Showing posts with label Pengiktirafan. Show all posts
Showing posts with label Pengiktirafan. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Cara Tahu Powerbank Pineng Original

Powerbank adalah sejenis gadget yang sangat-sangat diperlukan pada masa kini terutama kepada mereka yang 24 jam ngadap smartphone, Ipad, tablet dan sebagainye. Kuasa kuda bagi setiap gadget takkan dapat bertahan lama, paling-paling pun 2-3 hari fully internet access. Belum plus minus call, whatapps, wechat, update dan lain-lain. So antara solusi terbaik adalah dengan memiliki gadget yang dinamakan dengan Powerbank. 

Powerbank pulak bermacam-macam jenis ada dan setiap powerbank telahpun ditentukan penyimpanan kuasa kuda didalamnya. Tak perlu kot rasanya aku nak terangkan panjang lebar pasal powerbank dan korang buleh search sendiri. So ape tujuan aku buat post nih? 

Cara Tahu Powerbank Pineng Original

Baru-baru ni aku ada angkat satu powerbank brand Pineng (buleh refer gambar di atas) sebab dah lamo ngidam, bukan main semangat lagi aku gi Angsana Ipoh tu carik powerbank sebab ada satu port kedai tu dia buat promosi powerbank Pineng. Berapa harga? disebabkan aku memang dari dulu dah plan nak beli powerbank, so nilah masanya.. 20000mah(Pineng) + 2600mah(free gift) + pouch Rm99.00. Amacam? 

Kalu aku tengok harga asal pun mencecah Rm159.00, tak tahulah tempat korang cenggane kan.. okeh abaikan coloteh aku yang tak penting tu, so tujuan aku buat post kali ni adalah untuk share pada korang cenggane nak tahu powerbank Pineng yang ada pada kita original atau tak. 

Cara Tahu Powerbank Pineng Original

Caranya sangatlah mudah.. 
  1. Setiap powerbank Pineng original mempunyai serial number tersendiri.
  2. Serial number terletak di hadapan/belakang kotak powerbank Pineng kemudian gores untuk dapatkan serial number.
  3. Pastikan kotak powerbank Pineng dalam keadaan seal.
Cara Tahu Powerbank Pineng Original

Tu den dah tahu.. acaner nak pastikan samada powerbank aku nih ori ke idak? begini caranya, sila masuk ke website Pineng.cn atau DISINI, cari bahagian Security Check di bahagian tengah kanan. Taip serial number pada tempat disediakan, then enter. Sekirenye Pineng korang original, akan keluar result mesej mengatakan Pineng yang berserial number tersebut diakui original. Rujuk gambar, serial tu dari powerbank aku yang baru nih.. so, belilah yang original, bukan ape.. dah banyak kes powerbank meletup sana sini, sanggup ke hilang jari semata-mata kedekut nak tambah 30-40 hengget? fikir-fikirkanlah.
Share:

Sunday, August 31, 2014

UIN ArRaniry Teken MoU dengan UKM Malaysia dan Garuda Indonesia

Akhirnya Ar-Raniry BA yang dulunya bertaraf Institut kini dinaik taraf menjadi Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh. Alhamdulillah sekarang dah ada MOU / perjanjian antara UIN Ar-Raniry dengan UKM. 

Ok ape ada peningkatan, walau aku 4 tahun setengah macam takde ape je.. paling tidak bangga aku pernah belajar dan merasai suasana di Banda Aceh.. pengalaman tu penting.. hohohoho.. moh kite bace sikit ape yang diceritekan berkenaan MOU Ar-Raniry dengan UKM.

Yang bediri kanan sekali tuh Dekan Ushuluddin, sempoi bapak tu, walau nampak garang, tapi tetap stylo.. hehehe.. maybe lepas ni kemasukan pelajar Malaysia ke Ar-Raniry agak mencabar, semua sistem akan dinaiktaraf mengikut standard Universiti. Kalu idak, takde nye UKM nak wehhh...


Banda Aceh, Aktualita.co – Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry menandatangi naskah kerjasama dengan Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PT. Garuda Indonesia, kegiatan ini berlangsung dalam rapat senat terbuka upacara wisuda semester genap 2013/2014, Kamis (28/8) di Auditorium Ali Hasjmy Banda Aceh.

Wakil Rektor III bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama Dr. H. Syamsul Rijal, M.Ag mengatakan, dalam rangka pengembangan UIN Ar-Raniry di masa mendatang, pimpinan terus melakukan berbagai kegiatan dan peningkatan kualitas kampus, termasuk melakukan kerjasama dengan pihak luar, baik kampus dalam maupun luar negeri serta lembaga lain.

“Kegiatan seperti ini dilaksanakan secara bertahap dan akan terus dilakukan di masa akan datang, dalam upacara wisuda kali ini UIN melakukan penandatanganan naskah kerjasama dengan dua lembaga, yaitu Universitas Kebangsaan Malaysia dan PT Garuda Indonesia,” Kata Rijal.

Warek III menyebutkan, penandatanganan kerjasama dengan UKM dari Malaysia terkait dengan bidang pendidikan, pengajaran, penelitian, penerbitan dan pertukaran pelajar serta program pengabdian masyarakat.

Disebutkan ada lima hal yang menjadi pokok dari penandatangan kerjasama UIN Ar-Raniry dengan UKM, pertama pertukaran pelajar antar dua kampus ini, pertukaran ahli akademik atau tenaga pengajar, pertukaran penerbitan bahan akademik yang telah disetujui oleh perpustaan masing-masing perguruan tinggi, kerjasama penelitian yang dapat diterbitkan dalam bentuk karya ilmiah serta kerjasama lain yang sifatnya dapat meningkatkan kualitas kampus.

Selain itu menurut Syamsul Rijal, UIN Ar-Raniry juga melakukan kerjasama dengan PT Garuda Indonesia, panandatanganan kerjasama ini terkait dengan penyediaan jasa transportasi udara untuk UIN Ar-Raniry termasuk karyawan dan keluarga intinya serta relasi pada rute penerbangan domestik dan internasional.

Garuda Indonesia akan memberikan fasilitas seperti harga khusus untuk korporasi, reservasi yang diutamakan, city check-in, bagasi tambahan, dan kargo. Sementara itu, UIN Ar-Raniry sebagai Perguruan Tinggi Negeri yang bergerak dalam bidang pendidikan, bermaksud untuk memanfaatkan fasilitas-fasilitas yang ditawarkan Garuda Indonesia. Guna meningkatkan pelayanan kepada pelanggannya maka Garuda Indonesia berusaha memberikan pelayanan efisien kepada UIN Ar-Raniry antara lain berupa reservasi yang diutamakan (priority reservation).

“Dalam naskah kerjasama antara UIN dengan Garuda Indonesia disebutkan beberapa hal yang merupakan kemudahan bagi kedua pihak, diataranya Garuda Indonesia akan memberikan potongan harga tiket bagi UIN Ar-Raniry sesuai dengan ketentuan yang disebutkan dalam naskah kerjasama,” kata Syamsul Rijal.

Proses penadatangan dilakukan dalam upacara wisuda 2014, naskah ditandatangani langsung oleh Rektor Prof. Dr. H. Farid Wajdi Ibrahim, MA, yang disaksikan oleh warek bidang kerjasama. Adapun dari pihak UKM Malaysia ditandatangani oleh Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali disaksikan Prof. Dato’ Dr Mohd. Mohd Yusof Hj. Otman, sementara dari PT Garuda Indonesia ditandatangi oleh General Manager Banda Aceh Nano Setiawan dan disaksikan oleh Dwi Hernawan.

Dalam sambutannya, Rektor UIN Ar-Raniry mengungkapkan fakta historis bahwa rakyat Aceh dulu telah menyumbangkan harta yang dimiliki untuk pembelian pesawat yang diberi nama Seulawah  RI 01 yang diminta oleh Presiden Soekarno. “Kita tdk minta “bagi hasil”,” ujarnya berkelakar. Namun dimensi historisitas ini tidak boleh dilupakan. Cikal bakal pesawat itu ada di lapangan Blang Kadang Banda Aceh dan satu unit di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta. [*PR]

Share:

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini meninggal dunia

Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Sumber :

Janganlah ditayang kembali gambar dan lakonan beliau sewaktu dulu kala, pemergian beliau di bulan Mulia Ramadhan ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba pilihannya. Media tetap media, putar la part yang agak islamic, ni tak.. semalam ku tengok di TV 9, gambo waktu beliau seksi jugak menjadi pilihan. Apekah semua ini?

Beliau bukan lagi berhadapan dengan alam dunia, tetapi alam akhirat yang setiap dari kita akan merasainya. Bayangkan kalau kita meninggal dan orang lain menyebarkan gambar tidak senonoh kita di internet? terasa sedih kerana masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang masih tidak faham.

Sunnah mendoakan orang yang sudah meninggal :
Share:

Thursday, May 29, 2014

Raja Nazrin Shah ditabal Sultan Perak yang baharu

Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baru bagi menggantikan pemergian ayahnya Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang sekian lama memegang tanggugjawap sebagai Sultan bagi Negeri Perak.

Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 jam 1:38 pm di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 86 tahun. Jenazahnya akan dimakamkan di Makam Al-Ghufran berhampiran Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas Solat Asar keesokan harinya.

Semoga dengan tanggungjawap yang diberi oleh Allah ini, dapatlah kiranya Sultan Perak Nazrin Shah bersama dalam memperbaiki segala kerosakan dan kejahatan di Perak ini bagi lebih diredhai Allah swt dan mudah-mudahan dilimpahkan rahmat serta rezekinya di Negeri Perak

Raja Nazrin Shah ditabal Sultan Perak yang baharu

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.

Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah yang dijadual selepas Asar nanti.

Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35.

Istiadat perlantikan dan pengisytiharan itu turut disiar secara langsung oleh beberapa stesyen televisyen negara. - HARAKAHDAILY 29/5/2014

Sumber :
Share:

Friday, August 2, 2013

Update 2013! Pengiktirafan IAIN, JPA Setuju Dengan Perubahan

Update 2013! Pengiktirafan IAIN, JPA Setuju Dengan Perubahan
Pada 29 / 07 / 2013 pukul 9.00 a.m saya mendapat panggilan telefon dari Ayah, time tu tengah mengajar (tasme') dan still bugar walaupun malam semalam "dipaksa" overnight. Ayah telefon bukan sebarang nak sembang pasal biase-biase, tapi Ayah telefon nak talk pasal pengiktirafan IAIN yang sekarang masih dalam proses penyelarasan oleh pihak JPA. Gulp !

Kenape saye mesti tibe-tibe berdegup? mana tidaknye, dah lame saye lambai tangan dan buat donno tentang masalah ni, masalah ape tu? anda boleh rujuk tulisan saya yang sebelum-sebelum ni di SINI. Saye bukan taknak jelaskan kat sini, tapi rasenye tak perlu sebab kalau saye jelaskan masalah ni dari awal, saye malas ! hahah !

Saye dah lame terasa nak update pasal pengiktirafan IAIN ni lepas beberapa sahabat tanyakan masalah yang same pada saye, masa diorang tanya tu, seriously i dont know anything, saye hanya tahu ape yang pernah saya tulis pada artikel yang sebelum-sebelum ni. 

Lepas Ayah call dan talk pasal pengiktirafan IAIN, saye jadi semangat balik nak update walaupun kebanyakkan pelajar IAIN (malaysia) tak pernah nak amik port dengan ape yang cube saye sampaikan, dan yang paling sakit hati, lepas dah Grad, baru lah tertatih-tatih tanya saya dan sebagainye, tapi bagi saye tu bukanlah satu masalah, masalahnye adalah senang tak nak bersama, bile susah tahu pulak menempek. tak bagus perangai gitu......

Bukan nak kate perlu sujud atau minta tolong pada saye, paling tidak amik tahu dengan ape yang seharusnya perlu untuk diketahui, wajib untuk dia tahu. Ni tak, bile aku tanye, boleh kate "Aku tak amik port bab ni la dud".. "Aku keje swasta jer bro".. "Relax la dud, aku datang nak ilmu bro, lagipun aku tanak keje dengan krajaan".

Sedikit sebanyak, hal-hal tu lah yang banyak menjatuhkan semangat saye tuk teruskan usaha demi kebaikan bersama.. tapi ape yang saye dapat? jawapan yang tak sepatutnye keluar dari mulut seorang yang bakal memikul gelar Ijazah Sarjana Muda, seriessss bukanlah satu jawapan yang matang.

Berita yang saye dapat dari Ayah adalah satu berita gembira yang rasenye perlu saye kongsikan bersama di sini, tak kisahlah kalau ada yang nak amik port atau tidak, niat saye bukan untuk menunjuk-nunjuk macam saye tahu semuanye, tapi ape yang saye tahu.. إنشَØ£ِ اللهَ saye akan kongsikan pada semua.

Seperti yang diketahui (sebelum ni kalau tak salah saya ada bagitahu yang pihak JPA ada tubuhkan satu organisasi khas untuk masalah ni), pihak JPA telahpun berbincang masalah ni dan hasil dari perbincangan tersebut telah menghasilkan jawapan yang menurut saya satu berita baik.

Dari info Ayah berdasarkan info Encik Shahrul, pihak dari organisasi (JPA) yang ditubuhkan telahpun bersetuju untuk mengikuti perubahan drastik yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggunjawap IAIN, saye berani keluar statement begitu sebab memang pihak IAIN tidak bertanggugjawap dengan ape yang telah menjadi kewajipan kepada mereka (IAIN) selepas MOU/syarat yang telah mereka setujui sebelum Malaysia membuat link dengan Indonesia, IAIN Banda Aceh khsusnya.

Tetapi ada satu lagi masalah, dari kefahaman saye, Ayah mengatakan bahwa ada masih ada satu sekatan lagi untuk mendapat persetujuan penuh mengenai masalah ni, pihak JPA perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak tertinggi JPA, maybe "otai-otai" kementerian, jadi itu bukan lah satu perkara yang mudah.

Mereka-mereka ni (otai-otai) bukan orang biasa, ada kerja khusus dan sebagainye. Dari segi masa seperti yang dimaklumkan Encik Shahrul, mereka ni memang terlalu sibuk, jadi sahabat sume boleh bayangkan la sendiri betapa "senangnye" nak panggil mereka ni demi untuk menghadiri mesyuarat yang tak sepatutnye, sebeb ape saye kate tak sepatutnye? meh tengok point saye :

1. Pertukaran/pengambilan pelajar dari Malay -> Indo salah satu income besar buat IAIN.

2. IAIN telah setuju dengan syarat-syarat lalu membuat MOU dengan Malaysia.

3. IAIN mengubah sekaligus melanggar syarat yang sebelum ni disetujui bersama tanpa ada notice sedikit pun kepada Malaysia tentang perubahan yang dilakukan.

4. IAIN dengan berani tetap juga mengambil pelajar dari Malaysia untuk meneruskan pengajian di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh. (yang ntah katenye nak tukar kepada Universiti)

5. Pengurusan yang sangat-sangat-sangat lembab. Hal ni diberitahu sendiri oleh Encik Shahrul, setelah berkomunikasi dengan baik dari kedua belah pihak (JPA -> IAIN), sampai sekarang IAIN tetap sunyi sesepi tanpa ada sebarang update berkaitan masalah yang timbul.

Cukup rasenye 5 point penting yang "berjaya" saye senaraikan kat atas, saye bukan nak buka AIB atau memburuk-burukkan lagi keadaan tapi inilah realitinye yang sangat-sangat-sangat perlu kita tahu, PKPMI wajib turun padang demi menyelesaikan masalah ni. Saye juga ex-student IAIN.

Tak malu ke PKPMI yang GAH PERKASA tak boleh nak handle masalah kecik ni? hehe saye gurau je, bukan ape, menurut saye, kalau kita "bersama", insyaallah masalah ni selesai. Perlu ada satu big power dari group, yang saye maksudkan PKPMI.. serius saye cakap, kalau saye sorang handle masalah ni, confirm takkan selesai, saye takde kuasa macam kuasa dimiliki organisasi PKPMI, jadi PKPMI adalah antara jalan terbaik untuk lebih mengukuhkan dalam meyelesaikan masalah ni.

Akhir kata, mohon doa dari semua mahasiswa, terutama mahasiswa di Bidang Ushuluddin Jurusan Tafsir Hadis, Akidah Filsafat, Perbandingan Agama dan Sosiologi Agama, Allah SWT lah penentu nasib bagi setiap makhluk di dunia ni.. takde salah ehh nak doa, tambah-tambah di bulan Mulia Ramadhan, 10 malam terakhir lagi, سبحان الله, nak tak nak je, hehe.. (^_^)

** PS : (feeling gak lagu Raya ni -Salam Aidilfitri Jamal Abdillah)
Share:

Tuesday, April 9, 2013

Confirm Ke JPA Iktiraf Ijazah Anda?

Confirm Ke JPA Iktiraf Ijazah Anda?

Hari jumaat kemarin pihak JPA (orang atasan) ada call my father, nama beliau En.Shahrul yang sebelum ni dah janji untuk call back my father lepas my document selamat sampai ke pihak JPA. Patut lah sebelum ni, orang bawah dia (refer sini) call saye, bagitahu document yang dihantar tidak menempati syarat kelayakan JPA sebab lagi dua document tak sampai. Boleh baca balik post saye yang sebelum ni, nanti tak nyambung pulak dengan entry kali ni.

Wat.. aku (my father) dah sembang dengan En.Shahrul, dia tak berani nak bagi kata putus samada ijazah kau diiktiraf ataupun tidak. Sepatutnye drang ni dah ada panduan khusus tentang masalah ni, dan dari dulu lagi dah timbul masalah ni kenape settle lagi? Dulu time ayah tanya tentang IAIN ni, drang (JPA) kate untuk diiktiraf kene ada NOC. Then, skang dah ada NOC masih jugak tak iktiraf?

Dari ape yang saye dah bincang dengan my father, En.Shahrul yang mewakili JPA tuh pun tak berani nak buat kata putus, dan kalau dia buat kata putus hari Jumaat tuh, dan berani mengeluarkan surat keputusan tentang pengiktirafan ni.. of kos lah saye akan share dan begitahu pada semua Mahasiswa Malaysia di IAIN khusus Fakultas Ushuluddin yang ijazah mengkome tidak diiktiraf, kan sonang? Hah ! yang ni la mereka (JPA) takut, drang (JPA) tak berani nak putuskan sebab dah terang lagi bersuluh mereka (JPA) takde panduan khusus atau tak cube cari jalan untuk selesaikan masalah pengiktirafan IAIN.

Dan mase En.Shahrul tu talk to my daddy.. dia kate, nanti saye akan call En (ayah saye la) lagi. Tuh bererti, maybe En.Shahrul tersebut nak confirmkan atau berbincang masalah dengan dengan ketua dia, maybe? Kalau betullah dah ada keputusan, kenape tak direct terus pada ayah saye yang IAIN tidak mendapat pengiktirafan dari JPA, that simple lah ! sebab kalau masalah ni berterusan dan tergantung-gantung, akan lebih menyusahkan kami (graduate) untuk mohon kerja tetap (under gomen) macam j-Qaf dan sebagainye, kan susah lagi memeningkan? Saye tak tak henti-henti berdoa pada Allah (sebab Dia yang menciptakan semua ni) agar masalah ni selesai, kome pulak guane? Doa-doa lah ye..

Ni untuk anak-anak Ushuluddin, anda dah pasti ke ijazah anda diiktiraf? Ok moh kite tengok point yang saye rase penting untuk anda semue tahu, seperti mane yang diketahui bahwa JPA ade dua masalah mengenai pengiktirafan IAIN (Ushuluddin) :

1.Masalah gelaran.
2.Masalah syarat kelayakan untuk mendapat pengiktirafan seperti STPM, STAM, DIPLOMA dll.

Kalau rase tak paham boleh baca kat sini balik (BACA), ok sekarang ni cube tengok balik diri masing-masing, cukup tak syarat dari JPA :

Contoh 1, kalau JPA kate ijazah IAIN tidak diiktiraf berkaitan masalah gelaran, jadi bererti semua Mahasiswa Ushuluddin tidak akan dapat pengiktirafan dari pihak JPA, sebab dah terang lagi nyata gelaran yang dah ditentukan oleh pihak JPA (SAG) tidak same dengan gelaran yang dikeluarkan oleh pihak IAIN (STHI, STH, SFI). Jadi ijazah anda tidak diiktiraf ! owh ada yang kate kami cukup syarat, kami ada STAM, STPM dan sudah pasti ijazah kami diiktiraf wadud ! baeklah kalau begitu, kite tengok pulak contoh 2 di bawah.

Contoh 2, kalau pulak JPA kate ijazah IAIN tidak diiktiraf berkaitan syarat kelayakan sepertimane pihak JPA sendiri telefon saye (baca post yang sebelum ni) dan kate ijazah saye tidak diiktiraf sebab saye tidak memenuhi syarat untuk mendapakan kelayakan pengiktirafan dari pihak JPA, the konkulis is, ANDA JUGA TIDAK DIIKTIRAF ! sebab ape? Sebab walaupun anda cukup syarat dan memenuhi ketentuan dari pihak JPA, gelaran anda tidak same macam mane yang JPA dah tentukan. Are u get it?

Masalah ni takkan selesai kalau kedua-dua masalah diatas tidak dapat diselesaikan dengan baik. Aku tak tahu samada pihak IAIN atau JPA yang tidak mahu beri kerjasama dalam menangani masalah serius ni. Semua ni adalah masa depan kami (mahasiswa Ushuluddin) dan masa depan IAIN. IAIN tidak akan dapat mengeluarkan lagi mahasiswa Malaysia dari Fakultas Ushuluddin dan confirm-confirm lepas ni budak-budak mesti takmoh amik Ushuluddin lagi, at-least iktiraf la walaupun ada yang kate “Keje dibawah kerajaan tak kemane”.. tapi aku dah 4 tahun setengah woo.. macam yang saye kate tadi, paling tidak kene ada pengiktirafan dari JPA.
Share:

Friday, April 5, 2013

JPA Pening Dengan Masalah Pengiktirafan IAIN

JPA Pening Dengan Masalah Pengiktirafan IAIN
Kenape mesti nak takut kalau bende ah betul? Tu lah yang bermain dalam benak aku lepas JPA sendirik call aku, maybe my father dah siap fax dokumen aku dan sampai pada bahagian pengiktirafan (JPA), yang pelik.. macam mane dia boleh dapat my number? Kikiki.. so bermula lah perbualan aku dengan kakak tuh.. dia gelar diri dia kak? Huh..

JPA : Selamat Pagi (takde salam dah), ni Encik Adduat ke? Saya dari JPA.
Aku : Herk! (tengah makan) Mmm3.. ye saye.. ade ape ye?
JPA : En ada fax dokumen maklumat pengajian di Aceh, degree en ni tak diiktiraf, en ada STPM? STAM? Itu untuk pengiktirafan ijazah en.
Aku : Owh.. saye takde sume-sume tu cik.. kirenye ijazah saye tak diiktiraf la ni ye, hmm.. tapi ramai kawan saye di Aceh (IAIN) tu takde semua-semua tu cik, diorang pun tak diiktirak lah ye? Saye kene bagitahu diorang ni (jek je tuh).
JPA : Erk (dia agak gugup).. macam ni, nanti atasan saye akan hubungi ayah adk balik ye.
Aku : Oh.. baek lah kalau begitu, Assalamualaikum.
JPA : Waalaikumsalam.

Lupe pulak point aku nak cakap pasal, first dulu masa 2008, undang-undang kate sambung belajar di Aceh JPA diiktiraf, dan bile aku dah grade 2013, rules jadi baru dan berubah serta-merta. Drang perlukan PMR, SPM, STPM, STAM untuk dapat pengiktirafan di JPA walaupun di laman web pengiktirafan JPA mengiktiraf Ushuluddin Perbandingan Agama. Sepatutnye tak boleh macam tu, kalau aku masuk di Aceh pada 2008, jadi undang-undang berkuatkuasa mengikut tahun yang aku masuk, bukan mengikut tahun aku grade. So.. sepatutnye ijazah aku diiktiraf.

Jadi budak-budak aku yang masuk 2008 sumenye tak diiktiraf (hanya Ushuluddin)..?. yap itulah yang berlaku sekarang. Second, macam mane geng-geng aku yang dari KIAS, KIPSAS, MARSAH dan sebagainye, yang cukup syarat tapi tak same gelar macam mane yang JPA nak? Kirenye masalah pengiktirafan ni sebenarnye dari GELARAN atau SPM, STPM, STAM? Ok moh kite usha point-point penting kat bawah :

Masalah yang timbul :

1. Gelaran dari Aceh (IAIN) tak same dengan ketentuan dari JPA.
Gelaran yang diiktiraf JPA :

- Syariah : SHI.
- Dakwah : SSI.
- Ushuluddin : SAG.

Gelaran yang dikeluarkan IAIN :

- Syariah : SHI.
- Dakwah : SSI.
- Ushuluddin : STHI, STH, SFI. (ini yang jadi masalah)

2. Lepas my father dan aku dah bertungkus-lumus cube untuk berkomunikasi dengan JPA, masalah yang timbul bukan seperti mane yang di war-warkan sebelum ni (bahagian gelaran) :

- Untuk pengiktirafan kene ada PMR, SPM, STPM, STAM. (ikut flow).

Nampak tak kat situ? JPA pon macam penin dengan peraturan yang drang buat, drang pon penin bile bapak aku tanya tu nih, dulu kate masalah GELARAN, tapi kenape skang masalah PMR STAM lak? Nampak beno tak comeynyer.. ape-ape pon, kome-kome yang berkaitan doa lah bebanyak ye, mintak semoga masalah ni dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna, insyaallah, Amin !
Share:

Wednesday, April 3, 2013

IAIN Ar-Raniry Di Iktiraf? Wow !!

IAIN Ar-Raniry Di Iktiraf? Wow !! Tadi bapak aku ada ternampak satu poster yang mem promote IAIN Ar-Raniry bagi melanjutkan pengajian agama di Aceh, hmmm.. of kos bawah Minda (Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan), hahaha.. aku kenal kome weh, Hafizudin, Wafi, Salam, dan lain-lain lah aku dah tak bape nak ingat. Bagi aku bagus lah kalau ada promoter tuk ijazah di Aceh, tapi masalahnye macam sekarang lah.. aku takkan berenti menulis selagi masalah ni tak selesai, selagi kate Ushuluddin Perbandingan Agama tak iktiraf?!

Aku tak tahu ape yang Minda pikir kalau tahu IAIN tak diiktiraf JPA.. yeke tak iktiraf dud? untuk maklumat lanjut, boleh hubungi YPD PKPMI-CA dan tanya sendiri, ok lah banyak keje nak call persatuan, kite cube check sendiri di JPA. Boleh check di SINI. Adekah same dengan ape yang di promote @ dikatekan oleh Minda tentang pengiktirafan ijazah IAIN Ar-Raniry? Aje Naye woo.. aku penah jadi imam di Maahad Islah, same case jugak.. siap buat banner lagik.. siap kate DIIKTIRAF oleh JPA. Den bukan ape.. salah info, silap-silap boleh mengundang kemarahan orang woo.. yelah, tajaan kite kan, orang dah bayar ape sume.. lastly, mudah je Usuluddin tak diiktiraf.. gilow.

Ops..ade yang perlu aku betulkan pada poster yang dipromote oleh Minda, ape tu dud? cube kome besarkan pic@screeshort kat atas, cube tengok di bahagian Mengapa Pilih UAIN Ar-Raniry, Rujuk ww.interaktif.jpn.gov.my. Kalau JPN, aku check dan result yang keluat adalah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Maybe salah taip ke ape kan, untuk check pengiktirafan JPA, boleh check di sini (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp). 

Bagus lah Minda buat promoter untuk ijizah di IAIN Ar-Raniry nih dan jangan pulak kabo aku nak burukkan Minda, malah ni satu pencerahan kepada Minda untuk betulkan balik dan selidik dengan lebih detail, same jugak dengan MOU antara institut-institut dengan IAIN Ar-Raniry Aceh, kene selidik betul-betul.. jangan jadi macam aku, dah 4 tahun setengah, tibe-tibe kate tak iktiraf? padahal dulu katenye diiktiraf bagai.. last minute, eden dah grade, pap! tak iktiraf pulak.. hahaha.. best woo.. 4 thn setengah tu macam 4 jam 30 minute jep (^_^).
Share:

Tuesday, April 2, 2013

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Kenape saye kate SPA ada link dengan JPA, first masing-masing dari Agency tersebut dibawah kerajaan yang diberi mandat untuk menjaga atau memantau masalah-masalah orang awam (masalah terkait khusus di Malaysia), second, bile kite tengok sendiri di SPA pulak.. SPA me link kan web Pengiktirafan Kelayakan di laman web jpa.gov.my. Saye bagi bukti kat bawah :


Mungkin anda kate saye bohong atau tipu, untuk sampai ke web tersebut, keme wajib daftar dulu di SPA (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp), then isi la ape yang patut, tapi saran ku, janganlah hantar dulu resume, nanti dah grad baru best nak isi segale macam kan? ok, kalau dah register, cube masuk ke bahagian Maklumat Akademik - Pengajian Tinggi (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/mainFrame.jsp), then cube cari dan klik kat tempat yang saye highlight kat atas tuh.

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Kite akan dibawa ke laman web rasmi JPA bahagian Pengiktirafan Kelayakan (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp). Di situ lah anda boleh "menge" check adakah ijazah anda diiktiraf ataupun sebaliknye.. nak dijadikan cerite, cek punye cek.. alhamdulillah, tersenarai jugak IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, okeh skang cube kite same-same check.. caranye :

Negara : Indonesia.
Institusi : Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry.
Bidang : kosongkan
Carian : Usuluddin. Bukan Ushuluddin.

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA
Klik butang Cari/Search. Nanti akan keluar banyak result, cube cari INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI AR RANIRY, BANDA ACEH, kalau dah jumpe, klik di Perincian & Penafian/Detail & Disclaimer. Kite akan di bawa di halaman Perincian & Penafian/Detail & Disclaimer (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/Sijil/frmSijilIPT.asp?Bidang=B0000&Negara=I03&Institusi=I0300403&strID=15759). Tengok screenshort kat bawah :

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Yang aku pelik dibahagian bidang, kalau betul drang kate (JPA - MQA - JPT - SPA) tidak meng iktiraf Ushuluddin, kenape di Syariah, Dakwah iktiraf? sedangkan bidang drang takde pulak kaitan dengan sastera, sains kemasyarakatan, dan.. kenape di SPA ada Ushuluddin Perbandingan Agama, dan lagi.. kalau betul lah tak di iktiraf, why still ade lagik IAIN di senarai Pengiktirafan Kelayakan? Whay - Whay - Whay.. (sampai salah la tulis)
Share:

Bukti IAIN Ar-Raniry diIktiraf SPA !!

Tibe-tibe pulak rase nak bukak SPA lepas may ses kate "ko kene daftar dan isi kat SPA tuk keje wat".. what that mean? SPA.. SPA yang panas-panas tuh ke long? hah! bukan lah.. SPA tu maksud diew Suruhanjaya Pekhidmatan Awam. Tempat tuk mohon keje, mana tahu satu hari drang panggil interview? kan? so lebih baik dari yang terbaik saye pegi kejap usha-usha web SPA tu.. kot-kot ada info penting tuk saye yang jahil nih?

Yang buat saye semangat nak gi usha SPA tuh lepas dengar dari YPD PKPMI-CA yang ijazah Ushuluddin Perbandingan Agama tak diiktiraf? wow! dulu kate iktiraf, so apehal tibe-tibe tak iktiraf pulak? ape nasib dak-dak ushul? camne dengan MOU yang di war-war kan IAIN Ar-Raniry diiktiraf JPA? nape skang lepas saye dah grad di IAIN Ar-Raniry, JPA kate tak diiktiraf.. ini satu penganiayan (betul ke ejaan) !!

So untuk mendapatkan kebenaran yang sah, lebih baik saye sendirik yang selidik masalah ni, walaupun hanya sekadar di alam maya.. so aku pegi lah JPA, MQA dan SPA untuk mendapatkan kepastian, the result is, my course already added, Sarjana Ushuluddin, dan Universiti pon ada tersenarai di JPA bahagian Pengiktirafan Kelayakan, tapi kenape boleh dilabel sebagai Institut yang tidak diiktiraf? weird !!

Bukti IAIN Ar-Raniry diIktiraf SPA !!

Bukti dari SPA !! tuh cube usha kat atas.. kalau nak besokan gambo, klik je yep, tu dari SPA tau.. bukan SPAM, SPA yaitu Suruhanjaya Pengkhidmatan Awam. Nanti saye update pulak pasal MQA yer.. takpe-takpe, gua memang nak pegi pon PJ, nak talk sendiri dengan orang atasan dier, mudah-mudahan settle masalah..Amin.. untuk kome jugak (dak Ushul).

Pikio kejap ok, kalau lah kate Ushuluddin Perbandingan Agama tidak diiktiraf, nape kat SPA ada tersenarai course yang aku amik? lau nak tahu, JPA - MQA sate team, JPT jugak.. masing-masing ber link satu sama lain.. haish !!
Share: