Saturday, August 30, 2014

Diary UKM : Perhatian! Penangguhan Pengajian Siswazah UKM

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum W.B.T dengan nama Allah yang maha atas segala maha.. dengan izinNya diberi Allah kepada saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawap seperti mana janji yang pernah saya pinta dan janji kepadaNya. Mudah-mudahan Allah menerima sedikit keikhlasan dan kejujuran dari tulisan ini agar mendapat keredhaan dan manfaatnya kepada orang yang memerlukan. Amin.

Dapat tawaran sambung pengajian ke mana-mana local Universiti? tapi rase mase tak mandang @ ada hal lain yang perlu diselesaikan, kemudian nak buat penangguhan pengajian kan? ok kat sini ade beberapa hal penting yang perlu kite semua cakna bile nak buat penangguhan..

Pertama, bile kite nak buat penangguhan pengajian, kite perlu submit permohonan dengan beberapa sebab yang kite rase pihak UKM tak boleh nak tolak permohonan kite.. hohohoho.. contoh ||duit tak cukup|| ||jaga mak sakit|| ||nak kerja dulu|| atau ape saje alasan.. hati-hati dalam membuat permohonan, sebaiknya tak payah la tangguh kalau semua dah cukup.. nanti feeling nak balajar tu berkurang, tak macam time fresh after grad kan?

Ok.. untuk info-info berkaitan penangguhan boleh try keyword ni PENANGGUHAN PENGAJIAN UKM kat Google atau mana-mana SE.

Kalau tak salah, kite perlu submit permohonan penangguhan pengajian 4 minggu sebelum pendaftaran.. untuk kepastian sila baca PENGATURAN PENGAJIAN SISWAZAH UKM. Di keyword kat atas atau yang ni pun boleh gune untuk pencarian.

Diary UKM : Perhatian! Penangguhan Pengajian Siswazah UKM

Sekiranya permohonan kita diterima, UKM akan hantar surat kelulusan permohonan penangguhan directly ke alamat yang tertera seperti gambar di atas.. kalau kome nulih alamat salah, alamatnye kompom la tak sampai kan? so berhati-hati.. masa aku dulu, takde inform dari email pun.. jadi kite tak tahu samada diterima @ sebaliknye, alamat penerima mesti lah betul dan valid 100%.

Tu yang pertama, yang kedua adalah, sila baca dan faham setiap bait dari mana-mana borang sekalipun. Jangan jadi macam aku yang nak cepat bagai konon nak ada kerja apekah tanpa hadam betul-betul maksud yang ingin disampaikan. Pengalaman banyak mengajarkan aku, di sini sangat penting kawan yang mungkin lebih arif dari kita sebagai tempat rujukan dan tempat mengadu.. seriously penting, walau sehebat mana pun kita.. kawan adalah tempat berkasih sayang selain ibu bapa sanak saudara.


Selepas dah baca betul-betul.. cube pulak perati pada part yang aku petakkan pada surat penangguhan di atas. Bagi mengkome yang blur macam aku dulu, meh nak bagitahu, maksud dari perenggan diatas adalah arahan untuk mendaftar bagi semester II di UKM. Tempoh paling lama untuk penangguhan adalah selama 1 tahun (2 semester. 1 semester = 6 bulan), jadi sekiranya kite nak buat penangguhan selama 1 tahun penuh, kite wajib buat permohonan sekali lagi pada semester ke II. Tak faham? Ok cenggini.............

Contoh kome sepatutnye daftar pada 1/2/2013 (semester I). Tapi nak buat penangguhan untuk setahun, bermaksud kome wajib hadir @ buat sekali lagi surat penangguhan pada 28-29/8/2013 (semester II). Jadi, kome masuk kuliah nanti 1/2/2014 (semester III I).

Jadi masalah kalau tak buat surat penangguhan kedua, case ni aku dah lalui, alhamdulillah masih diterima.. kalau baca betul-betul dari surat tawaran, sekiranya kite tidak mendaftar pada waktu/ tarikh yang ditentukan, tawaran boleh dibatalkan. Hati-hati.. mesti berhati-hati.. macam aku cakap, kat sini kawan yang lebih arif sangat-sangat diperlukan..

Untuk mendapatkan kepastian, sebaikye call la bahagian siswazah dan tanya perlu atau tidak. Aku sepaptutnye daftar pada 28/8/2014, tapi malam 27 jugak aku gerak gi UKM, cuak, bengang, tension, tak tentu arah dan macam-macam lagi perasaan aku masa tu.. masa tu aku harap Allah je, mak ayah dan sorang kawan baik aku ni, aku drive dari Ipoh ke Bangi (kire 180km kot) 100++km aku drive tak ngantuk pun, jadi macam takde perasaan.. lepas bapak aku tegur nak tukar driver barulah aku sedo dah jauh aku drive.. harapan aku ditambah dengan harapan family aku tuk aku sambung belajar tinggi, jadi perasaan tu aku pendam sampailah terjadinye NAZAR tentang penulisan ni.

Pukul 5am aku sampai di Bangi (masjid UKM) setelah beberapa jam dari pukul 2.30am, settle shalat subuh, mandi, wangi-wangi.. pukul 7.45am aku dah terpacak kat depan Jabatan Usuluddin, sejam jugak nunggu.. hohohoho.. niat aku nak jumpe orang atas terus Dr Indriati Ismail nak tanya pendapat beliau berkaitan masalah ni, dan jugak mintak tolong dia rekemen masa waktu pendaftaran nanti..

Kekire pukul 8.15am gitu, sampailah sorang kerani ni.. so directly la aku bagitahu beliau ape yang aku hajat, dia tanya ape masalah aku.. disinilah Allah membantu aku, huhuhu.. mengikut pengalaman beliau dalam pengurusan pelajar ni, masalah ni takjadi masalah besar pun, tawaran masih berlaku cumenye aku tak ikut prosedure yang sepatutnye, melainkan aku tak daftar 28/8/2014 tu, barulah tawaran aku secara automatiknye terbatal.

Itulah alkisah yang sangat-sangat mengajar aku erti kehidupan.. banyak yang aku dah belajar dari kesilapan ni.. nampak remeh, tapi impak die bukan main beso.. jadi, kome jangan le jadi macam aku, berhati-hati setiap apa perkara sekalipun..

Mungkin ni je kut yang boleh aku nukilkan kat sini.. mudah-mudahan membantu mereka yang memerlukan, segala soalan bolehlah bertanya di bahagian komen atau PM duad1989@gmail.com. Insyaallah takde ape hal aku akan jawap.. kalu tak bejawab tu, jangan marah plak.. huah2.. add jugak FB teman trace ikut email tadi. Goodluck.
Share:

25 comments:

Unknown said...

saya nak tanya pendapat. boleh bagi alamat emel supaya boleh tanya

Dzasc Skachers said...

@Aunty Momo maaf xdapat bukak blog, doamin problem... ye silakan bertanya

Anonymous said...

Assalamualaikum..tmpg tnye,mcm mana nak buat surat kpd ukm utk smbg buat tesis kerana tidak sempat utk buat penangguhan sem sehingga dinerhentikan krn x siap tesis.tp sbb pkir syg tesis je x siap nk cuba jugak buat rayuan.kpd sape sye perlu anta surat rayuan?

Dzasc Skachers said...

@Anonymous waalaikumsalam... setahu saya kalau diberhentikan, harapan agaka sukar. Sebaiknya nasihat sy rujuk fakulti untuk tindakan lanjut. Jangan lupe sediakan alasan yang kukuh. Selamat berjaya :)

Farihah said...

Kalau nk tarik diri daripada pengajian macam mane? Mohon balas dengan segera

Dzasc Skachers said...

@Farihah jika nak tarik diri dari pengajian, perlu buat surut tunjuk sebab dan serahkan pada fakulti.. sis boleh rujuk fakulti@jabatan cara2 untuk tarik diri dari pengajian...

maaf lambat reply :)

Anonymous said...

Salam, deferment letter tu nanti kena emailkan ke ukm ke atau kena pos terus ke office ukm?

Dzasc Skachers said...

@Anonymous waalaikumsalam.. pos terus ke UKM. Unuk lebih selamat hantar by hand

TikusButa said...

salam..nak sambung pengajian semula mcm mna?

Dzasc Skachers said...

@TikusButa kalau tak buat surat penangguhan, kene apply semula macam biasa..

Seindah Cinta MU said...

salam, maaf saya nak bertanya. kalau kita buat alasan masalah kewangan dan ingin berkerja buat sementara waktu, agak2 diorg terima tak?

Dzasc Skachers said...

@Seindah Cinta MU Boleh.. masalah kewangan antara alasan kukuh.

jabberwocky said...

salam...nk tanye...kalau dh abes 4 semester tempoh pengajian,boleh gune lg tak penangguhan tu?

Dzasc Skachers said...

@jabberwocky kalau tak salah dah tak valid, penagguhan hanya boleh dibuat tempoh setahun. Kalau tak salah la.. call PPS 0389213543 (PPS FPI).

Unknown said...

Assalamualaikum.. emm same ke untuk penangguhan untuk universiti lain or it is just for UKM? Kalau penangguhan kerana ibu sakit , perlu ke kepil surat sokongan doktor etc.. or just a formal letter is enough? hope you still reply comments.. i do need help.thank you in advance :)

Dzasc Skachers said...

@fiqs azizan waalaikumsalam wbt. Kalau tanya pendapat, saya rasa lebih kurang je, cume mungkin beza dari segi format. Kebiasaan setiap Uni mesti ada format tertentu dalam laman web drang.. try search tengok.

Alasan ibu sakit biarlah sesungguhnya itu adalah alasan yg jujur, sebab kalau sekadar nak cari alasan, masalah kewangan pun OK. Tapi kalau betul ibu sakit, boleh kepilkan sekali surat2 berkaitan sakit ibu. Lebih baik awk sendiri call Uni tersebut.

Semoga membantu dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah :)

Unknown said...

Salam saya nak tanya..sekiranya sudh dihntr surt penangguhn..tetapi tiada maklum bls..adakah lulus atau tidak ?

Dzasc Skachers said...

@Unknown Waalaikumsalam..kalau dah hantar surat tpi tida maklum balas, tunggu sehingga dimaklumkan. Atau boleh direct call bahagian siswazah untuk kepastian.. semoga dipermudahkan.

hanis said...

salam saya nak tanya, kalau macam nak cut satu sem (sem akhir) boleh ke? sebab sem akhir tu hanya untuk latihan industri, tapi saya tak buat latihan industri sebab dpat transfer kredit untuk latihan industri.

Dzasc Skachers said...

@Hanis Farhah Nadzri waalaikumsalam. sepengetahuan sya.. pelajar hanya boleh tangguh dalam masa 1 tahun dari awal tempoh kita masuk. Means kalau dah hujung tu setahu sy mmng tak blh dah.. kalau pasal latihan industri ni sy tak pasti, sebab awk kata dpt transfer kredit kan..seolah mcam pengecualian.. master@degree?

Iqmal said...

asassalamualaik nak tanye, kalau kita dh lebih 2 bulan minggu perkuliahan boleh ke kalau saya nak tangguh sem lagi?

Dzasc Skachers said...

@Faiz Iqmal waalaikumsalam.. masih boleh mohon.. jangan lebih dari 2 3 semester dah kuliah..

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tnya macam mana pulak kes kita sakit dan sedang menjalani rawatan dan nak buat penangguhan. Atau sambung blaja cuma time rawatan terpaksa mc 2-4 hari??

Unknown said...

assalam .. apa alamat utk hantar borang penangguhan....email tak boleh kah

hanis said...

degree