Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Software Deteksi Gempa (EarthQuake) Mediafire

Semalam my besday 11 April 1989 dan semalam jugak hari terhebat dalam banyakye kali adoi pon ter ber besday au dah berlalu, terjadinya gempa paling hebat dalam sejarah hidup aku selama 4 tahun menetap di Acheh Indonesia. Kekuatan gempa pertama yang aku dengar 8.9 Scale Richter, then dalam 2 jam lepas tu aku tengok berita RCTI gempa dengan kekuatan 8.5 Scala Richter (Sumatera). Ni bukan nak cerita may story dan aku bukan orang yang suka kongsi story2 macam ni.. ni cume selingan (^_^).. memang dan memang, suasana kat Acheh sangat menggerunkan.. tak penah2 penuh setiap jalan dengan kenderaan.. yap.. bak kate kawan2 aku "Gempa 5 mint je, org pi msjd sampai 5 hari" ada jugak "tak penah2 aku tengok minah2 pakai baju tidor mai masuk Baiturrahman" keh2.. Allah marah.. maafkan daku ya Allah..


Software Deteksi Gempa Mediafire

Okes.. aku sebenarnye nak share barang jer (software), tapi disebabkan terlalu tension dengan blogger2 yang upload Software Deteksi Gempa ni kat Ziddu, itu pasal korang tengok ada bebelan aku di atas.. bukan ape, paling2 pon carik la filehosting yang menarik sikit, ni pakai Ziddu, dah bebelas kali aku download putus2 dan putus.. mau tak tension? hah kali nih aku up dalam Mediafire.. puas hati!

Memang tu semua hak drang, tapi pikir la orang yang memerlukan jugak.. appara.. lantak korang ler.. ape2 pon aku dah share dari Mediafire.. kalau ada yang bising jugak, memang nampak kaki la (^_^).. yap software Software Deteksi Gempa Mediafire nih sangat berguna bagi sape2 sekalipun.. terutama mereka yang berada di Acheh atau tempat yang sering berlakunya gempa.. so kita ada istilah "sediakan payung sebelum hujan". Untuk software Software Deteksi Gempa Mediafire ni, AV aku (Microsoft Security Essential) memang detect virus, tapi tak bahayakan laptop.. jangan risau, AV lain aku tak pasti.. ape2 pon terserah korang nak guna atau tak.. (^_^)..

Download From Mediafire :


ADD-ONS Mozilla Firefox (No Virus) :


Download From Mediafire :

Share:

Saturday, March 3, 2012

Pemimpin Islam

Pemimpin Islam

Tuan Guru Nik Aziz pernah cakap “Mereka yang ada wang, menderma.  Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” dalam pertemuan dengan pelbagai agama termasuk Kristen dan Buddha. Mereka memberikan kata terima kasih kepada Mursyidul Am PAs tersebut atas sikap toleransi beragama yang ditunjukkan kerajaan Kelantan kepada agama-agama yang lain. Dah jelas kalau drang pun suke dengan setiap kebijakan dari Tuan Guru dalam mentadbir kerajaan Kelantan.

Ahh~ ~ itu baru betol pemimpin Islam, berkonsepkan Quran dan Sunnah Nabi bukan sampai membakor @ merosakkan gereja2 tempat ibadah orang lain walaupun drang bukan agama Islam. Dah salah persepsi kalau kata kita wajib menghancurkan tempat ibadat umat selain Islam dengan beralasan untuk menegakkan agama Islam.. walaupun dalam Quran Allah dah kata, "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Agama Islam" tapi dalam situasi sekarang ni, hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang kaum, berbagai agama tak boleh saling menyalahi tambah2 lagi Kerajaan dipimpin oleh pemimpin Islam. Dan terbukti sekarang, Kelantan berjaya membuka mata para ahli agama mengenai konsep toleransi beragama dalam kehidupan bermasyarakat seperti yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Tapi bile tengok pemimpin Negara (Malaysia) memimpin dengan tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah tu dah wajib kita selaku umat Islam menegur agar pemimpin tersebut sedar dari kesalahannya. Aku ada baca dalam Harakah, satu hadist tentang jihad, jihad juga diterima Allah apabila seseorang mempertahankan Negara supaya dipimpin oleh Pemimpin Islam. Pikir logik la ha.. contoh satu kelompok yang dipimpin oleh Ahmad seorang yang beragama islam tapi dia main judi, kaki pompuan, rasuah, selfish ape jadi dengan kelompok tu? sepatutnye yang menjadi tonggak utama si ketua sebagai contoh teladan baik kepada anak buah dia.. ni tak, dia pulak lebih2.. macam tu jugak dengan pemimpin dalam sebuah Negara, kalau dah pemimpin pon halal lesen judi, arak, Lynas ape cer brow? memang lah nama Islam tapi tak mengikut konsep Islam guane? (Ust. Azhar Idrus)

Pemimpin Islam

1 syarat je yang dia pass yang lain hampas tu bukan nama pemimpin dan tak layak memimpin, lebih baik bagi pada orang yang betul2 boleh memimpin untuk bawak rakyat kepada arus Islam yang sebenar. Biler cakap macam gini marah.. tapi tak pikir pulak marahnye KAMI (rakyat) macam mane, itulah orang cakap jangan asal belajar tinggi tapi tak tahu menilai mana baik buruk, kalo image ko sorang je lucah takpe bro ni sampai KAMI2 pon lucah pe kes? cepat2 le turun dan muak KAMI nengok muke keme nih. Janji bagai nak rak, nak bagi gunung la, sebutir pasir pon tarak.. nak bagi langit la, yang pi amik sisa radioaktif dari Australis tuh buat ape dengan tertubuhnye Lynas last nak pulangkan balik kat syarikat Australia drang tak moh dah.. bodo giler, nampak sangat mende tuh tak berguna, berbahaya.. omputih ni pandai, melepas batuk ditangga jer.. bukan macam N****, ni dah lepas batuk hg pi ngadap pulak memang kene la.. apparaaa..

Baru2 ni aku ada terima komen dari sorang blogger dngan nickname najib, tak tahu la PM beno ke ape kan lantok le BN nak terkubur pon.. yang peliks, dia boleh sokong Lynas nih dari artikel lepas aku tentang Info Lynas. Hahahaha.. dia boleh bandingkan dengan orang merokok lagi, cerdik, padahal dia terlupa pulak nak tanya PM sape yang bagi lepas lesen rokok.. aku masuk blog dia, tengok betollah beliau ni orang BN.. its ok.. aku takde masalah selagi tarak kacau hal aku ^_^.. serius cakap, kalau layan orang2 yang cerdik macam ni susah. Drang ni banyak sangat pengalaman yang membuatkan drang taksub sampai terkial2 nak membenorkan jugak hal yang salah.. kih3.. pikir logik sudah, cube jawap dengan soklan pasl baru2 ni ada perhimpunan Hijau 2.0 save malaysia anti Lynas sampai beratus ribu orang mai.. drang sume tu bodo ke? ke hg sorang jer yang belajo tinggi sampai tak buleh nak beza mana baik buruk? ^_^

PRU 13 ni harapkan pada setiap individu mengambil keputusan (mengundi) yang benar dan jelas supaye pemimpin baru akan datang ini lebih membawa Negara kepada jalur Islam yang sebenar, aku macam dah rasa confirm Islam (PAS & Pakatan) menang walau tak habis satu Malaysia, tapi nampak majority semasa sekarang.. orang tak bodo lah beb.. sume cerdik2.. banyak sangat dah hal2 negatif @ buruk terealisasi dengan jelas dalam Malaysia nih, kalau bukan license dari Kerajaan yang memerintah sape lagi? tokkan rakyat pulak bagi lesen? kah3.. sebenar suara dalam memilih pemimpin adalah dari tangan rakyat, drang yang melihat, meneliti, membuat kajian untuk kebaikan Negara pada masa akan datang.. bukan men2 punya cerita, salah pilih gelap la masa depan negara, tap aku yakin ramai orang yang dah ada pilihan awal dalam memilih (mengundi) pemimpin yang bakal menggerakkan hukum2 Allah.. cume, paham2 lah kalau orang yang nak tetap jugak memang ni, ape je drang sanggup buat asal menang, yang penting HEPPI ~ ~.. last kecundang di tengah jalan (akhirat)..

Renung2kan lah ayat di bawah ni >>

“(yaitu) orang-orang yang jika kami berikan kedudukan kepada mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan hanya kepada Allah kembali segala urusan.” (QS Al-Hajj: 41).

Credit :
Share:

Thursday, February 23, 2012

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Semalam aku call father aku kat Malaysia, tanya2 kabar kat sane macam mana sihat ke semua? dengo2 mak tak jadik nak gi Johor sebab mak tak larat jalan jauh2.. lagipon dari Perak ke Johor bukan dekat beb, walaupun anak sedara kawen.. paling2 kita hadir waktu kat Ipoh. Tengah2 best nyembang, aku menyampuk tanya father.. "Ayah bile PRU 13 ea?" terjadilah perbualan antara kami berdua :

Father : Owh.. PRU 13 tuh akan berjalan kalau kerajaan dah tetapkan masa tertentu..

Aku : Aik.. dengo2 kan yah, bukan ke nak buat ujong tahun ni? tapi dalam harakah takde pulak drang sebut.. betullah, ni kan Pilihan Raya Umum, mestilah under goverment..

Father : A'ah.. memang di bawah kerajaan, itu pasal kalau kita baca kat mana2 news paper pon yang bersangkutan, mesti banyak isu yang dibahsakan.. tak kire la isu ape sekalipun, salah cakap sikit mesti kene hentam padahal mende tu sikit jer.. kerajaan dah takde idea lagi untuk menarik minat pengundi undi BN..

Aku : Orang semua dah pandai yah.. drang dah boleh pikir tambah2 mahasiswa.. lagi lah.. tapi drang amik kesempatan pada rakyat2 miskin atau pendalaman, bagi beras sikit.. ada hari tuh, terbaca yang BN adakah perhimpunan untuk bagi beras setiap individu yang hadir ke perhimpunan tuh. Tapi, last minit drang ni edarkan borang serta BN pada semua yang hadir, ni jelas tak adil dan tektik kotor dari kerajaan sendiri..

Ayah : Itu semua dari dulu lagi kita dah boleh baca wat.. tektik sama jugak sampai orang dah boleh tahu.. mesti ada ape2 ni kalau tibe2 kasi beras? selalu tak pernah pun.. time PRU jer bagi macam2.. bile dah naik, menang kerusi, terus lupe rakyat.. buat macam2 kezaliman terhadap rakyat sendiri, amik duit rakyat untuk kepentingan peribadi.. rasuah sana sini, abaikan hak rakyat dengan alasan yang tak munasabah, bile PRU.. buat talam dua muka, semua bagi.. laptop la, duit la, kain pelikat la.. padahal peruntukan untuk semua tu apela sangat banding imbuhan yang drang akan dapatkan bile dah menang nanti..

Aku : Hmmm.. lagipun, awt tengok sistem pemerintahan sekarang ni dah sekuler, takde lagi yang dinamakan dengan mengikuti Quran dan Sunnah, patut la macam2 bencana datang kan yah..

Ayah : Itulah pasalnya, Malaysia mesti diperintah oleh PAS sebab PAS (termasuk PKR) adalah satu2nya parti yang berlandaskan pemerintahan Islam sebenar. Dah jelas2 BN buat jahat, termasuklah lesen JUDI, ARAK, PELACUR dan baru2 ni kerajaan lepaskan kapal ZIM kepunyaan Negara Israel laknatullah. Memang dari pernyataan PM sendiri, drang tak admit adanya hubungan dengan Israel, tapi bile adanya kapal dari Israel mai belabuh kat lembah Klang tuh kerajaan buat donno. Bukan tak tahu dan mestilah ada report dari perlabuhan Klang tuh sendiri. Tapi boleh masuk.. 

Aku : A'ah ada jugak baca tu..

Ayah : Itu pasal, lesen bile PRU 13 dilaksanakan, jatuh atas kerajaan.. tak boleh nak bagi tarikh bile.. drang akan kumpulkan segala macam kekuatan termasuklah tipu daya, kata2 manis dan lain untuk menarik minat pengundi, bile drang dah kuat barulah drang akan umum.. tapi rakyat tak bodoh macam BN..

TUT.. TUT.. TUT.. TUT..

Alahai habis kredit la pulak.. tapi jadik la Rp10.00 buleh cakap lelama.. hihi.. dengan mother pon da cakap tadi.. so lepas kewajipan aku sebagai seorang anak untuk mengatakan keadaan semasa kat sini macam mane, bukan wajib belajar jer.. ^_^ Ape2 pon.. masa depan Negara Malaysia terletak di tangan anda semua, baik di balas baik dan jahat dibalas jahat. Undilah PAS insyaallah Malaysia akan maju jaya, Amin..
Share:

Sunday, August 7, 2011

I am sorry

Salam Ramadhan buat sahabat semua..

Mmmm.. untuk sementara neh wadud tak buleh nak berbelog.. waaa..


Sebab my Laptop buat hal..

Graphics problem.. service dalam RP 700.00.. mahal giler..

Laptop memang dah siap, tapi duit jer yang belom siap.. ekekeke..

So buat sementara neh.. KBM puasa sekejap, dan mungkin kalau Kak Asyi comel nak jaga, tapi beliau pown busy jugak.. kan3 kak? hehehe..

So.. thanks la ea sudi datang KBM.. ^_^ terharu sangat.. ^_^
Share:

Sunday, July 31, 2011

Realiti dunia Jin

Dialog Dengan Jin Muslim #2


Sesuatu yang tidak asing lagi bile kita bersembang atau membahaskan masalah alam ghaib yang dihuni oleh penghuninya yang ghaib juga, istilah lain boleh dikatakan penghuni ghaib tersebut adalah Jin. Apabila kita membicarakan masalah Jin, pasti yang terpikir adalah bentuk-bentuk yang tidak pernah kita lihat dan sebagainya, mempunyai tanduk dan mata yang besar sampaikan kalau ada orang yang terlihat Jin akan pengsan, ketahuilah bahwasanya Jin itu sebenarnya takut kepada Manusia. Jin adalah nama jenis, bentuk asalnya adalah Jinny @ Genney (dalam cerita Disdney World) atau mungkin juga Genuine (win7 actication status) yang artinya tersembunyi, ghaib, tertutup. Dengan itu, sampai sekarang istilah Jin ini dikaitkan dengan sesuatu yang ghaib, tidak terlihat seperti halnya material di dunia.

Berbagai video atau informasi boleh kita rujuk tentang manipulasi istilah Jin kepada istilah yang kita tidak sedar akan kehadirannya, video yang best dan famous pernah wadud tengok mengenai manipulasi istilah Jin ini di video bertajuk The Arrivals. Untuk ape pesembunyian istilah tersebut? kan lebih baik kalau terang-terang jer? jawapannye adalah demi kepentingan seseorang atau kemungkinan besar mempunyai perjanjiannya dengan Jin tersebut sehingga Jin itu memintanya untuk membuat sesuatu yang tidak terlihat namun tercantum didalamnya sesuatu yang negatif, seperti contoh makna-makna yang memberi erti penyembahan roh-roh, memuja dan akhirnya membuatkan seseorang merasakan bahwa itu adalah yang sebenarnya jalan kebaikan.

Dengan itu, berhati-hatilah kita dengan jalur perjalanan dunia zaman sekarang, berbagai cara yang membuka kepada sesuatu yang senang dan mudah, seperti mudah untuk mendapatkan duit hanya dengan menghantar email yang melanggar syariat Islam dan sebagainya, dunia Maya yang tidak ada batasan atas pengunaannya. Warning ni bukan lah terkhusus umum kepada semua, tetapi purata 200% terkhusus kepada diri wadud sendiri, bukan ape, manusia ni adalah makhluk sempurna yang tidak terlepas dari kelupaan. Normal kalau manusia lupa, bayangkan kite tak pernah lupa dalam seumur hidup? hehehe.. tu tak normal namanya, dan mungkin jugak satu-satu kelebihan kurniaan Allah. Kunci kebebasan dari Jin dan Syaitan adalah ayat Kursi, semua penjelasan termaktub di dalam buku DIALOG DENGAN JIN MUSLIM, insyaallah akan wadud kemukakan pada artikel selanjutnya.

Seperti artikel yang sebelumnya (baca di SINI) buku tentang DIALOG DENGAN JIN MUSLIM ni sangat menarik perhatian wadud selaku mahasiswa yang masih cetek ilmunya, sangat-sangat best ^_^ sebab kebanyakan persoalan yang timbul sebelum ni terjawap sudah walau tidak sepenuhnya, namun wadud juga mohon atas penlindungan Allah yang maha Kuasa agar memberikan perlindungan sekiranya ada sesuatu yang tidak diketahui dan sesuatu ilmu baru, jadi hasil bacaan wadud, terasa besar hati untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai buku ini untuk membuka mata kita tentang kehidupan sebenar di dunia, Insyaallah. Doakan semoga diri wadud diberikan kekuatan untuk terus menulis tentang dunia Jin ini, sebab dah banyak kali takde semangat untuk teruskan menulis tentang Jin padahal update blog biasa-biasa boleh pulak?

Jin diciptakan awal dan jauh berbeza dengan datangnya manusia di muka bumi ini, Allah berfirman 'Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitan yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan Jin sebelum itu dari api yang sangat panas' (QS. Al-Hjr: 26-27). Kehidupan Jin sebelum manusia diperkirakan sekitar 2000 hingga 6000 tahun sebelum datangnya manusia. Jelas bahwa kehidupan Jin lebih maju berbanding kehidupan manusia, semua ini akan disentuh pada artikel yang selanjutnya mengenai realiti dunia Jin. Dari kefahaman wadud setelah membaca buku DIALOG DENGAN JIN MUSLIM, mengatakan bahwa jin yang diciptakan dari api tidaklah berbentuk api lagi melainkan berbentuk sebuah bentuk yang khusus diciptakan Allah kepada mereka, mempunyai organ seprti halnya manusia, ada muka, mata, hidung, mulut, telinga dan lain-lain seperti manusia, dan golongan Jin ini jugak disiksa di dalam api neraka seperti halnya manusia.

Timbul pertanyaan, bagaimana pula api boleh disiksa dengan api? jawapannya mudah, manusia dicipta dari tanah, dan boleh dihancurkan oleh tanah pulak? begitu juga dengan Jin yang diciptakan dari Api, pastilah boleh dihancurkan dengan Api neraka, ini adalah kuasa Allah dan Dia lah maha Mengetahui segalanya, sebatas pengetahuan hasil dari bacaan wadud, ini adalah perubahan organ-organ setelah diciptakan oleh Allah kepada makhluknya, hanya sebagai seorang manusia penyampaian yang ingin disampaikan oleh manusia itu tidaklah setaraf sedikit pun dengan tahu Nya Allah S.W.T. Subhanallah.. mudah-mudahan dari sedikit info mengenai dunia Jin ini, bersama kita mendapat manfaat darinya agar menjadi sesuatu yang benar-benar akurat tentang kebenaran terhadap sesuatu. Amin.
Share:

Thursday, July 28, 2011

Lucky Nuffnanger #3


Thanks untuk sahabat Nuffnang yang sudi datang ke KBM ^_^ terharunyer.. ehehehe.. buat masa skang ne agak malas.. sebab dah ada pancing baru, so terpaksalah tempuh hidup baru jugak.. ekekeke.. pancing bese2 jer (29.07.2011) yang penting skill musti mau ada, kan? Okeh.. ape lagik.. jom runner Nuffnanger yang rajin dan baek hati kat bawah ne.. ^_^


Cara dia? sangat mudah seperti makan coklat menggunakan joystick.. hehe.. click jer mana-mana link yang terhubung ke profile Nuffnang kat atas, dan akan dibawa halaman profile diorang. Selamat menambah kenalan, pandai-pandai la korang ea.. ^_^.
Share:

Saturday, July 23, 2011

Entry Kebangkitan

First.. sory sebab sekarang dah makin lazy nak jalan-jalan blog kengkawan, maybe lepas dah habis final, game bertimbun tak habis lagi main, hehehe.. jadi tak heran kalau Nuffnang pown merudum.. ^_^ semua penah merasa macam ne kan? ada masa rajin dan ada masa jugak akan malas semalas-malasnyer.. ^_^


Takde kaitan pown n3 ni dengan beberapa patah perkataan kat atas, sebab just nak ingatkan balik diri wadud selaku insan yang lemah bahwa hidup ni takde ape yang boleh dibanggakan, takder ape yang best, takder ape yang menarik dan takder ape yang boleh kite buat ape-ape kalau tidak diselangi dengan Quran dan Sunnah. B.coz what? sebab dunia ini adalah sebuah alam metafisika atau khayalan fikiran manusia yang diberikan oleh Allah sebagai tanda kekuasaanNya, untuk melihat bagaimanakah sebenarnya menusia ni, sombong? belagak? hina orang lain? merasa tinggi? zaman akhir ini sudah sangat membuktikan setiap dari kelakuan manusia yang baik maupun buruk.

Nak makan? pegi jela kat dapur atau kantin ataupun mana-mana kedai, melantak puas-puas, tapi setakat mana sangat nak melantak? sampai pecah perut baru nak berenti? last sekali keluar jugak perkataan "aku boring la makan3", jadi mana bestnyer dunia ini dari kenikmatan makanan??

Nak kaya? rajin-rajin kerja, mohon pada Allah semoga diberkati dengan kekayaan yang telah diberikan kepada kita, tapi setakat mana sangat dengan duit yang bertimbum banyak dalam bank tu? tak rasa terancam ke dengan perompak? buat ape rumah, kereta besar tapi hati tak tenang? untuk ape duit yang banyak dalam bank tapi tiap-tiap hari ada je ugutan bunuh sana sini? last sekali mesti keluar jugak perkataan "aku boring jadi kaya", mana pegi best nyer dunia dengan kenikmatan kaya??

Kadang-kadang orang jeles dengan kawan dia yang dah kawin awal dari dia, sanggup tinggal mak ayah semata-mata nak kawin dengan pasangan walau tanpa persetujuan mak ayah, sanggup pinjam duit semata-mata nak kawin lari kat Thailand, untuk ape sebenar kawin tu? seks kan? kalau pikir-pikir, seks tuh adalah kenikmatan yang lahir setelah sampai tahap klimaks, lepas tu? ape yang best? yang bakal datang pastilah dugaan-dugaan dunia, dugaan syaitan, last sekali keluar kata "aku menyesal kawin lari". Kat mana letaknyer orang kata BEST dalam kehidupan ni??

Perkataan "aku boring" adalah perkataan yang sangat biasa bagi setiap manusia, ntah sape yang cipta perkataan "boring" ni.. takut jugak nak tulis entry pasal ni sebab semua neh menyangkut dengan kehidupan harian umat manusia termasuklah diri wadud. Jadi ini adalah sekadar usaha wadud untuk ingat mengingati sesama sahabat terkhusus diri wadud sendiri, jangan pulak ada yang pikir, eh bajet bagos pulak mamat neh.. sebenar orang yang menulis ni lah orang yang merasakan betapa menyesalnyer telah melakukan dosa-dosa di dunia. Sesama la kite ingat mengingati supaya nanti di akhirat masing-masing dari kite masih boleh bertegur sapa dalam keadaan yang selesa dan harmoni, amin.
Share:

Wednesday, July 20, 2011

Doa Ali r.a ketika bermunajat kepada Allah...



Doa Ali r.a ketika bermunajat kepada Allah...

Ilahi….

Adakah orang yang telah menikmati manisnya cintaMu

Akan menggantikan pengganti selainMu

Adakah orang yang telah bersanding di sampingMu

Akan mencari ganti selainMu

Ilahi ……

Jadikan kami di kalangan yang Kau pilih untuk mendampingi dan menjadi kekasihMu

Yang Kau ikhlaskan untuk memperolehi cinta dan kasihMu

Yang Kau anugerahkan kebahagian melihat wajahMu

Yang Kau limpahkan keredhaanMu

Yang Kau lindungi dari diusir dan kebencianMu

Yang Kau sediakan kedudukan siddiq disamping Mu

Yang Kau istimewakan dengan makrifatMu

Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu

Yang Kau kosongkan dirinya untukMu

Yang Kau bersihkan hatinya untuk diisi dengan cintaMu

Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurniaMu

Yang Kau ilhamkan padanya mengingatiMu

Yang Kau dorongnya untuk mensyukuriMu

Yang Kau jadikan dari makhluk Mu yang soleh

Yang Kau pilih untuk bermunajat kepadaMu

Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu

Yang memutuskan hubungan dengan Mu

Ya Allah….

Jadikanlah kami dari kalangan orang yang dambaannya adalah mencintai dan merinduiMu

Nasibnya hanya merintih dan menangis

Dahinya sujud kerana kebesaranMu

Matanya terjaga dalam mengabdiMu

Airmatanya mengalir kerana takut padaMu

Hatinya terikat pada cintaMu

Kalbunya terpesona dengan kehebatanMu

Wahai yang cahaya kesucianNya bersinar

Dalam pandangan para yang mencintaiNya

Wahai yang kesucian wajahNya membahagiakan hati pada yang mengenaliNya

Wahai yang dikejar para yang merindui

Wahai tujuan harapan para yang mencintai

Aku memohon cintaMu

Dan cinta orang yang mencintaiMu

Dan amalan yang membawaku ke sampingMu

Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selainMu

Jadikan cintaku kepadaMu membimbingku pada keredhaanMu

Kerinduanku padaMu mencegahku dari maksiat padaMu

Anugerahkan padaku memandangMu

Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang

Jangan palingkan wajahMu dariku

Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurniaMu

Wahai pemberi ijabah….

Ya Arhamarrahimin….
Share:

Tuesday, July 19, 2011

Lucky Nuffnanger #2


Masuk jer Nuffnang terus pi kat visitor analystic.. huh merudum turun jumlah visitor di KBM, baru 2-3 hari jer tak update. Maksudnyer update tuh penting sebagai pembaharuan dalam content blog kiter, no update no visitor.. tapi nak wat camner Mr Nuffnang, dah aku sibok, kureng ada masa la sikit.. hehe.. so disebabkan kekurengan masa aku untuk ko.. jangan la segan-segan nak bagi BE lagi au.. ^_^














Kat atas adalah senarai Nuffnanger ke 2 betuah mendapat review link ke profile Nuffnang masing-masing, bagos la korang.. dalam tak active-active wadud pown korang nak jugak datang KBM ea.. terharunyer. hehehe.. ^_^ ape nak buat dengan link kat atas? ok korang buleh klik kat mana-mana link yang korang rasa nak kenal dengan drang, nanti korang akan dibawa ke profile tuan punya badan. dan pandai-pandai la korang nak buat ape dengan drang, maksudnyer nak kenalan ke, aish.. pikir positif sikit..
Share:

Tuesday, July 12, 2011

Perbicaraan Anwar Ogos Ini

Kalau dah seseorang tu tak melakukan kesalahan.. kenapa dia mesti nak jugak mengaku bersalah? kenapa mesti dituduh atau sipaksa mengaku sesuatu kesalahan yang tidak dia lakukan? ni la kes Anwar Ibrahim 2011, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis orang nak jatuhkan dia, tak puas hati sampaikan ada yang ugut nak bunuh? bayangkan dia lari ke Negara lain untuk mintak bantuan atas keselamatan beliau, Negara sendiri dah tak selamat? ape nak jadi ntah. Tahun lalu kes dah slow tapi belum selesai (liwat) lepas tuh datang lagi tuduhan seks dalam hotel? huh.

Perbicaraan Anwar ditetapkan 8 - 26 Ogos ini

Jul 13, 11 11:12am
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.


Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


Tengok sampai sakit-sakit pon diorang ni tarak hati perot ka?? BERSIH baru jer usai, tapi dengo-dengo nak buat lagi? PAS nak buat balik perhimpunan BERSIH? yela bayangkan BERSIH kali ni rasanyer paling sadis, banyak pengikut BERSIH cedera, sampai masuk hospital la. Tengok pulak kelakuan polis, huh.. giler kaw.. rasanyer Ayah tak ikut kort.. bahaya betol.. polis dah macam takder hati perut.. pukul orang gune cota sampai berdarah-darah, Malaysia yang pelik..
Share:

Sunday, July 10, 2011

Konvoi Bermotor ke Leumpue Banda Aceh 9/07/2011


Credit to : param

Jom layans video konvoi budak Malaysia di Indonesia ke Sungai Leumpue..

Hari Sabtu 9/07/2011 kire-kire 16 bijik moto..

Thanks to kengkawan yang follow konvoi..

Exspecially to Zainal Hakim (leader), Zaki (recorder), Param (recorder) dan gengs sekalian..

Nama yang aku ingat la 'Syawal, Hadi, Asyraf, Ghofur, Hasan, Haswan, Adam Mus, Zaki, Airi, Muzaffar, Amirul, Param, Alip azrai, Ali, Amin, Naso, Salam, Safwan, Udin.. adoi aku lupe dah'

Video neh converter dari Avi to Flv, Mpg to Flv, Mp4 to Flv.. so video tak berapa suci dah.. wawawawa.. tapi still buleh nampak muka lagi banding format 3gp?

Ape-ape pown.. aku memang enjoy pi tempat neh.. ^_^

Konvoi ke Leumpue Banda Aceh Part 1


Konvoi ke Leumpue Banda Aceh Part 2


Konvoi ke Leumpue Banda Aceh Part 3


Video sudah diatas sudah di edit, untuk video original buleh request kat KBM, untuk budak-budak Malaysia di Indonesia buleh lah mintak pada Bro Zaki, atau pada geng-geng konvoi yang laen 'tu pown kalau drang ada la' hahaha ^_^
Share:

Thursday, July 7, 2011

Brother Tehr dan Kak Hanie

Untuk Kak Hanie dengan Brother Tehr..

Wadud mintak sory sesangat..

Sebab tak boleh nak masuk blog korang..

Korang memang best.. ^_^

Bukan per.. bile wadud nak masuk jer musti ada problem.. DNS lookup failed??

Yap Kak Hanie dah sound suh setting kat Chrome dan wadud sendirik dan Google untuk settlekan masalah ni.. dah banyak kali test dan bermacam cara dah buat tapi tak settle jugak..

Kak Hanie :


Brother Tehr :


Cuber tengok? bile nak masuk blog korang jadik macam gitu? musti suh tukar kat setting DNS kan? yang 8.8.8.8 dengan 8.8.4.4? dah wadud buat.. hahaha..

Mungkin korang lagi berpengalaman.. ce bagi tips sikit..

Atau kengkawan blogger lain.. mana tau berkat tips korang wadud dah buleh wat.. ^_^ tapi insyallah wadud akan usaha jugak kasik boleh masuk macam biasa okeh..

Ape2 pown korang jangan pikio wadud dah luper korang, waaaa..

Okeh Kak Hanie ngan Bro Tehr  ^_^
Share:

Saturday, July 2, 2011

Saturday, June 25, 2011

Pengakuan Datuk T Terhadap Kes Anwar |2.13 mint|

Tak puas ati!! lantok le orang nak kata per, aku memang tak puas hati!! kang kalau lebey-lebey tak pepasal aku kene saman lak, Video Asli Seks Anwar? dengo pon bederau darah, kenal ke sape Datuk T? haa meh tengok pengakuan 'mereka-mereka'. Aku hangat giler.

Video Seks Tulen

2011/06/25



Dua pakar sahkan pelaku adegan lucah mirip Anwar

KUALA LUMPUR: Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan analisis mengenal pasti wajah (Facial Recognition Analysis) terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T Mac lalu, mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis dijalankan Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS itu juga mendapati rakaman video itu adalah tulen tanpa diubah suai atau menggunakan teknik ‘super impose’ dan berasal daripada alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Keterangan diambil polis daripada trio Datuk T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video itu iaitu Eskay, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Keterangan juga mendapati rakaman video itu diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang, di sini dan selepas polis mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh dari apartmen itu, mendapati kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan video itu kepada 13 editor dan wartawan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, di sini dan ketika penayangan beliau menerangkan gambarnya turut terakam sebelum rakaman hubungan seks antara seorang lelaki mirip Anwar dan perempuan warga China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik hotel itu.

Itu adalah fakta kes yang dibacakan jurubahasa Mahkamah Majistret kepada Eskay, Shuaib dan Abdul Rahim selepas masing-masing mengaku salah menayangkan dan bersubahat menayangkan secara terbuka bahan lucah berkenaan membabitkan perlakuan seks antara lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara di sini, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Mac lalu.
Mereka semua memahami dan mengakui fakta kes yang dibacakan itu, bagaimanapun Eskay berkata: “Ia bukan menyerupai Anwar tetapi memang Anwar”, merujuk kepada perenggan terakhir dalam fakta kes berkenaan.

Sehubungan itu, Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Eskay dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara ke atas Shuaib selepas mereka mengaku salah menayangkan video itu secara terbuka.

Sementara Abdul Rahim pula didenda RM1,000 atau sebulan penjara selepas mengaku salah bersubahat dengan Eskay dan Shuaib menayangkan video berkenaan.

Pertuduhan ke atas Eskay dan Shuaib mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Aizatul berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Penayangan rakaman video selama 20 hingga 25 minit terbabit turut dilakukan dalam prosiding semalam selama kira-kira 10 minit selepas Aizatul membenarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Muhammad Shafee berkata, walaupun ketiga-tiga tertuduh terbabit dengan penayangan bahan lucah, motif mereka bukan untuk menjejaskan moral awam tetapi mendedahkan perilaku Anwar selaku pemimpin politik pembangkang yang tidak bermoral.

Beliau berkata, sifat hipokrit Anwar selama ini yang sering kali dikaitkan dengan pemimpin politik kebangsaan dan Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dulu ‘secara bahayanya’ hampir bakal menjadi Perdana Menteri.

“Saya menggunakan perkataan ‘secara bahayanya’ bukan untuk menyatakan sikap berat sebelah pada pihak saya terhadap pilihan pemimpin politik tetapi itulah yang diguna pakai oleh Hakim Lord Denning ketika menangani isu berkaitan keselamatan kebangsaan membabitkan bekas menteri England, John Profurmo.

“Pemimpin berprofil tinggi yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin Islam negara tetapi menjalani kehidupan seperti ‘Jekyl and Hyde’ yang akan berkompromi mengenai apa saja dengan sesiapa supaya salah lakunya tidak didedahkan selepas penemuan oleh pihak ketiga, di situlah letaknya keselamatan negara yang saya maksudkan,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, orang ramai sepatutnya berterima kasih atas keberanian trio itu mendedahkan rakaman berkenaan, malah tidak mendapat keuntungan wang atau kepentingan lain, selain hanya golongan dewasa berfikiran matang saja diundang ketika pendedahan rakaman dilakukan.

“Kita tidak perlu mengingatkan mahkamah ini dengan laporan pakar di hadapan Yang Arif bahawa laporan polis oleh Anwar adalah satu kesalahan jenayah kerana ia adalah laporan palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192, 193 dan 199 Kanun Keseksaan, sebaliknya individu yang salah berada di mahkamah hari ini,” katanya.

Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita, berkata imej gambar Anwar dianalisis oleh dua pakar Amerika Syarikat menunjukkan 99.9 peratus persamaan dengan pelaku seks lelaki dalam imej rakaman video seks terbabit.

Peguam Zamani Ibrahim yang mewakili Eskay pula dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak mempunyai niat jahat dan tindakan itu adalah untuk kepentingan awam. Shuaib diwakili peguam Suhaimi Salleh.


p/s : Sampai babit-babitkan pulak orang luar Negara, buat malu Malaysia jer majoriti masyarakat Islam, tapi tetap jugak ada kes macam ni konon betol la perlakuan Anwar tentang masalah seks neh. 'Pi bagi orang tak kenai memang la dia dia tak kenai' yang pihak berkuasa Malaysia, tak kan dah kenai pon nak kepastian dari orang yang tak kenai atau sebab ada agenda lain, yelah America sebuah negara maju dari segi teknologi khususnyer, sape tak tahu America ni macam mana kan, tengok jer film-film drang.. pergh!! kaw.. memang la dia kata macam tuh sebab mana dia nak kenai dengan Datuk Anwar Ibrahim, kalau guna software@teknologi canggih sekalipun kalau dah dijolok-jolok dengan duit sape tak mau? korang caya ler nanti America akan gunakan kelemahan dari Malaysia ni untuk agenda tersembunyi diorang. Malaysia akan hancur satu hari nanti kalau dari sekarang takde usaha untuk membetolkan ape yang dah salah selama ni, betulkan jalan-jalan busuk supaye suatu hari kebusukan tuh tak merebak terlalu besar. Barulah aman Malaysia oiiii... (sampai sekarang aku tak paham kenapa masih ada orang yang menyokong ****) Huh!!
Share:

Wednesday, June 22, 2011

Ringtone Maharaja Lawak 2011

Sekarang kan heboh pasal Maharaja Lawak? bo'ong la kalau engkorang tak tahu.. sepok dahi baru nak sedau kort.. haha.. semalam dok lepak-lepak dengan Abg Google, pastu terjumpe lak Ringtone Maharaja Lawak. Ape lagik.. rembat la.. lagipon tak besau size dia, berapa KB jerk.. saje nak kecoh konon2 ni la Fans Maharaja Lawak.. ekekeke.. ala ape salahnyer sekala-sekali wat benda lain dari yang laen? ye dok? moh le reramai pakai gune Ringtone neh.. ^_^ gempak jer bunyik.. ^_6

Dengau Online dari 4shared.


adf.ly - shorten links and earn money!

Download Ringtone untuk Maharaja Lawak di bawah ini :
(MediaFire Link)
Share:

Monday, June 20, 2011

|Blogging Tips| Tutorial Printscreen Dari Desktop

Rini sajer nak share dengan korang sume macam mana cara untuk PrintScreen dari Desktop laptop korang. Maksud wadud, misalnyer korang ni suka Photoshop dan nak sharekan dengan orang lain hasil dari Photoshop korang, mesti memerlukan gambar hasil dari kretiviti korang kan? tak kan nak bedal kat google.. tak asli la namanyer.. so.. ni lah sedikit cara mudah untuk korang copy dari laptop korang.. that namanyer PrintScreen.

Sangat mudah dan simple cara kerja dia.. misal kan sekarang korang dah siapkan satu gambar Photoshop, tapi tak tahu macam mane nak kongsikan gambar korang. Mungkin trik ni sangat tak asing lagi dengan para blogger terkemuka.. tapi menjadi asing bagi yang sangat-sangat memerlukan.. ^_^

Follow this step.

1. Buka mana-mana gambar dari laptop korang yang ingin di copy. Contoh :


2. Sekarang, tekan butang 'FN+PrtSc SysRq (bersamaan)'. Perlu diingat butang FN+PrtSc SysRq bekerja hanya untuk keyboard laptop, untuk computer just carik butang PrtSc sahaja tak perlu penambahan FN.


3. Ok sekarang korang arahakan cursor korang di Desktop (halaman depan laptop), then Right Click Mouse >> Bitmap Image >> Right Click. Tengok gambar di atas.


4. Bukak Bitmap Image tadi, klik kanan di Bitmap Image >> edit >> paste gambar yang kita dah FN+PrtSc SysRq tadi >> Select >> Crop image kita. Caranya arahkan cursor korang pada gambar yang di paste tadi, then crop mengikut selera korang. Cuba tengok gambar di atas.

5. Lepas dah crop image tadi, paste kan pada Bitmap Image yang baru. Ikut step di no 3. Paste kan di situ dan Save. Siap.

Yap.. dah siap.. heheh tersangat mudah kan? tapi mungkin sangat berguna bagi orang yang baru-baru macam wadud ni.. ^_^ tak de ape nak dibanggakan dalam hidup ni.. So sebelum menjejak kali ke jenjang akhirat.. lebih baik berbuat baik sebanyak-banyaknyer sebelum terlambat.. ^_^ ok gengs tidow time..
Share:

Maharaja Lawak Minggu 12 |Lembab sikit Update|

Hahahahahahha.. this best bro.. ^_^ memang giler Maharaja Lawak.. sory la very lately sekarang baru nak ngusha Maharaja Lawak Minggu 12.. rasa nyer paling menggelikan perot ni di minggu 12.. memang kaw lawak drang.. tapi yang tak puas hati bile di penghujung rancangan.. 'masa pembuangan' huh! camner Jambu boleh hampir-hampir tersingkir?

Cesss.. sungguh tidak puas hate.. ape2 pown.. selamat untuk R2 yang tersingkir di Minggu ke 12, korang pon best.. just mungkin not your time la bro.. lagipon wadud tengok peserta lain publisiti drang lagi besau banding R2 yang baru berjinak-jinak banding dengan ashler-ashler lain.. tapi memang tak dapat nak bohong la, konon kata Jozan atau Sepah tak lawak.. drang memang gile lawak (ekekek).. tapi tu lah.. semua tu pengalaman.. ^_^

Jozan Minggu 12.


Mesti sume dah tengok kan Jozan.. pengalaman drang sejak dari Raja Lawak lagi dah kaw-kaw membuka mata orang ramai.. termasuk la wadud sendirik, lawak drang kreatif dan aku sendirik tak terpikio yang drang nak buat lawak macam gini.. kah3.. congrat Jozan berjaya sampai ke peringkat Final.

Sepah Minggu 12.


Sepah jugak antara ashler antara pelawak yang lain.. huh.. tak dinafikan lagik.. drang memang best.. tambah-tambah ada pulak si 'Dafi' puasa ke idak? mengong..kang kene saman baru tahu, hehehe.. tiga-tiga orang group Sepah sume buat lawak dengan muka slamber.. best! ^_^ congrat jugak untuk Sepah sampai ke peringkat Final.. korang memang best..

Nabil Minggu 12.


Nabil? pergh.. antara peserta Maharaja Lawak single.. hebat siot Nabil, betol kata Mamat Khalid dengan Apek.. single lagi best dari group, kuasa dia lagi kuat.. tengok hasil dia camne? berjaya sampai ke Final ^_^ hebat kau bro.. 'this best bro'.. hahaha.. congrat Nabil.. berjaya jugak ekau ke Final ea.. ^_^

R2 Minggu 12.


Usih R2.. lawak korang yang buat wadud gelak sebab ke slumber an korang terutama si 'abg'.. hehehehe.. bile dah buat lawak muka mesti buat macam tak bersalah, satu lagik lawak R2 putar belit, tak tersangka pulak lawak drang yang berbelit-belit boleh buat orang gelak.. hebat R2.. Ahmad Idham memang hebat, dia dah boleh baca macam mana lawak yang menjadi trademark setiap peserta termasuk R2, cume menjadi kelainan dengan pelawak lain lawak R2 bila kite tengok, ingatkan maksud dia A.. last-last Z.. ape2 pon, wish wadud pada R2.. teruskan lagi usaha korang dalam bidang lawak ni.. gudLuck untuk R2.

Penyingkiran Minggu 12.


Ni yang wat wadud tesedak.. kata pulak si Jambu tak tersenarai ke Final, hampeh!! memang tensen.. yela korang sendiri boleh nilai sape yang o.k dan sape yang k.o kan? kalau Jambu camne? ok per lawak drang, tapi disebabkan kurang terpopuler di kalangan peminat-peminat, undian Jambu antara terendah setelah R2.. kalau tengok dari segi sorakan peminat, Jambu mendapat sorakan paling hangat selepas Jozan.. tapi, resultnyer?? huhuhuhu.. bukan nak sokong lebey-lebey, tapi tu lah realitinyer (ekekeke) lagipon Jambu best, bukan lawak biase-biase. Last sekali, Idham menjadi penyelamat kepada Jambu.. hehehe tu yang best.. wow!! baru malas nak tengok Final.. so peserta yang layak? Jozan, Nabil dan Jambu. Congrat korang sumerrrr.. ^_^.
Share:

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa 2011

Selamat Hari Bapa!! sempena Hari Bapa semalam.. wadud nak mengucapakan kat Ayah yang berada di Malaysia semoga sihat-sihat selalu, jangan nakal-nakal2 yah, jaga diri jangan berkebon kuat sangat sampai sakit-sakit badan, semoga projek berjalan dengan lancar ye yah, hehehe.. wadud nak balik lambat lagik.. (ekekeke). Opss.. terlupa.. Hari Bapa sebenarnya pada 19 jun 2011 yaitu Hari ahad semalam.. so disebabkan semalam wadud ikut praktikum kat Gereja GPIB Banda Aceh, tak dapat la nak ucap Selamat Hari Bapa pada waktu yang tepat.. ^_^

Doakan keselamatan dan kerjaya wadud kat sini ea yah.. kalau kat Malaysia boleh la ayah lantak2 kan wadud jer.. tapi masalah nyer wadud kat Negara orang, huhuhu.. satu lagik, mungkin tahun ni wadud tak moh jadi Imam (pancen sekejap) dan nak puasa kat Banda Aceh ni haa.. insyaallah pertengahan bulan 8 wadud balik la.. jangan lupe gtau mak eh (sedih kan?) ^_^


Ni lah My Dad and My Mom terchenta (romantico kan?) yang begitu macho dan chantek!! hehehehe.. seorang yang sangat memahami sifat-sifat anaknyer sejak dari kecik sampai la beso.. harap-harap Ayah berpuas hati dengan segala tindak tanduk kami selama kami dalam menempuh hari tumbesaran ni ye yah.. Lovu U Dad (amboi) engkorang? bile lagik? walaupun kita tak wish secara berdepan.. tapi ada alternatif lain yang menunjukkan bahwa kita masih lagi ingat pada ayah yang selama ni bersusah payah nak membesarkan kita.. ye dok?
Share:

Saturday, June 18, 2011

Kerajaan tak gentar dengan Hacker Anonymous

Yeke tak gentar? amboi.. hahahahaha.. tapi bagos la, buat ape nak gentar dengan dengan 'mereke' kan? tapi tuh la.. bile pikir balik kadang bagos kalau ada Hacker-Hacker nieh.. tapi kadang pikir drang ni membahayakan keselamatan dunia Internet, huhuhu.. tengok la macam-macam feedback pengguna internet tentang Hacker Anonymous neh, email drang, blog drang dan macam-macam lagi berkaitan dengan dunia Internet.. tuh yang jadik bahaya sampai menyusahkan pengguna internet lain.. korang baca berita kat bawah ni, best.. kerajaan tak gentar.. hehehehe..

Zass kat bawah :


Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous'

Jun 18, 11 3:29pm

Kerajaan tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.


Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu.

Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

"Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini.

Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam.

- Bernama

Tadi wadud ada bincang dengan kengkawan pasal Hacker Anonymous ni la.. bila kita pikir balik, ape la nak dibanggakan dengan Hacking-hacking neh.. cube pikir balik, sape yang menciptakan dunia Internet ne? Yahudi kan? so sape pulak yang menciptakan teknik-teknik Hacking? Yahudi jugak.. jadi.. ape lah sangat dengan security website kerajaan Malaysia ney.. example kan, satu barang yang korang ciptakan sendiri, dah pasti segala selok belok ciptaan tu kroang tau sepenuhnye kan? yaps.. begitu jugak dengan Yahudi tadi.. heheheh.. bukan nak meremahkan budak-budak Hacker Malaysia, tapi berhati-hatilah dengan agenda-agenda tersembunyi puak Yahudi, tu jer.. ^_^

Eh wadud ada baca tentang beberapa blog yang bakal di Hacked.. huhuhu.. ni yang bengang nieh.. nak tengok gak? USHA SINI.
Share:

Friday, June 17, 2011

Takleh! nak tengok sendirik Maharaja Lawak minggu 12.


Adoi sembang pasal Maharaja Lawak aku tak sempat tengok lagi.. nak tengok kat Youtube internet lembab macam sipot.. terpaksa pi CC download.. baru puas tengok tak sangkut-sangkut. Weits.. wadud follow tau Maharaja Lawak dari awal sampai minggu 11.. huhuhu..

Besok baru nak pi cilok kat kengkawan, kompom drang dah download.. hahahah senang hati aku.. (pandai kan). Takde habis duet.. kekekeke..


Dari minggu pertama.. respek la kat Jambu, Jozan ngan Nabil.. R2 pon ok.. tapi wadud vote Jambu lar.. hehehe.. lawak dia memang best walaupun Jozan mendapat perhatian ramai, sebab drang kan pengulas Raja Lawak? of cos fames.. (jangan marah peminat Jozan) hehehe.. tapi yang pelik.. Jambu boleh dapat rangking ke-4 pada minggu ke 11. padahal drang best per.. huhuhu ^_^

So ape2 pon besok baru nak pi amik kat budak-budak.. hahaha.. get ready my pendrive untuk mengisi kekosongan dalam diri engkorang.. ehehehehe.. tak tau minggu 12 ni sape pulak yang kene reject.. harap2 bukan la Jambu (^_^). Tak moh search sape yang best.. nak nengok sendirik.. :thumbs:.
Share: