Tuesday, December 30, 2014

Video & Gambar: Serpihan Pesawat, Mayat QZ8501 Ditemui

Kehilangan pesawat QZ8501 terungkai juga setelah penemuan serpihan pesawat dan jasad mayat yang terapung di Laut Jawa berhampiran serpihan pesawat ditemui. Seramai 156 anak kapal pesawat AirAsia QZ8501 termasuk seorang warga Malaysia hanya 6 jasad sahaja ditemui ketika ini, beberapa sumber mengatakan sebanyak 40 jasad berjaya ditemukan.

Punca kejadian kehilangan pesawat QZ8501 ini masih belum diketahui. Boleh jadi terjadi penyerangan di udara atau terhempas akibat hilang kawalan dan sebagainya kerana sumber mengatakan Pesawat AirAsia (Indonesia) dikatakan hilang hubungan, ketika berada di ruang udara Kalimantan. - Foto commons.wikimedia.org.

Pegawai Indonesia sahkan temui mayat penumpang AirAsia QZ8501

Anggota mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia menemui mayat terapung di lautan hari ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang sejak Ahad, kata Ketua  Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia Bambang Soelistyo di sidang akhbar yang diadakan di Jakarta, hari ini.

Al-Jazeera turut melaporkan 6 mayat ditemui di Laut Jawa berhampiran di mana serpihan pesawat itu ditemui.

Waris 162 penumpang dan anak kapal pesawat itu yang mengikuti sidang akhbar itu dari pusat krisis di Surabaya kelihatan saling berpelukan dan menangis.

Ahli keluarga menangis penuh emosi ketika menonton rakaman menunjukkan mayat  terapung di lautan di sidang akhbar itu.

“Pada jam 1.25 petang, kami melihat objek terapung dipercayai mayat salah seorang penumpang,” katanya.

Situasi di pusat krisis di Surabaya itu tegang dan penuh emosi, dengan ada yang menjerit dan menangis tidak berhenti.

Seorang lelaki pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.

Bambang berkata satu pesawat tentera udara hari ini menemui 'bayang' di dasar lautan dipercayai pesawat AirAsia yang hilang itu.

“Tuhan merahmati kita hari ini.

“Pada 12.50 tengah hari pesawat tentera udara Hercules menemui objek digambarkan sebagai bayang di dasar lautan dalam bentuk kapal terbang,” katanya.

Bambang berkata pencarian kini akan tertumpu di lokasi di mana “bayang” dan serpihan itu ditemui, kira-kira 160km barat daya bandar Pangkalan Bun.

“Semua anggota mencari dan menyelamat akan dipindahkan ke lokasi itu.

“Tugas mereka ialah untuk mencari dan memindahkan semua objek atau mayat penumpang.

“Saya akan pastikan semua dibawa ke Pangkalan Bun, lokasi paling hampir dengan lokasi objek,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan serpihan yang ditemui hari ini dalam operasi pencarian udara pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat yang hilang itu, lapor AFP memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

“Untuk masa ini, boleh disahkan ia adalah pesawat AirAsia dan menteri pengangkutan akan bertolak secepat mungkin ke Pangkalan Bun.

“Berdasarkan kepada pemerhatian anggota mencari dan menyelamat, beberapa benda penting ditemui seperti pintu penumpang dan pintu kargo. Ia di lautan, 160km barat daya Pangkalan Bun,” katanya merujuk kepada bandar di Kalimantan Tengah, di kepulauan Borneo.

Anggota pencari dan penyelamat Indonesia awal hari ini menemui beberapa objek kelihatan seperti slaid kecemasan dan pintu pesawat di lautan ketika menjejaki pesawat AirAsia yang hilang pada Ahad dalam ribut ketika merentasi Pulau Jawa.

Bambang berkata beliau 95% pasti serpihan yang dilihat di perairan Kalimantan, Indonesia itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia yang dianggap terhempas 2 hari lalu.

“Saya pasti 95% rakaman gambar itu adalah serpihan disyaki daripada pesawat itu,” katanya kepada wartawan.

Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.

Seramai 155 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang dari Malaysia.

Sementara itu, pada 4.11 petang tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di Twitter berkata:”Hati saya sangat sedih untuk semua keluarga terlibat dalam QZ8501. Bagi pihak AirAsia yang mengucapkan takziah untuk semua. Saya tidk boleh ucapkan dengan kata-kata betapa kesalnya saya.”

Beliau kemudian memaklumkan akan bergegas ke Surabaya.

“Kami di AirAsia akan melakukan segala yang termampu,” katanya di Twitter, dan ramai pengguna Twitter lain menyampaikan rasa simpati dan memintanya tabah. – 30 Disember, 2014.

Berikut beberapa gambar dan video QZ8501:

Video & Gambar: Serpihan Pesawat, Mayat QZ8501 Ditemui

Video & Gambar: Serpihan Pesawat, Mayat QZ8501 Ditemui

QZ8501: Serpihan pesawat, mayat ditemui di Pangkalan Bun
Video Mayat Nahas Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Ditemui

Share:

0 comments: