Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Penting PRU-13

Tak sempat pulak nak tengok penetapan tarikh Penamaan Calon Pengundian Awal, Pengundian Biasa dan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan di TV3 semalam. Sepatutnye semalam saye dah boleh balik awal dari Manjung dan usha sendiri bile penetapan tarikh untuk PRU-13 kali nih, disebabkan terjadinye perkara tidak diingini (penutup radiator hilang) di masjid Besar Manjung, hampir 2-3 jam hanya mencari penutup radiator kerete yang hilang.. keh3.. 

Penyudahnye, terpakse lah search sendirik.. kalau boleh saye nak update sendiri dari ape yang di dengar secara LIVE, tapi tu lah, so hasil yang saye dapat di Google tentang  tarikh Penamaan Calon Pengundian Awal, Pengundian Biasa dan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), anda sume boleh tengok keputusan yang diumumkan oleh ahli SPR semalam (rabu).

Tarikh Penting PRU-13

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan Khamis (11 April).

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas Rabu untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Jadi ape lagik? berkempen lah sepuas-puasnyer ! lepas nih takde dah, mudah-mudahan ada perubahan pemerintahan untuk kali ni, of kos la kearah kebaikan dan perubahan yang positif untuk rakyat.. jangan awal-awal dah buat manifesto atau mandat, janji tu ni tapi tak boleh nak tunaikan.. tu memang paling masalah.. cube lah try sekali je tukar pemimpin, hehehe.. tnegok ape jadi, lepas dah 5 tahun, bagi lah balik pada BN.. tapi kalau boleh amik la.. keh3..

Share:

0 comments: