Thursday, May 29, 2014

Raja Nazrin Shah ditabal Sultan Perak yang baharu

Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baru bagi menggantikan pemergian ayahnya Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang sekian lama memegang tanggugjawap sebagai Sultan bagi Negeri Perak.

Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 jam 1:38 pm di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 86 tahun. Jenazahnya akan dimakamkan di Makam Al-Ghufran berhampiran Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas Solat Asar keesokan harinya.

Semoga dengan tanggungjawap yang diberi oleh Allah ini, dapatlah kiranya Sultan Perak Nazrin Shah bersama dalam memperbaiki segala kerosakan dan kejahatan di Perak ini bagi lebih diredhai Allah swt dan mudah-mudahan dilimpahkan rahmat serta rezekinya di Negeri Perak

Raja Nazrin Shah ditabal Sultan Perak yang baharu

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.

Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah yang dijadual selepas Asar nanti.

Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35.

Istiadat perlantikan dan pengisytiharan itu turut disiar secara langsung oleh beberapa stesyen televisyen negara. - HARAKAHDAILY 29/5/2014

Sumber :
Share:

0 comments: