Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

KUALA LUMPUR: Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

Dalam satu laporan Berita Harian, Saadon berkata tindakan Zaidi berdiam diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk mensabit kesalahannya.

Zaidi dilaporkan menuturkan  ‘jumpa nanti di mahkamah Allah’, selepas mahkamah rayuan membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan.

Zaidi dilaporkan bercakap tanpa henti dan mahkamah terpaksa mencelah dan menyuruhnya berhenti bercakap dan menghormati mahkamah.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei tahun sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa telah melanggar para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat) no. 13 1961.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Panel hakim itu melepas dan membebaskan Zaidi daripada lima pertuduhan lain setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
  1. Sumber
  2. Pendedahan dilakukan Mejar Zaidi
  3. Kenali Mejar Zaidi
Share:

Tuesday, September 16, 2014

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi
ALOR SETAR - Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.

“Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan. Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi.

“Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria.

Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria,” katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir.

Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad.

Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad.

Share:

Monday, September 15, 2014

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pemimpin pejuang rakyat Malaysia di Syria, Mohd. Lotfi Ariffin, 46, meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki hari ini selepas lima hari berada dalam keadaan koma akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu pada 9 September lalu.

Mohd. Lotfi yang juga dikenali sebagai Ustaz Lotfi dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.40 pagi ini.

Menurut sumber, Mohd. Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah telah dibawa untuk menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya amat kritikal dan dia merupakan pemimpin pejuang bagi rakyat Malaysia di Syria.

"Mereka diserang menggunakan bom 'drum' yang dilemparkan oleh pesawat tentera Bashar Al-Assad ketika cuba memasuki kawasan perang.

"Selepas serangan itu, Mohd. Lotfi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Turki untuk menerima rawatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 September lalu, seorang rakyat Malaysia, Mohamad Fadlan Shahidi Mohammad Khir, 21, maut manakala lima yang lain termasuk Ustaz Lotfi mengalami kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka yang cedera itu kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan.

Kejadian terbaharu itu menjadikan empat rakyat terbunuh di negara bergolak iaitu tiga di Syria manakala seorang di Iraq.

Dua lagi yang maut di negara bergolak ialah Zainan Harith, 52, atau Mat Soh juga dikenali Abu Turab yang mati dibedil oleh kereta kebal Bashar al-Assad pada 20 Ogos lalu dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.

Kejadian yang menimpa Mat Soh turut mencederakan dua rakannya iaitu Mohd. Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Menurut sumber itu, Ustaz Lotfi telah pergi ke Syria pada 14 Februari lalu dan merupakan bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan dibebaskan pada 2006.

Sumber berkata, ahli keluarga Mohd. Lotfi juga telah dimaklumkan mengenai kematian tersebut.

Difahamkan, jenazah Mohd. Lotfi akan dibawa ke Syria untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kafr Zatay berhampiran kubur Mohamad Fadlan Shahidi dan Zainan Harith.

Share:

Thursday, May 15, 2014

16 Mei Sejarah Hari Guru

16 Mei Sejarah Hari Guru16 Mei Sejarah Hari Guru
16 Mei Sejarah Hari Guru


16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Share:

Friday, August 2, 2013

Update 2013! Pengiktirafan IAIN, JPA Setuju Dengan Perubahan

Update 2013! Pengiktirafan IAIN, JPA Setuju Dengan Perubahan
Pada 29 / 07 / 2013 pukul 9.00 a.m saya mendapat panggilan telefon dari Ayah, time tu tengah mengajar (tasme') dan still bugar walaupun malam semalam "dipaksa" overnight. Ayah telefon bukan sebarang nak sembang pasal biase-biase, tapi Ayah telefon nak talk pasal pengiktirafan IAIN yang sekarang masih dalam proses penyelarasan oleh pihak JPA. Gulp !

Kenape saye mesti tibe-tibe berdegup? mana tidaknye, dah lame saye lambai tangan dan buat donno tentang masalah ni, masalah ape tu? anda boleh rujuk tulisan saya yang sebelum-sebelum ni di SINI. Saye bukan taknak jelaskan kat sini, tapi rasenye tak perlu sebab kalau saye jelaskan masalah ni dari awal, saye malas ! hahah !

Saye dah lame terasa nak update pasal pengiktirafan IAIN ni lepas beberapa sahabat tanyakan masalah yang same pada saye, masa diorang tanya tu, seriously i dont know anything, saye hanya tahu ape yang pernah saya tulis pada artikel yang sebelum-sebelum ni. 

Lepas Ayah call dan talk pasal pengiktirafan IAIN, saye jadi semangat balik nak update walaupun kebanyakkan pelajar IAIN (malaysia) tak pernah nak amik port dengan ape yang cube saye sampaikan, dan yang paling sakit hati, lepas dah Grad, baru lah tertatih-tatih tanya saya dan sebagainye, tapi bagi saye tu bukanlah satu masalah, masalahnye adalah senang tak nak bersama, bile susah tahu pulak menempek. tak bagus perangai gitu......

Bukan nak kate perlu sujud atau minta tolong pada saye, paling tidak amik tahu dengan ape yang seharusnya perlu untuk diketahui, wajib untuk dia tahu. Ni tak, bile aku tanye, boleh kate "Aku tak amik port bab ni la dud".. "Aku keje swasta jer bro".. "Relax la dud, aku datang nak ilmu bro, lagipun aku tanak keje dengan krajaan".

Sedikit sebanyak, hal-hal tu lah yang banyak menjatuhkan semangat saye tuk teruskan usaha demi kebaikan bersama.. tapi ape yang saye dapat? jawapan yang tak sepatutnye keluar dari mulut seorang yang bakal memikul gelar Ijazah Sarjana Muda, seriessss bukanlah satu jawapan yang matang.

Berita yang saye dapat dari Ayah adalah satu berita gembira yang rasenye perlu saye kongsikan bersama di sini, tak kisahlah kalau ada yang nak amik port atau tidak, niat saye bukan untuk menunjuk-nunjuk macam saye tahu semuanye, tapi ape yang saye tahu.. إنشَØ£ِ اللهَ saye akan kongsikan pada semua.

Seperti yang diketahui (sebelum ni kalau tak salah saya ada bagitahu yang pihak JPA ada tubuhkan satu organisasi khas untuk masalah ni), pihak JPA telahpun berbincang masalah ni dan hasil dari perbincangan tersebut telah menghasilkan jawapan yang menurut saya satu berita baik.

Dari info Ayah berdasarkan info Encik Shahrul, pihak dari organisasi (JPA) yang ditubuhkan telahpun bersetuju untuk mengikuti perubahan drastik yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggunjawap IAIN, saye berani keluar statement begitu sebab memang pihak IAIN tidak bertanggugjawap dengan ape yang telah menjadi kewajipan kepada mereka (IAIN) selepas MOU/syarat yang telah mereka setujui sebelum Malaysia membuat link dengan Indonesia, IAIN Banda Aceh khsusnya.

Tetapi ada satu lagi masalah, dari kefahaman saye, Ayah mengatakan bahwa ada masih ada satu sekatan lagi untuk mendapat persetujuan penuh mengenai masalah ni, pihak JPA perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak tertinggi JPA, maybe "otai-otai" kementerian, jadi itu bukan lah satu perkara yang mudah.

Mereka-mereka ni (otai-otai) bukan orang biasa, ada kerja khusus dan sebagainye. Dari segi masa seperti yang dimaklumkan Encik Shahrul, mereka ni memang terlalu sibuk, jadi sahabat sume boleh bayangkan la sendiri betapa "senangnye" nak panggil mereka ni demi untuk menghadiri mesyuarat yang tak sepatutnye, sebeb ape saye kate tak sepatutnye? meh tengok point saye :

1. Pertukaran/pengambilan pelajar dari Malay -> Indo salah satu income besar buat IAIN.

2. IAIN telah setuju dengan syarat-syarat lalu membuat MOU dengan Malaysia.

3. IAIN mengubah sekaligus melanggar syarat yang sebelum ni disetujui bersama tanpa ada notice sedikit pun kepada Malaysia tentang perubahan yang dilakukan.

4. IAIN dengan berani tetap juga mengambil pelajar dari Malaysia untuk meneruskan pengajian di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh. (yang ntah katenye nak tukar kepada Universiti)

5. Pengurusan yang sangat-sangat-sangat lembab. Hal ni diberitahu sendiri oleh Encik Shahrul, setelah berkomunikasi dengan baik dari kedua belah pihak (JPA -> IAIN), sampai sekarang IAIN tetap sunyi sesepi tanpa ada sebarang update berkaitan masalah yang timbul.

Cukup rasenye 5 point penting yang "berjaya" saye senaraikan kat atas, saye bukan nak buka AIB atau memburuk-burukkan lagi keadaan tapi inilah realitinye yang sangat-sangat-sangat perlu kita tahu, PKPMI wajib turun padang demi menyelesaikan masalah ni. Saye juga ex-student IAIN.

Tak malu ke PKPMI yang GAH PERKASA tak boleh nak handle masalah kecik ni? hehe saye gurau je, bukan ape, menurut saye, kalau kita "bersama", insyaallah masalah ni selesai. Perlu ada satu big power dari group, yang saye maksudkan PKPMI.. serius saye cakap, kalau saye sorang handle masalah ni, confirm takkan selesai, saye takde kuasa macam kuasa dimiliki organisasi PKPMI, jadi PKPMI adalah antara jalan terbaik untuk lebih mengukuhkan dalam meyelesaikan masalah ni.

Akhir kata, mohon doa dari semua mahasiswa, terutama mahasiswa di Bidang Ushuluddin Jurusan Tafsir Hadis, Akidah Filsafat, Perbandingan Agama dan Sosiologi Agama, Allah SWT lah penentu nasib bagi setiap makhluk di dunia ni.. takde salah ehh nak doa, tambah-tambah di bulan Mulia Ramadhan, 10 malam terakhir lagi, سبحان الله, nak tak nak je, hehe.. (^_^)

** PS : (feeling gak lagu Raya ni -Salam Aidilfitri Jamal Abdillah)
Share:

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013
16 Mei 2013 - 4.00 a.m Selamat Hari Guru pada setiap guru yang telah banyak berbakti kepada masyarakat terutama bagi golongan sekolah rendah, tinggi dan di peringkat Universiti. Teringat pula nak update pasal Hari Guru ni sebab adik saye pagi-pagi lagi dah bising ada sambutan Hari Guru di sekolahnya. Dan mengingatkan kepada saye bahwa, saya tidak perpeluang untuk merasakan kegembiraan seperti yang dirasakan adik, sebab dulu saye sangatlah malas dan tak ambil tahu langsung Hari-Hari keramat sedunia.

Tapi saye pernah merasakan bahwa satu saat nanti saya akan menjadi guru dan mempunyai anak didik di suatu tempat pada suatu saat nanti, saye jugak mempunyai cita-cita untuk menjadi Pensyarah di sebuah Universiti dan hati masih kuat menekan perasaan supaye sambung belajar setinggi yang boleh.. bukan tinggi pokok ye. Dan insyaallah itu menjadi dorongan mental maupun fisik saye untuk terus belajar dan belajar.


Saye tahu saye masih tidak layak untuk menjadi seorang guru yang berkewajipan untuk mendidik pelajar agar mereka berjaya di dunia maupun di akhirat, dengan menggalas sedikit gelaran dari Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry hasil empat tahun setengah di bumi Aceh, Ijazah Sarjana Muda bukanlah menjadi benteng pertahanan Parti Barisan Nasional untuk menahan saye dari bertekad sambung belajar bagi program Master Pengajian Islam.

Ini bukanlah suatu kebanggaan bagi diri saye yang sangat masih memerlukan nasihat-nasihat dari sesiapa pun. Orang yang mendengar nasihat orang lain adalah seorang yang mempunyai hati yang ikhlas dalam mengharungi kehidupan seharian dan secara tidak disedari sifat bongkak dan tinggi diri akan terhapus sedikit demi sedikit. Bukanlah saye ingin menggambarkan bahwa saya adalah orang seperti itu, malah itu menjadi suatu yang menghalan saye dari melakukan sesuatu, tetapi itulah realiti dunia sekarang begitu orang bersemangat memberi nasihat, kata belakang dan ejekan menjadi panutan kehidupan manusia.


Saye pernah bersembang dengan ayah dan kadang-kadang sangat akur dengan keputusan ayah mengenai Hari Guru. Ayah pernah cakap, gaji bagi setiap guru sangat besar walaupun Gred yang dicapai tidaklah menyamai Gred 41 tetapi banyak bukti dan contoh yang diberikan ayah menunjukkan ketidak tulusan guru dalam mendidik pelajar, akurlah menjadi reaksi utama saye bile ayah bersuara.

Kadang guru terlupe yang mereka telah meng anak tirikan pelajar yang kurang berkebolehan dalam ruang belajar, sehingga guru terpaksa memendam ilmu di dada setelah deskan demi desakan oleh pelajar memprotes tingkah guru dalam menjalankan tanggungjawap sebagai seorang guru, maka timbullah rasa putus harapan dan berkeinginan untuk melepaskan kewajipan sebagai seorang guru terhadap anak didiknya.


Tapi saye tahu bukankan hal yang mudah memikul beban seorang guru apatah lagi diwaktu malanya pula mengajar ditempat lain dan semua guru tidak mahu anak didik mereka gagal dalam mengharungi kehidupan serta berdepan dengan bermacam ragam karenah bakal terjadi di masa hadapan. Saye tahu setiap guru mempunyai tekad yang kuat dibekalkan dengan pengalaman penuh di dada untuk tidak kalah dalam perjuangan memberi didikan seharusnya kepada setiap anak didik di sekolah.

Saya juga tidak mahu sifat busuk dan buruk mendiami jiwa saye bile saye diberi tanggungjawap sebagai guru. Dan prinsip hidup saye adalah, tidak mahu orang lain tidak tahu ape yang saye tahu, sebab disiplin hidup saye adalah semua ilmu kepunyaan Allah semata tiada siapa berhak mengakui ilmu datang darinya dari jerih payah mengharungi lumrah kehidupan. Semoga Allah Merahmati Kita Semua. Amin.

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013.

Yang Ikhlas : Duad Zainal (Syamil Salmanovich Basayev).
Share:

Sunday, April 14, 2013

Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 Secara Online

Bile dah tahu tarikh penting PRU-13 (baca sini) kali ni, jadi tepatlah mase untuk saye share kan kepade anda semue cara untuk semak pendaftaran dan maklumat peribadi anda berkaitan PRU-13. Semakan Pemilih dan Lokasi Mengundi Untuk PRU-13 boleh disemak secara online. Jadi tak perlu pening untuk pegi di setiap bilik gerakan untuk semak maklumat diri tentang PRU-13.

Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 Secara Online

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu kan connection (internet) dan IC untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Semakan Pemilih dan Lokasi Mengundi Untuk PRU-13. Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 secara online :

1. Klik link ini : http://daftarj.spr.gov.my/.

2. Isi no IC anda di kotak yang tersedia (di sebelah butang SEMAK).

Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 Secara Online

3. Klik butang SEMAK untuk mengetahui maklumat anda berkatitan PRU-13 selepas anda meletakkan no IC anda di tempat yang disediakan.

Kalau no IC anda benar dan valid.. segala maklumat berkaitan PRU-13 seperti lokasi tempat anda mengundi, tarikh dan masa mengundi, no siri, daerah mengundi dan lain-lain. Anda juga boleh membuat semakan untuk sesiapa sahaja warganegara Malaysia selagi tidak berlaku masalah hosting atau connection anda. Kalau berlaku runtime error, itu tidak bererti maklumat anda tidak valid walaupun sebelumnye anda sudah mendaftar, tapi kadang-kadang masalah website SPR tuh sendiri. So saran saye, rajin-rajin la check yer.. (^_^).
Share:

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Penting PRU-13

Tak sempat pulak nak tengok penetapan tarikh Penamaan Calon Pengundian Awal, Pengundian Biasa dan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan di TV3 semalam. Sepatutnye semalam saye dah boleh balik awal dari Manjung dan usha sendiri bile penetapan tarikh untuk PRU-13 kali nih, disebabkan terjadinye perkara tidak diingini (penutup radiator hilang) di masjid Besar Manjung, hampir 2-3 jam hanya mencari penutup radiator kerete yang hilang.. keh3.. 

Penyudahnye, terpakse lah search sendirik.. kalau boleh saye nak update sendiri dari ape yang di dengar secara LIVE, tapi tu lah, so hasil yang saye dapat di Google tentang  tarikh Penamaan Calon Pengundian Awal, Pengundian Biasa dan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), anda sume boleh tengok keputusan yang diumumkan oleh ahli SPR semalam (rabu).

Tarikh Penting PRU-13

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan Khamis (11 April).

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas Rabu untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Jadi ape lagik? berkempen lah sepuas-puasnyer ! lepas nih takde dah, mudah-mudahan ada perubahan pemerintahan untuk kali ni, of kos la kearah kebaikan dan perubahan yang positif untuk rakyat.. jangan awal-awal dah buat manifesto atau mandat, janji tu ni tapi tak boleh nak tunaikan.. tu memang paling masalah.. cube lah try sekali je tukar pemimpin, hehehe.. tnegok ape jadi, lepas dah 5 tahun, bagi lah balik pada BN.. tapi kalau boleh amik la.. keh3..

Share:

Monday, April 8, 2013

Keputusan ABPBH 2013

Keputusan ABPBH 2013

ABPBH (Anugerah Bintang Populer Berita Harian) 2013 yang berlangsung di “ntah kat mane” (Siaran Langsung Bukit Jalil). Aku lepak kat rumah je dengan kakak and my beloved Mother usha ABPBH 2013 kat TV3. Sebenor aku bukan amik port sangat mende-mende macam gini, dah alang-alang my sis nak tengok, aku pon ON jela, lagipon den bukan ado wat apo pon. Keh3.. (^_^)

Artis baru lelaki popular 2013 : Aiman Hakim Ridza (Vanila Coklat).

Artis komedi wanita popular 2013 : Didies Alias.

Artis duo berkumpulan populer 2013 : Black / Malique.

Pengacara TV lelaki populer 2013 : Dato' Aznil Nawawi.

Penyampai radio wanita populer 2013 : Farah Fauzana.

Pelakon TV lelaki populer 2013 : Aaron Aziz..

Artis baru wanita populer 2013 : Wawa Zainal.

Pengacara TV wanita popular 2013 : Farah Fauzana.

Penyampai radio lelaki populer 2013 : Faizal Ismail.

Pelakon TV wanita populer  2013 : Nabila Huda.

Artis komedi lelaki populer 2013 : Zizan Razak (Rajalawak).

Artis filem lelaki populer 2013 : Shahiziey sam.

Artis lelaki stylo 2013 : Zizan Razak (Rajalawak).

Artis wanita stylo 2013 : Melissa Francis.

Penyanyi lelaki populer 2013 : Hafiz AF.

Pelakon filem wanita populer 2013 : Yana Samsudin.

Bintang paling populer 2013 : Shahiziey sam.

Wow.. sebelum ni asyik layan citer @ movie english jep. Sekali layans made in Malay punye, boleh tahan beb, dah nak same dengan orang barat dah, cepat-cepat lah PAS memerintah, bior ada batasan sikit media nih, dan kene buat juga batasan fesyen artis masa kini, sebab orang sekarang jadikan artis sebagai idola drang. Aku tengok dress (khusus seluar) Aaron Aziz dan macam ape dah, haip.. tu trend skang ke? Takleh terima wooo.. cangkat (bak kate my sis) seluar macam gitu? Hahahahahahaha...
Share:

Saturday, April 6, 2013

PRU-13 Dan Buku Jingga

PRU-13 Dan Buku Jingga

Insyaallah PRU-13 terlaksana pada hujung bulan 4 nih.. hmm, hg vote ape dud? of kos lah PAS. Kenape mesti PAS? nape tak PAKATAN ke? UMNO ke? saye sokong mane-mane parti yang sebenarnye mengikut aturan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau UMNO mengikut sepertimane yang diajarkan Islam, maka secara automatiknye saye akan vote @ mengundi UMNO, dan begitu sebaliknye dengan PAS. Saye nampak PAS mengikut seperti mana yang Islam mahukan, jadi secara tertulisnye, saye akan mengikut PAS dan PAKATAN.

Saye ada sembang dengan may fater (Ayh i) tentang PRU-13 ni, so macam-macam lah hal bangkit, semua naik termasuklah bab Buku Jingga. Di bab Buku Jingga ni lah membuatkan saye rase nak carik tahu, sebab sebelum ni pernah jugak denga isu Buku Jingga nih, tapi rase sangat malas untuk amik tahu mengenainye (dah macam orang cine). Cari punye cari, lastly terjumpe jugak sorang blogger baik hati ni share Buku Jingga ni dalam 4 bahasa, tapi yang valid di Mediafire cume 2 je.

Mediafire memang problem dah macam UMMO.. upss! silap.. Mediafire memang macam ituh, nak menjaga lah konon nyer.. hik3.. sebenarnye itu lah yang terbaik. Berbalik pada Buku Jingga tadi, anda semua dah baca belum isi dalam Buku Jingga tu? kalau anda belum baca, saya sarankan anda download link yang saye sediakan kat bawah dan bace ape yang tertera dalam tuh. Jangan banyak komen kalau belum baca ye, baca dulu baru komen yerk!

Pilihan ada di tangan anda semua dan anda tahu ape yang anda buat dan ape yang dah terjadi di Malaysia sekarang ni, jangan tipu saye, walaupun saye di Aceh (dah balik pon), tapi insyaallah saye tahu isu semasa yang berlaku di Malaysia, jangan hanya kerana rm500 anda membuat keputusan yang tidak benar, dan pulak.. rm500 tu pon dapat masa PRU je, masa lain kalau apply mesti susah nak alert @ "nampak" keperluan kite tuh. Padahal dah berterabur dokumen atas meja, boleh buat derk lagi? masalah tu masalah.. satu lagik, sekali buat silap, mesti penyesalan yang akan kite dapat.. undian kome berharga weh!~

Owh lupe pulak nak kasi Buku Jingga.. kat saye ada dua versi, satu Buku Jingga bahasa Melayu, satu lagik Buku Jingga bahasa Tamil, yang Buku Jingga Bahasa Inggeris dengan bahasa Buku Jingga Cina takde kat saye.. link download kat bawah yep :

Share:

Wednesday, January 23, 2013

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Aku antara manusia yang mempunyai kegemaran bermain game tanpa mengira waktu, tak peduli ape orang cakap dan ape orang nak kate pasal aku, sampailah satu game yang membuatkan laptop aku hancus, lepas dah pakai laptop kecik nih terus merudum turun nafsu aku nak main game, hahaha.. sampailah terjumpe satu artikel yang aku rase bermanfaat untuk dikongsikan dengan korang sume. Pernah tahu tak ada Game Yang Menghina Islam? kalau tak tahu, jom amik tahu..

1) Devil May Cry 3

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Jika melihat pintu diatas seperti tidak ada apa yang unik, yang dimaksudkan di dalam game ini yang berkaitan dengan pintu ini adalah pintu menuju alam iblis. Tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti, maka ada persamaannya dengan pintu Kaabah di bawah ini.

Antara Game Yang Menghina Islam

Same kan? memang waktu kite main game, mende jijik macam nih takkan pernah nampak.. mereka cube untuk menyebarkan virus iblis dalam hati orang Islam. Cara terbaik yang selalu mereka gunakan adalah dengan cara halus, menggunakan cara yang tidak manusia sedari. Akhirnye, tanpa sedar.. orang Islam sendiri telah menghina agama Islam, itulah matlamat mereka.

2. CLIVE BARKER UNDYING

Clive Barker Undying adalah game yang dikembangkan oleh EA Los Angeles dan dirilis pada tahun 2001 oleh Electronics Art. Game ini mengisahkan tentang perlawanan terhadap syaitan.

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Ape motif dari penciptaan game ini dengan Nama Allah sangat jelas tertera di istana syaitan tersebut? menunjukkan bahwa mereka mencuba untuk menghina Allah dan agama Islam dengan menggabungkan antara Allah yang suci dengan syaitan yang kotor dan jijik. Berhati-hatilah dengan game yang anda main, jangan sampai syaitan yang kita sangat ingin kita hindari, tanpa disedari sudah menjadi teman akrab kita. Nauzubillah. Moga Allah jauhkan..

3. PRINCE OF PERSIA

Game yang berlatar tempat di Persia atau sekarang yang merupakan kawasan Iran, Irak, Mesir ini secara keseluruhan memang bertemakan Islam.

Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Seorang raja dengan  ceritanyingina membalas dendam ini memang dengan sekilas pandang tidak terlihat adanya unsur penghinaan terhadap Islam. Tapi setelah diselidiki, unsur penghinaanya adalah, Raja Dastan ini memegang pedang dengan kalimah arab yang bermaksud, “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'' yang merupakan sabda Rasulullah SAW.

Dimanakah unsur penghinaan di dalam game ini? Di dalam game ini raja Dastan membunuh siapa saja yang menghalanginya dan membunuh askar-askar Persia.

Askar Persia adalah kaum muslim. Secara tidak langsung game ini mengatakan bahwa ajaran Rasullulah yang disebarkan adalah ajaran membunuh dan mengatakan bahwa umat Islam adalah kaum barbar.

4. Guitar Hero 3 

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Dalam game ini, anda akan melihat dengan jelas adanya penghinaan kepada Allah. Kalimat Allah dipijak oleh para pemain guitar yang menyimbolkan syaitan sebagai kuasa dalam musik, dengan menginjak kalimah Allah di lantai, menunjukkan bahwa Allah itu lemah, dan boleh saja dikalahkan oleh kekuatan syaitan. Aku nak download sendiri game nih.. cess..

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Masih tidak jelas? sebagai seorang Islam.. anda akan rasakan betapa sakitnya di dalam hati ini. Di depan mata kita (umat Islam) puak2 laknatullah ini menghina Islam, tidak berani dengan berhadapan, secara diam pula mereka selitkan.. Nauzubillah.. Allah maha mengetahui segala sesuatu.

5. Resident Evil 4

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Game ini diceritakan seorang yang bertugas mengemban misi menyelamatkan dunia dari ancaman zombie (mayat hidup). Unsur penghinaanya sebenarnya sudah ada sejak pertama kali main, tapi yang sangat jelas pada saat Leon memasuki sarang Zombie.

Pintu tersebut terdapat simbol Iluminati dan pintu tersebut dibuat persis dengan pintu Umar Bin Khattab, Masjid Nabawi. Mari kita lihat:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Lambang Asli Iluminati pada pintu tersebut:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Jelas adanya lambang Illuminati pada pintu Umar Bin Khattab. Lebih jelas lagi dengan adanya Nama seorang tokoh pendiri Illuminati Los Illuminados. Cuba perhatikan gambar di bawah:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Cuba lihat pula bagaimana mereka manipulasi keadaan, dari simbol pintu Umar Bin Khattab mereka jadikan sebagai lambang Illuminati, perhatikan gambar di bawah:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Kenapa sangat berminat dengan khazanah-khazanah Islam? bukankah mereka lebih dikenal dengan kehebatan, kecanggihan dan hampir seluruh pelusuk dunia mengenali kewujudan mereka.. kenapa mesti khazanah Islam di manupulasikan? dalam satu masa, mereka sebenarnye merasa tertekan dengan kehebatan dan kekuatan kaum Muslimin di muka bumi ini, mereka takut bahwa kebenaran tentang suatu hari nanti, Islam akan memegang tombak melawan kejahatan di dunia ini, mereka takut bahwa kebenaran tentang syurga neraka akan diberlakukan satu hari nanti..

Jadi.. sebelum semua itu terjadi, mereka mencuba untuk membanteras sikit demi sedikit dengan cara yang sehalus mungkin, paling efektif adalah dengan mewujudkan hal-hal yang boleh mempengaruhi minda dan perasaan manusia.. mereka berjaya membuat orang maki hamun, mereka berjaya membuat orang memuji kehebatan teknologi mereka.. tapi mereka terlupa, manusia zaman sekarang akan lebih hebat dan lambat laun segala agenda rahsia mereka akan diketahui semuanya.

Share:

Monday, December 17, 2012

Dunia Tempat Buat Kebaikan!

 Dunia adalah kesempatan bagi manusia untuk berbuat kebajikan.. kata-kata ust tu terngiang2 sampai sekarang, padahal time ni aku tengah menulis.. nak katekan, ada msg penting yang perlu kite semua paham. Kalau tak salah, banyak bende kat dunia ni yang buatkan setiap manusia lalai.. selalu lupe dengan tanggungjawap yang Allah berikan sejak azali lagik. Dunia nih besar, sangat besar, sape kabo dunia kecik bohong la, cube genggam dunia yang real ni dengan tapak tangan? hahahahah!

Dunia Tempat Buat Kebaikan!

Ikut istilah jugak la dud, jangan jadik bodoh sangat.. bro, aku memang bodo, tapi agak2 la sound aku dalam blog aku? slamber gile doh.. ok aku paham, ikut istilah, lantak kome la nak cakap ape. Kebanyakkan manusia tak suke filter ape yang drang buat, kalau tapis pon, keinginan untuk buat tu mesti kuat, ngeh2.. tetambah bende yang haram, lagi la suke nak buat..

Yep kat dunia la korang nak buat jahat, korang nak merompok ke, nak membunuh ke, kat dunia lah.. nanti kat akhirat, takde kesempatan nak buat jahat dah. Maksud aku, manusia boleh pikir mana baik buruk, ape kesan dari setiap perkare yang drang lakukan, aku yakin.. baik dibalas baik dan begitu jugak sebaliknya. Kalau betul dia manusia yang normal, perkare jahat yang aku suruh buat tadi, mesti awal2 lagi dah ditapis, dengar je kata membuh, dah set, esh tu tak boleh buat, haram, berdosa..

Alhamdulillah la kalau masih ada pikiran macam tuh.. Allah tengah sayang lagik, cube try pikir, ape perasaan pembunuh bile nak bunuh orang? wow.. aku takleh nak bayangkan, saat dia menikam, atau menembak, berkecai kepala, darah membuak2.. tapi boleh buat slamber tanpe ada rasa bersalah. Masihkah Allah syg drang ni? kompom la syg selagi ada niat untuk bertaubat, taubat tak buat lagi la..

Tu kite sembang jahat, hal2 berkaitan kejahatan hasutan syaitan.. cube pikir pulak kebaikan.. hihik.. jangan ingat korang dah buat baik, kompom dapat pahala, kompom Allah terima, ada step2 dia untuk dapatkan pahala yang betul2 pahala. Yelah.. bagi sedekah dah ok, tapi bile nak masukkan duit dalam tabung mesjid tuh.. terusha pulak kat kanan, kene pulak ada awek tengah usha, hah sudoh.. tengok kiri pulak ada sorang pakcik tengah senyum, pulak dah.. camner nih..

Lepas tuh pulak, ada sorang makcik nak lintas jalan.. subhanallah, ada jugak yang nak tolong.. tapi bile dah sampai ke penghujung, ada pulak anak dia bagi duit.. macam mane nak ikhlas nihhhh!!! Aku memang dah lalui sume perasaan tu kat dunia nih, sebagai seorang manusia yang paling lemah, ape yang menjadi prinsip aku adalah, cube buat kebaikan selagi mampu, selagi kite rasekan satu hal tu boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain dan diri sendiri, memang perlu untuk kite pikir keikhlasan, niatkan ikhlas tuh, ikhlaskan diri sebleh mungkin. Manusia bro, manusia, bukan malaikat.. dari buat kebaikan mengharapkan balasan, bek takyah.. 

Aku ingatkan untuk diri aku yang hina nih, aku buat entry nih sebenarnye untuk kuatkan balik diri aku yang tak betol nih, alang2 dah banyak bende main kat kepale, lebih baik aku share kat sini, korang tak paham? takpelah.. bio aku je yang paham.
Share:

Saturday, December 15, 2012

Malaikat Rakib & Atib Selalu Usha Korang Weyh?!

Malaikat Rakib & Atib Selalu Usha KorangApesal time laki bawak moto, ko tak tengok? tapi kalo pompuan yang bawak.. laju je mata menghambat kelajuan motor tersebut? padahal kalau kate nak ikut sangat rules jalan raye, apesal tak tengok moto bro? ko pi tengok penunggang pulak, rase tu bukan rules jalan raye tu, tu peraturan nafsu kot.. hahah! yelah.. orang yagn dah pro atau dah lame bawak moto, dia akan lebih confidence dengan keadaan, dan dia tak perlu tengok kiri kanan, atas bawah.. style orang xpert bawak moto ni, relax je, tak kekok kite tengok.

Tapi masalah jugak orang yang xpert bawak moto nih, bile dah terlalu xpert, dia lagi hebat bab2 tengok awek menunggang motosikal ni.. yelah, dia dah tahu budget dan boleh kawal moto dengan tenang.. walaupun mata dia tengok kelangit, itu lah masalahnye orang yang xpert bawak moto, tenang je tengok awek lalu sebelah dia, siap main "PIN2" lagik.. walaupun ada corner depan dia, boleh lagi kenyit mate kat awek sebelah tuh, padahal dia berhadapan dengan obsolutely danger, maksudnye bahaya tahap gaban..

Itulah yang den kabo ke keme tadi.. bile dah terlampau xpert, lain pulak jadiknye, so skang ni dud, ape masalah kau dengan entry ni, yang tibe2 berkaitan dengan pengunggang mototsikal, awek2, xpert bawak moto.. ape sume ni dud? ohh.. xde pape bro-sis.. sebenonye aku cube untuk diri aku ni ha, tak moh tengok awek yang lalu sebelah walaupun beliau adalah Lisa Surihani. Bukan ape bro-sis.. gua takut nanti kalau dah lalai sangat, tetibe pulak xsiden.. kalo tak mati xpe, ni mati dalam tengok awek woo.

Orang len sume mati dalam Khusnul Khatimah, aku mati dalam tengok aweks.. lain lah aku bersedekah kepada beliau ke, ada la jugak pahale nye.. ni lain punye kes, ni kes ikut napsuss semata. Lebih baik aku buat inisiatif sendirik, tak mo dah usha2 awek ni.. lantak la dia Erra sekalipun, tuaa sangat.. lantak la cantik mane sekalipun, tapi dud, kalo tu mak engko? mak aku? tu lain lah citer ngok.. pe da.. lu larik tajuk ma.. wa manyak menci sama lu la.. 

Malaikat Rakib & Atib Selalu Usha Korang
Tu Apek (Fahmie Che Mat) yang cakap.. aku cume mencakapkan balik je. Dosen aku, mati masa tengah ngaji, gilerrrrr.. kalau secara zahiriah, kite boleh katekan beliau mati dalam keadaan yang sempurna baik, tapi aku tak kabo confirm beliau masuk syurga, dan aku doakan beliau jugak moga ditempatkan pada tempat yang selayaknye. So tak mau? tak mau sudah, bio aku yang mau.. hidup bersame, mati sorang2 (LOST) "Live Together Die Alone".

Bukan pe bro-sis.. kadang aku rase dah macam mudah je aku nih nak buat dose, tak pepasal, Malaikat Atid dah tulis dalam buku aku, dosa melihat perempuan.. Malaikat Rakib pulak, geleng2 kepala, sebab awal2 lagi dah ada dosa, tu belum kira bangun subuh tadi, ntah betul tidak solat aku, ntah ade niat tak baik ku, mane gua tau ma? korang tau ke? dah tu?... ingat2 lah diri anda..
Share:

Friday, December 14, 2012

Hidung Tinggi? Yap Silekan..

 Ape je yang korang nak buat, silekan selagi perkare tersebut tak melanggar aturan Allah.. tanya dulu Allah sebelum nak buat sesuatu perkare, walaupun pada hakikatnye korang tahu kebenaran atas sesuatu perkare.. sebab yang nak melakukan hal itulah adalah diri korang, so sebenarnye ape je yang terdetik, terlintas dalam hati maupun akal pikiran manusia ni, drang dah tahu tentang perkara tersebut, paling tidak tahu mende tu salah ataupun sebaliknye.

Manusia bebas melakukan ape je hal, masalah, tindakan,.. tapi perlu ingat, semua tu datang dari Allah, awal2 hidup lagi setiap dari ape yang kite nak lakukan, dah ada aturan, ape saje mende tu sekalipun. Tapi yang pelik, manusia ni boleh bangge dengan ape yang drang miliki, punyai, padahal orang zaman dulu dah pernah ada mende tu sume, yang beza adalah zaman dan keperluan dari setiap zaman tu sendirik.

So.. ape yang perlu kite bangge dengan setiap kelebihan yang kite ada, korang pandai? korang hebat tu, hebat ni? korang adalah orang pencipta bende yang tak pernah orang lain cipta? sebab tu nak bangge.. hahah~ abaikan.. zaman aku (zaman kite) sekarang ni, takde mende dah yang perlu nak dibanggekan.. sebab? mudah je, orang dulu dah ada teknologi canggih dari zaman sekarang ni.. tak kecoh pon? apelah sangat dengan kepandaian yang ciput tuh?

Tak perlu sangat nak tepuk dada lame2.. sebab tak lame lagi korang akan mati meninggalkan dunia ni, jadi untuk ape tepuk dada bangga diri? menghabiskan tenaga je.. lebih baik buat bende yang lagi berfaedah.. cube fikir, balik-balik.. semua pada Allah, Allah, Allah.. aku tak lame dah hidup kat dunia ni.. korang? perasan tak yang kite ni dah akhir zaman? perasan x sebenarnye bumi ni dah menyampah dengan manusia zaman sekarang nih?

Aku tak sanggup pikir bile sampai mase kat Akhirat nanti.. macam mane keadaan aku masa tu, tak berani nak bayangkan, tapi sebagai seorang beragama Islam, aku yakin Akhirat tu adalah perhentian terakhir bagi umat Islam, masalahnye.. kat "Rumah" tu bukan main redah macam masuk Villa korang, bukan ada kereta atau moto, atau Limo? oh no.. tolong jangan bayangkan sume tu melainkan betul2 dah rase iman ni kukuh. Huh.. 

Setiap jam, aku rase ada je dosa yang dah aku buat.. mane taknye, mak ayah bagi duit datang sini bukan suruh goyang kaki, tapi suh menuntut ilmu, suruh carik kebenaran, suruh belajar sungguh2.. tapi? membe aku 4 tahun dah habis study kat Aceh ni, aku ni ha? hampeh.. bukan merungut, bukan mengeluh.. tapi kadang diri aku ni lupe, cepat beno lupenyer, haish.. tak concentrate terhadap satu perkare, jadi, itulah terdetik hati aku nak tulis entry yang ntah sape yang nak bace, apetah lagi paham.. at least, boleh ingatkan diri aku dan prepare untuk menjadi penghuni "Rumah" akan datang.
Share:

Wednesday, April 25, 2012

Bahan Tausiyah Subuh #1

Bahan Tausiyah Subuh #1

Ceramah Pendek Tentang Tolong Menolong

Allah berfirman dalam quran : WATA’A WANU ALAL BIRRI WATTAQWA, WALA TA’A WANU ALAL ITSMI WAL UDWAN, WATTAQULLAH. (al-maidah ayat 6)

Tolong-menolong dikategorikan :

- Diri sendiri.
(melakukan perintah allah dan meninggalkan larangannya seperti shalat berjemaah 5 waktu, sering mengingati Allah dengan zikir, mendengar dan melihat perkara baik2, menasihati diri sendiri dan kalau boleh pada orang lain juga mengajak kearah kebaikan, mempelajari dan mengajari ilmu2 agama dan banyak lagi perkara baik yang boleh monolong diri kita.)

- Masyarakat.
(membantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan walau dimana sahaja sekiranya tidak memberatkan kita, mengajak ke arah kebaikan seperti mengajak mengaji atau mempelajari ilmu agama, termasuk tolong menolong dalam shalat, merapatkan shaf, mengimbangi barisan makmum)

- Alam.
(kasihanilah alam, jangan merosakkan alam, buat perkara yang murni atau baik2 jangan sampai allah marah sehingga alam jugak turut marah atas perbuatan manusia di muka bumi ini. Ar-Rum 41-42)

Kebaikan tolong menolong :

- Mendidik diri bahwa kita bukan sendiri di dunia, jngn sombong, memberi teladan kepada orang lain.

- Kisah kristen masuk islam kerana terpegun dengan disiplin dalam shalat dan bacaan ayat suci quran.

- Sedikit kisah tentang pelacur dimasukkan kedalam syruga kerana menolong anjing (makhluk Allah).

Semoga bermanfaat pada sesiapa sahaja yang memerlukan.. kalau ada penambahan silakan ditambah bagi lebih memantapkan lagi syarahan kita pada jemaah. Yang baik diambil dan dijadikan pedoman, yang buruk dihindari dan jadikan ia sebagai pengalaman.
Share:

Sunday, April 22, 2012

Diary KPM 4 (PAR/PRA) Perlu Ke Pikir Pasal L300?

Diary KPM 4 (PAR/PRA) Perlu Ke Pikir Pasal L300?

Aku ada terdengar dari kawan2 Aceh tentang L300, drang cakap L300 ni setan jalanan sebab pemandu2 L300 semuanya bawak macam besok dah nak kiamat, laju giler bapaknye adoi pon ter ber (pengaruh johan la ni).. sampaikan, bile dengar L300, mesti akan ada anggapan yang negatif, mana taknyer.. nampak cantik jer dari luar, tapi time bawak die dah tak cantik lagi, nak masuk simpang main terjah jer.. signal punya smart bapak..

Saper yang tinggal @ belajar @ penah datang Aceh tak asing lah dengan istilah L300 nih.. labi-labi lain lagi, 85% baik labi2 berbanding L300 nih.. ok ape sebenarnye L30 ni ye? makanan untuk dikunyah ke, atau shotgun new brand? atau sejenis mamalia pemakan pisang? L300 adalah sejenis Van pengangkut, biasanya L300 digunakan untuk travel yang jauh. Tapi kan dah tahu susah naik mendalah tu, nape naik jugak?

Baik soklan tuh.. ini berkaitan dengan 'kemurahan hati' (harga) berbanding kenderaan pengangkut yang lain.. lebih murah, lebih laju dan lebih melebihi dari ape pun kenderaan kat dunia nih. Bagi aku, kalau bukanlah disebabkan kenderaan penangkut mahasiswa KPM ni telah ditetapkan naik jugak L300 ni, aku dah sewa innova atau kijang. Bagi aku biarlah mahal sikit tapi selesa sebab perjalanan yang kita tempuh akan membuatkan rase sesal tu hilang.. jauh sangat (Bener Meriah = 8jam 30mnt)..

Dengan keadaan jalan lagi yang sangat baik.. highway oldskull yang korang akan melihat sendiri suatu saat nanti.. thats cool, aku dah penah pegi Medan, so merasa lah dulu naik L300 sebelum KPM ni.. ^_^.. jadi persoalannye.. perlu ke kite pikir pasal L300 ni? kan banyak lagi yang perlu di pikir? adakah L300 akan menjadi suatu yang akan menghantui kita pada masa akan datang? cewah soklan dia..

Jawapannye adalah, ni menurut pandangan aku, lain orang lain cara pandang.. kan? bagi aku, kite (dak2 KPM) jangan banyakkan pikir tentang L300, sekadar bawak sembang untuk tahu takper.. ni dah sampai menyangkut masalah hati, hahahaha.. sebenarnye, L300 tu ok2 jer.. yang jadik masalah adalah keadaan luar, lagipun aku tengok, bukan masalah macam mane, tapi masalah jalan yang bengkang bengkok, lubang sana sini.. tu jer, ok ape drang bawak laju.. cume tu lah, kene banyakkan zikir (^_^) mintak dilindungi.. aku buat entry ni, cume nak betulkan persepsi kite.. banyak lagi yang perlu difikirkan..

Dari kome sume mikir pasal L300 nih, lebih bek pikir ape je yang perlu korang buat nanti dah sampai.. dan ready ke segala macam mende2 yang diperlukan untuk penelitian nanti, tu lebih bagus dari dok pikir L300.. enjoy lah sikit, bile lagi nak merasa kan? pengalaman semua tu.. berharga woo..

Seat dalam L300 ada 10.. jadi, nasihat aku dapatkan lah tempat duduk di bahagian tengah. Aku dah cukup seksa dapat tempat duduk kat belakang sekali, alhamdulillah nyaris sebelum ni dah penah rasa.. so dapat la kawal2 sikit pening jalan tu.. lagi satu, untuk menyingkat waktu perjalanan, korang tido jer start dari awal perjalanan.. biasanya akan ada R&R, tapi tergantung pemandu jugak.. jadik, janganlah takut tak menentu ye.. L300 je pon bukan keter kebal bro.. ape2 pon, sebelum berangkat makanlah sampai kenyang, jangan nanti mintak kat bro L300 tu berenti sat nak makan.. kalau tak pon, bawak la makanan sikit, kacang ke ape ker.. enjoy jer bro. hihihihi..
Share:

Saturday, April 21, 2012

Diary KPM 3 (PAR/PRA) Ape Perasaan Yang Perlu Ada?


Diary KPM 3 (PAR/PRA) Ape Perasaan Yang Perlu Ada?Pertama, wajib kene ada perasaan seronok, gembira dan perasaan ingin tahu di tempat orang lain. Pikirkan ape matlamat sebenar kita pergi ke sana untuk tengok2 awek? jalan2? ke sebab nak snap permandangan indah? hehehe.. boleh jer kalau niat macam2 tu semua, tapi hasilnye dapat lah awek.. dapat la banyak gambar2 cantik, tapi buat ape semua tuh? iyelah kalau setakat nak buat kenangan boleh jer.. masalahnyer tujuan utama kita tuh, kite dihantar ke tampat orang sebenar untuk ape?

Confirm2 lah untuk penelitian.. hah.. kalau sembang pasal penelitian, mesti banyak pikiran kite, kat sane nak buat camne, ada ke tempat tido, toilet ok ke ea? denga2 tempat pendalaman.. a'ah memang kalau dak2 KPM mesti akan ditempatkan di KG pendalaman, sebab antara lain tujuan mereka nak mendidik kita agar boleh bertahan hidup dan boleh bercampur dengan karenah masyarakat. Mungkin aku akan bahaskan di lain post pasal ape jer penelitian yang kita boleh buat..

Biasa kalau ada perasaan takut, cuaks.. standard, tapi sebenarnye tempat yang kite nak pegi ni dalam Aceh jugak, misalnye di Bener Meriah, dalam Aceh jugak.. tapi aku tetap rasa cuak.. hahaha.. aku cube pikir, tuk ape aku cuak ni ea? ohh.. lastly, dapat jugak beberapa jawapan. Sebenarnye, kite rasa takut sebab takde kawan dari Malaysia atau sangat sikit, terasa beban oleh pentingnya laporan, penelitian, kewajipan yang biasanya dilakukan oleh masyarakat tapi dilakukan oleh kita..

Contohnye jadi Imam, Muazzin, Khutbah, Ceramah, Tausiyah, Mengajar sekolah agama dan banyak lagi, ni dah termasuk dalam penelitian yang akan dibahaskan nanti.. cume yang boleh aku nasihatkan, tanamkan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu, mesti ada benda baru yang akan kita dapatkan di tempat KPM nanti, akan banyak ilmu yang akan korang dapatkan di tempat KPM nanti, serius.. itulah yang akan menjadi benteng kepada perasaan cuaks tadi. Semua yang akan kta lakukan, menjadi suatu pengalaman yang sangat besar.

Contohnye, first time aku bagi tausiyah lepas subuh, memang drang akan panggil budak2 KPM tapi tengok jugak pada orang2 di Kg tu.. kalau jenis yang tahu orang KPM sebagai pembantu masyarakat, mesti drang akan suruh.. sampai sekarang aku rasa seronoknye bagi tausiyah @ kultum lepas subuh depan orang ramai.. bukan bangga, tapi nak bagitahu betapa besarnya pengalaman yang kita dapatkan apabila di tempat orang lain.. dan takkan kita dapat selagi kita tak mencuba.. pergh sembang..

Jadi masalah perasaan ape je yang perlu kita tanamkan.. rasa best.. rasa ingin tahu.. kuatkan semangat sebab nanti kat sana, sangat banyak perkara pelik yang berlaku, bagi aku mende2 pelik tu lah yang aku cari.. hehehe.. takkan ada pada orang yang tak mengalaminya.. relax and steady jer, korang kan peneliti, so mesti ada perasaan nakkan ilmu, bile ada perasaan tu, no problem dah sebab segala halangan di KPM akan tertandingi oleh istilah "haus ilmu" Gudluck guys.. (^_^)
Share:

Thursday, April 19, 2012

Diary KPM 2 (PAR/PRA) Ape Yang Perlu Disediakan?

Diary KPM 2 (PAR/PRA) Ape Yang Perlu Disediakan?

Sebagai seorang manusia, tidak akan terlepas dari sifat lupa.. dan ianya menjadi lumrah kehidupan manusia, kalau manusia yang tak lupa tu, abnormal la sifatnya. Jadi, di sini, aku nak share sedikit beberapa keperluan harian kita apabila berada di tempat orang (KPM) berdasarkan dari pengalaman aku selama berada di sini (Bener Meriah).

Antara lain yang perlu disediakan adalah :

++ Al-Quran, Al Mathurat, Yasin/Tahlil dan beberapa buah buku bacaan @ rujukan sebagai siaga untuk memberi tausiah.

++ Pakaian yang secukupnye, cube dapatkan info tentang keadaan semasa tempat kita dipertanggungjawapkan (KPM). Sekiranya tempat yang sejuk :

1.) 2 helai Jacket, baju yang secukupnya, paling2 5 helai termasuk        
3 seluar harian dan 1 baju dan seluar untuk berkebun.
2.) Snow cap, mafela sebagai pakaian tambahan nanti apabila diperlukan.
3.) Selimut dan tuala yang tebal. Selimut sangat penting sebab nanti malam dan subuh korang akan sangat memerlukan beliau. Begitu  jugak tuala, tuala yang nipis akan membuatkan korang malas nak mandi. (^_^)
4.) Stokin @ kaus kaki dan sarung tangan (perempuan).

++ Barang keperluan harian, seperti Ubat gigi, Berus gigi, Sabun mandi (sediakan bekas sabun) dan basuh pakaian (feb), Syampoo, Minyak angin, Minyak but2 (untuk luka), Minyak rambut, Minyak wangi, Loysen nyamuk DLL.

++ Barang2 tambahan yang lain seperti Laptop, Broadband, MP3/MP4/Ipod/Ipad (sukehati kroang lah), Gitar DLL (tanya dulu ketua P2M), buku catatan harian. Semua barang diatas adalah tergantung pada individu, sebab kalau dah ada kat sini, jangan risau, takkan boring dan banyak aktiviti yang bertimbun2 akan datang.

++ Makanan. Aku buat last sekali sebab makanan bagi aku antara yang paling remeh. Maksudnyer, insyaallah kat tempat korang walaupun dikatakan pendalaman, kedai tu tetap ada. Cube untuk save kan budjet kepadatan beg korang, pikirkan barang2 yang betul2 perlu untuk dibawa, kalau dah makanan satu beg penuh, baju satu beg penuh, beg laptop lagi.. alhasil, malu pada orang dan susahkan diri sendiri. Tapi penting tu tetap ada, ok contoh makanan yang rasanya perlu dibawa :

1.) Meggi (instant noodles), Biscuit, Kerepek @ keropok. Dah cukup, kalau rasa nak bagi barang dari Banda Aceh ke Pak Kechik, takde masalah, cume pikirkan betul2 adakah perlu aku bawak ini atau itu.

Semua keperluan diatas adalah berdasarkan pengalaman aku selama kat Bener Meriah, datang rasa menyesal sebab tak bawak barang2 yang sepatutnye.. hehe.. tapi syukur dan alhamdulillah semuanya beres. Jadi, same2 kite saling ingat mengingati. Aku dah rasa, insyaallah korang (dak2 IAIN) akan rasa jugak, pengalaman pahit aku share kan kat sini bukan nak suruh kroang rasa, tapi kene siap sedia dengan segala macam situasi mendatang.

Insyaallah, kalau ada ape lagi barang yang aku teringat nak update.. akan aku updatekan kat atas, mungkin saat tulis ni ada terlupa beberapa barang penting selama berada dalam lingkungan KPM. Dan boleh jugak saranan dari kawan2, kalau rasa ada yang perlu ditambah atau tolakkan, sama2 kita sharing kat sini. Last word.. selamat bergumbira lah yer.. sebab tak lama lagi engkorang pulak, ngeh2.. (^_^)
Share:

Wednesday, April 18, 2012

Diary KPM 1 (PAR/PRA)

Diary KPM 1 (PAR/PRA)

KPM bermaksud Kuliah Pengabdian Masyarakat yang menjadi satu kewajipan kepada setiap mahasiswa IAIN Ar-Raniry. KPM menjadi perkara yang wajib diikuti kerana disitulah kita sebagai mahasiswa mempraktek kan segala ilmu yang dimiliki. Aku akan cube membuat semacam profil berkaitan KPM sedetail2nye bagi memudahkan pelajar2 atau mahasiswa di Banda Aceh khususnya mahasiswa Malaysia.

Aku bersama beberapa teman (Aceh) ditempat kan di satu tempat yang dinamakan Kg Bener Meriah, Kecamatan Bandar, Kabupaten Bener Meriah.. boleh dikatakan Kg pendalaman tapi bukan orang asli.. (^_^). Biasanya mahasiswa KPM ditempatkan di Kg2 pendalaman, contoh tempat orang asli, dalam hutan, atas bukit dan sebagainye.. hmmm.. cuak? takde istilah cuak dah kat sini, bile kite dah ada kat sini.. istilah surviver lah pengganti kepada istilah cuak..

Bukan nak takutkan, tapi kite berada di tempat orang itulah yang perlu kita pegang.. kene cari jalan untuk teruskan kehidupan, beradaptasi dengan orang2 Kg atau masyarakat.. ape je yang perlu kita buat untuk menarik perhatian drang. Macam2 cara boleh dibuat, dalam keadaan begini, kepaduan teamwork sangat diperlukan.. lebih2 dalam proses mendekati atau menyelami budaya2 mereka. Dalam hal menyelami kehidupan mereka, kita harus bulatkan hati bahwa kita berada dalam kondisi seperti ini "Kitalah yang mengikuti budaya mereka dan bukan mereka yang mengikuti budaya kita"..

Di Bener Meriah sangat2 sejuk.. sampai berasap2 mulut aku bile sembang2.. hahaha rasa bangga pon ada.. mungkin untuk pembahasan mengenai KPM secara awal, aku akan cube untuk memberi sedikit gambaran mengenai tampat aku dan kawanku ditempatkan. Boleh dikatakan pendalaman, budaya yang hampir sama dengan budaya kita.. majoriti mazhab Imam Syafie dan hampir kesemuanya mudah, orang2 di desa Bener Meriah ni sangat ramah and i betol2 like it la.. walaupun pada awalnye, cuak giler..

Jalan kat sini jangan sembang "cantik" dia.. kui2.. memang cantik sampai boleh rosaklah rim tuh kalau hari2 langgap lobang yang sama.. cume yang best kat Kg Benar Meriah ni, first comfirm2 lah sejuk, second ilmu sangat lah banyak kat sini, third kat sinilah aku tahu siapa diriku ini.. di mata masyarakat, boleh tak diri aku ni hidup dengan kebiasaan drang? hah.. memang sungguh pengalaman yang insyallah tidak aku lupakan (amboi).. mungkins sampai sini jer pencerahan yang boleh aku sampaikan sebagi pembukaan Diary KPM (PAR/PRA) selama 45 (1 bulan 2 minggu), walaupun nampak macam lebih kepada mystory, tapi jangan salah.. story aku ni berdasarkan pengalaman hidup selama aku kat sini.. dan aku yakin, diary KPM ni akan sangat berguna kepada Mahasiswa/i yang akan melangkah kaki kearah ini (Participatory Action Reasearch).
Share:

Thursday, April 12, 2012

Bilakah Hari Kiamat?

Bilakah Hari Kiamat?

Klik gambar untuk jelas

Saje bukak2 Nuffnang statistic di blog aku dengan kata kekunci yang power atau sering dicari, memang terkejut jugak sebab antara keyword yang top pencarian di blog aku adalah KIAMAT.. maksudnyer, bukan nak kata blog aku fames dengan artikel2 kiamat, tapi pencarian orang ke arah tu.. drang mencari apakah KIAMAT tu? tanda2 KIAMAT? bile berlaku KIAMAT? ini sangat terkait dengan terjadinya gempa bumi di serata dunia. Bukan hal bohong kalau kata gempa susulan selepas gempa di Bumi Acheh adalah di Mexico, macam mana aku tahu? boleh cube tengok kat sini..

Kalau korang perasan, semasa berlakunya gempa2 ni, cuaca tak menentu.. angin sejuk, bintang banyak penuh satu langit, lambat gelap walau dah pukul 7.30.. ni bukan aku saje reka cerita, tapi ada rasa perasaan tuh semacam suatu yang pelik.. sekali bala datang, tubi2 Allah bagi.. serius aku memang takut gile.. almaklum dosa tersangat banyak.

Aku submit artikel ni antara lain sebab rasa penting untuk kite semua selami jiwa masing2, kearah mana tujuan kita yang sebenar kat dunia nih.. ape matlamat hidup di akhirat? jangan pikir dunia dah.. macam2 dah berlaku kat dunia ni, dunia pun dah tua sangat dan tak sanggup nak menampung kehidupan manusia.. tambah2 kejahatan yang semakin bermaharaja-lela kat mana-mana.. esh takut aku nak tulis.. teringat pulak dosa2 aku, dengan Tuhan (Allah), diri sendiri, mak ayah, sedara mara, sahabat karib, kawan-kawan.. tak sanggup nak pikir lagik dah.. banyak sangat..

Bile teringat KIAMAT akan jadi hari ni (jumaat)? aku rasa tak tentu arah.. ape je barang yang aku dah prepare, kelengkapan2 dan simpanan aku cukup ke.. comfirm2 kene bantai dengan Malaikat sebab tak cukup simpanan.. arghhh.. meremang bulu roma, kalau lah jadi KIAMAT hari ni.. serius cakap aku tak de ape2 nak jawap depan Tuhan nanti.. sangat2 mohon sangat dilepaskan azab akhirat. Hari Kiamat sape yang tahu bile berlaku? takde sape yang tahu walaupun ada ramai yang kata berlaku hari jumaat, tapi itu semua kehendak Allah.. anytime.. gilo hang.. cuak bapaknye..

Bilakah Hari Kiamat?

Klik gambar untuk lebih jelas

Korang boleh tengok gampa2 susulan yang berlaku baru2 ni.. aku ada letak SS kat atas.. tengok betapa banyak? dalam satu hari 24 jam, bepuluh2 gempa berlaku kat seluruh dunia.. so.. sape tahu bila KIAMAT berlaku? dengan keadaan manusia yang tak tentu atah, cuaca pon jadi takut dengan kuasa Allah.. anytime jer KIAMAT akan jadi.. walau aku main cakap ikut sedap mulut, tap betol tak ape yang aku sampaikan? tak mustahil hari ini, besok, lusa, tulat? minggu depan? lebih baik aku cepat2 muhasabah balik diri nih.. terlalu dunia sangat rupenye aku.. astagfirullahal azim.. mudahan2 Allah menerima taubatku dan kalian semuanya.. AMin..

Credit :
Share: