Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Semalam aku call father aku kat Malaysia, tanya2 kabar kat sane macam mana sihat ke semua? dengo2 mak tak jadik nak gi Johor sebab mak tak larat jalan jauh2.. lagipon dari Perak ke Johor bukan dekat beb, walaupun anak sedara kawen.. paling2 kita hadir waktu kat Ipoh. Tengah2 best nyembang, aku menyampuk tanya father.. "Ayah bile PRU 13 ea?" terjadilah perbualan antara kami berdua :

Father : Owh.. PRU 13 tuh akan berjalan kalau kerajaan dah tetapkan masa tertentu..

Aku : Aik.. dengo2 kan yah, bukan ke nak buat ujong tahun ni? tapi dalam harakah takde pulak drang sebut.. betullah, ni kan Pilihan Raya Umum, mestilah under goverment..

Father : A'ah.. memang di bawah kerajaan, itu pasal kalau kita baca kat mana2 news paper pon yang bersangkutan, mesti banyak isu yang dibahsakan.. tak kire la isu ape sekalipun, salah cakap sikit mesti kene hentam padahal mende tu sikit jer.. kerajaan dah takde idea lagi untuk menarik minat pengundi undi BN..

Aku : Orang semua dah pandai yah.. drang dah boleh pikir tambah2 mahasiswa.. lagi lah.. tapi drang amik kesempatan pada rakyat2 miskin atau pendalaman, bagi beras sikit.. ada hari tuh, terbaca yang BN adakah perhimpunan untuk bagi beras setiap individu yang hadir ke perhimpunan tuh. Tapi, last minit drang ni edarkan borang serta BN pada semua yang hadir, ni jelas tak adil dan tektik kotor dari kerajaan sendiri..

Ayah : Itu semua dari dulu lagi kita dah boleh baca wat.. tektik sama jugak sampai orang dah boleh tahu.. mesti ada ape2 ni kalau tibe2 kasi beras? selalu tak pernah pun.. time PRU jer bagi macam2.. bile dah naik, menang kerusi, terus lupe rakyat.. buat macam2 kezaliman terhadap rakyat sendiri, amik duit rakyat untuk kepentingan peribadi.. rasuah sana sini, abaikan hak rakyat dengan alasan yang tak munasabah, bile PRU.. buat talam dua muka, semua bagi.. laptop la, duit la, kain pelikat la.. padahal peruntukan untuk semua tu apela sangat banding imbuhan yang drang akan dapatkan bile dah menang nanti..

Aku : Hmmm.. lagipun, awt tengok sistem pemerintahan sekarang ni dah sekuler, takde lagi yang dinamakan dengan mengikuti Quran dan Sunnah, patut la macam2 bencana datang kan yah..

Ayah : Itulah pasalnya, Malaysia mesti diperintah oleh PAS sebab PAS (termasuk PKR) adalah satu2nya parti yang berlandaskan pemerintahan Islam sebenar. Dah jelas2 BN buat jahat, termasuklah lesen JUDI, ARAK, PELACUR dan baru2 ni kerajaan lepaskan kapal ZIM kepunyaan Negara Israel laknatullah. Memang dari pernyataan PM sendiri, drang tak admit adanya hubungan dengan Israel, tapi bile adanya kapal dari Israel mai belabuh kat lembah Klang tuh kerajaan buat donno. Bukan tak tahu dan mestilah ada report dari perlabuhan Klang tuh sendiri. Tapi boleh masuk.. 

Aku : A'ah ada jugak baca tu..

Ayah : Itu pasal, lesen bile PRU 13 dilaksanakan, jatuh atas kerajaan.. tak boleh nak bagi tarikh bile.. drang akan kumpulkan segala macam kekuatan termasuklah tipu daya, kata2 manis dan lain untuk menarik minat pengundi, bile drang dah kuat barulah drang akan umum.. tapi rakyat tak bodoh macam BN..

TUT.. TUT.. TUT.. TUT..

Alahai habis kredit la pulak.. tapi jadik la Rp10.00 buleh cakap lelama.. hihi.. dengan mother pon da cakap tadi.. so lepas kewajipan aku sebagai seorang anak untuk mengatakan keadaan semasa kat sini macam mane, bukan wajib belajar jer.. ^_^ Ape2 pon.. masa depan Negara Malaysia terletak di tangan anda semua, baik di balas baik dan jahat dibalas jahat. Undilah PAS insyaallah Malaysia akan maju jaya, Amin..
Share:

Monday, February 20, 2012

PRU 13 Kucar Kacir? Sape Yang Patut Memerintah?

Aku tak tahu why i must to publish anything about PRU 13.. yelah, masalah politik negara sebelum bermulanya PRU 13 dan macam perang sedara aku tengok, kenapa tak.. ada dua parti besar yang paling diwar-warkan kehebatan mereka satu PAS dan satu lagi UMMO. Yap.. memang kalau kite tengok secara garis besar, PAS adalah satu parti yang sebenarnye memperjuangkan ajaran dan agama Islam berpandu Quran dan Sunnah dan sangat jelas UMMO pulak sebagai penolakan dari perjuangan PAS dalam memperjuangkan agama Islam. Jelas2 tanpa perlu aku panjangkan cerita, kaum ape yang tak nak Islam diperjuangkan? jenis manusia ape yang bile kata hudud wajib dilaksanakan mereka2 ni menolak dengan dalil yang sangat tidak masuk akal.. walaupun pernah aku dengar sorang kawan aku kata, "hudud wajib dilaksanakan menurut hukum Islam tapi buat masa sekarang tak pantas lagi dijalankan di Malaysia" kenapa tak? at least tekankan pada warga Malaysia yang hukum hudud wajib dilaksanakan demi kebaikan semua, walaupun pasti ada segelintir orang takkan mahu terima, sape sanggup mencuri potong tangan? macam aku cakap tadi.. hudud sangat efektif kalau diterapkan dalam sistem penghukuman dunia sekarang tetamboh Malaysia.. tengok lah, harian metro, berita harian, ape lagi? setiap hari mesti ada kes rogol, pecah rumah, simbah asid, kes bunuh, buang bayi dan macam2.. 

Biler sesuatu yang baik itu jelas baik, kenape kite mesti tolak? mesti ada cari dalih untuk menundukkan bende baik tu.. tapi bile perkara jahat, ok jer, tambah2 bab duit.. baru2 ni aku rajin layan berita2 terbaru dari Harakah.. tengok betapa banyak provokasi dan perbuatan2 tak normal diperlakukan pada PAS dan PKR, jujur cakap 100% aku menyertai PAS, kalau ada orang tanya.. kenapa hg sokong PAS? first aku jawap, Islam adalah agama Allah.. PAS memperjuangkan agama Allah, kenapa mesti aku tolak dan ikut serta dalam parti yang jelas2 mengajak kemungkaran? disebabkan cemburu, takut dan sebagainya drang sanggup belasah sedara seislam, pecahkan sana sini, polis buat sekatan jalan tibe2 time ada ceramah pulak tuh.. ape nak jadik? politik penting diserapkan pada masyarakat, dan wajib disebarkan kepada semua warga, untuk ape sorok2 pulak kalau dah mende betul kan? sepatutnye mende betul dikedepankan la baru namanya politik bersih, ni pakai baju BERSIH pown kene lockup? hahaha.. nak tegelak pon ada.. padahal perhimpunan bersih adalah perhmpunan kearah mencapai kemajuan negara kan? untuk ape la pi pukoi2 pulak bro.. kesian kawan tuh.. alahai.. sape ketua kerajaan? tak tahu lah.. cube search google dengan keyword "ketua kerajaan Malaysia" nanti dapat la result dia dari google.. google pon tahu mana baik mana buruk, prove? korang pakai browser ape? movilla? bile masuk satu2 website yang bercontent sesuatu yagn sensitif atau porno, google akan bagi warnig untuk teruskan atau tidak.. padahal dalam tu cume kata2 jer tapi dianggap virus... kan?

Entry aku ni memang nak kempen pon (join PAS jom), ajak korang pikir balik, mana pi jati diri korang yang sebenar? dah bermacam artikel korang boleh dapatkan kalau betol2 nak tahu isu semasa kat Malaysia sekarang macam mana, masyarakat sekarang pon dah boleh nampak dengan jelas mana baik mana buruk, jangan sembang la mahasiswa yang berpelajaran tinggi.. tengok la kes menuntut hak mahasiswa hari tuh? betaburan polis dok kawal drang, yelah.. menuntut hak kan? contoh la, kite amik pen orang lain tanpa kebenaran, tuan punye pen tu berhak buat tuntutan atau pi tumbuk je terus sebab dia ada hak dan pen tu milik die.. macam tu lah konsep hak, bile jadi tak berhak ni apabile seseorang mempunyai prerogrative atau kuase victor dalam satu2 hal, ha dalam kes ni.. istilah hak bertukar kepada tak berhak sebab hanya dia yang berhak segalanye.. cube dikaitkan dengan masslah kat atas korang akan nampak jelas antara hak dengan tak berhak. Bukti lagi korang boleh tengok, dari usaha PAS dan PKR untuk mengajak orang2 kerajaan ni berdebat mengenai isu2 semasa, ada tak respon? dan banyak kali Anwar ajak Najib debat pasal hal semasa, takder jawapan sampai sekarang, DAP dengan MCA pon berani, buat malu je Melayu oi !! jawapan ada pada korang, dah terjawap pon kat atas tuh dan pikir la mana baik buruk demi kemajuan negara kita kedepan nanti.. ingat le pepatah ni "Jahat dibalas jahat, baik dibalas baik".
Share: