Showing posts with label Cerna Minda. Show all posts
Showing posts with label Cerna Minda. Show all posts

Friday, December 30, 2016

Selamat Atau Tidak Beli Di Lazada??

Baru-baru ni aku ada order online di Lazada dengan kos yang agak kasar la bagi aku sebagai rakyat marhaen. Lepas order terfikir pulak macam mana nak dapatkan tracking number order dari Lazada, dia guna poslaju ke posbiasa ke.. itulah yang bermain di fikiranku sampai aku terfikir kemungkinan Lazada ni kaki hancing jugaaaa...

Selamat Atau Tidak Beli Di Lazada??

Think positif, aku ada resit pembelian yang lengkap dengan detail pesanan. Haha.. gelabah mak endon kau. Terlupa pula aku nak godek website Lazada, alhasil terjumpa part TRACK MY ORDER hahaha..

So secara kesimpulannye.. jangan risau nak beli online di Lazada. Lepas siap order buat bayaran, diorang akan bagi confirmation dan transaction detail kat email korang. Opss.. jangan lupa jugak print or save by pdf order yang korang buat, sebagai langkah berjaga-jaga.

BTW.. aku pun bisnes jugak, dan wholesaler2 (ntah betul tidak istilah yg aku guna ni) online diluar sana macam Lazada 11street Lelong Qoo10 dll sangat memberi tekanan sebenarnye terutama dari segi harga. Customer banyak lari kesana dari beli dengan peniaga online as retailer dengan quality yg sama dan harga yang jauh berbeza. Cume mungkin ada sedikit perbezaan dari segi servis produk. Kalau beli dengan Lazada sebagai contoh, servis yang direct retailer adalah lebih memuaskan berbanding di Lazada, Lazada bagi gambar dan spec produk sahaja.. tapi retailer siap boleh explain if someone need further details.

Tuh pendapat aku lah.. terlari tajuk sikit. Hehehe...
Share:

Thursday, July 30, 2015

Ulasan - Video - Berita: Muhyiddin Bongkar Rahsia Najib Isu 1MDB


Kali ini Muhyiddin bersuara bongkar rahsia Najib Razak yang sebelum ni ure-ure mengatakan sejumlah wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun Najib Razak. Tonton video pendek di atas, anda ada hak membuat penilaian sama ada benar atau tidak seperti yang dikatakan oleh bekas timbalan presiden itu terhadap penyaluran wang 1MDB ke dalam akaun Najib Razak. Tertanya pulak aku… berani betul TSMY ni cakap begitu siap secara live lagi oleh individu tertentu, kalau lah perkara ni tidak benar… sanggup ke TSMY tanggung risiko atas setiap kenyataan beliau berkaitan penyaluran sejumlah wang ke dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara menteri yang digugurkan ketika rombakan kabinet 2015 oleh DS Najib Razak, jawatan yang disandang beliau adalah timbalan perdana menteri sejak 2009 hingga sekarang dan digantikan dengan Zahid Hamidi. Dengar-dengar kononnye ada usaha gabungan antara Tun Mahathir dengan TSMY menentang gabungan DS Najib Razak bersama TPM Zahid Hamidi… ntahla.. nantikan je ape cerite seterusnye. Cume kite sebagai rakyat perlu tahu menilai mana baik dan buruk, benar dan salah supaye setiap keputusan dan suara kite membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan selamat.

Lepas je pendedahan oleh TSMY berkaitan isu 1MDB nih… kau kenal Ahmad Maslan? Kalau tak kenal mohon google first, orang Malaysia kalau tak kenal Ahmad Maslan memang bukan orang Malaysia laaa… beliau lah Menteri pertama kee yang menafikan keyataan dibuat TSMY terhadap DS Najib Razak:

Ahmad Maslan Nafi Dakwaan Muhyiddin Wang 1MDB Dimasukkan Ke Akaun Najib

Ulasan - Video - Berita: Muhyiddin Bongkar Rahsia Najib Isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno, Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan satu rakaman video yang dirakam di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan aliran tunai RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sebagaimana memetik Astro Awani.

Tambah Ahmad, Najib sendiri telah tampil menafikan dakwaan berkenaan bahawa beliau ada menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Terdahulu, portal Malaysiakini memuatnaik satu rakaman video berdurasi 57 saat yang menunjukkan Muhyiddin sedang mengadakan perbualan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh fadzir di kediamannya pada Selasa.

Muhyiddin dikatakan sebagai menyebut Najib mengakui sejumlah besar tunai dipindahkan ke dalam akaun peribadinya. -Sumber
Share:

Tuesday, July 28, 2015

Baca! Penyebab Muhyiddin Yassin Disingkirkan

Antara sebab penyingkiran oleh DS Najib Razak terhadap TS Muhyiddin Yassin dalam rombakan kabinet 2015 baru-baru ini. Bace ape yang dikatakan oleh Nazri Aziz:

Baca! Penyebab Muhyiddin Yassin Disingkirkan

Muhyiddin Memang Cari Nahas – Nazri Aziz

Kuala Lumpur – Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jemaah menteri tidak mengejutkan kerana beliau memang terang-terangan melanggar keputusan Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, ucapan Muhyiddin pada mesyuarat Umno bahagian Cheras Ahad lalu keterlaluan hingga tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan tindakan tersebut diambil.

“Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya,” katanya merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Tetapi beliau (Muhyiddin) tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu,” katanya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider dari Milan, Italy, Nazri berkata pelantikan menteri Kabinet merupakan prerogatif perdana menteri dan Datuk Seri Najib Razak hanya melantik mereka yang setia kepadanya.

“Pertamanya, Kabinet memang prerogatif perdana menteri, dan sudah tentu beliau perlu melantik mereka yang setia kepadanya dan mereka yang beliau selesa dengannya.

“Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jelas sekali, beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya daripada Umno, tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB, atau memang masa mereka sudah tiba,” katanya.

Najib juga menggugurkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.

Shafie sebelum ini turut dilihat kritikal mengenai cara Najib menangani 1MDB dan secara terbuka mengkritik perdana menteri manakala Hassan secara amnya dilihat tidak berkesan dalam mengendalikan kementeriannya.

“Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul,” kata Nazri.

Mengenai dakwaan Najib memusnahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan melemahkan penyiasatan atas 1MDB dengan menaikkan pangkat 4 ahlinya – Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau – menjadi timbalan menteri, Nazri berkata, rakyat tidak perlu terlalu cuba mentafsirkan maksud sesuatu yang tersirat.

“Saya rasa kita tidak perlu terlalu cuba membaca apa yang tersirat di sebaliknya. Mereka ini memang sewajarnya menerima kenaikan pangkat. Nur Jazlan sudah lama layak. Beliau diletakkan di Kementerian Dalam Negeri, kementerian yang berkuasa dan penting. Reezal memang mahir dalam hal ehwal antarabangsa,” katanya.

Ahad lepas, pada mesyuarat Umno bahagian Cheras, Muhyiddin mempersoalkan skandal sekitar hutang RM42 bilion 1MDB, dan pendedahan The Wall Street Journal mengenai wang daripada dana pelaburan negara yang didakwa disalurkan ke dalam akaun perdana menteri.

Pejabat Perdana Menteri semalam menjawab, meminta semua orang bersabar dan menunggu keputusan akhir siasatan. – The Malaysian Insider

Share:

Pandangan - Video - Berita: Rombakan Kabinet DS Najib Razak 2015

Baru-baru ni DS Najib Razak membuat rombakan kabinet yang mane melibatkan beberapa jawatan menteri-menteri dan timbalan perdana menteri digugurkan. Seperti sedia maklum TPM Malaysia sebelum rombakan kabinet dibuat adalah TS Muhyiddin Yassin yang sudah beberapa tahun sejak 2009 berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Namun keputusan menggantikan tempat TPM oleh DS Najib Razak tidak boleh dibantah berikutan keputusan yang dibuat dan pengumuman oleh DS Najib Razak di media sosial.


Dari pelbagai sumber yang aku baca berkaitan pelantikan baru TPM oleh DS Najib Razak adalah berpunca dari kenyataan oleh TS Muhyiddin Yassin yang menimbulkan kontroversi dan seolah tidak setuju dengan pencapaian pemerintahan di bawah DS Najib Razak ekoran pelbagai isu yang timbul tidak sudah-sudah seperti yang terakhir adalah isu 1MDB.


Pulak tu… pemahaman aku berdasarkan video di atas, sekilas bile dengar kenyataan ikhlas Muhyiddin seolah bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dengan menyatakan sekiranya dalam pimpinan ada tersalah langkah perlu kita betulkan dan kembali pada pangkal jalan. Aku faham je ape yang cube disampaikan Muhyiddin, cume bile dikaitkan dengan Tun, bende tu menimbulkan kontroversi ditambah pulak baru-baru ni serangan Tun terhadap kepimpinan DS Najib Razak.

Patutnye kan… Muhyiddin kene stay cool, jangan marakkan api yang sedang marak… sebelum ni pun banyak yang beliau kritik terhadap kempimpinan Najib Razak walaupun cube untuk betulkan mana yang salah, cube cari kebenaran dari kekeliruan dan sebagainye. Kau macam tak kenal Najib? Sebagai menteri di Malaysia, die ade kuasa penuh untuk control Malaysia ditambah pulak beliau kawal kewangan negara… inikan kau nak dia buang? Ramai lagi yang sanggup menjadi boneka disuruh patuh tanpa melawan.

Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi TPM yang baharu - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009. Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).

Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan Menteri: 1. Datuk Ahmad Maslan

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:
Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri: 1. P.Kamalanathan 2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri: 1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: 1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 1. Datuk Alexander Nanta Linggi 2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri 1. Datuk Azizah Mohd Dun 2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri 1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri 1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 2. Nancy Shukri 3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 4. Datuk Wee Ka Siong 5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 6. Senator Datuk Seri Idris Jala 7. Tan Sri Joseph Kurup 8. Datuk Joseph Entulu Belaun 9. Datuk Seri Shahidan Kassim 10. Senator Paul Low Seng Kuan 11. Datuk Mah Siew Keong

Share:

Thursday, July 23, 2015

Doa-Doa Naik Kenderaan -Darat, Laut dan Udara

Sebagai seorang yang beragama Islam perlu untuk kite selalu ingat kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat kurniaan pemberianNya. Bukan lah susah mana pun nak ingat pada Allah, cukup mengucap Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar pun dah kira sebagai ingat kepada Allah. Tapi nak ucap 3 perkataan tu bukan main susah walaupun masa yang dibazirkan hanya termenung mengenang nasib diri. Apelah salahnye kalau sekejap beberapa saat kite ucap 3 perkataan tu kan? Bukan cakap kome sajee.. teman pun 2x5 jugeee.. hehe.

Sebenarnye bukan ni tujuan aku menulis harini.. aku nak share pasal Doa-Doa Naik Kenderaan yang sangat mudah dan familiar untuk kite praktikkan bersama. Hmmm.. susah kan nak ucap 3 perkataan kat atas tu? Hah! Ni aktiviti yang boleh dikatekan hari-hari kite buat, naik moto pegi paso.. naik kete bawak family.. naik bas balik keje dan macam-macam lagi korang naik..

Jadi ape salahnye kalau same-same kite amalkan doa ni demi kebaikan diri dan keluarga? Bukan mintak kat sape, mintak kat Allah kite la.. mintak dekat manusia memang jenuh kau nak dapat. Lagipun…. Itu tanda kita ingat pada Allah swt, bile ingat pada Allah, menunjukkan bahawa kite sebagai hamba yang sangat lemah.. tentulah Allah syg pada hambanya yang lemah namun tidak sombong meminta, i'm right?

Doa-Doa Naik Kenderaan


DOA MENAIKI KENDERAAN DARAT

DOA MENAIKI KENDERAAN LAUT DAN UDARA

Share:

Wednesday, July 15, 2015

15 Fakta Masyarakat Tidak Tahu Betapa Bahayanya Rokok Elektronik

Sesaje search "bahaya" di carian Google, hasil dapatan menunjukkan bahawa ramai pengguna media sosial mencari info berkaitan merokok termasuklah vapor tentang bahaya rokok elektronik, bahaya vapor, bahaya merokok dan lain-lain yang berkaitan. Di bawah aku share dari sumber sebuah blog berkaitan beberapa fakta bahaya rokok elektronik.

15 Fakta Masyarakat Tidak Tahu Betapa Bahayanya Rokok Elektronik

15 Fakta Masyarakat Tidak Tahu Betapa Bahayanya Rokok Elektronik

LAPAN jam selepas seseorang itu berhenti merokok, paras nikotin dan kandungan karbon monoksida di dalam darahnya turun mendadak sehingga separuh dan kandungan oksigen kembali ke paras normal.
Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga racun jangka kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu

Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas.

Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.

Bagi mereka yang ingin membebaskan diri daripada tabiat buruk itu, terdapat banyak kaedah yang diguna pakai ketika ini antaranya terapi gantian nikotin menggunakan cara tampalan, menyedut, gula-gula getah atau pengambilan ubat.

Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu lagi kaedah yang semakin popular di kalangan perokok tegar iaitu rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin pada paras lebih rendah bagi mengawal ketagihan terhadap rokok.

Rokok elektronik ialah alat yang menggunakan kuasa bateri dan membolehkan nikotin yang berada dalam bekas katrij yang dimasukkan dalam alat berkenaan, disedut oleh penggunanya. Tiada asap sebenar dikeluarkan sebaliknya ia hanyalah wap hasil pemanasan nikotin bersama beberapa bahan tidak merbahaya.

Ada kenyataan mengatakan rokok elektronik lebih membahayakan kesihatan seseorang berbanding rokok biasa namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sallehudin Abu Bakar, kenyataan yang mengatakan rokok elektronik lebih merbahaya berbanding rokok biasa tidak begitu tepat jika kandungan kimia antara kedua-duanya dibuat perbandingan.

Berbeza dengan rokok biasa yang mengandungi 5,000 hingga 7,000 bahan kimia, rokok elektronik hanya mempunyai empat bahan iaitu nikotin cecair yang dicampurkan dengan tiga bahan yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan iaitu propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran.

**Anda ada parut? Bekas jerawat? Parut luka? Stretchmarks?
Kami ada penyelesaiannya ---> KLIK SINI !

Malah katanya, rokok elektronik dihasilkan oleh seorang ahli farmasi di China pada 2003 yang mempunyai matlamat untuk membantu perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat merokok.
Tiga bahan tadi dicampurkan bagi memberikan kesan asap seperti rokok. Apabila ia dipanaskan, ia menukarkan nikotin dalam bentuk cecair menjadi wap. Namun paras nikotin yang ada dalam rokok elektronik memang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah, katanya.

Beliau berkata, rokok elektronik boleh menjadi bahaya kepada penggunanya apabila nikotin yang bercampur dengan kandungan asid nitrik dalam udara, bertukar menjadi bahan kanser iaitu nitrosamines yang khusus datang daripada tembakau.

Menurut Dr Sallehuddin, misalnya apabila seseorang menghisap rokok elektronik di kawasan sibuk dengan asap kenderaan, udara berkenaan penuh dengan asid nitrik dan apabila bercampur dengan wap nikotin, ia boleh mendedahkannya kepada kanser.

Jika hisap di rumah pula dan berdekatan dengan dapur gas, kesannya juga tetap merbahaya kepada pengguna rokok elektronik apabila asapnya bercampur dengan wap nikotin dan kandungan nitrik asid yang ada dalam udara.

Sekiranya menggunakan rokok elektronik dalam tempoh berpanjangan, pengguna juga boleh terdedah kepada risiko kanser. Namun bagi perokok tegar, rokok elektronik ialah alternatif yang jauh lebih selamat jika mereka mahu membuang tabiat merokok secara perlahan-lahan, katanya.
Ketika ini, penggunaan rokok elektronik dibenarkan dari segi undang-undang di beberapa bahagian Amerika Syarikat tetapi masih dikawal terutama di kawasan awam dan ia tidak dibenarkan dijual kepada golongan bawah umur.

Di United Kingdom pula yang juga pasaran terbesar bagi rokok elektronik di Eropah, penjualan, pengimportan dan penggunaan rokok itu sah di sisi undang-undang dan tiada perlembagaan khusus berkaitan rokok elektronik di seluruh Kesatuan Eropah buat masa ini.

Di Austria, rokok elektronik dianggap sebagai produk perubatan dan perlu didaftarkan sebelum dijual kepada orang awam. Di Jerman dan Belanda, ia dibenarkan namun di beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium, Denmark, Finland dan Norway, rokok elektronik diharamkan.

Dr Sallehudin berkata, biarpun rokok elektronik pilihan lebih baik kepada perokok tegar yang ingin berhenti merokok, dibimbangi ia akan akan menjadi trend baru hingga menarik perhatian bukan perokok untuk mengamalkan tabiat berkenaan.

Apatah lagi ketika ini sudah wujud perasa tertentu yang boleh membuatkan menghisap rokok elektronik menjadi lebih nikmat, berbanding sebelum ini.Selain itu, jumlah nikotin yang ada dalam rokok elektronik biarpun tidak banyak, boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kerap.

Namun sebenarnya faktor ketagihan juga berdasarkan genetik kerana ada yang mudah ketagih tetapi ada pula yang tidak ketagih. Empat faktor lain yang menyebabkan ketagihan ialah nikotin, psikologi, tabiat dan sosial, katanya.

Menurut Dr Sallehudin, golongan wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser akibat kesan menghisap rokok berbanding lelaki, biarpun tempoh menghisap rokok lebih pendek berbanding lelaki.

Rokok berada pada tangga kedua bagi pembunuh utama di dunia selepas garam yang menyebabkan penyakit darah tinggi, diikuti gula (diabetes) dan lemak (kolesterol).

Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan seseorang menggunakan rokok elektronik sebagai cara membuang tabiat merokok sebaliknya kami menyarankan mereka menggunakan kaedah kaunseling dan rawatan gantian berasaskan nikotin termasuk ubatan yang ada nikotin seperti varenicline dan bupropian, katanya.

Sementara itu, Jururawat Unit Pendidikan Kesihatan Klinik Berhenti Merokok Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Markamah Munadar berkata, pihaknya tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik, sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling serta terapi gantian nikotin bagi merawat perokok tegar yang dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
Kaedah rokok elektronik jarang digunakan kerana pihaknya mahu tabiat menghisap rokok dihentikan bukan saja secara fizikal tetapi dari segi psikologi.

Di klinik, kami menggunakan rawatan gantian nikotin yang diambil secara oral dan tampalan. Adakalanya ia digabungkan bagi membantu perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu dengan lebih berkesan.

Semua kaedah ini sebenarnya lebih berkesan kepada mereka yang memang mempunyai tekad atau datang sendiri ke klinik kerana mahu berhenti merokok. Ini kerana ketagihan juga disebabkan oleh psikologi dan lebih berjaya jika kita mempunyai azam, katanya.

Bagi kaedah tampalan, ia perlu ditampal selama 16 jam sehari bermula sebaik bangun tidur awal pagi bagi mengurangkan keinginan merokok dan ditanggalkan ketika waktu tidur.

Penggunaan kaedah tampalan diteruskan sehingga seseorang itu berasa mereka sudah boleh berdikari dan mampu mengawal keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok.

Bagi kaedah mengunyah gula-gula getah yang mengandungi nikotin pula, ia boleh dikunyah selama setengah jam setiap kali keinginan menghisap rokok memuncak.

Lebih menarik, pengambilan ubatan terbabit akan menyebabkan perokok mula kehilangan nikmat menghisap rokok dan sekiranya dijalankan secara teratur ditambah keazaman yang tinggi, mereka akan meninggalkan tabiat merokok.

Menurut Markamah, sepanjang tahun lalu dia sudah merawat seramai 544 pesakit dan 30 peratus daripadanya berjaya meninggalkan tabiat merokok. Lapan peratus daripada perokok yang dirawatnya ialah wanita.

Saya pernah merawat seorang lelaki yang menghisap rokok sejak remaja hingga berusia 60 tahun namun selepas mengikuti program rawatan di klinik, dia akhirnya berjaya meninggalkan tabiat itu.
Kami memang menggalakkan sesiapa yang ingin berhenti rokok untuk datang ke klinik berhenti merokok yang ada di semua hospital kerajaan untuk menjalani rawatan secara percuma, katanya.
Bulan pertama selepas meninggalkan tabiat merokok, perokok tegar akan mengalami reaksi yang agak teruk seperti batuk-batuk dan pengeluaran kahak sama ada berbau atau mempunyai warna namun ia sebenarnya proses pembersihan yang dilakukan tubuh.

Dengan gabungan ubatan, senaman pernafasan serta minum banyak air, ia akan membantu proses pembersihan menjadi lebih lancar. Tiga hari selepas meninggalkan tabiat merokok, pernafasan akan menjadi lebih lancar, paru-paru akan mula tenang dan tahap tenaga meningkat.

Dalam tempoh antara tiga hingga sembilan bulan selepas itu, batuk yang mengeluarkan bunyi berdesit dan gangguan pernafasan beransur kurang dan fungsi paru-paru meningkat sehingga 10 peratus.
Lima tahun selepas itu, risiko serangan penyakit jantung menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan 10 tahun selepas itu, risiko penyakit kanser paru-paru menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan risiko serangan jantung kembali kepada kadar individu yang tidak merokok

FAKTA:

Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.

Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru.
Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.

Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.

Sharing is Caring Sumber
Share:

Monday, July 13, 2015

Perdana Menteri sukar percaya 14 keping kuih hanya RM4

Aku begitu berharap ketika itu aku berada berdekatan dengan PM tercinta ini, so lepas die dah blah aku terus serbu kedai-kedai lawatan die dan mintak dengan harga yang same... agak-agak berjaya tidak aku dapatkan harga yang sama? hehehe... macam mane lah harga asyik naik kalau penjual pun macam binga je? lu pikir la sendiri, otak bukan letak kat lutut weh!

Perdana Menteri sukar percaya 14 keping kuih hanya RM4

PEKAN: "Biar betul...murah sangat kuih awak jual?" Itu reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila diberitahu enam keping kuih lopes dan lapan keping cucur udang hanya berharga RM4.

Penjual kuih itu Razali Abdul Latip, 58, berkata perdana menteri yang mengunjungi bazar Ramadan Bandar Dara Chini di sini hari ini, bertanyakan soalan sama sebanyak dua kali kerana mahukan kepastian mengenai harga kuih tersebut.

"Saya terangkan pada beliau bahawa kuih lopes ini tiga keping untuk RM1 manakala cucur udang RM1 boleh dapat empat keping.

"Pada awalnya beliau mengambil tiga sahaja cucur udang, tapi bila sudah diberitahu harganya terus perdana menteri cukupkan RM2... Itu pun beliau masih kata terlalu murah," katanya kepada Bernama semasa ditemui di bazar berkenaan.

Razali berkata beliau hanya mengambil upah menjual kuih itu dan harga yang dikenakan adalah berdasarkan persetujuan bersama dengan pembuat kuih, yang masing-masing enggan mengenakan harga mahal.

Harga murah itu merupakan 'strategi' mereka untuk menarik lebih ramai pembeli selain mengekalkan rasa kuih yang sedap, kata Razali yang telah 30 tahun meniaga di bazar berkenaan.

Selain itu, kunjungan Najib ke bazar itu juga menggembirakan penjual air tebu Siti Zaleha Ahmad, 62, apabila beberapa bungkus air tebu di gerainya habis 'diborong' Anggota Parlimen Pekan itu pada harga RM32.

Siti Zaleha yang dibantu cucunya Suhaida Suparman, 22, berkata Najib adalah pemimpin negara pertama yang berkunjung ke gerainya, sejak berniaga minuman itu di tapak sama sejak 20 tahun lalu.

Najib juga sempat bertanya penjual sate dan ayam percik Zaidah Abdullah, 59, mengenai perniagaannya sementara menunggu wanita yang berasal dari Felda Chini 4 itu membungkus sate yang dibelinya.

"Beliau bertanya berapa cucuk sate dapat saya jual dalam sehari. Saya jawab pada bulan puasa, jualan agak menurun iaitu 900 cucuk sehari, berbanding hari biasa yang boleh menjangkau sehingga 2,000 cucuk," katanya menambah Najib membayar RM40 untuk sate itu.

Kunjungan Najib ke bazar berkenaan, meskipun hanya selama 15 minit, cukup untuk membuat pengunjung bazar itu teruja apabila ramai di antara mereka cuba untuk merakamkan gambar bersama beliau dengan menggunakan telefon bimbit.

Sumber
Share:

Friday, July 10, 2015

Alat Tebuk Dinding Selain Drill Rm20

Setelah sekian lame membisu.. akhirnye berjaya jugak kuatkan semangat buat entry baru. Kalau nak diikutkan, boleh jer curi masa walau sikit untuk menulis, tapi itulah seolah masa bagi aku tak pernah cukup.. ditambah lagi dengan pelbagai masalah dan rintangan yang perlu aku hadapi. Tapi bukanlah aku nak salahkan sape2 melainkan diri sendiri yang tak reti nak urus masa dan sebagainye. Sebenarnye dalam diam aku bermula sejak last bulan MAY update blog, sangat banyak pengalaman yang aku lalui perlu dikongsikan bersama dalam ni.. bile ingat balik, alahai ruginye tak tulis dalam blog, paling tidak jadi panduan pada orang lain, dan... kalau sesuatu tu bermanfaat, ade lah jugak sumbangan aku pada masyarakat.. hehe...

Okey lah ape yang dah berlalu biarkan berlalu, entry hari ni aku fokus tulis pasal ALAT TEBUK DINDING SELAIN DRILL. Bayangkan kalau setakat 2-3 lubang yang perlu ditebuk dengan menghabiskan rm200 harga sebuah drill? kalau mungkin ada kegunaan yang berpanjangan, ok lah.. tapi setakat tebuk dinding semata untuk RAYA.. haha, bagi aku tak berbaloi. So cari punya cari alat selain drill, terjumpe sudah alat yang dinamekan REMAX JUMPING BIT WITH HANDLE SET. Tapi alat ni aku beli dengan ayah setahun lepas kalau tak salah.. so bile tanya kat hardware baru-baru ni.. dah takde..

Alat Tebuk Dinding Selain Drill Rm20
SHOCK SCREWDRIVER

OK.. alat tu lebih kurang macam pembuka screw yang memerlukan hentakan kuat atau boleh search SHOCK SCREWDRIVER. Cara penggunaan pun lebih kurang sama, cume yang ni semua besi.. takde getah pada pemegang, so akan rasa gegaran dari hentakan. Sebaiknye dilakukan oleh lelaki la.. kalau perempuan yang buat, merah pulak tangan yang lembut dan halus tu.. hahahah.

Alat Tebuk Dinding Selain Drill Rm20
JUMPING BIT WITH HANDLE SET RM20

Bile dah jumpe alat tu, samada kat hardware atau online.. persoalannye camne nak gune mendalah tu? seperti penjelasan di atas, penggunaan nye sama macam shock screwdirver.. ok secara ringkasnye, boleh lihat dibawah:

  1. Pastikan tempat yang ingin ditebuk (dinding)
  2. Pilih size lubang yang diinginkan dari jarum yang disediakan.
  3. Besi no 2 perlu dimasukkan terlebih dahulu kedalam lubang kecil di tengah2 besi no 1.
  4. Setelah besi no 2 dimasukkan, barulah masukkan jarum kecil kedalam besi no 1.
  5. Pastikan besi dalam keadaan lurus semasa kerja menebuk dilakukan.
  6. Sediakan jugak hammer, buat hentakan yang kuat.
  7. Setelah dinding berjaya ditebuk, masukkan getah berwarna merah no 3 kedalam lubang.
  8. Terakhir, masukkan screw no 4 kedalam getah berwarna merah menggunakan screwdriver.
Siap! mudah kan? cume pastikan besi dalam keadaan lurus semasa hentakan dibuat supaye nanti nak masukkan getah berwarna merah tu mudah. Kalau lubang dalam keadaan bengkok, susah nanti nak masukkan getah tu.. terpaksa alter untuk luruskan balik sebab kite nak masukkan screw dalam tu.. kalau ade lebih sikit, potong jer.. masalah kalau lebih banyak, kene alter lubang bagi lurus. Selamat menebuk.... hehehehe...
Share:

Tuesday, February 10, 2015

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Keputusan DSAI: `Kena pergi sekarang’

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Putrajaya: “Kena pergi sekarang, dah sampai masa. Saya akan merindui kalian,” begitulah ucapan kedengaran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kedengaran berkata demikian sambil memeluk sekumpulan rakan yang masuk ke dalam mahkamah untuk berjumpa beliau.

Terdahulu, dalam prosiding mahkamah yang bersambung pada 1.08 petang, selepas berehat sejam, peguam utamanya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, yang mengemukakan rayuan bagi hukuman lebih ringan, berkata tiada sebab yang kukuh untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.

Beliau berkata, mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya untuk menjatuhi hukuman lebih ringan berdasarkan undang-undang terhadap Anwar.

Selain itu, katanya, Anwar bukanlah orang biasa berikutan sumbangannya yang begitu besar kepada negara sepanjang beliau berada dalam kerajaan.

Sri Ram berkata, malah sebagai pembangkang sekalipun, beliau memberi sumbangan penting dalam memajukan prinsip demokrasi dan membangkitkan kesedaran umum.

Bagaimanapun, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan balas pihak pendakwaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Mereka membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkaitan hukuman penjara itu. - Bernama


Ya Allah, kepadaMu ku bersujud..
Saiful Bukhari

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Sumber

PS: Nampaknye mahkamah tetap dengan keputusan hukuman terhadap Anwar atas kesalahan (dituduh) melakukan sodomi kepada pembantu peribadinya dahulu Saiful. Hanya Allah saje yang tahu kenape semua ni terjadi, ketelusan pihak mahkamah dalam membuat keputusan hukuman, dan mane-mane pihak yang secara langsung bersubahat demi kepentingan tertentu supaye Anwar difitnah untuk kali-2 dan dimasukkan ke dalam penjara selama 5 tahun. 

Saiful Bukhari.. hang seronok dengan fitnah terhadap orang yang jelas tak bersalah dan berterusan sampai hari ni, dan sanggup bersumpah atas nama Allah padahal jelas Anwar tak buat pun perkara terkutuk tu.. hang lepas kat dunia, jangan lupa kite orang Islam (kalu Saiful Islam la) akan ada satu lagi dunia yang dikenali dengan Akhirat, tulah dunia yang kekal abadi wahai Saiful.. berdayakan seorang yang sudah berumur memaksa melakukan perkara terkutuk pada orang muda? apesal takde usaha untuk melawan? ape keputusan doktor? hang sendiri pun tahu Saiful..
Share:

Saturday, January 24, 2015

Tunaikan Nazar, Rozita Che Wan Terpaksa Tinggalkan Anak

Tunaikan Nazar, Rozita Che Wan Terpaksa Tinggalkan Anak

Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) akui terpaksa tinggalkan anak perempuan kesayangannya Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia tiga bulan untuk menunaikan nazar.

Menurut Che Ta, sebelum ini dia pernah bernazar untuk mengerjakan umrah sekiranya hamil lagi selepas berkahwin.

“Memang agak sukar nak tinggalkan Aaisyah lebih-lebih lagi dengan usianya yang baru tiga bulan.

“Tapi saya terpaksa juga tinggalkan dia kerana perlu menunaikan nazar iatu sekiranya hamil lagi selepas berkahwin, saya akan buat umrah bersama suami.

“Alhamdulillah doa kami diperkenankan Allah dan ini adalah kali pertama saya buat umrah bersama Zain,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro pada Jumaat.

Aktres cantik ini juga memberitahu agak sukar baginya untuk berenggang dengan Aaisyah kerana masih kecil.

“Sebelum ini pun saya tolak tawaran berlakon kerana terasa susah nak tinggalkan anak yang masih kecil

“Malah jika saya ada kerja luar pun saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa Aaisyah jika berpeluang.

“Kadang-kadang saya keluar rumah dan tinggalkan dia sekejap pun pasti saya akan hubungi keluarga untuk tahu perkembangan Aaisyah,” ujarnya.

Tambah Che Ta lagi, Aaisyah akan dijaga oleh keluarganya sepanjang dua minggu ketiadaan mereka.

"Sebenarnya emak saya suruh bawa Aaisyah sekali kerana dia bukanlah bayi yang banyak ragam.

“Cuma berdasarkan cerita rakan saya, di sana banyak habuk jadi saya putuskan untuk tinggalkan dia dengan keluarga.” tambahnya.

Pasangan ini akan mengerjakan umrah pada 20 Februari depan.

Sumber

Nazar dapat dimengerti adalah satu perjanjian antara manusia kepada Allah, apabila Allah mengkabulkan hajat seseorang yang bernazar, maka wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Nazar haram adalah penjanjian yang boleh mendatangkan kemudaratan, sesuatu yang haram, kepada seseorang seperti berjanji untuk minum arak, membunuh, berzina dan sebagainya. So kalau kes Che Ta nak tinggalkan anak ni bukanlah sesuatu yang termasuk dalam kemudaratan, mendatangkan dosa, takde masalah. Dan itu antara die dengan Allah.

Baguslah bernazar, menunjukkan adanya perhubungan antara manusia dengan Allah, dan menurut aku nazar yang dibuat untuk menunaikan Umrah adalah sesuai. Cume pandangan aku sebagai seorang yang cetek ilmu pengetahuan, berfikiran lebih baik Che Ta ni nazar sesuatu yang lebih 'power', penting dan asas dalam agama, iaitu MENUTUP AURAT. Adalah lebih utama menjaga aurat melihat bahawa beliau sudah menjadi seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Bukan aku kate pegi umrah tak bagus, dan itu takde masalah dengan aku kalau sape-sape nak pegi.. cume, melihat dengan dunia sekarang yang tak sudah-sudah dengan maksiat sana sini, datangnye dari mane kalau bukan dari diri sendiri?

Atas dorongan dan ikutan dari sape semua ni terjadi? kenape dekat mall2 majoriti perempuan semua pakai ketat2? nak salahkan siape? mak ayah? kerajaan? kawan2? atau idola-idola mereka? Paling tidak, kene ada usaha untuk mengubah persepsi masyarakat mengatakan benar dan salah terhadap sesuatu. Kite ada kuasa, ada populariti, ada kemewahan.. gunakan sebaik mungkin untuk mengankat kembali nilai murni Islam dalam diri setiap manusia. Sampai bile nak duduk bawah ketiak mak kalau bukan kerana usaha sebagai pendorong utama?
Share:

Monday, October 27, 2014

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Gilo sampai begini sekali? Apabila dan apabila.. layan jela.. info lanjut boleh refer sini dan sini. Meme nampok besa kekuatan Anwar nih.. patot la 'atasan' cuak sokmo, info yang aku dapat dari sorang kawan student UM, ade 'ceramah' yang akan diadakan di perkarangan UM hari neh.. beliau yang buat 'derk' dengan hal tersebut nyaris tak dapat balik rumah sebab KON keselamatan sudahpun diletakkan dihadapan pintu masuk utama UM.

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Yang lagi 'best', dapat announcement kampus ditutup awal pada jam 4 petang atas faktor keselamatan kabonye.. dah rope penjenayah teman nengok.. kawan teman suggest suruh join, takpelah.. lagipun UKM jauh boh, lagi-lagi banyak pulak asingment yang perlu disiapkan secepatnye. Ngeh!

Ape-ape pon.. moh le kite layan ape yang patut...

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar


Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video Dan Gambar: 40 Tahun: Dari UM ke Penjara -Anwar

Video pagar UM dirobohkan
Share:

Wednesday, July 16, 2014

Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Mohon Maaf Pada Warga Emas

Demi anak, wanita 'pembuli' mohon maaf
Di bawah link video kenyataan tentang mohon maaf Kiki Kamaruddin Terhadap Uncle

Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Mohon Maaf Pada Warga Emas

Published on 16 July 2014 18:54

Perempuan yang dirakam membuli seorang warga emas dan memukul keretanya dengan batang kunci stereng dalam satu kemalangan jalan raya telah memohon maaf berikutan tindakannya. Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin berkata beliau akan berjumpa dengan lelaki yang diugutnya itu dalam masa terdekat, dan memohon pengguna internet menyebarkan "permohonan maaf ikhlasnya" demi "masa depan anaknya".

Alhamdulillah.. saudara kita akhirnya mendapat hidayah dari Allah memohon maaf atas kesilapannya, walaupun mungkin atas desakan mana-mana pihak, hanya Allah lah yang berkuasa untuk menggerakkan hati beliau untuk sendiri meminta maaf atas kejadian yang berlaku.

Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Mohon Maaf Pada Warga Emas

Allah juga telah mengajar kita di dalam Al-Quran tentang saling memaafkan satu sama lain, jadilah seorang insan yang berbudi bahasa, dan jauhkan diri dari bersifat ego dan hanya pentingkan diri. Orang yang memaafkan orang lain akan merasakan ketenangan setelah memaafkan kesalahan yang dilakukan keatasnya, betapa uniknya manusia.. yang menciptakan nya adalah Allah swt.

Sudah-sudah la tuh maki hamun dia.. usah la seborkan lagi fitnah-fitnah kalau betul dia dah minta maaf kat uncle tu.. lagipun, uncle tu dah lama pun maafkan minah ni.. so padam2 la api kemarahan tu dengan shalat tarawih ok, lupekan pasal minah ni.. utamakan pasal diri sendiri lak.. hehehe.. Selamat Bertarawih.

Share:

Kisah si Uncle Memaafkan Kiki Si Steering Lock

'Uncle dah maafkan'


Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. 

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya. 

SIAK Heong ketika ditemu bual.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Share:

Tuesday, July 15, 2014

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock Gambar + Video

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17
Kiki Si Steering Lock 

Ni lah Kiki Kamaruddin pompuan yang tunjuk samseng kat ORANG TUA, dah tersebar bagai virus video kelakuan bodoh beliau, bukan tak buleh nak settle cara baik.. tapi sengaja nak dapatkan perhatian atau sememangnye beliau seorang yang panas baran.

Ku tak suka untuk jaga tepi kain orang.. tapi lepas tertengok video minah tu, hati ni rasa panas membara untuk turut "mengeladah" si pelaku abnormal tersebut. 

Kau pakai tudung melambangkan keIslaman, kewanitaan, ketulusan dan sifat baik lainnye.. tapi lain pulak jadi bile kau dah bertindak sedemikian terhadap orang tua, orang tua buleh la kau sound.. meh sound aku tengok? idak ke makan beton aku?

Imej Islam yang semakin hari semakin pudar bertambah pudar dengan adanya makhluk seperti kau.. ku bukan ape, ku rase tak patut kau settlekan masalah remeh tuh dengan cara seperti orang gila di depan khalayak ramai.. ku pun malu, ekau tak malu?

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Ape yang ku dapat tahu, beliau ni keja di Wedding Planner, keja or part time i dont care.. hati-hatilah wahai sekalian manusia, berhadapan dengan planner macam gini.. tak masal tak jadi kawen. Kene pulak sekarang ni musim kawen, walau aku tak kawen.. tapi must be ccarefull to.. meh meh meh ~

Seperti mana janji Allah, buat baik pasti dibalas baik, begitu jugak sebaliknye.. cemuhan demi cemuhan.. cacian demi cacian, sanggup kau tahan hanya kerana pakcik tuh terlanggar kereta kau? kalau bonzer yang langgo, ade bran nak sound? tak masal masuk spital, ICU terosss..

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Ni lah Kiki Kamaruddin Si Steering Lock FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-17

Sekarang kau tanggung.. kat mana-mana kau berada, dengan Peugoet CMD 25 kau tuh, balasan Allah sat ja.. bukan setakat calar, hilang habes bodykit.. haa amacam? sebab mulut badan binasa.

Perempuan bertudung mengamuk dengan steering lock (Versi kepala tegak)
Perempuan bertudung mengamuk dengan steering lock (Versi kepala tegak)
Share:

Sunday, July 13, 2014

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’
Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”

“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”

Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.

Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.

Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list

Share:

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini meninggal dunia

Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Sumber :

Janganlah ditayang kembali gambar dan lakonan beliau sewaktu dulu kala, pemergian beliau di bulan Mulia Ramadhan ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba pilihannya. Media tetap media, putar la part yang agak islamic, ni tak.. semalam ku tengok di TV 9, gambo waktu beliau seksi jugak menjadi pilihan. Apekah semua ini?

Beliau bukan lagi berhadapan dengan alam dunia, tetapi alam akhirat yang setiap dari kita akan merasainya. Bayangkan kalau kita meninggal dan orang lain menyebarkan gambar tidak senonoh kita di internet? terasa sedih kerana masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang masih tidak faham.

Sunnah mendoakan orang yang sudah meninggal :
Share: