Showing posts with label Promote. Show all posts
Showing posts with label Promote. Show all posts

Friday, May 6, 2016

Jom Kira Sendiri Diskaun Sale!


Sekarang ni tengah hot Pesta Buku Antarabangsa yang akan diadakan di Kuala Lumpur  pada 29 April hingga 9 Mei 2016. Boleh dikatakan setiap kiosk mesti akan ada diskaun, dari 10% sampai lah 70%. Kepada yang gila buku, duit bukan penghalang untuk manfaatkan peluang yang ada.. bukan selalu nak ada peluang macam ni. Aku tak pegi awal... nak syok pegi 2 hari last sebelum berakhir pesta buku nih! kompem gila2 punya diskaun dia... hehehe...

Antara satu masalah bagi pembeli adalah nak mengira peratus diskaun. Biasanya aku panggil je penjaga kedai buku tuh suh kira, tapi kalau dah kerap sangat panggil... nampak kelemahan disitu, hehehe... jom belajar mengira jap. Mudah je kira peratus diskaun nih, ada dua cara untuk mengira diskaun:

1. Cara mudah, menggunakan calculator yang tersedia fungsi %.

Contoh, harga buku Rm50. Diskaun 25% (50 - 25% = Rm37.50)

Jangan keliru, dekat calculator tu memang kau takkan jumpa 25 dengan % dalam satu button... penuh la calculator kau, haha... lepas tekan 25 tu, pastu tekan pulak button %, dapatlah jawapan dia. Sangat mudah.

2. Cara kedua, menggunakan calculator yang tiada fungsi %.

Contoh, harga buku Rm100. Diskaun 15% (Rm100 / 100 x 25 = 15 - Rm100 (harga asal) = Rm85).

Begini.. harga asal (Rm100) bahagi 100 kali dengan 25 (% peratus diskaun). Hasil dari tu akan dapat jumlah 15. Kemudian hasil dari 15 tadi tolak dengan harga asal (Rm100). Alhasil... dapatlah harga diskaun.

Kalau jumpa kiosk Syabab, korang boleh dapat diskaun 20% menggunakan baucar buku bawah ni. Download, pastu tunjuk je kat diorang. Selamat membeli, beli tu baca laaaa.. takyah time kasih, doakan aku yek...

Jom Kira Sendiri Diskaun Sale!
Share:

Wednesday, April 30, 2014

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Accessories kedua yang menjadi pilihan aku adalah Sportrim, dari dulu lagi aku tergile-gile nak pakai sportrim untuk first car aku.. maka tercapailah impianku pakai sportrim. Duit waktu tu memang barai, tibe-tibe keluar idea untuk letgo PSP kesayangan ku, cari punya cari.. dapat la buyer dengan harga Rm430.

But the problem is, mane aku nak cari rege sportrim Rm450? maka bermulalah misi keliling Ipoh.. start dari area Tambun, Taman Perpaduan, Tanjung Rambutan sampailah ke Medan Gopeng. Seperti biasa, sebelum misis keliling Ipoh ni aku dah kuatkan semangat dalaman dengan mencari tahu isu-isu semasa berkaitan sportrim, kualiti, jenis yang tahan dan murah, size termasuklah bentuk2 yang menjadi pilihan kebanyakan orang.

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Bukan sportrim je aku kene selidik, tayar pun antara komponen penting aku kene amik tahu. Jenis tayar, fungsi tayar, kesesuaian dengan kuasa kuda sesebuah kereta dan kelebihan kelemahan bunga tayar untuk beradaptasi dengan cuaca sekarang, contoh untuk tahu lebar, tebal dan size satu tayar boleh tengok contoh gambar tayar di atas. 155 = Lebar, 70 = Lebar, R12 = rim size 12. 

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)
Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)
Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)
Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Untuk kreta Iswara Aero 1.3, rim standard adalah size 13 (R13), untuk modi sportrim dengan c.c 1.3 size rim 14 menjadi pilihan, nak pakai lagi besar takde masalah, cume takut kereta tak larat nak menampung berat tayar + rim, berat body, penumpang dll, bayangkan c.c 1.3 nak bawak semua keberatan tu? confirm2 minyak parak (kuat) punye, sekadar nak "menyemat" OK lah.

Pikir-punye pikir, kawtim punya kawtim.. maka aku setuju lah untuk pakai sportrim size 15 (195/50/R15), tokey tu setuju nak amik rim besi aku dengan harga Rm300? memang aku pun tak caya, banyak kali aku tanya untuk kepastian, tapi aku tak terkejut la.. nanti dia kate ape lak, buat macam jual mahal sikit.. muehehe..yang best, tokey tu bukan saje amik rim besi aku dengan rege Rm300, dia siap bagi best price untuk tayar second (boleh la guna 5 bulan) bagi keempat-empat sportrim, adjust alingment, nut silver semua skali Rm480. Huh!

Brand sportrim aku? terlupe pulak aku nak tanya.. memula nak amik yang BBS R14, rupenye cap ayam, last2 aku pilih R15, memang agak berat, tokey tu rekemen yang R15 sebab katenye agak tahan.. bile diketuk, bunyi lebih padat berbading BBS cap ayam tadi, tapi ada sikit berat (tokey tu cakap) dan memang aku test angkat kedua-duanya sekali, naik muscle aku belah kanan

Jadi kiraan secara kasarnye, Rm480 + Rm300 = Rm780 untuk kesemuanya sekali sportrim R15 + tayar 195/50/R15 + silver nut + adjust alingment. Disebabkan tokey tu setuju nak amik rim besi aku dengan harga Rm300, maka aku pun bersetuju. Sebenarnye rim besi belah kanan belakang tu dah bengkok, sebab tayar asyik pancit je dalam 2-3 hari.

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Lepas sejam, berubahlah wajah Iswara Aero aku dengan ber makeup kan tinted dan sport rim baru. Maka dengan rela hati terpaksalah melayangkan beberapa keping kerta bewarna biru dan purple. Eh nyaris terlupe lagi, kalau nak runner kedai tempat aku amik sportrim ni, boleh datang Ipoh area Tanjung Rambutan, nama kedai aku lupa.. berdekatan dengan Petronas, sebelah kedai makan Barakoh kalau tak salah. Selamat bermodified!
Share:

Kedai Tinted Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Kedai Tinted Area Ipoh

First accessories yang aku buat pada Iswara Aero aku adalah tinted.. walaupun ayah aku dah bebel suh maintain engine dulu, lepas tu makeup la pepuas.. buts, aku tak puas hati dengan kreta-kreta lain di luar sana.. milirik panjang anak mata aku bile tengok sport rim, tayar Michelin, spoiler dan lain-lain kat kreta orang lain, hehe.

Aero tu baru jer aku beli bulan lepas, memang semua standard.. yang aku puas hati dan tergerak hati nak beli sebab servis dari brader tu cukup bagus, kereta semua standard, power stering + spotlight 2 jenis. Engine smooth cume bunyik crankshaft tu ada.. standard la barang lama.

Dari yang aku tahu, kreta tersebut diguna pakai oleh kakak beliau tapi sangat jarang.. masa aku datang ambik pun, tersadar kat luar.. adoyai, spoiler standard memang dah mengupas, ada niat jugak sebenarnye nak letak spoiler sport, tapi lepak dulu.. kehh3..

Sebelum aku tinted, aku research dulu ape-ape yang berkaitan dengan tinted bagi mengelak sebarang hal tidak diingini berlaku macam penipuan, kualiti tinted, pendapat otai2 dalam forum2, jenis2 terbaik dan macam-macam lagi.. ada la 1 minggu jugak aku buat pilihan setelah sehari suntuk keliling area tambun, tanjung rambutan, bercham.

Setelah puas + fedup mencari.. aku buat keputusan pegi area tanjung rambutan untuk lunaskan hajat aku.. lepas sembang2 tokey kedai tu.. dia setuju nak bagi aku Tinted Brand Air Cool dengan harga Rm260 depan belakang kiri kanan lepas diskaun brape % aku dah lupe..

Cume lepas pasang tinted, yang aku tak puas hati adalah ketelusan cahaya tak lepas.. dia bagi kiri kanan belakang 60% yang depan dia letak 70 @ 80%. Hayyak.. awal2 aku dah cakap nak tepi 70 depan belakang 80. Hadoii.. tapi bile dah lame tinted tu melekat kat kreta aku, nampak style pulak. Kih3..

Ade banyak jenis tinted yang terjual kat kedai accessories, kene hati-hati dan wajiblah memilih setelah anda puas hati dengan jenis tinted yang menjadi pilihan. Sebab kalau dah pasang, buat sakit mata sakit hati, lebih baik tak payah pasang, hari2 mengadap kreta kesayangan dengan tinted yang tak ngam.. hadoi, sakit hati wooo..

Kedai Tinted Area Ipoh
Contoh tinted berkilat (bukan kreta aku)

Aku puas hati dengan servis kedai ni, tokey dia ramah dan slowtalk baik2, aku takkan jadi beli kalau tokey dia macam HAREM. So disebabkan servis tokey tu best, bagi pulak best price.. maka melekat lah tinted hitam bekilat (nampak bayang2 kat luar) Brand Air Cool kat Iswara Aeroback aku.. Alhamdulillah setakat ni puas hati. 

Okeh kalau anda ingin berkunjung ke tempat aku buat tinted ni.. silalah ke runner ke area Tanjung Rambutan, kalau tak silap nama kedai dia Air Cool dekat dengan Tokong Cina. Kedai kecik molek, macam tersorok sikit.. tape pelanggan dia mangai banyak. Lupe nak bagitahu, dari infomasi yang aku dapat dari sorang pakcik nih (pelanggan tetap), jangan datang ke kedai ni hari minggu, sebab confirm penuh.. kebetulan aku datang hari Selasa, so lengang la sikit.. lengang-lengang pun.. 4 jam tunggu turn. Huhu..

Sekian sedikit pengalaman yang boleh aku share.. banyak bende yang aku tukar kat kereta tu dalam bulan ni saje habis dekat Rm1k kot.. haha.. Malas nak pikio, Layan jelaaa..
Share:

Sunday, November 17, 2013

Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video

Oh Saga Sv Flx !! Kemarilah dikau kepada diriku... nak ek tak ea.. nak ke tak ea.. 

Hati nak lain tapi "mampu milik" haruslah yang ini.. macam mane ni.. kang kalau pakai kete second kang, banyak masalah..

Paling tidak nak sangat pakai kete second, carilah owner yang boleh direct dengan kite.. kalau used car ni, bak kate trainer tempat aku amik license tu, kete second nih bukan boleh caya sangat.. kadang tengok luaran memang "tip-top", mileage 70-90,000.. kite bukan tahu dia renovate kete tu betul ke idak..

Ntah barang "cokia" dia tukar, barang ori dia bedal.. mileage bukan tak boleh adjust, setakat 1owner lady pulak tu.. semua orang buleh cakap..

Pikir-pikirkan lah.. macam yang aku cakap.. lebih baik owner yang boleh direct terus..

So.. untuk sesame tengok dan amik tahu specs untuk Saga Sv Flx dan disesertakan jugak gambar, boleh review kat bawah ye.


Saga SV Engine Specification
Engine Performance Horsepower hp :  94
Engine pickup Torque Nm : 120
Top speed km/h : 160kmh
0-100 km/h : 13seconds
Saga SV Fuel Consumption FC km/litre @ sen/km @ litre/100km : 6.3l/100km
Saga SV General Specification
Dimension (Length x Width x Height) mm :
Weight kg :


Saga SV Review / test drive :
Exterior = 2/3 star*
Interior = 2/3 star*
Handling = 2/3 star*
Comfort  = 2/3 star*
Engine   = 2/3 star*
*1 star = not so good
*2 star = average
*3 star = excellent


Saga SV Modified Spec
Modification kit available:
Body kit aerokit + skirting + spoiler + leather seat + engine performance + lamps + radio audio system speakers and player + sport rims + tyres + bumper


Saga SV Maintenance costs
Monthly payment calculation :-
 (interest rate x 9 years + 100) /100 x (car price – downpayment) / 108 months = RM / month
Yearly insurance road tax calculation : -
Current sum insured car price x 0.03 – NCDiscount + road tax fee = RM / year (estimation)
Major and minor service adviseable to be done at authorised service center in Malaysia: -
The cost of service depends on what type of engine oil, ATF fluid and service charge in RM.


SHARE  Saga SV additional information details
Please share your comments.
If you are the owner, you are welcome to give some reviews on the car spec, maintenance, service center charges/fee ( caj major minor servis ), daily fuel consumption ( jimat penggunaan minyak ), technical problem (masalah kereta), better engine oil and fuel and engine modification (prestasi enjin).

Discuss on body kit / skirting modification, diy modified gadget / car accessories, how much yearly insurance and road tax (insuran / cukai jalan) rm per year, interior mod (modifikasi), quality / reliability, test drive reviews (pendapat pandangan pandu uji) , spare parts, tyres (saiz tayar) and sport rims 15 16 17 / 18 inch suitable and all other related issues here.

This post is related to  Saga SV specification bodykit body kit bumper sport rim spoiler head tail lamp modification interior engine performance price harga rm car review test drive skirting problem discussion spec spoiler and accessories

Tagged as:  Saga SV,  Saga SV specification, bodykit  Saga SV, body kit,  bumper  Saga SV,  Saga SV headlamp, sport rim  Saga SV, spoiler  Saga SV, tail lamp,  Saga SV bumper, modified  Saga SV, Leather seat,  Saga SV interior, Audio system, engine  Saga SV,  Saga SV price, rm, harga  Saga SV, skirting,  Saga SV review,   Saga SV spec,  Saga SV malaysia,


Other  Saga SV Specification + Features + news : –
The selling price for the new 2013 Proton Saga SV starts from RM33,438 (OTR) for the manual version, and is now available for bookings from PROTON Edar Dealers nationwide.

The Saga SV Specs
The new Proton Saga SV is powered by a 1.3-litre CamPro IAFM four-cylinder engine that delivers 94hp at 6000rpm and a torque figure of 120Nm at 4000rpm. The engine is mated with a five-speed manual gearbox that propels the new Saga SV from zero to 100km/h in 13.0 seconds, reaching a maximum speed of 160km/h.

The new Saga SV also offers a four-speed automatic CVT option that has a 0-100km/h time of 14.5 seconds. Though the CVT transmission pushes the Saga SV to a top speed of only 155km/h, it fuel-consumption figures are improved, returning 6.3l/100km.


The Three-star Safety Rating
One of the main highlights of the new Proton Saga SV is its safety. Receiving a three-star safety rating from the ASEAN NCAP recently, the new Saga SV is equipped with standard safety and security features that include dual airbags, a reinforced body structure, reverse sensors, an immobiliser and a NEW keyless entry system.

Buyer’s Guide
The Proton Saga is renowned for its affordability and standard-quality features. Now, the 2013 Proton Saga SV presents an even more affordable proposition to the Malaysian market that doesn’t compromise its performance, comfort and quality. With these revised prices, the 2013 Proton Saga SV’s monthly instalments could go down to as low as RM250. Below are the pricing of the new Proton Saga SV variants:

Proton Saga SV – Manual (Solid): RM33,438
Proton Saga SV – Manual (Metallic): RM33,888
Proton Saga SV – Automatic (Solid): RM36,438
Proton Saga SV – Automatic (Metallic): RM36,888

Sumber : http://adfoc.us/2890035380199

Gambar Review Saga Sv Flx 1.3 

Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video
Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video
Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video
Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video
Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video
Review Saga Sv Flx 1.3 Beserta Gambar Dan Video
Video Preview : http://adf.ly/ZSkSq
Share:

Thursday, July 25, 2013

Digi Prepaid Mobile Internet Unlimited ~terbaek~

Tengah feeling mencari maklumat pasal Plan Mobile Internet, terbukak pulak page Nuffnang (http://www.nuffnang.com.my/) kat bahagian promotion, dan ternampak pulak ads dari Digi Prepaid Mobile Internet. Macam best..

Memang ada survey kat web-web dan blog-blog yang menyediakan informasi mengenai Plan-Plan Mobile Internet yang menarik, mesra pengguna dan murah. Saye nak buat keputusan pun susah sebab masih lagi mencari Plan Mobile Internet mane yang sesuai untuk saye.

Mase pakai BB, memang tak susah nak selidik walaupun mase first gune sangat banyak masalah yang timbul termasuk lah penolakan credit secara tibe-tibe. Ini sudah mencabar, ape pasal pulak main tolak credit aku macam gitu je kan? dalam hati la..

Rupenye.. BB ni special case, lain dari yang lain.. dia kene langgan pakej BB internet untuk membolehkan pengguna BB ni access application yang tersedia dalam HP (BB) drang.. termasuk lah saye, mule-mule memang hangin sebab credit hilang macam tu je, selidik punye selidik, terjumpe sudah rahsia dia (^_^)

Digi Prepaid Mobile Internet Unlimited ~terbaek~

Oh ni bukan nak post pasal BB.. tapi pasal Digi Prepaid Mobile Internet, yang rasenye perlu bagi pengguna tegar Internet Mobile. 

Prepaid Mobile Internet

Enjoy unlimited Internet access and stay socially connected with our brand new Prepaid Mobile Internet plans! Now you can stay connected anytime, all the time. Share, surf and chat away without limits.

Daily RM1 (100MB) 1am - 7pm
RM1 / day 
100MB daily usage quota (1am - 7am only)
+ Unlimited Social Messaging**
Daily RM3 (150MB)
RM3 / day  Limited Time Promo!*
150MB daily usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Weekly Social Messaging RM5
RM5 / week  Limited Time Promo!*
Unlimited Social Messaging**
Weekly RM7 (100MB)
RM7 / week  Limited Time Promo!*
100MB weekly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & Internet Surfing**
Weekly RM15 (450MB)
RM15 / week 
450MB weekly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM18 (250MB)
RM18 / month  Limited Time Promo!*
250MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & Internet Surfing**
Monthly RM30 (750MB)
RM30 / month  Limited Time Promo!*
650MB 750MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & Internet Surfing**
2 Months RM60 (1.5GB)
RM60 / 2 months 
750MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM48 (2GB)
RM48 / month  Limited Time Promo!*
1GB 2GB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM68 (5GB)
RM68 / month  Limited Time Promo!*
3GB 5GB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
WhatsApp - 5 Days RM5 (100MB)^
RM5 / 5 days  Limited Time Promo!*
100MB usage quota for 5 days
+ Unlimited WhatsApp Messenger
Mobile Internet Max 8 (Default Plan)Max. RM8 / day (30sen / 30KB)
Max. 30MB daily usage quota; Pay-As-You-Use

Unlimited Surfing via Opera MiniEnjoy unlimited Internet access via Opera Mini! To download, text OPERA to2000 or visit m.opera.com.
Unlimited Social MessagingStay connected to your loved ones by sending/receiving unlimited messages, photos and videos all day!
Fair Usage Policy
DiGi's Fair Usage Policy ensures that everyone can enjoy the Internet at great speeds.
No CommitmentsSwitch to any Mobile Internet plan or back to your default 3G Mobile Internet plan whenever you wish.
Notes:
  • *Promotion is valid from 1 July – 30 September 2013 only.
  • **Unlimited Social Messaging is only applicable when you use the following social messaging apps: Facebook MessengerKakaoTalk,LineWeChatWhatsApp.
    Unlimited Internet Surfing (selected plans) is only applicable when you surf via the Opera Mini browser.
  • ^WhatsApp – 5 Days RM5 (100MB) is a 5-day Mobile Internet subscription plan exclusively for DiGi® Easy Prepaid subscribers who signed up on or after 4 September 2012 and DiGi® Best Prepaid subscribers who signed up on or after 6 December 2012.
  • Unlimited Social Messaging & Unlimited Internet Surfing are both applicable even after you have exceeded your Mobile Internet quota.
  • Prepaid Mobile Internet upgrades listed above are applicable to DiGi® Best Prepaid, DiGi® Easy Prepaid, DG Family Prepaid and selected legacy prepaid plan subscribers only. They are not applicable to DG Prepaid SmartPlan™, Prepaid Internet and Happy subscribers.

Kat atas tu saya copy paste dari page asal Digi, so sebaiknye klik sendiri pada link sebenar kalau tak paham untuk page di atas :

Share:

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan : Bacaan Doa Qunut Shalat Witir

Ramadhan : Bacaan Doa Qunut Shalat Witir

Pada malam pertengahan Ramadhan yaitu jatuh pada 15 Ramadhan, kebiasaannya di Malaysia setiap jemaah Masjid maupun Surau akan membaca Doa Qunut selepas ruku' dari rakaat terakhir Shalat Witir (1 rakaat).

Doa Qunut tidaklah menjadi satu kewajipan di dalam shalat samada shalat fardhu atau shalat sunat (Tarawih). Tetapi segelintir orang yang kurang memahami kedudukan Doa Qunut ini akan mengatakan Qunut adalah wajib dalam shalat fardhu maupun sunat.

Ini bukanlah satu masalah yang besar yang harus diperdebatkan kebenarannya, kedudukannya dan keshahihannya, kalau rasa nak baca Qunut.. silakan, begitu juga sebaliknye. Jangan sebab Doa Qunut,  bergaduh antara Kampung. Moga Allah Jauhkan.. Amin


Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa
qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Share:

Ramadhan : Tata Tertib Bacaan Surah Shalat Witir

Surah yang perlu dibaca oleh imam ketika melakukan Shalat Witir berjemaah pada 2 rakaat pertama adalah surah Al-A'la dan surah Al-Kafirun :

(1)

(2)


Surah yang perlu dibaca oleh imam ketika melakukan Shalat Witir berjemaah pada 2 rakaat pertama adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas :

(1)

(2)

(3)

Setelah selesai Shalat Witir 3 rakaat dua salam, lanjutkan dengan bacaan zikir Ya Latifu (zikir Ya Latifu) kemudian disudahi dengan bacaan doa Al-Mathurat. Sesetengah Masjid atau Surau, jemaah akan bersama-sama melafazkan niat puasa untuk keesokan hari. 
Share:

Friday, July 12, 2013

Ramadhan : Bacaan Bilal Shalat Tarawih Ramadhan 1434 H

Ramadhan : Bacaan Bilal Shalat Tarawih Ramadhan 1434 H

Bacaan Bilal Shalat Tarawih Ramadhan 1434 H sepertimana yang tersedia di atas silakan untuk mengunduh @ download ataupun share di mana-mana laman sosial.

Ramadhan : Bacaan Bilal Shalat Tarawih Ramadhan 1434 H

Kalau ada sahabat yang diberi tanggunjawap menjadi Bilal Shalat Tarawih di satu-satu tempat, hadiahkan sahabat anda dengan sekeping kertas atau hantar melalui email dan sebagainye.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu... (Al-Baqarah: 185)
Share:

Ramadhan : Lafaz Niat Shalat Witir 2 Dan 1 Rakaat

Ramadhan : Lafaz Niat Shalat Witir 2 Dan 1 Rakaat

Shalat Witir biasanya dilakukan seusai Shalat Tarawih 8 atau 20 rakaat berjemaah, setelah imam Tarawih selesai membaca doa akhir Shalat Tarawih, imam akan menyeru kepada semua jemaah untuk bersama-sama melaksanakan shalat witir secara berjemaah.

Shalat Witir tidak ditetapkan hanya 3 rakaat, tetapi boleh juga dibuat 1 / 3 / 5 / 7 asalkan bilangan rakaat Shalat Witir tersebut ganjil, kebiasaan jemaah-jemaah Tarawih di Malaysia melakasanakan Shalat Witir dengan 3 rakaat.

Kebiasaan imam akan mengimami jemaah untuk Shalat Witir dengan 3 rakaat dua salam, ada juga sesetengah masjid yang melakukan Shalat Witir dengan 3 rakaat 1 salam.

Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya Allah adalah witr (ganjil) dan mencintai witr [HR. Abu Daud]
Share:

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan : Doa Selepas 4 Rakaat Shalat Tarawih

Ramadhan : Doa Selepas 4 Rakaat Shalat Tarawih

Haish jangan pulak lupe nak bace doa ni lepas genap empat rakaat shalat Tarawih, kebiasaan di Malaysia ni memang ada doa setelah genap empat rakaat shalat Tarawih. Dengar cerita, sebelah Arab sane ada yang terus sambung walaupun genap empat rakaat shalat Tarawih. 

Tak perlu diperpanjang lagi cerita, kalau sekadar ingin tahu, boleh search di Internet.. hehe.. saye nak share satu pic tentang Doa Selepas 4 Rakaat Shalat Tarawih pada sahabat semua, walaupun mungkin kita mempunyai ilmu yang luas, tapi sebaiknye kite lebih menghormati jemaah surau / Masjid di tempat yang secara adat atau kebiasaan mereka buat bacaan doa selepas genap empat rakaat shalat Tarawih.

Tak payah buat kontroversi, hafal je doa kat atas dan baca selepas genap empat rakaat shalat Tarawih, settle masalah.. Ok?

"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh...."( Surah Al-Kahfi : Ayat 110 ).
Share:

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan : Zikir Ya Latifu Ya Kaafi Ya Hafizu Ya Syafi


Boleh pulak terlupe zikir ni time jadi imam, huh perkara yang tidak sepatutnye berlaku.. so sebelum sahabat semua terlupe macam saye jugak, lebih baik prepare awal-awal Zikir Ya Latifu Ya Kaafi Ya Hafizu Ya Syafi ni sebelum ada voice-voice yang tidak diingini untuk didengari.

Aku memang ingat dari atas sampai lah bawah, tapi time step Maujud, Maqsud, Ma'bud, A'zim aku dah jadi blur.. antara Maqsud setelah Maujud atau Ma'bud setelah Maujud. Lastly aku buat keputusan untuk diam sejenak mengikuti bilal yang bertugas pada malam tu, hehehe..

Ya Latifu Ya Kaafi
Ya hafizu Ya Syafi
Allah Ya Latifu Ya Kaafi
Ya Hafizu Ya Syafi
Allah Ya Latifu Ya Wafi
Ya Karimu Anta Allah

Maujud Lailahaillallah Lailahaillallah
Maqsud Lailahaillallah Lailahaillallah
Ma'bud Lailahaillallah Lailahaillallah
A'zim Lailahaillallah Lailahaillallah

Trik-trik Imam Tarawih pelajar Maahad Tahfiz ni lebih kurang same je.. so antara pelajar Tahfiz mesti boleh paham dengan kejadian yang dilakukan walaupun pada hakikatnye, nak cover balik ape yang dia tak ingat, dan seolah-olah imam tersebut tak buat salah ape pun (^_^).

Satu tahun tidak terasa, Ramadhan telah kembali mengunjungi kita, Semoga yang dilalui dan dilakukan menjadi kebaikan di bulan suci ini, Marhaban yaa Ramadhan Mohon Maaf Lahir dan Bathin
Share:

Ramadhan : Lafaz Niat Shalat Tarawih 1434 H


Walaupun Bulan Ramadhan selalu datang tepat pada waktunya, manusia tetap juga leka dengan kemewahan dan keindahan alam ciptaan Dia yang Maha Esa sehingga lupa dengan perintah dan tanggungjawap sebagai seorang yang beragama Islam untuk mempersiapkan diri, muhasabah diri sekaligus berazam meninggalkan dugaan dunia semata-mata mencari keridhaan Ilahi di Bulan Mulia Ramadhan dan mengharapkan keberkatan demi kebaikan dunia dan akhirat.

Sangat sedih bercampur malu dengan sikap manusia yang acuh tak acuh dengan kedatangan Bulan Ramadhan untuk tahun 2013 ini, bagaimana tidak, manusia tahu cara untuk membeli kereta, manusia tahu bagaimana untuk mencari rezeki dan manusia juga tahu kenikmatan yang diperolehi dari keluarga mawaddah warahmah (Islam).

Tetapi masih juga ada manusia yang lupa tata tertib, adab, etika dalam menempuh Bulan Mulia Ramadhan, malu rasanya kalau sudah tua pun masih tidak tahu Lafaz Niat Shalat Tarawih, terlupa pula bagaimana caranya shalat Tarawih berjemaah di Masjid. Tiada Tuhan Yang Aku Sembah Melainkan Allah....

Masih belum terlambat kiranya saya ingin kongsikan bersama sahabat sekalian sekeping gambar Lafaz Niat Shalat Tarawih 1434 H untuk entry kali ini, walaupun sepertinya hal yang remeh, tetapi hakikatnya tidak semua manusia bersungguh-sungguh dalam mengejar kemuliaan, keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda di setiap kedatangannya Bulan Ramadhan pada tahun 2013 ini.

“Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari)
Share:

Sunday, June 16, 2013

Mursi Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria

Subhanallah.. mari sama-sama kita saksikan video pengumuman yang dibuat oleh Prime Minister Baru Mesir Muḥammad Muḥammad Mursī ‘Īsá al-‘Ayyāṭ membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria.


Kairo, ISLAMICGEO-Presiden Mesir Muhammad Mursi mengumumkan pemutusan total hubungan diplomasi dengan rezim Suriah, dan menyerukan mengadakan kenferensi darurat untuk menolong rakyat Suriah, di samping itu ia juga meminta oposisi Suriah untuk bersatu dan bersiap membangun Suriah baru.

Dalam pidatonya di depan ribuan orang yang menghadiri konferensi "Menolong Suriah" di Stadion Kairo, Sabtu (15/6), Mursi mengatakan Mesir telah memutuskan hubungan dipolmatik secara total dengan rezim berkuasa saat ini di Suriah, dan menutup kedutaan Besar Suriah saat ini di Mesir, dan menarik seluruh diplomat Mesir dari Suriah.

Mursi mengganggap apa yang berlangsung saat ini di Suriah adalah pembantaian massal, Mursi berjanji akan menjalin komunikasi yang intens dengan negara-negara Arab dan Islam untuk memperkarsai dan mengatur konferensi untuk menyelamatkan Suriah. Ia juga menegaskan bahwa Mesir meminta masyarakat internasional untuk memberlakukan zona larangan terbang di atas Suriah untuk menghentikan pertumpahan darah.

Ia juga meminta kepada Hizbullah Libanon untuk meninggalkan bumi Suriah, dan menekankan bahwa negerinya Mesir berdiri melawan Hizbullah atas "agresi Hizbullah" terhadap bangsa Suriah.

Presiden Mesir juga menganggap bahwa saat ini tidak ada lagi tempat dan ruang bagi Rezim Suriah untuk masa depan, karena telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan.

Ia juga mengajak rakyat Mesir untuk memperlakukan pengungsi Suriah yang ada di Mesir seperti rakyat Mesir pada umumnya.

Mursi juga memesan rakyat Suriah untuk berpegang teguh pada kebebasan karena kebebasan tak tergantikan kecuali "kehinaan", ia mengajak rakyat Suriah menyatukan shaf dan meninggalkan perbedaan-perbedaan, dan bersiap secara bersama-sama dengan seluruh elemen rakyat Suriah untuk bekerja keras, bersusah payah untuk hari-hari yang akan datang yang menuntut kesungguhan penuh untuk membangun Suriah yang baru. (Anas/Alj)

Sumber : islamicgeo
Share:

Friday, June 14, 2013

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin Beserta Anaknya Putra Rayfal

Aah aku pon tak paham kenape dengan mereka-mereka yang sangat suka amik tahu pasal artis ni sampaikan time dia mengandung sampailah melahirkan orang nak tahu guane keadaan dia, muke dia, macam mane wajah anak dia, comey ke idak.

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin Beserta Anaknya

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin Beserta Anaknya

Tetap tembam jugak ngko ea Fasha? :D

Kalau ade jer slek sikit.. habis kecoh satu dunia (Malaysia), padahal aib orang tuh.. tapi kalau comel pulak, ada jugak yang tak puas hati.. hahaha.. pikir-pikir balik kan, sangat kesian lah pada artis sekarang ni.. kalau nak kate gaji besar, rasenye takde la boleh lawan gaji Lecturer.. ?


Gambar Anak Fasha Sandha Putra Rayfal

Tu aku tak pasti pulak gaji artis-artis ni kan.. tapi aku terbukak pulak satu thread ni, drang share pendapatan yang diperolehi oleh artis masa drang (artis) ni buat show di tempat yang tidak diberitahu lokasinye.. haish, aku sertakan link thread tu kat bawah :



Mungkin betol dan boleh jugak sebaliknye.. mane aku tahu, bab-bab menggosip artis ni aku tak pakar sangat.. kepakaran tu terlebih pada melihat saje.. hehehe.. malas nak amik port sangat dengan dunia artis ni, tuh pasal bile orang tanya aku nama artis aku tak tahu.. aisehhhh (^_^)

Jangan tengok saje SS pendapatan yang diperolehi oleh artis masa drang (artis) ni buat show kat atas, kome baca thread kat bawah ni, baca komen-komen user yang lepak kat thread tuh.

Ape Kate Mereka : -




Share:

Thursday, June 13, 2013

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

Saje nak share gambar peparu bagi perokok tegar di kalangan manusia masa kini.. kat bawah rasenye sangat jelas terpampang gambar peparu bagi perokok tegar. Kome nak tahu ape yang best dapat merokok ni? hahah.. takde mende yang best pun.. lagi tak best adelah..

Saye jugak seorang perokok yan tak berape tegar, tapi alhamdulillah sekarang dalam usaha nak berhenti, usaha punya usaha berjaya jugak capai 2 tahun berhenti dari merokok.. start saye mule rokok mase darjah 3 dekat kebun sawit wak Sungkreng Selangor, rokok Sallem masa tu.

Kire ade lah sikit tahu menahu bab-bab merokok nih.. lagi power masa belajar di Aceh, huyyo.. sehari sekotak Mallborro @ PallMall 20 bat kowt.. sungguh tak sayang nyawa yang Allah dah bagi.. bodo tak bodonye saye mase tuh (^_^)

Malas nak membebel panjang-panjang.. moh le kite sesame muhasabah diri balik, tanye balik diri sendiri ape yang kite dah buat pada badan kite.. tak sayang tubuh ke hape????

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

Kandungan Dalam Rokok? Tak Percaye? Percayalah..

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

Amacam? Alaaaa mesti ada bran punye nak ngisap lagi.. relax la, sehari sebatang je kawan.. orang lain sehari 1 kotak, relax je.. tak mati pun drang? Ok la tuh.. teruskan.. (^_^) kan bagus untuk kesihatan..
Share:

Wednesday, June 12, 2013

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Shaz.. Saya la tu..hehe..Firstly, terima kasih kepada admin KBM a.k.a Mr.Wadud di atas kesudian dan keizinan beliau untuk membiarkan saya menconteng di blog nya ini. Saya bukanlah penulis (dan saya pun tak tau apa yang patut saya tulis).. Saya juga bukanlah seorang bijak pandai.. Saya bukan sesiapa.. Saya hanyalah seorang pelajar, yang baru belajar, dan akan terus belajar hinggalah otak saya ini tidak mampu lagi untuk belajar..heheh.. 

Apa pun sedikit pembetulan di atas cerita Wadud tadi.. Kami berkenalan di UKM (bukan UMK) semasa Prog Study Tour tersebut dan perkenalan tu berpanjangan sehingga sekarang.. Wat masa ni saya tak tau nak share apa kat sini sebabnya saya sekarang ngah cuba untuk fokus pada final exam (cuba je).. So In Sha Allah saya akan cuba untuk menulis atau mengarut setelah saya abis exam ok!

Pada korg semua, selamat berkenalan dan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Wadud.. Doakan saya sukses dalam imtihan kali ni ye! PEACE!!
Share:

Penulis Baru Kehidupan Blogger Malaysia

Penulis Baru Di KBM

Selamat datang kepada penulis baru KBM (Kehidupan Blogger Malaysia) atas 'kesudian' beliau menerima lamaran sebagai penulis bagi Blog Kehidupan Blogger Malaysia. Seperti yang diketahui (aisehh) sebelum ni KBM telahpun menerima seorang penulis yang dikenali sebagai Asyi@asyar.

beliau sekarang berada di Sabah dan bekerja sebagai guru (j-Qaf).. yang lain? boleh klik pada link yang saya sediakan kat atas, sebab panjang lebo beno kalau saye nak detailkan background beliau (^_^). Penulis baru? hamboi laju jer nak kenal ea? 

Singkatnye, perkenalan antara kami 'berlaku' adalah mase saye bersama group dari IAIN (Aceh Indonesia) 'bertandang' ke UMK dalam agenda mengikuti Program Study Tour To Malaysia (bukti kat sini !!!). Sejak bile saye menggunakan istilah-istilah skema dalam KBM?

Nak panjang-panjang.. anda sume bolehlah belek-belek di part Profile Penulis di bahagian kanan paling atas, atau di sini (SHAZ) dan di sini (Asyi@asyar). Nak kenal dengan lebih lanjut, boleh add FB mereka di Facebook.com ye. Heeeee..

KBM sebeno tengah bertungkus lumus nak pujuk sorang penulis berkaliber nih.. tapi macam takde harapan jer.. hahaha... nak tahu sape dia? PM me lah (astagfirullah, jahatnye saya).
Share:

Monday, April 15, 2013

Anak Lelaki Pertama Fasha Sandha

Hari tu aku ada tengok kat MHI kalau tak salah, ke kat MELODI ntah pasal Fasha Sandha yang bakal melahirkan anak pertamanye bersama pasangan Rizal Ashram (aku pon tak kenal), ape-ape pon first tahniah la dari KBM ye. Aku teringat Fasha ni sebab tak sangke aku dia jadi bapak besar masa dalam TV, so bile aku terbace satu artikel pasal kandungan dia, dan sudah pun melahirkan anak lelaki pertama Fasha Sandha. Nama anak lelaki Fasha Sandha dan Rizal Ashram? aku pon tak tahu.. (^_^)

Anak Lelaki Pertama Fasha Sandha

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2013: Hari ini, tanggal 15 April 2013 telah meleraikan segala pertanyaan dan penantian daripada semua peminat kepada aktres sensasi Fasha Sandha, apabila dia telah selamat melahirkan bayinya pada pagi ini.

Tahniah diucapkan buat pasangan Fasha dan Rizal Ashram daripada Murai.com.my.

Menerusi laman Facebook rasmi peminat Fasha Sandha iaitu We Love Fasha telah memberikan info mengenai kelahiran ini termasuk sekeping gambar memperlihatkan Fasha mendukung bayinya sambil tersenyum.

Menurut status yang diletakan di Facebook rasmi peminatnya, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi ini di Prince Court Medical Centre.

Tiada sebarang maklumat mengenai nama atau info lain yang dapat dikongsi buat masa ini.

Murai.com.my ada menghubungi pengurus Fasha Sandha bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai berita gembira ini.

Bagaimanapun pengurusnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa kebenaran daripada suami Fasha, Jejai.

Namun dia berkata, Fasha berada dalam keadaan sihat dan begitu juga bayinya.

Jejai juga melalui Twitter miliknya telah meletakkan status menyatakan rasa gembira dengan kelahiran warisnya bersama aktres tersebut.

"Baby boy safe delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamudlillah, syukur kepada Allah.", merujuk kepada status Twitter Jejai itu.

Sekali lagi sekalung ucapan tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli diatas kehadiran ahli baru.

Haish mengkome pon boleh ape masuk paper bile dah berjaya melahirkan, asal lak artis je yag boleh? keh3.. tapi maw taw la ape yang perlu dibuat, bukan susah pon.. masuk jela paper.. gura-gurau tengahari. Sumber : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14520&c=1&s=1
Share: