Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

#2 Terima Panggilan JAWI

#2 Terima Panggilan JAWI

Macam yang dijanjikan aku akan update berkaitan JAWI berkesinambungan dari post sebelum ni (PENGALAMAN TEMUDUGA/INTERVIEW JAWI 2016). Sebenarnye aku agak frust lepas tahu member aku yang pegi sekali waktu interview haritu, dapat panggilan JAWI sehari lepas (selasa) untuk hadiri taklimat guru JAWI. Maksudnye confirm dapat la... dah apesal HP aku tak berbunyik ni? seharian jugak la menunggu. Yelah, paling tidak dapat tahu keputusan pun dah OK walaupun tak lepas interview.

Aku mintak tolong dia untuk tanya orang "dalam" berkenaan status interview aku haritu. Dupdap dupdap jugak la jantung nih! almaklum manusia tu bersifat lemah (aku laaa), dan bodoh tetap mengharap sesuatu yang dahpun pasti akan ketetapan Allah. Tunggu punya tunggu, dapat la whatapps. Keputusan nya adalah, "MARKAH TIDAK MELEPASI 60". Masa tu... macam sedih, geram, marah semua ada. Terdiam kejap aku. Hehehehe... bukan sebab ape, bile kite dah rasa kite buat yang terbaik, dan meletakkan sedikit@banyak harapan pada sesuatu, keputusan pulak tidak seperti yang diharapkan... itulah jadinye.

Dan... soalan dia bukan main mudah, aku pun confiden jela jawab, siap penguji tu ucap tahniah lagi. Cara aku tenangkan diri adalah dengan kembali redha pada Allah. Betul, itu adalah cara yang terbaik untuk menangani segala masalah. Aku marah diri aku yang bodoh sebab persoalkan "kenapa" "mengapa" pada Allah, sedangkan DIA lebih tahu? (skang ni setan dok hasut fikiran aku jilake punya syaitonnnn!!). Istigfar, berzikir ingat Allah.. alhamdulillah, syg juga Allah kat aku... lepas tu tenang hati aku untuk terima kenyataan. Dan ini adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk aku. Mungkin kalau dapat, aku jadi lebih bodoh sombong, jadi tak ingat dunia dan sebagainya. Jadi redha pada Allah adalah jalan terbaik sambil2 belajar muhasabah diri. Banyak yang aku belajar dari diri sendiri.

Nak dijadikan cerita, besok tu (RABU) aku ride FZ aku (sedap woo layan atas highway) gi UKM. Biasela jiwa muda, dulu tak berani nak merempit macam gini.. mungkin sebab nak cepat, hahaha. Rempit tu rempit la jugak, niat tu betulkan. Dalam sebuah hadis, Nabi sebelum naik kenderaan baca Taawuz (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ), masa duduk nabi baca Basmalah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم), masa kenderaan berjalan Nabi baca doa naik kenderaan (سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ). Rujuk kitab Syamail Muhammadiyah m/s 255. Malas nak takhrij hadis hehehe. Ape yang Nabi buat, termasuk dalam sunnah. Jadi menjadi kewajipan kepada kita untuk ikut. Sebab apa wajib padahal itu bukan syariat? habis tu, kau tu umat sape? kalau kau tak ikut pentunjuk Nabi yang salurannya dari Allah, kau ikut sape? betul ke ape yang menjadi ikutan kau tu? والله أعلمُ

Okeh sambung2... nak dijadikan cerita, tengah kemas2 kereta... "kling kling.... kling kling..." ni mesti insan tersayang aku ni (mak aku laaa). 0322740025 Aik ni bukan mak aku ni "Assalamualaikum, kami dari JAWI dan tahniah anda lulus dan diterima bagi permohonan guru KAFA. Sila hadirkan diri untuk taklimat di...." masa ni, aku bukan sedar aku jawap ape.. hahaha... sebab macam tak percaya. Nampak tak rezeki Allah? bodoh tak aku? sedih sebab tak dapat bagai, persoalkan ketentuan Allah. Rupenye Allah kata hang dapat, cuma sabar la sikit.. AKU tahu la.. AKU saja nak test hang ja.

Kesimpulannye, janganlah terpedaya dengan hasutan syaitan dan iblis. Makhluk tu yang datangkan perasaan syak wasangka dalam diri manusia.. masuk dalam tiap urat sendi manusia, berusaha untuk hasut manusia supaya manusia lupa pada Allah dan akhirnya tidak redha dengan segala ketentuan Allah pada dirinya. Nauzubillah.
Share:

Friday, April 22, 2016

Pengalaman Temuduga/Interview JAWI 2016


Harini nak share ngn korang atau pada mereka yang memerlukan info berkaitan interview JAWI. Cadangnye aku nak buat post ni dan mewajibkan korang baca setiap perenggan hahaha…, tapi disebabkan malas nak formal sangat dalam penulisan… so aku share direct jela. Hah! Korang yang kenal aku, jangan lupe sapa (tegur) lak…. Oooo amik info pastu diam2 blah cenggitu je, aku tuan blog ni adduat/duad/wadud. Hehehe guro2… tegur2 lah, kan kau baca tulisan kawan kau ni???

Sebenarnye, nama aku tak naik pun dalam list peserta interview… nak dikatekan rezeki la kan, ade la sorang membe rapat aku ni, memang rapat betul tak main2… die kenal dengan orang dalam, siap boleh mintak tukar tarikh interview lagi… punya nak kata kenal tuuu. Bile dah kata orang dalam, faham2 la macam gane aku buleh ada dalam list. Padahal membe aku yang mohon sekali lagi power background dia banding aku. Inilah dikatekan rezeki.

Ok direct to the point…. Korang jelajah fasal JAWI ni tak lain mesti nak tahu pasal interview… tak yah la nak kelentong, aku tahu la sebab aku pon sama, kalau tak haram nak explore fasal JAWI. Hehehe… jangan risau, aku cube ringkaskan seringkas mungkin. Antara yang perlu korang study adalah:

1. Perkenalkan diri. Tunjuk pada mereka sijil asal. (aku x bawak hahaha).

***TIPS: Kenalkan diri kau sepadat seringkas mungkin. Contoh, Nama, Umur, Asal, Pekerjaan mak ayah adik-beradik, pengajian, akhir sekali pengalaman bekerja.

2. Tilawah Al-Quran berserta tajwid. Okeh yang ni penting dan wajib… antara yang JAWI akan tengok adalah bacaan bertajwid. Okeh antara soalan yg aku kene tadi:
  • Surah Ar-Rad ayat 1-3.
  • Hukum tajwid lebih kurang 7 soalan.
  • Maksud dari beberapa patah perkataan dalam surah Ar-Rad. Yang ni mudah je, jangan risau.


*** TIPS: Baca sebaik mungkin, jangan tergesa2 dengan bacaan tartil. Jangan tunjuk power sangat tajwid tu.. kau buat2 la macam fikir2. Enjoy je…

3. Isu semasa berkaitan JAWI, contoh:
  • Siapa pengarah JAWI? Jawapan: HAJI PAIMUZI BIN YAHYA.
  • Siapa menteri hal ehwal Islam? jawapan: Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  • Ustaz tu tanya aku, ko orang mana? Aku jawab la orang perak yoep ust! Kau tau ape soalan dia? Siapa menteri besar perak sebelum Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir? Memula aku blur, lama2 teringat ade isu Nizar kat perak haritu. So jawapannye: Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin.


*** TIPS: Cakap dengan jelas dan lengkap nama berserta title terhormat ke ape ke. Aku siap kene sound sebab panggil Nizar! Ahahaha…

4. Pengetahuan asas dalam Islam, contoh Tauhid, Ibadah, Akhlak, Sirah (perang2, perjanjian hudaibiyah, aqabah). Aku share jugak link yang dah aku explore, mana yang berguna korang amik la buat rujukan:

Tauhid, Ibadah, Akhlak…. 



Sirah…..


***TIPS: Study jugak Sifat 20 Allah, Isra’ Misraj’, Tentang Nabi Muhammad/akhlak, Tentang Al-Quran,

Yang lain pandai2 la korang explore… bak kate membe aku, study gile2 parok2… last2 soalan tentang dosa besar dosa kecik je… hahaha… tak yah la serius sangat, paling tidak kau baca dan mark point2 penting. Semua ni basic, tapi kalau dah lama tak tinggal jadi basi jugak kan? Ape salahnye membudayakan minat membaca. Aisehhh…. Hahaha… selamat maju jaya semua. Insya Allah ada rezeki, permohonan aku diterima sebagai guru JAWI, aku akan update step yang seterusnya. Doakan aku jugak ^_^
Share:

Friday, February 27, 2015

#Blogger Talk : Kawan Di Media Sosial


Sebenarnye aku dah lama meninggalkan zaman kegemilangan update blog ikut naluri.. err.. maksudnye, update sekadar update kosong tak memberi faedah kepada diri aku sendiri mahupun orang lain. Kenape update ala balai? sebab aku kejo traffic, kejo visitor, matlamat untuk dapat BE dari sponsor (nuffnang), then buleh la kekalkan domain .com KBM. Tapi tu masa dolu-dolu la.. baru kenal blogspot, ramai kengkawan dok kata blogger tu la ni la.. diorang dah down, aku alhamdulillah sampai sekarang still menulis.

Skang blogspot tak popular dah.. orang lebih suka update status di FB, dapat like banyak2, fast respond dari kengkawan dan lebih mesra alam. Kat FB jugak tempat untuk mencari segala macam maklumat tak kira la mendatangkan faedah atau sebaliknye. Dunia sekarang dihujung jari, hang nak apa cakap? semua adaaaa... itulah dunia sekarang. Bagi mereka yang memanfaatkan kearah kebaikan, so hasilnye dapat la baik.. tapi kalo ko carik mende tak baik.. alhasil penjenayahlah engko. Terpulang kepada diri sendiri.


Tak dinafikan kekaguman aku terhadap kecanggihan teknologi FB untuk ketika ini, banyak membantu aku dapatkan contact member2 lama.. hehehe.. tapi aku rasa kebanyakkan orang gunakan FB tuk cari pasangan, kalu budak2.. cari awek.. cari pakwe.. pasal ni aku taknak la komen lebih2 sebab banyak hal yang bersangkutan kalau hal ini dibicarakan, aisehhh.

Ape yang dapat aku rumuskan pada dua jenis media sosial yang pernah dan hingga kini berjaya mempengaruhi majoriti manusia sebagai satu medium utama dalam bersosial, adalah Blogspot dan Facebook. Perbezaan yang sangat ketara dari kedua teknologi ini adalah FB ni mudah, tak perlu create ect, loading page yg sangat cepat, dan aku tak tahu masih ada atau tidak manusia yang tak punya akaun FB.. orang dulu2 tu lain la cite.. maksud aku sejak tertubunye teknologi FB nih. Kan?

Blogspot pulak... bukanlah susah gila2.. kome tak try lagi dah kate susah, acaner la tu.. sebenarnye konsep dia lebih kurang FB jer, malah bagi aku lebih memberi faedah dan banyak kebaikan disamping dpt kenal dengan blogger2 hebat.. create account, daftar di blogspot.. konsisten dengan menulis, dah siap. Banyak orang bagi alasan tang menulis ni.. ada yang kata tak reti karang ayat, tak reti tu, tak reti ni.. bagi aku tu bukan satu alasan melainkan perasaan nk mencube tu takde.. ace try tengok? hehehe..

Sebenarnye bukanlah hanya di alam maya saje kite boleh dapat ramai kenalan.. di alam yang nyate ni saje pun tak tertampung kite nak melayan karenah manusia. Ade beberapa point yang aku highlight untuk entry invited #BloggerTalk page (tq brader Amal Espraza) ni, pertama, sesuatu perbuatan baik atau buruk adalah datang dari diri sendiri.. jangan libatkan takdir Allah pada manusia. Kedua, berhati-hatilah dalam berkawan.. pilihlah kawan yang boleh memberi anda sesuatu yang bermanfaat sebab pengaruh kawan ni sangatlah kuat. Dan yang terakhir Ketiga, tanamkan sikap suka menulis.. tak kisah la kat mane pun.. cume kalau di blog, korang dah ada tapak sdn bhd. Ape barang tapak FB tumpang mark zukenbergh. Hehehe. Selamat maju jaya semua.
Share:

Thursday, January 15, 2015

Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

Pelik ke perempuan melayu bertudung berpeluk dengan artis K-Pop atas pentas yang dihadiri oleh beribu orang menyaksikan "aksi" tersebut macam takdek pape berlaku je? apakah hukumnya bukan muhrim bersentuhan malah berpelukan? tapi aku buleh kata tak hairan lah diorang tu relax jer berpeluk.. Rosmah relax je peluk Lee Chong Wei.. ke guane hukum die? aku ni jahil sikit bab2 hukum hakam.. ace mengkome yang arif bijaksane-sini berikan hukum.

... Berita Penuh ...
Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.

Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com , beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Sumber: freemalaysiatoday.com
Share:

Friday, January 9, 2015

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia

Kali ni apa pula sampai bom mengebom? jangan jadikan ini sebagai isu antara Malaysia Indonesia sudah.. 

... Berita Penuh ...

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia

BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.

Share:

Saturday, January 3, 2015

Ingat Lagi Mangsa Toreh Muka? Selamat Diijabkabulkan

Ingat Lagi Mangsa Toreh Muka? Selamat Diijabkabulkan

Kota Bharu: “Semalam (kelmarin) adalah hari paling menggembirakan buat saya selepas diijab kabul dengan tunang.

“Saya bersyukur permulaan tahun baru ini dimulakan dengan sesuatu yang baik selepas tahun lalu membawa kedukaan berganda saya dan keluarga,” kata Nur Syafiqa Lah, 22, yang menjadi mangsa samun dan toreh dalam kejadian 30 November lalu di rumahnya di Wakaf Berangan, Pasir Puteh.

Kira-kira 2.30 petang kelmarin, Nur Syafiqa selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd Azijja Zafran Mohamad Zahari, 24, oleh Imam Masjid Padang Pak Amat, Abu Husain Radzai disaksikan anggota keluarga terdekat.

Dia turut menerima mas kahwin RM10,000.

Turut meraikan hari bahagia pasangan itu adalah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58, yang turut menjadi mangsa kejadian samun berkenaan selain ayahnya Lah Hassan, 59.

Mewakili keluarga pengantin lelaki, ayah Mohd Azijja Zafran, Mohamad Zahari Omar, 57, dan Zaharah Yaakob, 53.

Nur Syafiqa berkata, perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada Mac, namun diawalkan selepas kejadian itu selain dirinya yang memerlukan sokongan insan kesayangan.

“Majlis akad nikah diadakan serba ringkas bagi memenuhi syarat dan tuntutan agama. Kami tidak merancang berlebih-lebihan kerana majlis resepsi hanya akan diadakan pada 28 Mac.

“Saya tidak menghebahkan perkara ini kepada umum sebaliknya hanya keluarga terdekat saja yang mengetahuinya,” katanya.

Pada majlis itu, Nur Syafiqa mengenakan busana merah jambu sedondon dengan suaminya.

Dalam pada itu, Nur Syafiwa mengaku menerima tekanan apabila orang ramai mula memperkatakan mengenai insiden yang berlaku padanya di laman sosial.

Dia turut berharap semua pihak menghormati privasinya dan memberi ruang untuk dia pulih sepenuhnya.

Dalam kejadian lalu, Nur Syafiqa menerima 15 kecederaan kebanyakan di muka apabila pipinya ditoreh penyamun yang memecah masuk rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:27 AM

Sumber
Share:

Tuesday, September 16, 2014

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi
ALOR SETAR - Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.

“Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan. Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi.

“Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria.

Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria,” katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir.

Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad.

Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad.

Share:

Monday, September 15, 2014

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pemimpin pejuang rakyat Malaysia di Syria, Mohd. Lotfi Ariffin, 46, meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki hari ini selepas lima hari berada dalam keadaan koma akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu pada 9 September lalu.

Mohd. Lotfi yang juga dikenali sebagai Ustaz Lotfi dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.40 pagi ini.

Menurut sumber, Mohd. Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah telah dibawa untuk menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya amat kritikal dan dia merupakan pemimpin pejuang bagi rakyat Malaysia di Syria.

"Mereka diserang menggunakan bom 'drum' yang dilemparkan oleh pesawat tentera Bashar Al-Assad ketika cuba memasuki kawasan perang.

"Selepas serangan itu, Mohd. Lotfi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Turki untuk menerima rawatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 September lalu, seorang rakyat Malaysia, Mohamad Fadlan Shahidi Mohammad Khir, 21, maut manakala lima yang lain termasuk Ustaz Lotfi mengalami kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka yang cedera itu kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan.

Kejadian terbaharu itu menjadikan empat rakyat terbunuh di negara bergolak iaitu tiga di Syria manakala seorang di Iraq.

Dua lagi yang maut di negara bergolak ialah Zainan Harith, 52, atau Mat Soh juga dikenali Abu Turab yang mati dibedil oleh kereta kebal Bashar al-Assad pada 20 Ogos lalu dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.

Kejadian yang menimpa Mat Soh turut mencederakan dua rakannya iaitu Mohd. Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Menurut sumber itu, Ustaz Lotfi telah pergi ke Syria pada 14 Februari lalu dan merupakan bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan dibebaskan pada 2006.

Sumber berkata, ahli keluarga Mohd. Lotfi juga telah dimaklumkan mengenai kematian tersebut.

Difahamkan, jenazah Mohd. Lotfi akan dibawa ke Syria untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kafr Zatay berhampiran kubur Mohamad Fadlan Shahidi dan Zainan Harith.

Share:

Tuesday, July 1, 2014

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat  (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). – 30 Jun, 2014.

Sumber :

Share:

Monday, June 16, 2014

1 dead, 16 critical after US tornadoes

Kita Sebenarnya Pernah Mati Dan Hidup Kembali

Baru-baru ini US digoncangkan dengan bencana alam yang hampir merosakkan seluruh wilayah perkampungan Pilger Nebraska United State (source). Bukanlah suatu perkara yang asing bagi kita sering mendengar bencana alam menjadi tetamu tak diundang di mana-mana saja dan memusnahkan segala apa yang ada dihadapannya. Lumrah alam yang sengaja diberikan Allah kepada hambanya agar hambanya tidak lupa akan kekuasaanNya di muka bumi ini.

Allah tidak akan menzalimi hambanya melainkan hambanya menzalimi dirinya sendiri. Peringatan terus dari Allah ini sememangnya bukanlah menjadi jangkaan kehebatan teknologi manusia, malah menunjukkan betapa lemah manusia hingga tidak tahu apakah yang bakal berlaku pada detik seterusnya, melainkan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan bencana alam lainnya.

Allah yang telah menjadikan bumi ini, menciptakan segala yang ada di bumi ini, menghidupkan dan mematikan sebagaimana dalam firmannya dalam Al-Quran :

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)". - Al-Baqarah ayat 28.

Dia juga berhak melakukan apa saja dimana saja mengikut kehendakNya, firman Allah dalam Al-Quran :

"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)". - Al-Baqarah ayat 22.

Mengapa manusia masih tetap ingkar melanggar perintahNya, mengutamakan jalan gelap syaitan dan menjadikan syaitan sebagai penasihat kehidupannya. Kita yang beriman kepada Allah dan Rasulnya Muhammad, sedar akan setiap bencana menimpa adalah rahmat dari Allah SWT agar hambanya tidak lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya.

1 dead, 16 critical after US tornadoes
17 JUNE 2014 @ 11:38 AM

Footage Of Twin Tornadoes Touch Down in Nebraska.

PILGER, Nebraska: At least one person was killed and 16 others were in critical condition today after massive tornadoes swept through northeast Nebraska, destroying more than half of the town of Pilger, hospital and emergency officials said.

The National Weather Service said at least two twisters touched down within roughly a mile of each other. Emergency crews and residents spent the evening sorting through demolished homes and businesses in the town of about 350, roughly 100 miles (160 kilometres) northwest of Omaha.

“More than half of the town is gone — absolutely gone,” Stanton County Commissioner Jerry Weatherholt said. “The co-op is gone, the grain bins are gone, and it looks like almost every house in town has some damage. It’s a complete mess.”

Victims were taken to three regional hospitals, and at least one had died from unspecified injuries, hospital officials said.

Stanton County Sheriff Mike Unger estimated that 50 to 75 percent of Pilger was heavily damaged or destroyed in the storm. The local school is likely beyond repair, he said.

“It’s total devastation,” Unger said.

Unger said five people had to be rescued from a rural home day care facility northwest of Stanton. That home was hit just before the storm moved into Pilger.

Nebraska Gov. Dave Heineman declared a state of emergency, and the National Guard was preparing to deploy to assist local emergency responders and help with the cleanup. Heineman and officials with the Nebraska Emergency Management Agency were expected to arrive Tuesday morning.

Pilger was evacuated for the night, and the Nebraska State Patrol closed all roads into town. Most residents made their own arrangements, but some were taken to a shelter at Wisner-Pilger Jr.-Sr. High School in nearby Wisner.

About a dozen residents had arrived at the makeshift shelter by 9:30 p.m., and school officials were expecting more to come later, said Wisner-Pilger Schools Superintendent Chad Boyer. The shelter will remain open to residents for as long as needed to offer food, water, showers and cots, he said.

“I just have to use one word — devastation,” Boyer said by phone from inside the school. “It’s a tremendous loss all around the town. Certainly, our thoughts and prayers are with the community.

Tornadoes also caused damage in Cuming and Wayne counties, the Nebraska Emergency Management Agency said in a news release.

“We are still in a response mode in these communities,” said Earl Imler, NEMA’s operations officer. “We are collecting damage reports from local officials on the ground.”

Faith Regional Health Services in nearby Norfolk was treating 16 patients with critical injuries, and one person had died, said hospital spokeswoman Jodi Richey.

Providence Medical Center in nearby Wayne treated three tornado patients, including two who had lacerations, said hospital spokeswoman Sandy Bartling. Two were released Monday evening, and the third patient was in stable condition, she said.

Meteorologists with the National Weather Service were also tracking a tornado near the town of Burwell, in central Nebraska.--AP

Source : http://www.nst.com.my/node/3574
Share:

Sunday, June 15, 2014

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.



Amacam kawan? ade bran lagi nak telan Cadbury ke? ritu bukan bagai ke JAKIM kate nak demo makan Cadbury depan khalayak ramai? apekah kegilaan ini? yang jadi mangsa adalah macai-macai yang sanggup melakukan ape saje.. maybe drang sorok kot was-was tu.. kire Allah tak tahu la.. Ok la, paling-paling pun makan babi jer.. ala sikit je dalam Cadbury tuh. Rujuk SINI.

Tapi takper.. macai-macai ini sanggup lakukan ape saje.. so JAKIM hanya mengatakan mereka sakit gigi atau sakit perut yang amat sangat agar dapat melepaskan diri dan selamat kerane was-was dalam diri mengatakan Cadbury ada DNA porcine.. so? ape hal nak pakse-pakse aku makan Cadbury? begitulah jawapan orang-orang berkepentingan untuk diri sendiri.
Share:

Saturday, June 14, 2014

Kod E300 terdapat pada minuman Yeo's Lychee Drink

Pernah dengar air minuman Yeo's Lychee Drink? terdetik nak check kandungan bahan yang terkandung dalam minuman tersebut, terkejut jugak bile tersenarai kod E300, ingat lagi beberapa kod yang tersenarai sebagai kod lemak babi? boleh rujuk sini : http://www.duadz.com/2014/05/makanan-yang-mengandungi-lemak-babi.html.

Setelah beberapa pencarian dibuat berkaitan kod-kod lemak babi, aku sendiri jadi keliru dengan statement-statement dibuat JAKIM terhadap beberapa kod yang menjadi kekeliruan pengguna Islam di Malaysia, dari yang difahami, semua kod E bukanlah dilabelkan sebagai kod lemak babi, contoh kod E300, E471 dll pun tidak dilabelkan sebagai kod lemak babi, malah selamat untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam suatu makanan.



Anda boleh rujuk beberapa kod yang menjadi kekhuatiran pengguna di atas. Aku jugak cube untuk cari dari mana kod tersebut diambil, tidak ade pun dalam web JAKIM, kebanyakkan yang share kod ni adalah dalam web peribadi, bukan bermaksud tidak percaya, tapi hal penting seperti ni wajib diberi penerangan khas pada pengguna oleh pihak JAKIM sendiri, bukan dengan membuktikan mereka berani makan secara terang-terangan.

Ape pun, hati-hati dengan makanan yang anda makan.. aku dah bedal air tak terkire dah, patut rase bebal jer diri nih.. hehehe.. bukan ape, zaman di kehidupan sekarang ni tak boleh guna dah istilah mengharapkan orang lain.. diri kita sendiri kene alert terhadap semua hal, barulah berjaya dunia akhirat.


Fatwa Qardhawi DNA Babi Halal Dimakan (SUMBER)


DNA Babi Halal Dimakan – Dr Asri (SUMBER)

Jadi keputusan di tangan anda.. kalau rase yakin, makan, ade was-was lebih baik dan selamat untuk ditinggalkan. Aku bukan alim yang banyak ilmu untuk bahas mengeluarkan bermacam hadis dan sumber yang lain, tapi kerane aku diberi Allah hal sebagai manusia untuk bersuare selagi aku berhak keatasnye. Ade otak bukan untuk berbuat kejahatan melainkan kebajikan agar diredhai Allah, tapi malah Malaysia sekarang bermacam isu dan masalah yang timbul yang mane menurut aku, tidak diselesaikan dengan sempurna.

Kemana MH370? ape penjelasan tentang isu Panda? isu kg. Chubadak? isu GST? rakyat Malaysia perlu penjelasan dari PM sendiri, tak perlu turun padang pun takper.. tak hengen pun aku nak jumpe hg, paling tidak adakan forum-forum khas berkaitan isu-isu semasa di Malaysia.

Lebih gentle kalau ajak parti lain berforum, baru lah nampak kebenaran kat situ.. ade la jugak keikhlasan nye.. kalau forum dengan ahli yang dah confirm akan sokong setiap pembahasan buat ape.. baik tak payah, baru berkembang sikit otak tu.. ni tak, takat tu jela.. aman ke Malaysia? aman la sangat.. pasal tinted pun tak boleh nak tangani.. MH370 apetah lagi, berbulan dah ~

Kod E300 terdapat pada minuman Yeo's Lychee Drink :


Share:

Thursday, June 12, 2014

Panas ! DBKL Kene Sound Penduduk Kg. Chubadak (Video)


Apabila salah dalam memilih pemimpin, jika si Pemimpin adalah seorang yang memimpin ke arah kebenaran dan ketulusan.. maka masalah seperti ini paling tidak dapat diurus dengan lebih baik dan sempurna tanpa ada ketidakpuasan dari mana-mana pihak.

Sebaliknya jika si Pemimpin memimpin kearah ketidakadilan dalam mengurus rakyatnya.. rakyat akan mula bertindak untuk berdemontrasi, menyuarakan hak mereka sebagai rakyat, melaungkan kata-kata semangat dengan harapan si Pemimpin tadi mendengar keluhan dan rintihan mereka. 

Panas ! DBKL Kene Sound Penduduk Kg. Chubadak (Video)

Apakan daya sebagai seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan pada Raja dan Negara, bertungkus lumus mempertahankan nama baik Negara demi kebajikan cucu cicit mereka? balasan yang setimpal seharusnya mereka terima, bukan dengan menghancurkan tempat teduhan mereka !

Akhirnya rakyat terpaksa akur dengan segala aturan dan arahan yang diberikan demi menjaga periuk nasi sendiri, mungkin bagi "mereka" kami bukanlah makhluk yang selayaknya diberi peluang untuk mempertahankan maruah diri, melainkan hanya melayan lagu "angguk2 geleng2".


Panas ! DBKL Kene Sound Penduduk Kg. Chubadak (Video)

Bukanlah satu hal yang perlu diutarakan sekiranya tidak pernah kami melihat usaha serta hasil dari setiap kata-kata yang keluar dari seorang pemimpin pilihan kami, melainkan perlu bukti kukuh dan penerangan kepada rakyat, agar tidak lagi kami mengatakan Ini Semua Poyo !

Satu soalan, adakah duit Negara adalah milik Pemimpin? ataukah milik individu VVIP? ataukah milik kerabat diRaja? ataukah milik Rakyat? terkadang kesengajaan dalam membuat keputusan itu perlu, tetapi yang melibatkan hak rakyat perlulah dilurus dan diurus dengan seadilnya. Maka.. itulah yang dinamakan Negara Membangun Maju Menuju Wawasan Akhirat.

Sumber : 
Share:

Wednesday, June 4, 2014

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury
 
Para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halal produk berkenaan.

Laporan laman Astro Awani menyebut, pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata ia bagi menunjukkan bahawa jabatan itu berpegang kepada keputusan yang dikeluarkan semalam.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan hasil ujian Jabatan Kimia yang tidak menemui sebarang DNA babi dalam dua jenis produk terbabit.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak Jakim hanya menggunakan makmal Jabatan Kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang Jakim gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/264587

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury

Amacam? ada bran ke nak makan? walau demo macam mane sekalipun.. terbukti jelas lagi nyata adanya DNA porcine dalam Cadbury tuh, confirm2 aku tak makan... apetah lagi nak was-was.. BABI kot ~
Share:

Tuesday, June 3, 2014

Yakinkah anda dengan sijil dan logo halal JAKIM?

Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 03, 2014 11:10 MYT)

KUALA LUMPUR: Perkembangan isu DNA babi yang ditemui dalam dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang berlaku dengan pantas menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna.

KKM pada 24 Mei lalu mengesahkan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

JAKIM pula pada 26 Mei berkata, keputusan rasmi berhubung status halal coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 29 Mei mengesahkan bahawa hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan'.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.



Mula-mula KKM mengesahkan adanya DNA babi dalam kandungan Cadbury..


Pastu JAKIM pulak nak bersoal siasat dari keputusan KKM yang mengatakan Cadbury terdapat DNA babi...


Alih-alih Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan Hukum sekaligus fatwa mengatakan Cadbury yang telah dikaji selidik oleh KKM Halal.. apekah kegilaan ini?


Terang lagi bersuluh terbukti adanya DNA babi dalam ramuan coklat Cadbury ni.. tibe buleh kate Halal? bukannye ni makanan asasi rakyat Malaysia.. tapi tetap jugak nak pertahankan keHalalan coklat tersebut.. serius kalau bagi offer/free sekalipun.. confirm aku tak makan ~


Semua ni menimbulkan keraguan sekaligus memberi persepsi buruk Malaysia terhadap negara Islam yang lain.. kalau dah babi tu haram dan jelas-jelas terbukti adanya campuran DNA babi dalam coklat tersebut, kenapa susah sangat nak tolak dan katakan Haram untuk mengomsumsi coklat nih?


So nak makan ke tak? nak ke tak? tak makan tak mati pun.. makan kang was-was.. tapi ni offer baik punye Rm1, tapi banyak ceklat lain yang murah dan best.. nape mesti amik yang was-was? so jawapannye.. 

Memang dulu aku pun bedal jer.. almaklum full chocolate plus nut, pergh memang menjilat jari.. ingat lagi abg aku makan Cadbury, nampak aku sorok terus.. padahal bukan tak nampak mulut penuh coklat? nak kate feeling kesedapan Cadbury tuh.. dari kesedapan tu sebenarnye tersimpan seribu rahsia.. hahahaha ~ 

Ada babi rupanya, patut bebal pun aku (^_^) ape-ape pun.. Islam itu mudah, Allah takkan menganiaya hambanya jika hambanya tidak tahu dan tidak sengaja dalam menjalani kehidupan.. Allah Maha Tahu, jadi tak perlu lah nak cuak2 kate seluruh badan ni wajib disamak dan sebagainye.

Ingatlah.. walaupun bermacam cara puak kafir cuba untuk menjatuhkan Islam.. satu hari Islam akan bangun dengan sendirinya menghalangi setiap seluk beluk kejahatan dan menjadikan Islam adalah agama resmi dunia. Insya Allah, Amin.
Share:

Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas: Ulangi sejarah 1992

Piala Thomas: Ulangi sejarah 1992

APAKAH sejarah 1992 dapat diulangi kembali pasukan badminton negara menjelang pertembungan akhir dengan Jepun pada kempen Piala Thomas di New Delhi, India hari ini.

Kelmarin, Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakannya membuktikan semangat melawan Malaysia belum padam apabila melakar kejutan menewaskan Indonesia 3-0 di separuh akhir.

Kini, peluang kembali beraksi di pentas final sejak 12 tahun lalu jangan harus dipersia-siakan begitu sahaja jika tidak mahu episod kegagalan lalu berulang.

Namun, sukacita diingatkan bahawa berdepan Jepun yang dibarisi Kenichi Tago, Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo. Kento Momota satu lawan liat yang perlu dihadapi kem negara.

Apa tidaknya, mereka menyingkirkan juara bertahan, China di peringkat separuh akhir dan dijangka mampu mencipta kejutan terbesar menjulang trofi buat pertama kali dalam sejarah andai menewaskan pasukan Malaysia.

Begitu pun, Chong Wei melaungkan amaran tekad saji permainan terbaik untuk tamatkan badi tanpa gelaran 22 tahun.

“Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

“Semangat kita memang cukup bagus.

"Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun,” katanya.

Jika rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu.

Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010.

Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia.


Aku tengah layan Astro Arena nih.. third game.. Malaysia 1 Jepun 2, nampak ada harapan nak menang game ketiga nih, kot mane pun mesti kene menang, sebab kalau game ketiga ni kalah, automatik Malaysia tak dapat nak raih kemenangan Piala Thomas.

Dari petang tadi aku layan time Lee Chong Wei menang first game.. second game, beregu Malaysia kalah.. so skang penentuan untuk dapatkan game terakhir, seterusnye dapat kembali raih Piala Thomas untuk Malaysia.

Berharap.. berharap.. ape2 pun manusia tak punya kuasa untuk mengubah ape yang telah Allah tetapkan, inilah dikatakan manusia itu lemah, hanya berharap dan berharap.. tetapi Allah lah yang menentukan segalanya.. setiap yang berlaku ada hikmahnya (^_^)
Share:

Friday, May 2, 2014

Aku Buat Macam Ni Kalau Follow Ladydriver

Bukan semua pemandu wanita tidak cekap dalam mengawal stereng/kereta, kadang2 mereka ni lebih berhati-hati dan perasaan cuak tu selalu datang dan bermain difikiran mereka. Sampaikan nak amik corner pun brek macam ada traffic light kat depan.. gile tak cuak aku follow belakang dia bai? confirm2 aku pun menjaja.

Bukan nak memburukkan, tapi ni realiti kehidupan setelah brape tahun aku dok bawak kete dan berhadapan dengan karenah2 pengguna jalan raya yang lain. Ingat lagi bapak aku pesan mase first time blajo krete dengan bliau :

Ayah : ko kene hati-hati dengan beberapa individu ni bile ko bawak kete..

Aku : sapekah mereka itu wahai ayahku?

Ayah : mereka adalah golongan india, wanita dan warga emas.

Aku : baiklah ayah.

Bile dapat pesan macam tu dari ayah, aku jadi berhati2 bile follow individu2 tersebut.. dan memang, memang bahaya tetambah bila ada traffic light yang warna hijau kedip2 tu nak tukar pade warna kuning kemudian tak sampai 4 saat tukar warna merah, confirm time hijau kedip2 tu pemandu india yang bawak laju akan brek betul2 depan grisan putih, idak ke menyeret tayar aku!

Ape aku akan buat kalau jadi macam ni? tengok mood la.. kalau agak moody sikit, masa masuk gear satu aku potong dan main masuk line depan pastu brek sikit kasi keluar itu lampu merah.. kompom terkejut, paling tidak pun aku cucuk angin jela.. tapi, sekarang ni dah tahu perangai2 drang ni, aku nak marah pun tak lalu.. sikit maki ada la (^_^)

Tapi tak semua individu terkait macam gitu.. ladydriver skang banyak yang power2, tapi kengkadang yang terlebih power ni pun menyakitkan hati gak... hehehe.. macam itu hari, aku dari Kota Bharu nak ke Grik ikut  Jeli, kau paham la kebengkokan jalan Jeli macam mana.. ade sorang minah ni, naik MYVI 1.3 kalau tak salah, kete baru, die potong Honda SM4 bapak aku macam tengah race jer! gilo!

Last2 dalam setengah jam cenggitu, ada sorang eksiden kat tepi jalan, bapak aku suh aku stop kete, ntah katenye nak tolong ape yang patut dan aku mengiyakan. Lastly dapat info, yang eksiden tu sebenonye yang bawak kete macam pelesit tuh, sorang mamat ni tak puas hati sebenarnye.. hahahaha! sebab dia dipotong begitu saje, eksiden sampai berpusing kereta, tayar keatas..

(gambar hiasan dan guarauan)

So pengajarannye, berhati2 lah dalam memandu, setekat mana sangat kita nak pandu laju walau kita expert bawak krete sekalipun.. dah eksiden baru nak menyesal memang tak jadi bos.. kene ingat dulu sebelum terkene. Sebab kalau dah kene, nak menangis darah pun bende dah jadi, kalau kete je hancus takpe.. ni orang-orang pun habis hancus.. Minta Allah Jauhkan. Amin.
Share:

Saturday, April 26, 2014

Hakikat Kehidupan Manusia Masa Kini

Hakikat Kehidupan Manusia Masa Kini

Setelah betul2 sekian lame tak update entry terbaru di KBM.. terdetik sudah nak hidupkan balik KBM ni untuk kembali pada zaman kegemilangan beliau macam dolu-dolu. Sebenarnye dah banyak kali terdetik nak post entry terbaru, tapi asyik terhenti dek banyaknye halangan mendatang.

Sejak terhenti menulis di blog, banyak perkara yang dah berlaku sekaligus memberi pengalaman kepada diri ini tentang sesuatu. Sampai satu saat, terasa macam nak pecah perasaan yang menanggung beban kerane banyaknye ilmu-ilmu@pengalaman@pengajaran baru dan perasaan tersebut tertutup tanpa tahu kemana sebaiknye ia diluahkan.

Takde masalah kalau seorang blogger yang dulunye aktif dalam dunia blogging tibe-tibe berhenti menulis atas sebab-sebab tertentu, dan sesiapa pun tidak ada hak untuk melabelkan dia sebagai pemalas dan sebagainye, kerane manusia ini bukanlah sesuatu yang baru melainkan sesuatu yang tersangat lama di dunia ini, dengan itu manusia cube untuk mencari sesuatu yang baru bagi melengkapi dan mencari erti kenyamanan dalam kehidupannye. 

Tadi sedang asyik syok berbual di kedai makan (simpang), datang sorang brader ni (pekerja situ) bertanya kabar saya..  

Brader : Asslamualaikum (sambil menghulurkan tangan).. eh abg keje sini ke?

Saye : Waalaikumsalam.. yep.. saye keje di sekolah tahfiz belakang sekolah memandu sektow. Kenal saye ke? atau pernah jumpe ke?

Brader : Bukan abg selalu lepak sini ke makan-makan?

Saye : Oh.. betul.. sebab saye ni ada masalah tak dapat cam muka orang. hehe.

Brader : Haha.. ni bang saye nak tanye.. sekolah tu sampai form brape ea?

Saye : Form 3 jer.. 

Brader : Esh.. kejap je ye.. habis tu drang nak pegi mane pulak? 

Saye : Macam gini step nye.. skolah tu hanya cawangan, jadi di limit kan sampai form 3 (1,2,3), kemudian drang akan melanjutkan sekolah menengah atas form 4,5,6 di Malim Nawar. Malim nawo tu le induknye. Habis jer form 6 di induk, drang akan sambung pulak di peringkat Diploma di Tapah atau boleh jugak di Intim, habis jer Diploma Tahfiz di Tapah.. drang akan sambung pulak di peringkat Ijazah Sarjana Muda di berbagai Negara lain, Mesir, Jordan, Turkey, Aceh dll..

Brader : Oh (macam blur sikit).. habis je smua-smua tu, drang ni tak buat ape (takde kerja) lah ye?

Saye : Bab-bab keje nih, bukan lah kite tolak tepi.. wajib bagi kite cari rezeki, tapi kalau semata-mata kite belajo tingi melangit semata-mata untuk dapat keje yang bagus.. lebih baik amik di bidang yang confirm-confirm dapat keje, lagi best. Pasal keje ni bang, saye lebihnye usaha dan tawakkal.. jalan yang baik pasti Allah tolong, duit yang kite dapat pun bukan kite yang punye kan? jadi untuk ape kite kedekut untuk bersedekah sedangkan duit yang kite labur untuk sedekah itulah yang menjadi saham kite kat akhirat. Macam itu jugak belajar agama nih bang..

Brader : Aah yela tuh.. betul tu.. ok lah bang, saye ada costumer tu.. nanti kite sembang lain (sambil angkat tangan)..

Saye : Baik2 (membalas kembali)..

Jadi kesimpulan dari dialog di atas, berapa dari kalangan manusia lain yang tidak tahu dan yakin dengan janji-janji Allah? kesian kalau-kalau mereka yang hanya memandang kebendaan semata-mata.. ada depan mata itulah yang harus dikejar tanpe perlu ambil tahu dari mana sesuatu itu berasal, siapa yang menciptakan, mengapa ia tercipta kelebihan serta keburukan.

Menjadi kewajipan pada kita yang tahu untuk memberi tahu kepada semua erti dari kehidupan sebenar, kehidupan yang selayaknya kita cari dan kita kejari, agar tidak hanya kebendaan di dunia yang kita miliki yang tidak membawa apa-apa keuntungan dan kebaikan bagi akhirat yang bakal kita tempuhi.
Share:

Thursday, November 21, 2013

Kes Kehilangan Villa Nabila Palsu??


** Layan lagu sepam ** Di villa indah ini.. Pernah menjadi saksi.. Temasya yang gemilang.. Suasana meriah.. Termetri di hatiku kau yang memiliki.. Kehebatannya di malam itu ~ ~

Zaman sekarang ni kalau nak fames maca-macam cara diorang buat.. selagi tak kene betul-betul batang idung, selagi tulah tidak mengenal erti lelah.. aisehhh..

Sembang pasal kisah seram Villa Nabila di Johor ni memang tak kan habis.. selagi tak terungkai, selagi tulah jadi buah mulut orang-orang, tambah jadi buah mulut lagi bila ada kes berlaku kat situ?

Saye memang dah lame terdetik nak post pasal Villa Nabila ni, tapi rase macam tak berape nak best.. sebab nampak beno tal logiknye... keh3.. ape tak logiknye, memule kate hilang sampai 23 orang ke ape (tak pasti), last-last polis kate hanya satu laporan kehilangan saje telah dibuat.

Dan pulak lepas tu ~ ~ dah jumpe budak tu kat rumah member die.. hadoyai.. ni cerekarama ke filem arahan sape eh?


Jangan la dok buat keje bodoh pegi melepak tempat-tempat terbiar macam Villa Nabila tuh! tempat terbiar memang akan dihuni oleh makhluk halus dan dijadikan sebagai rumah tumpangan "mereka".

Itulah bile orang masuk rumah baru, diorang akan panggil ustaz-ustaz baca Yasin dan sebagainye, dengan harapan untuk menghalau (cara baik) makhluk-makhluk yang pernah bertapak di rumah mereka.


Kalau betul anda nak sangat tengok makhluk halus ni, mintak terus dengan Allah.. bukan susah, mesti Allah bagi punye.. takut jadi orang gile pulak lepas tu. Buat shalat hajat, mintak doa Allah supaya dibuka pandangan untuk tengok makhluk-makhluk ni.

Kalau beno lah rasenye nak nengok jugak "bende" tu..tak susah, pegi jela kat kubur pukul 3-4 pagi.. hah pastu berzikir kat situ.. confirm keluar "bende" tu.

Ni tak.. main-main dengan masalah kehilangan ni, menyusahkan keluarga, menyusahkan masyarakat, menyusahkan pihak berkuasa.. menyusahkan diri sendiri, tak pepasal jadi buah mulut orang. Kalau orang suke takpe, kalau orang maki? idak ke best namenye tu?




Mungkin betul budak tu nampak "bende" tu, biase lah.. kite bertandang rumah orang, jadi wajib la orang rumah melayan tetamu.. macam itulah jugak "bende" tu.. same jer konsep kehidupan diorang ni macam manusia, cume berbeza dari segi keadaan jep!

Tak payah la nak kaji sangat bab-bab ghaib ni.. lagi-lagi berkaitan makhluk halus, salah cara, salah lah jalan kita.. Nauzubillah.. kalau betul nak kaji jugak bab makhluk ghaib nih, belajar la ilmu agama dulu, dalam Islam semua dah diajar, bukan setakat cara ibadah je.. sampai lah cara dalam menempuhi liku-liku kehidupan ni..

Kome je takmo belajar.. setan ni kalau kite nak tahu pasal "dia".. mesti dia datang punye.. untuk mengukuhkan lagi penafian, saye sertakan video penafian tentang kehilangan tue kat bawah :

Baca versi-versi cerita seram Villa Nabila di sini : http://adfoc.us/2890035492674

Misteri kehilangan 23 pelajar di 'Villa Nabila' Palsu!
Layan sepam lagu Spring Villa Nabila (^_^)
Share: