Followers

Showing posts with label Trick. Show all posts
Showing posts with label Trick. Show all posts

Saturday, April 22, 2017

Tersalah Beli Tiket Bus? Ni Penyelesaiannya....

Boleh ke tukar tiket ni yah? orang dah beli minggu ni tak jadi balik pulak.. paling2 pun minggu depan baru boleh balik. Boleh ke tukar tiket ni yah? rugi la kalau burn huhu..

Patut aku balik minggu ni ok wakaka.. tapi disebabkan ada urusan yg tak dapat dielakkan, terpaksa tangguh minggu depan. Tak sabo nak makan gulai lemak sayur bendi belakang rumah makkkk!!
Boleh ke tukar? takkan nak burn? boleh ke jual? camne cara nak jual pulak dah.. adui banyak betul masalahnye. Relax2. Untuk pengetahuan korang, dua2 cara tersebut boleh dilakukan, samada nak jual atau tukar tarikh. Kat bawah aku tunjukkan cara-caranya:

1. Jual tiket yg dah dibeli.

Cara nya, korang pegi balik tempat yg korang beli tiket tuh, mintak dia tolong jualkan. Maybe ada sedikit pengurangan. Tapi OK lah dari kau rugi 100%. Tapi tak semua cashier nak tolong, pandai2 lah kau buat muka sedih

2. Tukar tarikh tiket yg dah dibeli.

Cara yang ni confirm boleh, aku tak pasti samada semua syarikat bus pakai kaedah yg sama atau hanya Plusliner sahaja. Aku baru jer tukar tarikh tiket untuk Plusliner, takde masalah.. cuma kene bayar RM5.20 (kalau x salah yg sen) untuk ape taktau. Bukan lah kata tak kisah, rugilah dari aku burn begitu saja kan?

Kesimpulannye.. takde masalah kalau nak tukar tarikh tiket yg tersalah beli ect. Aku tak pasti semua syarikat bus sediakan kemudahan macam nih, tapi Plusliner confirm. Ohh.. untuk proses tukar menukar ni, tak semestinya buat di station bus yg besar.. boleh jer dengan agent. Ok gudluck guys!


Tuesday, February 28, 2017

Terlupa No Sendiri? Begini Caranya... (MAXIS,DIGI,CELCOM,TUNETALK)

Punya la aku stress sebab terlupa no sendiri.. ni semua angkara dulu2 pakai banyak no, tapi hpnye satu.. now aku still dengan maxis dan digi. Dan disaat aku memerlukan no2 tersebut.. boleh plak terlupa, BTW maxis ni baru lagi aku guna untuk free social internet.. kalau tak memang tak hingin pun sebab kuat nau nipunye. Yang jadi terdesak sangat ni disebabkan, sim digi buat hal. Dah la no digi aku tu no formal, kot awek lama nak call tak dapat2. Oleh itu, misi pencarian maklumat bermula.. so akt bawah aku share cara mudah untuk tahu no sendiri

Terlupa No Sendiri? Begini Caranya... (MAXIS,DIGI,CELCOM,TUNETALK)


Maxis/Hotlink:
Semak nombor Maxis Hotlink  tekan *139#

Tambah Nilai Maxis Prepaid
*111*Kod Pin 16 Angka# 
 *111*1234567890123456# 

Semak Baki Quota Internet Maxis HotLink
*100*2*1# 

Maxis Customer Service  Hotlink 
Dial 123



Digi: 
No Telefon dan Baki  *126#
Menu digi *118# 
Semak Kuota *200#
Internet Packages *116#



Celcom:
tekan *124# atau tekan *118#



TuneTalk 
Semak Nombor TuneTalk tekan *111# 





Wednesday, February 8, 2017

Trick WEB to PDF - PRINT to PDF

Antara perkara penting bagi seorang mahasiswa adalah keselesaan ketika membaca/study. Betul? bayangkan korang nak exam.. banyak giler lect bagi bahan by email ect, yang perlukan korang untuk baca menggunakan laptop. Ok lah sejam mengadap laptop, itupun ntah tahan ntah tidak dengan FB segala macam. Inikan nak baca artikel2 yang memeningkan? falsafah? science? kompom tido atau scroll FB. Normal.. bile otak terlampau bekerja, perlukan sesuatu untuk cooldown temperature otak korang. Kalau tidak, terjejas segala menda.. 

Jadi, untuk memudahkan kerja, perlu cari alternatif lain untuk membantu permudahkan kerja.. terutama keselesaan. Kat sini aku nak share bagaimana cara untuk save WEB to PDF - PRINT to PDF

Keperluan:
1. Laptop
2. Printer
3. Software (freeware) http://www.dopdf.com/

Tutorial WEB to PDF - PRINT to PDF:

Trick WEB to PDF - PRINT to PDF

Download software dari link yang diberikan dan install seperti biasa. Software tersebut membantu korang untuk save mana2 website to pdf. So tak perlu nak copy and paste web to word. Kalau yang nak dicopy tu sikit takpe.. sebab, word dia detect segala format margin dari website. So bila korang copy dari web to word, kompom tunggang langgang. Untuk jadikan dia format yang sesuai untuk bacaan, perlukan software tersebut. Dan.. camne cara nak guna?

Masuk mana2 website, contoh aku masuk https://www.facebook.com/. Tekan/hold (jangan secara bersamaan) key CTRL + P. Kemudian, akan pop up print sebagaimana di atas. Di bahagian Destination, ubah kepada SAVE AS PDF atau yang berkaitan. Akhir sekali, SAVE dan pilih folder. Done.

Untuk melancarkan trick di atas, perlu install printer di laptop korang. Install printer maksudnya, korang beli printer akan dapat cd installer, so install cd tu. Cd hilang boleh cari di google. Caranya taip jenis dan model printer korang. Contoh, canon pixma e400 printer driver. Kalau takde printer, camne korang nak print sebab software tu membantu printer untuk convert kepada printer format. Kalau ada yang blur tak faham, boleh bertanya di bahagian komen.

Semoga membantu. 
Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...