Wednesday, June 8, 2011

Haiwan Bernama Gajah.



Gajah adalah seekor haiwan yang boleh dikatakan sebagai haiwan terbesar di dunia. Gajah sangat populer apabila dijadikan dalam sebuah filem seekor haiwan yang sangat digeruni dan disembah2 oleh segelintir kelompok orang yang mempertuhankan gajah, seperti aliran yang mempertuhankan segala benda di dunia ini. Maka itu termasuk menyembah gajah sebagai Tuhan yang menjaga mereka.

Gajah dikenali dengan Family Elephantidae dan dikenali dengan haiwan mamalia terbesar darat yang masih hidup. Hajah terbahagi kepada dua, pertama Gajah Asia atau Gajah India (Elephas maximus) kedua Gajah Africa (Loxodanto aricana). Masa kehamilan gajah adalah 22 bulan, ini menjadi suatu yang berbeza dengan haiwan darat yang lainnya kerana masa peranakannya begitu lama. Ketika anak gajah baru dilahirkan, beratnya kira 120 KG dan kehidupan gajah diperkirakan selama lebih kurang 70 tahun. Gajah juga adalah haiwan mamalia yang tidak melompat berbanding haiwan mamalia lainnya.

Selama 55 juta tahun dahulu terdapat 500 spesies gajah yang dikenal dan hingga sekarang hanya tinggal dua spesies gajah yang masih ada yaitu Gajah Asia dan Gajah Africa. Dari kedua2 spesies tadi, masing2 darinya mempunyai berbezaan walaupun disebut dengan istilah gajah. Apabila diteliti secara detail, telinga gajah Asia lebih kecil berbanding gajah Africa. Gajah Asia juga mempunyai dahi yang rata dan dua bonggol di kepalanya, gajah africa pula mempunyai satu bonggol sahaja dikepalanya. Selain dari itu, dihujung belalai gajah Asia hanya ada satu bibir dan gajah Africa pula mempunyai dua bibir di hujung belalainya.

Gajah yang terdapat di Asia adalah India, Indonesia dan Sabah. Di Africa pula gajah terdapat dataran Africa yang berupa padang rumput. Berbincang mengenai pemakanan gajah, gajah termasuk kategori haiwan herbivora memerlukan masa selama 16 jam sehari untuk mengumpul makanan, dan makananya pula terdiri dari 50% rumput, daun2, ranting, akar, buah, benih dan bunga. Gajah juga menerna makanan yang telah dimakan sebanyak 40% sahaja dan 60% lainnya disimpan di dalam tubuhnya tanpa dicerna. Jumlah makanan gajah dewasa pula terjumlah kira2 300 hingga 600 pon sehari (140-270 KG).

Gajah juga adalah antara haiwan cerdas, kehidupan gajah selalu bersama dengan kelompoknya yang terdiri dari ibu, anak perempuan, saudara perempuan juga neneknya. Kelompok ini pula dipimpin oleh gajah tertua, apabila seekor gajah betina yang ingin melahirkan anak, akan datang beberapa ekor gajah betina untuk menjaganya. Informasi yang saya dapat adalah penjagaan tersebut bertujuan agar keselamatan si gajah betina tadi juga anak gajah yang baru lahir tidak diganggu oleh sesiapan pun.

Haiwan yang pandai berenang berbadan besar termasuk juga gajah, walaupun tubuh fisiknya besar, tapi gajah boleh berenang berenang selama 6 jam dan menempuh jarak hingga 50 km. Ciri lain adalah, gajah dikategorikan haiwan yang cerdas, tidak mudah melupakan suatu yang baru diajar. Ada sebuah lagenda yang dipercayai orang2 bahwa apabila gajah sudah mengetahui ajal kematiannya mendekat, gajah tersebut akan menuju ke suatu tempat dan bersedia menuju kematian. Dan tempat tersebut dikatakan sebagai kuburan gajah tetapi itu hanyalah lagenda semata.

>> Kongsikan artikel ini kat mana2 yang korang rasa penting untuk dikongsikan bersama.. biar kawan2 kita tau sedikit sebanyak pasal haiwan terpelihara ni..<<
Share: