersadai kat bengkel, kene pulak nak gune keje pegi keje tiap hari. Tapi normal la kalau hantar bengkel dalam keadaan motor yang rosak teruk, perlukan masa untuk baiki. Lepas tu pulak, nampak kesan welding kat ekzos… bagi penggemar motosikal yang extreme, sampaikan habuk sikit atas meter pun dia lap, minyak leleh sikit trus basuh… inikan pulak kesan kekal welding, hehe…

Rupenye cara di atas tidak lagi diguna pakai melainkan memang sengaja nak buat macam gitu, saje boring buang masa. Ada cara yang lebih mudah dan efektif yang kebanyakkan orang guna cara ni untuk clearkan carbon dalam ekzos, adalah dengan menggunakan soda. Soda ni ape? Ntah la… aku sendiri pun tak tahu, tapi info dari pekerja hardware kata soda ni untuk cuci longkang. Ok soda korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai hardware, ade yang jenis fluid, tapi aku guna yang soda ketulan. Tengok contoh soda ketulan kat atas.

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Cara cuci ekzos menggunakan soda (rm3.00) ni sangat mudah… cume perlu berhati-hati, pakai sarung tangan (aku gamble je x pakai) takut terkene asid soda ni. Bile korang campur dengan air, dia akan menggelegak macam buih tooo… safety first.

Step-step dia:


Hasil cuci ekzos menggunakan soda

1. Soda + Sabun + Air panas (campurkan).
2. Tanggalkan ekzos, tutup semua lubang kecuali lubang untuk tuang soda.
3. Masukkan Soda campuran tadi ke dalam ekzos.
4. Tutup kesemua lubang, peram selama 2-3 hari.

Korang boleh cari penjelasan yang detail berkaitan cara cuci ekzos guna soda ni… ni tutorial ringkas yang mudah untuk korang faham. Hasil dari cucian menggunakan soda ni, akan terasa kelainan bunyi pada ekzos, pastu time ride nanti korang jugak akan rasa ke “best” an lepas clearkan carbon, kat atas aku letak video hasil dari cucian ekzos menggunakan soda, hitam wehhhh….

Selamat mencuba.


Thursday, January 22, 2015

Gambar+Video: Zamani Slam Ditahan Reman Hingga Sabtu

Gambar+Video: Zamani Slam Ditahan Reman Hingga Sabtu
SEORANG penyanyi kumpulan popular era 90-an ditahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor semalam kerana didakwa memiliki dadah jenis heroin.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Usaha mendapatkan perintah reman terhadap seorang bekas vokalis kumpulan pop terkenal era 90-an atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini bertukar kecoh apabila penyanyi tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar.

Kejadian itu berlaku sewaktu beberapa jurugambar merakam gambar suspek yang memakai baju hitam itu ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Pendaftar, Mohd. Rahbadar An-Nur Haslan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama.

Vokalis berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Keramat, dekat sini tengah malam tadi.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hasil maklumat yang diperoleh.

Rakan wanitanya turut direman empat hari sehingga Sabtu ini di mahkamah sama.

Menurut sumber polis, dalam soal siasat awal, penyanyi tersebut mendakwa telah terbabit dalam gejala penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.

Sumber.

Gambar+Video: Zamani Slam Ditahan Reman Hingga Sabtu

Kecoh kan di facebook zamani dipaksa nyanyi oleh salah seorang anggota Polis yang bertugas waktu tu? bagi aku memang tak patut la.. hormat la brader lagend nih, yang buatkan orang lagi tak puas hati bila zamani nyanyi dengan tangan kanan digari. Maybe disebabkan terlampau obses nak jadi artis FB, sampai tak perasan dah menggugat sensitiviti orang lain. Layan video Zamani Slam Dipaksa Nyanyi kat bawah.

Video Zamani Slam Dipaksa Nyanyi


Saturday, December 8, 2012

Part 1-16 Tutorial Gitar Cromok Another You

Part 1-16 Tutorial Gitar Cromok Another You

Hello guys.. tak tahu nak menulis pasal ape, saje nak menyenamkan jari ni untuk mende yang berfaedah sikit lah rasenye.. hahak.. sejak dua menjak nih, apesal myself jadi sangat malas untuk update ye? kalau up to date pon mesti sikit je, maybe takde mende kot nak sembang.. atau?

OK-ok-ok.. the point adalah, aku nak share video tutorial gitar Cromok Another You yang dah 2 hari tertanam dalam Youtube, maybe dah ramai yang buat PART 2 PART.. tapi yang ini its mine, so takleh la kate ape kan. 

At least.. aku dah tunaikan janji dengan aku sendiri pasal tutorial ni, so aku tak hanya berkata2 lah, terbukti ianya ada, cewah.. jadi, kat bawah aku sediakan sudah video tutorial gitar Cromok Another You dari part 1-16, insyaallah korang tak paham, takpe.. the solusi adalah, ask me anywhare u will find my foot ye.. 

Video tutorial gitar Cromok Another You


Part 1 tutorial gitar Cromok Another You
Part 3-4 tutorial gitar Cromok Another You
Part 5-6 tutorial gitar Cromok Another You
Part 7-8 tutorial gitar Cromok Another You
Part 9-10 tutorial gitar Cromok Another You
Part 11-12 tutorial gitar Cromok Another You
Part 13 tutorial gitar Cromok Another You
Part 14-15 tutorial gitar Cromok Another You
Part 16 Finale tutorial gitar Cromok Another You


Tuesday, November 27, 2012

Tutorial Gitar Lagu Metalica - Nothing Else Matter

Tutorial Gitar Lagu Metalica - Nothing Else Matter

Walaupun banyak koje lagi aku nak buat dan belambak2 lagi koje yang akan datang.. disobabkan keminatan aku pada Gitar (music), aku spend kan jugak mase bersame Ateng tersayang nih.. eh silap, Part 1 Tutorial (Metalica - Nothing Else Matter) di youtube kat bawah tu aku pakai gitar kawan aku.. dia cakap nama gitar dia Mr.Cool? owh.. ok.. that cool..

Tutorial kali ni, dan insyaallah kedepan aku cube akan untuk buat secara part-part.. maksudnye, kalau aku buat tutorial pasal gitar nih, macam kurang best je kalau aku feeling sorang.. mesti korang pon nak feeling jugak kan? so.. nak menyemakkan lagi file2 aku kat Youtube.. buat la ape2 yang patut.. hihihi..

Kalo kome tak paham lagi Part 1 Tutorial (Metalica - Nothing Else Matter) yang aku buat tu.. hmm maybe kene buat yang lebih detail, sebab aku rasa dah detail lah tu.. lagipon, maybe ada yang komen kate tak nampak jari @ kabur @ xdengar.. aku terpaksa convert sebab file dia besar untuk aku up kan di Youtube.

Yann rase urang denga.. try pakai Player lain, contoh MPCstar, VLCmediaplayer dan lain2.. MPCstar la senang, dia support sound cecah sampai 300? hahaha.. jangan sampai pecah sudah..

 Part 1 Tutorial (Metalica - Nothing Else Matter)



Tuesday, October 23, 2012

Kode Gitar Lagu Keinsafan Diri Fursan

Kode Lagu Keinsafan Diri Fursan
 
Hari kemarin aku ada janji nak share code gitar Fursan Keinsafan Diri kan? wokeh aku dah siapkan dalam notepad, lepas siap train untuk program Qurban nanti, alang2 takut malas.. baik aku terus write kat notepad, settle masalah, besok skripsi pulak.. haha..

Kome boleh jugak tengok video yang aku up hari tu kat Youtube, lagu Keinsafan Diri oleh Fursan ni di combinekan dengan gitar, not bad lah.. hihi, lagipon, pemula dalam dunia gitar manepun boleh main, sebab semua kode asas jer. 

Fursan Keinsafan Diri + Gitar

Kode Gitar Fursan Keinsafan Diri

Intro : C F G c

C          F          G          C
Disaat yang sepi ini, Ku duduk seorang diri
Am      F       G        C
Memohon keampunan, Dari ilahi..

C           F     G            C
Bak lautan bergelombang, siang malam pagi juga petang
Am        F     G        C
Mengharapkan ketenangan, Dari tuhan yang esa..

      F          G          C              Am
Betapa timbunnya dosaku, Semua terlakar di lembah usiaku
        F            G        C
Salah dan silap di masa yang lalu, Kini ku sesali..

       F         G       C               Am
Ku tidak layak ke syurgamu, Namun tak sanggup kenerakamu
        F            G            C
Ku tunduk sujud merendah diri, Kembali padamu..

       F G          C    Am
Ku tetap setia, Padamu oh tuhanku
         F        G           C
Akan ku patuhi segala, Suruhanmu..

      F G  C           Am
Akan ku jauhi, Segala laranganmu
F         G         C
Itulah tanda cinta, Cnta ilahi..


Saturday, August 25, 2012

Tutorial Cara Menggunakan Dan Cara Setting Sendblaster


Hari tuh aku ada janji nak buat tutorial tentang cara setting sendblaster kat sini.. hari ni baru free, so boleh lah create tutorial dalam bentuk video. Hmm.. aku dah cube carik Sendblaster 2, tapi rasenye masih belum release sepenuhnye, so aku sarankan pada korang.. pakai yang lama dulu (Sendblaster Pro Editon) untuk cube test camne cara setting dia.

Tutorial Cara Menggunakan Dan Cara Setting Sendblaster
 Aku pernah guna Sendblaster 2 dan setting dia hampir sama dengan Sendblaster Pro Edition, beza antara kedua tu maybe interface dia je, berwajah baru.. tu jela.. so, nak lebih senang, try dulu v1.6.2 nih. Nanti dah x-pert, baru cube try yang SB 2. 

Korang boleh view Tutorial Cara Menggunakan Dan Cara Setting Sendblaster kat atas, kalau nak lagi senang download jer terus pakai Internet Downloader Manager 2012 Full version, aku ada share, kalau nak boleh klik kat page Software ~Mediafire~. Kalau ada yang tak paham dengan tutorial berbentuk video nih, boleh jer request dalam bentuk tulisan ye.. =)
Download :


Tuesday, April 3, 2012

Cara Kecilkan Size File Untuk Di Upload

Cara Kecilkan Size File Untuk Di Upload

Hjslipt 2012 software sangat berguna bagi para uploader2 software atau movie yang ber size besar untuk uploadkan file2 drang di Hosting2 maya nih.. sebab dari software tuh, korang boleh kecilkan size file yang besar tadi menjadi beberapa file yang bersize kecil seperti dibahagikan.. series aku baru tahu bab nih, malu je doh.. yelah dah lama jugak berkecimpung dalam dunia maya ni, upload, downlaod, dll tapi bab ni aku fail.. ceits.. malu2.. disebabkan aku nak up satu file ber size besar, so aku mulakan pencarian di Google.. alhasil berjaya..

Mungkin dari korang2 dah ramia yang tahu.. tapi bagi aku ni mende baru.. huhu..padahal aku biasa jer pakai software nih untuk join file2 yang support software ni.. tapi tulah, sekadar guna tapi tak mendalami.. macam gitu lah jadiknyer.. 

Hjsplit 2012 software ni freeware.. jadi boleh didapatkan kat mana2 web sekalipun.. untuk kesempatan nih, aku nak share software Hjsplit 2012 ni pada korang.. tutorial cara menggunakan software ni aku sediakan kat bawah.. ilmu baru sebenarnye bagi aku pasal software nih.. kikikih.. nak buat camne, ilmu masih setahun jagung nak dibandingkan dengan kroang.. wow.. okehlah ye.. jom intai tutorial jap (^_^)

Cara Kecilkan Size File Yang Besar :

1.) Download Hjsplit 2012 software kat bawah dan Install.
2.) Klik Hjsplit 2012 (setelah install) - Split - Input file (file yang ingin dikecilkan) - Split file size (terserah) - Start - Finished.

** Catatan : Tentang Split file size, misalnye file korang 100 Mb dan nak kecilkan pada 2 file, bererti satu file korang boeh set dengan 50 Mb (bukan Kbytes). Buat satu folder untuk memudahkan kerja korang.

Cara Untuk Extract@Join File Menggunakan Hjsplit :

1.) Buka Hjsplit - Join - Input file (file yang akan di join kan) - Start - Finished.

** Catatan : Di bahagian input file, biasanya file yang terdetect adalah 001 dari dua buah file.. (001, 002, 003) dan kalau korang nmapak hanya ada 001, teruskan proses joinning sebab secara automatic file2 kite tadi akan dicantumkan menjadi satu.

Download From Mediafire :



Sunday, March 25, 2012

Cara Follow Blog Orang Yang Tak Bagi Link

Cara Follow Blog Orang Yang Tak Bagi Link

Cara untuk follow balik orang yang follow kite, tapi tak balik link pada Shoutbox.. banyak kali terjadi, sejak dua menjak nih ada jugak blogger yang follow blog aku tapi tak bagi link ke blog dia.. untuk aku balas balik jasa dia, dan boleh jugak sharing2 ilmu.. aku follow dan bagitahu "we a friend" hehehe.. maybe aku kurang beramah mesra dengan blogger lain, yelah.. banyak lagik keje yang perlu den settlekan.. lagipon, my blog ni tempat aku share segale macam ilmu yang terdetik aku nak share.. software of cos la kan..

Yap.. jadiknyer.. nileh aku nak share, camne cara untuk follow orang yang tak bagi link pada kita? mudah jer sebenar step dia dan simple, rasa ramai dah tahu.. tapi tetap jugak den nak bagitahu.. ilmu jangan disecret? dosa2? okeh aku malas nak buat tutorial dalam bentuk tulisan.. sebab kat sini aku nak bebel jer kat korang.. kikiki.. ada aku buat tutorial dalam bentuk video kat bawah.. usha2 lah yer.. jangan lupe LIKE @ ThumsUp.. tapi kalu ada jugak yang nak request tutorial dalam bentuk tulisan.. buleh jer.. ^_^..

Cara Follow Blog Orang Yang Tak Bagi Link



Wednesday, March 7, 2012

Cara Resume File Internet Download Manager

Cara Resume File Internet Download Manager
Gambar dari Google

Cara untuk sambung atau resume file dari IDM sangat mudah, hanya memerlukan beberapa skill jer dah boleh paham konsep dia. Aku malas nak gebang lebih, teruskan pada tutorial berbentuk tulisan dan video aku selitkan kat bawah.. benonyer penting kalau orang yang suke download2 ni, tambah2 download movie sebab file movie bukan macam file software, size dia gedabak besar. Okeh.. khatam tutorial ni ye :

Cara Pertama :

1.) Macam biasa, wajib ada software Internet Download Manager latest.
2.) File yang tersangkut tadi (ter stop) dalam kotak IDM (tengok video tutorial), jadi ape yang perlu dibuat dengan file tu? yang terpenting file yang tersangkut tadi jangan dibuang atau delete sebab kalau dah terdelete link dari file tuh kira dah BURN. Yang kite nak adalah link dari file tadi, jadi wajib kene ada file tu dalam kotak IDM.
3.) Bukak kotak IDM di Start - All program - Internet Download Manager.
4.) Klik pada link (klik sekali tanpa terbuka pop up) yang kita nak sambung download tadi, lihat option di bahagian atas ada button RESUME, klik di situ dan kalau bernasib baik file tadi akan terdownload secara outomatik, kalau tak bernasib baik.. korang kene baca pulak cara kedua kat bawah.

Cara Kedua :

1.) Klik pada link yang kita nak sambung download tadi sehingga timbul kotak baru (pop up).
2.) Copy di bahagian address, dan pastekan di browser yang korang gunakan, atau boleh jugak klik link di bahwa perkataan "the web page from which this file was obtained". 
3.) Lepas kita dibawa ke tempat di mana kita paste link tadi, yang perlu kita buat adalah copy link dari Mediafire tadi, dan paste kan di address. Untuk lebih paham sila lihat video tutorial. Insyaallah, last trick ni korang dah boleh resume file korang. Gudluck ^_^.

Tips~ :

Kalau file dari Mediafire tak dapat download, korang boleh pastekan link dari address tadi di browser yang lain. Contohnye first korang paste di Firefox tapi Mediafire tak dapat download, so pastekan pulak di Chrome atau browser yang lain. Biasa aku buat menjadik, atau second trick, boleh jugak menggunakan Disk Cleanup bawaan window Start - All program - Accessories - System tools - Disk Cleanup. Jangan takut untuk mencube Try And Error ^_^.

Video Tutorial Cara Resume File Internet Download Manager



Sunday, March 4, 2012

Cara Download Di Youtube

Cara Download Di Youtube

Sebenar aku bukan nak post pasal judul kat atas tuh, tapi berkenaan dengan itu jugak la.. kadang letih jugak kalau nak ngajar orang lain tambah2 dengan orang yang dekat dengan kite kan? kene ada cara dan takleh men lepas jer ekekeke.. kene pulak beliau tak brape tahu sangat pasal2 IT nih.. poning2.. aku cakap sebab aku ada kawan macam tuh dan malam ni la aku ngajo dia berkaitan dengan IDM ni, macam mana nak download pakai IDM, nak install dan crack dan sebagainyer.. aku memang nak bagi ilmu, tapi tulah.. perlukan kesabaran ^_^..

Rata2 orang yang ada komputer @ laptop mesti dah biasa dengan istilah Internet Downloader Manager kan? yap tapi selalu sangat timbul masalah IDM tak detect Youtube, so macam mane nak donlod neh.. problem2.. padahal Youtube tengah hot skang nih, sume mende lastest terupdate kat Youtube..

Okeh skang den nak tunjuk camne cara untuk download di Youtube menggunakan IDM.. sebenar kalau korang search Google pon mesti jumpa punye cume salah keyword, tuh pasal carik lain dapat lain dan salah paham konsep IDM tuh, ape sebenarnye yang menyebabkan IDM tak terdeteksi oleh Youtube? adakah sebab software? widget? plugin? tu jer sebenar korang nak kene paham. Tapi kalau dah IDM pon tak tahu nak paham guane kan? hahai.. ok2 ape je yang korang perlu sediakan :

1. Internet Download Manager Full Version (Lastest ok).
2. Klik pada LINK ni.
3. Scroll website tersebut sampai kebawah hingga jumpa button Install.
4. Klik button Install - Allow - Yes - Restart Firefox.
5. Siap.

Cara Download Di Youtube

Ok lepas dah settle semua tuh, cube bukak Youtube dan search ape2 jer video dalam tuh. Kalau semua step kat atas korang buat dengan baik insyaallah IDM boleh detect Youtube. Ingat, kalau dah bukak video di Youtube.. biarkan video tuh play. Biasanya masa play tu akan keluar button 'Download This Video' klik pada button tersebut dan terus di linkkan pada IDM.


Monday, February 20, 2012

Software Pencari Subtitle .Srt

Software Pencari Subtitle .Srt
Thanks to Brothersoft

Satu software berguna untuk korang cuba.. bagi downloader2, korang boleh jugak pakai Sublight software ni untuk cari subtitle berkenaan dengan movie korang tanpa perlu search di internet.. berbentuk .srt jadi hampir sama dengan kita search sendiri di google.

Korang boleh try dan akan tahu lepas try kan? haha.. software ni freeware, so tak perlu susah2 nak crack atau patch sebagainye.. paham2 lah mende freeware dari terbebalak mata mencari.. ^_^.

Malas aku nak tulis panjang, korang boleh cuba sendiri software ni. Download - install - use it.. siap.. video tutorial cara menggunakan software ni pon aku dah buat, walau aku tahu dah ramai yang x-pert pasal software nih. ape la salahnye kedepankan orang yang kurang tahu? hihi..


Video Tutorial Cara Menggunakan Software Sublight Pendeteksi Subtitle



Friday, January 27, 2012

Software Pencari Kod Gitar Fullversion Tutorial Berbentuk Video

Software Pencari Kod Gitar Fullversion Tutorial Berbentuk Video

3. Ikatan Perkahwinan :

Musa dan Muhammad menikah dan mempunyai anak, tetapi Yesus tetap menjadi bujang selama hidupnya. "Apakah hal ini benar?" saya bertanya kepada Dominee. Dominee menjawap: "Ya."

Saya berkata, "Karena itu Yesus tidak seperti Musa, tetapi Muhammad seperti Musa." -Admed Deedat, The Choice, hal... 13.

Diatas adalah dialog antarumat beragama yang dipelopori oleh Admed Deedat dan sorang Dominee. Antara lain mereka membahas masalah persamaan antara Yesus dan Musa, sedangkan dibahagian Deedat sendiri, mengatakan Muhammad adalah seperti Musa.

Tuh selingan jer.. saje2 nak ngupdate pasal Perbandingan Agama sikit... ^_^ sebenar nak publish satu software pencari kod-kod gitar yang efektif dan fullversion la, lagi2 dalam Mediafire kan? tahu dah korang.. butsss.. sopwer neh ramai yang dah tahu, dan aku rasa kalau krang yang dah x-pert pasal kod2@chord2 nih, tak perlu pown sopwer nih..

Sebab? ntoh ler.. hehe.. maybe newbies jer yang pakai kowt.. yelah baru nak menceburi dalam satu2 bidang, kene la slow2, kene ada banyak bantuan, dorongan, skongan dan macam2 la.. same jugak macam sopwer nih, membantu kan? okeii.. bagi yang berminat nek mencuber.. buleh la donlod file dia kat bawah ea.. 

Nama software ni? Chord Pickout Fullversion. Dah penah dengo? tapi tak penah try? okeh this time u must try Chord Pickout Fullversion ^_^ opss luper nak bagitahu, tutorial berbentuk video cara menggunakan Chord Pickout Fullversion aku sediakan kat bawah.. made by me la :)




Monday, December 19, 2011

Gitar Lead Misteri Mimpi Syakila #Jom Belajar Gitar


Jom le sasama belajo gitar lagu Misteri Mimpi Syakila, sangat mudah dan senang.. hehe.. aku bukan pro mana pon, korang amik la chord dia kat Youtube link atas tu ea, aku dah sertakan, musti lagi pro kalau korang yang bunyikkan.. pergh cemburu haku.. ^_^..

Nak file 5gp Misteri Mimpi Syakila? memang nak kongsi la nih.. dah pro jngn lupe share ngan haku.. hak3.. link download aku letak kat bawah.. silekan dengan segala hormatnyer.. ^_^..

Download Sini :


Friday, December 16, 2011

Tarik Traffic Dari Gmail Friend Connect


Pernah terpikir tak nak tarik traffic dari Gmail? mungkin segelintir dari blogger dah tahu cara ni, tapi rasanyer masih ramai lagi yang tak tahu cara ni adalah antara cara yang berkesan untuk tarik follower ke blog kita, follower banyak tapi tak kenal, tak mesra, buat ape kan? so.. gunakan kesempatan ni nak saling promote2 sambil eratkan lagi persahabatan antara blogger sedunia.. amboi.. ^_^ 

Tarik Traffic Dari Gmail Friend Connect

Secara rambang, cara ni lebih difokuskan pada banyaknyer jumlah follower di blog kite, contoh kita ada 1000 follower, paling2 kalau guna cara ni, mesti ada antara follower kita yang tertarik nak baca n3 kita yang terbaru, buat ape banyak 4lower tapi sekor pown tak tahu yang dia penah follow blog kite? tak gitu.. 

Banyak cara korang boleh tarik pengunjung datang ke blog korang, antara lain yang jarnag orang guna adalah dengan Gmail.. aku dapat 1-3 jer email dari 4lower aku yang menggunakan fasilitas email, berguna woo.. tapi yang peliks, ada jugak 4lower aku cancel subscribe dia pada blog aku, maybe bosan dengan email dari aku kowt.. tak pelah, lain orang lain cara.. yang penting, niat aku bahek kan? ^_^.. 

Tutorial cara menggunakan Gmail sebagai alat untuk menarik pengunjung aku sediakan dalam bentuk video.. malas nak nulis dan aku suka video, ekeke.. korang tengok sekali dah paham.. dun wury.. ape2 pon, lepas tengok, komen n like yer.. hehehe..

Link Here To Gmail : 

Download TXT :