Showing posts with label Sekilas Penghayatan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Sekilas Penghayatan Hidup. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Doa-Doa Naik Kenderaan -Darat, Laut dan Udara

Sebagai seorang yang beragama Islam perlu untuk kite selalu ingat kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat kurniaan pemberianNya. Bukan lah susah mana pun nak ingat pada Allah, cukup mengucap Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar pun dah kira sebagai ingat kepada Allah. Tapi nak ucap 3 perkataan tu bukan main susah walaupun masa yang dibazirkan hanya termenung mengenang nasib diri. Apelah salahnye kalau sekejap beberapa saat kite ucap 3 perkataan tu kan? Bukan cakap kome sajee.. teman pun 2x5 jugeee.. hehe.

Sebenarnye bukan ni tujuan aku menulis harini.. aku nak share pasal Doa-Doa Naik Kenderaan yang sangat mudah dan familiar untuk kite praktikkan bersama. Hmmm.. susah kan nak ucap 3 perkataan kat atas tu? Hah! Ni aktiviti yang boleh dikatekan hari-hari kite buat, naik moto pegi paso.. naik kete bawak family.. naik bas balik keje dan macam-macam lagi korang naik..

Jadi ape salahnye kalau same-same kite amalkan doa ni demi kebaikan diri dan keluarga? Bukan mintak kat sape, mintak kat Allah kite la.. mintak dekat manusia memang jenuh kau nak dapat. Lagipun…. Itu tanda kita ingat pada Allah swt, bile ingat pada Allah, menunjukkan bahawa kite sebagai hamba yang sangat lemah.. tentulah Allah syg pada hambanya yang lemah namun tidak sombong meminta, i'm right?

Doa-Doa Naik Kenderaan


DOA MENAIKI KENDERAAN DARAT

DOA MENAIKI KENDERAAN LAUT DAN UDARA

Share:

Friday, February 27, 2015

#Blogger Talk : Kawan Di Media Sosial


Sebenarnye aku dah lama meninggalkan zaman kegemilangan update blog ikut naluri.. err.. maksudnye, update sekadar update kosong tak memberi faedah kepada diri aku sendiri mahupun orang lain. Kenape update ala balai? sebab aku kejo traffic, kejo visitor, matlamat untuk dapat BE dari sponsor (nuffnang), then buleh la kekalkan domain .com KBM. Tapi tu masa dolu-dolu la.. baru kenal blogspot, ramai kengkawan dok kata blogger tu la ni la.. diorang dah down, aku alhamdulillah sampai sekarang still menulis.

Skang blogspot tak popular dah.. orang lebih suka update status di FB, dapat like banyak2, fast respond dari kengkawan dan lebih mesra alam. Kat FB jugak tempat untuk mencari segala macam maklumat tak kira la mendatangkan faedah atau sebaliknye. Dunia sekarang dihujung jari, hang nak apa cakap? semua adaaaa... itulah dunia sekarang. Bagi mereka yang memanfaatkan kearah kebaikan, so hasilnye dapat la baik.. tapi kalo ko carik mende tak baik.. alhasil penjenayahlah engko. Terpulang kepada diri sendiri.


Tak dinafikan kekaguman aku terhadap kecanggihan teknologi FB untuk ketika ini, banyak membantu aku dapatkan contact member2 lama.. hehehe.. tapi aku rasa kebanyakkan orang gunakan FB tuk cari pasangan, kalu budak2.. cari awek.. cari pakwe.. pasal ni aku taknak la komen lebih2 sebab banyak hal yang bersangkutan kalau hal ini dibicarakan, aisehhh.

Ape yang dapat aku rumuskan pada dua jenis media sosial yang pernah dan hingga kini berjaya mempengaruhi majoriti manusia sebagai satu medium utama dalam bersosial, adalah Blogspot dan Facebook. Perbezaan yang sangat ketara dari kedua teknologi ini adalah FB ni mudah, tak perlu create ect, loading page yg sangat cepat, dan aku tak tahu masih ada atau tidak manusia yang tak punya akaun FB.. orang dulu2 tu lain la cite.. maksud aku sejak tertubunye teknologi FB nih. Kan?

Blogspot pulak... bukanlah susah gila2.. kome tak try lagi dah kate susah, acaner la tu.. sebenarnye konsep dia lebih kurang FB jer, malah bagi aku lebih memberi faedah dan banyak kebaikan disamping dpt kenal dengan blogger2 hebat.. create account, daftar di blogspot.. konsisten dengan menulis, dah siap. Banyak orang bagi alasan tang menulis ni.. ada yang kata tak reti karang ayat, tak reti tu, tak reti ni.. bagi aku tu bukan satu alasan melainkan perasaan nk mencube tu takde.. ace try tengok? hehehe..

Sebenarnye bukanlah hanya di alam maya saje kite boleh dapat ramai kenalan.. di alam yang nyate ni saje pun tak tertampung kite nak melayan karenah manusia. Ade beberapa point yang aku highlight untuk entry invited #BloggerTalk page (tq brader Amal Espraza) ni, pertama, sesuatu perbuatan baik atau buruk adalah datang dari diri sendiri.. jangan libatkan takdir Allah pada manusia. Kedua, berhati-hatilah dalam berkawan.. pilihlah kawan yang boleh memberi anda sesuatu yang bermanfaat sebab pengaruh kawan ni sangatlah kuat. Dan yang terakhir Ketiga, tanamkan sikap suka menulis.. tak kisah la kat mane pun.. cume kalau di blog, korang dah ada tapak sdn bhd. Ape barang tapak FB tumpang mark zukenbergh. Hehehe. Selamat maju jaya semua.
Share:

Sunday, February 8, 2015

Pesawat AirAsia berlegar di udara 4 jam

 Pesawat AirAsia berlegar di udara 4 jam

KUALA LUMPUR, (MLP) - Pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana masalah teknikal.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Tony menganggap perkara itu sebagai satu isu kecil dan mengesahkan pesawat berkenaan sudah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pesawat itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.


PS: Hal-hal teknikal seperti ini biasa terjadi pada mana-mana pesawat sekalipun dan tak perlu nak jadikan isu kecil ni sebagai satu isu besar. Tapi lah kan.. sepatutnye masalah teknikal ni tak sepatutnye berlaku lagi setelah banyaknye kejadian tidak terduga yang melibatkan pesawat2 Malaysia. Maksud aku, perlu lebih peka dari setiap sudut pesawat supaya perkara sama tidak berulang kembali.. tapi kalu dah nak jadi, nak wat camno kan? bak kate 'ustazah FB', semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi (isu K-POP).
Share:

Friday, February 6, 2015

Jackie Chan Kini Bergelar Datuk

Jackie Chan Kini Bergelar Datuk

KUALA LUMPUR, 1 FEB 2015: Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.

Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular untuk  program Astro Kalau Dah Jodoh yang mempunyai  pengikut tersendiri menonton program tersebut

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Datuk Jackie Chan dan Datuk Ustaz Kazim Elias yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.


PS: Macam tu jer JC dapat gelaran Datuk.. orang luar boleh dapat gelaran Datuk? mudah bebeno.. ape bakti dia pada Malaysia sampai boleh dapat gelaran tu? bukan aku nak cemburu buta ke hape, fcukoff la dengan ape bagai gelaran, takde makna pun bagi aku. Oklah seseorang yang betul2 banyak berbakti pada negara dan diatas kesungguhannye, dianugerahkan penghormatan ke hape la.. tapi ni oreng luer.. ntah looooo.
Share:

Monday, January 12, 2015

Ramalan angin kencang, laut bergelora hingga Sabtu

Ramalan angin kencang, laut bergelora hingga Sabtu

Kuala Lumpur: Angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan ketika ini dijangka berterusan hingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya semalam berkata, keadaan angin timur laut, yang bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk perkhidmatan feri dan penangkapan ikan.

Jabatan itu juga berkata, paras laut di kawasan pesisir Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur berkemungkinan meningkat hingga 17 Januari.

