Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Isra' Mikraj


Teman2 KBM sudi2 lah dengar lagu walaupun sedekit kurang minat uhuhuhu...


Kita kini berada di bulan Rejab. Bulan yang telah berlaku suatu peristiwa penting iaitu Isra’ dan Mikraj pada tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam menjalankan diri Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Baitul Maqdis di Palestin dan seterusnya Nabi SAW diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT dan menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.


Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah SWT serta bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW, kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya.

Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.


Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan. Ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Baginda. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

Persoalan besar timbul di sini siapakah sebenarnya golongan ini?. Mengikut pandangan ulama golongan ini ialah mereka yang tidak menjaga kemaluan dengan cara yang halal dan mereka ini tergolong dikalangan yang dicela serta tidak berjaya samada dalam kehidupan dan cita-citanya.
Share:

Friday, June 24, 2011

Final Maharaja Lawak 2011 |Nak Tengok Sendirik|


Tak moh baca-baca lagi Final Maharaja Lawak, kene tengok sendiri baru puas hati.. eheheheh.. dah tau sape juara.. nanti lepas tengok baru sedap sikit nak kritik.. kot mana pon, menang kalah adat permainan.. nak tensen sana sini pon bukan gune.. kita dapat ape kalau sampai lebih-lebih kan? drang lain la dapat macam-macam, duit, populeriti dan lain-lain.. bukan nak dengki dengan orang lain.. tapi tu lah hakikatnyer.. kadang sampai terkahak-kahak dok sokong, last-last hampa.. so baik kita tengok, relax, cool dan tenang (amboi) mesti lagi OK ^_^

Same jugak dengan lagu-lagu peberet kiter.. naper sampai nak goyang-goyang kepala, siap tercabut rambut palsu lagik? padahal penyanyi dia relax jer? tak dinafikan la.. sumer orang ada lagu peberet masing-masing, macam wadud sendirik.. Awie.. hahahaha.. tapi sebagai diri kita sendiri.. kene la matured sikit, tengok pada usia kiter, keadaan kita camner, tak kan la dah tua-tua pon nak ber Rockers? nak kencan-kencan pulak.. bukan maksud wadud bagi orang muda buat macam tuh.. maksudnyer kita kene tengok diri ni macam mana gaya..

Eshhhh.. entry ni bukan nak maki hamun ke ape.. tapi sajer tengok keadaan semasa.. dunia sekarang, kalau ada yang terasa wadud secara peribadi mintak maaf sangat-sangat.. mungkin ada orang kata 'eleh wadud, bajet bagos' yap memang aku bajet bagos.. dari orang yang tak reti bahasa kan? ape masalah kalau tibe-tibe orang jahat berubah jadi baik walau dalam masa second jer? patutnyer kene la support.. mungkin dia nak berubah dari masa silam dier.. ni tak.. lagi mengutuk ada la, macam mana dunia nak berubah?

Tak boleh pon nak salahkan artis ke, penyanyi ke, pelakon ke, ape ker.. tapi kene ingat la kan.. tengok dunia kita, untuk ape sangat kita terlalu kedepan untuk kejat artis? tangkap gambar rapat-rapat dan kalau boleh nak pelok pulak? mintak sign? eleh setakat sign, mintak dekat mak ayah lagi besar manfaat dia.. hahaha.. gurau-gurau.. ni sebab.. macam satu budaya tau.. budaya dari dulu lagi, sampai penyakit ni dah tak boleh nak tinggal.. dah jadi candu setiap manusia.. kalau dapat sign Awie (contoh) pergh!! mesti kecoh satu dunia.. padahal Awie pon takde la suka sangat orang mintak sign dia ekekekeke..

Entry ni macam.. emm.. setakat sedar-sedar la.. hehehe.. yela.. wadud pon merasa jugak macam sape-sape kan.. nama jer manusia.. semua tuh mesti ada dalam diri drang, cume kadang tak perasan yang kiter ni dah terlebey suda, tapi bile kite dah sedar yang kite ni hanya pelakon di atas pentas jer.. mesti kita rasa 'oh sebenarnye macam ni' yeps.. memang susah nak rasa macam tuh.. +_+

Pape pon.. moh le kite sedo-sedo kan diri neh.. harapnye ada le mase lagik kan ^_^ (ikhlas wadud wat entry neh) ekekeke.. jangan la pulak ada rasa tak puas hati kat wadud ea.. hehehe..
Share:

Thursday, June 23, 2011

Egois...



Dalam kehidupan ini ada begitu banyak permasalahan yang terjadi hanya kerana tidak mahu memahami orang lain. Berbagai kes dapat kita saksikan setiap hari antaranya keluarga yang tidak harmonis, perpecahan dalam rumah tangga, usaha yang gagal, persahabatan yang retak, bahkan yang paling ekstrim sampai terjadi pertumpahan darah. Jika kita tidak egois, hubungan komunikasi dengan orang lain pasti berjalan dengan baik. Ketika hubungan komunikasi sudah baik, apa yang ingin kita sampaikan kepada orang lain akan lebih mudah diterima.

Marilah kita kalahkan sikap egois dengan menganggap orang lain lebih utama. Bahkan, sesekali cubalah memandang sesuatu dari sudut pandang orang lain... Keegoisan tidak akan pernah membawa kita pada keadaan dan situasi yang lebih baik... percayalah!

Teman2 KBM jom baca lirik lgu nieh.. enjoy!!!

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan
Share:

Kipas Berhantu |Real Record|



Penah tak tengok Hantu Kipas? serius neh.. kalau tengok mesti terbeliak punye bijik mate korang.. masalah bukan hantu biase jer, dia dah lama dok dalam kipas tuh.. ada time jer dia akan keluar.. dan satu saat ni, dalam ruang kuliah wadud.. dia keluar.. yap.. ni la peluang untuk snap kelakuan hantu tuh.. ~ ~ ~ ~ takot.. meremang bulu roma.. sume budak-budak kecoh dalam kelas.. tapi lepas hantu tuh tahu yang wadud dok sedap rakam, dia stop!

Pap!! Hp samsung monte wadud tibe-tibe terpadam.. pergh.. alhamdulillah diri ini masih ada dua malaikat penjaga.. (hehehehe poyo jer).. gempak weh.. usha jom.. bagi paham. kalau tak paham preview lain.. takot ~ ~ ~ ~ pesan wadud, sebelum tengok amik la air sembahyang dulu.. huuu ~ ~ ~
Share:

Teman sejati...


Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti.

Menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.

Dan carilah iman dan persahabatan atas dasar iman............

Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit.

Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa (surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman sejati.
Share:

Monday, June 20, 2011

Maharaja Lawak Minggu 12 |Lembab sikit Update|

Hahahahahahha.. this best bro.. ^_^ memang giler Maharaja Lawak.. sory la very lately sekarang baru nak ngusha Maharaja Lawak Minggu 12.. rasa nyer paling menggelikan perot ni di minggu 12.. memang kaw lawak drang.. tapi yang tak puas hati bile di penghujung rancangan.. 'masa pembuangan' huh! camner Jambu boleh hampir-hampir tersingkir?

Cesss.. sungguh tidak puas hate.. ape2 pown.. selamat untuk R2 yang tersingkir di Minggu ke 12, korang pon best.. just mungkin not your time la bro.. lagipon wadud tengok peserta lain publisiti drang lagi besau banding R2 yang baru berjinak-jinak banding dengan ashler-ashler lain.. tapi memang tak dapat nak bohong la, konon kata Jozan atau Sepah tak lawak.. drang memang gile lawak (ekekek).. tapi tu lah.. semua tu pengalaman.. ^_^

Jozan Minggu 12.


Mesti sume dah tengok kan Jozan.. pengalaman drang sejak dari Raja Lawak lagi dah kaw-kaw membuka mata orang ramai.. termasuk la wadud sendirik, lawak drang kreatif dan aku sendirik tak terpikio yang drang nak buat lawak macam gini.. kah3.. congrat Jozan berjaya sampai ke peringkat Final.

Sepah Minggu 12.


Sepah jugak antara ashler antara pelawak yang lain.. huh.. tak dinafikan lagik.. drang memang best.. tambah-tambah ada pulak si 'Dafi' puasa ke idak? mengong..kang kene saman baru tahu, hehehe.. tiga-tiga orang group Sepah sume buat lawak dengan muka slamber.. best! ^_^ congrat jugak untuk Sepah sampai ke peringkat Final.. korang memang best..

Nabil Minggu 12.


Nabil? pergh.. antara peserta Maharaja Lawak single.. hebat siot Nabil, betol kata Mamat Khalid dengan Apek.. single lagi best dari group, kuasa dia lagi kuat.. tengok hasil dia camne? berjaya sampai ke Final ^_^ hebat kau bro.. 'this best bro'.. hahaha.. congrat Nabil.. berjaya jugak ekau ke Final ea.. ^_^

R2 Minggu 12.


Usih R2.. lawak korang yang buat wadud gelak sebab ke slumber an korang terutama si 'abg'.. hehehehe.. bile dah buat lawak muka mesti buat macam tak bersalah, satu lagik lawak R2 putar belit, tak tersangka pulak lawak drang yang berbelit-belit boleh buat orang gelak.. hebat R2.. Ahmad Idham memang hebat, dia dah boleh baca macam mana lawak yang menjadi trademark setiap peserta termasuk R2, cume menjadi kelainan dengan pelawak lain lawak R2 bila kite tengok, ingatkan maksud dia A.. last-last Z.. ape2 pon, wish wadud pada R2.. teruskan lagi usaha korang dalam bidang lawak ni.. gudLuck untuk R2.

Penyingkiran Minggu 12.


Ni yang wat wadud tesedak.. kata pulak si Jambu tak tersenarai ke Final, hampeh!! memang tensen.. yela korang sendiri boleh nilai sape yang o.k dan sape yang k.o kan? kalau Jambu camne? ok per lawak drang, tapi disebabkan kurang terpopuler di kalangan peminat-peminat, undian Jambu antara terendah setelah R2.. kalau tengok dari segi sorakan peminat, Jambu mendapat sorakan paling hangat selepas Jozan.. tapi, resultnyer?? huhuhuhu.. bukan nak sokong lebey-lebey, tapi tu lah realitinyer (ekekeke) lagipon Jambu best, bukan lawak biase-biase. Last sekali, Idham menjadi penyelamat kepada Jambu.. hehehe tu yang best.. wow!! baru malas nak tengok Final.. so peserta yang layak? Jozan, Nabil dan Jambu. Congrat korang sumerrrr.. ^_^.
Share:

Saturday, June 18, 2011

Join Contest Dari Dr. Siti Hamidah. (best!)

(Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil)

Tadi dok jenjalan kat blog kengkawan blogger.. terjumpe lak satu contest menarik.. hehehe.. disebabkan rasa malas nak update mende-mende tak pekdah.. bek join contest lagik best.. ye dok? ^_^

So contest ni dianjurkan oleh seorang blogger dikenali dengan Dr.Siti Hamidah. So.. tak nak sembang panjang.. jom sesame kita join, jap! untuk pengetahuan korang hadiah dia memang menarik.. Zass contest beliau kat SINI.


Untuk Join boleh jugak klik pada gambar

Jap.. memori atau pengalaman yang tak dapat dilupakan sewaktu kecil dulu? ada!! dan pasti semua orang ada kenangan manis maupun pahit kan.. So pengalaman wadud waktu kecik masa tu darjah 3, skolah di Selangor, Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat. (sape dok selangor tau la)

Yaps.. ni kira pengalaman manis yang tak dapat wadud lupakan sampai sekarang, hehehe.. masa tuh waktu nak balik, kira pukul 1.30 pm (kalau tak salah). So.. ada sorang pompuan ni dia follow wadud dari belakang.. makin lama makin dekat.. then sampai satu tahap tuh dia sentuh bag wadud. Tapi tak lama la dia sentuh.. pastu terus lari.. tak paham jugak kan.. hehehe..

Masa tu wadud tak perasan.. ingat mungkin tersentuh.. then kawan wadud cakap dan berlaku beberapa dialog antara kami :


wan : duad.. aweks tadi tinggal surat kat ko la..

wadud : ?? mende?

wan : kat belakang beg ko.. ni ha.. buka la weh..

wadud : pehal la.. aku tak paham ape nich.. alahai..

Surat tuh bunyik lebih kurang macam nieh.. "Assalamualaikum Aduad, nama saya Zati.. kelas Setia dengan awak sekali. Saya nak kenal dengan awak boleh tak? kalau boleh, awak balas la surat saya ni besok ye" haaa.. amende ne.. serius wadud tak paham sebenar pompuan tuh nak ape.. so ape solusi dia? hahaha ni yang lawak..

Sampai kat umah wadud terus jumpa ngan abg wadud (Amzar).. memang waktu tu sampai la skang kami kamcing.. hehehe.. tau ape wadud buat? wadud bagi surat yang awek tu kat abg wadud.. hahahahahahahahahaahahha.. so ada dialog antara kami :


wadud : ja.. aku nak wat camne surat ni ha?

abg : la ko ne.. balas jela, dia suka kat ko la tuh..

wadud : dak.. masalah aku tak paham die nak ape la.. apehal tibe bagi aku surat ni pulak..

abg : la.. meh sini biar aku yang settle kan awek tu..

wadud : ok.. no hal..

Last-last besok tuh masuk kelas wadud buar derk jer.. kih3.. awek tuh lame gile dok tengok wadud kot2 nak bagi isyarat, hahahaha.. kawan wadud dok gosip sana sini, hampeh.. tapi masalahnyer masa tu wadud takde la rasa macam macho mana pon, memang tak paham cinta2 nich.. hehehe.. sampai sekarang wadud rasa bersalah kat aweks tuh.. padahal kalau wadud ingat balik (ingat x ingat) punya la cun awek tuh,..hahahahaha.. macam-macam, kes ni berlaku jugak kat sekolah agama rakyat. Hehehe.. aweks jugak bagi surat.. adoi tak paham betol drang.. padahal baru darjah 3 dah pandai nak bercinta.. jadi ape wadud buat masa kat sekolah agama tuh? sama jugak, bagi kat abg wadud.. ekekekeke..

So korang jugak boleh share macam-macam pengalaman korang, buruk maupun baik.. ^_^ join la sape tahu korang la pemenangnya? kan? hehehehe.. untuk join boleh klik SINI. Sekali lagik.. hadiah dia baek punya.. ^_^

Jap nak tag 3 orang hehe.. :

1. Adah.
2. Adik Moon.
3. Missha.

Hehehehe... jangan marah ea yang dah kene tag.. nak bagi kroang rajin sikit.. ^_^ terutama adah.. hahahahaha.. gudluck you alls. ^_^
Share:

Thursday, June 16, 2011

41 laman web kerajaan digodam (51 serangan sebelumnya)

Kebanyakan orang kata 51 laman web kerajaan digodam tapi lepas wadud dok baca MalaysiaKini fakta mengatakan bahwa hanya 41 laman web kerajaan berjaya digodam. Sebenarnyer 51 laman web yang telah diserang tapi hanya 41 laman web sahaja yang berjaya digodam. Kene beza tuh.. mana sama.. karang orang tanya, tak pasal-pasal salah bagi info.. hehehe.. ^_^

Ada jugak beberapa alasan dari Hacker Group tersebut dilampirkan pada laman-laman yang telah berjaya digodam oleh mereka, sesuai dengan pemberitaan di MalaysiaKini mengenai kejadian yang belum pernah berlaku lagi di Malaysia. Kalau setakat web2 biasa itu, takde lah jadi panas macam ni.. sebab dah libatkan pihak Kerajaan. Review Malaysia kini di bawah :


Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.


Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

-SabahTourism.com

-ASEAN connect

-Bomba

-Perbendaharaan Malaysia

-Parlimen Malaysia

-JobsMalaysia

-Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

-Majlis Sukan Negara

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

PS : hahahaha.. siap bagi kata pemanas lagi.. kerajaan pon satu la.. hai.. susah nak cakap.. lepas ni segala mende free tak dapat dah la.. waaa.. jangan sampai blog KBM lak kene sekat.. amin.. ^_^
Share:

Tuesday, June 14, 2011

Hacker Anonymous Malaysia.


Korang baca tajuk jer macam wadud lak golongan dari Hacker Anonymous neh.. hahaha.. agak2 la beb.. kalau wadud dari golongan drang pon takkan la nak sebar2kan kat sini pulak.. musti la private ma.. tutor2 hacking yang penah wadud buat dulu sume tuh dah lapok.. dah tak gune lagik trik2 maca tuh.. hehehe.. nama pon Hacker Anonymous gelaran dunia tuh..

Hacker Anonymous Malaysia? wow jangan korang tak tau.. berkemungkinan besar web http://www.malaysia.gov.my/ akan di hack oleh Hacker Anonymous gang.. nama pon Anonymous, mesti la privacy habes data2 drang. Tapi kengkadang pikir baik jugak drang hack web tuh *err* sebab korang sendiri tahu macam mana pemerintahan di Malaysia skrang.. sebelum naik jadi PM macam2 heboh nak tu la ni la.. realiti dia macam skrang la.. hahahaha.. lain orang lain pandangan ^_^

Ada juga wadud baca info berkenaan dengan segelintir dari gang Hacker Anonymous di Spanyol pada Jumat (10/6) atas tuduhan melakukan serangan Cyber hacking. Salah seorang dari yang telah ditangkap tidak sempat utuk menenggelamkan segala aktiviti private group tersebut sehingga sebuah komputer disita dan dipercayai digunakan selama kegiatan mereka. Mereka juga menggunakan sebuah Web software Loic sebagai alternatif semasa melakukan kegiatan mereka.

Nama jer dunia maya mana nak pernah bebas bro.. kalau real world pon dah tak bebas ni kan dunia maya? hurm.. sebab setiap sesuatu yang dicipta macam software2, mesti ada kelemahan atau lubang dari software tersebut.. dan itu diketahui oleh si pembuatnya. Hacker ni la yang dok carik2 lubang tersebut untuk menjayakan operasi mereka.. hahahaha.. macam-macam..
Share:

Friday, June 10, 2011

Pelajaran Dari Imam Ghazali...


Pelajaran Dari Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Share:

Thursday, June 9, 2011

Balqis.. Enkau lah Ratu!


Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam”. Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13).Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)


Share:

Monday, May 30, 2011

Kuasa Manusia (Yang Yin)

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :




"Uroenyoe tanyoe hana tamong bu Musda, kurang sihat kene selsema" wah.. kesian bu Musda (Agama dan Politik II) selsema.. boring jugak takder kelas kan.. kalau tak otak ni fresh jer masuk ilmu baru.. tapi setengah orang akan cakap "horeyy!! takder kelas hari neh!!, ape lagi tido ler" tapi setengah orang jugak akan cakap macam gini "adoi.. sayang betol takder kelas, tapi takpe ada masa nak siapkan asingment" sebab ape boleh kontradiksi pulak mood orang? sebab dalam diri kita nyoe na kuasa positif na kuasa negatif.. tergantung pada diri seseorang nak guna yang mana.. sebab kuasa tu memang dah Allah bagi pada setiap manusia dan manusia pulak mempunyai kekuatan untuk mengawal kuasa tersebut..

Kalau korang baca buku China SImbol dan Mistik (Harry T Morgan) korang akan dapat gambaran yang jelas walaupun bagi kita ummat Islam itu hanyalah sebuah mitos.. sekadar penambahan, China keyakinan orang china lebih tertumpu pada Symbol2, warna2, tumbuh-tumbuhan (lama xdengo) kehidupan, binatang dan segala sesuatu yang ada di dunia ini. Itu pasai bile kita tengok citer China, drang menyembah gamba nenek moyang drang, sebab drang menyakini bahwa gambar nenek moyang mereka itu bukanlah gambar yang biasa melainkan ada roh yang masih hidup. Begitu jugak dengan kertas warna merah, kalau cerita hantu china kan banyak drang guna kertas merah untuk menghentikan pengaruh roh jahat pada hantu? menurut kepercayaan mereka warna merah adalah simbol kebahagiaan dan keselamatan. Jadi, dengan kepercayaan yang begitu kuat, sampai sekaranglah etnis China masih populer hingga sekarang.

Balik pada kuasa baik dan jahat tadi, kalau kita betul2 mengkaji tentang manusia mulai dari zahirnya hinggalah kajian pada mendalam pada kebatinan, ape yang akan kita dapatkan bahwa adanya kuasa2 tersebut pada diri seorang manusia. Pernah dengo Yang Yin? yep itu bukanlah sekadar keyakinan mitos semata, tetapi diakui juga oleh banyak ahli perubatan menyangkut masalah kebatinan manusia, asal kedua buah kuasa tersebut juga dari China. Inilah yang dinamakan dengan Agree In Disagreement, kalau mahasiswa Perbandingan Agama tau la neh.. hehehe.. (dah lari)

Jadi.. konklusi dia, korang sebenar ada kuasa tersendiri cume tak berapa reti jer nak gunakan.. sebagai contoh real kan, kita tengok orang silat? kesenian Melayu tuh? takkan korang tak tau? bila seseorang yang betul2 mendalami ilmu persilatan, dia akan tau macam mana nak guna kuasa dalaman (silat batin) untuk mengalahkan lawan dan apabila dia mengalami kesakitan, dia akan tau cara2 untuk menahan atau meredakan kesakitan tu.. macam gitu jugak kita, kuasa tersebut bersifat relatif pada diri manusia.. kalau dia nak mengutuk, kuasa negatif akan mempengaruhi pikiran dia begitu jugak sebaliknye.. tapi kebanyakkan manusia tak sedar yang drang sebenar jugak ada kuasa, hehe tapi tak reti camne cara nak gunakan atau keluarkan kuasa tersebut sampaikan rasa bahwa diri drang tu.. alahai.. baek han payah hidop kan? ekekeke.. jangan sampai macam tuh.. martabat korang sangat tinggi di sisi Allah (bila mengerjakan yang baik la) cuma sifat kurang percaya diri tuh kurang.. (eleh, same gak macam eden) so.. insyaallah same2 la menuju perubahan yang sebenarnya okie? sebab sesuatu yang baik tu ada sesuatu yang sangat susah dan harus mengalami kesusahan dulu.. barulah kita nikmati hasilnya.. ^_^
Share:

Saturday, May 28, 2011

Pengasas Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


Tersebarnya pengatuh Kristen di Indonesia adalah bermula dari seorang bernama Byantoro yang ang pada awalnya adalah seorang penganut agama Islam, beliau selalu pergi ke masjid sejak berumur 5 tahun di bawah bimbingan Atuknya. Ketika sudah meningkat dewasa, Byantoro mula mencari dengan bersungguh-sungguh khusunya mengenai Allah yang sejati

Semasa beliau berumur belasan tahun, is bertemu dengan seorang suami guru sekolahnya yang telah berpindah ke Kristen. Lalu terjadi perdebatan antara kedua mereka, antaranya mengenai Trinitas, Inkarnasi Yesus Kristus dan sebagainya. Dalam perdebatan tersebut Bayntaro telah berjaya mengalahkan penganut Kristen tersebut dan tetap juga tidak percaya pada kebenaran Injil.

Pada suatu malam ketika Byantoro asyik membaca al-Quran dan berdoa, tiba2 Kristus telah menampakkan dirinya dengan satu cahaya yang terang. Dia mula meragukan fikirannya, dan mula bertanya-tanya siapakah itu sebenarnya Yesus Kristus?

Setelah itu, dia mula mendalami hal-hal yang berkaitan dengan Yesus Kristus sehingga ia terjumpa sebuah Firman yang berbunyi : "Allah, firmannya yang disebut anaknya dan rohnya bukan tiga Allah yang berbeda, namum realitas di dalam satu Allah. tanpa roh tidak ada yang hidup dan tanpa firman adalah bisu. Jadi itulah satu Allah" kemudian dia mula membuat analisa dari kajian2nya, "jika diantara manusia, komunikasi dilakukan dengan kata2, maka demikian dengan ALlah, bahwa hanya dengan melalui satu firman yaitu Yesus Kristus maka komunikasi antara Allah dan manusia akan terjalin. Dengan itu, konklusi yang ia dapatkan adalah "sekiranya ingin mengenal Allah tidak lain kerana ia tidak mengenal firmannya yaitu Yesus Kristus. Dengan demikian ia memutuskan untuk percaya kepada Yesus Kristus seraya berkata bahwa ia percaya kepada Yesus kristus dengan sepenuhnya keyakinan. lalu Byantoro dibaptis dalam Kristen Protestan Reformasi dan diberi nama Baptis Daniel.

Ps : So?? dah baca kan.. kebanyakan yang wadud perati, mantan Islam yang masuk ke Kristen tuh, tak dapat memberikan alasan yang kukuh mengapa boleh berpindah dari Islam ke Kristen, macam2 video boleh korang tengok perdebatan antara Islam dengan Kristen. Bila ditanyakan mengapa boleh bertukar agama? kebanyakan alasan drang sume nyer lebih kepada imijinasi.. huh.. mimpi tu, mimpi ni.. sedangkan dia sendiri tau kebaikan dan kesempurnaan dalam Islam tu.. tapi sebab pe? dunia la beb.. ape lagi..
Share:

Wednesday, May 25, 2011

Roma Khatolik, Orthodox Timur, Protestan II.



Seperti yang diketahui pada artikel yang sebelum ini.. Protestan berkembang dari kelompok Khatolik Roma yang dipelopori King Luither, dengan berkembangnya aliran2 tersebut, aliran Orthodox Timur juga ikut berkembang pesat.. malah mengikut purata atau majoriti jumlah pengikut yang paling banyak adalah di Orthodox Timur setelah Khatolik Roma, bermaksud Khatolik Roma menjadi ranking pertama umat terbanyak.

Gereja Khatolik Roma memiliki satu Patriarch (tengok sini) yaitu Paus, pada tahun 2010 Patriarchnya adalah Paus Benidiktus XVI, begitu juga gereja Orthodox timur memiliki Patriarchnya masing2.

Gereja Orthodox timur membahagi Yuridiksinya (bahagian2) sebagai berikut :

1. Takhta ke patriarch an Apostolik Utama.

a. Ke patriarch an Kontantinopel yang berpusat di Turki, tahun 2010 oleh Patriarch Bartholomew I.

b. Ke patriarch an Alexendaria yang berpusat di Mesir. tahun 2010 oleh Patriarch Theodoros II.

c. Ke patriarch an Anthiokia yang berpusat di Suriah, tahun 2010 oleh Patriarch Agnatius IV Hazim.

d. Ke patriarch an Yerusalem yang berpusat di Israel, tahun 2010 oleh Patriarch Theophilus III


2. Takhta ke Patriarch an Wilayah.

a. Ke patriarch an Russia, tahun 2010 oleh patriarch Kiril I.

b. Ke patriarch an Serbia.

c. Ke patriarch an Romania.

d. Ke patriarch an Georgia.

e. Ke patriarch an Bulgaria.


3. Gereja2 Autochepalus.

Di mana gereja2 ini mendapat kepimpinan secara sendiri dan penuh, walaupun pemimpinnya bukan di kalangan Patriarch tetapi pemimpin gereja2 ini mempunyai kedudukan yang istimewa dan serata dengan patriarch.

a. Gereja Orthodox Yunani.

b. Gereja Orthodox Polandia.

c. Gereja Orthodox Albania.

d. Gereja Orthodox Ceko dan Slovakia.

e. Gereja Orthodox Siprus.

f. Biara Agung Sant Katarina dari gunung Sinai.


4. Gereja2 Otonomi.

Gereja2 tersebut ini diakui pada sendirinya, tetapi berdiri sendirinya gereja ini masih tidak diakui secara penuh oleh kePatriarchan Konstantinopel.

a. Gereja Orthodox Finlandia.

b. Gereja Orthodox Jepun.

c. Gereja Orthodox Cina.


5. Gereja Diaspora.

Terdiri secara sendiri juga diberikan wewenang secara sendiri juga. Dan diakui apostolitasnya oleh seluruh gereja Orthodox.

a. Gereja Orthodox Amirica.


6. Gereja Orthodox Russia, adalah gereja yang masuk ke Indonesia secara resmi dan berhukum dengan nama Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

PS : Amacam? ok kan.. ni sebenar ringkasan dari copy Kristien Forum, nak terang ape yang paham.. susah sebab kene jugak ada note2 dia untuk kepastian. Yela.. skang dah macam2 aliran lahir.. so orang skang musti pandai2.. tambah2 nak menilai mana baik buruk kan? hehehe.. (walaupun hakikatnya sebaliknye) jadi kene la ada note2 dari mana sumber yang dah wadud baca.. musti korang nak tau jugak kan.. baru la betol.. ni tak, main cakap je sume orang boleh cakap.. lagipon, bukan nak suruh korang hapai satu2.. ni nak bagi paham jer.. ^_^ nanti korang buleh la bandingkan dengan agama kita kan? so up to u la nak pilih yang mana, mana yang terbaik.. Allah sendiri kata, tiada paksaan pada untuk beragama, tetapi agama Allah itu adalah agama islam? kan?
Share:

Tuesday, May 24, 2011

Roma Khatolik, Orthodox Timur, Protestan.


Antara gereja Orthodox Timur dengan Khatolik Roma tidak ada perbezaan antara keduanya.. tetapi kedua2nya penganut Christian religion.. sebenarnya Orthodox ni serumpun ataupun satu.. pecahnya dua buah kelompok besar ni setelah gereja Roma menobatkan bahwa mereka adalah yang paling tinggi antara yang lainnya.. sehingga wakil dari gereja lainnya tidak menyetujui pernyataan tersebut.. gereja Roma di sebelah Barat dan gereja2 lain yang tidak menyetujui pernyataan tadi adalah gereja di Timur (ANthiokia, Kontantinopel, Yerusalem dan Alexanderia).

Dengan ketidaksefahaman tersebut, terjadilah skismatik (perpisahan) besar antara keduannya.. di gereja Roma menyebut diri mereka sebagai Roma Khatolik dan 4 gereja lainnya (Timur) menyebut diri mereka gereja Orthodox.

Di dalam penguasaan Roma Khatolik.. terjadi pula skismatik yang sangat dikenali dengan Protestan. Protestan dipelopori oleh seorang tokoh bernama King Luither atau martin Luither yang dimulai pada tahun 1517. Kemudian, terjadi pula perpisahan di kalangan Protestan sendiri yaitu pada tahun 2010 diperkirakan sekitar 33.800 Denominasi (sijil) gereja..

Jadi dapat gambaran kan antara beberapa buah gereja yang terpisah2 setelah masing2 dari mereka bersiskukuh tidak mahu bertolak ansur antara satu dengan lainnya. Tak boleh terang lebih2.. nanti wadud sendiri pon penin jugak.. tapi memang nak sambung jugak ni.. kebanyakkan orang tak minat baca pepanjang kan.. tu yang bagi sikit duliu (alasan) haahahaha.. lagipun mende ni penin.. cube paham dulu yang atas tuh.. dari Roma Khatolik, Orthodox Timur dengan Protestan.. Insyaallah boleh paham..
Share:

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola.


Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Pemuda sedia untuk Bersih 2

Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.


PS : korang tau ape sebenar alasan drang tak nak bagi demo secara terbuka?? pandai2 la korang sendiri translate.. nama pun demo, mana pulak sorok2.. aku setuju sangat dengan kata2 wakil pemuda pas pusat pasai demotasi ini sebenarnye aman, tapi jadi tak aman sebab polis yang buat kacau.. polis pun sebenar bukan nak buat kacau, drang lagi sokong ada la(sebab kerja) tapi goverment ni haa.. pelak.. kalau hana problem? nak takot ape kan? wadud respect Indo, demon bebas dijalankan oleh sesiapa sahaja, kebanyakan mahasiswa la.. sebab drang punya hak la pasai demo, hak diganggu takkan tak blaja HAM? adoi PM2... pikio la sikit.. bile hak hidup (kebebasan dari Allah) diganggu, xkan la nak biarkan pulak. mesti la pertahankan, tambah2 kait pulak dengan maruah Islam.. lagi hangat la kan.. tu namanye umat Islam yang pesimis.. takder percaya diri, penakut.. bila orang buruk2 kan Islam.. boleh wat dont no.. baik jadi kapio.. ni pulak, nak provok2 polis.. huh.. polis zaman 90an dulu dah pandai berpikio la.. tambah lagi sekarang, orang cerdik pandai.. lagi la gelige otak drang, nak ngecong ape lagi??
Share:

Demi Matahari....



"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari, Demi bulan apabila ia menerangi.."
Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

This is the lesson of the story:

Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)


Share:

Monday, May 23, 2011

ABABIL, burung yang memporak-porandakan tentara Abrahah

Assalamualaikum teman semua... No matter where ever you are .. Our direction is the same in one direction!!!

Pernahkah antum dengar burung yang bernama Ababil? Ia bukan jenis burung yang spesiesnya ada di dunia, bukan pula jenis burung yang penciptaannya untuk melengkapi keindahan dunia. Akan tetapi dia (Ababil) sengaja di ciptakan Allah untuk menghancurkan kesombongan, keserakahan seorang panglima perang yang paling ditakuti pada masanya itu.

Dialah Abrahah, panglima perang negeri Yaman yang amat termahsyur karena kebengisan dan kekuatan pasukannya. Akan tetapi, sekuat apa pun bala tentara manusia, tidak akan pernah sanggup melawan kekuatan bala tentara Allah. Bala tentara Allah itu salah satunya adalah Ababil.

Inilah kisah yang sangat mengerikan itu, kisah yang terjadi pada masa sebelum kelahiran Nabi Muhammad, Rasul akhir zaman. Kisah ini bermula ketika Abrahah merasa iri terhadap kota Mekkah yang yang di dalamnya terdapat ka'bah atau Baitullah yang selalu ramai dikunjungi oleh orang-orang Arab yang hendak melakukan ibadah haji setiap tahun. Pada masa Jahiliah, tata cara ibadah haji tidak seperti pada masa Islam sekarang ini, dan tujuannya pun bukan untuk menyembah Allah, melainkan berhala-berhala sembahan mereka yang terdapat di sekitar ka'bah.

Ia mempunyai hasrat yang besar ingin menghancurkan ka'bah dan mengalihkan peribadatan orang-orang Arab ke Yaman, yaitu sebuah gereja besar yang didirikan oleh Abrahah. Sebelum melakukan penyerangan ke Mekkah, ia terlebih dahulu mengirimkan seorang utusan untuk memberi tahu maksud dan keinginannya. Utusan itu menganjurkan bagi penduduk Mekkah agar mereka beribadah haji di Yaman saja. Jika tidak, maka Ka'bah akan dihancurkan. Rupanya ancaman utusan Abrahah tidak di hiraukan oleh penduduk Mekkah, mereka tetap saja beribadah di Mekkah.

Karena pembangkangan penduduk Mekkah, akhirnya Abrahah benar-benar marah dan memerintahkan seluruh pasukannya untuk segera bersiap-siap menyerang Mekkah dan menghancurkan Ka'bah. Pasukan Abrahah ini memiliki peralatan perang yang sangat lengkap, baju besi dan gajah-gajah yang akan di pergunakan untuk merobohkan ka'bah. Apalah arti kekuatan manusia bila berhadapan dengan gajah-gajah!! Sungguh amat kuat, tapi saksikanlah, sebentar lagi bala tentara Allah yang jauh lebih kuat dari pasukan Abrahah akan menghancurkan Abrahah dan pasukannya tanpa sisa. Abrahah memberitahukan tujuan penyerangannya bukan bermaksud ingin berperang, melainkan hanya ingin menghancurkan Ka'bah. Kala itu penduduk Mekkah yang dipimpin oleh Abdul Muthallib tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikan niat Abrahah. Tidak ada pilihan lain kecuali pasrah dan menyerah.

Sebelum penghancuran Ka'bah, Abrahah memberi waktu kepada seluruh penduduk Mekkah untuk segera meninggalkan Mekkah. Abdul Muthollib memberitahu kepada kaumnya untuk segera berlindung dibalik bukit-bukit disekitar Mekkah.

Dalam perjalanan pasukan Abrahah menuju penghancuran Ka'bah, ternyata Abrahah telah merampas unta-unta milik penduduk Mekkah dan sekitarnya, termasuk unta milik Abdul Muthollib. Maka dengan amat murka, datuk Nabi ini beranikan diri untuk meminta kembali unta-unta yang dirampas Abrahah. Demi untuk mendapatkan kembali harta bendanya,Muthallib membuat pertemuan Abrahah.

"Ada perlu apa Anda menemui aku?" tanya Abrahah. "kau telah merampas 200 ekor unta milikku dan 400 ekor unta milik penduduk Mekkah. Aku datang untuk meminta kau mengembalikan semua itu kepada kami", jawab Muthallib. Abrahah terkejut dan tertawa terbahak-bahak sambil mengejek, "kamu nie pelik la. aku datang hendak merobohkan Ka'bah, dan kau datang kepadaku dengan urusan yang remeh? Dimanakah harga diri kamu? taukah Ka'bah yang kamu dan bangsa Arab yang dimuliakan itu sedang dalam keadaan bahaya, justru Anda hanya menuntut unta kamu dikembalikan??"

"Tentu saja", sanggah Mutthalib. "Unta-unta itu kepunyaanku dan penduduk Mekkah. Maka aku wajib memeliharanya. Sedangkan Ka'bah bukan kepunyaanku. Ka'bah adalah kepunyaan Allah, maka Dia-lah yang akan melindungi dan memeliharanya".

Kembali Abrahah tertawa terbahak-bahak seolah melecehkan perkataan Abdul Muthallib, "Apakah Allah yang konon pemilik Ka'bah itu akan mampu merintangiku menghancurkannya?"

"Aku tidak tahu, itu urusan Allah. Tapi aku yakin, Allah tidak akan membiarkan milik-Nya dinodai oleh siapa pun."

"Jadi kamu tidak ingin memintaku untuk menghentikan niatku menghancurkan Ka'bah?"
Abdul Muthallib menggelengkan kepala, "Tidak!."

Jawapan yang tenang dan meyakinkan dari Abdul Muthallib membuat Abrahah tidak tenang. Namun dia tidak peduli dengan kerisauannya. Meski hatinya risau, namun Abrahah tetap dengan niatnya dan segera memerintahkan anak buahnya untuk mengembalikan unta-unta bangsa Arab, kemudian menyelesaikan misinya yaitu menghancurkan Ka'bah.

Detik-detik penghancuran pun tiba, Abrahah dan pasukan bergajah nya mula mendekati Ka'bah. Abrahah merasa yakin bahwa dia akan dapat menghancurkan Ka'bah dengan sangat mudah. Kekuasaan dan pertolongan Allah gajah-gajah tersebut menyentuh Ka'bah, seolah-olah gajah-gajah itu tahu bahwa sebentar lagi mereka akan mengalami nasib tragis dan mengerikan.

Burung-burung Ababil yang berjumlah, ratusan, ribuan, bahkan mungkin jutaan telah melayang-layang tepat di atas mereka. Jumlah burung sebanyak itu bagaikan kumpulan awan hitam pekat yang mengandung petir dahsyat yang siap menyambar musuh-musuh Allah.

The conclusion is:

Demikianlah kisah Ababil dalam sejarah. Dan kisah tersebut benar-benar nyata. Tidak ada sesuatu yang terjadi tanpa hikmah yang terkandung di dalamnya. Kisah tersebut mengajarkan kita untuk meyakini bahwa kekuasaan Allah dan kekuatan-Nya sangat besar . Yakinlah bahwa pertolongan Allah itu sangat dekat terhadap hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan sabar dalam menghadapi berbagai cobaan hidup. Renungkan lah.. Wallahu'alam..

[sumber: HIDAYAH]
Share:

Thursday, May 19, 2011

KISAH ASHABUL UKHDUD...


Assalamualaikum... erm antum semua penah x dengar berkaitan kisah ashabul ukhdud?? haaa ini adalah kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj...

Nak tau lebih lanjunt lagi tentang Kisah Ashabul Ukhdud sila la bkk video diatas.. hah citer nie sesuai jugak untuk guru2 atau muallim dan muallimah hehehhe... tunjuk kt pelajar insyaALLAH manfaat :)

Dalam video nie dia ckp lam bahasa arab perghh.. klo nk yg translate punya sila tekan link http://video.google.com/videoplay?docid=6336468820775339339#
nie... selamat mencuba.. jadilah kita orang yang memberi manfaat kepada orang lain barakallah...

Share: