Friday, November 15, 2013

Tips Membeli Kereta Second Hand

Hayyyy bilelah gamak nye aku buleh pakai kete nih.. kekadang boleh stuck keje aku kalau takde kete.. yelah takkan nak bedal van sekolah sokmo? kite bukan tahu ape orang kate belakang ye dak?

Ikutkan hati memang nak angkat baru.. kalau tanya aku kete ape nak angkat.. confirm-confirm la aku kata nak Porshe.. pertanyaan biar betul, hehehe.. 

Tanya lah.. kete ape yang mampu hang pakai.. kan ke sodap donga nyo..

Kalau kereta baru mampu milik (bak kate kawan aku la), aku nak angkat Saga Flx.. walaupun monthly dia mencecah Rm470 (full loan), memang aku sanggop bayor.. muehehehe..

Tapi bebaru ni aku ada deal dengan agen Proton sendiri, kabonye Saga Flx dah tak keluar, yang terbaru sekarang Saga Sv Flx.. monthly Rm3k lebih (full loan). but the problem is, aku tak minat bentuk dia.. basic sangat.. hehehe.. dan pulak.. baru-baru ni aku denga engine Saga Sv Flx pakai engine lame? bio betol?

Tapi bile buat searching.. takde pulak orang komen negatif.. hehe.. macam-macam..

Kat bawah aku nak share tips membeli kereta terpakai @ second hand.. rasenye penting untuk kite tahu serba sedikit kalau rase nak beli kereta terpakai nih, kene rajin la mencari.. usaha besar hasil pun besar (^_^)

Kalau kete second, aku nak pakai Proton Persona.. dah survey, dan rasenye memang mampu milik.. keh2.. 

Tips Membeli Kereta Second Hand

#1 – Tempat Membeli

 Used Car atau orang persendirian? Jika used car pilihlah dengan betul bagi mengelakkan ditipu oleh penjual. Ini bukan bermaksud semua used car itu menipu pelanggannya, tetapi haruslah berhati-hati dalam memilih kerana bisness utama mereka adalah untuk menjual seberapa banyak kereta yang mereka milikki.

Kebiasaannya used car akan memperbaiki segala kerosakan yang terdapat pada kereta tersebut pada harga tertentu sebelum dijual. Ia nya bergantung kepada keadaan kereta tersebut.

Cuba lakukan survey di beberapa buah syarikat used car sebelum memilih model kereta yang anda suka kerana kuasa membeli adalah ditangan anda.

Bagi orang persendirian hanya cuma perlu melihat iklan-iklan yang disiarkan di dalam suratkhabar atau majalah kereta.

#2 – Usia Kereta Dan Mileage Kereta

Carilah kereta yang usianya di bawah 10 tahun atau mileage-nya kurang dari 100,000 km. Jika kurang jarak perjalanan maka kuranglah penggunaannya.

Saya tidak mengesyorkan para pembaca memilih kereta yang berusia lebih dari 10 tahun kerana kereta tersebut tidak boleh diinsurankan pada 1st party. Ini boleh mendatangkan masalah pada kemudian hari jika berlaku kemalangan atau kehilangan.

#3 – Pemeriksaan Visual

Sebaiknya dinasihatkan agar anda membawa orang yang lebih arif mengenai kereta atau mekanik kerana mereka boleh menilai keadaan sebenar kereta tersebut.

Jika tiada, anda boleh menilai sendiri dengan melihat dengan terperinci pada setiap inci kereta tersebut. Pastikan tiada kesan kemalangan atau kemik pada bahagian badan kereta.

Elakkan menilai kereta pada waktu malam kerana cahaya yang kurang akan melindungi pemandangan terhadap cacat cela kereta tersebut.

Buka pintu, bonet di hadapan dan belakang. Pastikan tiada bunyi pelik atau kurang sedap didengar. Lihat pada enjin kereta. Kebiasaannya enjin kereta dan bahagian dalaman kereta  akan dicuci oleh pihak penjual. Periksa sekiranya terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin kereta sama ada di atas lantai atau tanah.

#4 – Hidupkan Enjin Kereta

Hidupkan enjin dan lihat pada bahagian badan kereta untuk memastikan anda tidak terlepas pandang terhadap kekurangan pada kereta tersebut.

Semasa enjin berjalan sila lihat jika terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin. Periksa pada dashboard jika terdapat lampu amaran menyala atau tidak.

Hidupkan penghawa dingin semasa enjin masih berjalan dan sepatutnya enjin tidak bergegar terlalu kuat ketika penghawa dingin dihidupkan. Jika tiada bermakna enjin tersebut masih dalam keadaan yang baik.

#5 – Pandu Uji Kereta

Kebiasaannya penjual akan membenarkan pembeli untuk memandu uji kereta tersebut. Sekiranya pihak penjual meminta dokumen ataupun wang pendahuluan, berkemungkinan pihak tersebut ada niat yang tidak baik.

Ketika anda sedang memandu uji, cuba anda pandu pada kelajuan yang lebih tinggi untuk menguji rasa pecutan kereta tersebut. Pastikan ketika itu anda peka sekirannya terdapat gegaran yang tidak sepatutnya, bunyi yang pelik dari enjin dan sebagainya.

Pada kelajuan tinggi sila lihat pada stereng kereta. Pastikan tiada gegaran melampau. Di jalan lurus cuba tekan brek dengan sedikit kuat dan lepas stereng. Jika stereng dalam keadaan tegak, tiada masalah. Tetapi sekiranya stereng ke kiri atau kanan berkemungkinan besar terdapat kerosakan pada kawasan tayar, stereng atau tie rod (suspensi tayar).

Ketika menekan brek pastikan tiada bunyi yang kurang sedap di dengar.

#6 – Selepas Pandu Uji

Selepas anda memandu uji kereta tersebut, jangan terus matikan enjin. Buka bonet hadapan dan lihat sekiranya terdapat kebocoran minyak hitam enjin lagi. Sekiranya anda berpuas hati, anda boleh berurusan dengan pihak penjual.

Pastikan kereta tersebut mempunyai dokumen dari pihak Puspakom kerana sekiranya tidak mendapat kelulusan dari pihak Puspakom, anda tidak boleh membuat pinjaman bank.

Kebiasaannya semua kereta di syarikat used car sudah disiapkan dengan dokumen dari pihak Puspakom. Periksa dan teliti dokumen tersebut sebelum berbincang mengenai pembayaran.

Credit pada TT yang baik hati = http://adfoc.us/2890035354888
Share:

0 comments: