Hati aku tetap jugak nak share Kes Adik Muhammad Firdaus Dullah yang dikurung ibunya Lola sampai kering kontang akibat terlalu lama dikurung di sebuah bilik Flat Semarak Nilai. Aku malas nak share pic si Lola tuh.. bukan ape, dah banyak sangat orang share.. so kome taip je Lola OKU pastu buka kat images, keluar lah sumeee..
Bile aku terbace satu artikel yang dari pemahaman aku artikel tersebut seolah menafikan segale tindakan mengurung adik tu dan sebagainye tu tak benar.. malas aku nak share, malas jugak nak jage tepi kain orang, bukan bermaksud selfish.. aku amik tahu dan memang tahu kes ni tidak sepatutnye terjadi, ibu kurung anak sampai kering.. sape tak berang?
Arghhh ~ apekah kebodohan ini? tidak mampu untuk belikan anak baju Rm5? sanggup biarkan anak dia kering macam tu? penyayang ape yang dimaksudkan oleh si Lola nih? ntah.. rase malas nak tulis panjang2, tapi aku tetap jugak nak share yang satu nih, ape-ape pun.. nilai lah dengan logik akal yang sihat.
Takkan la pulak aku nak tolong manage duit dia? hahah! orang keja pam minyak sekalipun gaji notbad jugak ape? so kat mane yang kate tak boleh nak belikan baju tuk anak kot? ke pegi kelain ni? haaaaa... tengok bukan main berselfie bagai, ke aku salah?
Gaji bersih Lola RM1,549.38
Kuala Lumpur: Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.
Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.
Sumber :
1 comments:
Berikut adalah detik bagaimana adik Firdaus diselamatkan :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/06/detik-terjumpanya-adik-firdaus-allah.html
Post a Comment