Followers

Showing posts with label Motor. Show all posts
Showing posts with label Motor. Show all posts

Friday, February 3, 2017

Voltmeter, Battery, Rectifier and Duro Arrow Tyre Tips for FZ150i Malaysia

Ok lepas gaji terus kering poket aku setelah sekian lama FZ wsc ni berjasa bawak aku kesana kesini carik rezeki dan sebagainya. So ini hari kita layan dia baik2.. dan permintaan dia bukan calang2 jugak.. yelah jasa baik orang jangan dilupakan. Jom kite tengok ape jer permintaan kawan baik aku nih.


1. Battery Dynovolt Rm110 (1 thn warranty)


2. Rectifier Rm180 (original)


3. Tayar Duro 110/70 Rm130

Total: Rm420.

Lokasi kedai di Teras Jernang. Memang aku rasa macam kene paku.. tapi apekan daya, battery lama kong bagai nak rak.. nyaris aku pegi kedai check, penutup battery dah tercabut beb! kalau aku lenjan pi balik sg.besi, mau meletop batery dan aku pun ikut sama hangus. Rectifier, lampu engine aku menyala hampir 3 bulan - 4 bulan, mula2 aku ingat wiring.. dah settle wiring, masih jugak menyala (sebelum ni dah tukar magnet coil).. rupenye dah kondem! so bagi aku walaupun mungkin mahal banding kedai lain, aku puas hati repair dan guna moto nih.. banyak berjasa woo.. dan tayar, sebelum ni aku pakai Cheetah 100/80. Berat beb.. nak test punya pasal, lenjan saja. Rasenye ade la dalam 7 bulan kot.. dah out bunga dia. Kalau time hujan jangan sembang la licin la. 

So kesimpulannye, nak melayang Rm420 atau melayang nyawa yang tiada ganti? Duit boleh dicari, nyawa tak boleh dicari ganti. Hehehe..

Sedikit aku nak share pasal rectifier nih. Sepengetahuan aku, rectifier ni kegunaan dia untuk charge battery. Jadi kalau rectifier rosak, battery takkan dapat bertahan lama dengan kekerapan harian korang guna motor tuh. Jadi, antara cara untuk tahu rectifier rosak.. dengan kerosakan pada battery. Macam mana pulak nak tahu battery rosak ke tak? senang saja, pasang VOLTMETER. Dah banyak jual kat kedai, nak murah dan senang, cari dalam group motor.. drang bagi harga murah termasuk pemasangan. Pakai yg murah2 sudah.. banyak kes memb aku pakai yg mahal. Tak lama memang kene bedal. 

Fungsi voltmeter ni secara ringkasnye untuk mengesan kesihatan/condition battery. Rider FZ new model mana ada kick starter dah, semua pakai starter je.. fikir, nak labur rm25 atau nak susahkan diri dan kengkawan? haha.. aku tau ko brotherhood, tapi ni ada jalan penyelesaian dan sediakan payung sebelum hujan. Korang nak tengok ape fungsi volemeter? aku share video kat bawah.


Digit2 tu aku tak pasti sangat, ape yg aku tahu info dari seller dan pomen. Time idle 11-12. Time ride 13-14. Bak kate sorang pomen ni, under 11 maksudnye battery tak dicas (kait dengan rectifier), 15 and above overcharging. Be careful! kalau over charge battery korang boleh meletop, dan kalau tak charge pulak battery korang akan kondem. Jadi volemeter ni penting sebagai panduan dan pantauan tahap kecerdasan battery korang. Aku share kat korang contoh magnet coil problem.


Ingat 3 serangkai nih. Battery - Rectifier - Magnet coil. Jadi, sebagai langkah berjaga2, korang boleh perhatikan peratus voltmenter. Dari situ, boleh jadi battery problem. Bile battery problem ada kaitan dengan rectifier sebagai pengecas battery. Kadang2 peratus voltmeter yang tinggi menyebabkan lampu engine menyala, meter ram weng. Kalau jadi macam video kat atas, boleh mintak pomen check magnet coil, rctifier dan battery. Takdenye kene cas, kalau kene jugak berapa hengget je.

Ok guys, semoga membantu.


Monday, January 30, 2017

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Arghhh aku dalam mood nak tlis tesis, tibe2 teringat nak update blog plak.. ni semua bisikan syaitan  yang mengganggu je nih hampes3... Takpelah.. alang2 dah siap nak update blog, aku nak share pada rider FZ150i tahun 2008 cara untuk pasang sampan jenis transformers. Untuk pengetahuan rider sekalian, sampan ni untuk FZ 2014 kalau tak salah, dan FZ aku 2008. Memang kalau nak pasang macam tu je takkan jadi melainkan kene mody sikit. Jangan risau, simple je cara nak pasang dia.. OK lah straight to the point :

Antara alat yg diperlukan,

1. Bracket, Nut, Screw
2. Playar
3. ScrewDriver
4. T
5. Cutter

Bracket antara barang yang wajib, so cari kat hardware dan cari yang keras untuk pegang sampan korang tu nanti.. kalau beli yang nipis, langgar air buatkan sampan korang senget lalu terkene lah ejos. Jngan lupa nut dan screw untuk ikat antara bracket dan sampan. Lepas korang dah beli bracket yang tebal tu, perlukan cutter untuk alter bagi cun ngam. Jadi sebaiknye pkai cutter yang power supaye senang nak bentuk bracket tuh. Seterusnya, silakan refer panduan bergambar di bawah. Sebarang pertanyaan, di bahagian komen ye guys. Gudluck!

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008



Monday, July 27, 2015

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Sebelum ni jawapan yang aku dapat lepas googling cara cuci ekzos menunjuk cara ekzos perlu dipotong, dibakar dan disambungkan balik dengan alat welding. Nampak macam susah dan renyah je… cost jugak mesti mahal dan makan masa yang lama motor tersadai kat bengkel, kene pulak nak gune keje pegi keje tiap hari. Tapi normal la kalau hantar bengkel dalam keadaan motor yang rosak teruk, perlukan masa untuk baiki. Lepas tu pulak, nampak kesan welding kat ekzos… bagi penggemar motosikal yang extreme, sampaikan habuk sikit atas meter pun dia lap, minyak leleh sikit trus basuh… inikan pulak kesan kekal welding, hehe…

Rupenye cara di atas tidak lagi diguna pakai melainkan memang sengaja nak buat macam gitu, saje boring buang masa. Ada cara yang lebih mudah dan efektif yang kebanyakkan orang guna cara ni untuk clearkan carbon dalam ekzos, adalah dengan menggunakan soda. Soda ni ape? Ntah la… aku sendiri pun tak tahu, tapi info dari pekerja hardware kata soda ni untuk cuci longkang. Ok soda korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai hardware, ade yang jenis fluid, tapi aku guna yang soda ketulan. Tengok contoh soda ketulan kat atas.

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Cara cuci ekzos menggunakan soda (rm3.00) ni sangat mudah… cume perlu berhati-hati, pakai sarung tangan (aku gamble je x pakai) takut terkene asid soda ni. Bile korang campur dengan air, dia akan menggelegak macam buih tooo… safety first.

Step-step dia:


Hasil cuci ekzos menggunakan soda

1. Soda + Sabun + Air panas (campurkan).
2. Tanggalkan ekzos, tutup semua lubang kecuali lubang untuk tuang soda.
3. Masukkan Soda campuran tadi ke dalam ekzos.
4. Tutup kesemua lubang, peram selama 2-3 hari.

Korang boleh cari penjelasan yang detail berkaitan cara cuci ekzos guna soda ni… ni tutorial ringkas yang mudah untuk korang faham. Hasil dari cucian menggunakan soda ni, akan terasa kelainan bunyi pada ekzos, pastu time ride nanti korang jugak akan rasa ke “best” an lepas clearkan carbon, kat atas aku letak video hasil dari cucian ekzos menggunakan soda, hitam wehhhh….

Selamat mencuba.


Sunday, July 10, 2011

Konvoi Bermotor ke Leumpue Banda Aceh 9/07/2011


Credit to : param

Jom layans video konvoi budak Malaysia di Indonesia ke Sungai Leumpue..

Hari Sabtu 9/07/2011 kire-kire 16 bijik moto..

Thanks to kengkawan yang follow konvoi..

Exspecially to Zainal Hakim (leader), Zaki (recorder), Param (recorder) dan gengs sekalian..

Nama yang aku ingat la 'Syawal, Hadi, Asyraf, Ghofur, Hasan, Haswan, Adam Mus, Zaki, Airi, Muzaffar, Amirul, Param, Alip azrai, Ali, Amin, Naso, Salam, Safwan, Udin.. adoi aku lupe dah'

Video neh converter dari Avi to Flv, Mpg to Flv, Mp4 to Flv.. so video tak berapa suci dah.. wawawawa.. tapi still buleh nampak muka lagi banding format 3gp?

Ape-ape pown.. aku memang enjoy pi tempat neh.. ^_^

Konvoi ke Leumpue Banda Aceh Part 1


Konvoi ke Leumpue Banda Aceh Part 2


Konvoi ke Leumpue Banda Aceh Part 3


Video sudah diatas sudah di edit, untuk video original buleh request kat KBM, untuk budak-budak Malaysia di Indonesia buleh lah mintak pada Bro Zaki, atau pada geng-geng konvoi yang laen 'tu pown kalau drang ada la' hahaha ^_^


Wednesday, February 2, 2011

Lajukan Firefox secara Manual @ Automatic.

Kebanyakkan pengguna internet mesti dah tau tips2 lama neh. siap ada yang pakai software lagi kasi up lagi kelajuan browsing kat internet, wadud pon nak sharing, walau memang sama dengan yang lain, tapi wadud lain sikit sebab ada ScreenShot.. hahaha..


>> Cara pertama <<


1. Buka Firefox then tulis about:config di adress firefox.





2. Right >> elect New >> Integer >> copy and paste scripts ini >>
nglayout.initialpaint.delay >> setkan dengan nilai 300 dan lagi ok kalau 0.


>> Cara kedua <<

1. Seperti cara pertama. abuot:config.



2. Cari perkataan2 dibawah berikut dengan pencarian di Filter.

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

3. Double click pada setiap perkataan yang kita cari dan secara automatik akan berubah kepada True.

network.http.pipelining – true
network.http.proxy.pipelining – true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (terserah korang, lagi banyak lagi bagos.)

4. Taip about:config >> New >> Integer >> copy paste sctipt di bawah >>

nglayout.initialpaint.delay >> set kepada 0

5. Restart firefox dengan Tutup dan buka Semula.


>> Cara Ketiga <<

Untuk yang berminat nak pakai software, wadud sertakan jugak kat bawah ni.. yela tak nak susahkan korang, tapi kalau tak nak jugak, memang la.. huhu.. sabar jela.. just download and install jer pastu happy2 la eh, hak3.. gudluck..


>> Click Speed Up My Firefox.


RAR PASSWORD : K.B.M 2010


Saturday, November 6, 2010

Motorku " Jupiter " siap jugak ko eh..

Boleh la tahan kot.. tengok dari tepi, depan, belakang, tak nampak lak cacat kat mana2, yela buat kerja punya la lame, alahai.. disebabkan kesabaran ni la yang watkan wadud bertahan hidup.. hehehe..


Emm.. merah dan hitam.. pergh.. bagi diriku neh, dah ok la kot.. tapi kita tak tau kata orang laen lak, ntah2 drang kata macam hampeh, waa.. sedihla diriku.. :-)


Tuh tengok kat bawah tuh, ok tak? baru je siap sembur cat.. bukan senang tau.. makan masa 2 minggu tau, habis masa wadud kat situ jer, kalau amik masa tu wat study.. mesti cerdik macam Adah.. ekekeke..




Dah la duit habes, masa pon habes, tenaga jangan dikira la.. kompem habes jugak.. tapi tengok2, puas hati la kan.. huhu.. buat sendiri lak, ada membe pon, tolong sikit2.. hahaha.. hampeh tol..


Habes dekat RP 400,00 jugak lah.. huh! haaa.. kira2 dalam RM 160 la.. banyak kan habes? hehehe.. nak wat camne, dah minat.. so teruskan jela..





Moto tu, wadud belik dengan duit Imam wadud, hehehe.. tengah ada duit, yela nanti kalau dah habis kat sini, jual la kat orang lain, dapat balik duit tu, dari dok habis dalam perut je..


Lagipun, senang nak ke sana sini.. sebelum ne kongsi dengan kawan.. tapi beliau macam " terlalu " banyak keje la.. so wadud buat keputusan nak sendiri2.. lagi sonang hidup den.. :-)


Smapai lah sekarang, gi kelas pon sorang2.. nak tumpang? tak dapek lar!! hehehee..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...