Showing posts with label Couple. Show all posts
Showing posts with label Couple. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Couple Story ~Membentak~ (Ep 4)

Couple Story ~Membentak~ (Ep 4)

Setelah mandi dan berpakaian untuk ke sekolah, menjadi kebiasaan Mia menuju ke dapur untuk sarapan bersama ibunya, sampainya Mia di dapur, hati Mia membentak kerana tiada apa2 pun makanan yang disediakan ibunya seperti kebiasaan. Dengan hati yang begitu marah, Mia menuju ke kamar ibunya yang berada tepat di depan ruang makan dan mengetuk pintu kamar ibunya dengan kuat, seakan-akan seekor singa yang tidak dapat makan selama seminggu, yang apabila ada makanan walaupun seekor kucing di hadapannya sudah diaanggap makanan yang besar dan pasti akan sesungguhnya menangkap kucing itu sebagai habuannya selama seminggu tidak makan, itulah umpama Mia yang begitu marah dan mengetuk pintu kamar ibunya hanya kerana tiada makanan di dalam tudung saji.

Ternyata setelah ibunya membuka kamar.. Ya Allah.. terkejut ibunya melihat Mia sudah berada di depan kamarnya, tanpa membuat reaksi yang terkejut ibunya bertanya, " Mia mahu ke sekolah ya?, sebentar ibu siapkan makanan buat Mia, ibu sangat letih semalamam tidak tidur, nanti ibu buatkan teh dengan roti bakar ya.. " Mia tanpa berganjak dari tempat berdirinya seraya berkata " ibu ni, bukan tak tahu Mia tiap2 hari pergi sekolah jam begini? ibu sengaja tidak mahu Mia makan, sudahlah ibu, baik ibu pergi tidur dari buat makanan untuk Mia, tapi Mia mahu uang sebanyak RM 20.. " kata Mia dengan slamba.. " ibunya terkejut kerana belum pernah Mia meminta begitu banyak uang untuk dipakai semata-mata mahu membeli makanan, tapi tanpa berkata apa2, ibunya hanya mengambil uang di almari yang berada di samping katilnya. Ibunya kemudian memberi uang itu kepada Mia dengan harapan Mia akan berlembut hati dengannya.

Mia berlalu dengan pantas setelah uang RM 20 itu sudah didapatkannya, lalu keluar dan menuju ke belakang rumah di mana basikalnya di tempatkan, mengapa begitu sekali Mia? adakah setelah bertemu dengan temannya kelmarin sudah menyebabkan Mia berubah begitu ketara, ibunya hanya mengeluh sendirian setelah tadinya ia melihat Mia berpakaian ke sekolah tanpa memakai tudung, sedikit demi sedikit Mia berubah ke arah yang tidak baik, adakah ini adalah balasan Allah kepadanya setelah yang apa yang ia pernah lakukan kepada ibunya dahulu, atau adakah ini hanya sekadar ujian yang diberikan Allah untuk mengujinya sejauh manakah kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anaknya, bermacam-macam soalan yang bermain di fikirannya, kerana is juga takut setelah mendengar penjelasan Ustaz di surau mengenai pembalasan Allah apabila seorang anak yang membuatkan ibunya terasa hati, dan balasan itu Allah berikan kepadanya setelah ia menjadi ibu dan mempunyai keluarga. Tapi mengapa mesti sampai begini Allah uji dirinya yang begitu takut akannya, sehingga anaknya tergamak tidak menutup aurat?

Kringgg!!! loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi semua pelajar di SMKBS, Mia terus meluru menuju ke kantin kerana begitu lapar dari pagi masih belum sarapan, tapi Mia juga tidak pasti mengapa dia meminta duit yang begitu banyak kepada ibunya, sedangkan hanya RM 2.00 saja sudah mencukupi baginya malahan juga masih boleh disimpan bakinya, inikan pula RM 20.00.. sangat lumayan baginya, tapi hatinya juga masih tertanya-tanya.. apakah yang seharusnya ia pergunakan duit, setelah lama berfikir, syaitan yang tadinya masih tegar berlegar-legar di lubuk fikiran dan hatinya telah memberinya inspirasi yang ia sendiri merasakan itulah yang sepatutnya ia perbuat dengan duit yang sebanyak itu.

Mia teringat kat Fitri dengan Laila, yang mengajaknya keluar malam kelmarin. Mia bercadang mahu belanja mereka berdua, kerana tidak mungkin ia habiskan duit itu seorang diri dan merasakan jika ia merapatkan hubungannya dengan mereka, pasti lebih menarik. Maka Mia pun mencari Fitri dan Laila, setelah puas mencari, akhirnya terfikir Mia bahwa, Laila pernah beritahu kepadanya mengenai tempat " aman " yang secara resmi menjadi tempat mereka berkumpul, oh pasti di sana mereka semua.. berkata Mia di dalam hatinya.. belum sampai Mia di tempat itu, Mia terbau seperti asap rokok dan setelah sampai memang benar apa yang ia rasakan tadi, yang paling mengejutkan Laila ditangan Laila juga ada sebatang rokok yang hampir habis.. Laila dan Fitri serta teman lainnya terkejut melihat Mia kaku di depan mereka, lalu salah seorang dari mereka bangun dengan cepat menuju Mia yang masih terkaku di depan mereka dan berkata " weh ko budak mana? " suara lantang kawan Laila itu membuatkan Mia jadi ketakutan, Laila tidak berkata apa2 kerana apa yang Mia lihat Laila dan Fitri masing2 seperti orang hilang kawalan, senyum2 dan ketawa melihat keadaan Mia.. Mia secara automatik teringat akan ibunya, ingin sekali ia memanggil ibunya dengan kuat, tapi apakan daya Mia yang hanya seorang sahaja di situ yang dikerumuni oleh sekelompok pelajar yang tidak dikenalinya..

Dalam kekalutan itu, seorang lelaki yang agak segak menyergah mereka.. menyuruh mereka supaya tenang dan menerima Mia sebagai tetamu bagi mereka, lelaki itu kemudian membawa Mia ke tempat lain dan memberinya nasihat, ia berkata " Awak kenapa datang sini? sini bukan tempat untuk budak2 baik macam awak, baik awak balik, ni amik no HP saya, kalau ada budak2 yang kacau awak boleh call saya ok.. " Mia hanya mengangguk tanda setuju, masih ditahannya air mata yang hampir mengalir itu, tanpa banyak bicara, Mia pulang ke kelasnya yang sudah setengah jam berlalu.. Mia kemudian mengetuk pintu dan memberi salam.. lalu menuju ke tempatnya.. belum sampai Mia ke tempatnya.. Mia!!.. ( to be continued )
Share:

Couple Story ~Ibu Yang Baik~ (Ep 3)

Mia kemudian berfikir setelah ia masuk ke biliknya... mengapa ibunya melarang Mia untuk seperti teman2nya yang lain.. sedangkan beliau sudah cukup umur untuk menghadapi semua itu, seperti kawan2nya... keluar malam, melepak tepi jalan dan sebagainya... mungkin ibunya tidak memahami keadaan Mia, Mia dah besar, Mia boleh jaga diri!! bentaknya di dalam hati... dengan perasaan yang tidak puas hati kepada ibunya.. Mia lantas keluar bilik dan ingin bertanya kepada ibunya..

Couple Story ~Ibu Yang Baik~ (Ep 3)

Ibu.. kenapa ibu larang Mia keluar malam dengan kawan2 Mia? Mia dah besar ibu, Mia tau jaga diri Mia, ibunya yang sedang membuat kopi untuk Mia lantas terkejut dan menoleh kebelakang.. ibunya berkata penuh lemah lembut dan kasih sayang, Mia.. Mia kan anak ibu, Mia kan anak yang baik.. ibu larang Mia keluar malam2 tu sebab ibu sayang Mia... ibu x nak jadi apa2 kat Mia..ibu tau Mia dah besar, Mia dah x perlukan ibu untuk jaga Mia lagi, tapi selagi ibu masih hidup... tanggungjawap ibu untuk menjaga Mia tu satu kewajipan..

Belum habis ibunya memberi nasihat.. Mia lantaas bersuara dengan suara yang lantang.. ahh ibu ni!! Mia keluar sekejap je, bukan buat apa2 pun!! Mia kemudian pergi dengan membaling handphone nya ke lantai.. ibunya terduduk bersila di lantai yang beralaskan tikar... tanpa disedari, airmata nya menitis membasahi pipi.. ibunya kemudia berdoa.. " ya Allah.. berilah anakku cahaya terang yang diterangi oleh keredha'an mu.. janganlah engkau memberinya cahaya suram yang membuatnya ke arah jalan yang tidak diredha oleh Mu ya Allah... "

Ibunya hanya mampu berserah diri kepada Allah, ia juga kuatir akan keadaan anaknya yang secara tiba-tiba berubah.. ia bangun dengan berhati-hati kerana kekuatan dirinya yang lemah disebabkan terkejut oleh jerkahan anaknya tadi.. ibunya membawa kopi tadi kepada Mia yang dari tadi tidak keluar dari bilik untuk makan malam.. ibunya mengetuk pintu bilik Mia seraya memanggil Mia untuk makan malam bersamanya, " Mia oh Mia, mari makan nak, ibu ada masakkan makanan kesukaan Mia " tiada jawapan... ibunya berkata lagi, " Mia ibu letak air kopi ni depan pintu Mia ya, nanti kalau lapar bagi tahu ibu ya Mia " ibunya lantas beredar dengan airmata yang dari tadinya tidak henti-henti..

Belum sempat hati ibunya tenang, Prangg!!! terdengar bunyi kaca pecah berdekatan dengan bilik tidur Mia, ibunya lantas berlari ke arah Mia... sampainya ia ke bilik Mia, Mia sudah berdiri dengan tangan di pinggang lantas berkata " ibu tak paham ke?? Mia tak nak makan, tak nak makan la, yang tergedik-gedik letak makanan depan pintu Mia ni sape suruh!!?? " Mia menutup pintu dengan kuat, bertambah sedih lah hati ibunya, yang tadinya hampir-hampir tenang, dengan sikap anaknya yang terlalu dingin, airmata ibunya tidak dapat ditahan lagi, berderas  lah keluar airmata seorang ibu penyanyang yang sungguh sabar akan karenah anaknya yang berdosa itu...

Dengan hati yang sabar, ia membersihkan lantai yang dipenuhi kaca piring di depan bilik Mia.. dengan harapan supaya Mia nantinya tidak terpijak kaca yang berterabur itu.. semasa ia membersihkan lantai itu, jarinya tercucuk oleh serpihan kaca yang bertaburan itu, dan mengalirlah cecair yang berwarna merah membaluti anak jari si ibu tadi... ibu Mia tidak bersuara kerana takut akan mengganggu Mia setelah keletihan keluar malam bersama teman2nya.. walaupun sakit, ia hanya melepaskan dengan airmata yang dari tadinya tidak berhenti.. ibunya berdoa lagi.. " ya Allah, sekiranya ini adalah ujian bagi diriku... kau teruskan lah demi kebaikan anakku dan keluarga ku ya Allah.. "

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 a.m.. oh aku harus ke bilik ku untuk menunaikan shalat tahajjud.. terdetak di hatinya.. selepas selesai berwuduk, ia terus mendiamkan dirinya di atas sejadah yang telah di khusus kan olehnya untuk shalat tahajud, selesai sahaja shalat tahajud, ia duduk bersila sambil berdoa kepada Allah, " ya Allah ya Tuhanku, yang mengatur sekalian alam makhluk, yang memberiku segala macam kebaikan, dan juga keburukan, ya Allah, aku tidaklah ingin memohon sesuatu yang tidak penting bagi diriku, tetapi aku hanya ingin memohon kepadaMu bagi diri anakku, ya Allah, kau berilah petunjuk hidayah kepada dirinya, semoga dengan petunjuk Mu lah anakku boleh kembali ke jalan yang benar, dan janganlah engkau menyiksa nya kerana ia telah melukai hatiku, engkaulah tempat aku mengadu atas segala nasibku ya Allah...

Ia lantas tertidur di atas sejadah yang hampir2 dibasahi oleh air matanya.. is terkejut kerana terdengar ketukan yang begitu kuat di pintu biliknya.. lantas ia bangun untuk membuka.. ternyata.. ( to be continued ) :p
Share:

Couple Story ~Mia Nak Jumpa Kawan~ (Ep 2)

Mia nak pegi mana tu?? ibunya bertanya.. dengan slumber, Mia menjawap, Mia nak pegi jumpa kawan ni mak, kejap jer, nak teman kawan pegi shopping.. ibunya tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Mia kepadanya, ibunya bertanya lagi, kenapa Mia tak keluar pagi2?? kan dah pukul 9 malam nie, x baik anak dara keluar malam2 Mia..

Mia tanpa menjawap terus keluar menuju pintu yang menjadi kebiasaan keluarga itu menutupnya pada jam 6.30 petang, tidak pernah Mia bersikap begitu selama umurnya mencecah 18 tahun, sebelum tu, Mia seorang anak yang sangat menghormati ibunya, tidak pernah bersikap dingin apalagi tidak menjawap pertanyaan ibunya, dan yang paling menyinggung perasaan ibunya, Mia sudah pandai keluar malam bersama temannya..

Couple Story ~Mia Nak Jumpa Kawan~ (Ep 2)

Vromm!! bunyi kereta kawan Mia yang telah lama menunggunya di luar, setelah sampai di tempat yang dijanjikan kawan Mia kepadanya, Mia merasakan kurang selesa berada di tempat kawannya itu, kerana asap rokok yang membuatkan Mia sesak nafas, Mia tidak tahu dimanakah tempat yang dijanjikan temannya itu, Mia pikir itu mungkin di taman.. tapi ini seperti berada di suatu tempat yang tertutup, begitu ramai pasangan yang ada di tempat tu.. tetapi yang membuatkan Mia pelik dengan orang yang berada di tempat itu, masing2 dari mereka memegang kayu yang agak runcing di hujungnya.. bagi Mia itu suatu perkara yang baru baginya, mereka juga mempunyai meja masing2 dan ada berwarna2 bola di atas meja tersebut.. Mia makin ingin tahu..

Mia tidak bertanya kepada kawannya, kerana pasti Mia akan ditertawakan oleh temannya.. Mia hanya duduk2 dan memesan minuman.. dia hanya melihat temannya bermain dengan memang kayu runcing itu.. setelah 3 jam berada di tempat itu, Mia mengajak temannya untuk pulang, dengan alasan kurang sihat, sedangkan Mia merasakan agaka kurang selesa dengan keadaan di tempat itu, tetapi baginya nyaman, dan merasakan dirinya sudah besar seperti teman2nya yang lain..

Mia kemudian dihantar ke rumahnya pada jam 3 pagi.. temannya juga mengajak Mia untuk bersama lagi keesokan harinya, kali ini ditempat lain.. Mia juga dijanjikan temannya pasti akan berpuas hati dengan tempat yang akan dituju keesokan harinya..

Mia hanya menoleh dan tersenyum, dia kemudian membuka pintu rumahnya yang telah terkunci dengan kunci spare part yang telah diberi ibunya jika kemungkinan berlaku suatu hal.. Mia terkejut, dia menyangka bahwa ibunya telah tidur..

Ibunya bertanya : kemana saja kamu Mia?? ibu telefon Mia x angkat, ibu risau berlaku apa2 pada Mia.. Mia kemudian menjawap : Mia ikut kawan.. dengan slumber terus berlalu menuju biliknya di tingkat atas..

to be continued.... :p

Apa yang kita dapat??

1.) Mia tidak perasan bahwa ibunya tersinggung.
2.) Mia sudah pandai berbohong.
3.) Mia sudah mula bergaul dengan kawan2 dan berani keluar malam.
4.) Mia tidak peduli dengan nasihat ibunya.


Jangan tak nampak, dari cerita tu wadud cuba memberi penjelasan secara peringkat akan perubahan pada diri seseorang kepada suatu yang baru.. tapi wadud lebih khususkan bahwa dosa tu sebenarnya kita tidak tahu telah lama mengalir..

Nantikan siri yang seterusnya.. hehehe... :)
Share:

Couple Story ~Boleh Ke Couple?~ (Ep 1)

Boleh ke couple tu ekh?? adess rasa macam boleh, tapi best ke couple tu?? yela pegi sana sini kalau tengok orang, mesti berpasang-pasangan.. tapi tak tau la pulak kalau diaorang semua dah kawen, yela siap berpeluk-pulak wadud tengok.. padahal kalau dah kawen, apsal tak bereskan hal tersebut kat rumah jer?? kan lagi clear?? kalau wadud malu dah..huhu..


Tapi best ke couple2 nieh?? yela bukan senang nak pegang sana-pegang sini?? tambah2 laki pompuan, pergh mesti best.. apsal la mende2 macam ni bermain dalam kepala hotak wadud ekh?? adoii.. kene cari sebab nieh, mesti ada mende yang penting nak disebarkan kat kepala hotak wadud.. yela.. wadud rasa ape yang bestnyer kalau couple (tanpa ikatan yang sah) tuh tak tenteram?? salah ke di sisi agama ek?? adoi.. banyak nye soklan.. kene jawap gak ni..

Kalau nak tau kan, couple tuh termasuk dalam golongan zina, walaupun tidak kita melakukan hubungan intim, tetapi sesuatu perkara yang menghampiri kepada maksiat itu zina namanya, misal couple tadi, tak mungkin kalau satu pasangan tuh sekadar kenal2lan dalam handphone jer?? yela asyik dengar sore jer.. x best lah.. mesti nak tengok muka gak, cun ke, itam ke, putih ke..

Dan tengok muka, boring lak tengok muka, mesti nak ajak kuar jalan2.. kalau pompuan tu pandai naik bas x pe, ni masalah pompuan tuh dia macam terlupa cara nak bayar tambang bas, then suruh si laki amik kat ujung jalan mati.. kira port orang x nampak la..

Memang la orang x nampak, tapi yang menjadikan ko mesti nampak punyar.. kalau tak, tak denyer nama Dia Allah.. kan?? dan naik moto sesama, pergh.. best tuh, si laki lak bawak laju, si pompuan x tahan sejuk, memang memerlukan kehangatan lar..  adess.. hebat betol diaorang.. atas moto dah settle, skang dah sampai Mall..

Sampai kat Mall, konon segan2 la.. nak tengok pon sikit2 jer, pastu buat2 tengok anak cicak lak, tengah jalan2 kat dalam Mall tuh, mesti banyak yang bercouple kan?? hehehe... kalau yang dah lama kenal tuh, diaorang relax jer pegang2 tangan, yela sejuk katakan, padahal pakai jaket punya la tebal.. kalah budak hip-hop..

Last2 diaorang rasa macam x selesa lak, yela jalan hampir2 nak dekat la, tapi diam je dari tadi, last2 si laki pon ikut la macam couple2 dalam Mall tuh wat, buat muka x malu relax jer pegang tangan si pompuan, yang immposible tuh, pompuan tu relax jer, dia wat macam hepi gudlucky la.. yang laki lak, rasa macam best la pegang tangan pompuan nieh, rasa lembut lak, x macam tangan dia yela kerja angkat batu, mesti tangan macam batu..

Pastu dah balik rumah, si laki pon call.. " awak best x jalan dengan saya tadi?? pompuan menjawab : mesti la best, nanti kita jalan lagi ekh?? " wow si pompuan lak yang ajak, hehehe.. yang laki bukan mudah dihina begitu jer... dia dengan kesempatan yang ada menjawab " awak, nanti kita jalan la dekat tempat lain, yela tempat yang gelap, x de la nanti orang nampak lak, mana tau abg awak nampak, mesti awak kene mara " amboi pandainye ayat..

Then.. last skali, hubungan mereka jadi hancur, sebab, si lelaki hanya mahukan kepuasan seks dari si perempuan, padahal pompuan tu punya la anggap hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin?? boleh ker??? jangan salah wahai manusia..

Mengapa Allah larang couple?? dalam quran memang xder Allah kata haram bagimu bercouple, couple tu tergolong dari golongan pendekatan kepada maksiat, kalau nak banding mana lagi baik, antara couple dengan single.. mana lagi best?? ni pikir secara logik la kan..

Kalau single :

1.) Allah sayang.
2.) jimat top up dan duit.
3.) nama bersih dari kata2 orang.
4.) x dimakan oleh buaya.
5.) banyak lagi, sebenar korang sendiri boleh pikir daa...

kalau couple :

1.) kompom kene save gaji untuk top up dan lain2 birthday lagi.
2.) x suci dah woii... ko dah kene pegang sana-sini.
3.) rasa2 Allah marah tak??
4.) kompom ke korang akan kawen?? kompom si laki tu betol2 suka korang ke?? atau hanay sekadar kata2??
5.) huh, nak sembang pasal buruk dia.. memang kaw la banyak..

Pikir2 la wahai sahabat2ku.. ape gunanya Allah jadikan manusia ni berpasang-pasangan?? yang kita dok takut tak de orang suka kita, nak kawin ngan kita, nak takut pe?? relax ar.. so.. wadud sambung bab couple nieh siri yang kedua lak ok.. :)
Share: