Followers

Showing posts with label Operasi Haram. Show all posts
Showing posts with label Operasi Haram. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Absorber Berbunyi Bila Langgar Bonggol Jalan Tak Rata. Solved!

Iswara Aeroback 1.3 M adalah kereta pertama aku selamat tukar nama pada 3 April 2014. So kalau ikut tahun 2015 ni, hampir setahun 'mamat' bersama aku dan bermacam-macam la pengalaman pahit manis kami lalui bersama. Dalam mase setahun ni, macam-macam aku modi kat 'mamat', korang bleh tengok label NI. Nak cite duit tu biaselah.. dah pakai kereta, so normal la ko kene keluar duit untuk maintenance dia. Itulah pasal sebelum beli kereta perlu untuk kite tahu kemampuan tuk sara makan minum kete tu, lagi besar CC, besar body, maka besarlah 'makan minum' nye.

Tu belum cerita nak cari pomen bagai yang sesuai dengan dan boleh bertanggungjawap tuk maintain maintenance keta korang, tak sesuai pomen.. cakap boleh, buat tak boleh.. duit da habis.. last2 pening kepala. Contoh mudah kau beli AUDI, PEUGEOT ect.. merangkak ko nak jaga kesihatan dia, screw saje dah brape? belum sembang maintenance lagi. HONDA bagi aku OK.. aku ada kenal sorang pomen yang terbaik pernah aku jumpa selama dok mencari pomen HONDA ni, sebab bapak aku pakai HONDA, hehe..


Okeh abaikan coloteh aku kat atas.. aku cume nak share pengalaman camne untuk selesaikan masalah absorber depan bunyi bila lalu jalan tak rata, atau langgar bonggol. Cenggini bunyi dia lebih kurang 'krek3' 'tung!'. Dah lama owner kreta lama tu tak maintain kreta dia walaupun body dan engin cantik, so terpaksa lah aku korban kan duit untuk selesaikan masalah ni. Sakit telinga woooo...

So sebelum bergerak ke kedai kereta, aku buat la sikit research pasal masalah ni 'absorber bunyi bila jalan tak rata' dan macam-macam la orang bagi pendapat dan pandangan. Bukan ape, nak bagitahu toke tu yang aku pun tahu jugak ape yang die buat.. so takdelah berani dia nak 'cekik' lebih-lebih.. kene ada taktik jugak nak berdepan dengan pomen2 ni, tambah2 cina..

Lepas jer dia test 'mamat', terus dia bagitahu ape masalah.. 

1. Absorber :-

2. Bush set 4pcs: Rm120.00

3. Sus Link Kit Set 2pcs: Rm70.00

4. Alingment: Rm10.00
5. Labour: Rm50.00

Tokey tu suruh aku tukar absorber skali..oh no.. aku baru tukar ok, jangan nak tipu lebih2 hahahaha.. hampeh betol. Start jer diorang buat keje sampai habis -alingment- sekali pun aku tak duduk. Tapi memang puas hati la walaupun habis Rm250. Bunyi yang begitu 'memualkan' semua dan settle, cume nak lagi cantik kene adjust chamber. Tu nanti la aku buat, aku bukan keje dah sekarang so bajet pun kureng.. hehehehe.. kome yang mengalamai masalah yang hampir serupa, boleh la test 'riki2' tanya pomen. Ok olls..


Monday, July 7, 2014

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)

Standard kereta Isware Aeroback 1.3 ada bunyi anak burung mintak makanan kat bahagian belakang seat. Boleh jadi bunyi tersebut datang dari arah seat penumpang atau bahagian bonet belakang kereta.

Dari penelusuran ku berkaitan bunyi anak burung cit cit cit pada kereta Aeroback nih, ramai yang berpendapat dan berpengalaman masalah bunyik anak burung cit cit cit ni datang setelah berlakunya pergeseran antara beberapa komponen, amboih dah macam sains dah..

Kalau kome pakai jugak spesis kereta Iswara Aeroback 1.3 nih, boleh cube DIY your problem dengan fokuskan pada bahagian ini :

1.) Pemegang seat bahagian penumpang.
2.) Screw pemegang seat bawah.
3.) Bonnet lock. (aku dah lupe nama dia)

Yang diperlukan untuk DIY masalah tersebut adalah seperti :

1.) Soletape.
2.) Grease oil.
3.) Mengikut kretiviti memasing.

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved !
Bonnet Lock

First sekali aku cube settlekan masalah ni adalah dengan lumurkan bonnet lock dengan minyak griss (grease oil) secukup rasa.. ingatkan dah selsesai, test drive punya test.. ado jugak laie bunyik anak burung.. telinga dah panas nih, nyit nyot nyit nyot bunyik dia.. huhuhu..

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Screw Pemegang Seat Bawah

Second cara pulak aku try service bahagian Screw Pemegang Seat Bawah. Bile kite nak remove seat penumpang bahagian bawah, ade dua screw yang boleh kome check keketatan (ketat) nye, boleh jadi longgarnye screw penyebab pergeseran berlaku antara besi. So ketat kan screw tersebut, boleh check dengan menekan seat tesebut ke bawah dan rasakan kelonggarannya.

Then start n test drive lagi.. still jugak ada bunyik anak burung cit cit cit kat belakang.. hati dah panas, tangan dah kebas, badan berapi berselimutkan sedikit kesabaran pada bulan Ramadhan nih, hehe.. 

Den tak putos aso lagi.. teruskan jugak mencari dan mencari, last part ku drive dan donga botul-botul bunyi anak burung tu datang dari arah mana, tak mungkin kat Screw Pemegang Seat Bawah dan tak mungkin kat Bonnet Lock, mesti ada anak burung tersorok tempat lain nih ~

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Pemegang Seat Atas Iswara Aeroback

Last ku denga.. memang confirm bunyi datang dari seat.. tapi masalahnye kat mane? sebenarnye ada pemegang seat atas tu di bahagian tepi.. cess.. situ rupanya, selak je hujung seat yang dekat dengan pintu tu, akan terlihatlah beberapa besi yang bergantung satu sama lain, hohohoho...

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Besi Pemegang Seat Iswara Aeroback

Care nak tundukkan seat tersebut adalah dengan menarik batang besi yang disangkutkan di celah-celah pemegang besi tersebut.. tundukkan kedua-dua seat, kome akan nampak tingkat2 pemegang seat tersebut, pergeseran antara pemegang seat dengan besi itulah penyebab bunyik anak burung. Alhamdulillah..

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Soletape Mengelilingi Besi Pemegang Seat

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Tingkatan Pemegang Besi Seat

So the last part, cara mengatasinya.. disini memerlukan kretiviti tersendiri, cara ku adalah dengan meletak soletape mengelilingi besi pemegang seat tersebut supaya tidak terjadi pergeseran, atau boleh jugak letak grease oil di tingkatan pemegang seat tersebut, atau boleh jugak letak kain dan sebagainye. Yang ponting tak bergesel.. paham?

Cara untuk pasang @ naikkan seat tu balik adalah dengan menolak seat tersebut dengan lebut dan rasakan getarannya ~ kalau banyak sangat tape nye, kurangkan la.. atau paksa besi tu masuk di celah tingkatan pemegang seat tersebut.

Selagi boleh DIY, teruskan.. tak perlu hantar pomen @ foreman untuk solve kan masalah remeh nih.. kalau betul dah buntu, barulah, itupun.. carilah foreman yang anda betul2 mengenalinya.. kang pasal soletape jadi rega beratus pulak.. idak ke rugi?

Selamat berseni.. kereta anda jiwa anda.. rosak keta sakit jiwa wo.. betul? tak betul tak normal la tu.. mungeeee.. ade ape yang tak paham, buleh tanya. Asslamualaikum.


Sunday, June 15, 2014

Operasi Tinted 16 Jun Bermula ! Pengalamanku Hari Ini


Gambar diatas tu aku dapat dari sebuah page ala-ala anti JPJ.. bukan anti maksudnye nak bergaduh bagai, tapi menegur secara professional.. aiseyh ~ sebab nak tegur face to face, memang idak layan ler yoep.. bagus jugak ade page ni, paling tidak JPJ tahu isi hati pengguna Jalan Raya walaupun drang ni tak main hati, main saman je.. atleast, ade la jugak tempat untuk bersuara.

Bukan nak bercerite pasal page anti JPJ tersebut.. tapi nak kongsi sikit pengalaman aku yang baru je tadi ditahan JPJ area tmn.Meru Ipoh Perak. Seperti telah dimaklumkan, JPJ akan mengadakan operasi besar-besaran membanteras tinted bagi pengguna kereta, diulangi.. bukan membanteras jenayah, tapi membanteras pengguna kereta yang "ber" tinted. Rujuk SINI dan SINI.

Se"jojor"nye kereta aku memang tak lepas % tinted yang dibenarkan, makanya aku jadi takut gitu ditahan ma pak JPJ.. bukan aku takut dengan brader JPJ tu, tapi aku cuak dia keluar surat saman atau koyakkan tinted aku, gile ko.. pakai tak sampai setahun, maunye "senyum" memanjang aku?

Tongah sodap-sodap ni bawak kete.. ade satu kete ni bagi lampu liplap, aku usha, tapi aku abaikan.. bile dah 3-4 bijik bagi liplap, confirm-confirm ade something lepas selekoh tu.. dalam otak aku dah nampak brader-brader berseragam biru (JPJ) dok tahan orang. Apelagi, cargas la aku pakai seatbelt. Lepas jer selekoh.................... ternyata benar ramalanku, banyak sekali mobil ditahan sama pak JPJ.. waduh ini gawat, ini gawat.. kataku..


Aku buat cooldown je.. padahal dalam hati memang kene tahan punye, sebab kete yang kene tahan kat tepi tu semua tinted bapak gelap, so maybe ada harapan kot sikit.. macam yang aku "harapakan", aku pun ditahan dan disuruh ketepi, cet.. kali ni semua betul tiap ramalan aku. Maka terjadilah perbualan antara aku dengan brader JPJ yang agak gempal :

JPJ gempal : keluarkan lesen bang.

Aku : Ok jap.

JPJ gempal : tinted ni bekilau ni bang.. macam tak lepas je %.

Aku : eh yeke? dah tu camne cik?

JPJ gempal : saye bagi surat, check dengan JPJ, drang akan check menggunakan alat khas.

Aku : err.., surat apakah?

JPJ gempal : ni surat tuk check tinted abg ni.. bukan surat saman.

Tibe-tibe lalu kawan dia yang agak kurus melewati kereta aku.. kat tangan dia ada surat saman.. ntah nampak gaye macam nak saman Exora kat depan tu, terjadilah perbualan antara JPJ gempal dan JPJ kurus :

JPJ gempal : eh.. lepas ke tinted kete ni?

JPJ kurus : boleh lagi tu kot..

JPJ gempal : nampak gelap ni.. bekilau (tak habis2 kilauan dia dari tadi)

JPJ kurus: boleh lagi ni kot, nampak gelap sebab belah sana terlindung.

Aku : Yes ! tq Allah (dalam hati)

Aku off engine dan bukak pintu, sebab lame beno nak buat keputusannye pun.. runsing aku, last-last datang jugak JPJ gempal tu kat aku still hold my IC and License card, terjadi lagi perbualan antara kami :

JPJ gempal : ok nah..

Aku : terima kasih ~

Dari air muke JPJ gempal tadi tu aku tengok dia memang nak bagi jugak aku surat check JPJ tuh.. konon bertindak tegas bagai.. masa aku "lepak" dengan JPJ gempal tu.. ade due bijik kete mewah full tinted gelap bapak lalu wat derk jer.. apekah kebodohan dan keadilan di Malaysia ini?


Kesimpulan yang dapat aku buat adelah, tak semua roadblock JPJ ade alat khusus tuk check ketelusan cahaya setiap tinted pada sesebuah kereta. Macam aku tadi, JPJ mungkin hanya akan bagi surat untuk diperiksa semula di Ibu pejabat JPJ sendiri, jadi drang tak berani nak keluar surat untuk saman sebab tak pasti dengan kadar % tinted, banyak "kot-kot-kot".

Aku dah rase akan ada roadblock sepanjang tahun ni sampailah tahun depan.. lagi-lagi nak Raya.. lagi la kuat roadblock nyer ~ berhati-hatilah kome dijalan raye, ingat, pakai seatbelt tuh, spare kopiah dalam resthand atau drawer.hehehe, buat muke kesian + ala-ala bodo, yang paling penting.. doa bebanyak.. insyaallah lepas.. kalau kene tahan la.


Thursday, June 12, 2014

2 Produk Kecantikan Mengandungi Racun, Beware Yourself.

Hati-hati para wanita dengan produk kecantikan anda guna dan pakai setiap hari.. or maybe sometimes, aku rase tak semua girl akan selidik dulu bahan ape yang terkandung dalam produk kecantikan yang dipakai mereka. 

Bagi aku, lumrah wanita ni suke pada perhiasan atau berhias.. tu pasal kalau kome pegi mana-mana kenduri, tak payah nak cover mata.. tengok depan saje dah nampak awek bagai mekup.. pergh kate kau.. hahaha.. aku? kompom suke awek yang natural.. hehehe..

Perlu ingat jugak, berhias berlebihan pun tak boleh.. macam-macam boleh jadi, fitnah, mendatangkan ghairah, dan paling penting niat dalam berhiaas tu.. mana lah tahu, nak pegi kenduri ni, nak makeup gila tebal, kasi semua laki usha kau.. 

Ni bukan entry pasal nak mengutuk, sebenarnye inti dari entry ringkas aku ni pasal nak menasihati kaum hawa tentang bahaya produk kecantikan yang mungkin harganya murah, tapi kesannye tidaklah seperti yang diharapkan. Aku ade terbace satu artikel berkaitan satu produk kecantikan Dermaceutic Spot Peel Cream ni dikesan mengandungi racun berjadwal.

Memang kome tak pakai cream tuh, hehe.. atleast amik tahu, paling tidak search kat internet, dah kene baru nak ambik tahu.. tak guna dah sis, ingat.. pemberian Allah pada kita ni bukan untuk kita lanyak dia, tapi jaga, akan dipertanggungjawapkan kat akhirat kelak.



Dua produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata dua produk terbabit, Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream, tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk itu mengandungi hydroquinone dan atau tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, menurut kenyataan itu.

Kebiasaannya, hydroquinone digunakan untuk merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi untuk merawat masalah jerawat, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan hydroquinone dan atau tretinoin, tanpa mendapat nasihat kepakaran, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini," kata kenyataan itu.

“Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak syarikat yang bertanggungjawab meletakkan produk itu di pasaran diarahkan untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk terbabit daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

Penjual diingatkan bahawa pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk-produk kosmetik. - BERNAMA



Wednesday, June 11, 2014

Masalah Power Steering Kereta Ketat. Done !

Alamak pehal niyh ! steering aku ketat plak !! 120km dah meter atas highway, maybe ade satu desakan dalam diri suruh bawak laju lagi.. gile ke hape? dah tak betol aku kete aku potong kiri kanan.. tersedar masa potong lori balak tengah laju.. dah sedo baru cool down.. setan semua ni, Astagfirullah ~

Sepatutnye kalau berlaku masalah steering ketat / berat / paut dont be gelabah.. slowkan kereta, kerana macam-macam boleh jadi kalau kita gelabah bawak besi ni.. tambah-tambah besi yang berkuasa tinggi. Sebenarnye small matter jer masalah steering tibe-tibe jadi ketat ni, antara kemungkinan :

1.) Minyak steering dah kering tahap gaban

2.) Kebocoran berlaku :
- a. Pada setiap hose ect.
- b. Kerosakan / kebocoran pada steering rack.

Kalau masalah kebocoran pada hose, tak jadi masalah mane pun.. tukar hose baru dah settle, kos pun tak mahal.. siap pasang semua dalam Rm25, pandai-pandai kawtim la kawan.

Yang jadi masalah besar kalau power steering kita tibe-tibe ketat adalah pada kerosakan steering rack, haa.. nak memasangnye mudah saje, just install it.. tapi nak beki, aku tak pasti samada mana-mana pomen berani nak beki, ni pomen bertauliah yang aku kenal cakap, nak pasang rack tu saje pun ade mesin dia tersendiri, boleh baiki tapi tak jamin la sama lu.. 

Dari hasil searching aku kat Google, kebanyakkan yang mengalami masalah steering rack ni, drang tukar terus sebijik tak kire yang baru atau second, ade yang kate boleh cari kat kedai potong.. tapi make sure still OK, nanti dah pasang tak OK.. kite pulak KO kan.


Mendalah kat atas tulah yang dinamakan rack steering.. ade tertarik ke? kalau ade tertarik, mesti kene ada duit sikit untuk tarik mende tu.. harga pun tak mahal, kalau rack steering untuk Proton dalam Rm400 - Rm500.. murah saje kan? joke-joke.. memang mahal harga rack steering ni, so berhati2 dalam menjaga maintanence kereta anda, sekali terkena.. mak ai ~

Kerap-kerapkan lah check minyak power steering anda, takutnye kalau kite jalan jauh.. dan jadi masalah ni, boleh merebak pada komponen yang lain.. tak ke naya? kalau dah nampak tempat park kite ade tompokan minyak.. so cepat-cepat la check, kalau tak reti, tanya pada yang reti. Dunia IT sekarang dah sangat memudahkan kite, bukak jer internet, search Google.. kena dengan keyword yang kita cari, insyaallah terjawab. Nak lebih confirm, bertanya lah pada pomen anda. 


Selamat memandu dan sayangilah "bini" pertama anda. Hehehehe...


Sunday, June 8, 2014

Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014

Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014

Setelah beberapa agensi berbincang mengenai pindaan penggunaan Tinted pada kereta, entah apa yang dibincangkan di bengkal khas yang menghabiskan masa selama 2 hari dan mengeluarkan keputusan yang seolah-olah tidak perlu diadakan bengkel khas mengenai pindaan penggunaan tinted ini.

Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014

Berkuatkuasa pada 16 jun 2014, maka kereta ku terpaksalah diubahsuai balik.. habis duit woooo ~ Rm 160 ma, kedegilan ku masih membatu dalam diri ni untuk buat tinted baru.. sebab pakai tak sampai setahun kot.. cinabeng punye JPJ ! dah bape punye maki kome dapat.

Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014
Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014
Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014
Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014
Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014
Kadar Peratus Tinted Bermula 16 Jun 2014

Padahal kome bukan tak tahu, JPJ, VVIP, Imported car semua tinted ! tak nampak lagi? memang macai la ~ katenye rakyat diutamakan? tapi macam kepentingan diutamakan je? oh.. maybe mereka dikecualikan kerana keselamatan mereka, oh rakyat bukan manusia kot.. hmm ~

Pindaan diputuskan dalam bengkel khas babit semua agensi

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan untuk meminda peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan di negara ini.
Bagaimanapun, perincian mengenai pindaan itu akan diputuskan dalam bengkel khas membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), minggu depan.

Antara agensi yang akan menyertai bengkel itu ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).



Wednesday, May 28, 2014

Polis, JPJ tetap teruskan operasi buru cermin gelap

Kreta aku pun tinted jugak, so aku tetap merasakan ketidakpuasan dan ketidakadilan dalam operasi memburu kereta tinted. Dah banyak kecoh dalam FB dan laman sosial lainnye berkenaan tinted ni.. sebab kebanyakkan pengguna kenderaan bermotor (kereta) akan menggunakan tinted pada cermin kenderaan diorang.. 

Antara alasan adalah, keadaan cuaca yang sangat panas sekarang. Sampaikan letak telur dalam kereta pun boleh tergoreng dengan kepanasan alam yang melanda Malaysia sekarang.. apetah lagi pemandu dan penumpang? idak ke menggelupor dalam tu? lu tarak pikir ka??

Berguna jugak pada ibu yang menyusukan anak drang.. tak susah2 nak cover bagai, dah tercover dengan tinted yang ada.. dan pulak, apesal kereta VIP @ orang ternama ni tinted takde hal pun? kereta import? kereta mewah sekarang boleh dikatekan semua tinted, so ape kate JPJ? pernah aku baca satu komen dari FB, dia terlepas pemeriksaan tinted ni bile kate kereta dia keluar2 memang dah tinted?

Kalau lah betul nak buat operasi tinted, biar pada semua, biar selaraskan pada setiap pengguna kenderaan bermotor.. baru adil dah masyarakat pun tak banyak bunyi.. dan haramkan penjualan tinted pada setiap kedai aksesori kereta.. kenape tak banteras semua kedai pembekal tinted ni dulu baru dibuat operasi pada pengguna kenderaan tinted?

Atau dah kenyang makan duit?

Kreta gua pon tinted jugak maaa.... sakit hati woo pakai tak sampai sebulan tengok2 dah kene operasi tinted.. hampeh punye JPJ.. depan 70% kiri kanan belakang 55% kot.. hayyak.. ni satu hal cine tu, gua dah cakap nak yang 70% 80%.. dia bagi plak yang 55%.. sabo jeleee..

Polis, JPJ tetap teruskan operasi buru cermin gelap

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menafikan laporan kononnya pihak berkuasa akan menghentikan operasi terhadap pemilik kenderaan bercermin gelap.

Katanya, operasi yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu tidak dihentikan malah tetap diteruskan dan akan bermula 16 Jun ini.

"Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara.

"Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, pemilik kenderaan terbabit mempunyai masa sehingga 15 Jun ini untuk membuat ubahsuai.

Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran. - HARAKAHDAILY 29/5/2014



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...