Friday, May 27, 2011

[harakahdaily]Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


PS : Suatu yang tak disangka2.. semua ketentuan ilahi kan? 200 ahli umno (korang tau sendiri) sertai pas.. kira tukar angin la ni.. satu berita baru yang baik dan mengejutkan.. wadud baca mula macam caya tak caya jer, tapi agak la sampai harakah nak cong pulak? sampai tuan Guru sendiri turun.. betol2 eahmat Allah.. tak lama dah ni.. tak lama dah, tengok la satu hari nanti dunia ini akan diperintah total oleh Islam. Aminn..
Share:

0 comments: