Followers

Showing posts with label FZ150i. Show all posts
Showing posts with label FZ150i. Show all posts

Friday, February 3, 2017

Voltmeter, Battery, Rectifier and Duro Arrow Tyre Tips for FZ150i Malaysia

Ok lepas gaji terus kering poket aku setelah sekian lama FZ wsc ni berjasa bawak aku kesana kesini carik rezeki dan sebagainya. So ini hari kita layan dia baik2.. dan permintaan dia bukan calang2 jugak.. yelah jasa baik orang jangan dilupakan. Jom kite tengok ape jer permintaan kawan baik aku nih.


1. Battery Dynovolt Rm110 (1 thn warranty)


2. Rectifier Rm180 (original)


3. Tayar Duro 110/70 Rm130

Total: Rm420.

Lokasi kedai di Teras Jernang. Memang aku rasa macam kene paku.. tapi apekan daya, battery lama kong bagai nak rak.. nyaris aku pegi kedai check, penutup battery dah tercabut beb! kalau aku lenjan pi balik sg.besi, mau meletop batery dan aku pun ikut sama hangus. Rectifier, lampu engine aku menyala hampir 3 bulan - 4 bulan, mula2 aku ingat wiring.. dah settle wiring, masih jugak menyala (sebelum ni dah tukar magnet coil).. rupenye dah kondem! so bagi aku walaupun mungkin mahal banding kedai lain, aku puas hati repair dan guna moto nih.. banyak berjasa woo.. dan tayar, sebelum ni aku pakai Cheetah 100/80. Berat beb.. nak test punya pasal, lenjan saja. Rasenye ade la dalam 7 bulan kot.. dah out bunga dia. Kalau time hujan jangan sembang la licin la. 

So kesimpulannye, nak melayang Rm420 atau melayang nyawa yang tiada ganti? Duit boleh dicari, nyawa tak boleh dicari ganti. Hehehe..

Sedikit aku nak share pasal rectifier nih. Sepengetahuan aku, rectifier ni kegunaan dia untuk charge battery. Jadi kalau rectifier rosak, battery takkan dapat bertahan lama dengan kekerapan harian korang guna motor tuh. Jadi, antara cara untuk tahu rectifier rosak.. dengan kerosakan pada battery. Macam mana pulak nak tahu battery rosak ke tak? senang saja, pasang VOLTMETER. Dah banyak jual kat kedai, nak murah dan senang, cari dalam group motor.. drang bagi harga murah termasuk pemasangan. Pakai yg murah2 sudah.. banyak kes memb aku pakai yg mahal. Tak lama memang kene bedal. 

Fungsi voltmeter ni secara ringkasnye untuk mengesan kesihatan/condition battery. Rider FZ new model mana ada kick starter dah, semua pakai starter je.. fikir, nak labur rm25 atau nak susahkan diri dan kengkawan? haha.. aku tau ko brotherhood, tapi ni ada jalan penyelesaian dan sediakan payung sebelum hujan. Korang nak tengok ape fungsi volemeter? aku share video kat bawah.


Digit2 tu aku tak pasti sangat, ape yg aku tahu info dari seller dan pomen. Time idle 11-12. Time ride 13-14. Bak kate sorang pomen ni, under 11 maksudnye battery tak dicas (kait dengan rectifier), 15 and above overcharging. Be careful! kalau over charge battery korang boleh meletop, dan kalau tak charge pulak battery korang akan kondem. Jadi volemeter ni penting sebagai panduan dan pantauan tahap kecerdasan battery korang. Aku share kat korang contoh magnet coil problem.


Ingat 3 serangkai nih. Battery - Rectifier - Magnet coil. Jadi, sebagai langkah berjaga2, korang boleh perhatikan peratus voltmenter. Dari situ, boleh jadi battery problem. Bile battery problem ada kaitan dengan rectifier sebagai pengecas battery. Kadang2 peratus voltmeter yang tinggi menyebabkan lampu engine menyala, meter ram weng. Kalau jadi macam video kat atas, boleh mintak pomen check magnet coil, rctifier dan battery. Takdenye kene cas, kalau kene jugak berapa hengget je.

Ok guys, semoga membantu.


Monday, January 30, 2017

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Arghhh aku dalam mood nak tlis tesis, tibe2 teringat nak update blog plak.. ni semua bisikan syaitan  yang mengganggu je nih hampes3... Takpelah.. alang2 dah siap nak update blog, aku nak share pada rider FZ150i tahun 2008 cara untuk pasang sampan jenis transformers. Untuk pengetahuan rider sekalian, sampan ni untuk FZ 2014 kalau tak salah, dan FZ aku 2008. Memang kalau nak pasang macam tu je takkan jadi melainkan kene mody sikit. Jangan risau, simple je cara nak pasang dia.. OK lah straight to the point :

Antara alat yg diperlukan,

1. Bracket, Nut, Screw
2. Playar
3. ScrewDriver
4. T
5. Cutter

Bracket antara barang yang wajib, so cari kat hardware dan cari yang keras untuk pegang sampan korang tu nanti.. kalau beli yang nipis, langgar air buatkan sampan korang senget lalu terkene lah ejos. Jngan lupa nut dan screw untuk ikat antara bracket dan sampan. Lepas korang dah beli bracket yang tebal tu, perlukan cutter untuk alter bagi cun ngam. Jadi sebaiknye pkai cutter yang power supaye senang nak bentuk bracket tuh. Seterusnya, silakan refer panduan bergambar di bawah. Sebarang pertanyaan, di bahagian komen ye guys. Gudluck!

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008



Thursday, January 19, 2017

Cara Pasang Ekzos Nob1 Titan FZ150i 2008

Cara Pasang Ekzos Nob1 Titan FZ150i 2008
Saje bosan sebelum tidoq nak post amende aku pun tak tahu.. teringat my red baby baru pasang ejos haritu... Nob1 titan FZ 2008. SO kat sini aku nak share pengalaman aku pasang ejos nobi titan 2014 masuk fz08. Ade lah sikit problem tak berapa ngam sebenarnye.. piping manifold tu rapat dengan casing engine, memang rapat habis. Kalau tak alter, memang akan bengkok manifold tuh. Jadi secara kesimpulan, kene tambah bracket sikit kat bahagian belakang. Bahagian pemegang ejos untuk bagi kurangkan tekanan dar manifold pada casing engine tuh. Entah casing ke ape namanya nye hahaha.. 


Bunyik bagi aku memang cun, kalau nak perang cabut silencer, kalau nak ala2 bass gitu pasang silencer. Pickup and top OK lah nak compare dengan yang standard. Tujuan aku pasang pun untuk dpt perhatian orang je, bukan show off! haha.. mksdnye slow sangat bunyi ejos std disamping nak try bunyi yg mengancam kih3... BTW, aku nak pasang balik yang std sebab keje tiap hari 30km, better pakai yg standard. Lain lah dulu dalam UKM saja OK la pkai yang racing. 

Jadi sape2 yang berkenan dengan nob1 titan seperti dalam video di atas, boleh PM tepi,, kite kawtim harga kasi jadih okeh. Selamat menonton.


Monday, July 4, 2016

Kos Repair dan Senarai Barang FZ150i 2008

Bersempena tahun 2016 ni, dah berapa banyak aku habiskan untuk moto aku... satu keperluan sebab aku berulang ke tempat keje 60km setiap hari. Moto pun tahun lama, jadi faham dan standard lah barang lama ni kene lebih dijaga dengan baik dan rapi. Ron97, minyak engine 1500km tukar dah. 3000km baru tukar oil filter.. kalau bajet cun, tiap kali tukar minyak engine tukar jugak oil filter lagi cun. 

Kat bawah aku senaraikan barang yg dah siap tukar skali kos:


Monoshock Brand YSS RM130 ni terbaik.. bleh laras smpai level 6 rasenye. Agak tinggi dan keras compare dengan KYB standard. Tukar sebab yg lama dah keras sngt, langgar bonggol rasa macam naik trektar tuh. DIY sendiri je.


Armbush RM70. Tapi ni rasanya swingarm bush yang kiri kanan tu. Armbnush yg aku tukar pemegang monoshock connect dengan swingarm, yg tengah2.. kalau nak gambar boleh PM aku. Simptom dia korang boleh trace bile bawak moto ade bunyik nyik2. Yg ni pun DIY je.


ECU lobos Rm100 swap dengan ECU std. Yg ni betul sengaja aku membazir. Function dia sama macam ecu std, cume dah buang cut-off dan cepat dapat top. 130km/h tu mudah2 je. Tapi tengok rider tu jugak la.


YUASA Battery RM70. Yg lama pakai 7 bulan je. Simptom nye bile nak start pakai starter memang susah. Ake rekeman korang paki voltmeter untuk trace masalah dari battery.


1 set rantai brand RKM, sprocket 15/41 RM100++ (aku dah lupa). Sprocket aku mmng dah tajam, rantai pun maintain owner lama punya 14/40. Top boleh pegi 130-140 (blm full throttle).


Samurai swallow tyre 80/90 RM70 (lebih kurang) depan. Cheetah 100/70 bunga Maxxis RM120. Memang kene tukar dah, bunga tayar dah kering, nak ride jauh so memang wajib tukar.


Monorack J box givi RM130. Kedai area sg.chua (Ren Hup).

Total tolak tambah RM770. Berasap memang berasap, tapi aku fikir kalau berasap tengah jalan sape nak mai tolong kan? baik sediakan payung sebelum hujan ye dak? Mileage dah habis pusing thn 2008 derr... harap2 engine boleh tahan 100 tahun lagi hehehe. Minyak engine setakat yg aku dah pakai, shell kuning tetap di hati. Ok geng.. tido dulu.


Monday, July 27, 2015

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Sebelum ni jawapan yang aku dapat lepas googling cara cuci ekzos menunjuk cara ekzos perlu dipotong, dibakar dan disambungkan balik dengan alat welding. Nampak macam susah dan renyah je… cost jugak mesti mahal dan makan masa yang lama motor tersadai kat bengkel, kene pulak nak gune keje pegi keje tiap hari. Tapi normal la kalau hantar bengkel dalam keadaan motor yang rosak teruk, perlukan masa untuk baiki. Lepas tu pulak, nampak kesan welding kat ekzos… bagi penggemar motosikal yang extreme, sampaikan habuk sikit atas meter pun dia lap, minyak leleh sikit trus basuh… inikan pulak kesan kekal welding, hehe…

Rupenye cara di atas tidak lagi diguna pakai melainkan memang sengaja nak buat macam gitu, saje boring buang masa. Ada cara yang lebih mudah dan efektif yang kebanyakkan orang guna cara ni untuk clearkan carbon dalam ekzos, adalah dengan menggunakan soda. Soda ni ape? Ntah la… aku sendiri pun tak tahu, tapi info dari pekerja hardware kata soda ni untuk cuci longkang. Ok soda korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai hardware, ade yang jenis fluid, tapi aku guna yang soda ketulan. Tengok contoh soda ketulan kat atas.

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Cara cuci ekzos menggunakan soda (rm3.00) ni sangat mudah… cume perlu berhati-hati, pakai sarung tangan (aku gamble je x pakai) takut terkene asid soda ni. Bile korang campur dengan air, dia akan menggelegak macam buih tooo… safety first.

Step-step dia:


Hasil cuci ekzos menggunakan soda

1. Soda + Sabun + Air panas (campurkan).
2. Tanggalkan ekzos, tutup semua lubang kecuali lubang untuk tuang soda.
3. Masukkan Soda campuran tadi ke dalam ekzos.
4. Tutup kesemua lubang, peram selama 2-3 hari.

Korang boleh cari penjelasan yang detail berkaitan cara cuci ekzos guna soda ni… ni tutorial ringkas yang mudah untuk korang faham. Hasil dari cucian menggunakan soda ni, akan terasa kelainan bunyi pada ekzos, pastu time ride nanti korang jugak akan rasa ke “best” an lepas clearkan carbon, kat atas aku letak video hasil dari cucian ekzos menggunakan soda, hitam wehhhh….

Selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...