Tuesday, June 24, 2014

‘Isteri saya sayang Firdaus’ kau tengok? beduit si Lola nih!

Kau tengok? ni yang aku malas nak jage tepi kain orang nih.. terpakse update jugak pasal Lola OKU nih.. bukan ape, terkene plak dengan artikel aku semalam pasal kes Lola OKU nih, ni kire kesambungan dari artikel sebelum ni la. (rujuk).

Bahau: “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.

“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya. 

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

‘Isteri saya sayang Firdaus’ kau tengok? beduit si Lola nih!
MUHAMMAD Firdaus semakin pulih.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya.

Sumber :

Mane kate tak mampu untuk jaga anak sendiri yang "OKU"? bile ku tengok balik wajah adik Firdaus sebelum jadi macam gini, normal je, maksudnye kadang-kadang orang buang anak ni mungkin sebab muka dia macam sindrom down ke, menyusahkan sangat ke ape ke.. tapi ku tengok normal je adik nih, tak tahu la pulak hal sebenar kan.

Kalau ye pun anak sendiri kot? human not animal la.. binatang pon sayangkan anak dia, dah bape kali mau cakap daa..
Share:

0 comments: