Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

Friday, November 15, 2013

11 Gambar Pembentukan Kalimah Allah

Marilah bersame kite "mencuci" mata dan hati dengan melihat kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dengan mengucapkan Subhanallah setelah kite melihat gambar di bawah ini.

Walaupun terkadang kite terlupe atau tidak punyai masa untuk beristigfar, mudah-mudahan dengan melihat gambar-gambar kalimah Allah ni akan membuka dan membersihkan jiwa kita.

Paling tidak.. mesti ada rasa "Maha Kuasa Allah" "Ya Allah" Maha Suci Allah".. 

Kalau takde tu.. buat la bagi ada.. hehe.. orang yang ikhlas kepada Allah, Allah akan membantunya dari sudut manapun ia.. 

So ikhlas-ikhlas kan lah pada Allah.. (^_^)












Gambar diperolehi dari berbagai sumber hasil penjelajahan di Google (^_^)
Share:

Thursday, November 14, 2013

Mengapa Islam Tidak Menerima Syiah?


Tengah sembang-sembang pasal Aceh.. tetibe pulak ada sorang pakcik ni tanya kat saye tentang Syiah, ape tu Syiah? ust ada buat kajian pasal Syiah ke? saye pon jawap.. saye memang belajar tentang Ilmu Usuluddin, tapi belum secara detail lagi mengkaji pasal Syiah ni.


So sekadar memuaskan hati pakcik tu sebelum saye meneruskan pengajian malam tu.. saye jawap la ape yang patut, kenape Syiah ni tidak boleh diterima pakai di Malaysia, bahkan orang Islam tidak boleh menerima Syiah sebagai panduan dalam kehidupan.


Saya tak berani nak ulas panjang-panjang, saye cume buat perbandingan kecil antara ajaran dari Islam dan Syiah.. ape yang secara logik akal, Islam tidak boleh menerima Syiah. Bang3..  dah temakan masa mengaji drang 15 minute.. hehehehe...

Jadinye kat bawah ni ade beberapa info dan fatwa Negeri Pulau Pinang mengenai Fahaman Syiah dari sudut Syariah dan Syariat :


Fatwa Mengenai Fahaman Syiah

Tarikh Keputusan:
16 Jan, 1997
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada September 2012 telah membincangkan mengenai Fahaman Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: 

1. Bahawa Ajaran Fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.

2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari dikembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.

a. Penyelewengan Dari Sudut Akidah

i. Khalifah diwasiatkan secara nas (نص )
(Sila rujuk kitab Aqaid al-Imamiah oleh Sheikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 78)

ii. Imam adalah maksum ( معصوم )
(Sila rujuk al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawad al-Mughniah, halaman 38)

iii. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (اليدأ)
(Sila rujuk kitab al-Usul min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu’ 1 halaman 146)

iv. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberikan keadilan ( الرجعة)

v. Berpura-pura ( التقية )
(Sila rujuk kitab al-Usul min al-Kafi, Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ya’kub Bin Ishak al-Kulaini al-Razi, halaman 217)

vi. Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar ("المهدية" (المنتظر)
Sila rujuk kitab as-Syiah wa al-Tashih al-Sira’ baina al-Syiah Wa-Tasyayyu’ oleh Dr. Musa al-Musawi, halaman 61)

vii. Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
(Sila rujuk kitab Al-Usul Min al-KAfi oleh al-Kulani, jilid 1 halaman 197)

viii. Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah S.A.W
(Sila rujuk kitab al-Anwar al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81)

ix. Menghalalkan nikah Muta’ah
(Sila rujuk kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Hussain Babawaih al-Qummi, juzu’ 1, halaman 358)

b. Penyelewengan Dari Sudut Syari’at

i. Menolak Ijma’ Ulama’
(Sila rujuk kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim ad-Dahlawi, halaman 51).

ii. Menolak Qiyas
(Sila rujuk kitab Aslu al-Syiah wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Hussain Aali Kasif al-Ghito’, halaman 149).

iii. Mengamalkan Nikah Mut’ah.
(Sila rujuk kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’faar Muhammad bin Hassan bin Ali at-Tusi, halaman 489-491. Kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Hassan bin Ali at-Tusi, halaman 254, 259, 266).

iv. Menolak ‘Aul dan mendahuilukan qorabah daripada ‘Asobah dalam masalah pusaka
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101).

v. Menuduh Abu Bakar, Umar dan Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
(Sila rujuk kitab al-Tafsir oleh Muhammad bin mas’ud bin ‘Iyasy al-Salami al-Samarqanti, juzu’ 1, halaman 116).

vi. Hanya Saidina Ali yang menghimpunkan AL-Quran dengan sempurna.
(Sila rujuk kitab al-Usul Min al-kafi oleh al-Kulaini, juzu’ 1, halaman 228).

vii. Menambah Syahadah.
(Sila rujuk kitab al-Usul Min al-kafi oleh al-Kulaini, juzu’ 1, halaman 441).

viii. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
(Sila rujuk kitab Aslu al-Syiah wa usuluha oleh Muhammad bin Hussain al Kashif al-Ghito’, halaman 149).

c. Pelbagai Penyelewengan Umum

i. Menziarahi kubur Saidina Husain ganjarannya Syurga.
(Sila rujuk kitab al-Irsyad oleh Muhammad bin Muhammad bin Nu’man al Askari al-Baghdadi, halaman 252)

ii. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
(Sila rujuk kitab as-Syiah wa al-tashih al-Sira’ baina al-Syiah Wa-Tasyayyu’ oleh Dr. Musa al-Musawi, halaman 98)

iii. Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Saiditina Aishah dan Hafsah.
(Sila rujuk kitab Tuhfah al-Awam Muqbuli oleh al-Syed Manzur Hussain, halaman 330)

iv. Menetapkan prinsip Khumus sebagai kadar zakat.
( Sila rujuk kitab Tahzib al-Ahkam oleh Ja’afar Muhammad bin at-Tusi, halaman 122)
.
v. Imamah dan khilafah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146).

vi. Mengharuskam jama’ sembahyang dalam semua keadaan.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 36 tahun 1993).

vii. Sembahyang Dhuha adalah Bid’ah.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

viii. Islam bukanlah syarat wajib haji.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31, 55).


ix. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

3.  Oleh itu mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi:-

i. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

ii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iii. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iv. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau

v. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;

vi. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;

vii. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Share:

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan : Qunut Nazilah


"Tuan Guru Nik Aziz menyeru agar para jemaah Imam Tarawih di mana-mana sekalipun untuk mengamalkan dan membaca Qunut Nazilah di setiap akhir shalat Tarawih". Itulah yang menjadi topik utama tazkirah malam semalam.

Awok dah getor sebab awok terlupe nak ngapal Qunut Nazilah, buatnye disuruh, idak ke naye teman? dah la tazkirah buat lepas shalat Isya', tarawih pon belom lagi.. haa sudah, pentazkirah dah usha-usha ambe dah.. tawakkal jelah..

Jadi sebelum saye disarankan untuk bace Qunut Nazilah pada akhir shalat Tarawih, sebaiknye saye hafal awal-awal dulu. Padahal bile tengok balik Qunut Nazilah tu, takde lah susah mane nak ngapalnye.. cume paham le, bile takde penekanan sampai bile pon awok wak derk jep (^_^)

Nak tahu ape kelebihan, kepentingan, kebaikan bacaan Qunut Nazilah? baca artikel tentang Qunut Nazilah kat sini (LINK)
Share:

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan : Bacaan Doa Qunut

Ramadhan : Bacaan Doa Qunut

Malam ni sudah masuk malam ke 10 Ramadhan, masih berbaki 5 malam untuk mencapai malam separuh dari bulan Ramadhan. Seperti yang sudah diketahui, malam ke-15 Ramadhan adalah malam dimana para jemaah yang menunaikan Shalat Tarawih membaca Doa Qunut selepas ruku' Shalat Witir 1 rakaat.

Ramadhan : Bacaan Doa Qunut

Di atas saya lampirkan Bacaan Doa Qunut selepas ruku' Shalat Witir 1 rakaat. Tak jadi masalah sangat pada Imam yang biasa dengan bacaan Qunut, sebab kebiasaan bagi Mazhab Syafie', Doa Qunut juga dibaca selepas ruku' Shalat Subuh.
Share:

Monday, July 15, 2013

Ramadhan : Bacaan Bilal Sebelum Shalat Witir

Ramadhan : Bacaan Bilal Sebelum Shalat Witir

Inilah Bacaan Bilal Sebelum Shalat Witir yang perlu diketahui oleh kita, oleh setiap umat beragama Islam khususnya pada mereka yang melaksanakan ibadah Tarawih dan Witir berjemaah. Sebilangan orang akan marah kalau dia dikatakan bukan beragama Islam walaupun secara luarannya ber IC kan Islam.

Tidak semua manusia beragama Islam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, menurut perintah Allah SWT semata, begitu juga dengan ibadah Tarawih di Bulan Mulia Ramadhan. Malah ada yang berbangga mengatakan Aku tidak Shalat Tarawih?

(نعوذ بالله من ذلك) Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari sifat dan sikap seperti itu.

Apabila masuk Malam Ramadhan ke 15, bilal akan menyeru jemaah untuk bersama-sama melaksanakan ibadah Shalat Witir beserta sedikit tambahan dalam doa Qunut yaitu "Wakunutu". Itu membawa maksud setelah ruku pada rakaat terakhir Shalat Witir, Imam akan bangun dari ruku dan disertai dengan bacaan Qunut.

Hadis Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya Allah adalah witr (ganjil) dan mencintai witr [HR. Abu Daud]
Share:

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan : Doa Selepas Shalat Sunat Witir (Kebiasaan)

Ramadhan : Doa Selepas Shalat Sunat Witir (Kebiasaan)

Selembar gambar di atas adalah Doa Selepas Shalat Sunat Witir yang menjadi kebiasaan bagi jemaah Masjid dan Surau. Sebelum ni kita ada bahas tentang  Doa Selepas Shalat Sunat Witir selain dari Doa ini, jadi terserah kepada Imam untuk memilih mana doa yang menjadi pilihannya.

Kalau kite teliti betul-betul, akan ada kesamaan dengan Doa Ma'thurat yang pernah saya kongsikan di entry sebelum ni. Kalau sahabat semua dah hafal Doa Ma'thurat, rasenye doa di atas tak jadi masalah. 

Seusai membaca Doa Selepas Shalat Sunat Witir, Imam boleh lah menutup majlis Shalat Tarawih berjemaah dengan melafazkan bersama-sama niat puasa, atau boleh juga dilanjutkan dengan Al-Fatihah dan Doa selepas Al-Fatihah


Puisi Ramadhan Kunanti Hari Fitri
Lantunan doa mengalir sekujur darah
Melekat sungguh lekatPejamkan mata menyusup makna
Resapi bagian terkecil kehidupan
Teringat setitik hina dan seluas pandangan dosa
Terkeruk pasrah sucikan diri
Aduhai ringan tubuh ini
Melayang lepas tinggalkan bait-bait pahitMalam hilang terbitlah sang fajarMencerahkan gelap dengan dinginnya embun
Kunanti hari fitri itu
Penuh harap kan fitrah diri
Share:

Saturday, July 13, 2013

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  

  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "

  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 

  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini

Saje nak join segmen blogwalking tajaan blogger Cik Fie nih.. dari dok merapu tak tentu hala, ada jugak manfaat nye. ye dok? yelah wadud, asyik update pasal Ramadhan je? mesra alam la sikit dengan blogger lain, pegi jenjalan blog drang ke, tanya khabar ke, ape ke..

Owh luper.. sahabat-sahabat sume boleh jugak nak join segmen nih, seriously tak susah.. yang diperlukan hanya tapak blog dan kefahaman sikit.. dah buleh join. Hape lagik.. moh la kite memeriahkan lagi segmen Cik Fie nih, mana la tahu lepas ni kita nak buat segmen pulak? kan?


Owh lupe pulak.. Cik Fie ni jugak menyediakan HTML coding secara automatik, jadi tak susah-susah blogger yang nak join, macam yang saye cakap, hanya perlu ada tapak blog dan sedikit kefahaman, insyaallah jadik (^_^)


2.) Ikut petunjuk yang telah disediakan Cik Fie. Selamat bersegmen lah ye.

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan

Share:

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Selepas selesai saya mengimami jemaah shalat Tarawih di Surau Batu 6 Tambun Ipoh, saya akan terus membaca Doa sesudah / selepas shalat sunat Tarawih (di sini). Kemudian bilal menyeru jemaah surau untuk melanjutkan shalat witir bersama-sama.

Saya mengambil masa kira-kira 15 minit mengimami jemaah surau sekaligus menyelesaikan tugas saya sebagai imam Tarawih di Surau Batu 6 Tambun Ipoh. 

Selesai membaca zikir Ya Latifu dan zikir لاَ إِلَهَ إِلَّاالله (la ilaha illallah) sebanyak 33 kali, saya akan membaca Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir. Doa pilihan saya bagi shalat sunat Witir adalah doa mathurat sepertimana yang kita ketahui ada beberapa khasiat dari mengamalkan mathurat, antara lain adalah :

  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir sangat mudah dihafal berbanding doa Mathurat, insyaallah kalau berkesempatan saya akan kongsikan dengan sahabat semua Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir.

Download Panduan Lengkap Ma'thurat (5.68 MB)
Share:

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan : Doa sesudah / selepas shalat sunat Tarawih


Doa sesudah / selepas shalat sunat Tarawih. Disediakan dalam format JPG, silakan download, kongsi dan sebarkan kepada sesiapa yang memerlukan, terutama kepada bakal Imam tarawih (pelajar/mahasiswa) untuk Ramadhan tahun 2013.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Share:

Thursday, June 20, 2013

Kentucky Fried Chicken. Boleh Ke Dimakan ??

Kentucky Fried Chicken. Boleh Ke Dimakan ??

Giler killer punye cara penyembelihan ayam KFC di Negara Barat, peri kemanusiaan yang ada dalam diri manusia dah hilang.. yelah, mungkin terlalu banyak ayam yang perlu di handle menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menggunakan bermacam-macam cara.. hangpa tengok lah sendirik ea..

Video 1 : Kentucky Fried Cruelty 2007 - 4:38 Youtube


Video 2 : Jika anda setuju menyakiti binatang adalah perbuatan yang salah, jadi jangan makan KFC, memboikot syarikat (pengeluar KFC) adalah jalan terbaik untuk membantu - KFC Cruelty (2:49) - Youtube 3:16.


Video 3 : Animal Cruelty In McDonalds Slaughterhouses Youtube 0:55
Quote "Tell MCDonald's To Stop The Cruelty - 4:49

Tuh cite kat Barat, kalau deme (Barat) arak pun macam soft drink, apetah lagi nak sembelih ikut cara Islam ke hape.. ape cerr pulak kat Asia? xspecially Malaysia lah, bak kate Ust Azhar Idrus.. Ayam KFC di Terengganu Kelantan halal, orang yang menyembelih ayam-ayam di Ganu dan Klate di adalah orang Islam begitu juge syarikat penyembelihannye. 

Tapi kalau kat Negeri lain.. Kolumpo, Johor, Ipoh, Pulau Pinang diragukan, sebab dah banyak bercampur Melayu Cina.. India tak pasti (^_^) Moh kite dengo ape kabonye Ust Azhar Idrus berkaitan masalah Ayam KFC.


Video 4 : Ustaz Azhar 2010 - Hukum makan di KFC,Mc Donald - 2:50


Ape pulak kate mereka ? :

Sumber

Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya  pendapat ustaz tentang restoran -restoran ala barat contohnya KFC, McDonald, A&W dan sebagainya, adakah dijamin halal walaupun ada logo tanda halal dan apakah halal ayam yang disembelih dengan elektrik dan saya telah banyak mendengar bahawa ayam goreng yang dijual di KFC ada campuran gelatin dan penyembelihannya tidak mengikut syarat islam.?
Zue, Air Hitam

Jawapan:
Di negara kita Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal ialah JAKIM. Dengan adanya tanda ini pada barangan makanan yang dijual di pasaran bererti an makanan itu memang halal di makan, kerana pihak JAKIM tidak akan mengeluarkan logo itu jika benar-benarnya ianya tidak halal samaada dari segi teknik pembuatannya mahupun dari segi teknik penyembelihannya.

Sehubungan dengan itu umat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan logo itu. Jika mereka ragu tentang logo itu adakah benar ianya dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, mereka boleh berhubung terus dengan JAKIM untuk mendapatkan pengesahan. Tetapi jika mereka merasa was-was dan syubhah, lebih baik ditinggalkan.Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.

Barangsiapa yang terlibat dengan syubhah bererti ia terlibat dengan perkara yang haram. Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan dari menghampirkan diri dengan perkara yang masih tidak jelas. Ayam yang disembelih dengan menggunakan kejutan eletrik adalah tidak sah dan tidak halal untuk dimakan, malah hukumnya menyamai bangkai sahaja. Begitu juga ayam goreng yang digoreng dengan bahan yang bercampur dengan gelatin adalah tidak halal memakannya.

Namun begitu pihak yang bertanya disarankan supaya memeriksa terlebih dahulu kebenaran maklumat itu. Kerana di dalam sebuah hadis menjelaskan mendengar berita semata-mata tidak sama dengan melihat sendiri. Kaedah mantiq pula ada menjelaskan: Hukuman ke atas sesuatu itu tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat gambaran sebenar perkara tersebut. Jika sudah dipastikan maklumat ini betul, pihak yang bertanya hendaklah segera menghubungi Pihak JAKIM bagi urusan penyiasatan.

Tindakan ini diambil sebagai membendung kemungkaran. Orang yang melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya wajib menegahnya, malah hukumnya adalah fardu 'ain kepada beliau merubah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Begitulah yang dijelaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim.

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

1.) Aduan : KFC - Haram dimakan...
Tarikh Aduan : 09/12/2008 - 11:31:11
Maklumat Lanjut, baca di : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aduan-halal
(Gomen punyer web tu)

2.) Soal Jawab Agama
Sumber : alhafiz.net

A’kum Ustaz, apakah keputusan siasatan Jakim tentang kebenaran berita mengenai ayam-daging di Malaysia yang di suntik dengan bahan enzyme daripada khinzir.Adakah ini meliputi product daripada Ayamas dan KFC?

admin | March 17, 2012 | Leave your comment

Pihak JAKIM sentiasa memantau mengenai perkara tersebut, jika benarkenyataan dan dakwaan seperti di atas sila hubungi untuk penjelasan keBahagian Pemantauan dan Penguatkusaan Hub Halal JAKIM dengan alamat:Bahagian Hub Halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,G & 3 rd Floor,Blok 2200,Enterprise 3 Building,Persiaran APEC,53000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.No.Tel : 03-83150200Fax : 03- 83187044

3.) Sijil Halal Bagi Pengeluaran Daging Mcdonalds & Kfc
Kod Rujukan Soalan : a4z5p

Soalan : assalamualaikum...disini, saya ada kemusykilan berkaitan dengan pengeluaran daging lembu dan ayam bagi mc donalds dan kfc. adakah pengeluaran daging tersebut diiktirafkan halal oleh pihak jakim bagi kelulusan sijil halalnya. diharap pihak jakim memberi penjelasan yang jelas tentang status daging tersebut, di mana majoriti di negara kita ini adalah umat islam yang gemar memakan makan fast food.

Jawapan : Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sehingga ke hari ini, KFC dan Mcdonalds masih memegang sijil perakuan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dari itu, semua produk makanan yang dikeluarkan oleh kedua syarikat makanan segera ini adalah terjamin kehalalannya.

Ringkasnya, JAKIM sentiasa memantau produk makanan yang dikeluarkan oleh kedua syarikat makanan segera tersebut. untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan Bahagian Halal JAKIM di talian; 03 83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.

Kesimpulannye : Tanye lah pada diri anda sendirik.. tepuk dada tanya selera.. tepuk member tanya number.. OK? Untuk keshahihan, hangpa boleh rujuk pada sumber yang aku dah sertakan pada setiap rujukan yang dibuat @ diambil
Share:

Wednesday, January 23, 2013

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Aku antara manusia yang mempunyai kegemaran bermain game tanpa mengira waktu, tak peduli ape orang cakap dan ape orang nak kate pasal aku, sampailah satu game yang membuatkan laptop aku hancus, lepas dah pakai laptop kecik nih terus merudum turun nafsu aku nak main game, hahaha.. sampailah terjumpe satu artikel yang aku rase bermanfaat untuk dikongsikan dengan korang sume. Pernah tahu tak ada Game Yang Menghina Islam? kalau tak tahu, jom amik tahu..

1) Devil May Cry 3

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Jika melihat pintu diatas seperti tidak ada apa yang unik, yang dimaksudkan di dalam game ini yang berkaitan dengan pintu ini adalah pintu menuju alam iblis. Tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti, maka ada persamaannya dengan pintu Kaabah di bawah ini.

Antara Game Yang Menghina Islam

Same kan? memang waktu kite main game, mende jijik macam nih takkan pernah nampak.. mereka cube untuk menyebarkan virus iblis dalam hati orang Islam. Cara terbaik yang selalu mereka gunakan adalah dengan cara halus, menggunakan cara yang tidak manusia sedari. Akhirnye, tanpa sedar.. orang Islam sendiri telah menghina agama Islam, itulah matlamat mereka.

2. CLIVE BARKER UNDYING

Clive Barker Undying adalah game yang dikembangkan oleh EA Los Angeles dan dirilis pada tahun 2001 oleh Electronics Art. Game ini mengisahkan tentang perlawanan terhadap syaitan.

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Antara Game Yang Menghina Islam

Ape motif dari penciptaan game ini dengan Nama Allah sangat jelas tertera di istana syaitan tersebut? menunjukkan bahwa mereka mencuba untuk menghina Allah dan agama Islam dengan menggabungkan antara Allah yang suci dengan syaitan yang kotor dan jijik. Berhati-hatilah dengan game yang anda main, jangan sampai syaitan yang kita sangat ingin kita hindari, tanpa disedari sudah menjadi teman akrab kita. Nauzubillah. Moga Allah jauhkan..

3. PRINCE OF PERSIA

Game yang berlatar tempat di Persia atau sekarang yang merupakan kawasan Iran, Irak, Mesir ini secara keseluruhan memang bertemakan Islam.

Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Seorang raja dengan  ceritanyingina membalas dendam ini memang dengan sekilas pandang tidak terlihat adanya unsur penghinaan terhadap Islam. Tapi setelah diselidiki, unsur penghinaanya adalah, Raja Dastan ini memegang pedang dengan kalimah arab yang bermaksud, “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'' yang merupakan sabda Rasulullah SAW.

Dimanakah unsur penghinaan di dalam game ini? Di dalam game ini raja Dastan membunuh siapa saja yang menghalanginya dan membunuh askar-askar Persia.

Askar Persia adalah kaum muslim. Secara tidak langsung game ini mengatakan bahwa ajaran Rasullulah yang disebarkan adalah ajaran membunuh dan mengatakan bahwa umat Islam adalah kaum barbar.

4. Guitar Hero 3 

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Dalam game ini, anda akan melihat dengan jelas adanya penghinaan kepada Allah. Kalimat Allah dipijak oleh para pemain guitar yang menyimbolkan syaitan sebagai kuasa dalam musik, dengan menginjak kalimah Allah di lantai, menunjukkan bahwa Allah itu lemah, dan boleh saja dikalahkan oleh kekuatan syaitan. Aku nak download sendiri game nih.. cess..

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Masih tidak jelas? sebagai seorang Islam.. anda akan rasakan betapa sakitnya di dalam hati ini. Di depan mata kita (umat Islam) puak2 laknatullah ini menghina Islam, tidak berani dengan berhadapan, secara diam pula mereka selitkan.. Nauzubillah.. Allah maha mengetahui segala sesuatu.

5. Resident Evil 4

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Game ini diceritakan seorang yang bertugas mengemban misi menyelamatkan dunia dari ancaman zombie (mayat hidup). Unsur penghinaanya sebenarnya sudah ada sejak pertama kali main, tapi yang sangat jelas pada saat Leon memasuki sarang Zombie.

Pintu tersebut terdapat simbol Iluminati dan pintu tersebut dibuat persis dengan pintu Umar Bin Khattab, Masjid Nabawi. Mari kita lihat:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Lambang Asli Iluminati pada pintu tersebut:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Jelas adanya lambang Illuminati pada pintu Umar Bin Khattab. Lebih jelas lagi dengan adanya Nama seorang tokoh pendiri Illuminati Los Illuminados. Cuba perhatikan gambar di bawah:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Cuba lihat pula bagaimana mereka manipulasi keadaan, dari simbol pintu Umar Bin Khattab mereka jadikan sebagai lambang Illuminati, perhatikan gambar di bawah:

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Gambar : Antara Game Yang Menghina Islam

Kenapa sangat berminat dengan khazanah-khazanah Islam? bukankah mereka lebih dikenal dengan kehebatan, kecanggihan dan hampir seluruh pelusuk dunia mengenali kewujudan mereka.. kenapa mesti khazanah Islam di manupulasikan? dalam satu masa, mereka sebenarnye merasa tertekan dengan kehebatan dan kekuatan kaum Muslimin di muka bumi ini, mereka takut bahwa kebenaran tentang suatu hari nanti, Islam akan memegang tombak melawan kejahatan di dunia ini, mereka takut bahwa kebenaran tentang syurga neraka akan diberlakukan satu hari nanti..

Jadi.. sebelum semua itu terjadi, mereka mencuba untuk membanteras sikit demi sedikit dengan cara yang sehalus mungkin, paling efektif adalah dengan mewujudkan hal-hal yang boleh mempengaruhi minda dan perasaan manusia.. mereka berjaya membuat orang maki hamun, mereka berjaya membuat orang memuji kehebatan teknologi mereka.. tapi mereka terlupa, manusia zaman sekarang akan lebih hebat dan lambat laun segala agenda rahsia mereka akan diketahui semuanya.

Share:

Inilah Hukum Karma. Dont Forget!

Inilah Hukum Karma. Dont Forget!

Aku yakin dengan pembalasan dari Allah, pembalasan dari setiap perbuatan yang telah aku lakukan. Bile sesuatu perbuatan baik, maka baik pulalah balasannye, begitu jugak perbuatan yang jahat.. Allah akan membalas sepertimane kejahatan yang pernah dia lakukan. Aku yakin semua tu, dan pada hari ini termasuk semalam, adalah hari dimana salah satu kejahatan yang aku lakukan dibalas oleh Allah.

Yap memang aku sedar, banyak salah silap yang aku buat kat dunia ni belum terbalas.. baru satu je pembalasan dari Allah, aku dah tercungap2.. apetah lagi nanti di akhirat? kadang2 dosa yang aku lakukan, bukanlah satu dosa yang tidak mungkin untuk kita hindari, sangat jelas dan cerah dimata orang "itu" adalah kejahatan, itu adalah sebuah kezaliman terhadap orang lain?

Bile hukum karma telah ditetapkan bagi setiap manusia, takde sape yang boleh melarikan diri.. takde sape yang boleh cari alasan untuk melepaskan diri, takde sape.. kalau ada, tolong bagi nama, aku nak tahu.. dalam agama mana pon, agama atheis sekalipun.. percaya dengan adanya hukum karma, pembalasan dari setiap perbuatan yang telah dilakukan..

So.. bile aku di-sound oleh lecturer(pembimbing) aku, bile aku diherdik, skripsi aku dicampak macam tu je depan mata aku, padahal aku datang cume nak slowtalk (cakap baik2) dan bagitahu dia tarikh untuk sidang tak lame lagi bakal ditutup tanpa kompromi, tu je aku nak bagitahu.. tapi ape yang aku dapat adalah herdikan dan bahasa yang kasar "Pergi kamu dari sini, saya ga mahu lihat kamu lagi!".. adakah itu sifat seorang guru yang bertanggungjawap mendidik anak muridnya?

Sebab aku dimarahi? sebab selalu sangat jumpe dia, sms waktu malam (sekali je), banyak kerja yang perlu diselesaikan. Aku tak dendam dengan beliau, kot mane jahat pon beliau, beliau adalah guru yang pernah mengajar aku, tapi ape yang membuatkan aku tertanya-tanya.. bapak tu takde perasaan belas kasih ke? perasaan untuk memahami mahasiswa? aku tahu beliau seorang yang berdisiplin, tapi.. why dont you show a little respect? haha.. 

Takper, semua ni adalah balik pada diri aku, macam mane yang aku cakap tadi, hukum karma, Allah membalas kejahatan yang telah aku lakukan dari dulu sampai lah sekarang.. dan barulah aku terasa betapa peritnya orang yang telah aku zalimi, tu baru sikit, serius baru sikit.. baru permulaan Allah nak siapkan balasan yang seterusnye.. adakah aku akan mati dalam berhadapan dengan pembalasan Allah?

Aku redho dengan ape yang akan ditetapkan bagi aku masa sekarang dan selepas ni.. walaupun aku sanggup meninggalkan dunia ni, moga Allah mengampumi dosa aku, dosa saudara2 aku, dosa mak ayah aku, takde ape yang boleh aku berikan selain doa, sebab.. apelah insan yang hine macam aku ni nak balas jasa mereka-mereka tu? dengan begitu banyaknye kejahatan aku? hanya Allah adalah harapan bagiku dunia akhirat. Dan.. aku redho, kalau untuk semester ni aku tak selesai kuliah, semua tu ada baik, ada pulak buruk dia kalau aku habis awal.. semua tu dalam genggaman Allah.
Share: