Setiap mahasiswa (UKM) diwajibkan untuk menilai prestasi dan kualiti pengajaran kursus sebagai maklum balas pelajar kepada program pengajian yang diikuti. Untuk mudah faham nye, korang buat ni sebagai feedback la selama proses belajar mengajar, kualiti pensyarah dan sebagainye. Selagi mana korang bergelar pelajar di UKM, wajib buat penilaian nih.. tak kisah la yang masih ikut kursus atau yang sedang menulis. Mengenai masa, aku dah lupa haha tapi lebih kurang sebelum final exam kalau tak salah aku.. untuk kepastian boleh rujuk jabatan masing2. Sekarang ni nak dapat info bukan payah.. takkan takde langsung group wasap kau join??
Untuk lebih mudah, masuk link
Penilaian Penyeliaan dan rujuk pada gambar diatas. Dah masuk nanti mesti boleh faham punye hehe.. andai kata lah tak faham jugak, roger jer.. ada masa aku balas. Alert bro.. member aku penah kene banned dengan penyelia dia sebab tak buat penilaian ni la haha..
Next.. aku kene settlekan Permohonan Tambah Semester. Masuk tahun 2017 ni dah dua kali aku tambah sem der.. nampak tak kemalasan disitu? Abaikan kemalasan aku, ni nak cite cara untuk kau orang nak mohon tambah semester. Semua ni berdasarkan pengalaman aku di FPI.. fakulti lain tak pasti sama atau tak. Member aku FSSK, GOT beb.. Graduate On Time siap dekan lagi disertasi dia. Tapi memang layak la dengan kerajinan dia kan? BTW.. student FSSK memang tak dibenarkan tambah sem melainkan yang fully research sahaja. Fulltime hanya 2 tahun sahaja, lebih dari itu memang OUT la.
Ringkasnye.. naik ATMA (tingkat 5), bagitahu kerani tu nak tambah sem, die akan tanya la kau dah berapa sem bla bla bla. Then die akan bagi kau orang warna pink seperti diatas. Isi lah mana-mana part yang rasa perlu. Yang depan sekali je bahagian pelajar, yang belakang:
1. Tanda tangan/pengesahan penyelia.
2. Tanda tangan/pengesahan ketua jabatan.
3. Tanda tangan/pengesahan dekan.
No 1 je korang kene hadap penyelia.. masa ni la penting hubungan korang dengan penyelia. Jadi macam kawan aku, nak jumpe penyelia pun cuak sebab tesis tak jalan hehe.. no 2 dan 3 hantar pada jabatan, diorang yang akan settlekan.
Akhir sekali, Permohonan Penginapan Luar Semester. BTW aku kolej KKM. Mudah dan ringkasnya, naik pejabat KKM, snap segala info berkaitan yang diorang tepek kat dinding tu, dan ikut segala arahan yang diberikan. Lebih kurang macam gambar diatas. Untuk kepastian, tanya jer kerani KKM tu.. kau cari sis yang freehair chubby2 skit.. die tu sporting dan mesra alam. Aku memang baik dengan orang2 penting dibahagian2 tertentu keh3.. bukan ape, mudah urusan beb.
Untuk permohonan penginapan luar sem nih, korang perlu login →
SMPWEB/UPP → Pelajar → Permohonan → Borang Permohonan. Perbezaan mungkin terjadi, so pandai2 lah korang ye. Isi mana yang penting, buat permohonan, print dan hantar di pejabat KKM. Dah siap.
Nasihat aku, berbaik lah dengan mereka-mereka ini.. sangat penting. Gunakan segala aura yang ada hahaha yelah niat kau baik la bukan nak ngorat bagai derrrrrr.........