Showing posts with label Solusi Isu. Show all posts
Showing posts with label Solusi Isu. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Anwar sekeluarga dicabar.



Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

1. Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

2.Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

3. Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

4. Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.


PS : Hmm.. ni la kerajaan, bile kite nak sembang pasal ni, hangin kan satu badan? tapi ape kuasa kita nak marah2 kerajaan? ntah2 mati kene bunuh.. dah banyak kes macam tu kat Mesia kan? so.. korang yang pandai2 mesti tau menilai.. ni wadud amik source dari Utusan, kata orang Utusan ini News Umno.. so kat mane2 sekalipun mesti la berpihak pada satu pihak jer kan? wadud dah cakap, korang boleh menilai sendiri.. nak terima 100% ke dari ape yang diutarakan kerajaan? kalau boleh nak kritik sikit kan, bukan pe.. banyak lagi kes yang besar2 kerajaan lepas tangan, tapi kes yang macam ni (dah banyak orang2 besar buat, tapi wat dono je) punye kecik (itu pon kalau betol) kenapa perlu kecoh2 kan? ha.. dah ada jawapan tuh.. satu lagi kan, ni my father la sembang, logik jugak.. Anwar dekat dengan Tuan Guru, Tuan Guru seorang ulama sufi.. habis selama ni Tuan Guru stedy jer? tak de pulak marah2 atau suruh Anwar keluar Keadilan? korang pikir la sendirik.. bende baik, mesti baik.. takkan kalah walau lambat sekalipun.. *SAJE AMIK DARI UTUSAN, NAK TENGOK CAMNE*
Share:

Wednesday, April 13, 2011

Mengawal Kemarahan..

Assalamualaikum...

Kaifahalukum???? harap semua sht disamping teman2 yg jauh dimata namun dekat dihati hehe.. yes asyi ade satu benda nk kongsi bersama...

Semua orang pernah ade perasan time rasa nk marah org?? rasa cam nk make jah ore tuh?? atau pun rasa berbulu dihati perghh ayat suspen betoi lar yer la sbb nk marah kan? satu contoh, guru2 kt skolah klo dlm bahasa arab muallim, mudaris or muallimah wahahaha, mmg normal la guru marah kt ank murid zaman skg kot... mane guru xmarah?? pelaja xde adab dan sopan??? wahh ade pengalaman hehehe.. xkira laa sama ada sekadar sakit hati atau benar2 marah.. sepanjang asyi jadi muallimah nie.. alhamdulliah dpt lagi mengawal kemarahan hehe xmo citer panjang sal nie.. klo nk tau tanya wadud la.. hahahahhaha.. okeh! semua murid bagi perhatian, erm tajuk pengajian kita hari nie ialah jeng2!!! baca betol2.. pasni nie ade soklan nk tanya wahahah...

Adalah normal untuk berasa marah, malah kemarahan adalah emosi manusia yang sihat. Bagaimanapun sekiranya dibiarkan di luar kawalan, marah boleh memusnahkan serta menimbulkan pelbagai masalah, sama ada ditempat kerja, hubungan peribadi, mahupun kualiti hidup kesluruhan.

Pelbagai faktor luaran dan dalaman boleh membangkitkan kemarahan seseorang. Anda mungkin marah kepada individu atau keadaan tertentu, atau kemarahan itu disebabkan anda risaukan masalah-masalah peribadi yang sedang dihadapi.

Dalam mengendalikan perasaan marah, manusia lazimnya menggunakan tiga kaedah; meluahkan, menahan dan mententeram. Cara yang paling sihat mengendalikan perasaan marah ialah meluahkannya. Untuk melakukannya, anda perlu belajar menjelaskan keperluan diri dan bagaimana mendapatkannya tanpa menyakiti sesiapa.

Kemarahan boleh ditahan kemudian dialih atau diarahkan. Ini berlaku apabila anda menahan perasaan marah dan berhenti berfikir mengenainya dan memberi tumpuan kepada sesuatu yang positif. Matlamatnya ialah untuk menghalang atau menahan perasaan marah dan mengalihkannya. Bahaya tindakan ini ialah tidak membenarkan kemarahan diluahkan. Kemarahan yang disimpan boleh menyebabkan hipertensi, darah tinggi atau kemurungan.

Akhir sekali, anda boleh mententeramkan diri. Ini bemakna anda bukan saja mengawal kelakuan anda terhadap orang lain tetapi juga mengawal respons-respons lain seperti memperlahankan degupan jantung, mententeramkan diri dan meredakan perasaan.

Terdapat beberapa strategi untuk mengawal kemarahan seperti :

a) Cuba relaks dengan menarik nafas panjang. Ambil nafas, ulangi perkataan-perkataan yang menyenangkan seperti berzikir

b) Anda boleh mengubah cara anda berfikir.Orang marah perlu sedar mengenai sikap sendiri yang suka mendesak dan menterjemahkan harapan-harapan mereka kepada keinginan. Apabila tidak dapat mendapat apa yang anda mahukan, anda akan kecewa, terguris tetapi bukan marah.

c) Buatlah rancangan dan semak perkembangannya. Bertekadlah untuk melakukan yang terbaik tetapi janganlah menghukum diri sendiri sekiranya tidak mendapat apa yang dikehendaki.

d) 'Lawak bodoh' juga boleh membantu meredakan kemarahan.Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi masalah.

e) Luangkan masa untuk diri sendiri. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri pada waktu-waktu anda sering berasa tertekan.

f) Anda juga boleh meminta bantuan daripada seorang kaunselor. Seorang pakar psikologi boleh membantu anda mendapatkan teknik mengubah cara berfikir dan perilaku anda.

Ingatlah, anda tidak boleh menghapuskan perasaan marah. Banyak perkara akan terus berlaku dan membangkitkan kemarahan, malah kadang-kadang ia memang wajar. Hidup memang penuh dengan keekcewaan, kehilangan, kesedihan dan tindakan-tindakan lain yang tidak diduga. Kita tidak mampu mengubah semua ini tetapi kita mampu mengubah cara kita membiarkan perkara-perkara itu memberi kesan ke atas kita.
Share:

Thursday, March 24, 2011

Rahsia Hari Jumaat..


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Share:

Saturday, March 12, 2011

Manhaj Tarbiah...

Assalamualaikum semua.. sempena musim cuti persekolahan cadangan asyi la.. bgi yg dh berkeluarga yuk la kuar g rehlah bersama ank2...

okeh in a blog entry today.. cakap pasal tarbiah, ia adalah sgt penting dlm kehidupan kita.. untuk selanjutnya baca kt bawah....

MANHAJ TARBIAH

Tarbiah atau pendidikan bagaimana manusia melihat dan menilai kehidupan ini. Lalu ianya dicurahkan secara berperingkat-peringkat agar ia dapat diterima oleh individu atau perkumpulan yang lain sama ada dalam masyarakat itu sendiri atau kelompok yang luar.

Bagi dunia barat, 'pendidikan boleh diandaikan sebagai proses penyebaran nilai-nilai dan himpunan ilmu pengetahuan dalam sesuatu masyarakat'.. pendidikan telah memandu pemikiran manusia untuk mengenali budaya, membentuk tingkah laku mereka untuk menuju usia matang dan mengarahkan mereka menuju kepada peranan yang akan dimainkannya dalam masyarakat.

Ringkas kata, mana-mana masyarakat sekali pun memerlukan pendidikan sebagai satu proses pembinaan serta penerapan nilai-nilai untuk menjamin survival ideologi yang diterima pakai dalam masyarakat tersebut. Bagi masyarakat yang menganut fahaman komunisme atau sekularisme sebagai contoh, yang mana mereka percaya dan mendokong ideologi-ideologi itu pasti akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam pendidikan terhadap generasi mudanya.

Begitulah juga bagi ideologi-ideologi lain yang berkembang dalam masyarakat dunia semenjak dahulu sehingga kini, sekiranya kita melihat sejarah perkembangan tamadun manusia.

Bagi manusia yang terpengaruh dengan keduniaan dan materialisme, pendidikan bagi mereka hanyalah terhad untuk memenuhi keperluan dan tuntutan tersebut. Akan tetapi bagi Islam matlamat pendidikan atau tarbiah jauh lebih luas untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Demikianlah halnya dengan masyarakat Islam, apabila peradaban yang meliputi kehidupan dan mempengaruhi pemikiran mereka berpaksikan keimanan kepada ALLAH dan peranan dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya serta hubungkaitnya dengan kejadian alam ini, maka masyarakat Islam tersebut pasti akan memastikan iman itu terus subur dalam masyarakatnya generasi demi generasi melalui lapangan pendidikan atau tarbiah. Namun begitu, tarbiah juga menjadi suatu keperluan yang mendesak terutamanya apabila berlaku kerosakan serta terhapusnya nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat.

Bertolak dari itu.. ALLAH mengutuskan Rasul-Nya daripada kalangan kaum itu sendiri dengan itu ia mengetahui suasana dan keperluan untuk menjalankan seruan risalah dan melakukan tarbiah kepada kaumnya. Bagi menghadapi keperluan kaum dan bangsa yang berlainan, asas bagi melakukan islah dan mentarbiah umat ini perlulah mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam ayat-ayat al-Quran.

Rasulullah SAW diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam dan sebagai rasul yang terakhir bagi umat manusia. Maka manhaj yang digunakan oleh Rasulullah SAW adalah contoh tunggal untuk diikuti oleh seluruh umat yang mengikut seruan baginda dalam melakukan islah setelah umat tersebut berada dalam kesesatan dan kerosakan. ALLAH SWT menyatakan peringkat-peringkat tersebut secara tersusun.


Share:

Friday, January 14, 2011

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam...


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Share:

Sunday, January 9, 2011

Perang Nafsu Lawan Panas Baran...



Perang nafsu lawan panas baran

ADA satu kisah yang biasa kita dengar daripada ustaz dan guru berkenaan hebatnya Saidina Ali mengawal perasaannya. Dalam satu peperangan, ketika bertempur dengan seorang musuh, beliau punya kesempatan bagi menghapuskan riwayat musuh, tetapi tiba-tiba musuh meludah ke mukanya.

Ketika mengangkat pedang untuk menetak musuh itu, tiba-tiba beliau berhenti seketika. Lalu musuh bertanya: "Kenapa kamu tidak bunuh saja aku?" Beliau menjawab: "Aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marahku. Marah kerana engkau meludah ke mukaku...berperang kerana agama adalah kebenaran, tetapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu."

Lihat bagaimana hebatnya Saidina Ali mengendalikan perasaan beliau, walaupun berada dalam keadaan genting, beliau dapat membezakan antara tuntutan agama dan nafsu amarah.Kerana bimbang bertindak tidak mengikut tuntutan agama, beliau sempat memberhentikan kelajuan kilauan tetakan pedang berkenaan kerana memiliki ketajaman rohani rabbani.

"Ya Allah pilihlah kami bersama generasi hebat ini. Inilah generasi yang syaitan berputus asa menghadapi mereka. Selayaknya mereka menjadi peneroka dan pembina kecemerlangan." Lain pula halnya pada zaman kita yang serba 'hot' dan 'baran' ini. Bertindak ikut nafsu amarah, orang lain fikir kemudian, yang penting diri aku. Inilah perangai orang panas baran. Orang panas baran ini asyik hendak orang lain menjaga perasaan mereka, tetapi mereka dia tidak pula menjaga perasaan orang lain. Tidak salah untuk merasa marah, tetapi biarlah kena pada tempatnya, bukan kerana perkara kecil dan remeh. Selagi boleh bersabar, kita perlu sabar. Lebih besar ganjarannya apabila kita bersabar.


Sebenarnya panas baran, kepala angin, naik hantu yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang perasaan malu. Mereka sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja dan merasa orang di sekeliling mereka semua salah. Ada saja yang tidak kena.

Sifat ini ibarat bom masa yang akan meletup tanpa diduga, tempat dan mangsanya. Guru yang panas baran akan ditakuti dan digeruni anak muridnya. Malah, mereka akan takut untuk menegur guru itu walaupun membuat kesalahan ejaan pada papan hitam. Peniaga yang panas baran akan kehilangan pelanggan. Suami yang panas baran akan menyebabkan perceraian. Ini disebabkan isteri tidak tahan kerana selalu kena marah dan kena pukul. Sikit-sikit naik angin dan perkara ini sudah semakin banyak berlaku.

Masalah di tempat kerja dibawa ke rumah. Isteri yang panas baran pun akan memecahkan kerukunan rumah tangga juga. Asyik hendak marah tidak tentu pasal, ada saja yang tidak kena pada suami dengan mengungkit dan membanding dengan rumah tangga orang lain.

Apabila marah tidak kira tempat; kadang-kadang di pasar raya, depan orang ramai, majlis kenduri kahwin, parahlah isteri macam ini. Mak dan ayah yang panas baran akan ditakuti anak maka tidak wujud kemanisan dalam berkeluarga.

Share:

Monday, January 3, 2011

Di Manakah Sifat Kemanusiaan???



Saban hari kita sering disajikan dengan kes-kes pembuangan bayi. Kes ini bukan semakin berkurangan malah semakin bertambah selaras dengan kemajuan pembangunan negara kita. Gambar-gambar yang dipaparkan melalui televisyen atau surat khabar menambahkan rasa sedih di hati, tersentuh bila memandang bayi yang masih kemerah-merahan dan masih bertali pusat dibuang tanpa seurat benang ditubuh. Kalau kita saja seorang dewasa yang tidak tertahan dengan suhu sejuk di sesuatu tempat, inikan pula seorang bayi yang baru lahir? Di manakah sifat perikemanusiaan seorang manusia itu?

Semasa melakukan maksiat, tidak terfikir langsung akan akibat yang akan dihadapi, bila perut sudah "memboyot" segala perasaan bermain di minda. Apatah lagi bila telah melahirkan anak yang dikandung, ekoran takut dan malu bercampur baur, maka timbullah tindakan meletakkan bayi yang dilahirkan di mana-mana tempat tanpa memikirkan satu lagi dosa yang dilakukan. Yang menjadi mangsa adalah bayi. Mereka "terjadi" akibat perbuatan sendiri, tanpa dikasihani, mereka dibuang dan dibiarkan begitu sahaja. Apakah dosa bayi tersebut? Lantaran takut dan malu, dosa diketepikan. Kenapa tidak memikirkan perasaan takut dan malu itu semasa melakukan maksiat? Segala pujuk rayu dari kaum lelaki kenapa tidak ditolak? Kononnya sebagai tanda kasih, sayang, cinta...Tetapi kenapa perasaan tersebut tidak wujud terhadap bayi yang dilahirkan?

Andainya bayi yang baru dilahirkan pandai berkata-kata, sudah pasti mereka akan meraung, merintih dan menjerit "Ibu...jangan tinggalkan aku di sini, aku adalah hasil dari perhubungan haram antara ibu dan lelaki itu, kenapa aku dibuang dan dibiarkan setelah aku terhasil dari sumpah tanda kasih dan sayang kalian?"

Fikirkanlah wahai muda-mudi, jangan terpesona dengan segala janji dan pujuk rayu daripada seseorang yang bergelar "kekasih", tegaskanlah diri kita dengan berkata "TIDAK" dan dekatkanlah diri kita lebih kepadaNYA agar kita tidak mudah terjerumus dengan segala maksiat atau perkara yang salah di sisi agama.

Share:

Monday, December 20, 2010

Umpama Lebah Dan Madu..

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud" Dan tuhanmu memberikan ilham kepada lebah, "Hendaklah enkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di atas pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan manusia. kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang enkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dipermudahkan kepadamu. "dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). sesungguhnya pada yang demikan itu tanda ( yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang yang mahu berfikir.

Lebah merupakan serangga terpilih berbanding dengan serangga-serangga yang lain. Justeru Allah s.w.t. menurunkan surah al-Nahl dengan ayat ayat yang lengkap mengenai lebah dan kehidupannya bahkan pemilihan nama surah al-Nahl merujuk kepada maksud tersendiri.

Perungkapan mengenai lebah dalam ayat al-quran di atas merupakan tanda kebesaran Allah s.w.t. manusia yang mengkaji tentang kehidupan lebah dan madu yang dihasilkan oleh serangga ini sudah tentu akan mengagumi ciptaan Allah. Malah pada kehidupan lebah itu sendiri dapat diambil pengajaran dan beberapa iktibar daripadanya.

Allah telan mengilhamkan kepada lebah membuat sarang di kawasan-kawasan tertentu, menghirup sari bunga dan buah seterusnya menghasilkan madu. Madu ini lah yang menjadi ulat dan penawar yang banyak kepada manusia..

Dalam sebuah koloni lebah madu terdapat tiga kumpulan yang masing-masing mempunyai tugas tertentu..Pembahagian kumpulan tersebut ialah ratu lebah, lebah pekerja dan lebah jantan.

Ratu lebah pula berperanan mengawal keseluruhan aktiviti yang dijalankan oleh lebah pekerja dan lebah jantan. Lebah pekerja terdiri daripada lebah betina, bertugas mengumpul manisan bunga dan debunga, membina sarang, menjaga kebersihan dan menjaga keselamatan, menjaga anak-anak lebah, menyara dan memberi makan kepada lebah-lebah yang lain

Lebah jantan berjumlah lebih kurang saru pertiga daripada jumlah bilangan saiz individu di dalam sebuah koloni. Saiz badannya lebih kecil sedikit drp ratu lebah.. lebah jantan mempunyai sepasaang mata yang besar, badan yang berbulu dan berwarna hitam, serta mempunyai pergera. kan yang lembab. Ia tidak boleh menyengat, tidak prodoktif, tidak pandai mancari makanan sendiri dan mengaharpkan lebah pekrja member makanan kpdnya. Lebah jantan hanya berfungsi sebagai penyambung zuriat dan boleh mengawan apabila berumur lebih kurang tiga minggu dan akan mati setelah mengawan.

Perintah Allah kepada lebah dalam ayat al-quran yang kita bincangkan ini merujuk kepada golongan feminin kerana perkataan2 dlm ayat 68-69 tersebut merujuk kepada lebah betina (lebah pekerja) yg menjalankan hampir kesemua tugas dalam koloni lebah, selain bilangan betina yang lebih ramai dari jantan. Pembahgian kerja dlm kalangan lebah sungguh sistematik dan bergantung kdp umur dan sesuai dengan tugas2 yang dilakukan..

Kesimpulanya adalah.. Setelah mengenali lebah, maka kita dapat mengambil pengajaran daripada sifat baik yang ditunjukkan oleh serangga ini… antaranya ialah:

Kehidupan secara Kolektif atau berjumlah serta mentaati pemimpin, lebah hidup dlm kelompok yang besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian.. Tolong menolong dan sifat bekerjasama.. Ketika mana-mana lebah mendapatkan sumber sari madu, ia kan memanggil rakan-rakanyaa yang lain untuk turut menghisapnya…

Kerjasama yang erat dalam kalangan lebah ini telah memberikan hasil sesuatu yang terbaik iaitu madu yang banyak manfaat kepada manusia.. justeru manusia yg dikurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t mestilah berfikir dan mengambil pengajaran drp kehidupan lebah.


Share:

Friday, December 17, 2010

Rukun Iman Dan Islam.. Membentuk Nilai...


Taqwa hubungan manusia dengan ALLAH.. akhlak hubungan manusia dengan manusia dan itqan hubungan manusia dengan perkerjaan...


Manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi, bukannya logik... begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi... maknanya apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yag kita fikirkan.. ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita ketahui kebaikannya, tetapi kita gagal melakukan sesuatu perbuatan walaupun telah kita akui keburukannya..

Perpesan pada diri dan teman2 semua.. kita hanya manusia... :) yg baik dtg dari ALLAH..
Apa itu nilai dan bagaimana ia terbentuk???????

Secara ringkas, sistem nilai dalam Islam merangkumi persoalan bagaimana islam membentuk kelakuan seseorang. Ia bermula dengan pembentukan sistem keyakinan belief sistem, world view
pandangan alam sistem nilai value sytem dan sikap.

Rukun Iman adalah pembentuk sistem keyakinan, pandangan alam, sistem nilai dan sikap.. manakala rukun Islam pula adalah set amalan latihan yang sistematik dan rutin yang perlu dilazimkan dengan penuh penghayatan bagi melahirkan kelakuan yang baik.

Kelakuan yang baik yang dilahirkan secara berterusan, mudah dan berkekalan hasil penghayatan rukun iman dan pengalaman rukun Islam.. inilah yang membentuk pesonaliti Islam yaitu akhlak islamiah.. secara menyeluruh rukun Islam adalah sebagai input, rukun iman adalah sebgai proses dan ihsan sebagai ouput.. nie asyi teringat time blaja kt aceh..
Ihsan itu adalalah hasil akhir yang boleh dibahagikan kepada tiga adalah seperti berikut yaitu:

Taqwa hububgan manusia dengan ALLAH.. akhlak hubungan manusia dengan manusia dan itqan hubungan manusia dengan perkerjaan...

Kendalanya adalah.. nilai kehidupan di dunia perlu dilihat mengikut neraca ALLAH.. oleh sbb itu, neraca ALLAH yang tepat bagi mengukur ketepatan nilai yang dipegang seseorang itu perlulah berlandaskan prinsip berikut" apa yang dipandang indah oleh syriat itu indah dan apa yang dipandang buruk oleh syariat itu buruk.

Utamakan yang utama yaitu urusan akhirat berbanding dunia. ALLAH berfirman yg bermaksud: Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada main-main dan gurau senda belaka dan sesengguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa...

Duhai diri..
Hanya sistem nilai yang telah ditetapkan islam bersifat tetap pemanent values dan tidak berubah, ia selari dengan harmoni diamlkan sepanjang zaman walaupun tarikh tahun sentiasa berubah... apa yang baik dalam Islam pada zaman Rasulullah, itulah yang baik pada zaman kita kini dan masa depan dan begitulah juga sebaliknya..

Berkata seorang sahabat" pembentukan kelakuan manusia bermula dari dalam... sistem keyakinan iman akan membentuk keyakinan hidup, yang kemudiannya membentuk nilai seseorang apa yang dirasainya benar, baik dan betul.

Nilai ini kemudianya membentuk sikap. Sikap itulah yang melahirkan kelakuan. Kelakuan yang dilazimi akan melahirkan karakter.. Karakter yang sinonim dengan peribadi seseorang itulah yang membentuk Personaliti!!!

Sistem keyakinan-pangangan hidup-nilai-sikap-kelakuan-karakter=personaliti... sistem nilai dalam islam!!

Share: