Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Pengakuan Datuk T Terhadap Kes Anwar |2.13 mint|

Tak puas ati!! lantok le orang nak kata per, aku memang tak puas hati!! kang kalau lebey-lebey tak pepasal aku kene saman lak, Video Asli Seks Anwar? dengo pon bederau darah, kenal ke sape Datuk T? haa meh tengok pengakuan 'mereka-mereka'. Aku hangat giler.

Video Seks Tulen

2011/06/25



Dua pakar sahkan pelaku adegan lucah mirip Anwar

KUALA LUMPUR: Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan analisis mengenal pasti wajah (Facial Recognition Analysis) terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T Mac lalu, mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis dijalankan Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS itu juga mendapati rakaman video itu adalah tulen tanpa diubah suai atau menggunakan teknik ‘super impose’ dan berasal daripada alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Keterangan diambil polis daripada trio Datuk T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video itu iaitu Eskay, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Keterangan juga mendapati rakaman video itu diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang, di sini dan selepas polis mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh dari apartmen itu, mendapati kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan video itu kepada 13 editor dan wartawan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, di sini dan ketika penayangan beliau menerangkan gambarnya turut terakam sebelum rakaman hubungan seks antara seorang lelaki mirip Anwar dan perempuan warga China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik hotel itu.

Itu adalah fakta kes yang dibacakan jurubahasa Mahkamah Majistret kepada Eskay, Shuaib dan Abdul Rahim selepas masing-masing mengaku salah menayangkan dan bersubahat menayangkan secara terbuka bahan lucah berkenaan membabitkan perlakuan seks antara lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara di sini, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Mac lalu.
Mereka semua memahami dan mengakui fakta kes yang dibacakan itu, bagaimanapun Eskay berkata: “Ia bukan menyerupai Anwar tetapi memang Anwar”, merujuk kepada perenggan terakhir dalam fakta kes berkenaan.

Sehubungan itu, Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Eskay dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara ke atas Shuaib selepas mereka mengaku salah menayangkan video itu secara terbuka.

Sementara Abdul Rahim pula didenda RM1,000 atau sebulan penjara selepas mengaku salah bersubahat dengan Eskay dan Shuaib menayangkan video berkenaan.

Pertuduhan ke atas Eskay dan Shuaib mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Aizatul berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Penayangan rakaman video selama 20 hingga 25 minit terbabit turut dilakukan dalam prosiding semalam selama kira-kira 10 minit selepas Aizatul membenarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Muhammad Shafee berkata, walaupun ketiga-tiga tertuduh terbabit dengan penayangan bahan lucah, motif mereka bukan untuk menjejaskan moral awam tetapi mendedahkan perilaku Anwar selaku pemimpin politik pembangkang yang tidak bermoral.

Beliau berkata, sifat hipokrit Anwar selama ini yang sering kali dikaitkan dengan pemimpin politik kebangsaan dan Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dulu ‘secara bahayanya’ hampir bakal menjadi Perdana Menteri.

“Saya menggunakan perkataan ‘secara bahayanya’ bukan untuk menyatakan sikap berat sebelah pada pihak saya terhadap pilihan pemimpin politik tetapi itulah yang diguna pakai oleh Hakim Lord Denning ketika menangani isu berkaitan keselamatan kebangsaan membabitkan bekas menteri England, John Profurmo.

“Pemimpin berprofil tinggi yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin Islam negara tetapi menjalani kehidupan seperti ‘Jekyl and Hyde’ yang akan berkompromi mengenai apa saja dengan sesiapa supaya salah lakunya tidak didedahkan selepas penemuan oleh pihak ketiga, di situlah letaknya keselamatan negara yang saya maksudkan,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, orang ramai sepatutnya berterima kasih atas keberanian trio itu mendedahkan rakaman berkenaan, malah tidak mendapat keuntungan wang atau kepentingan lain, selain hanya golongan dewasa berfikiran matang saja diundang ketika pendedahan rakaman dilakukan.

“Kita tidak perlu mengingatkan mahkamah ini dengan laporan pakar di hadapan Yang Arif bahawa laporan polis oleh Anwar adalah satu kesalahan jenayah kerana ia adalah laporan palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192, 193 dan 199 Kanun Keseksaan, sebaliknya individu yang salah berada di mahkamah hari ini,” katanya.

Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita, berkata imej gambar Anwar dianalisis oleh dua pakar Amerika Syarikat menunjukkan 99.9 peratus persamaan dengan pelaku seks lelaki dalam imej rakaman video seks terbabit.

Peguam Zamani Ibrahim yang mewakili Eskay pula dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak mempunyai niat jahat dan tindakan itu adalah untuk kepentingan awam. Shuaib diwakili peguam Suhaimi Salleh.


p/s : Sampai babit-babitkan pulak orang luar Negara, buat malu Malaysia jer majoriti masyarakat Islam, tapi tetap jugak ada kes macam ni konon betol la perlakuan Anwar tentang masalah seks neh. 'Pi bagi orang tak kenai memang la dia dia tak kenai' yang pihak berkuasa Malaysia, tak kan dah kenai pon nak kepastian dari orang yang tak kenai atau sebab ada agenda lain, yelah America sebuah negara maju dari segi teknologi khususnyer, sape tak tahu America ni macam mana kan, tengok jer film-film drang.. pergh!! kaw.. memang la dia kata macam tuh sebab mana dia nak kenai dengan Datuk Anwar Ibrahim, kalau guna software@teknologi canggih sekalipun kalau dah dijolok-jolok dengan duit sape tak mau? korang caya ler nanti America akan gunakan kelemahan dari Malaysia ni untuk agenda tersembunyi diorang. Malaysia akan hancur satu hari nanti kalau dari sekarang takde usaha untuk membetolkan ape yang dah salah selama ni, betulkan jalan-jalan busuk supaye suatu hari kebusukan tuh tak merebak terlalu besar. Barulah aman Malaysia oiiii... (sampai sekarang aku tak paham kenapa masih ada orang yang menyokong ****) Huh!!
Share:

Friday, June 24, 2011

Kesian Kat Lecturer ni |0.30 min|

|


Sajer nak share video neh.. korang tengok la sendirik, aku tau korang sume dah biasa dengan Universiti di Malaysia kan? Um?Uitm?Utp? dan macam-macam U lagi kan? Hah! meh tengok sini macam mana keadaan dalam kelas U di Banda Aceh.. memang skang ni IAIN tapi dalam proses nak jadik UAIN.. hehehe.. biasanye kalau Lecturer masuk kelas mesti sihat jer kan? maksudnyer happy jer nak ngaja.. tapi kat tempat wadud blaja ni IAIN, kesian Lecturer.. tengok la sendirik.. 'sempat lagi record' hehehehe.. ^_^
Share:

Thursday, June 23, 2011

|Computer Tips| Cara Mudah Upload Di Youtube

Kalau kita sembang pasal Youtube mesti dah tak menjadi perkara yang 'eh ape tu Youtube' kan? sebab kefamesan Youtube dah tersebar memanjang sampai kat mana-mana sekalipun.. tu lah pasal bile orang kata contoh :

Man Maharaja Lawak : Nabil.. ko tak upload ke video minggu 12 kat Youtube?

Nabil Maharaja Lawak : malas la aku bro.. jangan risau mesti diorang dah up punye video kita kat Youtube.

Maksudnyer tak kira la sape pon dia tuh.. mesti tahu ape tu Youtube, walau tak tau macam mana nak upload atau download di Youtube, tapi mesti tahu ape tu Youtube.. tapi yang paling pelik budak zaman sekarang bukan setakat tahu Youtube jer.. diorang tahu lebih dari orang dewasa tahu.. giler..

Diorang siap buleh prumuter lagi kat kawan-kawan sekolah suruh bukak satu site ni, mesti best, tak tipu.. nanti kita gi CC aku tunjuk kat ko. Pergh ashler siot.. budak sekolah rendah ni beb.. bukan budak-budak menengah lagi dah. Ape yang drang carik kat CC tuh? 'berkenaan dengan TUBE'

Hah.. tu paling HOT bagi budak sekolah rendah.. pernah sorang adik kepada kawan wadud, dia cakap macam gini dengan abg dia :

Adik : bang.. REDTUBE tu ape ea?

Abg : REDTUBE? wey.. aku tampo kang!

Tengok macam mana gaya dia buleh tau pulak ada adegan HOT dalam tuh.. siap bukan kata REDTUBE, HOTTUBE, FAMILYTUBE dan bermacam lagi 'TUBE'. Lame kelamaan TUBE dah divonis menjadi suatu yang negatif.. dah tu nak salahkan sape? lepas dia dah promote kat sorang kawan dia, kawan dia pulak promote kat kawan dia dan seterusnyer..

Sebenar bukan nak sembang pasal TUBE2 neh.. korang suke kan UP video kat Youtube? tapi macam susah nak upload dan sampai sekarang dah rasa malas nak upload kat Youtube, yela kejap upload pastu failed-failed-failed dan failed.. last skali terus malas.. ^_^ macam-macam kegunaan Youtube neh.. so malas nak gebang lebey2.. wadud just nak share satu software kat korang.. software untuk memudahkan korang Upload video di Youtube :


Korang masuk kat WEBSITE dia dan download


Ok lepas dah selesai download, tinggal korang nak guna jer. Cara dia mudah :

1. Add Files (tambahkan video untuk upload di Youtube.

2. Title (letakkan tajuk untuk video korang)

3. Description (pengenalan sedikit mengenai video korang)

4. Tags (ape2 tag yang berkaitan dengan video korang)

5. Category (kategori untuk video korang)

6. Privacy (memberi kebebasan untuk melihat video korang)

7. Comments (menetapkan komen untuk video kroang)

8. Tekan butang Upload. Akan keluar satu pop up mintak korang masukkan username dengan password di Youtube.

Siap! wadud dah cube banyak kali dan terbukti berkesan.. jauh jugak beza dia dengan kita upload di laman Youtube sendiri.. lebih cepat sedikit kelajuan upload dia. Dan jugak korang boleh edit balik video yang dah di UP kan di Account Youtube korang kemudian save change. Tapi perlu diingat jugak, untuk menggunakan software ni internet korang kene la laju sikit sebab kalau connection kureng software tu akan HANG. Tu jer problem dia.. Boleh la kalau-kalau nak cube. ^_^
Share:

Kipas Berhantu |Real Record|



Penah tak tengok Hantu Kipas? serius neh.. kalau tengok mesti terbeliak punye bijik mate korang.. masalah bukan hantu biase jer, dia dah lama dok dalam kipas tuh.. ada time jer dia akan keluar.. dan satu saat ni, dalam ruang kuliah wadud.. dia keluar.. yap.. ni la peluang untuk snap kelakuan hantu tuh.. ~ ~ ~ ~ takot.. meremang bulu roma.. sume budak-budak kecoh dalam kelas.. tapi lepas hantu tuh tahu yang wadud dok sedap rakam, dia stop!

Pap!! Hp samsung monte wadud tibe-tibe terpadam.. pergh.. alhamdulillah diri ini masih ada dua malaikat penjaga.. (hehehehe poyo jer).. gempak weh.. usha jom.. bagi paham. kalau tak paham preview lain.. takot ~ ~ ~ ~ pesan wadud, sebelum tengok amik la air sembahyang dulu.. huuu ~ ~ ~
Share:

Wednesday, June 22, 2011

Suasana Malam Di Banda Aceh |0.25 mint|



Tengok ler macam mana suasana di kala.. eh.. waktu malam di Banda Aceh.. port lepak kebanyakkan budak Malaysia yang berada di Aceh. Hahaha.. tapi ni pakai camera Samsung Monte Hp.. tak berapa jelas.. almaklum Hp murah.. ^_^ so nanti ada yang best wa up kasi sama lu olang.. mana tahu nak pi Aceh.. kira nampak la jugak suasana dia macam ner.. ^_^

Sebenar kalau nak rakam ni bukan susah.. masalah wadud sekarang nak upkan kat Youtube neh yang problem.. tenet lembab umpama sepohon kayu yang masih basah (xde kene mengena) macam tu la.. lembab.. jadi nak up tu makan masa.. contoh size video tuh 1.6 MB, masa dia cecah sampai 3 mint nak up kat Youtube, Huh.. ^_^

Satu lagik.. gambar tak clear.. sebab malam.. lagipon masa rakam dia rotate senget lak.. so terpaksa guna software untuk stabilkan video tuh balik.. tu yang problem, size dia tak sama dengan size yang asli.. kalau asli lebar dia puas la kita nak tengok.. bila dah gune software tu.. dia convert dan kecilkan size daripada size asal video tuh.
Share: