Sunday, June 3, 2018

Rahsia Fail Merah Terbongkar - Menteri Kewangan

Rahsia Fail Merah Terbongkar - Menteri Kewangan

PUTRAJAYA: Rahsia 'fail merah' yang sebelum ini hanya boleh diakses pihak tertentu terbongkar apabila mengandungi penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1MDB.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu wawancara berkata, beliau sangat terkejut apabila mengetahui kandungan fail merah itu yang sebelum ini cuba disorok oleh kerajaan BN.

Beliau berkata, sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti.

“Fail-fail merah yang sebelum ini begitu sulit telahpun dibuka. Saya sangat terkejut kerana fail tersebut mengandungi banyak skandal termasuk pembayaran hutang untuk 1MDB.

"Rupa-rupanya hutang-hutang 1MDB sebelum ini dibayar oleh kerajaan. Padahal sebelum ini 1MDB beritahu mereka bayar sendiri. Mereka tak bayar satu sen pun hutang-hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada hari pertama di kementerian itu, Guan Eng berkata beliau diberitahu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mod Desa dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mengenai kedudukan semasa kewangan negara, dan pendedahan yang mengejutkan bahawa mereka tidak dapat mengakses akaun dan laporan tertentu.

Menyifatkannya sebagai skandal paling besar di dunia, Guan Eng berkata, sebanyak RM7 bilion telah dibayar dan lebih menyedihkan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039.

Katanya, jumlah tersebut juga belum dikira faedah, jadi boleh dinilai betapa besar kerugian dan kehilangan sumber pendapatan rakyat untuk membayar hutang 1MDB sahaja.

“Bayangkan sekiranya wang ini boleh dilaburkan digunakan untuk rakyat. Bukankah kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita, tapi ternyata skandal 1MDB ini telah memberi impak negatif ke atas keadaan ekonomi kita.

“Saya berterus terang soal ini. Sebab itu kita terpaksa ambil langkah-langkah bagi mengurangkan mengurangkan impak negatif tersebut,” tegas beliau.

Guan Eng turut mendedahkan hasil siasatan mendapati bahawa 1MDB sebagai syarikat pelaburan strategik hanyalah rekaan semata-mata.

“Satu rekaan yang betul-betul jahat... tak ada langsung. Kita akan siasat dengan lebih teliti supaya rakyat tahu penyelewengan melalui 1MDB ini.

"Kita akan cuba atasi kerana 1MDB ini adalah sejarah hitam yang kita akan ingat buat selama-lamanya," katanya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, fail-fail merah itu turut mengandungi kontrak-kontrak yang mempunyai syarat-syarat yang agak luar biasa yang merugikan kerajaan.

“Ada beberapa kontrak di mana pembayaran dibuat walaupun kemajuan kerja hanya 10 hingga 15 peratus. Lebih dua pertiga nilai kontrak ataupun jumlah kontrak telah pun dibayar.

“Kita sedang siasat perjanjian-perjanjian yang agak luar biasa ini. Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan.

"Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa? Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja,” katanya.

Walaupun begitu katanya, pihaknya tidak boleh mengatakan perbuatan itu salah kerana telah termaktub dalam kontrak.

“Kita akan siasat dan tanya mengapa mereka buat kontrak macam ini yang tidak memihak kepada kepentingan negara. Itulah yang kita kena siasat," katanya. 

Share:

Thursday, May 31, 2018

|Video| Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul

"Tak salah nak tegur.. tapi kalau teguran kau tu sengaja nak memalukan dia tu sepatutnye makan penampau. Kalau pun kau dah nampak, diam2 sudah la, ni pi direct macam tu live pulak tu. Bulan Ramadhan ni la kau mintak dikecam. Eshhh.." 


KUALA LUMPUR - Walaupun rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perkembangan terkini dengan pembentukan kerajaan baharu, namun ada juga pihak yang sibuk mengecam penampilan ahli politik wanita.

Menerusi satu program Facebook Live, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.

Lelaki tersebut menghubungi rancangan berkenaan semata-mata untuk menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk badannya.

Oleh itu, lelaki tersebut meminta wakil rakyat itu untuk lebih berhati-hati dengan pemakaiannya.

"Lepas ni YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau. Dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah," tegur Azrul.

Tidak terhenti disitu, Azrul sempat menambah lagi teguran yang berbaur sensitif itu sebelum menamatkan panggilan.

"Pasal hari itu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada," kata Azrul lagi.

Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.- Astro Awani

|Video| Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul
Share:

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 12 tengah malam ini.

LLM dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

"Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," kata kenyataan berkenaan.

Katanya, Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.

"LLM mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama pengguna lebuhraya," katanya.

Share:

Raj's Banana Leaf Mohon Maaf Secara Terbuka

Isu basuh pinggan guna air kotor / lopak jalan.
Pihak restoran telah memohon maaf atas isu terbabit.

Gilo punya kerja sampai basuh pinggan pun dalam lopak jalan beb.. walaupun air tu mengalir, tapi tetap kotor dan kita tak tahu najis apa yang bersamaan dengannya dalam takungan air tersebut. Dengar cerita ni bukan mamak muslim, tapi india non muslim.. tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Ape2 pun.. memang pengotor!!!


PETALING JAYA: Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf tampil memberikan kenyataan maaf berhubung penularan satu video yang menunjukkan pekerja restoran berkenaan membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Menerusi hantaran di akaun Facebook restoran berkenaan, pemiliknya memohon maaf kepada pelanggan dan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh beberapa pekerja baharu di cawangan Bangsar milik restoran itu.

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar. Kami ingin memaklumkan kepada semua perkara sebegini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kami juga ingin menegaskan Raj’s Banana Leaf secara konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan restoran kami yang dilakasanakan secara berterusan.

“Kami berharap pelanggan akan memberikan peluang kedua kepada kami dan kami ingin menegaskan faktor kebersihan dapur restoran kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Menerusi kenyataan berkenan juga, pemilik restoran mengatakan akan membuat majlis berbuka puasa secara percuma pada 31 Mei nanti bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di Raj’s Banana Leaf Bangsar sebagai tanda permohonan maaf berhubung kejadian itu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat yang tular pada Selasa menunjukkan beberapa pekerja sedang membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air. Sumber.



KUALA LUMPUR – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf, bagi menjalankan pemeriksaan susulan viral video pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis itu di Bangsar, di sini, sebentar tadi.
Seramai kira-kira 10 pegawai tiba dengan menaiki dua buah van pada jam 9.20 minit pagi.

Sepuluh minit kemudian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba, difahamkan bagi menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Bagaimanapun, restoran itu tidak beroperasi pada hari ini dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Sementara itu, sebuah portal tempatan, TwentyTwo13, melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata restoran itu akan ditutup bermula esok (hari ini).

“Saya akan mengarahkan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar menyita premis itu esok.

“Ia akan ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,” katanya dipetik oleh laporan itu. – BH ONLINE.
Share:

Jemputan Khas Mufti Wilayah Kepada Faiz Roslan


MUHAMMAD FAIZ ROSLAN

1. Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.

3. Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.

4. Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.

5. Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

6. Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.

Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Share:

Thursday, October 12, 2017

Teknik Berkesan Bersihkan Aircond


Rupanya just gunakan remote jer..

Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut :

- Tetapkan mode daripada "Cool" ke mod "Fan", tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
- Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
- Kemudian barulah matikan aircond.

Mengapa tetapkan ke mode "Fan" ??

Tujuan kita tetapkan ke Mode "fan" kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)

Pesanan : Jgn lupa untuk menetapkan semula ke mode "Cool" apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Dipersilakan Tag dan Share Yang Pakai Aircond

Sumber
Share:

Monday, October 9, 2017

Panduan Mudah Tukar Kad ATM BankIslam / Maybank

Semalam punya cerita aku kene buat card atm baru untuk bankislam dan maybank.. bukan sengaja tukar tapi perlu dah ditukar. Maybank tu memang wajib dah tukar sbb haritu dah dapat warning, dan chip aku pun tak valid untuk digunakan lagi. Bankislam pulak satu hal.. ketika kesempitan nilah nak hilang ntah kemana-mana.. rupenye ade kat office, sabor jelah. Nak dijadikan cerita dan pengalaman Panduan Mudah Tukar Kad ATM BankIslam / Maybank aku nak kongsi kat sini.

Bank Islam :

Datang waktu bekerja (office hour) 9.30 a.m hingga 4.30 p.m. Digalakkan datang awal, nama pun dah bank confirm setiap hari ramai orang. Untuk mengelakkan kesesakan, awal la 10 mint ke.. itupun dah ramai yang queue. 

Prepare siap2 IC dan pen. Nanti kerani tu akan bagi satu borang untuk diisi dan isi lah mana yang patut dan bersesuaian. 

Amik no, beratur. Bile dah sampai time, org bank akan minta IC dan cop jari (scan). Kemudian tunggu nama dipanggil untuk pengesahan (t.t) dan serahan kad bank yang baru. DONE! Untuk bayaran aku tak pasti, sebab masa aku buat atas alasan hilang.. takde pulak dia charge.

Maybank :

Pengguna maybank yang pertama kali @ perlu tukar kad untuk pertama kalinya ada berita baik buat anda! tak perlu nak beratur bagai nak kene hadap org bank tanya itu ini. Untuk yang belum tahu, sesetengah cawangan maybank ade menyediakan machine khas untuk pertukaran kad lama kepada kad baru. 

Panduan Mudah Tukar Kad ATM BankIslam / Maybank

Sangat mudah sebenarnye..

1. Masukkan IC
2. Masukkan kad bank (yg lama)
3. Masukkan password bank. Rujuk org bank jika lupa.
4. Replace old card (aku lupa ape yg ni). 

Tunggu sehingga kad yang baru keluar dan korang boleh dah cabut IC dari machine tuh.. jangan ditinggalkan pulak dek kerana kad yang baru hehe. Step2 kat atas mungkn berbeza di tempat korang.. tapi konsep dia sama je. Beza pun mungkin tak banyak. Untuk lebih memudahkan kerja, sila rujuk pekerja bank dan minta dia buatkan untuk kita. 

Semoga bermanfaat 😉😉😉😉
Share: