Showing posts with label Info Dunia. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY
Keputusan terkini Final Fifa World Cup 2014

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY
FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba Fifa World Cup 2014 Final Germany Argentina dengan kemenangan Germany 1 keatas Argentina, di saat-saat akhir pemain German Mario Gotze mengambil peluang menjaringkan gol kemengan dari hantaran cantik sayap kiri Schurrle.

Kesungguhan pemain Argentina terserlah apabila German mendahului 1 - 0 pada minit akhir.. nampak gaya reffery pun macam nak adilkan game dengan penentuan sepakan penalti, takdir tetap takdir.. kemenangan tetap berpihak pada German walaupun masa tambahan 2 minit cuba dilengahkan oleh reff menjadi 3 minit. Dengar cerita pun reff sebelah Argentina? idok le teman tahu.. 


Nicola Rizzoli asal Itali menjadi refferee pilihan Fifa untuk mengadili perlawanan akhir antara Argentina Germany. Adil atau tak pun, takat mana sangat kan? tiap sudut diawasi oleh kecanggihan teknologi dunia, gol tetap gol.. linesman pun kalau nak ngecong, tak pepasal tak balik kampung.. almaklum Brazil kot.. hehehe..

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

Masa tambahan 2 minit cukup bermakna buat Mario Gotze bagi melayakkan German meraih Piala Dunia Fifa World Cup 2014. Saksikan bagaimana Schurrle dan Gotze saling membantu di minit terakhir Final antara Germany vs Argentina. Selamat Menonton.

ARGENTINA 0 - 1 GERMANY EXT TIME + EXT 2 MINUTE
Share:

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! THIRD PLACE STAGE (13 JULY 2014)

Brazil 0 - 3 Netherlands 5 minit Extra Time

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! THIRD PLACE STAGE (13 JULY 2014)


Setelah kekalahan Belanda bertemu Argentina di separuh akhir di mana kemengan untuk ke Final berpihak pada Argentina dengan kemenangan penalti Belanda 2 - 4 Argentina. Kedudukan Belanda berada di tingkat ketiga antara Belanda dan Brazil. Dengan masa tambahan 5 minit Belanda / Netherlands berjaya menjaringkan 3 biji gol di pihak lawan, penjaring pertama oleh Robin van Persie (#9) 3' (P), penjaring kedua Daley Blind (#5) 17' dan penjaring ketiga oleh Georginio Wijnaldum (#20) 90+1'.


Saksikan FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS perlawanan tempat ketiga antara Netherlands vs Argentina. Selamat menonton.



FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! THIRD PLACE STAGE (13 JULY 2014)

Share:

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Semi-Finals Stage (9 July 2014)

Semi-Finals Stage

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Semi-Finals Stage (9 July 2014)

Keputusan terkini peringkat separuh akhir Fifa World Cup 2014. Kemengan besar buat German menentang Brazil 7 - 1 menjadi suatu kebanggaan dan harapan Negara itu untuk merangkul piala dunia di peringkat Final nanti. Saksikan highlights peringkat separuh akhir dan nantikan antara dua negara Nedherlands / Argentina yang layak bertemu German di Final.

Brazil 1 - 7 Germany Highlights

Scorers :


Argentina 0 (4) - (2) 0 Netherlands Highlights


Share:

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’
Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”

“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”

Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.

Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.

Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list

Share:

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini meninggal dunia

Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Sumber :

Janganlah ditayang kembali gambar dan lakonan beliau sewaktu dulu kala, pemergian beliau di bulan Mulia Ramadhan ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba pilihannya. Media tetap media, putar la part yang agak islamic, ni tak.. semalam ku tengok di TV 9, gambo waktu beliau seksi jugak menjadi pilihan. Apekah semua ini?

Beliau bukan lagi berhadapan dengan alam dunia, tetapi alam akhirat yang setiap dari kita akan merasainya. Bayangkan kalau kita meninggal dan orang lain menyebarkan gambar tidak senonoh kita di internet? terasa sedih kerana masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang masih tidak faham.

Sunnah mendoakan orang yang sudah meninggal :
Share:

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (6 July 2014)

Group Loss Relief

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (31 Jun 2014)
Latest result 2nd stage

Penalty Kick Brazil 3 - 2 Chile
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)

Brazil
1st attempt : Made
2nd attempt : Miss
3rd attempt : Made
4th attempt : Miss
5th attempt : Made
Chile
1st attempt : Miss
2nd attempt : Miss
3rd attempt : Made
4th attempt : Made
5th attempt : Miss


Colombia 2 - 0 Uruguay
Scorer :

Colombia 2 - 0 Uruguay Fifa World Cup 2014 Highlights


Netherlands 2 - 1 Mexico
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)

Colombia 2 - 1 Uruguay Fifa World Cup 2014 Highlights


Penalty Kick Costa Rica 1(5) - 1(3) Greece


Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)


France 2 - 0 Nigeria Powerful Game
France Scorers :
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (31 Jun 2014)

France Against Nigeria 2 - 0 Fifa World Cup 2014 Highlights


Germany 2 - 1 Algeria Very Intense Game

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (31 Jun 2014)


Argentina 1 - 0 Switzerland

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (4 July 2014)


Belgium 2 - 1 United State

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (4 July 2014)


Germany 1 - 0 France

Scorer :


Brazil 2 - 1 Colombia

Scorers :



Netherlands 0 (4) - 0 (3) Costa Rica Penalties

Scorers

Share:

Friday, July 4, 2014

NEYMAR TIDAK AKAN LAGI BERAKSI DI PIALA DUNIA


Bintang Brazil Neymar telah mengalami kecederaan belakang dan tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia kali ini.

Dr Rodrigo Lasmar telah memberitahu kepada wartawan Neymar mengalami keretakan di bahagian tulang belakang ketika Brazil menang  2-1 ke atas Colombia. 

Pasukan tuan rumah itu akan bertemu dengan Jerman di pusingan separuh akhir di Estadio Castelao.

Thiago Silva berjaya membuka jaringan pada awal perlawanan sebelum David Luiz melakukan rembatan kencang dari sepakan percuma meletakkan Selecao di depan. James Rodriguez menyermpurnakan sepakan penalti pada 10 minit terakhir perlawanan.

Kemenangan 2-1 itu telah diragukan dengan kecergasan bintang mereka Neymar yang terpaksa diusung keluar ketika perlawanan masih berlangsung.

Pemain berusia 22 tahun terlantar selepas terjahan lutut tepat pada bahagian belakang dari Juan Zuniga dan Dr Rogrido Lasmar telah mengesahkan keretakan tulang belakang sekaligus menamatkan aksinya di Piala Dunia.

"Ia merupakan bukan kecederaan yang serius dan tidak memerlukan pembedahan, tetapi dia perlu berehat sepenuhnya untuk pulih."

Lasmar memberitahu tempoh untuk pulih mungkin mengambil beberapa minggu sehingga Piala Dunia tamat.

Kecederaan yang dialami Neymar dan Thiago Silva digantung perlawanan tidak dapat beraksi menentang Jerman akan memberikan tamparan hebat untuk pasukan Brazil.

Sumber : 

** Aje naye kome nyokong Brazil yop ! sempat lagi nak amik borang German kat ku, banyak lagi free ni.. kome punye pasal, tarak hal punye. (^_^)

Neymar Injury vs Colombia Brazil vs Colombia
Share:

Thursday, July 3, 2014

RM27 juta untuk Gaza

Jordan: Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.

Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta.

Pasukan yang sangat menyerlah ketika perlawanan akhir mereka menentang Jerman Selasa lalu kelihatan lebih menyerlah walaupun di luar padang.

Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.
Foto

RM27 juta untuk Gaza

Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.

Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang. - Agensi

Sumber :

Apabila diberi hidayah oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya, Subahanallah. Jumlah yang begitu besar dimata manusia, hanya mainan dimata "mereka". Anda bayangkan jika Negara ini berjaya ke Final, berapa agaknya sumbangan yang diberi?

Bagaimana dengan kita? sumbangan apa saja yang pernah dihulurkan? mudah-mudahan menjadi iktibar dan pengajaran kepada diri ku dan kita semua, insya Allah.
Share:

Review Germany Againts France (Loss Relief Stage)

Sekarang pukul 11.40 pm menantikan saat pertembungan antara dua kumpulan power game malam ni merebut takhta untuk ke Final sekaligus menentukan siapa yang layak untuk peringkat yang seterusnye.

Aku? confirm sokong Germany, walaupun dulu aku France.. apekan daya perubahan masa dan zaman.. boring layan sengsorang, kalau kat sekolah dan kompom aku ada geng nak sorak menutup kesumkaman saat kumpulan disokong berjaya menyumbat gol.

Hehe.. 


Pagi ni pukul Khamis 12.00am, Germany Versus France. Jom review ape yang patut.. nak confirm Germany ke peringkat seterusnye pun tak boleh.. France bukan calang2 lawan.. biar putih tulang jangan putih mata. Ngeee ~

Sekadar yang boleh ku share.. untuk selanjutnye boleh review kat SINI. Selamat menonton.. lupe pulak ku nak update perlawanan semalam.. hayyak, banyak keje kat sekolah, takpelah.. highlights kalau dah lama lagi clear.. berbaloi ku up kat Youtube Account ku, hehe..
Share:

Tuesday, July 1, 2014

Download Jadual Lengkap Piala Dunia 2014

Download Jadual Lengkap Piala Dunia 2014

Download atau Save As jadual Piala Dunia 2014 Peringkat Kalah Mati (Knockout / Loss Relief), Peringkat Suku Akhir (Quarter-Finals), Peringkat Separuh Akhir (Semi-Finals), Tempat Ketiga (Third Place), dan Peirngkat Akhir (Final).

Cara untuk download file diatas adalah dengan Klik kanan pada gambar - Save As/Save Image As - Choose location - Save. Done.
Share:

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan

Sebab Mengapa Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Diarahkan Letak Jawatan

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat  (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). – 30 Jun, 2014.

Sumber :

Share:

Monday, June 30, 2014

Robben Minta Maaf Kerana 'Jatuhkan Diri' (HIGHLIGHT)

Robben Minta Maaf Kerana 'Jatuhkan Diri' (HIGHLIGHT)

PEMAIN Belanda Arjen Robben memohon maaf di atas tindakannya yang sengaja menjatuhkan diri dalam kemenangan 2-1 ke atas Mexico, tetapi menegaskan kejadian sebelum keputusan muktamad diumumkan 'adalah penalti'.

Pemain tengah Belanda itu diberikan beberapa sepakan percuma apabila 'dijatuhkan' pemain lawan dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Fortaleza, awal pagi Isnin dan diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan.

"Saya mesti meminta maaf," Robben memberitahu media Belanda, NOS selepas wisel penamat.

"Pada akhir perlawanan ia adalah penalti, tetapi yang lainnya, pada separuh masa pertama saya menjatuhkan diri. Saya tidak patut melakukannya."

Pemian Bayern Munich ini menyerahkan tugas sepakan penalti kepada pemain ganti, Klaas Jan Huntelaar, yang tenang menyumbat gol sekali gus menghantar Belanda ke suku akhir.

"Biasanya saya selesa mengambil penalti, tetapi tidak kali ini," kata Robben.

"Saya pasti Huntelaar mampu melakukannya. 

"Ia adalah detik untuk dirinya, dia berhak mendapatkannya. Saya hampir menangis kerana beremosi. Kami mahu menang, untuk berjuang bersama-sama sebagai satu pasukan. Saya sangat bangga."

Rafael Marquez, pemain yang dihukum mengasari Robben dalam kotak penalti, tidak bersetuju dengan keputusan penting itu. 

"Saya percaya ia bukan penalti," katanya.

"Saya rasa saya menyentuh tanah tetapi saya tidak menyentuhnya, mungkin dia yang menyentuh saya." 

Kapten Mexico itu berkata Robben, 30, yang mempunyai kerjaya yang menyenangkan, tetapi sering dituduh menjatuhkan dirinya dengan sengaja, telah menyalahgunakan semangat permainan. 

"Bagi 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja mejatuhkan badan lebih lima kali, dan itu bukan permainan yang adil," kata Marquez. 

"Itu perlu diubah. Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara-perkara seperti itu menjejaskan kami, tetapi saya tidak mahu menjadikan itu alasan."

Sumber : 

Normal la kalau trik-trik macam, mana-mana pemain pun pernah buat.. CR dah bape banyak lagi mimik saje? lagipun kalau tengok balik.. memang nampak "ditackle" oleh pemain Mexico, cume ntah, aku pun tak paham nape si Robben ni gi minta maaf lak. Lu memang legend Robben !

Robben Fall Against Mexico
Netherlands Penalty Kick
Share:

Saturday, June 28, 2014

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Stage (27 Jun 2014)



Fifa World Cup 2014 ke 20 bermula lagi kali ini berlansung di Brazil, perlawanan pertama / pembukaan oleh tuan rumah Brazil berhadapan dengan Crotia, perlawanan yang sengit dan cemerlang ini dimenangi oleh Brazil dengan kemenangan 3-1 keatas Crotia. Dapatkan dan Saksikan Highlights Fifa World Cup 2014 agar anda tidak ketinggalan untuk mengetahui keputusan semasa World Cup 2014 Brazil.

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Stage (26 Jun 2014)

Sekarang masih di peringkat kumpulan dan masih tersisa beberapa kumpulan lagi untuk layak ke peringkat kalah mati atau pusingan kedua. Untuk makluman, KBM buat di posting berkenaan Fifa World Cup 2014 Highlights di entri lain supaya tidak berselerak bercampur dengan video peringkat kumpulan. Begitu jugak dengan peringkat suku / separuh dan Final. Selamat menonton.

Saksikan Fifa World Cup 2014 Highlights di peringkat Kalah Mati / Group loss Relief.

Kumpulan A
Brazil 3-1 Crotia
Mexico 1-0 Cameron
Brazil 0 – 0 Mexico
Cameroon 0 - 4 Croatia
Croatia 1 - 3 Mexico
Cameroon 1 - 4 Brazil

Kumpulan B
Sepanyol 1 – 5 Belanda
Chile 3-1 Australia
Spain 1-5 Nedherlands
Sepanyol 0 - 2 Chile
Australia 0 - 3 Sepanyol
Belanda 2 - 0 Chile

Kumpulan C
Colombia  3-0 Greece
Ivory Coast 2 – 1 Japan
Colombia 2 – 1 Ivory Coast

Jepun 0 – 0 Greece
Jepun 1 – 4 Colombia
Greece 2 – 1 Ivory Coast

Kumpulan D
Uruguay 1 - 3 Costa Rica
England 1 - 2 Italia
Uruguay 2 - 1 England
Italy 0 - 1 Costa Rica
Italy 0 - 1 Uruguay
Costa Rica 0 – 0 England

Saksikan Fifa World Cup 2014 Highlights di peringkat Kalah Mati / Group loss Relief.

Kumpulan E
Switzerland 2–1 Ecuador

France 3-0 Honduras
Switzerland 2 – 5 Perancis
Honduras 1 - 2 Ecuador
Honduras 0 – 3 Switzerland
Ecuador 0 – 0 Perancis

Kumpulan F
Argentina 2 - 1 Bosnia

Iran 0–0 Nigeria
 Argentina 1 - 0 Iran
Nigeria 1 – 0 Bosnia
Nigeria 2 - 3 Argentina
Bosnia 3 - 1 Iran

Kumpulan G

Germany 4-0 Portugal
Ghana 1-2 USA
Germany 2 - 2 Ghana
USA 2 - 2 Portugal
USA 0 - 1 Germany
Portugal 2 - 1 Ghana

Kumpulan H
Belgium 2 – 1 Algeria
Rusia 1–1 Korea Selatan
Korea Selatan 2 - 4 Algeria
Belgium 1 - 0 Rusia
Korea Selatan 2 - 4 Algeria
Korea Selatan 0 – 1 Belgium
Algeria 1 – 1 Rusia

Saksikan Fifa World Cup 2014 Highlights di peringkat Kalah Mati / Group loss Relief.
Share: