Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Dalam Negara Telah Dibuka 2014

http://eduloan.mara.gov.my/

eEDULOAN
Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA
Dalam Negara
Dibuka Sekarang!

Mohon lah secepatnye bagi yang berkelayakan ye.. jangan tangguh-tangguh..
Kang tolopeh.. nayo dibueknyo..
Permohonan boleh dibuat secara online di : 

Dedengo cite kalau pointer flat tidak dikenakan bayaran balik atau mungkin separuh dari pinjaman yang diberi. Duit dah masyuk, ape lagi.. pulun la belajo.. no more games, no more paw-paw haa.. Selamat belajo, moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.
Share:

Tuesday, September 16, 2014

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi

Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi
ALOR SETAR - Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.

“Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan. Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi.

“Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria.

Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria,” katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir.

Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad.

Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad.

Share:

Monday, September 15, 2014

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

Ustaz Lotfi Meninggal Dunia di Turki

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pemimpin pejuang rakyat Malaysia di Syria, Mohd. Lotfi Ariffin, 46, meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki hari ini selepas lima hari berada dalam keadaan koma akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu pada 9 September lalu.

Mohd. Lotfi yang juga dikenali sebagai Ustaz Lotfi dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.40 pagi ini.

Menurut sumber, Mohd. Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah telah dibawa untuk menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya amat kritikal dan dia merupakan pemimpin pejuang bagi rakyat Malaysia di Syria.

"Mereka diserang menggunakan bom 'drum' yang dilemparkan oleh pesawat tentera Bashar Al-Assad ketika cuba memasuki kawasan perang.

"Selepas serangan itu, Mohd. Lotfi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Turki untuk menerima rawatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 September lalu, seorang rakyat Malaysia, Mohamad Fadlan Shahidi Mohammad Khir, 21, maut manakala lima yang lain termasuk Ustaz Lotfi mengalami kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka yang cedera itu kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan.

Kejadian terbaharu itu menjadikan empat rakyat terbunuh di negara bergolak iaitu tiga di Syria manakala seorang di Iraq.

Dua lagi yang maut di negara bergolak ialah Zainan Harith, 52, atau Mat Soh juga dikenali Abu Turab yang mati dibedil oleh kereta kebal Bashar al-Assad pada 20 Ogos lalu dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.

Kejadian yang menimpa Mat Soh turut mencederakan dua rakannya iaitu Mohd. Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Menurut sumber itu, Ustaz Lotfi telah pergi ke Syria pada 14 Februari lalu dan merupakan bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan dibebaskan pada 2006.

Sumber berkata, ahli keluarga Mohd. Lotfi juga telah dimaklumkan mengenai kematian tersebut.

Difahamkan, jenazah Mohd. Lotfi akan dibawa ke Syria untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kafr Zatay berhampiran kubur Mohamad Fadlan Shahidi dan Zainan Harith.

Share:

Monday, September 8, 2014

Diary UKM : Penginapan Kolej Bagi Siswazah Sarjana

Keme yang nak sambung pengajian di UKM peringkat Master ni kene banyak usaha dan berdikari, banyakkan bertanya dan jangan bodoh sombong.. kalau idak sampai bile pun masalah takkan selesai. Terutama masalah penginapan (kolej) kat UKM ni. Ni untuk pelajar Master saje ok, sebab kalau ijazah pertama takde masalah, penginapan tuk first semester disediakan dalam surat tawaran.. so kome (1st degre) just datang dengo taklimat, minggu orientasi dan ect.

Pengalaman ku nak mencari kolej @ tempat menginap hampir seminggu ulang alik ke setiap kolej, kalau tak salah ada 10 buah kolej yang disediakan kepada pelajar luar maupun dalam. Yang stay luar @ rumah dekat UKM tu takde hal la.. ni cite pelajar yang nak mohon menginap dalam kawasan UKM.

DIARY UKM : PENGINAPAN KOLEJ BAGI SISWAZAH SARJANA

Untuk pengetahuan kome, UKM memang sediakan kolej, tapi tak ditetapkan tempat untuk pelajar Master, haaa... ni yang jadi masalah.. takpe, kome takde la merase macam aku rase sebab aku dah guide kome  kat sini, at least tahu cara-cara nak dapatkan kolej.. aku sendiri je weh, nak tahu tanya orang la, normal la dah beso panjang nak orang suapkan sampai bile?

Ok sebelum mendaftar, pastikan kome dah ade tampat untuk berkubu, tak kisah la homestay ke hotel ke rumah sedara dan sebagainye.. melainkan nak rambo, boleh stay kat masjid UKM tapi kene sediakan perisai untuk berperang dengan nyamuk. Sikit punye hal pun nak kecoh bagai pasal nyamuk, camne la nak berdepan dengan pelbagai lagi masalah untuk hari berikutnye?

Di hati pendaftaran, kome akan ditempatkan di bahagian pendaftaran PPS selama proses pendaftaran selesai, tak sampai setengah hari pun kalau semua menepati syarat UKM, sekiranya ada sebarang masalah, boleh rujuk terus di bahagian Bilik Rundingan, jangan riso.. semua bilik dalam banggunan yang sama.. tapi mungkin mase kome nanti dah berubah pulak step dia.

Aku tanya jugak di bilik rundingan tu berkaitan masalah penginapan, jawapan brader tu mudah je.. refer Kolej Keris Mas, mak aiii.. dah la takde taklimat langsung pasal ni, boleh plak dia jawap cenggitu? Ok lah lepas settle semua, aku gerak terus KKM, tanya ade kosong tak bilik single untuk student Master? jawapannye.... takde dan tunggu hingga 15hb selepas semua student degree n foreigner.

Untuk pengetahu kome, aku dah ada kat UKM sehari sebelum pendaftaran 28 Ogos tu, dah pusing satu UKM mencari kolej, yelah paling tidak tak susah aku nak berulang dari Klang ke Bangi tempat umah sewa abg aku tu.. jammed dari Jenjarom ke Dengkil dan setengah jam.. so biar susah sekarang dari susah kemudian hari. Setiap kolej yang aku tanya, semua jawapn same, kene tunggu 7, 10, 15 hb baru boleh nampak kekosongan bilik.

Kalau dah jadi macam gini, ada cara yang boleh kome cube :

DIARY UKM : PENGINAPAN KOLEJ BAGI SISWAZAH SARJANA

1. Amik borang permohonan di mana-mana kolej, copy 10 borang sebelum isi.

2. Hantar borang setiap kolej yang kite mohon, dalam hal ni tak payah la memilih sangat kolej dekat or jauh, melainkan betul2 memerlukan kolej dekat atas sebab2 tertentu, ok la kot.. mane ade mende mudah nak mudah? mesti kene lalui susah dulu..

3. Then tunggu la keputusan kolej camne, macam aku, ade jer kolej inform permohonan telah berjaya, ade jugak kolej yang harap pelajar tu datang sendiri pada tarikh yang ditetapkan untuk update kekosongan bilik.

Nak cite rezeki, kemarin dapat kolej Keris Mas, tu pun lepas wat muke sedih je depan kakak tuh.. hahaha.. besoknye lepas kelas, dapat inform dari kolej Ungku Omar kalau aku berminat nak stay kat situ.. padahal ramai lagi student Master yang mengharap dapat stay dalam U. Rezeki seseorang kite tak boleh jangke, tengok pada usaha susah payah.. barulah dapat hasil.. kalau idak, sampai bile pun takkan berjaye.
Share:

Sunday, August 31, 2014

UIN ArRaniry Teken MoU dengan UKM Malaysia dan Garuda Indonesia

Akhirnya Ar-Raniry BA yang dulunya bertaraf Institut kini dinaik taraf menjadi Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh. Alhamdulillah sekarang dah ada MOU / perjanjian antara UIN Ar-Raniry dengan UKM. 

Ok ape ada peningkatan, walau aku 4 tahun setengah macam takde ape je.. paling tidak bangga aku pernah belajar dan merasai suasana di Banda Aceh.. pengalaman tu penting.. hohohoho.. moh kite bace sikit ape yang diceritekan berkenaan MOU Ar-Raniry dengan UKM.

Yang bediri kanan sekali tuh Dekan Ushuluddin, sempoi bapak tu, walau nampak garang, tapi tetap stylo.. hehehe.. maybe lepas ni kemasukan pelajar Malaysia ke Ar-Raniry agak mencabar, semua sistem akan dinaiktaraf mengikut standard Universiti. Kalu idak, takde nye UKM nak wehhh...


Banda Aceh, Aktualita.co – Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry menandatangi naskah kerjasama dengan Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PT. Garuda Indonesia, kegiatan ini berlangsung dalam rapat senat terbuka upacara wisuda semester genap 2013/2014, Kamis (28/8) di Auditorium Ali Hasjmy Banda Aceh.

Wakil Rektor III bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama Dr. H. Syamsul Rijal, M.Ag mengatakan, dalam rangka pengembangan UIN Ar-Raniry di masa mendatang, pimpinan terus melakukan berbagai kegiatan dan peningkatan kualitas kampus, termasuk melakukan kerjasama dengan pihak luar, baik kampus dalam maupun luar negeri serta lembaga lain.

“Kegiatan seperti ini dilaksanakan secara bertahap dan akan terus dilakukan di masa akan datang, dalam upacara wisuda kali ini UIN melakukan penandatanganan naskah kerjasama dengan dua lembaga, yaitu Universitas Kebangsaan Malaysia dan PT Garuda Indonesia,” Kata Rijal.

Warek III menyebutkan, penandatanganan kerjasama dengan UKM dari Malaysia terkait dengan bidang pendidikan, pengajaran, penelitian, penerbitan dan pertukaran pelajar serta program pengabdian masyarakat.

Disebutkan ada lima hal yang menjadi pokok dari penandatangan kerjasama UIN Ar-Raniry dengan UKM, pertama pertukaran pelajar antar dua kampus ini, pertukaran ahli akademik atau tenaga pengajar, pertukaran penerbitan bahan akademik yang telah disetujui oleh perpustaan masing-masing perguruan tinggi, kerjasama penelitian yang dapat diterbitkan dalam bentuk karya ilmiah serta kerjasama lain yang sifatnya dapat meningkatkan kualitas kampus.

Selain itu menurut Syamsul Rijal, UIN Ar-Raniry juga melakukan kerjasama dengan PT Garuda Indonesia, panandatanganan kerjasama ini terkait dengan penyediaan jasa transportasi udara untuk UIN Ar-Raniry termasuk karyawan dan keluarga intinya serta relasi pada rute penerbangan domestik dan internasional.

Garuda Indonesia akan memberikan fasilitas seperti harga khusus untuk korporasi, reservasi yang diutamakan, city check-in, bagasi tambahan, dan kargo. Sementara itu, UIN Ar-Raniry sebagai Perguruan Tinggi Negeri yang bergerak dalam bidang pendidikan, bermaksud untuk memanfaatkan fasilitas-fasilitas yang ditawarkan Garuda Indonesia. Guna meningkatkan pelayanan kepada pelanggannya maka Garuda Indonesia berusaha memberikan pelayanan efisien kepada UIN Ar-Raniry antara lain berupa reservasi yang diutamakan (priority reservation).

“Dalam naskah kerjasama antara UIN dengan Garuda Indonesia disebutkan beberapa hal yang merupakan kemudahan bagi kedua pihak, diataranya Garuda Indonesia akan memberikan potongan harga tiket bagi UIN Ar-Raniry sesuai dengan ketentuan yang disebutkan dalam naskah kerjasama,” kata Syamsul Rijal.

Proses penadatangan dilakukan dalam upacara wisuda 2014, naskah ditandatangani langsung oleh Rektor Prof. Dr. H. Farid Wajdi Ibrahim, MA, yang disaksikan oleh warek bidang kerjasama. Adapun dari pihak UKM Malaysia ditandatangani oleh Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali disaksikan Prof. Dato’ Dr Mohd. Mohd Yusof Hj. Otman, sementara dari PT Garuda Indonesia ditandatangi oleh General Manager Banda Aceh Nano Setiawan dan disaksikan oleh Dwi Hernawan.

Dalam sambutannya, Rektor UIN Ar-Raniry mengungkapkan fakta historis bahwa rakyat Aceh dulu telah menyumbangkan harta yang dimiliki untuk pembelian pesawat yang diberi nama Seulawah  RI 01 yang diminta oleh Presiden Soekarno. “Kita tdk minta “bagi hasil”,” ujarnya berkelakar. Namun dimensi historisitas ini tidak boleh dilupakan. Cikal bakal pesawat itu ada di lapangan Blang Kadang Banda Aceh dan satu unit di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta. [*PR]

Share:

Saturday, August 30, 2014

Diary UKM : Perhatian! Penangguhan Pengajian Siswazah UKM

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum W.B.T dengan nama Allah yang maha atas segala maha.. dengan izinNya diberi Allah kepada saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawap seperti mana janji yang pernah saya pinta dan janji kepadaNya. Mudah-mudahan Allah menerima sedikit keikhlasan dan kejujuran dari tulisan ini agar mendapat keredhaan dan manfaatnya kepada orang yang memerlukan. Amin.

Dapat tawaran sambung pengajian ke mana-mana local Universiti? tapi rase mase tak mandang @ ada hal lain yang perlu diselesaikan, kemudian nak buat penangguhan pengajian kan? ok kat sini ade beberapa hal penting yang perlu kite semua cakna bile nak buat penangguhan..

Pertama, bile kite nak buat penangguhan pengajian, kite perlu submit permohonan dengan beberapa sebab yang kite rase pihak UKM tak boleh nak tolak permohonan kite.. hohohoho.. contoh ||duit tak cukup|| ||jaga mak sakit|| ||nak kerja dulu|| atau ape saje alasan.. hati-hati dalam membuat permohonan, sebaiknya tak payah la tangguh kalau semua dah cukup.. nanti feeling nak balajar tu berkurang, tak macam time fresh after grad kan?

Ok.. untuk info-info berkaitan penangguhan boleh try keyword ni PENANGGUHAN PENGAJIAN UKM kat Google atau mana-mana SE.

Kalau tak salah, kite perlu submit permohonan penangguhan pengajian 4 minggu sebelum pendaftaran.. untuk kepastian sila baca PENGATURAN PENGAJIAN SISWAZAH UKM. Di keyword kat atas atau yang ni pun boleh gune untuk pencarian.

Diary UKM : Perhatian! Penangguhan Pengajian Siswazah UKM

Sekiranya permohonan kita diterima, UKM akan hantar surat kelulusan permohonan penangguhan directly ke alamat yang tertera seperti gambar di atas.. kalau kome nulih alamat salah, alamatnye kompom la tak sampai kan? so berhati-hati.. masa aku dulu, takde inform dari email pun.. jadi kite tak tahu samada diterima @ sebaliknye, alamat penerima mesti lah betul dan valid 100%.

Tu yang pertama, yang kedua adalah, sila baca dan faham setiap bait dari mana-mana borang sekalipun. Jangan jadi macam aku yang nak cepat bagai konon nak ada kerja apekah tanpa hadam betul-betul maksud yang ingin disampaikan. Pengalaman banyak mengajarkan aku, di sini sangat penting kawan yang mungkin lebih arif dari kita sebagai tempat rujukan dan tempat mengadu.. seriously penting, walau sehebat mana pun kita.. kawan adalah tempat berkasih sayang selain ibu bapa sanak saudara.


Selepas dah baca betul-betul.. cube pulak perati pada part yang aku petakkan pada surat penangguhan di atas. Bagi mengkome yang blur macam aku dulu, meh nak bagitahu, maksud dari perenggan diatas adalah arahan untuk mendaftar bagi semester II di UKM. Tempoh paling lama untuk penangguhan adalah selama 1 tahun (2 semester. 1 semester = 6 bulan), jadi sekiranya kite nak buat penangguhan selama 1 tahun penuh, kite wajib buat permohonan sekali lagi pada semester ke II. Tak faham? Ok cenggini.............

Contoh kome sepatutnye daftar pada 1/2/2013 (semester I). Tapi nak buat penangguhan untuk setahun, bermaksud kome wajib hadir @ buat sekali lagi surat penangguhan pada 28-29/8/2013 (semester II). Jadi, kome masuk kuliah nanti 1/2/2014 (semester III I).

Jadi masalah kalau tak buat surat penangguhan kedua, case ni aku dah lalui, alhamdulillah masih diterima.. kalau baca betul-betul dari surat tawaran, sekiranya kite tidak mendaftar pada waktu/ tarikh yang ditentukan, tawaran boleh dibatalkan. Hati-hati.. mesti berhati-hati.. macam aku cakap, kat sini kawan yang lebih arif sangat-sangat diperlukan..

Untuk mendapatkan kepastian, sebaikye call la bahagian siswazah dan tanya perlu atau tidak. Aku sepaptutnye daftar pada 28/8/2014, tapi malam 27 jugak aku gerak gi UKM, cuak, bengang, tension, tak tentu arah dan macam-macam lagi perasaan aku masa tu.. masa tu aku harap Allah je, mak ayah dan sorang kawan baik aku ni, aku drive dari Ipoh ke Bangi (kire 180km kot) 100++km aku drive tak ngantuk pun, jadi macam takde perasaan.. lepas bapak aku tegur nak tukar driver barulah aku sedo dah jauh aku drive.. harapan aku ditambah dengan harapan family aku tuk aku sambung belajar tinggi, jadi perasaan tu aku pendam sampailah terjadinye NAZAR tentang penulisan ni.

Pukul 5am aku sampai di Bangi (masjid UKM) setelah beberapa jam dari pukul 2.30am, settle shalat subuh, mandi, wangi-wangi.. pukul 7.45am aku dah terpacak kat depan Jabatan Usuluddin, sejam jugak nunggu.. hohohoho.. niat aku nak jumpe orang atas terus Dr Indriati Ismail nak tanya pendapat beliau berkaitan masalah ni, dan jugak mintak tolong dia rekemen masa waktu pendaftaran nanti..

Kekire pukul 8.15am gitu, sampailah sorang kerani ni.. so directly la aku bagitahu beliau ape yang aku hajat, dia tanya ape masalah aku.. disinilah Allah membantu aku, huhuhu.. mengikut pengalaman beliau dalam pengurusan pelajar ni, masalah ni takjadi masalah besar pun, tawaran masih berlaku cumenye aku tak ikut prosedure yang sepatutnye, melainkan aku tak daftar 28/8/2014 tu, barulah tawaran aku secara automatiknye terbatal.

Itulah alkisah yang sangat-sangat mengajar aku erti kehidupan.. banyak yang aku dah belajar dari kesilapan ni.. nampak remeh, tapi impak die bukan main beso.. jadi, kome jangan le jadi macam aku, berhati-hati setiap apa perkara sekalipun..

Mungkin ni je kut yang boleh aku nukilkan kat sini.. mudah-mudahan membantu mereka yang memerlukan, segala soalan bolehlah bertanya di bahagian komen atau PM duad1989@gmail.com. Insyaallah takde ape hal aku akan jawap.. kalu tak bejawab tu, jangan marah plak.. huah2.. add jugak FB teman trace ikut email tadi. Goodluck.
Share:

Monday, August 25, 2014

Diary UKM : 28/8/2014 Detik Menuju UKM

UKM : 28/8/2014 Detik Menuju UKM

Setahun sudah berlalu penangguhan ku untuk menyambung pengajian selama ini berlalu sudah.. MTQ meninggalkan ku UKM memanggilku.. mana satu kepentingan dalam kehidupan? haha.. 

Preparation aku tuk Master ni taklah sedetail macam orang lain kut.. yang penting asas dah kene ada dalam kepala macam bajet kos segala macam kos, paling penting Yuran pendaftaran, tak de duit kome.. pegi la main jejauh yek!

Yep duit memang penting tuk permulaan yang memeritkan ni.. kalau tak perit tak best la, tak mencabar dalam belajar kan? semua benda pun untuk permulaan adalah suatu yang perit tuk dihadapi.. dah lepas tu, insyaallah OK.

Sekarang memang berkobar jiwa aku nak gih UKM nih! hehe.. alhamdulillah diberi rezeki dan kesempatan oleh ALLAH pada aku, walau dah buat penangguhan 1 tahun, ALLAH tetap bagi kesempatan lagi.. so takde alasan aku nak tolak lagi!

Cume yang buat ku masih confuse adalah waktu ujian Bahasa Arab dan Penginapan. Ujian Bahasa Arab tu takde lah confuse mane, cume ku harap malas nak amik ujian dan tambah jer kursus Bahasa Arab dalam sllyabus ku.. memang ku harap begitu pun. tapi tak tahu la buleh ke idak..

Pasal penginapan pulak.. dari info-info yang telahpun berjaya ku dapat dan hadamkan sampai sekarang, penginapan tuk pelajar Master ni kurang, senang kate tak boleh buat tempahan.. Ok lah tak buleh wat penangguhan, tapi kene la reserved tempat tuk pelajar Master, memang diorang suh daftar kolej (penginapan) masa first register masuk UKM.. seolah-olah macam nasib je kalo ade ke idak.. hahaa.. dalam otak den, merempat jer kat memane.. muehehehe.. baru best!

Tapi ape-ape pun semua tergantung pada ALLAH, ku hanya berusaha dan tawakkal, yang menentukan segala adalah ALLAH. So nape mesti nak mengeluh bagai? relax la.. 

Paling tidak syukur ALLAH dah bagi rezeki tersangat banyak sampai dapat sambung belajar di peringkat Master, berape ramai permohonan mereka ditolak? Apepun, redah je dulu, hadapi cabaran tu dulu, then barulah dapat hasilnye.. lumrah kehidupan.
Share:

Friday, August 22, 2014

Diary UKM : Medical Checkup Untuk Sambung Belajar Di UKM

Erkk.. sebenonye teman tak bape nak gemo dengan jarum, first dengar UKM memerlukan medical checkup untuk sambung belajar, ku dah terfikir jarum menembusi daging merahku yang confirm2 akan sakit punye.. gile ko tajam kot!

Salah satu keperluan bile kite sambung belajar di mana2 Uni sekalipun, medical checkup adalah keperluan asas bagi memastikan tahap kesihatan pelajar. Same jugak masa ku di Aceh dulu, tapi ntah mase tu tak rase sakit mane pun.. hehehe..

Jadi nanti bile kite dah dapat offer letter, kat situ kite akan diberikan banyak borang2 yang perlu diisi antaranya medical checkup. Lain Uni lain pulak keperluannya begitu jugak dengan course yang dipilih.. so kalau macam course Usuluddin Falsafah, ku takde lak kene TEST BLOOD. Muehehehe.. selamat..

Diary UKM : Medical Checkup Untuk Sambung Belajar Di UKM

Dan kos untuk medical checkup pun murah (UKM), ku buat di hospital gomen, dengar cerita kalau swasta mau beratus.. kos nye hanya Rm20 (untuk borang kot), boleh siap semua dalam masa dua hari, sebab kene buat appointment dengan Doc dulu.

Macam sorang sahabat baik ku yang sambung di UM, amik kos amende ntah.. kaji2 batu katenye.. medical checkup untuk Uni ni tinggi, sebab ada TEST BLOOD katanya.. cucuk jarum di lengan mencari urat besar yang timbul, katenye tak sakit.. sembang pun macam koya je dengan ku masa tu, memang betul tak sakit.. yang sakit adalah bile Doc salah cucuk, tak kene urat atau salah urat ect. Kos nye pulak hampir mencecah Rm200.

Ape yang di check? Untuk UKM hanya medical check asas saje, Doc tu sendiri yang bagitahu ku masa dia tunjuk kejernihan paru2 ku yang masih normal.. hehe.. memula drang akan check tinggi, kemudian berat, X-ray, check mata lastly barulah urine test. Dah settle? 

Lege hati ko? trimas sikit.. 

Kalau ade yang kene suruh pegi pisah2 hospital.. abaikan, pegi jer hospital besar, kalau bernasib baik sehari jer kemungkinan boleh siap.. Ok? selamat belajar.. ku cube sedaya mungkin untuk update setiap kegiatan ku selama di UKM untuk keperluan bagi individu yang berkaitan. Paling tidak kalau ada orang tanya pasal UKM, ku bagi URL K.B.M ni jerk sebagai panduan.
Share:

Sunday, August 17, 2014

Cara Upload Gambar Di Ruangan Komen Facebook

Keyword cara upload gambar dalam komen facebook mendapat ranking utama dalam K.B.M dari antara beberapa keyword yang lain. Jadi di kesempatan ini, ku cuba untuk bangkitkan kembali semangat blogging walaupun dah berapa bulan tinggal tanpa "seurat benang" pun untuk tatapan umum silent readers / readers K.B.M.

Tinggal berapa minggu saje lagi ku akan melanjutkan pengajian ke UKM di bidang Pengajian Islam.. doakan kejayaan ku wahai sekalian saudaraku yang dikasihi.. mudah2an kalian peroleh keberkatan dunia maupun akhirat.. TQ.

Okeh berbalik pada tajuk entry kali ni, ku akan cuba buat tutorial bagaimana cara upload gambar dalam komen Facebook?. Caranya sangat mudah, teruskan membaca :

1. Cari gambar yang ingin di upload di internet kemudian download, contoh :

Cara Upload Gambar Di Ruangan Komen Facebook

2. Pegi mana-mana komen Facebook yang ingin anda upload gambar, contoh :

Cara Upload Gambar Di Ruangan Komen Facebook
Okeh penerangan, pada bahagian Write a Comment silekan nak tulis ape sekalipun.. kemudian, klik pada bulatan merah? got that? nanti akan keluar satu pop up untuk memilih gambar yang kite nak upload di ruangan komen tersebut. 

Pilih gambar kucing tadi yang dahpun diunduh, select dan enter.. tunggu hingga proses upload selesai. Done. Mudah bukan? sebarang kemusykilan bolehlah bertanya di rungan komen di bawah. Ku akan terus update mengikut keyword dari Nuffnang atau yang sewaktu dengannye..

Selamat mencube.. Takde Bende Yang Senang Tanpa Susah. So.. susah-susahlah dahulu yek.
Share:

Wednesday, July 16, 2014

2 Tips Memanggil Visitors ke Laman Web

Meh nak kongsi sikit tips tarik visitors ke blog / website dengan sangat mudah. Tak perlu susah-sudah nak carik follower yang kite tak yakin pun dia datang blog kite, so caranya perlukan sedikit kepakaran dan kerajinan untuk terus mencari dan try and error.

Bukan nak kate KBM ni blog yang power, masih ramai blogger yang terlebih power pon ada.. siap guna blogspot lagi, KBM dan bertukar kepada domain sendiri, sebab URL asal KBM tersangatlah panjang, huhuhu..

2 Tips Memanggil Visitors ke Laman Web

Sengaja atau tidak, ku terbuka Nuffnang Accout dan terus ke keyword and Referrals part, dan ku terlihat beberapa keyword yang baru 3 entry aku menulis tentangnya.. apekah keyword tu? Kiki Kamaruddin Si Steering Lock. Isu terbaru yang hangat dibualkan para internet user tentang seorang wanita 30 tahun bertindak ganas terhadap seorang warga emas yang secara tidak sengaja TERLANGGAR kereta Peugeot CDM 25 beliau, amik steering lock, terus ketuk2 kereta Uncle tuh (refer sini).. hah ! kan dah fames ! kehkehkeh ~

So yang menjadi persoalan adalah, bagaimana dengan hanya beberapa artikel berkaitan Kiki Kamaruddin boleh menjadi keyword utama di KBM? haaa.. moh kite sesame belajo yek !

1.) Artikel / Posting isu-isu terkini.
2) Keyword tentang artikel yang ditulis.

Dua bende tu antara kunci untuk menarik visitor ke blog kita.. pastikan artikel yang bermanfaat, paling tidak memberi input kepada yang membaca. Dengan input yang baik, pelawat akan merasa puas dan tidak membuang masa, itu yang penting !

Keyword, yes keyword ! kalau artikel yang bodoh sekalipun kalau keyword dia power, buleh jadi virus kepada pelawat.. hehehe.. maksudnye, pelawat tertipu dengan keyword saje, kalau klik sekalipun, ntah ape-ape isi artikel tu.. bahaya buat macam ni, akan banyak sumpah seranah yang kome akan dapat.. jujurlah untuk diri anda sendiri, itu yang terbaik.

Kalau dah menempati semua diatas, insya Allah akan dapat seperti yang dihajati.. dah macam jihad pulak bunyiknye.. hehe.. lepas dah siapkan artikel yang bagus, jangan lupe untuk Ping di mana2 engine Ping untuk bagitahu pada setiap search engine yang terdaftar. Ku syorkan cube di http://www.totalping.com/. Caranya, tiap kali buat artikel baru, terus pingkan url artikel anda di http://www.totalping.com/.

2 Tips Memanggil Visitors ke Laman Web

Teruskan usaha demi usaha.. memang akan bosan kalau kita tengok blog kita sunyi sepi, dengan usaha yang baik akan memberi hasil yang baik. Silap-silap referrels korang semua search engine yang top level.. contoh dari KBM seperti di atas. Selamat mencuba, jangan pernah putus asa.
Share:

Sunday, July 13, 2014

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY
Keputusan terkini Final Fifa World Cup 2014

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY
FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba Fifa World Cup 2014 Final Germany Argentina dengan kemenangan Germany 1 keatas Argentina, di saat-saat akhir pemain German Mario Gotze mengambil peluang menjaringkan gol kemengan dari hantaran cantik sayap kiri Schurrle.

Kesungguhan pemain Argentina terserlah apabila German mendahului 1 - 0 pada minit akhir.. nampak gaya reffery pun macam nak adilkan game dengan penentuan sepakan penalti, takdir tetap takdir.. kemenangan tetap berpihak pada German walaupun masa tambahan 2 minit cuba dilengahkan oleh reff menjadi 3 minit. Dengar cerita pun reff sebelah Argentina? idok le teman tahu.. 


Nicola Rizzoli asal Itali menjadi refferee pilihan Fifa untuk mengadili perlawanan akhir antara Argentina Germany. Adil atau tak pun, takat mana sangat kan? tiap sudut diawasi oleh kecanggihan teknologi dunia, gol tetap gol.. linesman pun kalau nak ngecong, tak pepasal tak balik kampung.. almaklum Brazil kot.. hehehe..

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! FINAL STAGE (14 JULY 2014) ARGENTINA VS GERMANY

Masa tambahan 2 minit cukup bermakna buat Mario Gotze bagi melayakkan German meraih Piala Dunia Fifa World Cup 2014. Saksikan bagaimana Schurrle dan Gotze saling membantu di minit terakhir Final antara Germany vs Argentina. Selamat Menonton.

ARGENTINA 0 - 1 GERMANY EXT TIME + EXT 2 MINUTE
Share:

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! THIRD PLACE STAGE (13 JULY 2014)

Brazil 0 - 3 Netherlands 5 minit Extra Time

FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! THIRD PLACE STAGE (13 JULY 2014)


Setelah kekalahan Belanda bertemu Argentina di separuh akhir di mana kemengan untuk ke Final berpihak pada Argentina dengan kemenangan penalti Belanda 2 - 4 Argentina. Kedudukan Belanda berada di tingkat ketiga antara Belanda dan Brazil. Dengan masa tambahan 5 minit Belanda / Netherlands berjaya menjaringkan 3 biji gol di pihak lawan, penjaring pertama oleh Robin van Persie (#9) 3' (P), penjaring kedua Daley Blind (#5) 17' dan penjaring ketiga oleh Georginio Wijnaldum (#20) 90+1'.


Saksikan FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS perlawanan tempat ketiga antara Netherlands vs Argentina. Selamat menonton.



FIFA WORLD CUP 2014 HIGHLIGHTS UPDATED! THIRD PLACE STAGE (13 JULY 2014)

Share:

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Semi-Finals Stage (9 July 2014)

Semi-Finals Stage

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Semi-Finals Stage (9 July 2014)

Keputusan terkini peringkat separuh akhir Fifa World Cup 2014. Kemengan besar buat German menentang Brazil 7 - 1 menjadi suatu kebanggaan dan harapan Negara itu untuk merangkul piala dunia di peringkat Final nanti. Saksikan highlights peringkat separuh akhir dan nantikan antara dua negara Nedherlands / Argentina yang layak bertemu German di Final.

Brazil 1 - 7 Germany Highlights

Scorers :


Argentina 0 (4) - (2) 0 Netherlands Highlights


Share:

Monday, July 7, 2014

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)

Standard kereta Isware Aeroback 1.3 ada bunyi anak burung mintak makanan kat bahagian belakang seat. Boleh jadi bunyi tersebut datang dari arah seat penumpang atau bahagian bonet belakang kereta.

Dari penelusuran ku berkaitan bunyi anak burung cit cit cit pada kereta Aeroback nih, ramai yang berpendapat dan berpengalaman masalah bunyik anak burung cit cit cit ni datang setelah berlakunya pergeseran antara beberapa komponen, amboih dah macam sains dah..

Kalau kome pakai jugak spesis kereta Iswara Aeroback 1.3 nih, boleh cube DIY your problem dengan fokuskan pada bahagian ini :

1.) Pemegang seat bahagian penumpang.
2.) Screw pemegang seat bawah.
3.) Bonnet lock. (aku dah lupe nama dia)

Yang diperlukan untuk DIY masalah tersebut adalah seperti :

1.) Soletape.
2.) Grease oil.
3.) Mengikut kretiviti memasing.

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved !
Bonnet Lock

First sekali aku cube settlekan masalah ni adalah dengan lumurkan bonnet lock dengan minyak griss (grease oil) secukup rasa.. ingatkan dah selsesai, test drive punya test.. ado jugak laie bunyik anak burung.. telinga dah panas nih, nyit nyot nyit nyot bunyik dia.. huhuhu..

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Screw Pemegang Seat Bawah

Second cara pulak aku try service bahagian Screw Pemegang Seat Bawah. Bile kite nak remove seat penumpang bahagian bawah, ade dua screw yang boleh kome check keketatan (ketat) nye, boleh jadi longgarnye screw penyebab pergeseran berlaku antara besi. So ketat kan screw tersebut, boleh check dengan menekan seat tesebut ke bawah dan rasakan kelonggarannya.

Then start n test drive lagi.. still jugak ada bunyik anak burung cit cit cit kat belakang.. hati dah panas, tangan dah kebas, badan berapi berselimutkan sedikit kesabaran pada bulan Ramadhan nih, hehe.. 

Den tak putos aso lagi.. teruskan jugak mencari dan mencari, last part ku drive dan donga botul-botul bunyi anak burung tu datang dari arah mana, tak mungkin kat Screw Pemegang Seat Bawah dan tak mungkin kat Bonnet Lock, mesti ada anak burung tersorok tempat lain nih ~

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Pemegang Seat Atas Iswara Aeroback

Last ku denga.. memang confirm bunyi datang dari seat.. tapi masalahnye kat mane? sebenarnye ada pemegang seat atas tu di bahagian tepi.. cess.. situ rupanya, selak je hujung seat yang dekat dengan pintu tu, akan terlihatlah beberapa besi yang bergantung satu sama lain, hohohoho...

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Besi Pemegang Seat Iswara Aeroback

Care nak tundukkan seat tersebut adalah dengan menarik batang besi yang disangkutkan di celah-celah pemegang besi tersebut.. tundukkan kedua-dua seat, kome akan nampak tingkat2 pemegang seat tersebut, pergeseran antara pemegang seat dengan besi itulah penyebab bunyik anak burung. Alhamdulillah..

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Soletape Mengelilingi Besi Pemegang Seat

Bunyi cit cit cit anak burung Iswara Aeroback 1.3 Solved ! (6 gambar)
Tingkatan Pemegang Besi Seat

So the last part, cara mengatasinya.. disini memerlukan kretiviti tersendiri, cara ku adalah dengan meletak soletape mengelilingi besi pemegang seat tersebut supaya tidak terjadi pergeseran, atau boleh jugak letak grease oil di tingkatan pemegang seat tersebut, atau boleh jugak letak kain dan sebagainye. Yang ponting tak bergesel.. paham?

Cara untuk pasang @ naikkan seat tu balik adalah dengan menolak seat tersebut dengan lebut dan rasakan getarannya ~ kalau banyak sangat tape nye, kurangkan la.. atau paksa besi tu masuk di celah tingkatan pemegang seat tersebut.

Selagi boleh DIY, teruskan.. tak perlu hantar pomen @ foreman untuk solve kan masalah remeh nih.. kalau betul dah buntu, barulah, itupun.. carilah foreman yang anda betul2 mengenalinya.. kang pasal soletape jadi rega beratus pulak.. idak ke rugi?

Selamat berseni.. kereta anda jiwa anda.. rosak keta sakit jiwa wo.. betul? tak betul tak normal la tu.. mungeeee.. ade ape yang tak paham, buleh tanya. Asslamualaikum.
Share:

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini meninggal dunia

Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Sumber :

Janganlah ditayang kembali gambar dan lakonan beliau sewaktu dulu kala, pemergian beliau di bulan Mulia Ramadhan ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba pilihannya. Media tetap media, putar la part yang agak islamic, ni tak.. semalam ku tengok di TV 9, gambo waktu beliau seksi jugak menjadi pilihan. Apekah semua ini?

Beliau bukan lagi berhadapan dengan alam dunia, tetapi alam akhirat yang setiap dari kita akan merasainya. Bayangkan kalau kita meninggal dan orang lain menyebarkan gambar tidak senonoh kita di internet? terasa sedih kerana masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang masih tidak faham.

Sunnah mendoakan orang yang sudah meninggal :
Share:

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (6 July 2014)

Group Loss Relief

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (31 Jun 2014)
Latest result 2nd stage

Penalty Kick Brazil 3 - 2 Chile
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)

Brazil
1st attempt : Made
2nd attempt : Miss
3rd attempt : Made
4th attempt : Miss
5th attempt : Made
Chile
1st attempt : Miss
2nd attempt : Miss
3rd attempt : Made
4th attempt : Made
5th attempt : Miss


Colombia 2 - 0 Uruguay
Scorer :

Colombia 2 - 0 Uruguay Fifa World Cup 2014 Highlights


Netherlands 2 - 1 Mexico
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)

Colombia 2 - 1 Uruguay Fifa World Cup 2014 Highlights


Penalty Kick Costa Rica 1(5) - 1(3) Greece


Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (29 Jun 2014)


France 2 - 0 Nigeria Powerful Game
France Scorers :
Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (31 Jun 2014)

France Against Nigeria 2 - 0 Fifa World Cup 2014 Highlights


Germany 2 - 1 Algeria Very Intense Game

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (31 Jun 2014)


Argentina 1 - 0 Switzerland

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (4 July 2014)


Belgium 2 - 1 United State

Fifa World Cup 2014 Highlights Updated! Group Loss Relief (4 July 2014)


Germany 1 - 0 France

Scorer :


Brazil 2 - 1 Colombia

Scorers :



Netherlands 0 (4) - 0 (3) Costa Rica Penalties

Scorers

Share: