Showing posts with label Cerna Minda. Show all posts
Showing posts with label Cerna Minda. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Digi Prepaid Mobile Internet Unlimited ~terbaek~

Tengah feeling mencari maklumat pasal Plan Mobile Internet, terbukak pulak page Nuffnang (http://www.nuffnang.com.my/) kat bahagian promotion, dan ternampak pulak ads dari Digi Prepaid Mobile Internet. Macam best..

Memang ada survey kat web-web dan blog-blog yang menyediakan informasi mengenai Plan-Plan Mobile Internet yang menarik, mesra pengguna dan murah. Saye nak buat keputusan pun susah sebab masih lagi mencari Plan Mobile Internet mane yang sesuai untuk saye.

Mase pakai BB, memang tak susah nak selidik walaupun mase first gune sangat banyak masalah yang timbul termasuk lah penolakan credit secara tibe-tibe. Ini sudah mencabar, ape pasal pulak main tolak credit aku macam gitu je kan? dalam hati la..

Rupenye.. BB ni special case, lain dari yang lain.. dia kene langgan pakej BB internet untuk membolehkan pengguna BB ni access application yang tersedia dalam HP (BB) drang.. termasuk lah saye, mule-mule memang hangin sebab credit hilang macam tu je, selidik punye selidik, terjumpe sudah rahsia dia (^_^)

Digi Prepaid Mobile Internet Unlimited ~terbaek~

Oh ni bukan nak post pasal BB.. tapi pasal Digi Prepaid Mobile Internet, yang rasenye perlu bagi pengguna tegar Internet Mobile. 

Prepaid Mobile Internet

Enjoy unlimited Internet access and stay socially connected with our brand new Prepaid Mobile Internet plans! Now you can stay connected anytime, all the time. Share, surf and chat away without limits.

Daily RM1 (100MB) 1am - 7pm
RM1 / day 
100MB daily usage quota (1am - 7am only)
+ Unlimited Social Messaging**
Daily RM3 (150MB)
RM3 / day  Limited Time Promo!*
150MB daily usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Weekly Social Messaging RM5
RM5 / week  Limited Time Promo!*
Unlimited Social Messaging**
Weekly RM7 (100MB)
RM7 / week  Limited Time Promo!*
100MB weekly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & Internet Surfing**
Weekly RM15 (450MB)
RM15 / week 
450MB weekly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM18 (250MB)
RM18 / month  Limited Time Promo!*
250MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & Internet Surfing**
Monthly RM30 (750MB)
RM30 / month  Limited Time Promo!*
650MB 750MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & Internet Surfing**
2 Months RM60 (1.5GB)
RM60 / 2 months 
750MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM48 (2GB)
RM48 / month  Limited Time Promo!*
1GB 2GB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM68 (5GB)
RM68 / month  Limited Time Promo!*
3GB 5GB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
WhatsApp - 5 Days RM5 (100MB)^
RM5 / 5 days  Limited Time Promo!*
100MB usage quota for 5 days
+ Unlimited WhatsApp Messenger
Mobile Internet Max 8 (Default Plan)Max. RM8 / day (30sen / 30KB)
Max. 30MB daily usage quota; Pay-As-You-Use

Unlimited Surfing via Opera MiniEnjoy unlimited Internet access via Opera Mini! To download, text OPERA to2000 or visit m.opera.com.
Unlimited Social MessagingStay connected to your loved ones by sending/receiving unlimited messages, photos and videos all day!
Fair Usage Policy
DiGi's Fair Usage Policy ensures that everyone can enjoy the Internet at great speeds.
No CommitmentsSwitch to any Mobile Internet plan or back to your default 3G Mobile Internet plan whenever you wish.
Notes:
  • *Promotion is valid from 1 July – 30 September 2013 only.
  • **Unlimited Social Messaging is only applicable when you use the following social messaging apps: Facebook MessengerKakaoTalk,LineWeChatWhatsApp.
    Unlimited Internet Surfing (selected plans) is only applicable when you surf via the Opera Mini browser.
  • ^WhatsApp – 5 Days RM5 (100MB) is a 5-day Mobile Internet subscription plan exclusively for DiGi® Easy Prepaid subscribers who signed up on or after 4 September 2012 and DiGi® Best Prepaid subscribers who signed up on or after 6 December 2012.
  • Unlimited Social Messaging & Unlimited Internet Surfing are both applicable even after you have exceeded your Mobile Internet quota.
  • Prepaid Mobile Internet upgrades listed above are applicable to DiGi® Best Prepaid, DiGi® Easy Prepaid, DG Family Prepaid and selected legacy prepaid plan subscribers only. They are not applicable to DG Prepaid SmartPlan™, Prepaid Internet and Happy subscribers.

Kat atas tu saya copy paste dari page asal Digi, so sebaiknye klik sendiri pada link sebenar kalau tak paham untuk page di atas :

Share:

Wednesday, July 17, 2013

Senarai Yang Dipertuan Agong

Senarai Yang Dipertuan Agong

Hah kamo orang tahu ke sape Raja yang pertama dan Terakhir Malaysia? siape tu Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah? hah ! kantoi sorang-sorang !

Tengah sodap mencari ilmu pengetahuan, tibe-tibe pulak terbukak page Senarai Yang Dipertuan Agong di website GOV nih, terdiam dan tersengih dalam kekantoian.

Paling-paling tahu lah berapa Raja yang pernah dilabelkan sebagai Raja bagi Negara Malaysia, ini idak, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pon kita tak tahu beliau Raja Malaysia yang ke berape, bukan kate kamo orang, kate diri saye sendiri (^_^)

Jadi bagi sesiape yang kurang tahu atau tak berape nak tahu Senarai Yang Dipertuan Agong, silekan tengok pada senarai yang telah saye sediakan kat bawah. Ok?


YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970

YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 29 Mac 1979

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984

YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 25 April 1989

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 13 Disember 2011 - Kini
Share:

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan: Bersyukur di Sebalik Dugaan

Ramadhan: Bersyukur di Sebalik Dugaan

Assalamualaikum w.t.b.. Rasanya masih lum terlewat untuk Shaz mengucapkan Salam Ramadhan n selamat berpuasa kepada semua pengunjung KBM.. Ramadhan kali ni bagi Shaz sangat2 menguji emosi dan fizikal sebabnya Ramadhan kali ni Shaz terpaksa menjalani Latihan Amali dan Industri (LAI) atau nama lain nya praktikal selama 2 bulan yang berakhir pada 30 Ogos. Shaz di tempatkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam dan ini bermakna untuk pertama kalinya Shaz terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa mak dan ayah.. Bagi ank bongsu seperti Shaz, berpuasa tanpa mak dan ayah terasa sangat2 sunyi lagi syahdu terutama ketika sahur dan berbuka..Terasa seperti berada di perantauan yang terlalu jauh dari keluarga..(padahal perjalanan dari sabak bernam ke muar lbh kurang 6 jam je).. Kerinduan tersebut akhirnya membawa kepada demam..

Tapi, apa yang ingin Shaz kongsikan bukan lah mengenai kerinduan tersebut, tapi mengenai satu kisah di mana Shaz di minta untuk menjadi fasilitator untuk Program Klinik Solat di Rumah Anak-anak Yatim pada hari Ahad lepas.. Sepanjang program, hati ni terasa bertambah2 sedih melihat anak-anak yatim tersebut.  Mereka hidup hanya bersama rakan-rakan tanpa mengira cuti sekolah, puasa, mahu pun hari raya.. Hidup di asrama yang pastinya banyak kekurangan berbanding di rumah. Rasanya tidak mampu untuk Shaz bayangkan sekiranya Shaz di tempat mereka, hidup tanpa mak dan ayah.. Hal ini akhirnya menimbulkan kesedaran dan rasa bersyukur dalam diri bahawa Shaz masih lagi beruntung kerana mempunyai mak dan ayah walaupun terpaksa berjauhan untuk beberapa bulan.

Maka, ingin Shaz nasihat kan kepada diri sendiri dan sahabat2 agar menghargai mak ayah dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat mahupun ujian dari Allah.. Jadilah ank yang soleh/solehah yang sentiasa berjasa dan mendoakan kebaikan buat mak dan ayah.. Di samping itu, walau apa pun yang berlaku, tabahkanlah hati dan hadapilah semuanya dengan senyuman.. Yakinlah bahawa setiap ujian itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Shaz mendoakan semoga kehadiran Ramadhan ini membawa keinsafan  dan rahmat untuk kita semua..Amiinnn..
Share:

Monday, June 24, 2013

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Jerebu sekarang dah semakin berleluasa dan berkembang menyebar ke beberapa pelusuk Benua Asia (Malaysia Indonesia) seperti mana yang berlaku sekarang adalah sangat berkaitan dengan masalah pencemaran alam sekitar.

Beberapa dari sekolah dan pusat pengajian terpaksa ditutup ekoran berlakunya jerebu yang sangat membimbangkan bagi para guru, ibu-bapa dan murid-murid. Arahan untuk menutup sekolah terpaksa dibuat sehingga masalah jerebu dapat distabilkan kembali

Mengapa jerebu boleh berlaku? apakah punca terjadinya jerebu di Malaysia? dan apakah kesannya kepada seseorang yang dijangkiti penyakit jerebu? beberapa sumber mengatakan :


JEREBU
Sumber 1 :

Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu.

KESAN-KESAN JEREBU

IMPLIKASI KESIHATAN

Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.

DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH

Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius.

Punca Jerebu Jun 2013
Sumber 2 :

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini. 

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.


Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013
Sumber :



Boleh jugak kalau nak check sendiri.. sila layari laman web : http://apims.doe.gov.my/apims/
Share:

Sunday, June 23, 2013

Hampeh Punye Comic (Fairy Tail) hahahaha

Hahahahaha !! page ni betol-betol bwat aku gelak larhhhhh..... cehh.. kesangkutan aku pada comic Fairy Tail ni adalah berkat dari hasil hasutan budak kicik tersebut, huh ! Cruel !! (^_^)

Hampeh Punye Comic (Fairy Tail) hahahaha

Natsu terpedaye dengan muslihat Southern Wolves.. memule series je macam ada satu magic yang power, padahal psycho je pon ! hampehss..

Punye lah c Natsu tu percaya pada Southern Wolves brother tuh, penuh semangat usha atas.. rupenye serangan dari bawah.. hahahaha !! masalah nye muke dia kene pukul tak bleh blah !! haha..

Apesal aku jadi minat comic lak nih? huhuhu...
Share:

Saturday, June 22, 2013

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’
Sumberbharian

London: Seorang graduan matematik menghasilkan coklat yang dianggap sebagai snek versi menyihatkan pertama dunia dan didakwa dapat membantu pengamal diet mengurangkan berat badan. 

Kepingan coklat 20 kalori itu yang dapat membantu pengguna menghilangkan berat badan, dibekalkan kepada restoran Michelin dan hotel di London.

Coklat yang dinamakan ‘The Chocolatier’ itu dicipta oleh Aneesh Popat, menggabungkan air berperisa koko untuk menghasilkan snek kalori rendah yang dapat membantu pengamal diet daripada memakan coklat berkalori tinggi. 

Ia tidak mengandungi bahan berlemak seperti mentega, krim, gelatin dan telur serta mempunyai pelbagai perisa. 

Dicipta graduan matematik 

Popat, graduan matematik berusia 25 tahun, berkata: “Sejak mula saya memang sukakan coklat. Jika semua dalam dunia dihasilkan daripada coklat, saya sudah memakannya. 

“Cinta saya pada coklat membawa kepada keasyikan dan menggunakan latar belakang matematik dan saintifik untuk menghasilkan gabungan perisa paling unik dengan tepat dan penuh kreativiti.
“Saya belajar sendiri dan sejak itu mendapat ilham daripada ramai pembuat coklat dan cef hebat. Saya mengembara ke seluruh dunia dari Brugges ke Mumbai mencari resipi terbaik.” 

Coklat menyihatkan itu dihasilkan dengan air berperisa seperti cola bergas, strawberi pudina, teh dan kekacang epal. 

Pakar pemakanan, Dr Sarah Schenker, berkata coklat berkalori rendah itu dapat membantu penggemar coklat yang mempunyai berat badan berlebihan. 

“Disebabkan coklat ini dapat berbangga dengan paras rendah kalori dan kandungan air tinggi, ia memberi manfaat kepada orang ramai yang mahukan makanan sihat selain sosej gulung atau coklat biasa. 

“Ia menjadi penggalak kepada orang ramai beralih kepada coklat menyihatkan ini sebagai snek tetapi perlu dimakan dengan berhati-hati kerana kita jangan lupa coklat sebenarnya boleh dinikmati sekali-sekala. 

“Sudah pasti faedahnya dapat membantu mengurangkan berat kerana mudah menjauhi snek tidak menyihatkan,” katanya. 

Popat berharap dapat membuka kedai pertamanya di stesen St Pancras di London pada musim luruh ini. 

“Reaksi orang ramai mengagumkan. Selepas mengambil resipi awal dan menghasilkan kumpulan pertama coklat ini saya tahu ia berpotensi mengubah hidup saya. 

Mahu buka restoran 

“Saya tidak pernah menyangka akan berada di tahap sekarang dan ia masih belum jauh. Proses seterusnya ialah membuka kedai dan memulakan hubungan dengan restoran. 

“Memang menyeronokkan mengetahui orang ramai menikmati apa yang anda hasilkan. Ramai bergelut dengan berat badan tetapi saya rasa saya di sini untuk menyelamatkan hari dan bentuk badan mereka,” katanya. - Agensi


** P.S : Ape lagik.. moh makan coklat bebanyak.. hehehehe.. tapi my advice, selidik lah molek-molek dulu makanan tuh.. jangan main bedal jer ape yang dah ada depan mate (^_^) aku bukan Majimbuu (pemakan coklat)
Share:

Friday, June 21, 2013

Penulis Baru 2 Kehidupan Blogger Malaysia

Ni lah Ecah_Chan (^_^)
KBM sebeno tengah bertungkus lumus nak pujuk sorang penulis berkaliber nih.. tapi macam takde harapan jer.. hahaha... nak tahu sape dia? PM me lah (astagfirullah, jahatnye saya).


Hah !!! Sudah.. tuh aku amik Quote dari artikel yang lepas (http://www.duadz.com/2013/06/penulis-baru-kehidupan-blogger-malaysia.html), ntah macam mane beliau boleh berubah fikiran tuk luangkan masa untuk 'berkata-kata' dalam KBM nih ? (^_^)

Minggu lepas (12 June 2013) KBM baru je menerima sorang penulis (Aweks) dari UKM.. guane aku kenal beliau? Refer sini dan sini. Haish !! jangan kate aku ni Playboy ke kaki puan ke.. aku hanya menerima dengan hati yang sangat terbuka atas kesediaan Penulis-penulis KBM untuk submit artikel drang.

Satu penghormatan buat aku.. hehe.. walaupun mungkin bagi drang (Penulis2) artikel drang tuh merapu, tapi bagi aku tu satu bende yang besar, big, grande, 大 (daik), 큰 (ken), ape lagi istilah untuk beso? dan menunjukkan adanya perkembangan dalam KBM (perkembangan la sangat).

Keme nak tahu ke sape penulis baru yang belumpun 100% KBM pujuk tuh? yela.. KBM dah invite beliau, dan alhamdulillah telah di approve, walaupun bizi untuk exam kabonye.. itu adalah sebuah kebenaran hakiki seorang Mahasiswi... eh terlepas sudah..

Okeh.. boleh stalk sape beliau kat sini (ecah_chan), tapi nampak gayenye profile beliau masih baru lagi.. so takde information tentang beliau yang selengkapnye, harap maklum dan tunggu.. hehe.. keme nak tahu sape beliau? tulah aku cakap, sebenarnye aku dah bagi keyword dah (^_^)

Peliks larh blogspot !!!! apesal takde notification di inbox gmail aku pasal penerimaan penulis yang aku invite !!!! ?? marah-marah-marah ....

Share:

Wednesday, June 19, 2013

Warga asing maut ditembak


KLANG: Seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun maut ditembak sewaktu cuba menyamun RM50,000 seorang pengurus sebuah kilang dalam kejadian di Jalan Kapar, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu, suspek maut ditembak pengawal peribadi pengurus berkenaan selepas kereta yang dinaiki suspek menghalang kereta yang dinaiki pengurus berkenaan dan suspek cuba memecahkan cermin penumpang belakang untuk melarikan wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pengawal peribadi terbabit keluar dan terus melepaskan dua das tembakan di mana tembakan kedua tepat mengenai belakang kepala suspek.

Selepas menyedari rakan mereka ditembak, rakan suspek yang menaiki dua kereta berasingan terus memecut melarikan diri menuju ke jalan utama tanpa sempat menyamun wang berkenaan.

Suspek maut serta merta ditempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
Sumber : hmetro

** P.S : Biler dah terlampau ramai pendatang @ warga asing di Malaysia, inilah yang sering terjadi.. bukan tak boleh nak kawal, tapi keadaan dah memang tak terkawal.. mereka (warga asing) ni bukan rakyat luar, tapi 'rakyat malaysia' ?? mana tidaknye, warga asing Malaysia sekarang ni masing-masing dah ada IC.. so takde masalah lah nak kesana kesini.. (^_^)

Bace pendapat mereka tentang pendatang asing di Malaysia :

Share:

Sunday, June 16, 2013

Mursi Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria

Subhanallah.. mari sama-sama kita saksikan video pengumuman yang dibuat oleh Prime Minister Baru Mesir Muḥammad Muḥammad Mursī ‘Īsá al-‘Ayyāṭ membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria.


Kairo, ISLAMICGEO-Presiden Mesir Muhammad Mursi mengumumkan pemutusan total hubungan diplomasi dengan rezim Suriah, dan menyerukan mengadakan kenferensi darurat untuk menolong rakyat Suriah, di samping itu ia juga meminta oposisi Suriah untuk bersatu dan bersiap membangun Suriah baru.

Dalam pidatonya di depan ribuan orang yang menghadiri konferensi "Menolong Suriah" di Stadion Kairo, Sabtu (15/6), Mursi mengatakan Mesir telah memutuskan hubungan dipolmatik secara total dengan rezim berkuasa saat ini di Suriah, dan menutup kedutaan Besar Suriah saat ini di Mesir, dan menarik seluruh diplomat Mesir dari Suriah.

Mursi mengganggap apa yang berlangsung saat ini di Suriah adalah pembantaian massal, Mursi berjanji akan menjalin komunikasi yang intens dengan negara-negara Arab dan Islam untuk memperkarsai dan mengatur konferensi untuk menyelamatkan Suriah. Ia juga menegaskan bahwa Mesir meminta masyarakat internasional untuk memberlakukan zona larangan terbang di atas Suriah untuk menghentikan pertumpahan darah.

Ia juga meminta kepada Hizbullah Libanon untuk meninggalkan bumi Suriah, dan menekankan bahwa negerinya Mesir berdiri melawan Hizbullah atas "agresi Hizbullah" terhadap bangsa Suriah.

Presiden Mesir juga menganggap bahwa saat ini tidak ada lagi tempat dan ruang bagi Rezim Suriah untuk masa depan, karena telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan.

Ia juga mengajak rakyat Mesir untuk memperlakukan pengungsi Suriah yang ada di Mesir seperti rakyat Mesir pada umumnya.

Mursi juga memesan rakyat Suriah untuk berpegang teguh pada kebebasan karena kebebasan tak tergantikan kecuali "kehinaan", ia mengajak rakyat Suriah menyatukan shaf dan meninggalkan perbedaan-perbedaan, dan bersiap secara bersama-sama dengan seluruh elemen rakyat Suriah untuk bekerja keras, bersusah payah untuk hari-hari yang akan datang yang menuntut kesungguhan penuh untuk membangun Suriah yang baru. (Anas/Alj)

Sumber : islamicgeo
Share:

Friday, June 14, 2013

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2013 / 1434 - 1435 H BAGI MALAYSIA

Bagi yang ingin tahu tentang TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2013 / 1434 - 1435 H BAGI MALAYSIA, boleh download dan tengok sendiri tarikh tersebut di bawah. Untuk imam-imam tarawih, silekan lah amik tahu.. jangan tersalah info pulak.. malu di persimpangan jalan pulak nanti. Ni xspecialy tuk pelajar-pelajar tahfiz lah, bakal imam tarawih 2013 (^_^)


Download :
Share:

Thursday, June 13, 2013

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

Saje nak share gambar peparu bagi perokok tegar di kalangan manusia masa kini.. kat bawah rasenye sangat jelas terpampang gambar peparu bagi perokok tegar. Kome nak tahu ape yang best dapat merokok ni? hahah.. takde mende yang best pun.. lagi tak best adelah..

Saye jugak seorang perokok yan tak berape tegar, tapi alhamdulillah sekarang dalam usaha nak berhenti, usaha punya usaha berjaya jugak capai 2 tahun berhenti dari merokok.. start saye mule rokok mase darjah 3 dekat kebun sawit wak Sungkreng Selangor, rokok Sallem masa tu.

Kire ade lah sikit tahu menahu bab-bab merokok nih.. lagi power masa belajar di Aceh, huyyo.. sehari sekotak Mallborro @ PallMall 20 bat kowt.. sungguh tak sayang nyawa yang Allah dah bagi.. bodo tak bodonye saye mase tuh (^_^)

Malas nak membebel panjang-panjang.. moh le kite sesame muhasabah diri balik, tanye balik diri sendiri ape yang kite dah buat pada badan kite.. tak sayang tubuh ke hape????

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

Kandungan Dalam Rokok? Tak Percaye? Percayalah..

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

5 Gambar Peparu Bagi Perokok Tegar

Amacam? Alaaaa mesti ada bran punye nak ngisap lagi.. relax la, sehari sebatang je kawan.. orang lain sehari 1 kotak, relax je.. tak mati pun drang? Ok la tuh.. teruskan.. (^_^) kan bagus untuk kesihatan..
Share:

Wednesday, June 12, 2013

Dato` AC Mizal Labur Juta-Juta Beli Ruang Iklan Di AirAsia

Dato` AC Mizal Labur Juta-Juta Beli Ruang Iklan Di AirAsia

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Penyanyi dan pengacara, Dato' AC Mizal akui telah melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membeli ruang iklan di syarikat penerbangan terkenal, AirAsia bagi mengiklankan nama laman sosial miliknya iaitu Mface.

AC Mizal berkata, pihaknya telah membeli ruang iklan Mface di syarikat penerbangan AirAsia itu selama setahun dengan memuatkan logo besar milik laman sosial tersebut.

"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai," katanya kepada murai.com.my

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran mengumumkan kerjasama yang terjalin di antara syarikat laman sosial milik Dato` AC Mizal, Mface bersama syarikat penerbangan terkenal, AirAsia.

Menurut AC Mizal lagi, pelaburan yang dilakuan ini diharap dapat membuktikan kepada orang luar terutama rakyat Malaysia bertapa seriusnya dalam bidang perniagaan terutama perniagaan laman sosial tersebut.

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," jelasnya lagi.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.

Sumber : MyLunchPad

** P.S : Aiseh AC Mizal.. congrat lah, sanggup habiskan berjuta-juta semata nak tempatkan iklan di AirAsia, tapi seriously la.. apesal saye macam tak perasan je ada Mface pada badan flight AirAsia ea? padahal boleh kate kerap jugak saye menaiki flight tersebut? mungkin tak perasan kowt..

Boleh layari laman web AC Mizal di Mface.me. Still rase macam blur je, betol ke ada iklan AirAsia Mface Ac Mizal? keh3...

Tapi macam ada kontroversi besar pada penyanyi sekaligus artis AC Mizal nih.. yeke? korang selidik lah sendirik, aku pon tak habis godek lagi.. (^_^)
Share: