Thursday, November 8, 2012

Kenapa Gempa Bumi Boleh Terjadi?

Kenapa Gempa Bumi Boleh Terjadi?

Mem : dud2 gempa dud !!

aku : Mane ade la.. perasan hg je tu..

Mem : siot hg.. aku rasa la ni, ke jantung aku yang degup kuat?

aku : Maybe kowt.. dak sebelah tak bising pon.. takpe, hg relax banyak2 ok..

Mem : aku nak cepat habis la weyh, fobia aku kat sini.. camne ntah semedang je ada gempa..

aku : Jap aku search.. sian kawan aku..

Apakah itu gempa Bumi?

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi “punca” di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai ‘epicenter’.

Apa Punca Gempa bumi Terjadi?

1.) Proses alam semulajadi mengejut seperti letupan dan hentaman meteor.

2.) Kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar.

3.) Kerak bumi membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai “faulting”. “Faulting” boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. “Faulting” pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

4.) Lantunan “Iisostatic” merujuk Kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih Pergerakan lantunan “Iisostatic” akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

5.) Pembinaan empangan.

6.) Pembangunan yang tidak terancang.

Bagaimana gempa bumi dikira.

1.) Seismograf

2.) Gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.

3.) Skala Richter merupakan ukuran logarithmik.

4.) Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.

5.) Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

6.) Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang.

Jenis sesar.

Pergerakan bumi yang dikenali sesar menyebabkan berlakunya kebanyakan gempa bumi. Dalam sesar gelincir (strike slip), kanan blok gelongsor antara satu sama lain.Dalam sesar biasa( normal), kiri dua blok tanah terpisah dan satu lagi jatuh.Dalam sesar terbalik (thrust) , tengah dua blok bertembung dan satu blog ditolak ke bawahnya.

Kawasan yang selalu yang terkena gempa bumi.

Cincin Api Pasifik atau dalam bahsa inggeris ialah “Pacific Ring of Fire”. Lingkaran Cincin Api Pasifik dan negara yang selalu mengalami gempa bumi :-

1.) Indonesia
2.) India
3.) Taiwan
4.) Jepun
5.) Afghanistan
Share:

0 comments: