Followers

Friday, February 3, 2017

Voltmeter, Battery, Rectifier and Duro Arrow Tyre Tips for FZ150i Malaysia

Ok lepas gaji terus kering poket aku setelah sekian lama FZ wsc ni berjasa bawak aku kesana kesini carik rezeki dan sebagainya. So ini hari kita layan dia baik2.. dan permintaan dia bukan calang2 jugak.. yelah jasa baik orang jangan dilupakan. Jom kite tengok ape jer permintaan kawan baik aku nih.


1. Battery Dynovolt Rm110 (1 thn warranty)


2. Rectifier Rm180 (original)


3. Tayar Duro 110/70 Rm130

Total: Rm420.

Lokasi kedai di Teras Jernang. Memang aku rasa macam kene paku.. tapi apekan daya, battery lama kong bagai nak rak.. nyaris aku pegi kedai check, penutup battery dah tercabut beb! kalau aku lenjan pi balik sg.besi, mau meletop batery dan aku pun ikut sama hangus. Rectifier, lampu engine aku menyala hampir 3 bulan - 4 bulan, mula2 aku ingat wiring.. dah settle wiring, masih jugak menyala (sebelum ni dah tukar magnet coil).. rupenye dah kondem! so bagi aku walaupun mungkin mahal banding kedai lain, aku puas hati repair dan guna moto nih.. banyak berjasa woo.. dan tayar, sebelum ni aku pakai Cheetah 100/80. Berat beb.. nak test punya pasal, lenjan saja. Rasenye ade la dalam 7 bulan kot.. dah out bunga dia. Kalau time hujan jangan sembang la licin la. 

So kesimpulannye, nak melayang Rm420 atau melayang nyawa yang tiada ganti? Duit boleh dicari, nyawa tak boleh dicari ganti. Hehehe..

Sedikit aku nak share pasal rectifier nih. Sepengetahuan aku, rectifier ni kegunaan dia untuk charge battery. Jadi kalau rectifier rosak, battery takkan dapat bertahan lama dengan kekerapan harian korang guna motor tuh. Jadi, antara cara untuk tahu rectifier rosak.. dengan kerosakan pada battery. Macam mana pulak nak tahu battery rosak ke tak? senang saja, pasang VOLTMETER. Dah banyak jual kat kedai, nak murah dan senang, cari dalam group motor.. drang bagi harga murah termasuk pemasangan. Pakai yg murah2 sudah.. banyak kes memb aku pakai yg mahal. Tak lama memang kene bedal. 

Fungsi voltmeter ni secara ringkasnye untuk mengesan kesihatan/condition battery. Rider FZ new model mana ada kick starter dah, semua pakai starter je.. fikir, nak labur rm25 atau nak susahkan diri dan kengkawan? haha.. aku tau ko brotherhood, tapi ni ada jalan penyelesaian dan sediakan payung sebelum hujan. Korang nak tengok ape fungsi volemeter? aku share video kat bawah.


Digit2 tu aku tak pasti sangat, ape yg aku tahu info dari seller dan pomen. Time idle 11-12. Time ride 13-14. Bak kate sorang pomen ni, under 11 maksudnye battery tak dicas (kait dengan rectifier), 15 and above overcharging. Be careful! kalau over charge battery korang boleh meletop, dan kalau tak charge pulak battery korang akan kondem. Jadi volemeter ni penting sebagai panduan dan pantauan tahap kecerdasan battery korang. Aku share kat korang contoh magnet coil problem.


Ingat 3 serangkai nih. Battery - Rectifier - Magnet coil. Jadi, sebagai langkah berjaga2, korang boleh perhatikan peratus voltmenter. Dari situ, boleh jadi battery problem. Bile battery problem ada kaitan dengan rectifier sebagai pengecas battery. Kadang2 peratus voltmeter yang tinggi menyebabkan lampu engine menyala, meter ram weng. Kalau jadi macam video kat atas, boleh mintak pomen check magnet coil, rctifier dan battery. Takdenye kene cas, kalau kene jugak berapa hengget je.

Ok guys, semoga membantu.
Reactions:


4 Powerfull Critical Thinking:

hantu raya said... [Reply to comment]

Mutu aku dah kena.. Parking tepi jalan tadi.. Thanks sharing bro.. Sok nk gi bengkel nak suruh dia cek rectifier tu atau ganti terus... Kipidap.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

Terbaek bro...

Anonymous said... [Reply to comment]

bagus penjelasan. sgt mmbantu. mudah faham. tkasih

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

Sama2 bro.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...