Showing posts with label Sesuci Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Sesuci Ilmu. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Tutor buat Saving Energy Mode Di Blogspot.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :

Pagi oallss.. uronyoe loen keumeung kongsi ngon korang sume satu script untuk menjadikan blog korang macam super saver la lebih kurang.. contoh dia bila korang masuk blog wadud dan diamkan selama beberapa saat so dia akan jadik screen hitam.. tapi jangan gelabah lak, untuk normalkan balik screen just gerakkan mouse pada wall blog wadud..hehehehe.. bukan black screen.. contoh boleh tengok pada gambor kat bawoh ea..



Dah nampak kan? untuk tengok secara real.. masuk jer blog wadud dan biarkan beberapa second.. insyaallah jadi.. rasa trick lapok ni dah ramai orang tau.. tapi nak jugak kongsi.. ekekeke.. ok kengkawan yang berhati murni.. kat bawah ni ada script dia..

-- Carik code </head> then letakkan script ni kat atas </head> tadi lepas tu save. Dah siap. ^_^

<em>Ampersands & angle brackets need to be encoded.</em><script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>

Share:

[harakahdaily]Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


PS : Suatu yang tak disangka2.. semua ketentuan ilahi kan? 200 ahli umno (korang tau sendiri) sertai pas.. kira tukar angin la ni.. satu berita baru yang baik dan mengejutkan.. wadud baca mula macam caya tak caya jer, tapi agak la sampai harakah nak cong pulak? sampai tuan Guru sendiri turun.. betol2 eahmat Allah.. tak lama dah ni.. tak lama dah, tengok la satu hari nanti dunia ini akan diperintah total oleh Islam. Aminn..
Share:

Wednesday, May 25, 2011

[harakahdaily.net]Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas.


sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog dengan panggilan Makcik hajjah, dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

PS : Korang nak tengok ke blog dia? jap lagi wadud post dan koreksi mana2 yang boleh.. ikut pada kecetekan ilmu ni la.. korang pon boleh baca sendiri.. tapi ingat, dalam blog dia, macam2 provokasi yang dibuat atas alasan2 tertentu..khusus untuk ummat Islam.. kalau korang baca.. komperem bengang, panas, rasa nak hayun, nak tikam sikit2, nak carik2 kulit, nak siat2 dan macam2 lagi.. memang tu tujuan si penulis.. jap lagi wadud post.. amik satu artikel kemudian kita koreksi sama2.. korang jugak disarankan agar meletakkan persepsi masing2.. kita sharing untuk jatuhkan suspek tersebut, wawawawa.. suspek pulak.. sebab, berkemungkinan suspek adalah orang yang mempunyai populariti yang tinggi, sape tau? sampai skang ok jer? budak2 hacker pon senyap.. lagipon, memang susah nak jahanamkan blog tersebut.. tapi tu lah, kita gunakan akal sihat ni untuk jerumuskan suspek tu kepada kebaiakan.. moga2 dia berubah, sesal dengan perbuatan dia.. amin..
Share:

Sunday, April 17, 2011

Tips Cemerlang B.Arab...


Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini. Di sini beberapa tips untuk cemerlang dalam subjek ini.

1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.

3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.

5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.

6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!

7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.

9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.

11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.

12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.

Mudah-mudahan tips-tips ini dapat dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Share:

Friday, April 1, 2011

Metodologi Etnografi. Part 3.



Sebelum ni, wadud ada post pasal Metodologi Etnografi kan? rasa2 semua dah faham kot secara dasar ape kebendenyer ME tu.. tapi kalau bagi yang nak tengok balik post pasal ME ni, boleh klik sini. So.. untuk tak buang masa gitu2 jer dengar wadud cakap sorang2.. kita sambung balik pasal ME dari ape yang dah wadud dapatkan time dalam kelas semalam.


Hari tu, wadud ada kata pasal Grauded Research, Observasi Partisipan dan lain2. Berpandukan pada silabus yang telah diberikan, kali ini lec akan memberi penerangan mengenai Ciri Khas dalam Metodologi Etnografi. Ciri khas ME terbahagi kepada 3 bahagian yang mana menjadi perbezaan pada penelitian2 yang lain seperti Metodologi Penelitian. Hanya menjadi perbezaan antara keduanya adalah MP menyelidiki secara umum manakala ME terkhusus pada Etnis atau budaya suatu masyarakat yang dikaji.


Ciri khas ME ada 3 :

1.) Holistik-Intergrited.

2.) Diskripsi yang mendalam.

3.) Dianalisis Kualitatif.


Penjelasan bagi Holistik-Intergrited, adalah sebuah teknik atau ciri yang menyeluruh terhadap suatu penkajian. Ianya bersifat merangkumi pada ketujuh2 unsur kebudayaan yang mana sangat terkait antara satu dengan yang lain dari ketujuh unsur tadi. Tujuh unsur itu adalah 1. Bahasa, 2. Sistem ekonomi, 3. Sistem sosial, 4. Sistem teknologi, 5. Sistem pengetahuan, 6. Sistem kepercayaan, 7. Kesenian. Seperti yang dikatakan di atas, sifat bagi HI ini adalah menyeluruh dan kajian yang dilakukan sangat utuh sehingga ianya memerlukan masa yang sangat lama bagi mendapat keyakinan masyarakat itu dan hasil yang sempurna.


Diskripsi yang mendalam, adalah kajian yang dilakukan secara detail sedetailnya. Seperti pada judul saja menggunakan perkataan mendalam jadi ianya bersifat pengkajian yang sangat detail dan mendalam.


Dianalisis Kualitatif, adalah bersifat berubah2. Analisi yang digunakan adalah kualitatif yaitu melihat pada kualiti atau kualitas dari kajian yang dilakukan. Sifat dari kualitatif adalah sesuatu yang tidak tetap, mempunyai perbezaan. Dalam Me kualitatif digunakan untuk mengetahui kualitas atau kualiti sesuatu yang dikaji. Perbezaan antara kuantitatif pula adalah bersifat tetap, ianya juga bisa dikatakan angka yang pasti, tidak mempunyai perbezaan. Dalam ME menggunakan kuantitatif sebagai jumlah shalat yang dilakukan. Bearti jumlah shalat bagi ummat Islam itu sama sehari 5 waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya ada 18 rakaat kesemuanya. Jadi ianya pasti dan tidak berubah. Maka sifatnya adalah kuantitatif.


Pada perkataan Metodologi dengan Metode itu mempunyai perbezaan walaupun masing2 darinya adalah proses pengkajian terhadap sesuatu. Perbezaan keduanya adalah :


Metodologi Etnografi >> Pelajaran yang diajar adalah khusus di dalam kelas jadi menggunakan Metodologi.

Metode Etnografi >> Pelajaran yang didapatkan adalah dari Observasi partisipan atau Grauded research yaitu kajian secara langsung ke lapangan. Jadi menggunakan Metode. Cuba diperhatikan pada perkataan antara Metode dengan Metodologi maka pasti konklusi yang dapat kita buat adalah seperti yang telah dikatakan diatas. Jadi alasan mengapa di silibus ME ditulis dengan METODOLOGI bukan METODE kerana ianya dipelajari di dalam kelas.
Share:

Thursday, March 10, 2011

Metodologi Etnografi

BACA ARTIKEL TERBARU POSTING 
DARI KAK ASYI BERJUDUL "Hikmah Penciptaan Manusia..."

Metodologi Etnografi bermaksud kaedah-kaedah @ metode atau pengkajian terhadap masyarakat yang mana lebih tertumpu kepada kajian tentang kebudayaan di tempat2 tertentu, Etnografi boleh dibahagi kepada dua perkataan yaitu dari Etno kepada Etnis bermaksud masyarakat dan Grafi bermaksud laporan atau tulisan. Jadi Etnografi bermaksud membuat laporan atau menulis laporan tentang masyarakat dan kebudayaan.

Dalam kebudayaan sebuah masyarakat berbeza dengan kebudayaan di masyarakat lainnya kerana di dalam sebuah masyarakat tidaklah tertumpu pada pikiran seorang sahaja malah lebih banyak penduduk di dalam sebuah masyarakat maka bermacamlah budaya akan terlahir pada sebuah masyarakat tersebut.

Metodologi Etnografi adalah pengkajian yang mengkaji tentang berbezanya kebudayaan di suatu tempat, misalnya pada masyarakat A mengikuti budaya seni nyanyian yang lembut kerana faktor2 tertentu manakala di masyarakat B mengikuti seni nyanian yang agak keras. Metodologi Etnografi akan menanyakan beberapa soalan agar pengkaji boleh membuat kajian yang sebenar mengapa pada setiap masyarakat itu budaya yang diikuti sangat jauh berbeza sedangkan manusia itu mempunyai kesamaan dari segi sifat lahiriah, perbuatan dan sebgainya.


Tadi dalam kelas wadud ada buat beberapa catatan tentang Metodologi Etnografi :

1.) Motodologi Etnografi >> Ilmu keterampilan.

2.) Etnis dari Etno >> Laporan, Tulisan.

3.) Grafi >> Masyarakat.

4.) Budaya juga dikatakan sebagai gaya hidup, Metodologi Etnografi adalah sebuah pengkajian terhadap sebuah masyarakat.

5.) Unsur kebudayaan ada 7 >>

-Bahasa.
-Sistem Ekonomi.
-Sistem sosial.
-Sistem teknologi.
-SIstem pengetahuan.
-Sistem kepercayaan.
-Kesenian.

6.) Kebudayaan itu sebagai pemanis kepada agama, misalnya dalam agama kahwin itu adalah perintah Allah kepada ummatnya agar zuriat yang lahir akan beterusan, tetapi di dalam perkahwinan jika tiada kenduri atau majlis raja sehari maka perkahwinan itu akan dilihat kurang sempurna di mata kasar manusia, untuk lebih sempurna pada  perkahwinan itu, budayalah yang memainkan peranan sebagai pemanis dalam majlis tersebut, boleh juga kita katakan sebagai Walimatul Urus.

7.) BUku yang disyorkan untuk Metodologi Etnografi >> Antropologi, Jilid II, Kajian Etnografi, Karangan : Koentjanigrat.

8.) Perbezaan antara Metodologi etnografi dengan Sosiologi >> Etnografi tertumpu pada Kebudayaan, manakala Sosiologi tertumpu pada Sosial antara manusia dengan manusia yang lain.

9.) Perbezaan antara Metodologi Etnografi dengan Metodologi Penelitian >> Etnografi adalah kajian yang Khusus, manakala Metodologi penelitian adalah kajian secara Umum.

10.) Untuk menambah pengetahuan tentang Metodologi Etnografi bolehlah klik DI SINI

( Dari apa yang telah wadud lampirkan tentang Metodologi Etnografi ne, moga bersama kita mendapat kebaikan darinyadan manfaat yang kita dapatkan dikongsi pada sesiapa sahaja yang memerlukan, 
Insyaallah.. )
Share:

Thursday, January 27, 2011

Cara cantikkan Blogspot (TEMPLATE DESINGER)

Ehem3.. nampak len tak blog wadud? hehehe.. bak kata orang dulu kala, gunakanlah pemikiran dan kemudahan yang telah disediakan, kahkahkah.. sebenar baru jer sedar, lepas dari belek2.. ni pon just nak sharing, ghase dah ramai pon yang tau.. =)



Tu dah habis edit, dari font, background, link text, macam2 lagi.. korang yang kerap datang blog wadud mesti prasan punya.. lau xprasan pon xpe.. bia wadud prasan sensorang, hahaha.. lepas habis final neh, malas lak nak baca buku, dulu punya berkobar kata habis jer final nak khatam sume buku yang ada.. cakap boleh la hang wadud.. =)


Contoh macam korang nak tukar BG baru, xperlu la korang nak edit2 kat template korang, bwuat gjosak jer.. sebab kat TEMPLATE DESINGER semua dah lengkap, korang tinggal pilih mana yang berkenan, tapi lain la kalau korang nak letak muka korang sebagai ganti BG baru, tu mana ada kat TD.. haha.. beragak la sikit kawan..



Kalau korang rasa nak kasi chantek lagi blog korang, lagi bagos dari yang wadud punya pon korang leh wat, tapi kene kasi masa sikit la untuk neh.. bior mata sedap mandang.. cube belek2 kat TEMPLATE DESINGER blog korang.. kat situ banyak tool2 yang korang leh guna untuk chantekkan blog korang..


Ghase2, wadud sorang je kort yang baru tau.. hahaha.. SS betol wadud neh, nak wat camner, agak ketinggalan cikit.. mana la tau ada yang masih xtau kan? ni yang nak gtau lo neh.. happy2 sokmo keh.. gudbabai.. =) nak tido.. ^_^
Share:

Monday, December 13, 2010

Makna Al-Quran Karim....

Bismillahhirrahmanirram... syukur alhamdulillah hanya layak untukmu ya rabbi, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW..

Sebelum itu.. Asyi nk ucapkan tahniah!!!buat admin pertama blog K.B.M, seorang pelajar tahfiz Al-Akh Muhammad Adduat Zainal Abidin dikanal sebagai Wadud.. perjalanan panjang yg telah ditempuhinya, penuh liku dan tanjakan, namun langkah sentiasa ringan kerana doa2 org yg tersayang dgn penuh kesabaran tiada henti... akhirnya sebuah perjalanan berhasil dan berjaya menamatkan 30 juz, Syahadah jayyidd.. Ma'ahad Tahfiz Malim Mawar Perak, elhamdulliah sejuk perut mak mengandung, kita doakan semoga beliau diberkati ALLAH amen dan skg study kat UIAN Ar-Raniry Aceh, Fakulty Ushuluddin Jurusan Perbandingan Agama..

Bertolak dari itu, Asyi bkn saje saje nk ckp pasai Wadud nieh.. sbb?? terlintas difikiran nie tentang kepentingan penterjemahan makna al-quran karim??? nk tau lebih lanjut kwn2 semua musti lar baca entry nie, K.BM 2010 enjoy ....



KEPENTINGAN PENTERJEMAHAN MAKNA AL-QURAN KARIM

Al-Quran Karim merupakan kitab Allah atau Kalamullah yang bermu’jizat, diturunkan Allah kepada rasul-Nya Muhammad s.a.w. ia merupakan penutup bagi kitab-kitab Samawi. Allah menutup risalah-Nya kepada manusia. Sepertimana Allah berfirman; ”Inilah Al-Quran memberi petunjuk...” (Al-Isra’,ayat 9). Al-Quran itu merupakan cahaya dan hafalan

Jesteru.. Islam telah menggalakan untuk memahami makna-makna Al-quran kerana Al-quran menjelaskan kepada orang Islam hukum-hukum syariah dan orang Islam mengambil faedah dengannya kerana padanya banyak faedah-faedah dan pengajaran-pengajaran. Seperti mana kita ketahui Al-quran banyak menceritakan tentang kisah-kisah. Maka diwajibkan kepada kita memahami makna-makna Al-quran dan kita menjadikannya panduan-panduan untuk kehidupan,

seperti mana Allah telah berfirman di dalam kitabnya yg berbunyi seperti berikut:

Maka apabila orang islam telah memahami makna-makna Al-quran dan menjadikannya panduan untuk kehidupan supaya mereka memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat dan mereka hidup di dalam rahmat Allah. Oleh itu, kepentingan menterjemahkan makna Al-quran supaya memahami apa yang terkandung di dalam Al-quran.

Bahasa arab adalah bahasa Al-quran dan diwajibkan ke atas kita mempelajarinya untuk memahami makna Al-quran. Sesungguhnya kepentingan menterjemahkan makna Al-quran untuk mempelajari bahasa arab dan Al-quran telah memelihara bahasa arab maka diwajibkan kepada kita mengetahui kaedah bahasa arab di setiap aspek ilmu nahu,sorof, balaghah dan bahasa. Apabila kita mengetahui setiap kaedah bahasa arab, maka kita mampu menterjemahkan Al-quran.

Adapun kepentingan menterjemahakan makna Al-quran juga untuk kita mendedahkan khazanah-khazanah yang tersembunyi di dalam Al-quran. Seperti mana kita ketahui kebanyakkan orang yang mahir di dalam ilmu-ilmu meraka manfaatkan di dalam agama Islam. Bagaimana ini terjadi??? Ade kisahnya!! Yaitu:

Pada tahun 2005, salah seorang cendekiawan dari barat telah memeluk Islam kemudian mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat di dalam Al-quran tentang manusia. Dan di dalam Al-quran juga, terdapat peristiwa-peristiwa yang lepas dan ag akan datang, ada pun perkara-perkara yang telah lepas seperti sejarah kehidupan para Rasul dan para Nabi. Dan akan datang pula seperti Hari kiamat, syurga , neraka dan lain-lain lagi.. hakikatnya Al-quran banyak rahsia yang dia mahu kita mendedahkannya dengan ilmu dan bukan dengan makna bahsa semata-mata.

Kesimpulanya, diwajibkan ke atas kita menjadikan Al-quran sebagai ikutan kita sepanjang kehidupan di dunia, Rasulullah telah bersabda ”Saya telah meninggalkan kepada kamu semua 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Al-quran dan Sunnah”.

Share: