Hello guys.. tak tahu nak menulis pasal ape, saje nak menyenamkan jari ni untuk mende yang berfaedah sikit lah rasenye.. hahak.. sejak dua menjak nih, apesal myself jadi sangat malas untuk update ye? kalau up to date pon mesti sikit je, maybe takde mende kot nak sembang.. atau?
OK-ok-ok.. the point adalah, aku nak share video tutorial gitar Cromok Another You yang dah 2 hari tertanam dalam Youtube, maybe dah ramai yang buat PART 2 PART.. tapi yang ini its mine, so takleh la kate ape kan.
At least.. aku dah tunaikan janji dengan aku sendiri pasal tutorial ni, so aku tak hanya berkata2 lah, terbukti ianya ada, cewah.. jadi, kat bawah aku sediakan sudah video tutorial gitar Cromok Another You dari part 1-16, insyaallah korang tak paham, takpe.. the solusi adalah, ask me anywhare u will find my foot ye..
Walaupun banyak koje lagi aku nak buat dan belambak2 lagi koje yang akan datang.. disobabkan keminatan aku pada Gitar (music), aku spend kan jugak mase bersame Ateng tersayang nih.. eh silap, Part 1 Tutorial (Metalica - Nothing Else Matter) di youtube kat bawah tu aku pakai gitar kawan aku.. dia cakap nama gitar dia Mr.Cool? owh.. ok.. that cool..
Tutorial kali ni, dan insyaallah kedepan aku cube akan untuk buat secara part-part.. maksudnye, kalau aku buat tutorial pasal gitar nih, macam kurang best je kalau aku feeling sorang.. mesti korang pon nak feeling jugak kan? so.. nak menyemakkan lagi file2 aku kat Youtube.. buat la ape2 yang patut.. hihihi..
Kalo kome tak paham lagi Part 1 Tutorial (Metalica - Nothing Else Matter) yang aku buat tu.. hmm maybe kene buat yang lebih detail, sebab aku rasa dah detail lah tu.. lagipon, maybe ada yang komen kate tak nampak jari @ kabur @ xdengar.. aku terpaksa convert sebab file dia besar untuk aku up kan di Youtube.
Yann rase urang denga.. try pakai Player lain, contoh MPCstar, VLCmediaplayer dan lain2.. MPCstar la senang, dia support sound cecah sampai 300? hahaha.. jangan sampai pecah sudah..
Gabungan lagu menggunakan gitar Keinsafan Diri Fursan oleh sorang kawan aku.. aku just mennyedapkan sikit2 je, maybe aku nak share jugak kowt code gitar dia.. kalo korang carik kat internet, memang tak jumpa.. code dia membe aku yang buat, try2 le..
Opss.. maybe later kowt.. sebab aku tak write dalam word lagik, skang tengah bz..ingat dah ada dalam notepad, so tinggal paste kat sini je. Lagu yang dalam notepad Yang Dicari oleh Nazrey.. silap2.. haha.. takpo2, aku akan share jugak.
Kome boleh jer view video kat bawah ni. Sebenarnye lagu ni tak bawak gitar pon.. tapi nak cube ngamkan dengan gitar, ngeh2.. layans jela ye..
Jom feeling lagu BPR - Dari Sinar Mata. Tapi aku bukan nak soh download MP3 tapi nak share chord BPR - Dari Sinar mata. Chord dia basic dan mudah, so newbie macam aku ni pon dah boleh catchup cord-cord dia, tambah lagi korang yang dah ashler. Aku malas nak letak video recorder aku main gitar sebab composer takder, so tak brape kemas. Tapi kalau ada yang nak aku boleh share lepas aku carik sorang komposer yang boleh blah suara dia nyanyi lagu ni ^_^. Kalau nak main, boleh Pluking atau Strumming ikut sedap korang lah.. nak lagi sedap sorang Pluking sorang Strumming. Gudluck.
E Am G C
Keunggulan cinta dari sinar mata Yang bergelora
Dm G C Am
Hati ditaman berbunga Satu impian satu harapan
Dm E E
Sudah pasti ada sebaliknya Satu rahsia
Am G C
Engkau di mataku adalah cahaya Perjalanan ku
Dm G C
Terang menyuluh segala Yang tersembunyi
Am Dm E
Lama kucari Sudah pasti ada jawapannya
Am
Kemungkinan itu
Dm Am
Datang hampir senja sedang aku Merangkak dan kehausan cinta itu
Dm Am
Kau hulur tangan mu Membawa ku ke atas semula
A Dm G C Am
Berdoalah aku kesyukuran Tercantum cinta jadi satu
B E
Biar ku tebus segalanya Agar di teman cinta yang suci itu
Jom belatih pluking lagu Dont Cry Guns And Roses.. ni n3 yang malas namenyer, haha.. tapi takper, ada baik dia.. korang dapat ilmu, aku pown dapat ilmu, same2 dapat.. manfaat dengan tak jer..
Chord dia mudah, tali E fret ke 3 (B), pastu pluking Am Dm G, sambung terus tali A fret 3 dan 2 (C dan B).. untuk pluking.. just petik dari tali A D G B E B G.. petik kebawah terus naik ke atas tanpa petik dua kali tali E..
Tak paham? tengok la video ok.. tapi tutorial dalam tu aku just tunjuk chord dia, time petik aku tak tunjuk ok.. praktik jer pluking dari atas sampai bawah A D G B E B G dari bawah (B G)..
Maybe aku nak buat tutorial CARA TUNE GITAR dari yang aku belajar dan praktiskan sendirik.. tapi tulah.. rase macam malas pown ada ^_^ hak3.. sebenar mudah je cara nak tune dia, hehehe..
Dah download software Guitar Pro? amacam manariekk kan? ^_^.. skang pown dah bleh wat lagu ACAB Bersama Semula tuh? pergh hebat la korang, sat jer dah buleh.. luper, lain orang lain cara kan, lain orang lain kelebihan, macam2 cara korang boleh buat dengan software tu untuk upgradekan skill bermain gitar korang..
Disebabkan korang makin hari makin hebat.. aku nak kongsi file 5gp lagu Taman Rasyidah Utama Wings, nih senang.. sehari dah buleh dapat.. video kat atas tuh, belum full lagik, baru lead dia jer, cadang nak record full, tapi macam pesimis jep.. hehehe..
Malas nak gebang bebanyak.. tengok la aku men tuh, komen2 lor ^_^, pastu download la korang puah2 yer, confirm2 la MEDIAFIRE.. lagipun, 5gp ni size dia kecil, so takder masalah untuk kroang download.. cume perlukan software Guitar Pro tu je.. OK? ^_^..
Cara nak pakai? , mudah kan? install, then klik jer file 5gp Taman Rasyidah Utama tuh, nanti dia akan detect file 5gp tuh, dan mulalah korang bersenam2 jari ea.. ^_^
Bismillahirrahmanirrahim... kisah pendek mengenai Bilal Bin Rabah ini dapat menambahkan sedikit pengetahuan kita tentang Bilal Bin Rabah..
Bilal Bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah, 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah ,seorang wanita berkulit hitam. Kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus - Sauda' atau putera wanita hitam.
Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf,seorang tokoh penting kaum Quraisy.
Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu,dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun,Bilal enggan tunduk pada kehendak Umaiyah.
Bilal bin Rabah diseksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula2 dia dipukul, kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil, dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala, dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al-Latta dan al-Uzza,tetapi, mulut Bilal hanya menyebut ''Allah..Allah..Allah..''
Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga 9 uqiyah emas. Menurut Umaiyah,jika Abu Bakar membelinya dengan 1 uqiyah emas pun,dia akan menjual hambanya itu.Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah pun dia sanggup membelinya.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w diberitahu tentang perkara itu,nabi memuji Abu Bakar as-Siddiq dengan berkata, ''Sekiranya begitu,biarkan aku berkongsi denganmu bagi membayarnya,wahai Abu Bakar.''
''Wahai Rasulullah,saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal.'' Kata Abu Bakar as-Siddiq pula.
Bilal bin Rabah pernah hidup pada 3 zaman,iaitu, zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam, zaman Nabi Muhammad pembawa risalah Allah dan zaman khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.
Pada zaman jahiliah,Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah,. Pada zaman Rasulullah pula,beliau dilantik menjadi tukang azan.Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah.
Sesudah Nabi Muhammad wafat, Bilal merasakan 1 kehilangan dalam hidupnya. Kerana berasa sangat sedih,beliau tidak mampu menyebut anam Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.
Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as-Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Bilal sekali lagi emmint izin berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya bersama-sama pergi berjihad di jalan Allah. Kedua-duanya turut bersama tentra Islam menakluk Baitul Muqaddis.
Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. Tetapi Bilal menolak.
Apabila pulang ke Madinah, Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi Bilal sekali lagi menolak. Kemudian, Khalifah Umar al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal,tetapi tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.
Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan,tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.
Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Dan pada ketika itu,dia berumur 63 tahun.
Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah... Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.... Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita, kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.. Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Realitinya dugaan itu.. Yakin dan pastinya sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
lagu ini mengisahkan kehidupan sebagai seorang hamba..
Assalamualaikum... selamat malam teman2 semua semoga ALLAH memberkati kita walau dimana berada... kewajipan kita besar masa yang terus beredar kekalkan kami dalam keimanan limpahilah kerahmatan.....
Untuk makluman semua hari ini adalah hari yang bersejarah buat mahasiswa di Aceh ( tempat wadud belajar sekarang) yaitu telah berlangsungnya MUKTAMAR SANAWII 21 PKPMI CA sesi 2010-2011 Di kesempatan ini Asyi sebagai alumni PKPMI Cabang Aceh mengucapkan syabas dan tahniah bagi mereka yg telah menjadi exco pelajar sessi 2010/2011 dan bagi yg baru terlantik diucapkan tahniah laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab...
Sahabat2 sekalian....
Bila menyebut 'perjuangan' menegakkan agama Allah SWT, maka yang tergambar di minda sudah pastinya kesusahan, kesukaran, kepahitan dan pengorbanan. Paradigma ini, dalam tidak sedar, sedikit sebanyak telah menghasilkan muslimin muslimah yang takut untuk menceburi 'perjuangan' kerana memikirkan kesan yang bakal diperolehi adalah lebih menyusahkan berbanding kesenangan. Sekatan, blacklisted, dibuang kerja, cercaan masyarakat, habis duit ringgit, masa, tenaga tanpa sebarang ganjaran fizikal, penjara, hatta sebahagiannya hingga menggadai nyawa.
Namun begitu, jika perjuangan itu terlalu memeritkan, apakah sebenarnya perkara yang menarik sebahagian insan Muslim ke arah perjuangan? Sudah pastilah jawapannya ialah IMAN. Kerana iman, seseorang hamba pasti dan pasti sanggup melakukan apa saja. Habis duit? Hilang kerja? Dicerca dihina? Bagi yang beriman, kesan-kesan di atas hanyalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan tanggungjawab yang wajib dilunaskan di muka bumi ini sebelum kita kembali pulang bertemu Allah SWT. Kesimpulannya, hanya IMAN yang akan membawa kita kepada sebuah perjuangan. Hanya mukminin & mukminah yang memahaminya (As-Soff:10-12)
Peritnya cabaran perjuangan menegakkan kalimah Allah.. Dalam melayari bahtera perjuangan, mukmin adalah umpama nakhoda.
Atas pelayarannya lapang tanpa perlindungan, bawahnya air melambung dan sentiasa menggulung, di depannya gelombang yang datang menghempas pelayaran seorang mukmin. Angin yang sentiasa menderu dari setiap arah, ditambah pula dengan hujan dan badai memenuhi laluan yang perlu disusuri...
Maksudnya, perjuangan itu terlalu getir dan secara fizikalnya, tiada langsung kemanisan yang akan kita kecapi dalam sebuah perjuangan melainkan sebuah kemenangan.
Namun begitu, sebahagian yang benar-benar ikhlas akan terus bertahan walau apa jua yang mendatang. Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian daripada golongan ini !!!Walaupun terus dihempas ombak, marilah kita terus bertahan atas jalan ini. Jalan yang benar, siratulmustaqiim... Kerana mereka yang mampu bertahan hanyalah mereka yang benar-benar ikhlas dan mengharapkan redha Allah SWT... . walaupun mereka tahu pelayaran ini mungkin tak akan 'berjaya'... Wallahua'lam...
Dengor lagu nie sat!!!!!!! terimalah perjuangan...
Teman2 KBM sudi2 lah dengar lagu walaupun sedekit kurang minat uhuhuhu...
Kita kini berada di bulan Rejab. Bulan yang telah berlaku suatu peristiwa penting iaitu Isra’ dan Mikraj pada tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam menjalankan diri Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Baitul Maqdis di Palestin dan seterusnya Nabi SAW diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT dan menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.
Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah SWT serta bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW, kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya.
Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan. Ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Baginda. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
Persoalan besar timbul di sini siapakah sebenarnya golongan ini?. Mengikut pandangan ulama golongan ini ialah mereka yang tidak menjaga kemaluan dengan cara yang halal dan mereka ini tergolong dikalangan yang dicela serta tidak berjaya samada dalam kehidupan dan cita-citanya.
Dalam kehidupan ini ada begitu banyak permasalahan yang terjadi hanya kerana tidak mahu memahami orang lain. Berbagai kes dapat kita saksikan setiap hari antaranya keluarga yang tidak harmonis, perpecahan dalam rumah tangga, usaha yang gagal, persahabatan yang retak, bahkan yang paling ekstrim sampai terjadi pertumpahan darah. Jika kita tidak egois, hubungan komunikasi dengan orang lain pasti berjalan dengan baik. Ketika hubungan komunikasi sudah baik, apa yang ingin kita sampaikan kepada orang lain akan lebih mudah diterima.
Marilah kita kalahkan sikap egois dengan menganggap orang lain lebih utama. Bahkan, sesekali cubalah memandang sesuatu dari sudut pandang orang lain... Keegoisan tidak akan pernah membawa kita pada keadaan dan situasi yang lebih baik... percayalah!
Teman2 KBM jom baca lirik lgu nieh.. enjoy!!!
Katamu apa yang kau impikan Segalanya kan pasti jadi kenyataan Setiap apa yang kau inginkan Sekelip mata dalam genggaman Nadamu berbaur keegoan Katamu kau tak perlukan teman Walaupun sendirian Walaupun kesunyian Kau punya segala kelebihan
Bibirmu ketandusan senyuman Jeling pandangan hanyalah di ekor mata Atur langkah penuh keangkuhan Gerak gaya lambang kemegahan Kau terlupa apa yang kau ada Segalanya kurniaan yang Esa Hanya seorang hamba Yang diuji imannya Dengan kenikmatan dunia
Bicara hatimu tentang sepi Sengaja tak pernah kau akui Bagaikan sang merak Yang indah bulunya Namun tidak mampu Terbang ke angkasa
Andai dibiar keegoan Meratah hati dan perasaan Usah kau pertikaikan jiwamu Mengapa tiada rasa ketenangan Pernahkah terlintas di minda Ketika kau kesusahan Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu
Bukan ku sengaja Mencari silapmu Engkau ku rasakan Mampu menjadi sandaran Sedarlah jasa baktimu diperlukan Curahkan pada insan yang memerlukan
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?
Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti.
Menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.
Dan carilah iman dan persahabatan atas dasar iman............
Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa (surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman sejati.
Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.
Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.
Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam”. Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13).Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari, Demi bulan apabila ia menerangi.."
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
This is the lesson of the story:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
Jom dengo lagu nieh.. best au hehehe.. sebuah pertemuan jeng jeng jeng!!
Assalamualaikum selamat malam semua, semoga mlm nie ceria n dirahmati ALLAH selalu... Ermm agaknya dengan menulis kita dapat released tension kot betoi x wat?? hehehe.....
Imam Hasan al Banna mengatakan:
"setiap apa yg dirasai oleh seseorang individu yg meliputi kelaparan, dahaga, kepenatan,kesakitan,setiap derap langkah yg dijejakinya semata-mata kerana dakwah yg menjadi kemarahan org kafir dan para taghut, setiap apa jua yg memberi saham demi utk membantu Islam,sama ada banyak mahupun sedikit, kecil mahupun besar,Allah tetap akan memeliharanya bagi hambaNya,Allah tidak akan melenyapkannya dan diganjari dgn kebaikan 10 kali ganda seumpamanya sehingga 700 kali ganda banyaknya.." wow hebatnya.. kita dimana ya??
Sedikit perkongsian dengan antum semua.."Perbuatan BAIK adalah satu perbuatan yg membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang... dan perbuatan DOSA adalah perbuatan yg menjadikan jiwa goncang dan hati gusar sekalipun kamu mendapat petua daripada ahli fatwa"-Imam Ahmad.. penahkah antum merasainya?? allahhuakbar nikmatnya...
Jika direnung kembali, sepanjang kita menghirup udara dan bernafas di bumi Allah ini, terlalu banyak kenangan manis,kenangan pahit, detik-detik bersejarah dan lain-lain yang kita lalui…bila fikir-fikir,setiap perkara yang menimpa kita,semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz.. jadi sememangnya kita harus terima qada’ dan qadar Allah…