“Sementara itu, ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dijangka berterusan hingga tengah hari ini,” katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran bahawa angin kencang dan keadaan laut yang bergelora di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan serta di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Labuan dan Sulu akan berterusan hingga 17 Januari.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk pekerja di pelantar minyak, kegiatan penangkapan ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu.– BERNAMA
Sumber
Share:

Saturday, January 10, 2015

Ditipu Sindiket Ejen Umrah

Tersadai di Arab Saudi

Ditipu Sindiket Ejen Umrah
SEBAHAGIAN daripada 106 jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah di Madinah mengadakan demonstrasi.

Kuala Kubu Bharu: "Saya sedih mengenangkan nasib malang keluarga abang yang masih tersadai di Arab Saudi akibat ditipu sindiket ejen umrah," kata Zaidi Ahtan, 44, mengulas kejadian menimpa abangnya, Ahmad Ahtan, 53 di Madinah ketika ini.

Menurutnya, abangnya bersama 106 jemaah umrah Malaysia yang lain ditipu agensi umrah yang beroperasi di Puchong, Selangor, apabila gagal membawa pulang semua mereka ke Malaysia.

"Saya dihubungi abang melalui aplikasi WhatsApp mengenai masalah dialami sejak 3 Januari lalu.

"Mereka merayu Kerajaan Malaysia membantu menyelesaikan masalah dialami.

"Mereka bagaikan pelarian di negara orang apabila pasport dan visa masih dipegang ejen umrah terbabit," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya di Taman Bukit Bujang di sini, semalam.

Sumber

Apo nak jadi la dengan dunia sekarang, semua perkara nak dijual belikan. Sampaikan agama pun diorang tak peduli orang nak ibadah ke nak ape ke.. yang penting duit masuk poket, halal haram lain cite.. padahal kalau nak diikutkan, walaupun ejen2 ni hanya bertanggungjawab untuk pastikan urusan umrah ni berjalan lancar, pada masa yang same diorang pun dapat habuan pahala jugak. Allahuakbar.. mudah-mudahan hidayah Allah sampai pada mereka suatu hari nanti.
Share:

Friday, January 9, 2015

Dua beradik yang hilang sejak Rabu ditemui selamat

Masih ingat kes dua beradik yang hilang tulat lepas? boleh review sini: http://www.duadz.com/2015/01/berhati-hati-mata-mata-memerhati-anak.html. Alhamdulillah berkat doa dan usaha semua.. dua beradik tersebut selamat ditemui dan kembali ke pangkuan keluarganya.

... Berita Penuh ...

Dua beradik yang hilang sejak Rabu ditemui selamat
KUALA LUMPUR: Kegelisahan ibu kepada dua beradik yang hilang sejak Rabu, berakhir apabila Mohd Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, kini telah kembali ke pangkuan keluarga dengan kerjasama pihak polis.

Perkara itu, menurut sebuah laporan, telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh.

Dua beradik itu pada Rabu, meminta kebenaran ibunya, Azriana Ahmad untuk pergi ke kedai sebelum disedari tidak kembali semula setelah lebih 15 minit.

Melalui status di laman media sosial perniagaan ibunya pagi tadi, turut dinyatakan mengenai situasi dua beradik tersebut yang telah dijumpai pihak polis.

"Saya akan update sekiranya anak-anak ada di depan mata saya. Anak-anak hilang bukan lari daruli rumah seperti yang didakwa," kata status berkenaan.

Bapa dua beradik itu, Hudzaifah Fauzie, ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi memberitahu, anak-anaknya kini sudah bersama keluarga dan mereka dalam keadaan baik.

"Saya berterima kasih pada pihak yang membantu menyebarkan khabar sehingga anak-anak kami ditemui semula," ujarnya.

Pada masa yang sama, Hudzaifah kesal terhadap fitnah yang dilemparkan oleh pengguna media sosial sejak khabar kehilangan anak-anak mereka disiarkan umum.

"Harap pihak-pihak tertentu hentikanlah semua tanggapan buruk yang ditujukan kepada keluarga kami. Sekarang ini semuanya sudah selamat," katanya.

Mohd Iman dan Nur Alysyah dilaporkan hilang sejak 9 malam Rabu lalu selepas mereka keluar dari premis niaga ibu bapa mereka untuk ke kedai.
Sumber
Share:

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia

Kali ni apa pula sampai bom mengebom? jangan jadikan ini sebagai isu antara Malaysia Indonesia sudah.. 

... Berita Penuh ...

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia

BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.

Share:

Thursday, January 8, 2015

Berhati hati! Mata-Mata Memerhati Anak Anda!

"Tolong semua, carikan anak-anak saya"... begitulah rayuan seorang ibu terhadap kehilangan anaknya meminta kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kedua anaknya Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, yang baru-baru ini hilang ketika keluar membeli barang di kedai berhampiran. Kepada semua warga KBM, berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling kerana kejadian ini pasti berpunca dari mata-mata yang tak henti-henti memerhati.

Tambah-tambah bile keluar sekeluarga di tempat tertentu, awasi anak-anak anda dan pastikan mereka berada dekat dengan anda. Anak-anak tak tahu ape.. ibu bapalah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka, lain la kalau mereka dah besar gebabak kan? semua yang terjadi adalah ketentuan Allah, tapi tanpa usaha dan doa manusia sesuatu itu tidak akan berhasil.

Ape-ape pun.. same-same lah kite doakan kebaikan, kemudahan dan semoga Allah mengembalikan kembali anaknya, amin.

Berhati hati! Mata-Mata Memerhati Anak Anda!

... Berita Penuh ...
JOHOR BAHRU: Keresahan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dua orang anaknya yang masih kecil kini sudah masuk 15 jam hilang.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam semalam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.

Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, didapati tidak kembali ke kedai tempat ibu dan bapanya bekerja selepas keluar untuk membeli sesuatu di kedai di tingkat bawah.

“Si abang ada bertanya untuk keluar ke kedai bawah. Itu perkara biasa dan saya mengizinkannya, malah pemilik kedai di bawah juga mengenali saya dan anak-anak saya.

“Namun, saya tidak menyangka Mohd Iman akan membawa sekali adiknya,” ujar ibu mereka, Yana, dalam nada sedih dan gementar saat dihubungi Astro AWANI.

Semasa kejadian, Mohd Iman memakai baju hitam dan seluar hitam manakala Nur Alysyah memakai baju tidur putih dengan bintik merah.

Tambah Yana, sebelum meninggalkan kedai mereka, Mohd Iman sempat bertanya kepada neneknya sama ada mahukan apa-apa dari kedai tersebut.

“Selalunya dia akan mengambil masa 5 minit untuk kembali ke kedai kami. Semalam, selepas 15 minit, dia tidak muncul dan itu membuatkan saya dan suami berasa tidak sedap hati,” ujarnya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai mereka ada menunjukkan dua beradik itu berjalan menghala ke kedai yang hendak dituju. Begitupun, rakaman tersebut tidak memaparkan sebarang petunjuk lain tentang kehilangan mereka.

Yana dan suaminya sudahpun membuat laporan polis sejam selepas kejadian tersebut namun pihak polis meminta menunggu sehingga 24 jam sebelum ia diklasifikasikan sebagai kes hilang atau culik.

Mereka juga telah menyebarkan maklumat dan rayuan tentang kehilangan anak mereka melalui akaun media social perniagaan mereka.

“Semua pihak terdekat termasuk saudara-mara sudah dimaklumkan tentang hal ini. Saya berharap jika ada pihak yang ternampak mereka berdua, tolonglah hubungi kami atau ke pihak berkuasa,” rayu Yana.

Bagi mereka yang mempunyai maklumat dan mahu membantu, ibu bapa Mohd Iman dan Nur Alysyah boleh dihubungi di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985.

Source
Share:

Saturday, January 3, 2015

Ingat Lagi Mangsa Toreh Muka? Selamat Diijabkabulkan

Ingat Lagi Mangsa Toreh Muka? Selamat Diijabkabulkan

Kota Bharu: “Semalam (kelmarin) adalah hari paling menggembirakan buat saya selepas diijab kabul dengan tunang.

“Saya bersyukur permulaan tahun baru ini dimulakan dengan sesuatu yang baik selepas tahun lalu membawa kedukaan berganda saya dan keluarga,” kata Nur Syafiqa Lah, 22, yang menjadi mangsa samun dan toreh dalam kejadian 30 November lalu di rumahnya di Wakaf Berangan, Pasir Puteh.

Kira-kira 2.30 petang kelmarin, Nur Syafiqa selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd Azijja Zafran Mohamad Zahari, 24, oleh Imam Masjid Padang Pak Amat, Abu Husain Radzai disaksikan anggota keluarga terdekat.

Dia turut menerima mas kahwin RM10,000.

Turut meraikan hari bahagia pasangan itu adalah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58, yang turut menjadi mangsa kejadian samun berkenaan selain ayahnya Lah Hassan, 59.

Mewakili keluarga pengantin lelaki, ayah Mohd Azijja Zafran, Mohamad Zahari Omar, 57, dan Zaharah Yaakob, 53.

Nur Syafiqa berkata, perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada Mac, namun diawalkan selepas kejadian itu selain dirinya yang memerlukan sokongan insan kesayangan.

“Majlis akad nikah diadakan serba ringkas bagi memenuhi syarat dan tuntutan agama. Kami tidak merancang berlebih-lebihan kerana majlis resepsi hanya akan diadakan pada 28 Mac.

“Saya tidak menghebahkan perkara ini kepada umum sebaliknya hanya keluarga terdekat saja yang mengetahuinya,” katanya.

Pada majlis itu, Nur Syafiqa mengenakan busana merah jambu sedondon dengan suaminya.

Dalam pada itu, Nur Syafiwa mengaku menerima tekanan apabila orang ramai mula memperkatakan mengenai insiden yang berlaku padanya di laman sosial.

Dia turut berharap semua pihak menghormati privasinya dan memberi ruang untuk dia pulih sepenuhnya.

Dalam kejadian lalu, Nur Syafiqa menerima 15 kecederaan kebanyakan di muka apabila pipinya ditoreh penyamun yang memecah masuk rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:27 AM

Sumber
Share:

Tuesday, September 16, 2014

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi
ALOR SETAR - Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.

“Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan. Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi.

“Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria.

Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria,” katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir.

Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad.

Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad.

Share:

Monday, September 15, 2014

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pemimpin pejuang rakyat Malaysia di Syria, Mohd. Lotfi Ariffin, 46, meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki hari ini selepas lima hari berada dalam keadaan koma akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu pada 9 September lalu.

Mohd. Lotfi yang juga dikenali sebagai Ustaz Lotfi dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.40 pagi ini.

Menurut sumber, Mohd. Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah telah dibawa untuk menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya amat kritikal dan dia merupakan pemimpin pejuang bagi rakyat Malaysia di Syria.

"Mereka diserang menggunakan bom 'drum' yang dilemparkan oleh pesawat tentera Bashar Al-Assad ketika cuba memasuki kawasan perang.

"Selepas serangan itu, Mohd. Lotfi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Turki untuk menerima rawatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 September lalu, seorang rakyat Malaysia, Mohamad Fadlan Shahidi Mohammad Khir, 21, maut manakala lima yang lain termasuk Ustaz Lotfi mengalami kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka yang cedera itu kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan.

Kejadian terbaharu itu menjadikan empat rakyat terbunuh di negara bergolak iaitu tiga di Syria manakala seorang di Iraq.

Dua lagi yang maut di negara bergolak ialah Zainan Harith, 52, atau Mat Soh juga dikenali Abu Turab yang mati dibedil oleh kereta kebal Bashar al-Assad pada 20 Ogos lalu dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.

Kejadian yang menimpa Mat Soh turut mencederakan dua rakannya iaitu Mohd. Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Menurut sumber itu, Ustaz Lotfi telah pergi ke Syria pada 14 Februari lalu dan merupakan bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan dibebaskan pada 2006.

Sumber berkata, ahli keluarga Mohd. Lotfi juga telah dimaklumkan mengenai kematian tersebut.

Difahamkan, jenazah Mohd. Lotfi akan dibawa ke Syria untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kafr Zatay berhampiran kubur Mohamad Fadlan Shahidi dan Zainan Harith.

Share:

Wednesday, July 16, 2014

Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Mohon Maaf Pada Warga Emas

Demi anak, wanita 'pembuli' mohon maaf
Di bawah link video kenyataan tentang mohon maaf Kiki Kamaruddin Terhadap Uncle

Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Mohon Maaf Pada Warga Emas

Published on 16 July 2014 18:54

Perempuan yang dirakam membuli seorang warga emas dan memukul keretanya dengan batang kunci stereng dalam satu kemalangan jalan raya telah memohon maaf berikutan tindakannya. Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin berkata beliau akan berjumpa dengan lelaki yang diugutnya itu dalam masa terdekat, dan memohon pengguna internet menyebarkan "permohonan maaf ikhlasnya" demi "masa depan anaknya".

Alhamdulillah.. saudara kita akhirnya mendapat hidayah dari Allah memohon maaf atas kesilapannya, walaupun mungkin atas desakan mana-mana pihak, hanya Allah lah yang berkuasa untuk menggerakkan hati beliau untuk sendiri meminta maaf atas kejadian yang berlaku.

Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Mohon Maaf Pada Warga Emas

Allah juga telah mengajar kita di dalam Al-Quran tentang saling memaafkan satu sama lain, jadilah seorang insan yang berbudi bahasa, dan jauhkan diri dari bersifat ego dan hanya pentingkan diri. Orang yang memaafkan orang lain akan merasakan ketenangan setelah memaafkan kesalahan yang dilakukan keatasnya, betapa uniknya manusia.. yang menciptakan nya adalah Allah swt.

Sudah-sudah la tuh maki hamun dia.. usah la seborkan lagi fitnah-fitnah kalau betul dia dah minta maaf kat uncle tu.. lagipun, uncle tu dah lama pun maafkan minah ni.. so padam2 la api kemarahan tu dengan shalat tarawih ok, lupekan pasal minah ni.. utamakan pasal diri sendiri lak.. hehehe.. Selamat Bertarawih.

Share:

Kisah si Uncle Memaafkan Kiki Si Steering Lock

'Uncle dah maafkan'


Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. 

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya. 

SIAK Heong ketika ditemu bual.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Share:

Tuesday, July 15, 2014

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Gambar + Video

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17
Kiki Si Steering Lock 

Ni lah Kiki Kamaruddin pompuan yang tunjuk samseng kat ORANG TUA, dah tersebar bagai virus video kelakuan bodoh beliau, bukan tak buleh nak settle cara baik.. tapi sengaja nak dapatkan perhatian atau sememangnye beliau seorang yang panas baran.

Ku tak suka untuk jaga tepi kain orang.. tapi lepas tertengok video minah tu, hati ni rasa panas membara untuk turut "mengeladah" si pelaku abnormal tersebut. 

Kau pakai tudung melambangkan keIslaman, kewanitaan, ketulusan dan sifat baik lainnye.. tapi lain pulak jadi bile kau dah bertindak sedemikian terhadap orang tua, orang tua buleh la kau sound.. meh sound aku tengok? idak ke makan beton aku?

Imej Islam yang semakin hari semakin pudar bertambah pudar dengan adanya makhluk seperti kau.. ku bukan ape, ku rase tak patut kau settlekan masalah remeh tuh dengan cara seperti orang gila di depan khalayak ramai.. ku pun malu, ekau tak malu?

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Ape yang ku dapat tahu, beliau ni keja di Wedding Planner, keja or part time i dont care.. hati-hatilah wahai sekalian manusia, berhadapan dengan planner macam gini.. tak masal tak jadi kawen. Kene pulak sekarang ni musim kawen, walau aku tak kawen.. tapi must be ccarefull to.. meh meh meh ~

Seperti mana janji Allah, buat baik pasti dibalas baik, begitu jugak sebaliknye.. cemuhan demi cemuhan.. cacian demi cacian, sanggup kau tahan hanya kerana pakcik tuh terlanggar kereta kau? kalau bonzer yang langgo, ade bran nak sound? tak masal masuk spital, ICU terosss..

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Sekarang kau tanggung.. kat mana-mana kau berada, dengan Peugoet CMD 25 kau tuh, balasan Allah sat ja.. bukan setakat calar, hilang habes bodykit.. haa amacam? sebab mulut badan binasa.

Perempuan bertudung mengamuk dengan steering lock (Versi kepala tegak)
Perempuan bertudung mengamuk dengan steering lock (Versi kepala tegak)
Share:

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini meninggal dunia

Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Sumber :

Janganlah ditayang kembali gambar dan lakonan beliau sewaktu dulu kala, pemergian beliau di bulan Mulia Ramadhan ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba pilihannya. Media tetap media, putar la part yang agak islamic, ni tak.. semalam ku tengok di TV 9, gambo waktu beliau seksi jugak menjadi pilihan. Apekah semua ini?

Beliau bukan lagi berhadapan dengan alam dunia, tetapi alam akhirat yang setiap dari kita akan merasainya. Bayangkan kalau kita meninggal dan orang lain menyebarkan gambar tidak senonoh kita di internet? terasa sedih kerana masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang masih tidak faham.

Sunnah mendoakan orang yang sudah meninggal :
Share:

Tuesday, July 1, 2014

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempatkerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam tadi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya.

- Bernama

Sumber :

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Beberapa feedback oleh pembaca dari artikel yang ditulis

Kadang-kadang ku rase memang perlu ada satu tindakan khas dalam menyelesaikan masalah gelendangan / peminta sedekah ini dari terus menerus "menipu" orang lain dengan kesayuan dan "kezuhudan" yang dipamerkan.

Di dalam Islam kita juga  dilarang untuk meminta-minta (peminta sedekah) melainkan punya beberapa alasan. Itupun tidak sepatutnya kita merendahkan martabat sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah semulia-mulia makhluk, dengan meminta-minta.

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Bagaimana tidak, beberapa hasil carian ku berkaitan gelendangan / peminta sedekah ini majoriti sempurna sifat, mereka sendiri yang "tidak menyempurnakan" sifat mereka sehingga orang lain terpedaya dengan helah mereka.

Ku dulu pernah belajar di Aceh Indonesia, ringkasnye di Aceh, tersangat banyaklah gelandangan datang meminta-minta setiap orang dicelah sudut menagih simpati orang ramai. Apabila ingin kita belanja makan, tak mahu pula, konon perlu pakai duit dan sebagainya.

Begitu juga di Malaysia, cari duit dengan mudah sebagai pengemis menjadi tren untuk sesiapa saja. Tanpa modal, penat lelah ilmu yang cukup. Hanya berbekalkan kasut, baju dan mimik muka yang sayu.. orang ramai akan terpedaya untuk "memberi".

Alhasil Malaysia menjadi tumpuan untuk mengemis sekaligus merosakkan suasana aman kerana diganggu dek pengemis sempurna sifat meminta-minta. Bukan mengejek mengutuk, tapi hakikatnya mereka tidak mahu cari jalan untuk mendapatkan rezeki dengan cara terhormat.

Banyak kisah peminta sedekah ni ku dengar di Aceh, sampai diri ini tidak lagi mahu menghulurkan walau 1rp (30sen) kerana terasa ditipu. Ku harap apa yang dirancangkan pihak kerajaan menjalankan Ops Qaseh dapat mengurangkan masalah peminta sedekah ini di Malaysia.

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'
Share:

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat  (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). – 30 Jun, 2014.

Sumber :

Share:

Sunday, June 15, 2014

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.



Amacam kawan? ade bran lagi nak telan Cadbury ke? ritu bukan bagai ke JAKIM kate nak demo makan Cadbury depan khalayak ramai? apekah kegilaan ini? yang jadi mangsa adalah macai-macai yang sanggup melakukan ape saje.. maybe drang sorok kot was-was tu.. kire Allah tak tahu la.. Ok la, paling-paling pun makan babi jer.. ala sikit je dalam Cadbury tuh. Rujuk SINI.

Tapi takper.. macai-macai ini sanggup lakukan ape saje.. so JAKIM hanya mengatakan mereka sakit gigi atau sakit perut yang amat sangat agar dapat melepaskan diri dan selamat kerane was-was dalam diri mengatakan Cadbury ada DNA porcine.. so? ape hal nak pakse-pakse aku makan Cadbury? begitulah jawapan orang-orang berkepentingan untuk diri sendiri.
Share:

Saturday, June 14, 2014

Kod E300 terdapat pada minuman Yeo's Lychee Drink

Pernah dengar air minuman Yeo's Lychee Drink? terdetik nak check kandungan bahan yang terkandung dalam minuman tersebut, terkejut jugak bile tersenarai kod E300, ingat lagi beberapa kod yang tersenarai sebagai kod lemak babi? boleh rujuk sini : http://www.duadz.com/2014/05/makanan-yang-mengandungi-lemak-babi.html.

Setelah beberapa pencarian dibuat berkaitan kod-kod lemak babi, aku sendiri jadi keliru dengan statement-statement dibuat JAKIM terhadap beberapa kod yang menjadi kekeliruan pengguna Islam di Malaysia, dari yang difahami, semua kod E bukanlah dilabelkan sebagai kod lemak babi, contoh kod E300, E471 dll pun tidak dilabelkan sebagai kod lemak babi, malah selamat untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam suatu makanan.



Anda boleh rujuk beberapa kod yang menjadi kekhuatiran pengguna di atas. Aku jugak cube untuk cari dari mana kod tersebut diambil, tidak ade pun dalam web JAKIM, kebanyakkan yang share kod ni adalah dalam web peribadi, bukan bermaksud tidak percaya, tapi hal penting seperti ni wajib diberi penerangan khas pada pengguna oleh pihak JAKIM sendiri, bukan dengan membuktikan mereka berani makan secara terang-terangan.

Ape pun, hati-hati dengan makanan yang anda makan.. aku dah bedal air tak terkire dah, patut rase bebal jer diri nih.. hehehe.. bukan ape, zaman di kehidupan sekarang ni tak boleh guna dah istilah mengharapkan orang lain.. diri kita sendiri kene alert terhadap semua hal, barulah berjaya dunia akhirat.


Fatwa Qardhawi DNA Babi Halal Dimakan (SUMBER)


DNA Babi Halal Dimakan – Dr Asri (SUMBER)

Jadi keputusan di tangan anda.. kalau rase yakin, makan, ade was-was lebih baik dan selamat untuk ditinggalkan. Aku bukan alim yang banyak ilmu untuk bahas mengeluarkan bermacam hadis dan sumber yang lain, tapi kerane aku diberi Allah hal sebagai manusia untuk bersuare selagi aku berhak keatasnye. Ade otak bukan untuk berbuat kejahatan melainkan kebajikan agar diredhai Allah, tapi malah Malaysia sekarang bermacam isu dan masalah yang timbul yang mane menurut aku, tidak diselesaikan dengan sempurna.

Kemana MH370? ape penjelasan tentang isu Panda? isu kg. Chubadak? isu GST? rakyat Malaysia perlu penjelasan dari PM sendiri, tak perlu turun padang pun takper.. tak hengen pun aku nak jumpe hg, paling tidak adakan forum-forum khas berkaitan isu-isu semasa di Malaysia.

Lebih gentle kalau ajak parti lain berforum, baru lah nampak kebenaran kat situ.. ade la jugak keikhlasan nye.. kalau forum dengan ahli yang dah confirm akan sokong setiap pembahasan buat ape.. baik tak payah, baru berkembang sikit otak tu.. ni tak, takat tu jela.. aman ke Malaysia? aman la sangat.. pasal tinted pun tak boleh nak tangani.. MH370 apetah lagi, berbulan dah ~

Kod E300 terdapat pada minuman Yeo's Lychee Drink :


Share: