Saturday, November 21, 2015

Diary UKM : Cara setting auto check kesalahan ejaan word 2010

Microsoft office adalah software @ perisian penting yang perlu ada (selain dari beberapa aplikasi penting yg lain) dalam pc @ laptop terutama untuk student. Kat sini aku fokus student la, yelah.... tak lepas dari kertas kerja yang bertimbun, nak edit itu ini dan sebagainye. Bile dah banyak sangat asingment yang nak disiapkan, ditambah pulak dengan bebanan tesis... mesti banyak terjadi kesalahan tulisan semasa menulis.

Menulis tesis bukan macam buat asingment yang biasa? format penulisan termasuklah titik koma ect akan diteliti oleh penasihat @ penyelia tesis. Mungkin korang sangat hebat dalam mengolah menganalisis pelbagai perkataan dalam kertas keja korang, tapi aku boleh yakin korang takkan terlepas dari buat salah semasa menulis, fokus aku kat sini adalah salah ejaan. Contoh, sepatutnya "oleh itu" tapi korang tersalah tulis "olih itu" dan sebagainye.

Bila aku search kat internet berkaitan masalah di atas, memang banyak yang tertanya2 tercari2 cara untuk selesaikan masalah ni (salah ejaan). Kalau korang kaya, banyak software korang boleh beli dan boleh cuba untuk selesaikan masalah ni, tapi bagi aku yang tak berapa kaya ni hehehehe setiap sen sangat lah berguna.

Jadi antara solusi terbaik, termudah dan mampu milik... adalah dengan menggunakan aplikasi percuma microsoft word (MO). E-kamus professional pun ok, aku pernah pakai yang pirate punya, lebih kurang macam MO je fungsi dia, mungkin lebih banyak suggestion word jela kut... tak explore sebab asyik kantoi/detect virus je, haha.

MO yang aku guna sekarang MO 2010, jadi tak pasti samada valid untuk older@newer MO. Boleh jer search guna keyword version MO korang, rasanya tak jauh beza cara untuk setting dia, cume yang beza dari segi penambahan pada function2 MO, yang upgrade mesti la lebih banyak penambahan function. Untuk pengatahuan korang, tutorial (Cara setting auto check kesalahan ejaan word 2010) yang aku buat ni simple, tak detail. Jadi, kalau rasa pening, boleh seacrh cara yang sebenar, atau boleh jer tanya di bahagian komen.


Windows - Control Panel - Change keyboard or input other methods - Keyboard and languange - Change keyboards - General - Add - 1. Arabic 2. English 3. Malay - Ok.


Semasa menulis, tukar bahasa kepada EN (United State) di bahagian languange bar (kanan bawah). Untuk shorcut Alt + Shift. Cara untuk tahu korang berjaya ke tidak, cube tulis perkataan salah dalam MO2010 korang, sekiranya bawah tulisan berwarna merah, tu bermaksud korang berjaya. Kalau takde ape2 tu, tandanya ade yang tak kene. So untuk solve masalah tu, korang boleh tengok video tutorial Cara setting auto check kesalahan ejaan word 2010. 

Semoga berjaya!!
Share:

2 comments:

Unknown said...

oh mmacamni ye? kenapa sy punya tak ada...

Dzasc Skachers said...

@Teah Calciyum aah macamtu caranya, takpe kalau tak paham, nnti sy betulkan...