Showing posts with label Malaysia Baru. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Baru. Show all posts

Monday, June 4, 2018

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Share:

Sunday, June 3, 2018

|Video| Harga Lesen Terkini 2018


Bagi mengatasi isu ketirisan dan penyalahgunaan mendapatkan lesen memandu, hala tuju JPJ kini adalah untuk mengambil pendekatan pengaplikasian automasi dalam semua peringkat proses ujian memandu. Ini termasuk cadangan pemasangan ‘dashboard camera’ di dalam kereta-kereta ujian bagi memastikan ketelusan ujian tersebut. Dalam pada itu, saya juga telah meminta supaya semua Institut dan Sekolah Memandu untuk mempamerkan perincian setiap caj ujian yang dikenakan di dalam resit bagi mengelakkan kebarangkalian sebarang caj tersembunyi. Buat masa ini, harga siling yang ditetapkan oleh JPJ adalah RM350 bagi lesen B2 (Motosikal), RM1,150 bagi lesen D (Motokar – Manual) dan RM1,250 bagi lesen DA (Motokar –Auto).

|Video| Harga Lesen Terkini 2018

YB LOKE SIEW FOOK MENTERI PENGANGKUTAN.

KENYATAAN MEDIA
YB LOKE SIEW FOOK
MENTERI PENGANGKUTAN (Download PDF)
Share:

Thursday, May 31, 2018

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 12 tengah malam ini.

LLM dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

"Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," kata kenyataan berkenaan.

Katanya, Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.

"LLM mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama pengguna lebuhraya," katanya.

Share: