Sunday, December 9, 2012

Ape Yang Korang Tahu Tentang Komanwel?

Ape Yang Korang Tahu Tentang Komanwel?

Korang tahu ape tentang Komenwel? yap sejujurnye aku pon tak tahu.. ape yang aku tahu, Komenwel ni sukan Komenwel je.. tapi sejarah Komenwel, nape boleh jadi Komenwel, ape kaitan dengan Negara kite aku memang tak tahu, tapi lopas je baca artikel2 terkait.. alhamdulillah paham..

Korang review jelah kat bawah ni ok.. kang kalau aku yang bagi fakta kang, lain pulak jadinye.. so aku ikut ape je yang boleh memahamkan aku, jadi lebih baik korang paham mengikut pembacaan dari beberapa artikel kat bawah ni ye..

Negara-Negara Komanwel

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Sejarah

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Point

Ibu Pejabat :   
London, United Kingdom

Negara ahli :   
53 (senarai)

Ketua Komanwel :
Ratu Elizabeth II

Setiausaha Agung :
Kamalesh Sharma (Bendera India India)

Penubuhan :   
1926

Laman web :
http://www.thecommonwealth.org/

Selanjutnya : http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara-Negara_Komanwel

Sukan Komanwel

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.

Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring.

Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.

Selanutnya : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel
Sumber lain : http://ms.wikipedia.org/wiki/Komanwel_England
Share:

0 comments: