Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak

Gua tengok belita ha, itu tembak-tembak sana sini.. Hayya apa tembak-tembak ma.. yang u tembak tu manusia woo, bukan binatang ma.. apa pasal ini dunia sudah mau kiamat, nyawa dah boleh beli satu singgit, gilow lah ini dunia.. libih baik tarak hidup ma, libih baik mati wo dari mati ditembak oleh nye.. hayya, ini macam ka dunia sekalang? views this article :

Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak

PUTRAJAYA, (Bernama) - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran (link).
Share:

0 comments: