Saturday, May 23, 2015

Pengalaman Mengurus KPP 02 2015 (MOTOSIKAL)

Lame gilerr tak update sampai naik malas nak bukak KBM lagi dah.. kalu admin pun malas, apetah lagi yang bukan owner kan.. hehe.. biaselah.. keje tak pernah nak habis, settle yang 1.. lagi 3 datang, selagi tak habis la study aku nih.. tapi enjoy beb, hehe..

Sebenonye.. aku dah settle lesen P untuk moto, tapi disebabkan 4 tahun aku blaja di Aceh menyebabkan aku malas nak fikir pasal lesen, lagipun haritu beriya sangat nak buat lesen kat sana (Aceh), sangat2 murah berbanding Malaysia (convert). Ade usaha nak buat, tapi sangkut kat KITAS aku, cop terakhir aku kat sana tak boleh untuk terus buat lesen kat sana (Aceh).. alamatnye? terpaksalah aku buat kat Malaysia jugak...

Taknak bebel panjang2.. aku nak share pngalaman buat urusan untuk dapatkan lesen P setelah hampir expired lesen L aku (lagi 6 bulan). KKP 02 untuk tahun 2015 sangat2 berbeza dengan tahun sebelum2 ni.. banyak peel JPJ ni, padahal ape yang blajo takkan dibueknye kat jalan rayooo...

1.) Lesen L hanya sah selama 1 tahun sahaja. 
Kalau korang terlupe nak renew walaupun tinggal 1 bulan sebelum expired, masih boleh renew.. tapi lepas 1 bulan tersebut, maka L korang secara automatik akan tarikh luput. Aku ada sembang dengan sorang brader ni, dia kata ade sorang pakcik tu renew lesen L sampai 6 tahun.. tapi tu cerita dulu.. sekarang L hanya sah selama 1 tahun.

Nak renew kat mana?
Boleh jer pegi Pos Office, amik no dan beratur. Dah sampai giliran, kabo ke kaunter tu nak renew lesen L. Nanti die akan keluarkan road tax dan simpan elok2. Cume kalau betul nak perbarui di Pos Office, sila datang awal2 seawal mungkin sebab orang akan membanjiri dan korang akan rasa anoying sebab tunggu terlalu lama. Selain pos office, mana-mana cawangan JPJ pun bleh.. cume faham2, JPJ lagi la ramai orang.. melainkan office JPJ tu tersangat besar macam kat Ipoh, hehe..

2.) Berapa harga renew lesen L?
Untuk 3 bulan dalam Rm60 kalau tak salah aku.. sila buat research atau pastikan sendiri di pej.pos.. 

Kalau bayar lambat kene denda ke?
Takde kene denda pun.. memang ramai yang kata kene denda kalau bayar lambat.. tapi alhamdulillah masa aku di renew tu, smooth jer walau beratur bagai nak rak..

3.) Downgrade B kepada B2.
Mesti ramai yg akan kata rugi kan? alang2 terus la buat B kalau L dah ada B. Yep memang aku rasa rugi, pertama sebab bajet tak cukup, kedua sebab L aku nak expired dah. Kalau aku keje, memang takde hal la nak buat B, yg tak jadi hal sebab rega dia bleh tahan mahal untuk student macam aku ni.. separuh duit MARA aku habis untuk sebulan kalau2 aku amik B.
Untuk pengetahuan korang.. kalau ade kes yg macam aku, maksudnye nak downgrade.. tak perlu dapat pengesahan dari JPJ, boleh terus buat jer sebab L yg B dah cover semua jenis lesen yg ada, motosikal sahaja.

Berapa harga untuk lesen P? (tambah kelas)
Lain tempat lain harga.. ade beberapa brader n sister yg aku tanya (B upgrade), berapa harga drang upgrade dari B2 ke B, ade jugak yg aku tanya dari L ke B2. Jawapan dari semua responden adalah berbeza.. tempat aku daftar lagi murah.. hehe..

Tempat brader tu (B2 ke B) = Rm700++
Tempat aku (B2 ke B) = Rm650

Tempat kakak tu (L ke B2) = Rm400++
Tempat aku (L ke B2) = Rm300

Nampak tak perbezaan yg bagi aku sangat ketara.. yelah, yg amik B tu, segelintir pakai moto cc besaq.. aku apelah sangat, kapcai ada la.. haha.. nak tahu location, tanya kat bahagian komen.. insyaallah secepatnye aku jawanb. Sebelum terlupe, aku di UKM Bangi ok.. jangan pi tanya kat semua tempat lak.. kompom aku tak tahu.. hehe..

4.) KPP 02.
Aku anggap korang dah ada tempat daftar (sekolah memandu) utk KPP 02 ni. Untuk lebih paham, kat bawah aku salin Carta Permohonan Lesen Memandu yg aku dapat dari tempat aku daftar tu. Sekiranya KPP 01 dah selesai beserta dapat lesen L, maka yg tinggal:
  • KPP 02
  • Praktikal
  • Penempahan Tarikh Ujian
  • Hadir Ujian Memandu
  • Permohonan Lesen P / CDL
Harap2 boleh faham la dari carta kat atas tu.. kalau tak faham sila rujuk pada sekolah memandu yg korang dah daftar tadi, mintak penjelasan satu persatu sampai faham.. bukan menyusahkan drang, tapi hak kite yg membayor.. kite bayor atas servis drang.. so, besar hak kite di situ.

Tempat sekolah memandu yg aku daftar ni drang tetapkan sebanyak 4 kali praktikal, tiap tempat berbeza servis drang.. sebab itulah aku kata, perlu tanya satu persatu sampai faham.. nanti kalau salah atau tak faham, mule lah fikir bukan2.. buat dosa jaaa.

Ape ade dalam KPP 02?
Ni sebenarnye soalan yg core perlu utk korang tahu.. seperti yg aku cakap kat atas, tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 yg sebelum ni.. banyak bende yg perlu korang ingat dan betul2 ingat. Dulu takde komunikasi dengan JPJ semasa ujian, tahun ni ADA.. dulu takde cek komponen (1 motor) tapi kali ni ada dan perlu ingat satu persatu.

KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Pakaian / Peralatan Keselamatan:
  • Memakai baju pemantul cahaya.
  • Memakai pakaian yg sesuai.
  • Memakai kasut yg sesuai.
  • Memakai & mengikat topi keledar dengan betul dan kemas.
Baju pemantul kite boleh dapat waktu nak praktikal nanti.. jngn pi beli kat luar lak.. pakaian yg sesuai adalah baju berkolar, seluar panjang, berkasut. Memakai & mengikat topi keledar dengan betul dan kemas, lepas korang dah klip tali keledar tu, antara tali dengan dagu boleh muat dua jadi bersebelahan.

Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPK):
  • Periksa minyak petrol.
  • Periksa penutup minyak.
  • Periksa kotak pekakas.
  • Periksa cermin sisi.
  • Periksa lampu depan, isyarat kiri kanan.
  • Periksa plat.
  • Periksa angin dan bunga tayar (depan)
  • Periksa bateri.
  • Periksa minyak enjin.
  • Periksa lampu blakang, isyarat kiri kanan.
  • Periksa plat (blakang).
  • Periksa aning dan bunga tayar (belakang)
  • No pendaftaran.
  • Periksa rantai.
Persoalan sekarang, macam mane nak periksa semua2 tu? ni aku kongsi dari pengalaman blajar dengan cikgu tu, tak pasti kalau tempat korang camno lak. Sebelum periksa, mesti dimulakan dengan minyak, penutup dan pekakas, kemudian mula dari kiri, depan, kanan dan belakang. RPK ni perlu jelas disebutkan kt JPJ nnti ok.

Contoh cara periksa dan menyebut untuk minyak petrol, penutup dan pekakas:
  • Minyak dlm keadaan penuh boleh digunakan.
  • Penutup dalam keadaan baik boleh digunakan.
  • Pekakas ada jika perlu boleh digunakan.
Contoh untuk cermin2 (lampu, sisi, plat):
  • Cermin, lampu, tidak pecah tidak retak boleh digunakan.
  • Plat no AHR 402 dlm keadaan baik boleh digunakan.
Contoh untuk bateri dan minyak enjin:
  • Bateri basah / kering dalam keadaan baik boleh digunakan.
  • Minyak enjin tidak kurang tidak lebih dlm keadaan baik bleh digunakan.
Contoh untuk angin, bunga tayar dan rantai:
  • Tekan tayar. Angin mencukupi dalam keadaan baik blh digunakan.
  • Bunga tayar dlm keadaan baik boleh digunakan.
  • Rntai tidak kendur tidak tegang dlm keadaan baik boleh digunakan.
Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan.
  • Pastikan brek dalam keadaan baik. Cek brek depan dan brek belakang.
  • Cermin sisi.
  • Kunci penalaan. Korang kene on off.
  • Panel instrumen. Yg ni korang gosok2 meter.
  • Start motor, cek lampu depan belakang, lampu sisi dpn blkng dan hon.
  • Matikan enjin.
  • Gerakkan motor kedepan kebelakang.
  • Tongkat dua.
Korang kene ingat satu persatu mendalah ni.. aku naik fedup nak hafal, penyudahnye aku yg ajor orang lain.. tu yg jadi ingat.. haha.. blom habis lagi boss.. banyak lagi mende yg aku nak share sampailah kite selmat mendarat di tempat yg sepatutnye.

Lepas korang dah berjaya ingat dan buat PSMP di atas.. ujian seterusnya adalah meniti di atas TITI. Ape tips yg bleh aku share:
  • Masa yg diperlukan adalah lebih dari 7 saat. Slowlyyy.
  • Guna gear dua.
  • Jangan gelabah, time balancing tu gunakan brek kaki.
Cito. Cito tu ape?
Terdapat 6 tempat yg diperlukan oleh pelajar untuk melakukan Cito ni. Tempat lain aku tak pasti samada sama atau sebaliknye. Cito tu dari ape yg aku faham, isyarat singkat bile kite berhenti di persimpangan:
  • Tengok cermin sisi.
  • Pasang signal kanan.
  • Bunyikan hon.
Ujian seterusnye adalah lenggokan ular.. aku tak pasti ape ntah nama dia.. hahahantui betoi la.. ni mudah saja, pejam mata pun korang bleh settlekan.. tambah2 mat rempit, hehe. Ingat, sebelum buat lenggokan ular tu lakukan Cito (1) terlebih dahulu.

Ujian seterusnye adalah brek mengejut. 
  • Lakukan Cito (2).
  • Yg ni korang perlu sampai di kotak yg sepatutnye kurang dari 6 saat. 
  • Berhenti mengejut dengan brek kaki disusuli dengan brek tangan di kotak yg disediakan sehingga bunyi seret tayar. 
  • Jatuhkan kaki kiri. 
  • Berhenti selama 1 saat di dalam kotak.
  • Jalan ke hadapan. Lakukan Cito (3)
Ujian seterusnye adalah jalan tidak rata. Ini juga sangat mudah semudah masak megi. So aku abaikan bahagian ni. Dah siap jalan tidak rata, berhenti sebelum persimpangan. Lakukan Cito (4). Lepas tu, tengok kiri kanan, bagi signal kanan, jalan.

Ujian seterusnye adalah pusingan lapan.
  • Lakukan Cito (5).
  • Buat pusingan 8 (1 pusingan setengah).
  • Berhenti lepas garisan, tapi tidak melebihi divider.
  • Lakukan Cito (6).
Ujian seterusnye adalah selekoh tajam.. yg ni pun makanan mat rempit ja.. tapi jngn pi lipat lak, tak pasal kene sound dengan cikgu. Sampai di persimpangan, turun motor, tongkat dua. Tolak motor sampai di tempat yg sepatutnye. Lepas ni kite akan masuk bahagian kedua, iaitu jalan raya. Skema btul ayat aku.

 KLIK UNTUK TUMBESARAN

Lepas kite dah berhenti di tempat yg sepatutnye, tongkat dua motor korang. Lakukan pemeriksaan ini (Pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan):
  • Cek angin tayar depan belakang.
  • Cek cermin sisi.
  • Start enjin.
  • Cek lampu, lampu sisi, hon.
  • Tengok kiri kanan, angkat tangan kanan sedepa kekanan.
  • Pandang belakang.
  • Bagi signal kanan.
Kemudian, jalan terus bagi signal kiri dan akan bertemu dengan lampu isyarat. Jika lampu merah berhenti, jika hijau boleh jalan terus. Jalan terus akan bertemu dengan simpang kanan, bagi signal kanan. Jalan lurus akan bertemu dengan simpang kanan, bagi signal kanan. Berhenti di persimpangan, tengok kanan jalan, bagi signal kanan dan jalan ikut lorong bahagian kiri jalan. Kemudian akan bertemu di persimpangan jalan, bagi signal kiri, berhenti. Tengok kiri jalan, sebelum round the board tengok kiri jalan, bagi signal kanan dan terus. Sebelum sampai di penghujung (persimpangan), korang perlu buat ni:

  • Lambai tangan kanan 3 kali. (bukan babai, nnti ko tanya la cikgu)
  • Kemudian dah berhenti dan jatuhkan kaki kiri, angkat tangan kanan. (bentuk L)
  • Free gear, matikan enjin, tolak motor depan belakang, tongkat dua.
  • Tolak motor sampai di tempat yg sepatutnye.
Pergh settle jugak aku menulis.. sekian lama nak update.. jadi malas sebab banyak point yg aku kene share.. tujuan aku pun memang nak kongsi pada semua, cume nak nulih nye.. perlu kepada kesabaran dan keyakinan.. haha.. bukan ape, aku rase mende ni perlu utk kite amik tahu sebelum menempuh alam yg sebenarnye, paling tidak ade la preparation tu, takde la tercangak2 macam first day aku.. haha. Ape2 pun gudluck semua, ade pertanyaan atau ketidakfahaman.. bolehlah bertanya di bahagian komen.
Share:

Friday, February 27, 2015

#Blogger Talk : Kawan Di Media Sosial


Sebenarnye aku dah lama meninggalkan zaman kegemilangan update blog ikut naluri.. err.. maksudnye, update sekadar update kosong tak memberi faedah kepada diri aku sendiri mahupun orang lain. Kenape update ala balai? sebab aku kejo traffic, kejo visitor, matlamat untuk dapat BE dari sponsor (nuffnang), then buleh la kekalkan domain .com KBM. Tapi tu masa dolu-dolu la.. baru kenal blogspot, ramai kengkawan dok kata blogger tu la ni la.. diorang dah down, aku alhamdulillah sampai sekarang still menulis.

Skang blogspot tak popular dah.. orang lebih suka update status di FB, dapat like banyak2, fast respond dari kengkawan dan lebih mesra alam. Kat FB jugak tempat untuk mencari segala macam maklumat tak kira la mendatangkan faedah atau sebaliknye. Dunia sekarang dihujung jari, hang nak apa cakap? semua adaaaa... itulah dunia sekarang. Bagi mereka yang memanfaatkan kearah kebaikan, so hasilnye dapat la baik.. tapi kalo ko carik mende tak baik.. alhasil penjenayahlah engko. Terpulang kepada diri sendiri.


Tak dinafikan kekaguman aku terhadap kecanggihan teknologi FB untuk ketika ini, banyak membantu aku dapatkan contact member2 lama.. hehehe.. tapi aku rasa kebanyakkan orang gunakan FB tuk cari pasangan, kalu budak2.. cari awek.. cari pakwe.. pasal ni aku taknak la komen lebih2 sebab banyak hal yang bersangkutan kalau hal ini dibicarakan, aisehhh.

Ape yang dapat aku rumuskan pada dua jenis media sosial yang pernah dan hingga kini berjaya mempengaruhi majoriti manusia sebagai satu medium utama dalam bersosial, adalah Blogspot dan Facebook. Perbezaan yang sangat ketara dari kedua teknologi ini adalah FB ni mudah, tak perlu create ect, loading page yg sangat cepat, dan aku tak tahu masih ada atau tidak manusia yang tak punya akaun FB.. orang dulu2 tu lain la cite.. maksud aku sejak tertubunye teknologi FB nih. Kan?

Blogspot pulak... bukanlah susah gila2.. kome tak try lagi dah kate susah, acaner la tu.. sebenarnye konsep dia lebih kurang FB jer, malah bagi aku lebih memberi faedah dan banyak kebaikan disamping dpt kenal dengan blogger2 hebat.. create account, daftar di blogspot.. konsisten dengan menulis, dah siap. Banyak orang bagi alasan tang menulis ni.. ada yang kata tak reti karang ayat, tak reti tu, tak reti ni.. bagi aku tu bukan satu alasan melainkan perasaan nk mencube tu takde.. ace try tengok? hehehe..

Sebenarnye bukanlah hanya di alam maya saje kite boleh dapat ramai kenalan.. di alam yang nyate ni saje pun tak tertampung kite nak melayan karenah manusia. Ade beberapa point yang aku highlight untuk entry invited #BloggerTalk page (tq brader Amal Espraza) ni, pertama, sesuatu perbuatan baik atau buruk adalah datang dari diri sendiri.. jangan libatkan takdir Allah pada manusia. Kedua, berhati-hatilah dalam berkawan.. pilihlah kawan yang boleh memberi anda sesuatu yang bermanfaat sebab pengaruh kawan ni sangatlah kuat. Dan yang terakhir Ketiga, tanamkan sikap suka menulis.. tak kisah la kat mane pun.. cume kalau di blog, korang dah ada tapak sdn bhd. Ape barang tapak FB tumpang mark zukenbergh. Hehehe. Selamat maju jaya semua.
Share:

Wednesday, February 25, 2015

Kuala Lumpur 20 Pelacur Warga Asing Ditangkap

Serbu ‘dinding ajaib’


Kuala Lumpur: Sekumpulan 20 pelacur warga asing berasak-asak cuba melarikan diri melalui ‘dinding ajaib’ sejurus menyedari pusat karaoke di Jalan Metro Pudu 2 di sini, diserbu polis.

Dalam operasi jam 1 pagi semalam, semua wanita Vietnam dan China itu berusaha menyusup lari melalui lubang rahsia yang bina khas di sebalik dinding batu.

Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila semua mereka berjaya diberkas anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman.

Seramai 18 wanita warga Vietnam dan dua masing-masing China serta Indonesia berusia 19 hingga 30 tahun ditahan untuk siasatan.

Difahamkan seramai dua pegawai dan 12 anggota diketuai Asisten Superintendan Ibrahim Husin menyerbu premis terbabit selepas disyaki aktif menjalankan aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga asing.

Sumber berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada wanita diberkas itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki Malaysia.

“Siasatan mendapati wanita terbabit menawarkan harga dari RM150 ke RM200 untuk perkhidmatan seks dengan menjadikan hotel murah di kawasan berhampiran sebagai markas operasi,” katanya.

Menurutnya, seramai 50 pelanggan turut didapati sedang leka berhibur di dalam bilik karaoke lima tingkat yang mempunyai 50 bilik itu.

“Pemeriksaan ke atas semua pelanggan menerusi sistem rekod polis mendapati semua mereka tiada rekod kesalahan. Mereka dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi.

“Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pengurus dan penjaga premis,” katanya.

Dia berkata, premis itu sudah beroperasi selama lima tahun dan mempunyai lesen perniagaan.

“Semua individu ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen 6(1)C Akta Imgresen 1963,” katanya.
Share:

Tuesday, February 24, 2015

Diary UKM : Daftar Kursus WJ, EJ dan LJ

Diary UKM : Daftar Kursus WJ, EJ dan LJDiary UKM : Daftar Kursus WJ, EJ dan LJ

Bagi pelajar Master mod campuran diwajibkan untuk daftar subjek yang ditetapkan sebanyak 8 jenis subjek. Setiap subjek bersamaan dengan 3 unit, jadi setiap semester hanya dibenarkan daftar tidak kurang dari 9 unit dan tidak melebihi 18 unit. Tak faham? ok moh kite calculate:

Setiap semester :

  • Tidak kurang dari 9 unit dan tidak melebihi 18 unit.
  • 1 subjek 3 unit.
  • Kalau nak cukupkan 18 unit, jadi boleh amik 6 subjek (6x3=18).
Ok dah faham kan? kite target Master selama 4 semester bersamaan 2 tahun dan termasuk submit thesis tu.. difahamkan oleh ketua jabatan FPI 2014 Prof Madya Dr Jaffary Awang baru2 tadi taklimat bersama pelajar baru Master FPI feb intake, semester pertama dan kedua habiskan dulu subjek-subjek (8 subjek), kalau tak sempat habis boleh drag semester ketiga.. but make sure dah mula menulis.. maksdunye kat sini, semester ke-2 tu dah siap proposal dan diterima jabatan.. so untuk semester 3 & 4 fokuskan hanya menulis.

Diary UKM : Daftar Kursus WJ, EJ dan LJDiary UKM : Daftar Kursus WJ, EJ dan LJ

Insyaallah dah faham kamm? tak faham nanti tanyo la kat bawah deh... 

Hokey, ape pulak WJ, EJ dan LJ? aku pun tak berapa pasti istilah yang sesuai bagi singkatan2 tersebut.. ape yang aku faham adalah, WJ, EJ dan LJ adalah singkatan kepada kursus (8 subjek) yang diwajibkan, sunat dan harus kepada setiap pelajar Master. WJ adalah wajib jabatan = 3 kursus, EJ adalah elektif jabatan = 3 kursus dan LJ adalah luar jabatan = 2 kursus. Semuanya bersamaan 8 kursus / subjek. Ok ape yang seharusnye kome fikir:

  • Semester 1, 2 dan 3 berapa kursus yang perlu didaftar?
Jangan lupa, ujian kelayakan Bahasa Arab pada 3 hari lepas daftar diri di UKM. Sekirenye tak lulus ujian B.A 1 dan 2, maka bertambahlah kursus kepada 10 kursus.. hehe. Ujian nye bukan calang2, memang la A B C (objektif), tapi kalu kome tak buat molek2.. terpaksalah masuk kelas bahasa, bazir masa, tenaga dan paling penting tumpuan pada subjek lain. Dan jangan lupe, ada satu lagi subjek wajib bagi pelajar Master full thesis atau mix mode, Kaedah Penyelidikan. So berapa semua nye:

  • WJ, EJ dan LJ : 8 kursus.
  • Bahasa arab : 2 kursus.
  • Kaedah penyelidikan: 1 kursus.
  • Semuanya bersamaan = 11 kursus.
Ok2 dah faham semua.. tapi camno lak nak daftar kursus?

Perkara utama sebelum kome layak untuk daftar kursus adalah bayar yuran terlebih dahulu, kalu tak memang sangkut. Lepas dah daftar dan bayar yuran, sehari lepas tu kome boleh dah nengok di smpweb UKM atau boleh layari di SINI. Klik pada Pendaftaran Kursus Semasa, cari kursus yang nak didaftarkan, klik pada kursus pilihan, kemudian klik butang DAFTAR. Langkah yang sama sekiranya ada kursus yang ingin digugurkan.

Alamak.. dah penuh pulak dah.. camno nih??

Diary UKM : Daftar Kursus WJ, EJ dan LJ

Takpe jangan risau.. buat satu slip pendaftaran kursus seperti di atas. Bile masuk kuliah nanti, minta tanda tangan pengesahan dari pensyarah kemudian daftar manual di ATMA. Cakap saja nak daftar kursus.. nanti dah bagi slip bertanda tangan tadi pada diorang, tahu la diorang nak wat ape.
Share:

Monday, February 23, 2015

Diary UKM : Cara Dapatkan Stiker Kenderaan UKM

Diary UKM : Cara Dapatkan Stiker Kenderaan UKM

Bagi pelajar UKM yang telah berjaya daftar dan mempunyai akaun di https://smp.ukm.my/smpweb/index.cfm, bolehlah memohon untuk mendaftar kenderaan anda (kereta atau motor) di http://ewarga.ukm.my/trafik/.

Prosidur Pendaftaran Kenderaan Pelajar
  1. Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
  2. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2014/2015 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
  3. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
    • Lesen yang masih sah digunakan
    • Kad Matrik
    • Geran Asal atau salinan geran
    • Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut
  4. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.
  5. Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru
Sebelum runner ke Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM untuk mohon stiker kenderaan, jangan lupe daftarkan kenderaan anda terlebih dahulu di SINI, lepas dah settle key in semua, baru lah boleh mohon stiker kenderaan di Wisma Aman. Wisma Aman tu kat mane? keluar jer dari Pintu Gerbang UKM, belok ke kanan dan terus. Nanti anda akan jumpe satu lorong kecik sebelah kanan.. so masuklah kat situ, Wisma Aman berada di bahagian kanan jalan.

Sediakan RM2 bagi harga stiker kenderaan tersebut, anda akan ditanya no plate kenderaan.. so ingat2 la, takkan keta moto sendiri tak hengat no plate? hehe. Masa 1st aku daftar, tak pulak tanya2 bagai.. straight to the point jer.. dia tengok aku dah ada dalam sistem, kasi RM2, terus bagi stiker. Tak kisahlah ape hal sekalipun, yang penting dah dapat stiker.

So ape kelebihan ada stiker kenderaan UKM ni?
  1. Mudah lepas dari pengawasan Guard.
  2. Pengurusan parking lot (kolej tertentu).
  3. Yang lain kome carik sendiri..
Atleast mudah urusan dengan pak guard tambah2 kalau korang suke keluar malam.. pagi2 baru balik, confirm kene tahan, so kalu dia tengok stiker UKM tu.. direct jer dia bagi lepas. Dari yang aku tahu, UKM ni longgar sikit bahagian pengawasan keselamatan berbanding Uni lain.. ntah la, aku pun tak pasti sebab aku dulu belajar di Aceh.. mana ada sistem Guard2 nih.. hentam saja. Antara yang terbest adalah, kereta anda ada stiker UKM. Hehe.
Share:

Tuesday, February 10, 2015

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Keputusan DSAI: `Kena pergi sekarang’

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Putrajaya: “Kena pergi sekarang, dah sampai masa. Saya akan merindui kalian,” begitulah ucapan kedengaran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kedengaran berkata demikian sambil memeluk sekumpulan rakan yang masuk ke dalam mahkamah untuk berjumpa beliau.

Terdahulu, dalam prosiding mahkamah yang bersambung pada 1.08 petang, selepas berehat sejam, peguam utamanya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, yang mengemukakan rayuan bagi hukuman lebih ringan, berkata tiada sebab yang kukuh untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.

Beliau berkata, mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya untuk menjatuhi hukuman lebih ringan berdasarkan undang-undang terhadap Anwar.

Selain itu, katanya, Anwar bukanlah orang biasa berikutan sumbangannya yang begitu besar kepada negara sepanjang beliau berada dalam kerajaan.

Sri Ram berkata, malah sebagai pembangkang sekalipun, beliau memberi sumbangan penting dalam memajukan prinsip demokrasi dan membangkitkan kesedaran umum.

Bagaimanapun, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan balas pihak pendakwaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Mereka membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkaitan hukuman penjara itu. - Bernama


Ya Allah, kepadaMu ku bersujud..
Saiful Bukhari

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Sumber

PS: Nampaknye mahkamah tetap dengan keputusan hukuman terhadap Anwar atas kesalahan (dituduh) melakukan sodomi kepada pembantu peribadinya dahulu Saiful. Hanya Allah saje yang tahu kenape semua ni terjadi, ketelusan pihak mahkamah dalam membuat keputusan hukuman, dan mane-mane pihak yang secara langsung bersubahat demi kepentingan tertentu supaye Anwar difitnah untuk kali-2 dan dimasukkan ke dalam penjara selama 5 tahun. 

Saiful Bukhari.. hang seronok dengan fitnah terhadap orang yang jelas tak bersalah dan berterusan sampai hari ni, dan sanggup bersumpah atas nama Allah padahal jelas Anwar tak buat pun perkara terkutuk tu.. hang lepas kat dunia, jangan lupa kite orang Islam (kalu Saiful Islam la) akan ada satu lagi dunia yang dikenali dengan Akhirat, tulah dunia yang kekal abadi wahai Saiful.. berdayakan seorang yang sudah berumur memaksa melakukan perkara terkutuk pada orang muda? apesal takde usaha untuk melawan? ape keputusan doktor? hang sendiri pun tahu Saiful..
Share:

Monday, February 9, 2015

Cara Top-Up Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan TuneTalk

Aku selalu bermasalah bile nak t.up pada mana-mana no yang aku pakai.. terlupe cara manual, kadang-kadang bile kite t.up melalui maybank2u ni menimbulkan keraguan, so untuk selamat t.up online ni kite pilih bahagian top-up with pin. Aku pakai Celcom, Digi dengan TuneTalk (org spesel bagi).. dan aku memang sokmo bermasalah bile top up manual ni, terlupa pangkal no, alang-alang cari camne cara untuk top-up Digi, no yang lain Maxis, Celcom, Umobile dan TuneTalk disertakan kat bawah:

Cara Top-Up Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan TuneTalk

Cara Top-Up Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan TuneTalk

Celcom Reload
*122*0000000000000000# (16 Digit pin)
Check Balance *124#


Digi Reload
*123*0000000000000000 # (16 Digit Pin)
Check Balance : *126#


Maxis Reload
*111*00000000000000# (14 Digit Pin)
Check Balance *122#


Umobile Reload
*138*00000000000000# (14 Digit Pin)
Check Balance *118#


TuneTalk Reload
*122*0000000000000000 # (16 digits PIN)
Check Balance : *111# or *133#
Share:

Siapakah Sufiah Yusof?

Sejak aku post pasal Sufiah Yusof ni tengahari tadi membuatkan keinginan untuk lebih tahu tentang Sufiah menghantui ku. Sampai aku tanya kat mak aku yang tengah masak kat dapur, mak kenal ke Sufiah yang genius Matematik kat Manchaster tu? mak aku mulekan la cerita pasal Sufiah ni.. tapi macam kompom tak kompom la.. aku bagitahu la yang Sufiah skang ni dah berubah total A-Z dari yang dulunya budak baik kepada pelayan seks di Manchaster. So bermulalah pencarian ku siape sebenar Sufiah Yusof Si Genius Matematik ni?

Hasil pencarianku dari beberapa buah blog, dapatlah aku faham beberapa perkara yang menyebabkan perubahan belaku pada Sufiah, antaranya adalah ayahnya sendiri. Tapi pendapat aku sendiri, tak sepatutnye cari rezeki dengan menjual tubuh seolah-olah takde jalan lain yang lebih baik dari tu. Sebagai seorang Islam, perkara ni kite semua tahu, haram hukumnya.. ditambah pulak dengan kematangan dan kepandaian beliau, semua tu pemberian Allah swt.. so kenape mesti pilih jalan yang confirm-confirm dilaknat Allah? mudah-mudahan Sufiah Yusof mendapat hidayah agar Allah menunjuknya kepada jalan yang sebenar. Amin

...Petikan Dari Sebuah Blog...

Siapaka Sufiah Yusof?

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.

Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.

Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).

Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.

“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.

Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.

“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.

Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.

Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.

Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.

Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.

Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.

Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”

Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.

Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).

Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.

Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.

Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.

Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.

Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.

Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.

Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”

Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.

Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.

“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.

Share:

Sufiah tak lagi rasa diri genius


KUALA LUMPUR, (MLP) - Wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, memberitahu dia kini tidak lagi merasakan dirinya pintar dan sedang berjuang untuk meneruskan hidup.

Perkara itu dimaklumkan Sufiah kepada wartawan TV3, Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool ketika ditemu bual untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Sufiah bagaimanapun tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Jelas Sufiah, kegagalan dan pengalaman pahit yang dialami banyak memberi pengajaran, namun dalam masa yang sama bersyukur kerana dapat menanganinya dengan baik.

Punya kelebihan dalam bidang Matematik, Sufiah masih menyimpan hasrat untuk memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks.

Sufiah menjadi tumpuan media apabila berjaya memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun pada tahun 1997.

Foto: TV3/Harian Metro


PS: Sape Sufiah nih? ntah aku sendiri pun tak tahu..  bile bace pasal die ni teringat pulak aku kat Amalina.. ntah la, dunia-dunia.
Share:

Sunday, February 8, 2015

Absorber Berbunyi Bila Langgar Bonggol Jalan Tak Rata. Solved!

Iswara Aeroback 1.3 M adalah kereta pertama aku selamat tukar nama pada 3 April 2014. So kalau ikut tahun 2015 ni, hampir setahun 'mamat' bersama aku dan bermacam-macam la pengalaman pahit manis kami lalui bersama. Dalam mase setahun ni, macam-macam aku modi kat 'mamat', korang bleh tengok label NI. Nak cite duit tu biaselah.. dah pakai kereta, so normal la ko kene keluar duit untuk maintenance dia. Itulah pasal sebelum beli kereta perlu untuk kite tahu kemampuan tuk sara makan minum kete tu, lagi besar CC, besar body, maka besarlah 'makan minum' nye.

Tu belum cerita nak cari pomen bagai yang sesuai dengan dan boleh bertanggungjawap tuk maintain maintenance keta korang, tak sesuai pomen.. cakap boleh, buat tak boleh.. duit da habis.. last2 pening kepala. Contoh mudah kau beli AUDI, PEUGEOT ect.. merangkak ko nak jaga kesihatan dia, screw saje dah brape? belum sembang maintenance lagi. HONDA bagi aku OK.. aku ada kenal sorang pomen yang terbaik pernah aku jumpa selama dok mencari pomen HONDA ni, sebab bapak aku pakai HONDA, hehe..


Okeh abaikan coloteh aku kat atas.. aku cume nak share pengalaman camne untuk selesaikan masalah absorber depan bunyi bila lalu jalan tak rata, atau langgar bonggol. Cenggini bunyi dia lebih kurang 'krek3' 'tung!'. Dah lama owner kreta lama tu tak maintain kreta dia walaupun body dan engin cantik, so terpaksa lah aku korban kan duit untuk selesaikan masalah ni. Sakit telinga woooo...

So sebelum bergerak ke kedai kereta, aku buat la sikit research pasal masalah ni 'absorber bunyi bila jalan tak rata' dan macam-macam la orang bagi pendapat dan pandangan. Bukan ape, nak bagitahu toke tu yang aku pun tahu jugak ape yang die buat.. so takdelah berani dia nak 'cekik' lebih-lebih.. kene ada taktik jugak nak berdepan dengan pomen2 ni, tambah2 cina..

Lepas jer dia test 'mamat', terus dia bagitahu ape masalah.. 

1. Absorber :-

2. Bush set 4pcs: Rm120.00

3. Sus Link Kit Set 2pcs: Rm70.00

4. Alingment: Rm10.00
5. Labour: Rm50.00

Tokey tu suruh aku tukar absorber skali..oh no.. aku baru tukar ok, jangan nak tipu lebih2 hahahaha.. hampeh betol. Start jer diorang buat keje sampai habis -alingment- sekali pun aku tak duduk. Tapi memang puas hati la walaupun habis Rm250. Bunyi yang begitu 'memualkan' semua dan settle, cume nak lagi cantik kene adjust chamber. Tu nanti la aku buat, aku bukan keje dah sekarang so bajet pun kureng.. hehehehe.. kome yang mengalamai masalah yang hampir serupa, boleh la test 'riki2' tanya pomen. Ok olls..
Share: