Followers

Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Wednesday, February 8, 2017

Trick WEB to PDF - PRINT to PDF

Antara perkara penting bagi seorang mahasiswa adalah keselesaan ketika membaca/study. Betul? bayangkan korang nak exam.. banyak giler lect bagi bahan by email ect, yang perlukan korang untuk baca menggunakan laptop. Ok lah sejam mengadap laptop, itupun ntah tahan ntah tidak dengan FB segala macam. Inikan nak baca artikel2 yang memeningkan? falsafah? science? kompom tido atau scroll FB. Normal.. bile otak terlampau bekerja, perlukan sesuatu untuk cooldown temperature otak korang. Kalau tidak, terjejas segala menda.. 

Jadi, untuk memudahkan kerja, perlu cari alternatif lain untuk membantu permudahkan kerja.. terutama keselesaan. Kat sini aku nak share bagaimana cara untuk save WEB to PDF - PRINT to PDF

Keperluan:
1. Laptop
2. Printer
3. Software (freeware) http://www.dopdf.com/

Tutorial WEB to PDF - PRINT to PDF:

Trick WEB to PDF - PRINT to PDF

Download software dari link yang diberikan dan install seperti biasa. Software tersebut membantu korang untuk save mana2 website to pdf. So tak perlu nak copy and paste web to word. Kalau yang nak dicopy tu sikit takpe.. sebab, word dia detect segala format margin dari website. So bila korang copy dari web to word, kompom tunggang langgang. Untuk jadikan dia format yang sesuai untuk bacaan, perlukan software tersebut. Dan.. camne cara nak guna?

Masuk mana2 website, contoh aku masuk https://www.facebook.com/. Tekan/hold (jangan secara bersamaan) key CTRL + P. Kemudian, akan pop up print sebagaimana di atas. Di bahagian Destination, ubah kepada SAVE AS PDF atau yang berkaitan. Akhir sekali, SAVE dan pilih folder. Done.

Untuk melancarkan trick di atas, perlu install printer di laptop korang. Install printer maksudnya, korang beli printer akan dapat cd installer, so install cd tu. Cd hilang boleh cari di google. Caranya taip jenis dan model printer korang. Contoh, canon pixma e400 printer driver. Kalau takde printer, camne korang nak print sebab software tu membantu printer untuk convert kepada printer format. Kalau ada yang blur tak faham, boleh bertanya di bahagian komen.

Semoga membantu. 
Assalamualaikum.


Sunday, July 26, 2015

WhatsApp Menggunakan PC / Laptop

Typo adalah istilah bagi kesalahan dalam penulisan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Kebiasaan typo berlaku ketika seseorang menulis dalam keadaan tergesa-gesa, contoh yang dapat dilihat apabila seseorang menghantar pesanan ringkas (sms) melalui whatsapp yang ditulis menggunakan telefon bimbit (smartphone) dalam kadar yang begitu panjang, tetapi lupa untuk membetulkan kembali mana-mana perkataan yang tidak jelas sehingga menyebabkan penerima tidak faham tujuan sebenar pengirim. Sesetengah pengguna telefon bimbit dikalangan muda-mudi tidak menjadi masalah untuk memahami perkataan typo oleh pengirim kerana mereka sudah biasa memahami beberapa istilah pendek dan dapat menjangka maksud dari perkataan tersebut.

Namun menjadi masalah apabila sms tersebut perlu dihantar kepada orang-orang tertentu atau pelanggan ketika membincangkan pekara penting dan sebagainya, dan itu tidak sepatutnya berlaku. Bagi menyelesaikan masalah ini, beberapa produk dan applikasi diciptakan bagi memudahkan pengguna menggunakan applikasi whatsapp dengan lebih mudah dan selesa dengan menggunakan komputer atau laptop.

Letih weh buat ayat skema.. typo ni sebenarnye best kalau saja-saja buat untuk tarik perhatian kononnye, boleh jugak dengan tujuan perli dan macam-macam lagi. Tapi aku abaikan je sape yang typo sebab maybe die ade keje dan perlu balas msg dalam masa yang sama. Cume kadang-kadang sesetengah perkataan tu boleh jadi maksud lain, jadi perkataan lucah pun hado.. so hati-hati lah kome yek!

WhatsApp Menggunakan PC / Laptop

Aku pernah guna dua produk yang membolehkan kite hubungkan line whatsapp dengan komputer atau laptop (how to whatsapp from pc), pertama dengan menggunakan software bluestacks. Aku sempat guna software ni sekejap je sebab maybe aku tak faham cara guna atau apelah, loading dia lambat sangat… pastu kene validate bagai ape lagi tah, penyudahnye uninstall terus. Second round aku try guna lagi, kali ni bukan setakat loading jer lambat, bluescreen terus laptop aku! Tiap kali nak launch, bluescreen.. sakit hati woo. Kalau korang rasa nak guna, boleh pegi website ni: http://www.bluestacks.com.

Untuk produk kedua, aku link kan whatsapp di handphone ke laptop guna website rasmi whatsapp sendiri. Hah yang ni puas hati la.. sebab tak perlu susah bagai nak validate download hape sume tu.. yang penting, laptop boleh akses internet, dan phone pun boleh connect internet. Cara dia mudah saja:

WhatsApp Menggunakan PC / Laptop

WhatsApp Menggunakan PC

1. Buka website https://web.whatsapp.com/.
2. Masukkan apa yang patut, no tel dengan password kot, lupa dah.
3. Connect PC dengan wi-fi, begitu jugak handphone.
4. Lepas dua-dua dah dapat connection, automatik website tadi akan detect interface whatsapp di hp korang, segala data, msg-msg lama dll.

Selamat mencuba!


Saturday, July 25, 2015

Cara Mudah Buka Website yang Disekat/Blocked

Kadang-kadang ade beberape website yang telah disekat oleh SKMM atas sebab-sebab tertentu atau mungkin telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah ditetapkan kerajaan. Kandungan website seperti pornografi, pishing dan hasutan termasuk dalam Akta Komunikasi dan Multimedia atau laman web yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah; Akta Rahsia Rasmi (dua); Kanun Keseksaan (dua); Akta Hasutan (satu); dan lain-lain (sembilan) (sumber).

Kan susah tu kalaulah mana-mana website yang mungkin menjadi antara rujukan yang penting dalam sebuah penelitian.. atau mungkin sebuah website yang mengupas isu-isu kekinian, politik semasa, konspirasi dunia dan sebagainya. Bagi aku semua itu sangat perlu untuk diketahui, dibaca, dianalisis dan dibuat kesimpulan supaye manusia sentiasa berfikir untuk menjadi yang lebih baik dan tahu menilai baik buruk sesuatu perkara.

Kalaulah hanya laman sosial penyumbang kejatuhan moral insan sahaja yang dibiarkan tanpa tapisan, hanya segelintir manusia saja yang menggunakan facebook misalnye untuk tujuan yang baik, tapi boleh ke nak pantau setiap gerak geri anak waktu mereka ni ber facebook? Ape yang mereka buat, sape yang mereka berkawan, link ape yang mereka buka dan baca? Saya terfikir... kenapa tidak facebook dipantau dengan lebih rapi dan ketat sedangkan semua bacaan boleh boleh ditemukan dan dikongsi di facebook termasuklah gambar-gambar porno lucah dan sebagainye.

Jadi di bawah aku kongsikan bagaimana cara buka website yang disekat/blocked. 

PERINGATAN: KBM tidak bertanggungjawab terhadap komen mahupun tindakan yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan ... Segala risiko akibat komen dan tindakan yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Cara Mudah Buka Website yang Disekat/Blocked:

1. Disconneted wi-fi anda.
2. Open network and sharing center – Change adapter setting – right click Wireless network connection – click 2x IPT version4 (TCP/Ipv4).
3. Pilih Use The Following DNS Server Addresses.
4. Preferred DNS server: 8.8.8.8
5. Alternated DNS server: 8.8.4.4
6. Click OK, connect your wi-fi.

Tutorial bergambar Cara Mudah Buka Website yang Disekat/Blocked:



Saturday, September 20, 2014

Microsoft Office 2013 Activation Tool Working 100% 4shared

Microsoft Office 2013 Activation Tool Working 100% 4shared

Untuk mengaktifkan Microsoft Office 2013 sebenarnye takde lah susah mane pun, aku jer terlepas pandang cara untuk aktifkan Microsoft Office 2013 nih! ade satu cara yang aku practice dari tutorial sebuah blog Indonesia, menggunakan Skype software bagi mendapatkan product key MO 2013. Leceh la jugak, aku try tak menjadi sebab detected private pulak dah.

Alhasil dapat tutorial dari sebuah blog ni cara aktif MO 2013 ni menggunakan tool yang memang aku dah ada? hampeh tak?

So don't make yourself trouble.. i'am  pretty sure this trick 100% working for your Microsoft Office 2013. If u already have MO 2013 installed on your system (but must have some file like activation, install, Microsoft Toolkit 2.4.5), ignore the download link. 

If not, download HERE the folder name is Microsoft Office 2013 Professional Plus activation crack.

Cara untuk aktifkan Microsoft Office 2013 :

1.) Buka folder Microsoft Office 2013 Professional Plus activation crack - install MO 2013 (dalam folder install).

2.) Buka dan baca notepad (readme).

3.) Cara untuk aktifkan MO 2013 - Buka Microsoft Toolkit 2.4.5 - klik butang Microsoft Office - Customize setup - Set Installer Path - Setup .exe (cari dalam folder install).

** Tunggu setiap proses selesai.

Microsoft Office 2013 Activation Tool Working 100% 4shared

4.) Microsoft Toolkit 2.4.5 - Activation - EZ-Activator - setelah selesai - Check.

Mudah saje kan? sebelum ni first pakai MO ni kat lappy office aku, bukan gini cara aktif MO nih.. ntah camne bleh terlupe.. so ni kira cara baru yang aku jumpe dan gune terbukti berhasil lah. So gua nak kasi blog credit :

Credit : Source


Friday, September 19, 2014

The Best Compress PDF Software Must Try !

Aku bermasalah dengan proses untuk kecilkan size file PDF 1.5mb kepada 400kb only.. memang sangat banyak website yang menyediakan kemudahan untuk reduce PDF kepada size yang lebih kecil, tapi tak semua website menepati seperti yang diinginkan.. kadang2 size dah OK, tapi bile view jadi kabur, berat dan sebagainya.

The Best Compress PDF Software Must Try !

File aku sebenarnye takde lah besar sangat, tapi bile dah merge dengan file PDF lain, automatically file bertambah besar, ni masalah utama aku untuk submit saiz file yang telah ditentukan. Dah banyak keyword (compress PDF) dan compress website aku try.. tetap masalah sama tetap berlaku.

Lastly, usaha punya usaha.. terjumpa sudah software menarik compress PDF, portable lagi. Aku share bukan ape, yelah yang utama memang untuk kemudahan semua, tapi paling utama sebab aku nak save mane-mane software rare, perlukan usaha dan ketekunan.

Bebel plak.. okeh software tu boleh download SINI.

Cara guna pandai-pandai lah kome yek! very simple to use, explore try and try and try.. insyaallah dapat.

Good luck!

Any problem, please comment below :


Sunday, September 14, 2014

Cara Mudah Install Unknown Device Windows 7

Aku search CARA INSTALL UNKNOWN DEVICE tetap dapat jawapan yang sama.. kalau tak caya try search, so disebabkan macam tak berjaya jer aku buat.. lastly aku try another way to find how to solve this problem.. sebenonye, cara dia sangat simple :

1. Right click My Computer - Manage - Device Manager - Unknown Device.

2. Right click Unknown Device - Update Driver Software - Search Automatically For Updated Driver Software.

Cara Mudah Install Unknown Device Windows 7


Tunggu beberapa saat hingga minit.. Blingggg ! dah siap.. kalau ada masalah, boleh bertanya, sebab aku buat tak sampai 3 minit, yang penting mesti la terkoneksi dengan internet.. jangan pule kome relax takde internet. Tapi kalau tak salah aku, boleh jugak buat secara manual. Itu.. kome carilah sendirik ye.

Selamat mencube !


Thursday, September 11, 2014

Camne Nak Buang Antivirus Avast?!!

Camne Nak Buang Antivirus Avast?!!

Bagi aku Avast adalah AV yang boleh dikatekan menyusahkan pengguna terutama aku.. atau mungkin aku sendiri tak tahu cara untuk agar Avast tak menyusahkan aku.. tak pernah pulak nak ambik tahu.. setahu aku, Avast ni memberatkan system laptop sehingga menyebabkan banyak kerja jadi tergendala.. tak buleh nak open banyak apps.. kompom tersangkut.

Lenovo aku ni beli-beli memang dah terinstall AV Avast.. so kut mane pun kene jugak merelakan.. walau terpaksa, macam yang aku kate.. banyak keje aku jadi lembab tetambah bile browsing, mana ada orang browsing buka 1 tab.. 

So setelah sekian lame jugak aku pakai Avast, aku buat keputusan untuk uninstall / remove dari my Lenovo. Nak buang AV ni kene ada cara, kalau kite Uninstall dari laptop.. banyak file @ laptop akan jadi tambah berat. Jadi trik die mudah je..

Download SOFTWARE ni. Cara guna sangat mudah, klik jer software yang didownload tadi.. nanti kite akan disuruh untuk masuk ke Safe Mood, jangan risau.. ikut jer seperti yang disuruh.. sampai lah komputer siap restart.

Selesai.

Selamat mencuba.


Wednesday, September 10, 2014

Cara Mudah Kecil Dan Gabungkan File PDF

Cara ni akan sangat diperlukan bile satu saat korang berurusan dengan sesuatu yang memerlukan proses download upload. Kekadang file yang diperlukan sangat minim, kalau file gambar takde hal.. boleh resize dan sebagainye, apecer kalau tibe2 diperlukan file PDF?

Mudah jer..

Cara Mudah Kecil Dan Gabungkan File PDF1. Download Software ni, install this software as usual.. software ni untuk menggabungkan file PDF yang berasing. Bermaksud, 2 file PDF akan menjadi 1 file PDF.

Caranya guna sangat mudah, add files, select any files u want to combine, then click BIND button.. wait severel saat.. and DONE. Dont forget to save the files to your desktop. Kang kalu letak merata, susah nak cari balik.

Ok sekarang dah bergabung, dan size nye akan jadi lebih besar.. so masenye untuk kecilkan size file tersebut dengan menggunakan kaedah Compress.

2. Buka website ni WEBSITE INI. Aku suggest website ni banding website lain sebab web ni banyak menyediakan tools berguna selain untuk mengecilkan size PDF korang. Rajin2 sikit godek..

Cara guna sangatlah mudah.. bile dah bukak website tersebut, akan banyak tools yang disediakan, korang hanya perlu cari tools Compress PDF. Selanjutnye, korang akan tahu sendiri.

Selamat mencuba.. semoga bermanfaat.


Wednesday, June 18, 2014

Microsoft Office 2013 Professional Plus activation crack

Kalau rasa nak pakai Microsoft Office 2013 Full Activation + Guide, boleh cube download file torrent kat bawah. Sebelum ni aku ada share Microsoft Office Standard 2007, tapi macam susah jer nak buat fullversion, nak cari keygen pun susah.

Last-last aku tukar dan pakai Microsoft Office 2013 Full Activation + Guide nih, memang terbaik.. panduan cara install sampai cara untuk fullversion pun disediakan dalam satu folder, sizenye tak besar pun, 107MB jer, so takde masalah nak download kan.

Microsoft Office 2013 Professional Plus activation crack

Sebelum sedut file torrent ni, sila pastikan komputer anda terinstall torrent software, boleh download kat SINI. Lepas download file torrent dibawah, klik file tersebut sampai keluar seperti dalam gambar di atas kemudian klik OK. Selamat mendownload.

Download : 4Shared




Tuesday, June 17, 2014

Working! Microsoft Office Product Key

Finally ~ Carik punya carik dapat jugak Product Key Microsoft Office Standard 2007. Jenuh jugak mencariknye, nyaris stremyx ni mencanak peginye, kalau macam siput jer comfirm tak terinstall MO kat komputer aku nih.. almaklum baru lepas format, kadang tak perasaan software penting yang perlu ada. Terlepas pandang.

Banyak orang share MO, tapi tak semua valid dan fullversion. Aku punya MO ni pun trial, kene rajin la cari product key atau keygen untuk MO yang digunakan. Kalau idak, terbantut la function MO tersebut.. tak dapat digunakan sepenuhnye.. nama pun trial, paling tidak dia bagi masa 1 week. Larat ke nak download lagi? baru nak susah cari yang fullversion?


Microsoft Office Product Key pelbagai version :

Microsoft Office 2007 Product key
FOR OFFICE STANDARD 2007

CTKXX-M97FT-89PW2-DHKD3-74MYJ
KCBJJ-67B9Q-KQXF2-VQV2V-6TXJ3
4NJ39-D83K0-2HNS0-39OKD-4ZHJ8


FOR OFFICE HOME and STUDENT 2007

PHXQ7-GMKQ3-XPYRB-YXTVM-XXT73
B4MKP-KP9YP-7TBQ4-7T4XF-MTGWY
DDY79-433JV-2RXGX-MQFQP-PFDH8
KGFVY-7733B-8WCK9-KTG64-BC7D8
DDY79-433JV-2RXGX-MQFQP-PFDH8
WRGJQ-2J2HB-8XP8D-6J2YK-BMFFD
HX2HC-MJM6Q-4487F-23FMP-9VKV8
HX2DJ-36TJX-CRVRJ-C72Q8-CJTBQ
V82W3-BM72R-XRHWG-CP69F-4FPMT
VHGFG-FVMY3-HHP46-RXVDJ-8R6BY
TC2QP-QBCP7-WQ62V-WBF92-WWG73
WQ27D-PY77P-R9CQK-MCPPB-QGJYQ


FOR OFFICE PROFESSIONAL 2007

MTP6Q-D868F-448FG-B6MG7-3DBKT
T3PVR-XX42X-T49DW-WGBG6-9FT73
TT3M8-H3469-V89G6-8FWK7-D3Q9Q
RVRY7-9H6W3-VBGF7-M7GQF-2X7TB
BHFYK-9RTKR-RV3J6-X669J-XQ3Q8
GM3C4-HQQJV-4TGMX-3R8CP-G928Q
KGFVY-7733B-8WCK9-KTG64-BC7D8
XC84W-M642D-2QDWY-YTKMM-RWJQW
TQ7MT-BQTJD-V4MJ6-J6KT8-RP2VW
HCFPT-K86VV-DCKH3-87CCR-FM6HW
V9mtg-3gx8p-d3y4r-68bq8-4q8vd
KGFVY-7733B-8WCK9-KTG64-BC7D8
GM3C4-HQQJV-4TQMX-3R8CP-G928Q
MTP6Q-D868F-448FG-B6MG7-3DBKT
kxfdr-7ptmk-ykyhd-c8fwv-bbpvw


FOR OFFICE ENTERPRISE 2007

VCWD4-Q2HTM-VKT6B-7V8J3-28K38
M2BX2-HQKQF-Q9Q7K-F2JQH-MDGHW
FXDKB-XJKJP-9B79T-8CMPB-QG938
KGFVY-7733B-8WCK9-KTG64-BC7D8
D8Y66-3Y4GK-G6Y3C-8G7R9-JTDQ8
V9MTG-3GX8P-D3Y4R-68BQ8-4Q8VD
KGFVY-7733B-8WCK9-KTG64-BC7D8
W2jjw-4kydp-2ymkw-fx36h-qyvd8
Vb48g-h6vk9-wj93d-9r6rm-vp7gt
Hcfpt-k86vv-dckh3-87ccr-fm6hw

OFFICE ULTIMATE 2007

J67F8-BB7GM-8VPH2-8YMXP-K49QQ
M247G-3Y738-69GD7-V6CF8-9KH4G
M2QKF-KDQ4R-YHQKD-M4YYK-GPWVD
WRWWX-G9MMD-X4B8X-7JQP3-CMD93
RYC22-PRMXB-8HP8W-384PD-GXHX3
VM98J-C9X4C-MM7YX-93G64-BJMK3


Friday, November 22, 2013

Internet Downloader Manager 6.18 Build 7 + Crack + XP Manual


Internet Download Manager terbaru adalah 618 build 7, tapi yang saye kongsikan kat sini 618 build 5. Malas nak cari yang build 7, kalau anda rajin.. share lah dengan saye ye (^_^)

Komputer office ni pakai window ori XP, so bile aku download dan install IDM, dia akan keluar pop up massage "fake serial number".

The solutions is ~ ~ setelah anda selesai download dan extract file di bawah, install IDM 618 build 5 di komputer anda, copy crack "IDM_6.18_build_7_Crack_only", pastekan di "C:\Program Files\Internet Download Manager". Klik apply kemudian Ok.

Sekirenye masih lagi keluar pop up message "fake serial number", sila guna dan extract file "IDM_reigstrattion_Manual_method", kemudian ikut panduan yang disediakan dalam file tersebut.

Best pakai win XP ni, smooth jer.. tapi macam-macam pulak masalah, masa pakai win 7 dulu, mudah jer.. biasalah downgrade.. macam gini lah jadinye.


Password : duadz.com

IDM_6.18_build_7_Crack_only

IDM_reigstrattion_Manual_method

idman618build5.exe


Sunday, March 31, 2013

Bitlocker dan Repair Harddisc Anda

Pernah pakai Bitlocker tak? kalau hangpa nak tau, Bitlocker tuh sejenis program yang dibuat khusus untuk menjaga data-data HD (harddisc). Dalam pada masa yang sama, Bitlocker dibuat untuk menjaga keamanan HD seseorang. Bitlocker boleh ditemukan di Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Amende tu Bitlocker? :

BitLocker adalah fitur keamanan yang ditemukan pada Windows Vista dan Windows 7 (Ultimate dan Enterprise edisi saja) serta Windows Server 2008 yang memungkinkan pengguna untuk mengenkripsi drive menggunakan enkripsi AES (Advanced Encryption Standard).AES adalah algoritma enkripsi pertama yang digunakan oleh pemerintah Amerika Serikat untuk melindungi dokumen sensitif. AES didesain sebagai pengganti DES (Data Encryption Standard) dan didukung dalam banyak program enkripsi seperti PGP (Pretty Good Privacy).

Bitlocker dan Repair Harddisc Anda

Dan ini aku dapat setelah menggunakan Bitlocker, sebenarnye takde masalah untuk meng Encryption Harddisc anda, disebabkan aku dok Aceh.. letrik selalu mati-mati.. so kekadang dia mengganggu proses Encryption HD aku dan mengakibatkan keluarnye pop up dari Bitlocker untuk menjalankan perintah chkdsk/r. Mende pulak tu?

Kalau keluar perintah error tersebut, aku sarankan kome jalankan jer perintah di CMD macam mane yang disuruh la. Perintah tersebut keluar disebabkan adanya error semasa proses Encryption Harddisc, macam masalah aku tadi, dan risiko dia, file-file atau data korang boleh hilang macam gitu je, kalau idak hilang pon, data anda boleh rosak fatal.. want it? oh nouu..

Bitlocker dan Repair Harddisc Anda

Ade beberape perintah CMD yang hangpe boleh cobe membuatnye. Tak lain dan tak bukan untuk repair HD anda lah.. dan, anda jugak boleh menggunakan software sebagai pengganti CMD. Tapi aku lebih syorkan pada kome untuk menggunakan features dari Windows sendiri, lebih selamat dan berkesan.

++ Caranyer begini. Klik Start - Taip CMD dan enter - Taipkan perintah-perintah CMD di bawah (mengikut kesesuaian kerosakan yang anda alami) - Enter.
  • Pada tampilan Command Prompt ketik perintah: CHKDSK D:
    Perintah tersebut akan menjalankan CHKDSK pada Drive D dalam mode read-only.
  • Ketikkan perintah: CHKDSK D:/F
    Perintah tersebut digunakan untuk merepair error tanpa melakukan scanning bad sector.
  • Ketikkan perintah: CHKDSK D:/R
    Perintah tersebut digunakan untuk merepair error, menemukan bad sector dan me-recover data.


Wednesday, March 20, 2013

Cara Posisikan iklan Di Tengah Postingan

Baru-baru nih aku ada daftar PPC di Chitika dan menjadi masalah biler iklan dari Chitika tak keluar kat blog aku, dari pembacaan dan pemahaman aku lepas dah baca dari beberapa artikel atau post berkaitan Chitika nih, memang Publisher under Chitika ramai yang mengalami masalah yang same macam aku, dan the solution adalah.. after you join Chitika, you must wait beberapa hari, kalau blog aku dah muncul dalam 2 hari.. not bad lah, dan barulah muncul beberapa iklan dari Chitika.

Cara Posisikan iklan Di Tengah Postingan

Aku tak moh bahas pepenjang pasal masalah Chitika nih, just nak share satu tutorial tuk posisikan iklan di bahagian tengah postingan anda, contoh iklan macam Adsense, Chitika dan lenglain. Contoh pic anda sume boleh usha kat atas.

The questions pulak.. macam mana cara nak letak iklan kat tengah tu? cara untuk posisikan iklan di tengah postingan sangat mudah dan simple, sikit step je anda dah boleh buat, cume perlukan ketelitian pada code-code yang kita nak edit nanti di bahagian Edit HTML. Okeh.. moh le kite mulekan, kang lagi panjang pulak sembangnye :

1. Login ke Blogger -> Edit HTML.
2. Backup dulu template Anda untuk jaga-jaga apabila terjadi kegagalan.
3. Centang Expand Template Widget.
4. Cari kode apabila Anda jumpe banyak kode yang sama macam itu, pilih kode yang nombor dua.
5. Kemudian ganti kode dengan kode dibawah ini:


<div expr:id='"iklan1" + data:post.id'></div>
<div style="clear:both; text-align:center; margin:10px 0">

<SCRIPT IKLAN DISINI>

</div>
<div expr:id='"iklan2" + data:post.id'>
<data:post.body/>
</div>
<script type="text/javascript">
var obj0=document.getElementById("iklan1<data:post.id/>");
var obj1=document.getElementById("iklan2<data:post.id/>");
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(" ");
if(r>0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+1);}
</script>

Jangan lupe untuk preview dulu sebelum save template, kalau tak keluar jugak iklan tu, anda terpaksa jugak save template, ingat dulu kat code yang telah kite edit supaye senang nak remove @ add mana yang patut.. kalau dah kucar kacir sangat, itulah pentingnye backup template tadi.

Wokeh.. semoga berjaya lah kengkawan yang kukasihi.. i think, step kat atas tuh sangat mudah untuk dipelajari dan di praktekkan.. again, gudluck olls.. (^_^)



Friday, March 15, 2013

Tips-Trick Lajukan IDM Tutorial Bergambor..

Setelah boring melanda, barulah rase nak update blog, bile pulak dah bukak new page.. terase pulak macam takde idea nak tulis.. macam-macam, so aku nak wat post pasal tips-trick lajukan IDM.. mane pulak datang idea nak buat tutor nih? yelah sebab aku tengah download dan connection agak lembab, ada lah beberape trick yang boleh korang cube tuk lajukan IDM hampe..

Tips-trick lajukan IDM :


Tips-Trick Lajukan IDM
Klik gambo untuk besokan die

Tips-Trick Lajukan IDM Tutorial Bergambor..
First tutorial How To Speed Up Your IDM

Tutorial aku sediakan dalam bentuk GIF.. so usha la molek2 deh.. jangan mare, malas la pulak nak buat tutor dalam bentuk word, so the best way.. tuk orang yang malas cam aku, tu lah resultnye..

Tips-Trick Lajukan IDM Tutorial Bergambor..
Second tutorial How To Speed Up Your IDM

The next tutor is.. korang kene edit di bahagian regedit.. sile peratikan betoi-betoi supaye korang tak penin nanti.. ok? agak tak nampak, klik jer GIF tu untuk besokan die.. hehe..

The basic is.. connection korang pon kene lah kuat, takkan la connection lembab, boleh cecah sampai 2-3 ratos kan? software2, edit2 sana sini tu hanya tuk support jerk.. memang akan ada perubahan kalao hampa cube mende yang aku dah cube nih, walaupun pakai modem@BB.. ada la perubahan cikit, tapi takde lah sampai 1 MB kan? hidup ni mesti logik bro sis (^_^)


Wednesday, January 23, 2013

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Aku antara manusia yang mempunyai kegemaran bermain game tanpa mengira waktu, tak peduli ape orang cakap dan ape orang nak kate pasal aku, sampailah satu game yang membuatkan laptop aku hancus, lepas dah pakai laptop kecik nih terus merudum turun nafsu aku nak main game, hahaha.. sampailah terjumpe satu artikel yang aku rase bermanfaat untuk dikongsikan dengan korang sume. Pernah tahu tak ada Game Yang Menghina Islam? kalau tak tahu, jom amik tahu..

1) Devil May Cry 3

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Jika melihat pintu diatas seperti tidak ada apa yang unik, yang dimaksudkan di dalam game ini yang berkaitan dengan pintu ini adalah pintu menuju alam iblis. Tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti, maka ada persamaannya dengan pintu Kaabah di bawah ini.

Antara Game Yang Menghina Islam

Same kan? memang waktu kite main game, mende jijik macam nih takkan pernah nampak.. mereka cube untuk menyebarkan virus iblis dalam hati orang Islam. Cara terbaik yang selalu mereka gunakan adalah dengan cara halus, menggunakan cara yang tidak manusia sedari. Akhirnye, tanpa sedar.. orang Islam sendiri telah menghina agama Islam, itulah matlamat mereka.

2. CLIVE BARKER UNDYING

Clive Barker Undying adalah game yang dikembangkan oleh EA Los Angeles dan dirilis pada tahun 2001 oleh Electronics Art. Game ini mengisahkan tentang perlawanan terhadap syaitan.

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Ape motif dari penciptaan game ini dengan Nama Allah sangat jelas tertera di istana syaitan tersebut? menunjukkan bahwa mereka mencuba untuk menghina Allah dan agama Islam dengan menggabungkan antara Allah yang suci dengan syaitan yang kotor dan jijik. Berhati-hatilah dengan game yang anda main, jangan sampai syaitan yang kita sangat ingin kita hindari, tanpa disedari sudah menjadi teman akrab kita. Nauzubillah. Moga Allah jauhkan..

3. PRINCE OF PERSIA

Game yang berlatar tempat di Persia atau sekarang yang merupakan kawasan Iran, Irak, Mesir ini secara keseluruhan memang bertemakan Islam.

Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Seorang raja dengan  ceritanyingina membalas dendam ini memang dengan sekilas pandang tidak terlihat adanya unsur penghinaan terhadap Islam. Tapi setelah diselidiki, unsur penghinaanya adalah, Raja Dastan ini memegang pedang dengan kalimah arab yang bermaksud, “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'' yang merupakan sabda Rasulullah SAW.

Dimanakah unsur penghinaan di dalam game ini? Di dalam game ini raja Dastan membunuh siapa saja yang menghalanginya dan membunuh askar-askar Persia.

Askar Persia adalah kaum muslim. Secara tidak langsung game ini mengatakan bahwa ajaran Rasullulah yang disebarkan adalah ajaran membunuh dan mengatakan bahwa umat Islam adalah kaum barbar.

4. Guitar Hero 3 

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Dalam game ini, anda akan melihat dengan jelas adanya penghinaan kepada Allah. Kalimat Allah dipijak oleh para pemain guitar yang menyimbolkan syaitan sebagai kuasa dalam musik, dengan menginjak kalimah Allah di lantai, menunjukkan bahwa Allah itu lemah, dan boleh saja dikalahkan oleh kekuatan syaitan. Aku nak download sendiri game nih.. cess..

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Masih tidak jelas? sebagai seorang Islam.. anda akan rasakan betapa sakitnya di dalam hati ini. Di depan mata kita (umat Islam) puak2 laknatullah ini menghina Islam, tidak berani dengan berhadapan, secara diam pula mereka selitkan.. Nauzubillah.. Allah maha mengetahui segala sesuatu.

5. Resident Evil 4

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Game ini diceritakan seorang yang bertugas mengemban misi menyelamatkan dunia dari ancaman zombie (mayat hidup). Unsur penghinaanya sebenarnya sudah ada sejak pertama kali main, tapi yang sangat jelas pada saat Leon memasuki sarang Zombie.

Pintu tersebut terdapat simbol Iluminati dan pintu tersebut dibuat persis dengan pintu Umar Bin Khattab, Masjid Nabawi. Mari kita lihat:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Lambang Asli Iluminati pada pintu tersebut:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Jelas adanya lambang Illuminati pada pintu Umar Bin Khattab. Lebih jelas lagi dengan adanya Nama seorang tokoh pendiri Illuminati Los Illuminados. Cuba perhatikan gambar di bawah:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Cuba lihat pula bagaimana mereka manipulasi keadaan, dari simbol pintu Umar Bin Khattab mereka jadikan sebagai lambang Illuminati, perhatikan gambar di bawah:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Kenapa sangat berminat dengan khazanah-khazanah Islam? bukankah mereka lebih dikenal dengan kehebatan, kecanggihan dan hampir seluruh pelusuk dunia mengenali kewujudan mereka.. kenapa mesti khazanah Islam di manupulasikan? dalam satu masa, mereka sebenarnye merasa tertekan dengan kehebatan dan kekuatan kaum Muslimin di muka bumi ini, mereka takut bahwa kebenaran tentang suatu hari nanti, Islam akan memegang tombak melawan kejahatan di dunia ini, mereka takut bahwa kebenaran tentang syurga neraka akan diberlakukan satu hari nanti..

Jadi.. sebelum semua itu terjadi, mereka mencuba untuk membanteras sikit demi sedikit dengan cara yang sehalus mungkin, paling efektif adalah dengan mewujudkan hal-hal yang boleh mempengaruhi minda dan perasaan manusia.. mereka berjaya membuat orang maki hamun, mereka berjaya membuat orang memuji kehebatan teknologi mereka.. tapi mereka terlupa, manusia zaman sekarang akan lebih hebat dan lambat laun segala agenda rahsia mereka akan diketahui semuanya.



Thursday, January 17, 2013

Cara Tukar Video Ke Format Gif -Software-

Ropenyer dah lame ada software converter dari video ke GIF.. hahaha.. aku memang dari dulu dah tahu, cume malas nak amik tahu, lepas aku termasuk dalam satu blog tu, tengok dia buat tutorial menggunakan gambar GIF, pergh somat pulak den nengoknyer.. sejak dari itulah.. aku praktekkan software ni untuk buat tutorial dalam bentuk gif.. sempoi dah pe.. hahaha..

First korang boleh jimat space @ kecilkan space untuk korang posting pasal tutorial bergambar, banyak sangat gambar dalam satu posting akan membuatkan blog jadi lembab, dan visitor pon lari la cari blog yang lebih ringan dan berkesan, kelemahan bagi aku, maybe visitor akan penin sikit dan perlu tunggu lame (xleh pause) untuk gambar tu spin dari awal balik.. hihi, terpulang pada kroang.. aku cume share.

Korang boleh tengok posting aku menggunakan software ni pada second blog aku : http://blogspot-train.blogspot.com. Selamat mendamloeeeed.. (^_^)

Tuwoe loen.. lam folder nyan na ley software.. B1FreeArchiver, Freevideotogif dan AviToGif_0-3_fullPack. So yang aku rekemen korang guna adalah software AviToGif_0-3_fullPack, lebih praktis, simple dan mudah digunakan, tutorial bergambar aku sediakan.. lucky for you lah ye..

Cara Tukar Video Ke Format Gif -Software-

Download here 
Size : 22.65MB


Thursday, December 27, 2012

Software Paling Latest? wow..

Banyak tempat untuk download software2 latest kat internet. Boleh dengan menggunakan search engine, boleh jugak cari di banyaknye forum atau web yang mengongsikan software2 tersebut. Contoh, korang boleh try http://www.filehippo.com/ untuk tengok software yang latest. Bagi aku, filehippo not bad la, ringan, dan banyak software terkini.

Melalui search engine, korang boleh gunakan keyword2 yang terbaik atau nama software paling latest korang tahu. Cara dia sangat simple, contoh software k-lite codex, yang terbaru adalah K-Lite Codec Pack 9.60 (Full), jadi taipkan nama,version, + full version, kemudian taipkan di Google atau search engine lainnye. Aku recomend, Google lah.. google bagi aku terbaik..

Atau, kalau rajin boleh jugak cari software untuk mencari software yang paling latest. Aku tak pasti ape name software tuh, tapi aku penah gune dan OK lah.. hihihi.. dan terlupe pulak nak share kat Syok.org. Ngeh3... yap.. kat syok pon ok lah, tapi bagi aku skang, syok dah kurang syok.. ntah, korang usha lah sendiri, nanti kate aku saje nak downkan web tu.. hihihi, gua donator ok..

Banyak lagik cara lain, cara yang terbaik bagi aku? hmm.. simple jer, first taip dulu ape software yang korang nak carik, contoh, MPCstar, so taip la kat google MPCstar 2013 latest fulversion. Kalau nak lagi senang, kite amik di blogspot, kalau di blog ni mudah sikit kite nak download, kadang2 di forum2, agak susah untuk kite download, banyak sangat kerenah drang..

So di blogspot antara tempat sharing dan downloading yang bagi aku terbarek, ape2 hal, aku akan rujuk di blogspot dulu baru ke web yang lain.. tak semua orang suke berforum, tak semua orang suke rules, tapi setiap orang ada rules.. jadi, paham2 lah.. heheh!!


Wednesday, August 15, 2012

Software Edit Video |VideoPad Video Editor 2.30 Full Version|


Aku ader jugak mencari software untuk edit video dengan effect yang bermacam-macam, dan size dia sangatlah besar, kalau tak salah 400MB. Tapi masalanye, bukan terletak pada size besar atau tidak.. sebab kat sini line internet sangatlah kuat, setakat 4GB boleh aku settlekan dalam masa 3 hari tanpa off lah my lappy nih. Cume yang jadik masalah adalah hosting yang menjadi tapak kepada software tersebut. Rapidshare????

Har3.. mula2 tengok, owh rapidshare, aku tak risau sebab sebelum ni ada jugak aku download dari rapidshare dan size dia boleh tahan la besar. Pelik jugak bile tengok bedesup macam mediafire. Buttts.. aku tambah pelik kenapa kali nih aku download di rapidshare, tak sesedap yang dulu..

Ape2 pon.. kalau aku dapat software tuh, mesti aku share kat sini punye. Software Video Pad 2.30 Full version nih bagi aku function dia sangatlah sikit dan simple. Kalau aku tak buat tutorial pon, korang mesti dah lebih hebat dari aku. Setakat nak letak subtitle, tambah effect sikit2 boleh lah gune software ni sebagai permulaan. Tapi kalau korang nak yang power tuh, ada sound effect, ape2 effect lagilah.. ni bukanlah software yang hebat tu. (^_^)




!!(Promosi)!!
Belajar Gitar Cara Pantas!! Newbie+Pro :
RM47

1 Hari Rm 2.00!! Cepat!! :
Percuma

Hanya Rm25 Boleh Dapat Rm 10,000 :
RM25


Thursday, August 9, 2012

15 Ebook kumpulan fiqih |Mediafire| 3.45MB

15 Ebook kumpulan fiqih |Mediafire| 3.45MB15 Ebook Collection yang terbaik aku nak share kat sini.. rasenye sape tak download 15 Ebook fiqih ni, aduyai ruginyer. Satu buku fiqh dah berape, ni 15 in 1 free macam tu jer.. tak nak dan banyak alasan lagi tak tahu la nak cakap ape lagik. =)

Alasan sebab besar ke size dia? esh 3.45MB jer.. alasan takut nanti link tibe2 out? aku upload kat Mediafire lah, dun wurri, link mati? siap protect dengan Linkhat lagik, dan ape la salahnye kalau roger tuan rumah kate link dead. Insyaallah musti aku up yang lain.

Ape lagik alasan korang? haa.. esh xde alasan lah.. ni bukan paksaan ok, bukan ape, kadang aku susah cari untuk dapatkan ebook nih kat Google, bile aku share dan takde orang nak ambik/download, huh.. sedey lah, xde yang menghargai pengorbanan aku.. waaaa!!

Link download ada kat bawah, macam biase, aku tutup dengan Adf.ly dan Adfoc.us. Untuk dapatkan link, korang SKIP AD di bahagian atas Adf.ly dan Adfoc.us. Okeh? gud download (selamat mendownload).

**Mediafire

!!(Promosi)!!
Belajar Gitar Cara Pantas!! Newbie+Pro :
RM47

1 Hari Rm 2.00!! Cepat!! :
Percuma

Hanya Rm25 Boleh Dapat Rm 10,000 :
RM25


Saturday, August 4, 2012

Software Pembuat Banner *GIF

Nak share software pembuat banner Ulead Gif Animator 5 (Full Version). Ahh.. sungguh tidak sanggup ku menahan kesakitan ini (resdung). Software ni bagi aku OK lah banding Photoshop, PS agak susah dan banyak tools2 yang perlu kite belajar untuk paham kan fungsi dia.


Software Ulead Gif Animator 5 (Full Version) lebih kurang macam PS, cume lebih simple dan mudah digunakan. Tak perlu rasenye aku sediakan tutorial cara menggunakan software Ulead Gif Animator 5 (Full Version). Tetambah bagi pengguna PS yang PRO.. huh tak pandang dah..

Aku pun dalam proses menaiktarafkan kekretifan dalam membuat banner. So alang2 nak share lah kat korang-korang yang berminat. Software nih 100% full version, jadi tak perlu risau nak carik crack atau patch dia, so tunggu ape lagik.. silekan download di bahagian bawah ye. Feedback anda sangat dihargai (*_^)


PS = Aku menerima tempahan create banner dari sape-sape lah (468 x 60 & 125 x 125) secara PERCUMA!!. Yang berminat, sila emailkan tempahan anda di ( duad1989@gmail.com)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...