Thursday, June 12, 2014

2 Produk Kecantikan Mengandungi Racun, Beware Yourself.

Hati-hati para wanita dengan produk kecantikan anda guna dan pakai setiap hari.. or maybe sometimes, aku rase tak semua girl akan selidik dulu bahan ape yang terkandung dalam produk kecantikan yang dipakai mereka. 

Bagi aku, lumrah wanita ni suke pada perhiasan atau berhias.. tu pasal kalau kome pegi mana-mana kenduri, tak payah nak cover mata.. tengok depan saje dah nampak awek bagai mekup.. pergh kate kau.. hahaha.. aku? kompom suke awek yang natural.. hehehe..

Perlu ingat jugak, berhias berlebihan pun tak boleh.. macam-macam boleh jadi, fitnah, mendatangkan ghairah, dan paling penting niat dalam berhiaas tu.. mana lah tahu, nak pegi kenduri ni, nak makeup gila tebal, kasi semua laki usha kau.. 

Ni bukan entry pasal nak mengutuk, sebenarnye inti dari entry ringkas aku ni pasal nak menasihati kaum hawa tentang bahaya produk kecantikan yang mungkin harganya murah, tapi kesannye tidaklah seperti yang diharapkan. Aku ade terbace satu artikel berkaitan satu produk kecantikan Dermaceutic Spot Peel Cream ni dikesan mengandungi racun berjadwal.

Memang kome tak pakai cream tuh, hehe.. atleast amik tahu, paling tidak search kat internet, dah kene baru nak ambik tahu.. tak guna dah sis, ingat.. pemberian Allah pada kita ni bukan untuk kita lanyak dia, tapi jaga, akan dipertanggungjawapkan kat akhirat kelak.



Dua produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata dua produk terbabit, Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream, tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk itu mengandungi hydroquinone dan atau tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, menurut kenyataan itu.

Kebiasaannya, hydroquinone digunakan untuk merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi untuk merawat masalah jerawat, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan hydroquinone dan atau tretinoin, tanpa mendapat nasihat kepakaran, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini," kata kenyataan itu.

“Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak syarikat yang bertanggungjawab meletakkan produk itu di pasaran diarahkan untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk terbabit daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

Penjual diingatkan bahawa pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk-produk kosmetik. - BERNAMA

Share:

2 comments:

Ummi Hanie said...

syukurrr akk jenis tak suke mekap2 ni....

Dzasc Skachers said...

@Ummi Hanie wah baru terbaek.. natural :D